BAB 6
GILERA aku letak
elok di tempat yang disediakan setelah aku tiba di Fakuliti Kejuruteraan
Kimia. Aku melangkah sambil menyumbat earphone ke telinga dan terus menggumam
lagu One Direction bertajuk What Makes You Beautiful. Lagu baru dari kumpulan baru yang memang
layan.
Berjalan sendirian
untuk ke kelas setelah beberapa hari bercuti kerana sakit. Tak sempat habiskan cuti sakit, aku sudah ke
kelas. Bosan sendirian. Bukan boleh belajar pun kalau sendirian.
Kelas petang
yang akan bermula sebentar saja lagi.
Bila ingatkan wajah cuak Zafrin beberapa hari sudah bila diugut oleh
abang-abang itu, sungguh aku nak ketawa tergolek-golek di atas lantai ni.
Biar dia tahu
penangan Haqimah ni macam mana? Jangan ingat
aku semudah itu untuk dia buli. Benar aku
juga bimbang akan dia. Risau dia cedera
parah memandangkan kedua-dua abang itu
boleh tahan susuk tubuhnya.
Rasanya sekali
kena cepuk, Zafrin terlentok pasrah rasanya.
Aku tekup mulut dan ketawa perlahan namun tidak lama bila hati ini
diserang rasa rindu tiba-tiba. Sejak bila
pandai rindu, aku juga tak pasti yang pasti sejak aku tahu wujudnya lelaki
bernama Zafrin bin Zaini tu dalam dunia ni.
Aku mengeluh
kecil tapi tak lama bila bibirku menguntum senyum kembali. Padan muka dia dan terus saja menapak dan
terus menapak hingga ke makmal yang aku tuju.
Bila aku masuk
melalui pintu belakang, aku nampak Aziana, Anaresa dan Jimmy sedang rancak
berbual. Perlahan-lahan aku rapati
mereka tapi langkah kau pegun tiba-tiba bila Anaresa menyebut nama itu dengan
penuh serius.
“Betul ke awak
cakap ni, Resa?” soal Jimmy kalut.
Anaresa
mengangguk mengiyakan sesesuatu yang masih lagi kabur pada fikiran aku. Sesuatu yang tak mampu aku tebak lagi setakat
ni. Perlahan-lahan aku mendekat sedikit
dan terus aku duduk selang sebaris dengan meja mereka. Tunduk sedikit memandangkan masing-masing
sedang membelakangi aku.
“Teruk ke?” soal Aziana pula.
Sekali lagi
Anaresa mengangguk seketika dan menggeleng kemudiannya. Jimmy dan Aziana mengeluh.
“Apalah kau ni,
Resa? Teruk ke tidak?” tekan Aziana sedikit keras.
Anaresa ketawa
kecil. “Tak adalah teruk tapi teruk
jugaklah,” jawab sepupu aku tu penuh sandiwara.
“Eh…” Anaresa buat muka terkejut.
“Kau tak cakap
lagi pada Mi pasal ni, kan?” Mata dia
bulat dan bila Aziana menggeleng wajah aku pula berkerut.
Apa yang sedang
diorang rahsiakan daripada aku ni? Azi pun
nampak biasa je sehari dua ni. Tak ada
apa-apa pun tapi hari ni lain pulak. Tak
pernah-pernah kami bertiga berahsia melainkan dengan Jimmy yang baru masuk
buku.
“Emm… aku bukan
apa. Mi kan tak suka Zafrin tu. Jadi, tak payahlah dia tahu yang Zafrin tu
terlantar sekarang ni.”
“Teruk jugaklah
dia kena debik, kan?” tanya Aziana dan
Anaresa mengangguk.
“Taklah teruk
sangat sebab dia boleh bercakap lagi tapi berbalut tu yang buat dia nampak
teruk,” akui Anaresa akhirnya.
Jantung aku
bagaikan mahu luruh. Pantas aku berdiri
dan mencerlung pandang pada mereka bertiga yang jelas nampak terkejut dengan
kehadiran aku.
“Eh, Mi?” seru Anaresa dengan wajah terperanjat dia
tu. Nampak macam buat-buat terperanjat
tapi boleh jadi terperanjat sungguh.
Baru aku faham
maksud teruk dia tu macam mana tapi sungguh aku terkejut. Tak sangka Zafrin betul-betul kena tumbuk dan
semuanya salah aku. Salah
percaturan. Biarpun aku memang marah
sangat pada dia hari tu, tapi aku tak adalah sanggup sampai dia kena pukul dan
abang-abang tu pun, tak sangka sanggup debik Zafrin.
“Betul ke aku
dengar ni, Resa?” tanyaku.
Dia nampak gagap
dan tercengang. “Err… bukan ke kau MC
lagi hari ni?” soal dia mengalih soalan
aku.
Aku menggeleng. “Kau jawab soalan aku dulu!” Aku berkeras sedikit.
Dia diam dan
lambat-lambat dia mengangguk. Jatuh saja
kepala Anaresa buat kali kedua, aku terus berlari keluar dari makmal dan terus
berlari menuju ke tempat letak motosikal.
Baru saja enjin
aku hidupan dan topi keledar tersarung di kepala, telefon bimbit bergetar di
dalam poket jeans. Cepat-cepat aku tarik
dan SMS daripada Anaresa aku baca.
-
Rin
ada di spital Selayang.
Huh… jauhnya aku
nak merempit daripada Shah Alam ke Selayang tapi sebab Zafrin terlantar kerana
aku, nak tak nak, aku akan pecut selaju mungkin. Minyak aku pulas dan terus saja memecut laju
menuju ke destinasi.
**
TIBA saja di
Hospital Selayang setelah hampir sejam aku meredah Lebuhraya Persekutuan dan
juga Jalan Kuching, aku akhirnya sudah terpacak tepat di pintu masuk Hospital
Selayang. Siren ambulan yang bingit
benar-benar membuatkan jantung aku hampir berhenti berdegup.
Aku bukan
boleh. Risau kalau ada siren berbunyi
kuat ni. Dengan pelajar-pelajar
perubatan yang keluar masuk dengan wajah bangga, aku terkebil-kebil
sendiri. Perlahan-lahan aku beranikan
diri melangkah ke dalam hospital dan langsung menuju ke kaunter
pendaftaran.
“Err… cik boleh
tanya?” Aku menyapa lembut.
Waktu ini
rasanya masa melawat hampir tamat. Tapi aku
tetap nak jenguk Zafrin. Tak nampak dari
dekat, dari jauh pun jadilah. Janji aku
tahu keadaan dia.
“Ya, cik…”
Jururawat muda itu tersenyum dan aku terus meletakkan topi keledar aku di atas
kaunter.
“Err… saya nak
melawat kawan saya. Nama dia Zafrin bin
Zaini. Dia dok wad mana, ya?”
Dia angguk dan
terus tersenyum. Bagus betul orang kerja
dengan masyarakat ni. Mudah dapat pahala
sebab suka bersedekah dengan senyuman.
“Kejap ya saya check dalam sistem.”
Aku ketuk
sedikit topi keledar menahan kalut di dalam hati. Menanti jawapannya dengan penuh debar. Sungguh aku rasa nak melalak andai benar
Zafrin dipukul kerana aku beberapa hari sudah.
“Okey, cik… Dia dah
dibenarkan keluar hari ni dan rasanya dalam sejam tadi,” beritahu jururawat itu
padaku.
Dahiku berkerut. Sejam?
Maknanya dia dah ada kat rumah dia sekarang. Kata Anaresa agak teruk. Berbalut sana sini. Dah tu tak kan keluar cepat sangat?
“Err… dia dah
sembuh ke?”
“Kalau doktor dah
bagi keluar tu maknanya dia dah sembuh dah tu, cik,” jawab dia dan aku terus
berlalu dari situ dengan rasa hampa sikit.
Nak jumpa Zafrin
tiba-tiba. Melonjak rasa dalam hati ni
nak jumpa dia. Selagi aku tak tengok
dengan mata kepala aku sendiri, aku tak akan puas hati.
“Ya Allah… apa
aku dah buat pada Zafrin ni?” Aku meraup
wajah dan melabuhkan duduk di atas kerusi di tepi vendor machine Cola-cola ni.
Bersandar dalam kepenatan dan kelelahan yang tak mendatangkan hasil.
Mata aku pejam
sedikit. Letih tubuh. Lelah nafas.
Tercungap-cungap menyedut oksigen.
Ada pulak aku yang masuk wad ni karang.
Waktu ni aku rasa nak menangis. Tak
dapat aku bayangkan keadaan Zafrin dicepuk hari tu. Aku tak sangka dan sungguh aku tak
terniat. Asyik dia je kenakan aku, nak
juga aku kenakan dia sekali dan itupun terus terlantar.
Andai mama dan
abahnya tahu akulah punca anak bujangnya lebam sana sini atau lebih teruk patah
riuk tulang temulangnya, tak tahu mana harus aku campakkan wajah aku ni. Mengeluh tak sudah dengan gurauan aku kali
ni.
Aku tunduk
membawa dahiku menyentuh topi keledar. Nak
menangis boleh tak? Tapi, ada rasa ego
yang menghalangnya. Dalam pada
membendung rasa sebu dalam dada, ada suara yang menegur.
“Bang… vendor machine ni telan duit sayalah,
bang,” ujarnya lembut.
Aku pandang ke
dinding dan mengetap bibir. Abang dia
panggil aku? Muka macam ni punya comel
pun dia tak dapat bezakan antara abang dan kakak.
“Tolong, bang…
Saya nak air coke ni,” sambung dia
lagi dan aku terus saja bangkit tanpa melihat ke arah empunya suara lantas aku
sepak vendor machine itu kuat.
Serta merta
setin air jatuh dan aku terus bercekak pinggang depan dia. Bila aku pandang wajah aku, aku terdorong
sedikit ke belakang melihatkan wajah yang sedang meneguk air tin tersebut.
“Terima
kasih. Sedap air hasil tendangan kau ni,
Mi.”
Zafrin sedang
berdiri tegak di depan aku. Bersandar pada
vendor machine dengan wajah yang
tersenyum menyenget. Lantas air tin itu
diteguknya lagi.
“Kau nak?” tanya dia sambil menyuakan tin itu pada aku
yang masih kaku.
Aku larikan anak
mata aku pada sekitar tubuhnya. Tak ada
balutan, tak ada lebam dan jauh sekali patah riuknya. Sihat sejahtera je.
“Kau sihat-sihat
je, kan?” soal aku.
Zafrin tersengih
dan menilik tubuhnya sendiri. Kemudian dia
mengangguk dan merenung aku lagi.
“Seperti yang
kau lihat…”
Huh, buat penat
aku berkejar ke sini je tapi… “Tapi,
Resa kata… dan nurse tu kata tadi kau
baru keluar wad?” Aku menyoal tanda tak
puas hati. Tak percaya yang dia sihat
saja. Sedang tersenyum sinis siap minum
air bergas lagi.
“Memang aku
masuk wad tengah malam semalam…”
“Tapi, Resa
cakap…” Suaraku mati biarpun aku yang
memangkas kata-kata Zafrin.
“Itulah masalah
kau!” tekan dia tiba-tiba. Menggeleng tak puas hati.
“Apa masalah aku
pulak? Kau la ada masalah sebab Resa
cakap kau yang sakit!” bentak aku
pula.
Dia senyum
sinis. “Masalah kau suka memangkas cakap
orang tua. Tak dan aku habis cakap, kau
dah pangkas. Mana nak tahu cerita?”
Aku telan
liur. Ada benar juga. Bukan saja nak pangkas tapi aku
terkejut. Memang macam tu kalau dah
terkejut.
“Huh, buat penat
aku berkejar ke sini macam orang bodoh je.
Rupanya kau sihat tak jejas apa pun,” rungut aku menahan sebal. Aku mencemik tapi Zafrin mengenyit mata. Erk… semput nafas aku kejap. Haih…
Dia ketawa
besar. “Itu pun nak gelabah kau, Mi,”
usik dia dan aku mencebikkan bibir.
“Memang aku
masuk wad semalam. Gastriklah, Mi. Kaulah… aku makan sikit pun berkira. Macamlah aku tak boleh ganti balik makanan kau
tu.”
“Eleh… sikit
apa? Dahlah tak minta. Main sebat je,” sinisku. Zafrin senyum.
“Baru sesuap je
tapi kau tu berlakon dengan airmata palsu kau tu. Mujurlah aku ni lagi bijak dari kau, tau tak?” Dia jongket kening dan tersenyum bangga.
“Apa maksud kau?” Aku mula pelik.
Rasa macam dia
ada pedajalkan aku lagi ni. Aku toleh
kiri kanan. Bersedia dengan sebarang
kemungkinan. Berjaga-jaga.
“Eh… eh…” Dia memetik jarinya di depan mata aku.
“Kau intai
apa? Takut aku buat jahat lagi ke? Kau ni, curiga kat aku saja!”
“Mahu tak
curiga, dah kau tu memang sengaja kenakan aku!”
ejek aku geram.
Dia senyum lagi
dan kali ini, killer grin. Killer smile yang sedang menikam hati dan
perasaan aku perlahan-lahan. Fuh…
berderau darah aku bila Zafrin semakin lebarkan senyum. Kening lebatnya, bibir yang merah sensual itu
serta redupnya pandangan dia membuatkan dunia berhenti berputar seketika.
“Jangan senyum
macam tulah!” tegurku agak
perlahan. Tak tahan godaan.
Zafrin jongket
lagi kening dia yang hitam lebat
itu. “Kenapa? Takut jatuh cinta?” tebak dia dan aku telan liur dengan mata yang
bulat.
“Tak ada
maknanya,” dalihku.
“Tak
apalah. Nanti aku buat jadi bermakna...” Dan dia ketawa lagi.
“Emm… pasal Kak
Long tu aku tak tahu apa motif dia cakap macam tu tapi memang aku masuk wad
semalam. Tahan lapar dua hari, Mi…
mengidam nasi kau tu. Nanti kau tapaukan
lagi kita share berdua. Jimat sikit.”
Amboi, senang
hati dia nak aku beli. Dahlah aku pun
tengah berjimat lagi ni.
“Lagipun, mujur
aku tak kena cepuk dekat abang-abang tu,” luah dia setelah tawanya terhenti.
“Macam mana kau
lepas?” soal aku ingin tahu.
Dia senyum lagi
dan jemarinya menggamit ke belakang. Dua
orang lelaki yang aku kenal itu menghampiri.
Macam mana mereka berdua boleh ada di sini pulak? Aku telan liur yang terasa kelat. Dahaga tiba-tiba.
Zafrin paut bahu
aku. “Kan betul saya cakap, bang. Dia ni isteri saya tapi dia ada masalah kat
sini sikit…” Zafrin tekan kepalanya.
“… sebab tu dia
cakap macam tu hari tu. Dia hilang
ingatan dalam beberapa ketika dan ni dah dia ingat balik, dia datanglah cari
laki dia ni,” ujar Zafrin tenang dan bersungguh-sungguh.
Kedua-dua orang
lelaki di depan aku mengangguk. “Emm…
maaflah, dik. Mujur jugak terserempak
dengan kau kat sini. Lain kali jaga bini baik-baik kalau tahu bini tu tak
betul!” ucap salah seorang daripadanya
dan berlalu.
Aku jegilkan
mata. Tak betul? Aku pandang Zafrin yang sedang menatap
aku. Tangan itu masih utuh memeluk bahu
aku. Kembang kuncup hidung aku ni kala
ini tapi dia masih tenang menghirup mulut tin coke itu.
“Kau kata aku
apa?” tanyaku mengetap gigi.
“Fair and squarelah,” selanya dan dia
terus tersenyum, melepaskan pelukan pada bahu aku dan terus menapak
meninggalkan aku sendiri bersama gelak tawanya.
Teruk aku kena
main tapi Anaresa pun? Haih…
~~> bersambung
Cik Penulis : Setelah kesulitan pasti ada kemudahan dan yang benar tu akan tersingkap juga nanti. (Apa kaitan?) Hehe.. tak ada kaitan tapi muhasabah diri sempena buku baru ni.. Salam Nifsu Syaaban teman2.
cian mi kena main ngan zaf n resa...
ReplyDeletenice :D
ReplyDeletelike 3000x...thumbs up..
ReplyDeleteBest!
ReplyDeleteMemang pasangan serasilah tu
hensemnya gerard anderson,,
ReplyDeletebest....terbaekkk...tp pendek...heheh
ReplyDeletenakal2..mmg betul2 nakal la
ReplyDeleteat last...ur story mmg super cute & super ohsem!!
ReplyDeleteasyik mi jek terkena.. :)
ReplyDeletehahahahaha.. Zafrin dah mula nak suka dengan haqmi lah tu.. next n3 dah startlah bunga-bunga cinta dia org yek rehan..
ReplyDeletewah!! ni baru padan!! sama2 suka mengena..sweet sgt!!!terima kaseh RM!! waiting for nxt n3...
ReplyDeletekcian mi...
ReplyDeletejht tul resa ni...
x lama lg brputikla cnta antr dorng 2..
suke3
ReplyDeletethe sengal couple...huhu
ReplyDeletemalam kang RM next ep....
mi cepat buat zafrin jeles
ReplyDeleteasyik dia buli je,kasi buli sma dia plak
sweet couple.... zafrin, pendekkan jadi rin, dh macam nama pompuan, hagmi, pendekan jadi mi.. mcm lelaki memang couple huru hara, haru biru ..hehehe..tq rehan
ReplyDeletehaha..
ReplyDeletecun je kisah dorang ne...
swit. klakar . pokoknye SUKEEEE
hahahaha haqmi terkena balek ;)
ReplyDeleteuIshhhh... Rin ngan resa nie saje je tau,.
ReplyDeleteSian kat haqmi...
Jauh merempit tu..
Hope jodoh milik mereka
suke3...
ReplyDeletedan2 j kna tipu.....
ReplyDeletehehe... comel jer diorg ni....tp pendek sgt la... xpuas bc..hehe
ReplyDeleteSuka...cute story
ReplyDeletekcian mi ask kne je an zafrin ..
ReplyDeleteRM STK dh xde k ???
best ..
STK jap ek.. kita cool down dulu ngn UD sbb sy tgh siapkan BNS ni..nk kena hantar dh..huhu..
ReplyDeletePendek sangat lah entry utk UD ni, :( tak puas. Apa apa pun, still best dan comel cerita ni! Suka Zafrin pulak ;)
ReplyDeletehahaha..serius best..br start lyn citer ni..thums up lah kak.. =)
ReplyDeleteserius sweet..
ReplyDeletehahaha klaka la Fahmi.... best - usma
ReplyDeletex baik tau Zaf buat Mi macam tu.... kasihan dia .... dahlah budak masih sekolah lagi...
ReplyDeletehishhh apaelah zafrin nie .....tapi tak pe lps ni Mi jual mahal ,, elak aje dari jumpa c Zafrin nie biar dia rasa .. lost, ajar sikit ..... bla dah lama tak gaduh kemudian jeng jeng.....
ReplyDeletesweet couple....thumbs up utk RM...
ReplyDeletehaha lawaklh cite ni kak rehan. :D
ReplyDeletesweet nye..........hah amek kau mi,kena dah.heheheeeeeee
ReplyDeletemakin bc cter ni rasa mcm duk ala2 zmn remaja pulk.lebih kurg mcmni la thp sengalnya.
ReplyDelete