BAB 9
AKU sengih sumbing. Malu sungguh bila balik sepayung berdua
dengan Zafrin tadi disambut oleh aunty
dan uncle sekali. Zafrina dan Abang Zafran je masih belum ada
masa tu.
Bila ingat Zafrin kena
marah, aku tambahkan sikit lakonan aku ni.
Aku buat lagi muka monyok dan tayang lagi wajah sugul. Cukup perasa dengan tubuh yang menggigil
menahan sejuk.
Aku ketap bibir menahan
tawa bila wajah Zafrin monyok menekur pandangan ke lantai. Ada
ke patut itu hukuman untuk Zafrin. Kalau
kat kampung, memang kena kurung dalam rebanlah dia ni agaknya.
Dia juga basah
sebenarnya. Memang dia juga sedang menggigil
menahan sejuk tapi kini nampak hangat menahan telinga akibat amarah kedua ibu
bapanya.
“Entah kamu ni, angah…
ada mama ajar angah berkasar dengan perempuan?
Tak ada, kan ? Cuba
jadi macam along, kan
lembut je dia layan perempuan. Macam
abah ni haa… barulah lelaki. Ini tidak,
kamu buat Mi sampai dia keluar rumah.
Dalam hujan pulak tu. Kalau
demam, macam mana?” sembur aunty pula. Nampak sangat tak puas hati.
Zafrin mengangguk lemah
dan memandang aku seketika dengan pandangan yang sugul. Lebih pada nak meraih simpati aku
nampaknya. Kononnya nak minta aku tahanlah
mama dan abah dia dari terus membebel tapi aku buat tak tahu saja. Dalam hati, aku bahankan dia. Padan muka kau!
“Ala … ma.
Mi ni bukan…”
“Jangan kamu nak kata
dia bukan perempuan, Zafrin!” tegur aunty memangkas kata-kata Zafrin agak
kuat.
Dia mengeluh. “Angah tak kata dia bukan perempuan… tapi
kalau betul perempuan, angah nak minta dia buktikan.” Zafrin berani berkata demikian dan
menjongketkan keningnya pada aku membuatkan aku telan liur sendiri. Rasa masin bercampur air peluh.
“Buktikan apa
lagi?” Aunty dah bercekak pinggang kali ni.
Aku juga yang tahan
tubuh yang sedang menggigil melihat keluarga ni bergaduh manja macam ni. Hampir nak terbersin tapi aku tahan saja
dengan memeluk tubuh bila jaket milik Zafrin masih ada pada tubuh aku. Melekap kemas. Terasa bagaikan pelukan lelaki itu pula
hinggakan aku ukirkan senyuman tipis.
Malu sendiri.
“Err… nantilah. Bukan sekarang,” ucap dia dan terus berlalu
ke atas menuju ke bilik dia barangkali.
“Emm… mengelak je. Geram mama dengan budak sorang ni,” rungut aunty.
“Tak apalah. Mi biarkan dia tu. Esok-esok pandailah dia melutut merayu. Ni, pergi tukar baju dulu. Pergi panggil Resa, ya? Dia ada kat bilik tu haa… terlena
barangkali,” suruh aunty dan aku
terus memanjat ke atas menuju ke bilik Anaresa dan kali ini, aku pastikan
betul.
Setelah pintu terkuak,
Anaresa memang terlena. Nampak penat
sungguh. Tak sampai hati nak kejut, aku
berlalu keluar semula dan mendapatkan aunty
yang sedang meniti anak tangga.
“Mana Resa?”
“Lena . Nampak letih sangat tu,” jawabku.
“Emm… letih ada makna tu
budak Resa tu,” sela aunty bersama
senyuman manis. Aku melongo tidak
mengerti tapi aku saja buat-buat reti.
“Masuk bilik Rina la.”
Aunty
mengheret tangan aku ke bilik Zafrina dan kala daun pintu tertutup rapat, aku
terus duduk di birai katil bila aunty menyuakan sehelai baju dan aku sambutnya
penuh sopan.
“Rin tu tak macam
Zafran…” Dia menghulurkan sehelai tuala
pula sambil bersuara.
“… dia lain sikit nak
zahirkan apa-apa yang dia rasa. Nampak
je macam tu tapi dalam hati ada bunga tahi ayam!” Dan aunty
ketawa. Aku juga. Lucu juga aunty
ni.
Tak tahu apakah maksud
di sebalik kata-kata aunty pada
aku. Macam ada makna yang tersembunyi
bila dia sedikit memihak pada anak lelakinya itu. Namun, aku memilih untuk diamkan saja.
“Emm… Mi tak ambil hati
pun, aunty. Biarlah dia.
Lagipun, Mi tak datang sini dah kot nanti. Mungkin busy
dengan final exam.”
“Tak datang atas
kehendak Mi tapi akan datang bila Rin memaksa… tak apa ke macam tu?” Aunty
bertanya pelik.
Aku yang baru nak lap
rambut, menghentikan tindakan aku ni.
Wajah Aunty yang sedang menjauh aku pandang.
“Maksud aunty?”
“Itulah maksud aunty,” jawab dia.
Huh… kenapa semua
keluarga ni macam ni ya? Sampaikan
sepupu aku Si Anaresa pun macam ni juga cara dia. Pelik sungguh. Sudahnya aku capai t-shirt yang diberikan.
Saiz tubuh aku dan
Anaresa agak berbeza. Kebanyakan pakaian
lama dia sudah bertukar. Sudah menjadi blouse yang ayu dan sopan dan memang
dari awal aku tolak gaya
begitu. Pakaian Zafrina juga sama. Besar dan londeh macam karung guni. Aunty
ketawa melihat aku. Kemudian dia
menggeleng.
“Tak sesuailah, Mi,”
komen aunty ringkas.
“Tunggu kejap, ya?” pintanya dan terus keluar. Bila dia kembali, ada sehelai t-shirt lain di tangannya.
“Yang ni mesti Mi suka.”
Aku capai baju yang dia
suakan. Agak besar dan pastilah menjadi
kesukaan aku. Tak mengikut bentuk
tubuh. Kena dengan gaya aku.
Aku sengih.
“Terima kasih…”
“Sama-sama…” Dia berlalu ke luar dan aku berlalu ke bilik
air.
Keluar saja, aku terus
menapak keluar terus dari bilik hendak mencari Anaresa tapi langkah kaki aku
terhenti bila Abang Zafran menapak masuk ke bilik dia. Huh, tak jadi aku nak masuk. Sudahnya aku duduk di kerusi di ruang keluarga
depan bilik mereka ni membelek sebuah majalah.
Tuala yang ada di
tangan, aku sangkut pada bahu kerusi dan tanpa sedar, kerana terlalu ralit
membelek buku, ada tangan merayap pada rambut aku.
“Jangan risaulah. Aku tak sentuh apa yang tak halal pada
aku!” Zafrin bersuara tanpa aku menyoal
seperti biasanya.
Aku mengelak tapi dia
tekup muka aku dengan tuala.
“Sinilah… aku lap rambut
kau bagi kering. Demam kau karang. Nampak sangat kau tak mandi ni. Kenapa kau tak mandi? Penakut air ke apa kau ni? Spesis kambing ke apa?” Dia berterusan menyindir.
“Ikut suka akulah!” Aku ketap bibir.
Namun, Zafrin tetap
selamba mengelap rambut aku tanpa menyentuh seurat pun helaiannya. Aku malu sendiri kala ini. Mula terfikir nak menutup rambut. Menutup aurat dan menyembunyikan
segalanya.
“Aku suka perempuan
rambut panjang,” ujar Zafrin tiba-tiba.
Dia kini benar-benar
rapat di belakang kerusi yang menjadi tempat aku berlabuh. Aku telan liur.
“So, apa masalah dengan
aku pulak?”
Dia ketawa seketika
sebelum menjawab. “Memang tak ada kaitan
dengan kau. Ayat pernyataan tak
memerlukan pertanyaan. Aku cakap secara
umum je,” ulas dia.
Huh… bagaikan
menyembunyikan sesuatu.
“Tapi, aku lagi suka
rambut yang tersorok. Yang aku tak nampa k,” sambung dia
lagi.
Kali ini, aku terhenyak. Terasa disindir oleh Zafrin. Pedih ulu hati. Kalah waktu kena gastrik sakitnya. Memang pedih.
“Kau sindir aku
ke?”
“Mana ada. Aku cakap umum. Kan
dah cakap, ayat pernyataan tak memerlukan pertanyaan atau sindiran bagai,”
ulang dia lagi.
Aku diam. Tangan Zafrin masih ligat mengelap rambut aku
yang tak berapa nak panjang ni. Baru
saja mahu mencecah kolar baju jersi yang
aku pakai ni. Cantik baju ni. Berwarna biru gela p, berjalur biru cerah di bahagian
lengan.
“Okey, dah kering. Lap sikit-sikit je rambut kau ni. Kemetot.
Kalau panjang tu, bern afsu
la jugak nak belai lebih-lebih.”
Dia terus selubungkan
kepala aku dengan tuala itu dan bila aku tariknya, dia sudah melabuhkan duduk
di sisi aku mencapai sebuah majalah dan membeleknya juga. Amboi… mudah sungguh dia meluahkan kata. Memang benar kata aunty, dia berbeza sungguh
dari Aba ng
Zafran. Andai dulu, seronok melihat
Anaresa dan suaminya tapi hari ni, berbulu jiwa aku memandang Zafrin bila dia
berlagak macam tu.
Aku kuak rambut dengan
jari. Zafrin menjeling seketika dan
seterusnya dia memandang ke lain. Aku
mencemik bila terkesan renungan curi-curi dia tu dari hujung mata tapi aku tak
mahu cepat menelah sebab aku yakin, yang Zafrin hanya sekadar hendak bercanda
dengan aku. Bahan utama dia la
katakan. Sadis!
“Lepas makan aku hantar
kau balik,” ucap dia tiba-tiba.
Aku pandang Zafrin. “Makan?”
“Yalah… lepas diorang
makan, kita makan berdua. Lepas tu aku
hantar kau balik dan jangan risau, aku pinjam Alza abah. Nanti mama bising pulak. Dari tadi dok suruh aku hantar kau. Bosan betul.”
Dia mengeluh tipis
seraya menggeleng. Buku di tangannya
terus dibelek tapi aku sedang perasan satu perkara yang membuatkan aku
tersenyum senang.
“Kalau kata mama kau
suruh hantar, toksahlah Rin… aku boleh balik sendiri…”
“Dengan duit dua tiga
ringgit yang ada tu?” soal dia
pantas.
Aku mengerutkan
dahi. “Mana kau tahu duit aku ada banyak
tu?”
“Baju kau tu…” Bibirnya terjuih ke arah aku.
Aku pantas memandang
tubuh aku dan menilik pakaian yang sedang tersarung pada tubuh. Lengkap dengan track bottom jena ma
Umbro. Begitu juga jersi ini.
“Mama pergi campak
pakaian basah kau tu depan aku suruh letak dalam baldi. Lepas tu selamba je mama ambil t-shirt dan
seluar aku bagi kau pakai. Tapi…” Dia menilik aku lagi.
“… sesuai dengan kau,
Mi. Mudah kita nanti,” ucap dia
menyudahkan ayatnya.
“Baju kau ke?”
Zafrin angguk. “Sharing
is caring, sayang…,” ujar dia bersama senyum menyenget itu.
Aku ketap bibir menahan
perasaan. Wajah aku rasa menebal bila
dia memanggil aku sayang tiba-tiba. Rasa
lain macam je perasaan waktu ni. Tak
tahu nak buat apa, aku perlu lalukan sesuatu untuk menyembunyikan kejanggalan
pada wajah aku kala ini. Tak mahu jadi
bahan Zafrin lagi.
“Aduh… baju kau ke? Padanlah gatal. Ada
kurap kau ni!” Dapat juga aku
sembunyikan rasa canggung masa ni.
“Uiks… mulut kau aku
cium karang!” tegas dia memberi
amaran.
“Berani buatlah!”
“Jangan cabar, Mi… aku
lelaki. Kau tu perempuan…”
Kali ini aku
ketawa. “Oh… baru nampa k aku perempuan ke? Bukan ke aku spesis tak dapat dikesan
jantinanya. Spesis yang tak membawa
debar dalam hati kau?” sinisku.
Zafrin nampa k tak mahu tewas. Dia berlagak tenang dan terus membelek
majalah di tangannya. Aku hanya
memerhati dan menanti waktu hendak memulangkan paku buah keras saja.
“Tolong sikit ek… tak
ada debar-debar. Kalau bukan sebab mama
tak adanya aku…”
“Sampai baca majalah
terbalik?” pangkas aku mengejek.
Zafrin telan liur. Dia membelek majalah di tangannya dan terus
menepuk dahi. Aku hamburkan tawa
kecil.
“Allah bagi cash dekat kau atas dunia! Lagi terang bersuluh di siang hari ni kau
tersalah langkah sudah!” tegas aku.
Kemudian, aku terus
berlalu ke bawah bila terdengar suara aunty
menyeru nama aku kuat. Meninggalkan
Zafrin yang terkulat-kulat sendiri. Puas
hati aku sikit.
**
MAKAN tengah hari ni
diam. Zafrin tunduk membisu tapi suapan
dia meriah. Disua ke mulut, dikunyah dan
terus ditelan. Berulang-ulang tanpa ada
selang sikit pun. Gelojoh betul. Hati aku merungut sendiri.
Aku pandang baju yang
aku pakai sekali lagi. Sama dengan
Zafrin kali ni. Beza warna je. Makan tengah
hari berdua bila aku terpaksa temani dia. Rasa tak sudi tapi hati getik nak teman.
“Cepat, Mi… aku ada hal
lain lagi ni. Nak dating pun terpaksa tunda sebabkan kau!” Dia bangkit dan berlalu ke dapur.
Aku gigit bibir. Perkataan dating
tu mencucuk hati. Sudahnya, nasi yang
masih berbaki tak mampu aku telan dah. Aku
bawa ke dapur dan waktu itu, Zafrin sedang berkumur.
“Basuh pinggan aku
sekali, Mi…” suruhnya bila aku menghampiri sinki.
“Aku tak reti basuh
pinggan. Ini pun aku nak letak je,”
jawab aku pula.
“Kau perempuan, kan ?”
Aku menggeleng. “Aku spesis yang tak dikenalpasti jantinanya…”
“Apa ni, Rin?” Aku cuba melepaskan pelukannya.
“Kau saja nak balas
dendam, kan ? Dok perli aku je…”
“Siapa buat siapa dulu?”
“Okey… kalau kau nak game, kita tengok siapa menang siapa
kalah.” Seraya itu Zafrin mengucup pipi
aku dan serentak itu juga ada flash
daripada kamera Samsun g
Ga laxy miliknya berkelip.
Pinggang aku
dilepaskan. Dia tersengih jahat. “Tengok ni…”
Aku pandang skrin
telefon bimbit dia. “Aku nak tengok
siapa lagi sudi ayat kau lepas tengok gambar ni kat Youtube,” ujar dia ketawa
mengekek.
Aku jegilkan mata. “Kau gila Rin!”
“Gilakan kau!”
pangkasnya dan aku telan liur.
~~> bersambung
hahahahhaha... egolah kau zafrin..suka cakaplah suka..
ReplyDeletehuuhuuhu.... best la rehan
ReplyDeleteleeee....dah cium anak org dah si rin ni!! heiiiii!!!...cepat2 kawin. risau gak kat haqmi dan rin ni. berani betul si rin ni!!heeeeeee...
ReplyDeleteila danish
Owhhhhh tidakkkk nk lgggg. -maya dhira-
ReplyDeletehahahahhahahahaaa...aduiii zafrin ni de jelaaa haihh!~
ReplyDeleteAdoi...ni gaya mengurat nak minta pelempang lelaju....
ReplyDeletecik rehan,cerpen ni bape bab nak sampai final?
ReplyDeleteHahaha...suka betul bila Haqmi dapat peluang kenakan Zafrin balik.
ReplyDeleteoiii en zafrin, kiss anak dara org tuh!!kena kawen depa dua nih.kui3..
ReplyDeleteoohh.blush3..pipi saya merah
ReplyDeleteVery the naughty la Rin nih! Confirm mak bpak suh paksa kawin ngan Mi. Next n3 please....jgn lama sgt ya RM
ReplyDeleteMain kasar nampak si Zafrin ni. Tak mcm Zafran, elok je jaga anak dara org x kasi sentuh sblm kahwin. Suruh Zafran tarbiyah sikit si Zafrin ni.
ReplyDeleteYup. Nak jadi imam yg lenturkan Haqmi kena sesoleh sikit. Mi pun baik je sebenarnya, tinggal nak kena keluarkan aura pempuannya tu. Cepat2 update ok!
DeleteAlahai Zafrin... Kalau mamanya ada situ mesti kena jerit ' JANGAN CIUM ANAK DARA ORANG!!!!!!!!'. He he he....salam sayang...zailda
ReplyDeletesuka2......mesti aunty kta pnya...hahahah.....nice lah RM.....bab pling sweet.......kahwin kn cepat diorang....msti lg meriah......apa kta rehan buat novel je crita ni....msti meletup.....skarang ni kan trn nvel santai but rmtik....ngeee
Deletehaha,,wow,,agresif la zafrin...huhu
ReplyDeletecepat3x tak sabar nk tgk depa kawin ni
ReplyDeletexsabarnya nk tgu dorg kahwin...zafrin 2 dlm hati ada taman bunga kot..haha...
ReplyDeleteMama dia kata "bunga tahi ayam"...:)
Deleteamboi rin..x nak sentuh yg bukan halal konon..
ReplyDeleteKO DA CIUM ANAK DARA ORANG LA~!!!
>>k<<
fuyoooo ! advanced gile zafrin nie. nak kene piyat telinga dia nie kn. hehhh.
ReplyDelete#Murni Tan
zafrin memang gila... beza gila dgn zafran.... batul ke satu mak satu bapak tu. heheheh tq rehan
ReplyDeleteCik Penulis ~~~~> Kih! Kih! Kih! God job!!!!! Pagi akak bertambah indah dengan n3 ni.. Senyum je lepas ni... More please..............
ReplyDeletehehehehe memang saya pun sengih memanjang nie berwarna terus pagi saya hahahhaaa gud work miss RM
Deleteamboi braninya rin kiss pipi mi...klu mama dy ade tntu dy dh jerit'jgn cium ank dara org!'..... ayt paling bes 'dlm hati de bunga taik ayam'....caya lah mama rin tu. 2 RM.....chaiyok3!,'air tgn' u mmg superb
ReplyDeletehahahahahah... mmg keras tetapi penuh makna
ReplyDeletekak rehan, jgn lama2 tau sambung UD yg seterusnya.... suberp gila idea kak rehan ni....buatkan semangat pagi2 nak wat keje kat opis.....hihihi.... Eiaza kelate
ReplyDeleteRM...GOOD JOB..membuat hariku sepanjang hari tersenyum dan x sabar n3 seterusnya....
ReplyDeletehahaha best la Rehan.....nak lagiiii -usma
ReplyDeletebrani erk Rin cium Mi...mujur x kne lempang...hahaha...
ReplyDeletehaha...beraninya rin..mesti mi suruh tanggungjawab tu..kn kulit dia utk cinta pertama suami je
ReplyDeleteDear RM, really2 sweet... n3 8 & 9..2 hari tak jenguk coz tak sihat..hr ni baca ntry dh kebah demam!! Tak baek la Rin buat Mi mcm tu..jatuh saham!!..tak sabor next n3...terima kaseh.
ReplyDeletehahaha...kelakar la... tp berani zafrin cium anak dara org ye?mengamuk mama...
ReplyDeletesangat cumell..syg rehan..
ReplyDeleteKak Rehan ku sayang, best baca UD9 walaupun zafrin mcm ganas sket. ada ka patut ikat Mi dgn photo tanpa rela tu?
ReplyDeletekipidap...jgn tinggal abg bud & syaima lama2 sgt ye, nnt kitaorg rinduuu
hahhaa...lucu la, mcm tu ke cr nak mengorat pompuan adoii...hahaa..
ReplyDeletehhehehheeheee...bengong betoi si Rin ni.
ReplyDeletenekad betou cium anak dara org. dah angau ni.
agak2 kene terajang ngan Mi x?. hhehehehhe
tq rehan.. next plsssssss :)
sngt best.. padan sngt zafrin ngan haqmi... sweet couple..
ReplyDeleteTahniah mencipta cerita yang menarik ramai pembaca.
ReplyDeleteBut...................
if sweeet couple pun kena tau batas pergaulan dari sudut pandangan islam. pembaca cerita ni nanti mungkin juga ada di kalangan remaja belasan tahun .mungkin juga terbaca, terpengaruh dengan jalan cerita. Dah lah social problems among tenagers in Malaysia nowadays so chiotic. Madam RM, Please please create or develop suitable scenario.
Thanks, Hilman Yong
xsnonoh tol la rin ni,.cium anak dara org keke
ReplyDeletesenyum panjang ni
ReplyDeletesweet sgt. like...
ReplyDeletebest..! haha. xterucap.
ReplyDeletesengih je baca UD nih...
ReplyDeletetp kdang2 confuse ngan nama rin n mi..
mcm rin tu prempuan n mi tu lelaki.. =)
hmmm...itulh ego nye lelaki,dh terang jtuh tersungkur msih nk tunjuk ego.tp ape p so impressively.
ReplyDeleteZafrin ni lucu lah.... wkwkwkwkwkwk
ReplyDeletewahhhhhh.tindakan drastik tuh!boleh pengsan mi nih!
ReplyDelete