BAB 3
BAHUKU disapa lembut
oleh Anaresa. “Kau tak apa-apa ke, Mi?” tanya dia risau.
Wajah itu berkerut. Aku rasa kejap lagi dia mesti membebel pada Aba ng Zafran. Aku kenal sangat sepupu aku ni.
Aku menggeleng setelah
gemuruhku hilang. Rasa nak sepak je
Zafrin. Benci dengan dia dan sikapnya
yang berlagak itu. Tambah lagi satu,
kurang ajar membuatkan dia lelaki pakej.
Aziana juga cuba
mengangkat aku. “Terkejut aku, Mi,”
bisik dia dan Jimmy hanya diam berdiri tegak macam patung cendana.
Jimmy ni aku tak sebut
dalam cerita aku pun tak apa. Tak jejas
apa pun. Buat aku gera m je.
Haih…
“Okey, Mi?” soal Aba ng
Zafran pula.
Tak dan aku jawab,
Anaresa jawab dulu. “Adik abanglah. Kesian sepupu Resa,” cemik Anaresa tepat
seperti yang aku jangkakan.
“Eh Resa… aku okey
je. Tak ada apa-apa.” Aku menggeleng seraya menepuk sedikit
belakang seluarku dan membetulkan beg galas yang melurut jatuh sikit.
Zafrina senyum. Aunty dan Uncle juga senyum saja padaku.
“Marilah kita masuk
kejap, Mi,” ajak Aunty sopan tapi aku pantas menggeleng.
“Tak apalah, aunty. Mi nak balik dah ni. Nak rehat.
Esok ada kuliah,” dalihku. Bukan dalih
tapi hakikat esok ada kuliah. Hari ni je
batal sebab tu kami semua melompat tapi aku hampir jadi katak atas jalan raya tadi.
“Masuklah dulu, Mi,”
pelawa Uncle pula dan aku tidak dapat tidak, mengangguk saja.
Tak sempat nak menapak,
wajah Zafrin muncul lagi. “Hah, berani
kau masuk sini. Aku heret kau masuk
bilik!” tekan dia dengan wajah yang
masih tegang dan serius.
Aku membulatkan
mata. Terkejut dengan kata-katanya. Yang lain juga sama. Hanya Abang Zafran yang tenang
tersenyum.
“Zafrin!” tegur Aunty.
“Siapa ajar cakap macam
tu dengan anak dara oran g?” sambung Uncle pula gera m.
Aku mencemik. Padan muka kau!
“Dia yang masuk kan dang singa
lapar. Tak salahlah kalau singa lapar tu
ngap, kan ?” Dia jongket kening. Pada siapa pun aku tak tahu. Yang pasti, aku tak jadi nak melangkah.
Serius menakutkan mamat
ni. Tak macam Aba ng Zafran yang sopan dan lembut je dulu
bila kami bertemu sewaktu dia menjemput Anaresa. Dia ni lain macam. Pandangan matanya nampa k menyala dan aku pandang kepala
dia. Nampak ada tanduk yang sedang
tumbuh.
Aku menapak setapak ke
belakang. “Err… Mi balik dululah
semua. Dah lambat ni. Mi nak singgah klinik kejap.”
Aku mahu berundur sambil
menahan tubuh yang kian terasa sakit. Benar
kata Zafrina, bakal doktor ni. Ototku sedang
cedera dan sakit itu mula terasa sedikit demi sedikit. Andai tak menerima rawatan, haruslah esok tak
bangkit.
“Eh, Mi… Zafrin gurau je
tu. Marilah masuk,” ajak Aba ng Zafran lagi dan aku
pantas menggeleng bila melihatkan bibir Zafrin tersenyum penuh makna.
Bila mama dan abahnya
memandang dia, dia buat muka polos tapi bila hanya kami bertentangan mata,
wajah polos itu menjadi jembalang tanah.
Menakutkan. Aku lebih rela
dibaham hantu dari dibaham singa lapar bern ama
Zafrin ni.
“Tak apalah, bang. Aunty, uncle dan semua oran g.
Mi balik dulu, ya. Lain kali Mi
singgah melawat lagi.” Aku sopan meminta
diri dengan wajah yang menyeringai.
Kala aku rapati
motorsikal dan aku sarungkan topi keledar pada kepala, kepala rasa pening pulak
dah. Nak kata panas, dah redup. Bila aku mahu angkat kaki hendak naik ke atas
motorsikalku, sakitnya tubuh kala ini. Harus
cepat-cepat aku terima rawatan ni.
Belum sempat aku
tegakkan tubuh untuk menghidupkan
motorsikal, kaki ini lemah sendi pulak rasanya.
Tapi, aku terus kuatkan semangat dan terus aku hidupkan enjin motorsikal
dan aku memecut pergi dengan wajah yang menyeringai dan hati yang sebal. Geram tak habis.
Sampai pada selekoh, aku
berhenti seketika memberi laluan tapi kudrat kaki ini bagaikan tiada berbaki
lagi. Rasa pedih sedikit pada bahagian
lutut yang terkoyak sedikit jeans aku ni.
Tak semena-mena, aku hilang imbangan badan dan terus saja jatuh tergolek
bersama motorsikalku. Mujur kala ini
kereta dan kenderaan lain tiada.
Nak angkat tubuh sendiri
sudah tak larat, apatah lagi nak angkat motorsikal kesayangan aku ni. Waktu ini, aku ingatkan mak ayah. Rasa nak berada bersama mereka je. Kalau mak ayah tahu aku jatuh motor, mesti
Gilera ini ditarik balik.
Sudahnya, aku menangis
sendiri mengenangkan motor yang bakal dirampas.
Bukannya kesakitan yang kian menyengat.
Aku tarik telefon bimbit dan menekan kekunci. Menghantar SMS pada Anaresa dan sayang, tiada
berbalas. Barangkali sedang bergelak
tawa hingga lupakan telefon bimbit.
Aku ketap bibir
memandang ke langit. Dalam kepayahan aku
cuba
bangkit tapi kesan jatuh motor kali kedua terus membuatkan lutut aku berdarah
sikit. Airmata ini terus menitis dan
menitis. Manja rupanya aku ini.
Tersedu-sedu sendiri,
aku cuba
lagi angkat tubuhku dan akhirnya berjaya.
Kala hendak mengangkat motor, tubuhku hilang imbangan lagi dan hampir
jatuh dihempap motorsikal tapi ada tangan yang pantas menyampar motorsikal dan
sekaligus memeluk pinggang aku.
“Kalau sakit buat cara
sakit. Orang pelawa kau masuk rumah, kau
jual mahal. Memang dasar singa sarkas
sungguh. Suka jadi tontotan umum macam
ni ke?”
Aku memandang empunya
suara dan ternyata Zafrin. Aku pelik.
“Bukan aku panggil kau
pun. Aku panggil Anaresa!” tekanku gera m
setelah aku pastikan tiada sendu lagi.
Dia mencemik sinis. “Kak Long suruh aku datang sini tolong
kau. Dia kan ada laki, buat apa nak sibuk-sibuk hal
kau lagi.”
Dia lepaskan pinggangku
dan terus menongkat motorsikal cermat. Tercalar
lagi motor aku. Aduhai, tergores sama
hati ni.
“Motor aku…” Aku berdingkit-dingkit menghampir motorsikal
dan menyentuh kesan calar tu dengan penuh emosi.
“Sedihnya I tengok you
macam ni,” ucapku terlupa yang Zafrin sedang memerhati.
Dia ketawa kuat. “Gila!”
tekannya padaku dan aku pantas berpaling.
“Ikut suka akulah gila
ke tidak! Kau peduli apa?”
“Memang aku tak nak
peduli kalau bukan sepupu kau merangkap Kak Long aku tu suruh aku datang sini. Tahu tak?”
tekan dia dengan mata yang sengaja dia jegilkan.
“Eleh… tak payah
datang. Ada aku kisah?” Bila aku cuba menunda motorsikalku, Zafrin
menahan.
“Nak hujan ni. Mari rumah dulu. Karang kau baliklah dengan yang lain. Kak Long risaukan kau. Dia kata nak telefon mak dan ayah kau nanti
kalau kau tak balik dengan aku,” ucap Zafrin padaku.
Aku diam. Air liur aku telan berkali-kali menden garkan Anaresa nak
mengadu pada mak dan ayah. Mati aku. Memang akan kena lelonglah motorsikal aku ni
nanti.
“Betul ke dia cakap
macam tu?” Aku mahukan kepastian.
Zafrin angguk. “Kau ingat aku nak tipu kau ke, Haqmi?” tekan dia pertama kali dia menyebut nama
aku.
Hati aku mengukir senyum
yang paling lebar. Indah rasanya bila
dia sebut nama aku macam tu tapi rasanya pertama kali aku mahukan seseorang
memanggil aku Qimah. Bukan Haqmi dan dia
adalah Zafrin. Tak tahu kenapa.
“Nak ikut tak ni? Aku tunda motorsikal kau ni. Kau tu nampa k
sakit je? Ingat tadi nak teman aku pergi
klinik, kau tu kuat sangat. Rupanya sakit
jugak,” sindir dia dan terus menunda motorsikalku bila aku mengangguk.
Zafrin berjalan dulu di
depan. Aku yang membontoti dia hanya
memerhatikan susuk tubuh yang agak sasa dan tinggi itu. Dari belakang nampa k
sedikit macam Aba ng
Zafran tapi Zafrin berisi sedikit dan rupanya lebih iras dengan Zafrina. Padanlah aku nampa k wajah dia dalam rupa Zafrina
tadi.
“Woi… cepatlah singa
sarkas!” sergah dia bila langkah aku
terhenti.
Selang empat buah rumah
lot yang dekat-dekat ni, kami tiba di depan pagar rumahnya. Masa tu Anaresa menerpa ke arahku.
“Mi… Rin cakap tadi kau…”
“Ehem… ehem… Kak Long
bagi pinjam tuala dekat budak ni boleh?”
tanya Zafrin memangkas suara Anaresa.
Dia buat muka sikit. Eleh…
menyindir aku lagi.
Mentang-mentang dalam
rumah dia, aku hanya mampu mendiamkan diri tapi rasanya ada sebab lain ni. Sebab apa… sebab dia. Buat masa ni, itu saja jawapan yang aku
ada. Sebab dia. Dia tu siapa.
Dia tu Zafrin.
“Masuk!” arah dia setelah dia menongkat motorku di
sisi motornya.
Anaresa bergegas ke
dalam rumah dan aku terhinjut-hinjut sendiri.
Menapak sedikit demi sedikit dan bila aku hendak tunduk membuka kasut
Supra yang ada di kaki, aku mengaduh agak kuat.
“Aduhai… sakit pinggang
mak…”
Zafrin ketawa
sinis. “Tak kahwin dah jadi mak ke? Ke nak jadi mak sungguh? Aku boleh tolong,” ujar dia selamba.
Huh, tak bertapis budak
ni. Tak nak cium aku. Lepas tu nak heret aku masuk bilik dan
sekarang macam ni pulak.
“Kau jangan kurang ajar
dengan aku, ya?!” Aku memberi amarah
dengan tubuh yang kembali berdiri tegak.
Dia ketawa
buat-buat. “Kalau kau nak, aku sudi
je. Tak rugi apa bagi pihak aku!” tekan dia.
“Rugi memang tak tapi
kau bakal rugi dekat akhirat kelak, singa lapar!” sindir aku gera m.
Dia ketawa. “Ada
aku kata sekarang ke? Ada ? Ada ?” Dia angkat wajahnya padaku. Berlagak lagi.
Tak padan dengan sakit
masih berlagak. Buatnya aku tibai sikut
dia yang berbalut tu, aku rasa mahu dia terbaring dalam wad kecemasan
terus.
“Kau yang cakap tadi, kan ?” tempe lakku
tidak tewas.
“Memang aku cakap tapi
ada aku cakap sekarang ke? Aku pun tak inginlah perempuan tak ada taging macam kau ni. Tak ada spesis nak diklasifikasikan,” sindir
dia dan terus saja dia menapak ke ambang pintu yang sedia ternganga lebar.
“Benci betul!” gumamku sendiri dan bila aku cuba
tunduk sekali lagi, sakit belakang menyerang.
Tak jadi nak tunduk.
Baru nak duduk, Zafrin
berpaling dan terus mencangkung di depan aku.
Tangan dia ringan menyentuh kasut aku dan membukanya. Siap dengan stoking dia buka. Kemudian dia mendongak dan tersenyum.
Waktu ini, aku tak nampa k tanduk dia. Aku tak nampa k
dia macam singa lapar tapi aku nampa k
dia maca Zafrin yang menyukai aku, Haqimah.
Aku nampa k
Zafrin yang membawa debar dalam hati aku pertama kalinya waktu kami berlanggar
tadi.
Namun, untuk membalas
senyumnya, aku berat bibir pulak. Rasa melekap
dengan gam jadi tak mampu nak uk ir
senyum biarpun mata ini redup memerhatikan dia penuh mesra. Rasa macam terbang dan terus terbang tapi tak
lama, tak sempat nak hinggap pada mana-mana dahan, terus tergolek ke tanah bila
Zafrin bersuara.
“Berapa lama kau tak
basuh stoking ni, minah bin mamat? Dengan
kaki busuk. Berkulapuk. Adoi… menyesal aku sentuh!” Dia membentak kakiku dan terus masuk dengan
wajah yang kononnya menahan busuk dan
hapak. Erk…
Aku terkedu. Biar betul mamat ni. Aku hari-hari tukar stoking. Kaki ini hari-hari aku sapu losyen. Aku pegang kaki aku dan aku hidu
seketika. Haruman losyen Safi Balqis masih segar
mengharum. Sah dia punya deria tak
betul.
“Cepatlah wei… Kak Long
dah tunggu tu!” gesa Zafrin dan aku
dengan langkah perlahan menapak ke atas.
Waktu ini, aku
terpandang wajah Aziana dan Jimmy yang sedang berbual bersama Aba ng Zafran di ruang tamu. Mereka hanya senyum. Barangkali Aunty dan Uncle berada di bilik
dan aku terus saja menapak perlahan-lahan mendaki anak tangga biarpun aku tak
tahu mana satu tempat Anaresa menanti aku ni.
“Masuk bilik Zafrina!” laung Zafrin tiba-tiba.
Huh… macam tarzan dia
ni. Suka laung-laung. Pelik aku dengan perangai dia yang kadang-kadang
macam suka dekat aku tapi rasanya sebab Anaresa dia begitu. Rasa hormat dia pada Anaresa yang membawa dia
menolong aku tadi. Aku yakin tu.
“Eh, mana satu bilik
Zafrina ni?” tanyaku sendiri.
Daun pintu yang di
tengah-tengah itu aku tolak dan ternyata bilik air. Terus aku masuk hendak membersihkan
kaki. Mak selalu pesan, balik dari luar
nak masuk rumah kena basuh kaki. Dah menjadi
kebiasaan.
Bila aku keluar, Anaresa
tercegat di depan aku. Menghulurkan
sehelai tuala dan tersenyum.
“Mi, kau masuk bilik aku
pun tak apa. Aku turun bawah kejap ajak Aba ng Zaf ke klinik. Kau kena cucuk tu. Nanti sakit tubuh lagi teruk,” ucap dia
sambil menunjuk ke belakang.
Entah bilik masa satu
dia tunjuk, aku tak sempat nak tengok pun.
Tak sempat nak tanya dia meluru turun ke bawah.
“Aba ng…”
Suara Anaresa bergema dan aku terpinga-pinga sendiri.
Masa satu daun pintu
yang aku nak tolak ni. Biasanya bilik
pertama mesti bilik Aba ng
Long. Desis hatiku dan aku dengan penuh hati-hati,
menolak daun pintu yang memang tak tertutup rapat tu lalu aku dengan cermat
merapatkannya kembali setelah yakin ini adalah bilik Anaresa.
“Wow… sungguh kau
menyerah dekat aku ni,” tegur satu suara.
Aku gamam!
~~> bersambung
besttttttt....hihihihihi
ReplyDeleteadoyaiii... lawaklah, memang menyerah diri
ReplyDeletebetul si Haqmi tu
Best bangat neh......
ReplyDeleteKI
Hehe!! Best
ReplyDeleteHeheheehe.... Sian haqmi...
ReplyDelete-Ika Hatika-
comel je.. ^_^
ReplyDeletealahai , salah masuk bilik lar plak haqmi nie. tunggu singa lapar ye. hahaha. kelakar lar kak rehan :)
ReplyDelete#Murni Tan
hihihi...mula2 asyik gadoh jek nih...nnt2 smpi dating kt dapur umah anaresa...
ReplyDelete1st tyme drop comment, b4 ni jadi silent reader jek..hoho
ReplyDeletememg super r citer RM...memg x mis, every day tgk nnt updated....keep it up..^_^
huhuhu..haqmi manja~
ReplyDeletehaha lwk la diorg ni
ReplyDeletehahahahaha.. perwatakan tomboy.. tapi manja..
ReplyDeletebest2....lawak gile...
ReplyDeletehihihi! best best! sambung lagi kak rehan! ayat last tu paling tak menahan! kekekeke. two thumbs up! ^^
ReplyDeleteAlahai kesiannya dekat Haqmi,tak habis2 kena sindir dengan Zafrin...#^_^
ReplyDeleteCmner leh slh msk bilitmbh lg point zafrin nk usik haqmi hihi. Kelakar tul diorg ni la.tp akak suka, cute sgt hihi
ReplyDeletehahaha , terbaik RM...:D
ReplyDeleteHahahaha...best..best..thx. Kak Rehan..nak lg ya.. ;)
ReplyDeletenakal giler la zafrin nie cia haqmi..hehehee
ReplyDeletetwo thumbs up for the good job. keep it up.
ReplyDeleten3 pls
mana sambungan kisah suami yg tak kuhadap?
ReplyDeleteklakar hbs la dorng ni...
ReplyDeletepdan tul bdk 2 ekor ni..
RM lgu tema cita ni ambik lgu d'bagindas,,,,suka sm kamu...heheheh mcm kena jer
ReplyDeleteapalah malang nasib qimah ni..
ReplyDeleteasyik dia aje yg terkena...
tunggulah kau zafrin... bila haqmi transformasi ke qimah, baru kau tahu.... :)
sy suka haqmi...hahahaa
ReplyDeletebest sgt2...xsabar nk tau pe jd nt..he3
ReplyDeleteska la ngan crita nie..gduh2 syg..hehehe
ReplyDeletetq RM for the good story..luv u
Dear RM, suka ngan zafrin & Haqmi! tak sbr nxt n3...
ReplyDeletehehehe salah bilik yea aqmi...nk lg cpt sambung rm...
ReplyDeleteEh..eh..eh...habislah Haqmi salah masuk bilik pulak...
ReplyDeletemcm menyerah diri je pd singa lapar ye... bestlh RM
nk lagi cpt sambung ye.
hehe.. salah masuk bilik kaa??
ReplyDeleteayoyo..
hahaha...comel la dorg ni...baik btol zafrin siap tolong bukakkan kasut lg...hehe
ReplyDeletenk tnya 'taging' 2 aper ye????hehehe
ReplyDeletebest nye rehan.very very intresthing..........
ReplyDeletecomelnya lahaii haha
ReplyDeletezafrin punya gaya mmg la....nakal extra.tergelak bc.lawan la dgn mi.
ReplyDeleteSalah bilik plak hahaha
ReplyDelete