BAB 8
“RIN… jangan buat aku
macam ni wei…” Aku cuba merentap lenganku yang
digenggam kemas oleh Zafrin.
Langkah kami terhenti
pada anak tangga pertama. Dia kalih dan
memandang aku dengan senyuman yang menakutkan itu lagi.
“Nak takut apa?” soal dia tanpa riak.
Dia ketawa sedikit. “Kalau tak takut, marilah kita ke atas,” ajak
dia lagi dan sekali lagi dia heret aku.
Memaksa aku mengikut langkahnya yang sudah mula memijak anak tangga
kedua.
“Ado i… sumpah aku tak datang dah rumah kau ni,
Rin. Sumpah aku tak masuk dah kan dang singa
lapar…” Aku berkata lebih pada diri
sendiri. Menggeleng berkali-kali.
Kaki Zafrin terhenti
lagi dan dia terus memandang aku agak tajam kali ni. Aku telan liur yang terasa kelat. Huh, boleh mati terbunuh hati aku dengan
panahan mata Zafrin ni. Dalam takut,
hati tetap berbunga tapi hendak membiarkan dia heret aku sampai ke katil, itu
adalah mustahil. Aku masih waras lagi
dan rasanya, nanti aku juga perlu menyedarkan Zafrin agar dia berpijak di bumi
nyata.
“Kau sempat lagi mengata
aku, ya?” soal dia memberi amaran.
“Dah tu… kau yang
mengaku kau singa lapar tadi…Oh…” Bibir
aku membulat sikit.
“… mungkin tak habis
ayat lagi tadi. Kau singa lapar yang
baru bangun tidur, ya?” Kening aku
angkat kedua-duanya membuatkan Zafrin merengus.
“Ada je kau ni nak mengata aku…”
“Eleh… kau suka mengata
aku dulu. Masa kat hospital tu, kau
boleh panggil aku tak betul, kan ?” Aku bertanya sedikit lirih. Tiba-tiba teringat peristiwa beberapa hari
sudah. Kecil la jugak hati aku yang tak
berapa nak besar ni.
Dia senyum dan
melepaskan genggaman tangannya pada lengan aku.
Dia labuhkan duduk dan meminta aku duduk sekali di sisinya di atas anak
tangga kedua. Tak jadi nak naik ke atas
dan aku hela nafas lega.
“Duduklah…,” suruhnya
bila aku hanya berdiri terpacak kaku membeku.
Dia tepuk tangga di
sisinya dan aku hanya duduk saja. Sedikit
jauh dan rapat pada pagar tangga.
“Aku pun tak sangka kau
boleh merempit datang cari aku hari tu.
Tapi, kenapa kau datang Mi?”
tanya dia.
Aku terngadah lagi. Apa aku nak jawab ni? Nak salahkan Anaresa boleh tak? Memang aku terkejut bila dapat tahu dia
dimasukkan ke wad dan rasanya sebab utamanya adalah aku. Tapi, lain pula bila aku tiba di sana . Segalanya dusta belaka.
“Kau tanyalah kakak ipar
kau tu,” selaku malas.
“Nak ke aku masuk bilik
kakak ipar aku sekarang ni? Kalau kau
nak, aku boleh je masuk sekarang tanya dia…”
Suara Zafrin sedikit mengugut dan bila dia bangun aku cepat-cepat tarik
tangan dia.
Pertama kali menyentuh
kulit lelaki itu dan sungguh, darah sudah mengalir menongkah arus. Gelora mula pasang dalam dada. Berdetak tak usa h cerita hentakkannya. Zafrin nampa k
terdiam dan dia memandang pegangan tangan aku lama tapi bila aku tersedar,
pantas aku leraikan pautan.
“Er… tak payahlah,
Rin. Tak elok. Itu kakak ipar kau,” ujarku menyembunyikan
kecanggungan dalam diri.
Zafrin senyum
menyenget. “Kenapa tangan kau sejuk
semacam je?” soal dia mengusik.
“Mana ada,” dalih
aku.
“Ada lah… !’
Dia tetap nak menang.
“Tapi kenapa tak nak aku
naik ke atas? Aku nak ketuk pintu Kak
Long je pun. Bukan nak terjah masuk
bilik dia…”
Aduhai… aku terkena lagi
dengan Zafrin ni. Mati-mati aku ingat
dia nak serbu bilik Anaresa nak bertanya soalan itu tapi itu pula
dalihnya. Aku tepuk dahi sikit dan
menggeleng. Sakit jiwa aku dengan lelaki
ni.
“Jawablah, Mi…” Zafrin merengek tiba-tiba.
Aku pandang dia yang sedang menongkat dagu di atas
lutut. Nam pa k comel pulak Zafrin ni sampai
membuatkan aku mengukir senyum dan aku tongkat tanganku pada sisi kepala kan an memandang dia yang
sedang redup memandang aku.
“Jawab apanya?” soal aku kembali.
“Ala … yang kau beria rushing ke hospital beberapa hari sudah tu kenapa?” Dia ulang soalannya.
Aku menggeleng tanda tak
tahu. “Kan dah cakap, Anaresa kelepet aku. Dia kata kau masuk wad sebab kena pu…” Lidah kelu tiba-tiba.
Aku redupkan pandangan
dan terus memandang Zafrin. Andai benar
kau kena cepuk, Rin… aku tak tahu apa yang aku akan buat masa tu. Aku hanya mampu berbisik sendiri bagi
menghabiskan ayat itu.
“Aku masuk wad sebab
kena pu? Pu apa?” Dia menyoal bagaikan tidak mengerti apa-apa.
“Kau risau aku kenal
pukul ke, Mi?” soal dia bila aku tidak
menjawab.
Aku menekur pandangan ke
lantai marmar berwarna putih mutiara ni.
Berkilat-kilat. Kat rumah mak dan
ayah, kami pakai tikar getah je. Rumah
kampung… biasalah. Tapi tetap terletak
indah. Berhias cantik. Kalau aku balik je, mesti tunggang
langgang.
“Bukan ke kau yang suka
aku kenal pukul? Mana boleh kau risaukan
aku, betul tak?” tanya dia sinis.
Aku ketap bibir. Geram sungguh dengan hamba Allah seorang
ni. Elok-elok dia tak kena cepuk hari tu,
aku pulak yang cepuk dia hari ni.
“Kau ni banyak mulut
betullah! Bercakap je manjang!” Aku menyindir geram.
Zafrin ketawa. “Aku banyak mulut dengan kau je, Mi… kau tahu
kenapa?”
“Hmm… kenapanya?” Aku bertanya malas. Memang malas nak berbicara dengan lelaki
ni. Haruslah kalah aku. Bosan!
Kepala aku sandarkan
pada pagar tangga. Menanti butir bicara
Zafrin yang tak sudah-sudah tersengih sana
sini. Bagaikan Yang Berhormat buat
ucapan pulak.
“Tanyalah, Mi…” Dia mendesak.
“Kan aku dah tanya tadi!” tekan aku geram.
“Sila tanya dengan riak
wajah yang ceria…” Dia sengih padaku
dengan memegang kedua belah pipinya dengan sengihan yang melebar.
Aku mencemik pada
mulanya dan bibir ini mengukir senyuman palsu selebar mungkin.
“Ya, Rin… kau
kenapa?”
Dia ketawa sedikit. Persis mengejek. “Sebab kau tu spesis tak ada jantina. Jadi, dengan kau memang aku cakap banyak. Banyak mulut sebab nanti depan perempuan yang aku suka dan betul-betul perempuan, aku
akan diam sebab kelu! Dada ni…” Zafrin bangkit dan berdepan dengan aku. Telapak tangannya melekap ke dada dengan
wajah teruja.
“… berdetak hebat sebab
tu lidah aku berat. Tapi dengan kau…
sekadar nak bahankan bolehlah,” sambung dia tanpa rasa bersalah.
Aku pantas berdiri. Terkujat, tersentap dan macam-macam rasa lagi
mendengarkan kata-kata Zafrin. Menerima
bait-bait ayatnya membuatkan aku menilik diri aku sekali lagi.
“Aku perempuan,
Rin!” Aku tekan sikit hujung suara
aku. Bagi dia faham sikit.
Memang aku agak kasar
dan nampa k
bagaikan lelaki. Setidak-tidaknya, aku
menyembunyikan lekuk tubuh aku ni. Pakaian
juga besar dan tidak mengikut bentuk badan.
T-shirt juga mencecah paras bawah siku.
Seluar juga longgar hingga terasa angin yang mengelus ke dalam.
Zafrin menilik aku. Macam tak puas hati. “Mungkin… tapi pada orang lainlah. Pada aku…”
Dia menggeleng dan mencemik lagi.
Aku ketap gigi menahan
geram. “Emm… aku terima pujian kau tu,
Rin… memang aku terima!”
Kali ini, aku menghadiahkan dia seulas senyuman
yang paling manis dan aku dapat lihat, Zafrin menelan liurnya sendiri. Puas hati aku bila nampak lelaki itu buka
mata bila aku selak rambut aku yang sudah agak panjang ini pada belakang
telinga. Berlagak ayu sikit.
“Err…kau tak… ma… rah
ke?” Dia gagap.
Aku menggeleng. “Nak marah apanya? Benda betul, Rin,” jawabku agak sopan dalam
pada menahan sabar.
Senyuman manis terus aku
ukir buat pertama kalinya pada dia. Biar
dia tahu yang aku juga punyai senyuman yang mampu memikat orang.
“Cakap cakap apa-apa,
Rin. Aku minta maaf sebab buat kau
selama ni dan aku harap lepas ni, kita tak jumpa lagi. Kita kira sama-sama rata. Kau tak ada dendam, aku tak ada dendam sebab
aku nak further belajar dekat luar
negara. Itu yang aku nak bagi tahu kau sekali tadi. Tapi alang-alang kau cakap macam tu, mudah
kerja aku!”
Aku menipu dia. Sungguh aku berkecil hati. Sampailah hati dia cakap aku spesis tak
dikenalpasti. Dia tak tahu, hati aku
memang berdebar sebab dia je. Pertama
kali dan eksklusif lagi. Tak pernah
terjadi tapi sayang bila hati aku terjatuh pada oran g yang salah. Akhirnya tersepak masuk ke longkang.
Mata Zafrin bulat. “Sungguh ke?”
Aku sengih dan angguk
laju. Dia menepuk dahinya.
“La… kenapa baru
sekarang nak pergi? Patutnya kau pergi
lama dulu dah sebelum kau langgar aku dekat traffic light hari tu lagi!” Dan dia… ketawa kuat.
Aku tahan nafas seketika
dan memalingkan wajah aku ke lain.
Tunduk sedikit membetulkan stoking.
Melarikan wajah yang keruh dan mata
yang mula terasa suam. Zafrin
memang tak layak untuk cinta pertama aku ni.
Bila aku tegakkan tubuh,
Zafrin tenang merenung aku dengan senyuman tipis yang nampa k ikhlas. Tapi rasanya, aku nampa k dia macam mengejek aku je jadi aku
terus kebalkan hati. Cinta ni memang tak
patut ada dalam kamus hati aku. Aku raup
sedikit rambut yang mencecah kening ini ke belakang dan terus menayang bari san gigi aku pada
Zafrin.
“Emm…okeylah, Rin. Apa-apa pun aku minta maaf. Kosong-kosong, ya?”
Dia angguk dan kepalanya
menyenget sikit. “Tapi, aku tak halallah
hutang kau selama ni, Mi,” ujar dia.
Aku terdiam seketika
menimbang-nimbang maksud hutang yang dia katakan itu. Barangkali hutang aku langgar dia tempoh
hari. Hutang yang menyebabkan Yahama LC
dia tu calar balar. Bila teringat motor
tu, aku terus bersuara.
“Mana motor kau? Baru ingat nak tanya?”
“Hai… dah nak balik baru
tanya? Tapi, aku jawab jugaklah. Motor aku cat lain. Hutang tu aku tuntut lainlah dengan kau
nanti…” jawab dia sedikit sinis.
Pada aku, Zafrin dan
sinis ni dilahirkan kembar. Barangkali,
kalau tak sinis untuk sesaat, hidup dia tak lengkap jadi aku relakan saja
telinga aku menerima sindiran demi sindiran dari mulut dia.
Bila mahu menjawab,
pesanan mama dia terngiang di telinga.
Bagaimanapun, aku tetap seorang gadis.
Pada Zafrin tidak, tapi pada oran g
lain yang Allah akan hantar untuk aku nanti, jadi tidaklah Zafrin.
“Kalau aku tak jumpa kau
lagi, Rin… aku bayar harga kau cat balik motor kau tu melalui Resa. Aku rasa memang tak sempat jumpa dah
ni…” Aku buat muka serius tapi tidak
pada Zafrin. Bagaikan dia dapat tangkap
yang aku sedang menipu dia tapi aku tetap beriak yakin.
“Hutang ni, kau kena
bayar sendirilah, Mi… aku tak harap kau bayar melalui oran g lain.
Macam kau tak ikhlas pulak nanti,” sela dia.
Aku menggeleng tidak
setuju. “Sama je, Rin. Janji duit tu sampai dekat kau. Nantilah aku keluarkan semua biasiswa berbaki
lagi tu. Aku balik dulu. Kirim salam dekat mama kau, ya?”
Serentak itu, kaki ini
maju ke pintu tapi Zafrin melelar pergelangan tangan aku sekali lagi membawa
kulit kami bersentuhan buat kali kedua.
Aku pandang dia dan dia pandang aku.
Lama.
“Hutang aku tu, aku akan
datang tuntut depan kau nanti, Mi!” Kali
ini dia bersuara lebih tegas dan serius.
Tiada langsung riak main-main tapi aku pula sebaliknya.
Aku menghamburkan
tawa. “Sebelum aku berambuslah, Rin,”
sindir aku pada dia.
Zafrin telan liur. “Dan aku akan tuntut dengan cara lain sebab
aku kesian budak-budak sekolah macam kau ni nak bayar aku pakai biasiswa bagai…”
Tawa aku mati
terus. Tangan ini aku tarik sopan dari
terus berada dalam genggamannya.
“Maaf ,
Ri n… kulit aku ni untuk cinta pertama aku je
dan oran g itu
adalah suami aku!” ujar aku lebih serius
dari tadi dan terus saja aku menapak ke pintu rumah.
Pertama kali menyebut
perkataan suami dalam hidup aku. Sungguh
aku tak sangka yang aku mampu menyebut perkataan keramat itu. Keramat kerana demi perkataan itu aku
mengangkat seseorang lelaki dalam hati aku dan halal di sisi aku. Pelik, tapi itulah penangan Zafrin.
Mahu saja aku kalih pada
dia buat kali terakhir tapi rasanya, biarlah macam tu je. Sungguh tak sangka, jadi macam ni pulak
rancangan aku dan aunty. Hancur lebur. Semuanya sebab Zafrin. Terkecil hati aku.
Bibir aku cebir. Bila-bila masa akan menitiskan airmata. Bila dan sarungkan kasut, baru sedar yang aku
tak ada kenderaan. Gilera ada di parkir
rumah sewa. Aku mematikan langkah
seketika. Anaresa pun diam je. Aunty pun tak ada sekarang dan ada baiknya,
aku berlalu sebelum aunty balik.
Poket jeans aku
seluk. Hanya ada beberapa ringgit
berbaki. Entah cukup entah tidak nak
dapatkan teksi untuk balik ke Shah
Ala m tapi rasanya memang tak
cukup. Hendak menapak ke stesen KTM Batu
Cave s
rasanya sangatlah jauh tapi aku tiada pilihan.
Dengan langkah malas,
aku menolak pagar rumah Zafrin. Dalam
hati, aku nak dia datang mengejar aku dan menahan langkah aku tapi untuk
apa? Andai untuk menyakitkan hati aku,
dia memang pakar. Berkali-kali dia
tegaskan yang aku spesis tak diketahui jantinanya. Aku adalah oran g yang tak mungkin mampu buatkan hati dia
berdetak hebat jadi berhenti berangan, fokus pada masa depan sudah.
Aku berjalan
sendiri. Makin lama makin laju. Mujur pakai kasut jadi tak adalah rasa hitam
kaki dan selesa je melangkah tapi hendak sampai ke sana memang aku akan patah kaki. Aku dongak ke langit, hampir hujan pula
tengah hari panas terik sebentar tadi.
Macam aku dan
Zafrin. Rasanya tadi bagai bulan dihiasi
bintang tapi sayang, bila hujan melanda di tengah hari dan memang hujan sedang
merintik bila titisan hujan sedang mengenai batang hidung aku.
“Dah hujan pulak,”
keluhku sikit. Aku menggeleng dan
meneruskan langkah.
Bila aku melalui selekoh
kawasan peru mahan
Zafrin tadi, hujan semakin rakus menitis ke bumi. Dari titisan halus bertukar menjadi kasar dan
akhirnya agak lebat. Aku memeluk tubuh
bila hujan sudah mula membasahi tubuh aku.
Rambut sudah melekat ke dahi dan t-shirt
putih ni tak payah cakap. Memang nampa k apa yang tak
sepatutnya. Menyesal datang ke
mari. Haih…
Bila aku melangkah dan
terus melangkah menghampiri tempat menunggu bas
untuk berteguh, ada pula suara sumbang yang mengorat. Waktu ni aku memang malu sendiri. Segalanya pertama kali. Pertama kali diherdik seorang lelaki, pertama
kali jatuh suka pada lelaki, pertama kali berjalan dalam hujan dan pertama kali
dalam segalanya.
Bila tiba saja di pondok
bas, aku terus melabuhkan duduk dan menaikkan kaki aku lalu merapatkan lulut ke
dada menyembunyikan apa yang sepatutnya.
Seluruh tubuh lencun dan kuku juga sudah menjadi ungu. Bibir juga menggeletar bila disapa angin yang
berhembus agak garang.
Aku rapatkan wajah ke
lutut. Mengingatkan kata-kata kasar
Zafrin pada aku, bagaikan aku ini tiada perasaan. Sungguh agaknya dia hanya nampa k aku begitu. Bukan seorang gadis yang ingin dicintai. Tanpa sedar, ada airmata mengalir. Sedihnya, mak…
“Perempuan ke kalau
keras hati macam ni?”
Seraya itu, aku sehelai
jaket menyapa. Aku pandang tubuh
aku. Jaket hitam yang sama menyelimuti
aku malam aku sakit tubuh tu dan aku pandang tuan empunya suara yang membalut
tubuh aku dengan jaket itu. Orang yang
sama juga tapi aku memang dah berjauh hati.
Aku tolak jaket dia dan
Zafrin tetap melekapkan ke belakang aku.
Dia jegilkan matanya.
“Kau kata kau perempuan,
tapi suka melawan. Perempuan ni kena
lemah lembut sikit!” tegas dia lagi.
“Kan pada kau aku bukan perempuan!” sinis aku penuh gera m.
Dia senyum menyenget ke
kiri. “Kalau bukan perempuan, nak tutup
dada buat apa? Nak sorok lengkung pada
pinggang buat apa? Nak peluk tubuh tutup
apa yang ada di sebalik baju putih ni kenapa?” Berasap sindiran Zafrin masa ni.
Aku menjeling dia
tajam. “Tepilah kau!” Aku terus bangkit.
“Mi… hujan ni. mama suruh aku datang ni. mari balik rumah aku dulu,” ajak dia.
Aku mahu menjerit. Hari tu Anaresa yang suruh.
Sekarang ni mama pulak yang suruh.
Bila yang kau rasa diri sendiri tu nak tolong aku? Kuat saja hati aku menjerit tapi tak mampu
aku luahkan.
“Kau baliklah, Rin…” Aku kalih pada dia sedikit.
“Tanpa kau?”
Aku angguk.
“Nan ti
mama marah akulah, Mi…” keluh dia lagi.
Sekali lagi aku
terluka. “Kalau macam tu, nanti aku call
mama kau bagi tahy perkara sebenar.”
“Mama aku dah tahu dari
awal…,” sela dia membuatkan aku mengerutkan dahi.
“Tahu apa?”
“Tahu apa yang dia patut
tahulah.” Zafrin bangkit setelah
menghabiskan ayatnya. Dia menepuk
sedikit belakang seluarnya dan merapati aku.
“Jaket ni, Mi…” Dia
zipkan jaket itu membiarkan tangan aku terperangkap di dalam.
“… pakai baik-baik. Lindungi apa yang patut jadi hak milik cinta
pertama kau, iaitu suami kau, kan ?”
tanya dia.
Aku terdiam tak mampu
nak berkata apa lagi. Tiap-tiap yang aku
sembur pada dia, dia mengaum pada aku balik.
Entah apa bermain dalam fikiran lelaki ni. Payah nak tebak!
~~> bersambung
whoa :D
ReplyDeletehehehe makin menariklaa hahaha..
ReplyDeletetp ksian haqmi, hani rasa kn, hani dpt agkla dy da bgtau fmily dy, yg dy dh syok kt haqmi ni haha~
ouh...sgt2 best.....tp rasa mcm dri ni xbermaya,.sayu....dok tempat Mi..sungguhlah kak rehan pandai main emosi orang..huuuhu.
ReplyDeletesiannya Haqmi terasa dgn kata2 zafrin.. cili juga mulut zafrin nie...
ReplyDeleteRasa menyampah pula dengan Zafrin, mulut tu laser je memanjang. Kesian pada Haqmi asyik terkena je.
ReplyDeleteZafrin ni asyik nak menyindir Haqmi je...-_-#
ReplyDeleteKesian Haqmi...T_T
best ... tak sabar nak baca lagi .... terbaik
ReplyDeletecian kt Mi.Rin jgn la kasi ayat sentap je kt Mi tu.ganaz2 Mi tu ttp jiwa lmbut tau..RM cpt2 la sambung,x sabo ni
ReplyDeleteGak-agaknya Zafrin selalu menyindir haqmi sebab nak haqmi berubah jadi haqimah semula la kot?? best..
ReplyDeletealaa rin..kalu suka katakan x si makan hati.
ReplyDeletememang spesis singar lapar sungguh nak m'gaum je keje dia.
sian kat mi..hurmmm cepat2 jadi pompuan melayu terakhir kasi si rin tu bukak mata skit.
best n3. :)
tq an..
zafrin sesweet abg ye jgk..
ReplyDeletetp zafrin lg sweet.....kahkah
DeleteCik Penulis ~~~~~~> Hari ni cuma nak komen.. So cool and sweet.... (senyum meleret sampai ke telinga...):-). Tq!!!
ReplyDeleteMi cepat2 lah berubah jd pmpuan asli, biar terjojol biji mata rin tengok mi yg baru.ki3..mcm anaressa...comel jer bile da pkai tdung..
ReplyDeletewah best sangat...tersentuh jgk laaaaa..tahniah RM..>_<
ReplyDeleteXsabar nak baca keadaan mi biler dh berubah...
ReplyDeleteMusti sungguh ayu dan bersopan kan...
Sungguh rin telah jatuh cinta ngan mi...
hehehe.. sgt comel la zafrin ni..dia saje perli2, supaya mi dpt ubah jd lebih baik... so sweet...
ReplyDeleteOh Rehan....sooo sweatt....rgds,zailda.
ReplyDeletekak rehan, seronoknya. hehehehe. :)
ReplyDeletekak Rehan,pls continue cepat skit tau,,,suka baca Rin memang suka sangat menyakat Haqmi....ki3
ReplyDeleteaduii..ann makin menarik,best nya suka sangat2..
ReplyDeletevery nice... =)
ReplyDeletesngt2 best.. from 1st chap until now..
ReplyDeleteYeay! Best gila lah. Suka betul dengan Zafrin ni. Dia loud tapi ada gentleman dia jugak. Hihi, cepat update kak rehan, loveyou!
ReplyDeleteRasanya bukan Mama yang suruh tapi sebab sendiri dah jatuh hati dengan Mi... hehehe
ReplyDeletekannnn? Saya pun rasa! :D comel je Zafrin~
DeleteBest citer ni...tapi saya ''rindu'' kt syaima dan budriz:)
ReplyDeletesaya ska watak lelaki yg cam RIN ni.nampk ego tp dalam hati ada taman.sweettttt.
ReplyDeletesuke zafrin......:)
ReplyDeletezafrin suke kt rin jhk erk..kiki
ReplyDeletenk lagi!!
so sweettt.. best
ReplyDeletesaya suka zafrinnnn.. ngeeee
ReplyDeleteterbaikla ayt zafrin.sllu ayt dia pedas tp mmg hakikat.zafrin the best.amamat mult cili.
ReplyDelete