Saturday, September 01, 2012

Mendung Tak Beerti Hujan


TANAH perkuburan ini sepi.  Heningnya pagi menambahkan remuk dihati.  Kicauan burung-burung yang memuji keagungan Ilahi bagaikan mengalu-alukan kehadiran kami.  Hadir menziarah pusara ayah dan bonda yang boleh jadi untuk yang terakhir kali.  Biarpun pemergian mak sudah berbulan lamanya dan ayah juga
sudah bertahun tiada di dunia, terasa sukar benar hendakku terima hakikat kepergian kedua-duanya.  Tiada bersebab, hanya ajal yang menjemput kembali kepada Pencipta dan giliran aku, entah bila namun, di dalam hati aku amat berharap agar Tuhan mengizinkan aku membesarkan Azad terlebih dahulu.  Paling tidak, biarlah dia pandai membawa diri di dalam dunia yang tiada langsung berbaki dengan simpati. 
Langkahku terhenti di depan pusara mak.  Pusara yang sudah mula ditumbuhi rumput yang meliar.  Punggung aku labuhkan di atas tikar mengkuang yang usang.  Sengaja aku capai dari bawah wakaf tadi.  Tubuh Azad aku tarik untuk duduk di sisi.  Rumput yang masih kecil aku cabut.  Tanpa sedar, airmata ini menitis.  Menitis biarpun aku cuba bertahan demi adik lelakiku. 
Aira reda dengan kepergian ayah dulu, tapi mengapa terlalu sukar untuk Aira terima pemergian mak dan membuatkan kami sebatang kara tanpa saudara mara?  Hatiku menyoal lirih.  Sebaknya usah kunyatakan.  Hanya di usia 17 tahun, apalah yang mampu aku lakukan untuk membela nasib Azad yang hanya berumur 13 tahun? 
“Aira tak dapat nak bayar yuran SPM, mak.  Yuran Azad pun Aira tak mampu bayar lagi yang berbaki tu.  Aira ada minta tolong daripada Mak cik Senah, tapi dia herdik kami, mak.  Aira tak mampu berkata apa melainkan menelan segalanya.  Segala yang ditomah.  Macam mana Aira nak teruskan sekolah dan tunaikan impian mak.  Bela nasib kita sekeluarga?” 
Suaraku bersendu hingga membawa Azad juga mengalirkan airmata.  Aku tahu dia mengerti.  Mengerti segalanya tapi dia masih naïf hendak menilai kehidupan.
“Kakak jangan macam ni, kak.  Azad tak nak sekolah kalau begini payah.  Azad nak jaga kakak,” ucap Azad dengan airmata yang kain galak membasahi wajah putih bersih itu. 
Warna kulit yang mengikut arwah emak.  Putih kuning.  Begitu juga aku.  Hanya wajah Azad lebih mengikut emak.  Hidung sederhana mancung dan kening agak tipis.  Berbeza denganku yang mempunyai kening lebat terbentuk.  Mewarisi daripada ayah. 
“Jangan, Jad.  Kakak dah janji dengan arwah mak nak biarkan Jad sekolah tinggi-tinggi.  Kalau perlu, biar kakak yang berhenti sekolah.  Jad teruskan.  Jangan terlintas sikit pun niat untuk berhenti sekolah, ya?”  Pipi Azad aku pegang lembut.  Bahunya aku peluk kemas. 
Lama Azad memandang mataku sebelum mengangguk pasrah.  Dia memang anak dan adik  yang baik.  Sentiasa mendengar kepadaku.  Sentiasa akur dengan arahanku.  Bibirku tersenyum biarpun airmata masih tersisa. 
Aku lihat Azad menadah tangannya.  Bibirnya terkumat-kamit sendiri bersama linangan airmata  yang kian lebat.  Aku tahu dia sedang memanjatkan doa untuk dikirimkan pada kedua-dua ibu bapa kami dan aku pantas beralih pula pada pusara ayah dan mak. 
Aira tak pernah nak menyalahkan takdir, mak.  Tapi, Aira bimbang… mampukah Aira menggalas semua bebanan ini.  Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang sabar, kan mak?  Doakan Aira, mak.  Doakan Aira mampu memberi sedikit kelapangan buat Azad bersekolah. 
Biarpun bibirku terus kelu.   Hanya jari-jemari saja yang terus ligat mencabut rumput kecil itu, hatiku terus bersuara.  Bersuara pedih.  Berharap agar mak mendengar dan pastilah aku adukan pada yang Esa akan keperitan hati ini. 
Jenuh kuseka airmata yang menitis namun degilnya air jernih ini sudah tidak mahu mendengar pujukanku lagi.  Tiada niat hendak menyeksa keamanan emak di sana tapi pada siapa lagi hendak kubawa lara hati?  Kesedihan yang akan menjadi peneman diri setelah pemergian ibubapa tersayang. 
Akhirnya, aku sembankan wajahku ke batu nesan itu.  Memeluknya erat bagaikan tidak mahu dilepaskan lagi bersama tangisan yang semain menggila.  Serentak itu, dapat kurasakan usapan telapak tangan Azad di belakangku. 
“Kakak jangan macam ni,” pujuk dia bersulam sendu. 
Aku mengangguk kecil dan mengangkat wajahku.  Wajah Azad aku pandang.  Matanya merah merenungku penuh kepedihan. 
Aira takut nak teruskan hidup, mak… Lalu aku paut tubuh Azad rapat ke tubuhku. 

**

SURAT yang dihulurkan oleh Cikgu Roslina bertukar tangan.  Aku menyambutnya lantas mengucapkan terima kasih. 
“Awak tahu surat apa tu, Aira?”  Suaranya kedengaran lemah dan aku hanya mampu menggeleng.
“Airani binti Adnan, surat tu surat amaran terakhir untuk awak bayar yuran periksa.  Tahun susah awak tak habis bayar dan tahun ni sama juga sedangkan tak lama lagi awak nak duduki SPM.  Awak tahu, kan kesannya pada diri awak sendiri, Aira?”
“Tahu, cikgu.”  Aku jatuhkan kepala sekali mengangguk.
“Awak pandai, Aira.  Sayang kalau awak terpaksa berhenti separuh jalan.  Cikgu sendiri pun dah tak tahu nak tolong macam mana.  Permohonan biasiswa awak pun ditolak.  Tapi, kalau awak sudi, cikgu boleh tolong bayarkan dulu.  Cikgu sayang awak , Airani,” ujar Cikgu Roslina sambil melepaskan keluhan.
Bening matanya aku pandang lagi.  Dia sudah banya membantu.  Sudah terlalu banyak.  Pengkebumian emak juga dia yang banyak bersusah payah.  Segan rasanya hendak menerima belas ihsan daripada dia lagi. 
Aku ukir senyum terpaksa.  Memujuk diri agar bertenang dan terus lapang dada membuat keputusan. 
“Tak apalah, cikgu.  Saya dah tak perlukan surat amaran ni dan saya dah tak nak susahkan cikgu.  Kebetulan hari ini saya dah bawa semua buku teks sekolah.  Saya nak pulangkan pada cikgu,” ujarku tenang,
Cikgu Roslina tiba-tiba berdiri.  Renungannya tajam memaksa aku menundukkan wajah. 
“Bukan ini yang cikgu maksudkan, Aira.  Cikgu tak nak kamu berhenti sekolah!”  Bahuku digugahnya berkali-kali bagaikan mahu menyedarkan aku yang mungkin padanya sedang bermimpi. 
“Tak ada rezeki saya nak bersekolah, cikgu.  Dah sampai masanya saya cari kerja bela nasib adik lelaki saya.  Terima kasih atas pertolongan cikgu selama ni,” putusku lantas aku leraikan genggaman Cikgu Roslina pada bahuku dan terus berlalu daripada pejabat guru dengan hati yang pilu. 
Usai memulangkan buku teks dan mengambil surat berhenti sekolah, aku terus berlalu keluar.  Waktu itu Azad sudah kukhabarkan akan berita ini.  Dia tidak terkata atau mungkin tiada apa yang mampu dia katakan padaku.  Sehingga tengah hari, aku hanya menanti Azad tamatkan kelas.  Bila wajahnya terbias di mataku, cepat-cepat aku dapatkan dia. 
“Macam mana sekolah hari ini?”  soalku mesra sambil menguntum senyum.
Azad mengangguk dalam kesedihan.  “Kenapa kakak berhenti?”  soal dia tanpa menjawab pertanyaanku.
Terasa angin mula membadai.  Aku ketap bibir dan mencerlung pandang pada Azad. 
Kan kakak dah cakap, Jad jangan persoalkan setiap keputusan kakak.  Yang kakak nak tahu, Jad belajar dan terus belajar.  Kakak akan cari rezeki untuk kita.  Nanti Jad masuk asrama dulu.  Buat masa sekarang, kita merayulah dekat Mak cik Senah, tumpangkan Jad sehari dua.  Kakak cari kerja, dapatkan duit, kita mohon duduk asrama,” bebelku  panjang lebar lalu aku menapak meninggalkan Azad.
“Kakak!”  Azad menyeru namaku kuat. 
Langkah ini terhenti kala dia menyapa bahuku lembut.  Wajahnya aku pandang.  Aku lihat Azad terus mengetatkan genggaman pada tali beg galasnya.  Nampak segalanya usang.  Daripada pakaian hinggalah pada kasut, segalanya sudah lama tidak berganti.  Pedih mataku melihatnya lantas aku palingkan wajah ke arah lain. 
“Jad minta maaf.  Tapi, Jad tak nak juga sekolah kalau kakak…”
“Jangan cakap lagi, Jad!”  pangkasku keras.  Wajah Azad aku jeling.  “Kakak tak nak dengar apa-apa lagi.  Rezeki biar kakak usahakan.  Jad sabar dulu tinggal dengan Mak cik Senah.  Bagi kakak masa sikit,” sambungku lebih keras daripada tadi. 
Dengan dia, aku harus bertegas.  Bertegas biarpun aku sendiri tidaklah sekuat mana.  Lemah segalanya.  Hanya berserah pada yang Esa akan untung nasibku nanti. 
Sudahnya, Azad mengalah.  Tunduk lagi akur pada kehendak aku.  Langkah kami terus maju ke rumah.  Rumah Mak cik Senah yang entah bila mampu menjadi tempat berteduh buat Azad selama aku mencari rezeki ini. 
“Mak cik…”  Aku menyeru Mak cik Senah yang sedang menyapu di anak tangga rumahnya. 
Kala dia memandang, mata itu penuh sinis dan jelingan kebencian.  Aku tahan hati.  Jemari Azad aku pegang erat. 
“Aira dah berhenti sekolah, mak cik.”  Aku memulakan bicara.
“Emm… baguslah!”  herdik Mak ck Senah.  “Boleh kau pergi kerja bela adik kau lepas tu bayar harga kamu berdua menumpang kat rumah aku ni!”  tekan dia lagi.
Aku angguk.  “Memang itu niat Aira tapi buat seketika, biarlah Azad tinggal kat rumah mak cik dulu.  Kalau kata mak cik nak letak harga sewa rumah untuk Azad tinggal kat sini pun, mak cik letaklah.  Nanti Aira bayarkan.  Aira janji.  Yang pasti, Azad ada tempat berteduh untuk seketika,” rayuku lembut berharap agar dia mengerti.
Bibir Mak cik Senah herot.  Batang penyapu disandarkan pada dinding.  Kakinya merapati aku dan Azad.
“Berapa lama?  Sebulan?  Setahun?”  Mak cik Senah bercekak pinggang. 
Aku jeling Azad dan ternyata dia sedang mengetap bibirnya menahan geram.  Segera aku usap bahunya lembut berharap dia bersabar sebelum memandang pada Mak cik Senah kembali. 
“Tak lama, mak cik.  Dalam seminggu dua ni je.  Aira janji!”  Bersungguh-sungguh aku yakinkan Mak cik Senah hingga dia akhirnya benarkan Azad untuk tinggal di rumahnya buat seketika lagi. 
Beg pakaianku, aku sandang dibahu.  Tidaklah punyai banyak pakaian.  Hanya beberapa pasang baju kurung dan beberapa helai t-shirt saja.  Cukuplah untuk seketika. 
“Tolong jangan berkasar dengan adik Aira, mak cik,” pintaku sepenuh hati padanya saat aku lepaskan genggaman tangan Azad yang sedang mengalirkan airmata kala itu. 
Pertama kali berpisah denganku.  Pertama kali aku akan keluar mencari rezeki sendiri.  Hati ini tersentuh.  Kamu lelaki.  Haruslah punyai jiwa yang kental, Azad.  Biarlah kakak menanggung segalanya untuk kamu.  Senyumlah kerana kamu masih ada kakak.  Senyumlah, Azad.   
Lantas, aku segera berpaling dan tidak menoleh lagi biarpun namaku kuat dilaung Azad dalam tangisan.  Tidak mampu berpaling dan membiarkan dia melihat akan ketidakrelaan hatiku meninggalkannya. 

**

PAGAR berwarna keemasan itu aku pegang lama.  Berkira-kira hendak menekan loceng atau pun tidak.  Bimbang dihalau bagai anjing kurap nanti namun memikirkan janjiku pada Azad dan juga pada Mak cik Senah, aku kentalkan hati.  Jariku menyentuh punat loceng lantas aku tekan dengan separuh keyakinan saja. 
“Boleh pak cik tolong?” 
Aku tersentak.  Terkejut juga dengan teguran seorang lelaki tua yang sedang menghampiri pagar berkenaan. 
“Maaf, pak cik.  Saya Aira.  Nak tumpang tanya, kot-kot rumah ni ada nak pakai orang gaji ke?”  tanyaku tersekat-sekat setelah memperkenalkan diri. 
“Emm… kat rumah ni dah ada orang gaji, nak.  Tapi tak tahulah kalau puan nak upah orang  lagi.  Pak cik ni driver je.  isteir pak cik orang gaji kat sini.  Nanti pak cik tanyakan dia.  Anak tunggu kejap, ya?  Pak cik bukakan pagar.”
Pak cik itu berpaling lalu dan seketika kemudian, pagar itu terbuka secara otomatik.  Ya Allah, yakinkanlah aku dengan mendung yang sedang melanda ini tidaklah selamanya.  Aku  yakin dengan rezeki-Mu, ya Tuhan.  Doa hatiku tak sudah-sudah. 
“Mari, nak.  Kita jumpa tuan rumah dulu,” ajak pak cik itu mesra.  Aku angguk dan terus membontoti langkahnya dengan penuh debar.  Bimbang juga diherdik dan dikeji melihatkan aku yang berpakain lusuh ini. 
Mataku melilau ke sana sini melihat ke persekitan rumah hingga akhirnya pak cik itu meminta aku duduk di atas kerusi besi yang sememangnya terletak indah di laman rumah. 
“Ini ke orangnya, Pak Bakar?” 
Aku kalih pada suara yang bertanya lantas tubuhnya terangkat kala melihat seorang wanita yang sedang menghampiri aku. 
Dia tersenyum mesra.  “Nama siapa?”  tanya dia seraya duduk di hadapanku yang masih tegak berdiri. 
“Aira, puan.”
“Umur berapa?  Nampak macam muda lagi.  Macam bersekolah lagi tapi kenapa nak mohon kerja dah?” 
“Err… 17 tahun, puan dan saya memang tak bersekolah dah,” jawabku tersekat-sekat.  Segan sungguh hendak aku utarakan umurku. 
Dahinya berkerut sedikit.  “Kenapa tak sekolah?”  Wajahnya penuh rasa ingin tahu tapi aku tidak mahu meraih simpati dengan kisah perit kami.  Aku mampu menggunakan kudrat sendiri demi sesuap nasi. 
“Tak pandai, puan.”
Dia melepaskan tawa nipis.  “Tak pandailah kena belajar, Aira,” sinisnya membuatkan aku terpukul sendiri.  Namun, aku sekadar memujuk hati.  Memang begini dunia.  Yang kaya pasti di atas dan yang susah hanya mampu senyum menelan tohmah.  
“Tapi tak apalah…”  Dia mengeluh sendiri.  Tubuhnya diangkat dan dia menapak ke arahku selangkah.
“Saya nampak kamu macam perlukan kerja sangat.  Jadi, saya terima kamu kerja kat sini tapi kamu kena jaga keperluan anak saya.  Kamu kena tinggal di sini sebab Mak Nah dengan Pak Bakar ke sini empat kali seminggu je.  sebab tu saya harap kamu tinggal sajalah di rumah ni.  Jimat dah.  Kamu ada tempat tinggal dan makan.  Bulan-bulan saya bayar gaji macam biasa,” jelasnya lembut. 
Hatiku melonjak kegembiraan.  Tanpa kusedar, aku meraih jemarinya dan mengucupnya penuh hormat.  Setitis airmataku gugur juga. 
“Terima kasih, puan,” ucapku seraya mengangkat kepala dan memandang matanya. 
“Saya Izyan.  Kalau tak ada apa-apa, kamu boleh mula sekarang.  Tanyalah Mak Nah apa  yang patut.  Saya nak masuk berehat kejap,” ujarnya bersama senyuman mesra dan terus saja berlalu.
“Terima kasih, Pak Bakar,” ucapku pada pak cik tadi.  Baru saja ketahui namanya dan juga isterinya. 
Kedua-duanya aku salami.  Mak Nah tersenyum.  “Aira, ya?”  tanya dia.
Aku mengangguk.  “Airani,” beritahuku.
“Kadang-kadang Allah datangkan mendung dulu, namun tak semestinya hujan.  Boleh jadi, tak sempat hujan, ada cerah yang menghalau mendung tu, nak,” ucap Pak Bakar penuh makna bagaikan mengerti akan kedukaan hatiku.  Mereka tersenyum lagi. 
Aku angguk saja. 
“Apa-apa jadi, Mak Nah harap Aira sabar dengan karenah anak puan.  Baik budaknya tapi itulah…”  Mak Nah mengeluh dan aku hanya mampu kerutkan dahi.  Apa maksudnya?
“Eh, awak ni.  Jangalah dok takutkan Aira dengan budak Qaiser tu,” tegur Pak Bakar pula makin menambahkan kebingunganku. 
“Mana ada takutkan.  Saya berpesan, bang,” tukas Mak Nah pula lalu dia mempelawa aku ke dalam rumah. 
“Err… apa maksud Pak Bakar tadi, Mak Nah?”  Dalam berani-berani takut, aku menyoal.
“Tak ada apalah.  Yang Mak Nah maksudkan tadi tu anak puan.  Budaknya baik tapi entah.  Dah makin besar ni makin pelik pulak,” beritahu Mak Nah kala kami menuju ke bilik  yang akan menempatkan aku nanti.
“Pelik?”  soalku sepatah bersama kening yang terjungkit.
Mak Nah mengangguk.  “Bujang.  Ada rupa ada harta.  Biasalah,” rumus Mak Nah cuba menyembunyikan sesuatu daripadaku. 
Sudahnya dia diam membiarkan soalanku tergantung saja.  Hingga ke petang, aku hanya mengikut jejak Mak Nah untuk kenal akan selok belok dan kerja-kerja yang bakal aku lakukan nanti di dalam rumah besar ini.  Bila Mak Nah meminta diri hendak pulang ke rumahnya, aku kembali ke bilik.  Tugas pertama bermula nanti.  Aku rebahkan tubuh seketika bersama senyuman.  Alhamdulillah…
Malamnya, usai menyediakan makan malam dan saat hendak melintasi ruang tamu, langkahku mati.  Ada suara berbual di tengah ruang tamu itu.  Suara Puan Izyan dan seorang lelaki.  Barangkali itulah Qaiser yang dimaksudkan Mak Nah dan Pak Bakar siang tadi. 
Perbualan yang tidaklah mesra mana.  Tidak seperti aku berbual dengan arwah mak.  Kedengaran kesat dan kasar pada pendengaranku.  Aku mengundur berbapa tapak dan mengintai di balik anak tangga. 
“Qaiser tak boleh nak terima mama ambil entah siapa-siapa untuk tinggal dalam rumah kita ni.  Selama ni elok je Mak Nah tu sorang je kerja kat sini.  Ni pulak mama tambah sorang lagi orang gaji.  Kita berdua je, mama.  Lagipun, Qaiser bukan selalu ada di rumah pun,” bentak lelaki itu dan tahulah aku, kerana akulah mereka bertekak.
“Sebab Qaiser jarang-jarang dekat rumahlah mama ambil dia kerja degnan kita.  setidak-tidaknya ada juga  yang temankan mama bila Qaiser tak jumpa jalan balik rumah!” bidas Puan Izyan pula. 
“Mama jangan sindir Qaiser macam tu, ya?  Okey!  Kalau memang mama nak Qaiser temankan mama, mama berhentikan dia.  Now!” desak Qaiser lagi.
Aku terkedu.  Baru saja aku raih rezeki ini tapi ternyata, rezeki masih belum untuk aku.  Masih belum hilang panasnya jejakku di dalam rumah ini, aku sudah dihalau pergi.  Lama aku terpaku di situ sebelum kembali ke bilik.  Pakaian yang masih di dalam beg itu aku pandang sepi.  Tidak lama setelah itu, aku capai beg galas tersebut dan mahu segera berlalu dari rumah itu. 
Tidak rela melihat pertengkaran antara ibu dan anak demi orang gaji sepertiku.  Sedih memikirkan rezeki tiada di sini namun sedih lagi melihatkan anak yang sedang melengking pada ibunya sendiri. 
“Puan…”  Aku memanggil Puan Izyan perlahan.
Puan Izyan dan Qaiser sama-sama panggung kepala memandangku.  Pertama kali bertentang mata dengan Qaiser, hatiku punyai detak lain macam namun terbunuh akhirnya dengan renungan tajam mata lelaki itu. 
“Nak ke mana bawa beg galas ni?”  soal Puan Izyan.
“Maaf puan.  Saya nak berhenti kerja.”
Puan Izyan bangkit dari duduk.  Tubuhku dia dekati.   “Kenapa pulak?  Kan Aira yang beria-ia nak kerja kat sini.”  Dia jelas tidak berpuas hati. 
“Saya percaya pada rezeki Allah puan tapi saya tak tahan hati tengok puan bertekak dengan anak sendiri sebab saya.  Soal saya tak menjadi masalah namun pada saya, martabat seorang  ibu itu tinggi kedudukannya.  Saya tak boleh nak terima bila puan ditengking anak sendiri.”
Sungguh begitu.  Aku sudah tiada ibu dan ingin saja aku katakan pada Qaiser, hargailah ibumu itu.  Sekali nafasnya terhenti, hanya airmata yang bakal mengalir tak henti-henti.  Aku jeling Qaiser yang sedang merenungku tidak berkelip-kelip.  Merenung seorang gadis sepertiku yang hanya dibaluti sepasang baju kurung lusuh milik arwah mak dan tudung yang herot sana sini. 
“Heh, kau ni pepandai nak mengata aku, kan?  Kenapa?  Dah puas hidup?”  marah Qaiser padaku. 
Aku menggeleng.  “Tak, encik tapi kesian dekat mama encik.  Berdosa kita tengking ibu kita, encik,” ujarku lagi tanpa sedar.  Tak kusangka, lancar saja lidah menuturkan kata. 
Qaiser terus saja melangkah ke arahku dan dia terus menghayunkan kasarnya ke wajahku tanpa amaran.  Baru saja telapak tangannya hendak mendarat di pipi, suara Puan Izyan bertempik nyaring.
“Megat Qaiser!!!” larang Puan Izyan. 
Bibirku bergetar bila melihatkan tangan Qaiser hanya beberapa sentimeter saja daripada pipiku.  Terlalu dekat dan tersangat hampir.  Dia mengetap gigi kuat kala perbuatannya terhenti. 
“Apa kamu nak buat tu?  Apa dosa Aira pada kamu sedangkan ini pertama kali kamu tengok dia, kan?”  tekan Puan Izyan lagi. 
“Dosa apa mama cakap?  Mama tak dengar ke dia mengata Qaiser tadi,” bentak Qaiser keras dengan wajah yang merah padam dan mata yang tidak pernah puas melahap wajahku. 
“Semua yang dia cakap tu benar, Qaiser.  Kamu sedar tak yang kamu tu sedang meninggikan suara dengan mama?  Kamu sedar tak yang kamu tu sedang menderhaka pada mama?  Syurga kamu ni bawah telapak kaki mama, Qaiser.  Aira hanya berkata benar.  tak ada yang salah pun!” tegas Puan Izyan membelaku. 
Serentak itu Puan Izyan menarik aku rapat padanya membawa aku jauh daripada susuh tubuh sasa milik Qaiser. 
“Kot ya pun kamu tak suka orang luar ni ada dalam rumah kita, kamu anggap jelah mama menolong orang susah.  Mama pakai kudrat dia dan mama bayar dengan harga yang setimpal.”
Seraya itu, Puan Izyan menarik aku bersama langkahnya meninggalkan Qaiser yang sudah terduduk di atas sofa dan bila aku kalih, matanya masih merenungku tajam.

**

SETELAH peristiwa itu, aku sudah jarang melihat Qaiser di rumah.  Keluhan Puan Izyan seringkali menyapa telingaku.  Kala dia mengadu, aku hanya kelu.  Kala dia merintih, hati ini juga turut pedih.  Tak mampu aku lakukan apa-apa melainkan memanjatkan doa saja agar Qaiser berubah.  Tidak lagi menjadi anak yang liar dan bebas pergaulannya dan kembali menemai ibu yang kesepian. 
Tengah hari tadi, setelah menghantar  pemergiaan Puan Izyan untuk satu mesyuarat penting, Mak Nah terus pulang dan aku bimbang jika Qaiser tiba-tiba saja muncul dalam pada aku bersendirian malam ini.  Tidak sudah-sudah aku memanjatkan doa agar Qaiser tidak kembali malam ini. 
Hujan yang lebat kian mencurah-curah membawa aku berlari ke beranda untuk mengangkat kain yang mungkin terkena tempias melihatkan angin yang bertiup kian garang.  Langit gelap tiba-tiba biarpun baru saja pukul enam petang. 
Pakaian yang lembab tadi aku sangkut di beranda belakang.  Sesekali angin yang bertiup garang membuatkan aku menggigil kesejukan apatah lagi dengan t-shirt putih yang sudah lencun. 
Waktu ini, hatiku dipalu bimbang memikirkan Azad.  Sudah dua minggu tapi aku masih tidak mampu menjenguknya.  Pada Puan Izyan juga langsung tidak aku khabarkan tentang dia.  Entah bagaimana harus aku minta gaji pendahuluan untuk kemasukan Azad ke asrama. 
Aku membongkok lagi sekali menggapai baju di dalam bakul dan kala helaian terakhir aku sidai, hidungku terbau sesuatu.  Bau yang tidak pernah aku hidu selama ini.  Kala aku berpaling dan hendak berlalu, tubuh Qaiser tetap berdiri di hadapanku. 
“Ya Allah, Encik Qaiser.  Terkejut saya.”  Aku beristighgar panjang sambil mengurut dada.
Sungguh aku terkejut dengan kemunculannya.  Terkejut dan takut yang mula menjadi satu melihatkan renungannya padaku yang cukup tajam.  Terasa diri ini ditelanjangi oleh mata Qaiser bila aku mula sedar yang pakaian putih itu sudah menampaknya renda pada pakaian yang di dalamnya. 
Aku menarik bakul menutup dadaku dan menjatuhkan tudung yang kubelit ke belakang. 
“Mama aku mana?”  soalnya dingin. 
“Puan ada urusan kat luar hari ini.  Dia mungkin tak balik.  Saya dah masak.  Saya turun hidangkan untuk encik.”  Mendatar saja suaraku menuturkan kata.  Langsung tidak mampu aku pandang wajah Qaiser.
Beberapa tapak aku melangkah, Qaiser melelar pergelangan tanganku agak kasar.  Hampir saja tubuhku terbalik ke belakang.  Raga plastic itu lepas daripada tangan.
“Kenapa ni encik?”  Aku menyoal dalam pada mengawal rasa takut dalam diri. 
“Aku tak nak makan.  Kau layan aku kejap!”  tekan Qaiser tegas.
Aku telan liur bersama wajah yang berkerut seribu.  Memang aku nak layan kau makanlah ni!  Getus hatiku sendiri.
“Memang saya nak turun hidangkan makan malam ni,” ujarku polos. 
Qaiser merengus kasar.  Rambut yang agak panjang itu nampaknya sudah mencecah kolar baju kemeja yang tersarung pada tubuhnya.  Nampak seperti satu butangnya sudah dibuka. 
“Aku bukan nak kau layan aku kat meja makan tapi aku nak layan kau dekat situ!”  Bibir Qaiser terjuih ke arah pintu biliknya. 
“Aku nak rasa budak umur 17 tahun pulak!”  sambungnya dengan wajah yang menyeringai penuh kejahatan. 
Tersentak aku dibuatnya.  Tak percaya dengan apa yang singgah menyapa di gegendang telingaku saat ini.  Pantas aku menggeleng ketakutan.  Aku tidak sudi memperjudikan harga diri.  Aku mahu sesuatu yang halal.  Aku mahukan rezeki untuk terus hidup namun aku tidak sudi dimusnahkah oleh lelaki parasit ini. 
“Tak…”  Aku menggeleng lagi sambil menarik tanganku daripada genggamannya. 
“Apa yang tak?”  soal dia. 
“Tak sudi nak layan aku?  Kenapa?  Kau ingat aku akan minta kau layan aku free ke?”  Qaiser ketawa berdekah-dekah.  Tenggelam timbul tawa itu akibat hujan yang kian mencurah. 
Aku lihat matanya jatuh ke bahagian dadaku lama.  Liurnya ditelan berkali-kali hingga membawa aku menutupnya dengan raga plastik tersebut.  Rasanya, jika ditoreh sekalipun, wajahku pasti tidak berdarah kala ini.  Takutnya hanya Allah yang Maha Tahu. 
Genggaman kian kejap.  Renungan mata Qaiser juga kian tajam menikam dan langkah aku juga kian terpaku.  Sedaya upaya, aku cuba melonggarkan tanggan ini daripadanya dan kala Qaiser leka memerhatikan aku, pantas aku rentap lenganku dan berlari turun ke bawah.  ]
“Kau nak ke mana tu, Aira?”  jerit Qaiser saat aku melepasi ambang pintu. 
Tidak mampu aku menjawabnya.  Dalam fikiranku hanyalah satu.  Aku perlu berlalu daripada rumah ini.  Perlu keluar dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk. 
Raga entah ke mana.  Usah difikirkan barangan aku  yang lain.  Segalanya sudah tidak mahu aku peduli.  Wajah mak, ayah dan Azad muncul di minda.  Terlalu sukar hidup ini apatah lagi aku bagaikan sudah masuk ke kandang harimau yang lapar. 
Saat tombol pintu utama aku gapai dan belum sempat aku pulas tombolnya… pinggangku diraih kemas daripada belakang.  Lantas, Qaiser menyeret aku menjauh daripada pintu.  Sekali dia menyentak, aku terduduk di atas permaidani. 
Wajah Qaiser aku pandang dengan penuh ketakutan.  Tubuhku yang sudah sedia menggigil kedinginan akibat baju yang lembab bertambah getarannya melihatkan tindakan Qaiser yang amat menakutkan. 
“Apa salah saya, Encik Qaiser?”  Aku menyoal dalam tangisan yang tertahan-tahan sambil menyeret tubuhku ke belakang.  Menjauh daripada dia yang sedang menapak tidak henti-henti.
“Jangan buat saya macam ni, encik.  Saya janji saya akan keluar sekarang juga daripada rumah ni.  Saya tak kan susahkan encik lagi,” pohonku pinta simpati kala Qaiser mula mendekati dan terus duduk di hadapanku bila aku sendiri sudah tidak mampu berganjak lagi. 
Jemari  yang menekup mulutku dia sapa ke dalam genggamannya.  Terasa ada kehangatan yang menjalar tapi langsung tidak mampu menghalau takutku. 
“Kau nak pergi sekarang?”  soal dia tenang. 
Aku angguk saja.  Tidak berani hendak melawan kerana dalam keadaan begini, Qaiser mampu lakukan apa saja dan aku pasti tidak mampu melawan kudratnya. 
“Kenapa tidak seminggu sudah?  Kenapa setelah aku diherdik mama angkara kau baru kau nak pergi?”  tanya dia lagi.
Aku menggeleng pula.  Tidak mampu menjawab melainkan hanya airmata yang mengalir tidak sudah-sudah.  Jangan buat saya macam ni, Qaiser… saya ada tanggungjawab yang perlu dijaga.  Tolonglah!  Rayu hatiku bersungguh-sungguh namun tidak mampu aku luahkan secara zahirnya. 
“Dah terlambat sekarang, Aira.  Tak tahu kenapa… aku memang tak suka orang luar masuk rumah aku.  Apatah lagi kau  yang mampu buat mama marahkan aku.  Kalau betul kau nak pergi, aku ada hadiah nak beri sebagai kenangan,” gumamnya dekat di wajahku.
Aku pejam mata.  Bibir aku ketap kuat kala merasakan hembusan nafas Qaiser pada seluruh wajahku.  Bila aku buka mata, dia sudah menjauh tapi tangannya pantas menarik tudung yang aku pakai. 
“Encik Qaiser nak buat apa ni?”  tanyaku sambil menepis tangannya. 
Qaiser diam dan hanya tersenyum.  Dia mengesot sedikit terus merapati aku dengan tangan yang mengepung pinggang aku. 
“Terimalah hadiah aku nak bagi ni, Aira,” bisik dia lagi dan aku terus menggeleng bila Qaiser berjaya leraikan tudungku membiarkan rambut yang aku ikat kemas, lepas bebas akhirnya. 
“Kenapa hukum saya macam ni?  Jahat sangatkah saya ni?”  ngongoinya dengan tangan yang menahan dada sasa Qaiser.
“Sebab aku tak suka kau.  Sebab aku benci kau ke sini dan sebab aku menyampah tengok wajah kau pertama kalinya dulu.  Sebab aku…”  Suaranya mati.  Aku dengar dia melepaskan keluhan sedikit. 
Saat Qaiser menyentuh bahuku dan wajahnya sudah hampir tersembam pada leherku, pintu utama ditolak dari luar.  Angin sejuk menghembus masuk garang.  Kala kami berpaling, aku nampak susuk tubuh Puan Izyan berdiri kaku di situ.  Mencerlung pandang kepada kami yang masih duduk rapat sesama sendiri.
Airmata ini terus saja mengalir.  Aku menggeleng pada Puan Izyan mahu menyatakan yang bukanlah salah aku di dalam hal ini.  Jauh sekali hendak menggoda Qaiser malah aku cuba melepaskan diri pula.  Tapi, Qaiser anaknya dan aku hanyalah pembantu rumahnya.  Kepercayaan haruslah pada Qaiser dan aku harus memujuk diri ini reda dengan fitnah nanti.  Ya Tuhan… hatiku menyebut nama Allah lantas aku pandang wajah Qaiser yang tenang.  Airmataku merembes lagi. 

**

KAKI ini tak sudah-sudah menguis permaidani sambil memeluk tubuh yang menggigil.  Pasrah menanti hukuman dan hinaan daripada Puan Izyan angkara menggoda anak lelakinya.
“Mama tak sangka, Qaiser boleh buat macam ni pada Aira?”  tuturnya penuh kekesalan. 
Aku ketap bibir.  Mengalir laju airmataku bila suara Puan Izyan langsung tiada beriak menuduk aku. 
Qaiser  yang sedang menyandarkan kepalanya pada sofar hanya memejamkan mata sedari tadi.  Langsung tidak berani memandang aku.  Tidak seperti tadi.  Aku kalih pada Puan Izyan.  Airmatanya mengalir saja. 
“Kot ya pun Qaiser bencikan Airani, Qaiser tak boleh nak rampas maruah diri dia.  Mama tak pernah ajar semua ni.  Dengan bau arak segala.  Apa nak jadi ni, Qaiser?  Apa salah dalam didikan mama pada kamu?”  Lirih saja aku dengar suara Puan Izyan menyoal. 
Soalan Puan Izyan tidak bersambut.  Qaiser terus mendiamkan diri.  Dia hanya meraup wajahnya berkali-kali dan aku masih berdiri tegak bagaikan patung cendana. 
“Mama malu dengan sikap kamu ni, Qaiser.  Bila nafsu sudah menguasai akal, macam nilah jadinya.  Kamu ni dah sampai tahap wajib kahwin kalau tak mampu nak kawan nafsu sendiri.  Bukannya kamu heret anak dara orang sesuka hati kamu je masuk ke bilik!”  marah Puan Izyan sudah tidak mampu bersabar agaknya dengan perlakuan Qaiser yang tenang. 
“Maafkan Qaiser, ma.  Qaiser tak sengaja.”
Mataku bulat mendengarkan jawapan balas daripada Qaiser.  Tak sengaja?  Tak sengaja katanya sedangkan aku jenuh merayu mohon dilepaskan tapi dia tetap mahu meratah aku sesuka hatinya.  Mujur mamanya tiba tebat pada waktu.  Allah itu mendengar rayuannya lantas Dia menghantar penyelamat pada waktu yang tepat. 
“Mudahnya kamu cakap tak sengaja, kan?”  sinis Puan Izyan bersama tawa halus.  Dia menggeleng kesal. 
“Tak sengaja kamu tu bakal menggelapkan seluruh hidup Aira, kamu tahu tak?”  bentak Puan Izyan lagi. 
Qaiser tetap begitu.  Diam dan menjeling ke arahku seketika sebelum kembali menatap mamanya. 
“Kahwinlah, Qaiser.  Cari calon yang sesuai.  Mama akan merestui sesiapa saja yang boleh menyedarkan kamu yang hidup kita ni singkat.  Tapi, kalau perempuan dari kelab malam yang kamu nak jadikan isteri, mama juga restui.  Cuma satu mama pesan, buatlah keputusan setepatnya,” cadang Puan Izyan pada anak lelakinya. 
Dia berpaling padaku dan tersenyum kelat.  Nampak sungguh kekecewaan dalam matanya  yang sedang memohon maaf daripadaku bagi pihak Qaiser.  Aku sendiri terkejut bila Puan Izyan katakan, dia sudah berpesan pada Qaiser untuk tidak pulang ke rumah.  Tapi pelik, untuk apa Qaiser kembali dan bertanya mamanya sedangkan jawapan telah ada?  Atau dia memang punyai niat untuk merosakkan aku, hanya dia dan Tuhan saja  yang tahu. 
“Puan… rasanya lebih elok kalau saya berhenti kerja.”  Akhirnya aku bersuara setelah berdiam diri sedari tadi. 
Inilah yang seeloknya.  Barangkali tidak hari ini tapi esok atau lusa, siapa tahu Qaiser pasti mengulangi perbuatannya.  Sudah bukan rezekiku di sini.  Tak mampu rasanya hendak terus bertahan di sini. 
“Kamu nak berhenti kerja, Aira?”  Puan Izyan bingkas bangun.  Qaiser juga.  Matanya terus tajam memandang.  Aku hanya memaksa diriku memberanikan diri membalas pandangannya. 
“Bukan ke Aira tak ada tempat nak pergi selain rumah ni?  Bukan ke Aira cakap nak cari rezeki?”  tanya dia tidak puas hati.
Aku angguk.  “Betul, puan.  Tapi, kalau sudah tertulis rezeki saya tidak di sini, pasti ada kat tempat lain.”  Aku ukir senyuman plastic.
“Tengoklah apa kamu buat ni, Qaiser.  Mama pun dah tak tahu nak kata apa dah,” keluh Puan Izyan lagi.
Qaiser menapak beberapa langkah rapat padaku.  Dia memandang aku lama sebelum berpaling pada mamanya dan kalih pada aku semula. 
“Pandang aku!”  arah Qaiser. 
Aku terpaksa mengangkat kepala melangut memandangnya yang jauh lebih tinggi daripada aku.  Mata kami berbicara.  Ada persoalan yang tak mampu aku rungkaikan.  Entah kenapa, buat pertama kalinya… hati ini detaknya berirama.  Indah beralun kala menatap bening mata lelaki ini. Namun, untuk kekal di sini adalah tidak mungkin.  Azad menanti dan aku pula sudah berjanji.
“Kau tak payah berhenti.  Aku akan nikahi kau.  Kau jaga makan pakai aku macam mana mama buat selama ni.  Aku tak suka orang yang tak ada pertalian dengan aku, usik barangan aku.  Lepas ni kau je boleh sentuh dan sediakan segalanya untuk aku!”  tekan Qaiser tegas biarpun  nadanya penuh perlahan.
Dia kalih pula pada Puan Izyan.  “Calon Qaiser ada dalam rumah ni, ma.  Mama  uruskan apa yang patut.  Kalau kata Aira anak yatim lagi mudah kerja,’ ujar Qaiser lagi.  Penuh dengan keyakinan sedangkan aku sudah hampir terduduk. 
Aku pandang mata Puan Izyan berharap agar dia menolak kehendak gila Qaiser tapi sayang bila Puan Izyan hanya diam.
“Qaiser yakin?”  tanya Puan Izyan.
Qaiser mengangguk pantas dan dia terus saja berlalu dan aku … terus menerkam kaki Puan Izyan memohon simpati. 
“Qaiser tak boleh buat saya macam ni, puan.  Saya tak perlu kahwin denagn dia.  Dia tak buat apa-apa pun, puan.  Malam ni juga saya akan keluar daripada rumah ni,” rayuku bersulam sendu.
Puan Izyan diam.  Dia menarik tanganku agar aku berdiri dekat padanya.  Kala aku sudah berdiri di hadapannya, tubuhku diraih. 
“Saya tak tahu daripada mana kamu datang, Aira.  Tapi pertama kali melihat kamu, saya nampak kejujuran kamu dalam menempuh hidup yang penuh penipuan ni.  Terimalah Aira.  Yakinlah Qaiser akan jaga Aira,” pujuk Puan Izyan padaku.
Aku menggeleng tidak bersetuju.  Padaku, lelaki yang hampir merosakkan aku, mana mungkin mampu menjaga diri ini.
“Saya masih ada adik yang bersekolah, puan.  Saya dah janji pada arwah mak dan ayah nak jaga dia.  Nak biayai persekolahan dia.  Apa nasib dia kalau saya kahwin, puan?”
“Aira…” Puan Izyan menyapa pipiku lembut.
“Aira dan adik Aira akan jadi tanggungjawab Qaiser nanti.  Mama yakin…”
Nafasku tersekat.  Bila Puan Izyan  membiasakan dirinya mama.  Aku rindukan mak dan saat ini, kala Tuhan menghantar seorang ibu, perlukan aku menerimanya?  Aku renung bening mata Puan Izyan yang berair. 
“… mama yakin Aira boleh hidup dengan Qaiser dengan baik.  Boleh bentuk dia menjadi seorang suami yang baik untuk Aira nanti,” sambungnya. 
Lama-lama, aku mengangguk saja.  Pasrah lagi tapi sungguh aku berharap, mendung ini tidak mendatangkan hujan. 

**

USAI isyak, aku membuka buku bank milik aku dan Azad.  Simpanan yang tidak sampai beberapa ringgit saja itu perlu bertambah demi masa depan Azad.  Aku tahu, pasti tiada gaji yang dibayar memandangkan gelaran menantu yang baru saja aku sandang beberapa hari sudah.  Entah pada siapa hendak aku meminta.  Pada Qaiser rasanya tidak mungkin melihatkan lelaki itu tetap begitu.  Langsung tidak berubah.  Penat sungguh mencerna pendapat hinggakan aku sendiri tidak sedar bilakah Qaiser ada di belakang. 
“Jauh termenung?”  tanya dia.
Aku menggeleng dan terus bangkit.  Mata ini menentang pandangannya sebelum bangun meletakkan semula buku bank tersebut di dalam beg galasku. 
“Dah mula berangan nak jadi puan besar dalam rumah ni ke?”  sinis dia lalu dia labuhkan duduk di birai katil. 
Aku tetapkan kesabaranku kerana seperti yang kutelah, inilah  habuannya menjadi isteri pada lelaki yang membenci aku.  Demi Azad, demi Puan Izyan aku kini berkongsi kamar yang sama dengan Qaiser. 
Terlalu pantas waktu berlalu hingga mengubah segala-galanya dalam hidup aku.  Daripada status seorang pelajar kepada status orang jadi dan akhirnya menjadi seorang isteri. 
“Memang kau tak payah nak jadi orang gaji dah dalam rumah ni sebab aku dah up-grade sikit status kau.  Jadi perempuan simpanan aku,” ujarnya mengherdik.
Aku angguk dan tersenyum.  Dalam hati menangis tapi biarlah hanya Allah yang tahu.
“Perempuan simpanan yang halal, apa salahnya kan?”  Aku memulangkan paku buah keras lantas aku rebahkan tubuh di atas permaidani.  Letih menghadapi karenah Qaiser seharian. 
“Yang kau tidur kat bawah ni kenapa?  Nak cakap aku kejam sangat?”  tegur dia kasar. 
“Dah… kau naik tidur atas katil ni.  Besar apa.  Kalau kata tak muat esok aku beli yang paling besar sekali katil ni!”  sambung dia lebih tegas dan keras.
Aku senyum.  “Layak ke seorang perempuan simpanan macam saya ni nak tidur sekatil dengan awak?” 
“Kau ni kan?  Dah puas hidup ke?”  marah dia tiba-tiba.  Itulah saja ayat  yang tahu dia katakan padaku. 
“Sesungguhnya hidup ini bukan milik saya.  Milik Tuhan.  Saya hanya dipinjamkan seketika untuk rasa nikmat menjadi isteri pada seorang suami,” ujarku perlahan. 
Malas hendak bertekak dengan Qaiser yang nampak terpegun sendiri itu, aku terus memanjat katil.   Perjalanan masih jauh.  Esok atau lusa, jika ada umur masih terlalu banyak kudrat yang perlu aku gunakan. 
Aku mengiring membelakangi Qaiser.  Menggigit bucu bantal bertahan dari esakan kala airmata mengalir.  Menderitanya Aira, mak.  Adunya lirih. 
Saat aku mahu betulkan kain batik yang agak tersingkap, aku rasakan tangan Qaiser bersentuhan dengan hujung jariku.  Bahuku dipaut kasar memaksa aku menghadapnya. 
“Abang nak apa?”  soalku cuba mengawal emosi sendiri. 
Menatap wajahnya yang hanya beberapa inci saja daripadaku membuatkan kasihku tumpah padanya.  Bila itu aku tidak pasti.  Biarpun aku tidak sudi, kasih dan cinta itu mula bercambah dengan sendiri. 
Qaiser menelan liur.  Aku lihat nafasnya tersekat-sekat.  Tubuh yang hanya bertongkat siku itu nampak goyah.  Pautan pada bahuku juga kian kejap. 
“Aku nak… kau layan… layan aku kejap,” ujarnya tersekat-sekat.
Mengerti dengan kehendak Qaiser, aku pandang wajahnya dalam-dalam.  Mahu menjadi seorang isteri yang patuh dan tidak menolak kehendak suami, aku angguk saja.  Mata ini kabur kala nafas kamu bercantum menjadi satu.  Tanpa sedar, airmataku mengalir lagi melalui juring mata.  Pedihnya hati ini!

**

PAGI itu, aku bangkit bersama tubuh yang sedikit sakit.  Lenguh segalanya.  Jam sudah menginjak ke angkat 10.00 pagi.  Qaiser sudah tiada di sisi.  Aku menarik tuala dan membaluti tubuhku dan berlalu ke bilik air sebelum Qaiser terlebih dahulu menolak pintu bilik air dari dalam. 
Wajahnya bersahaja bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.  Hanya aku saja yang menahan rasa yang hampir memecahkan dada. 
Usai mandi dan bersiap, aku lihat Qaiser sudah lengkap berpakaian.  Tualanya dibiarkan saja terdampar di atas permaidani.  Aku tunduk mengutipnya dan terus melabuhkan duduk di birai katil.  Mengirai rambut yang masih basah. 
Aku jeling ke arah cermin kala merasakan kerlingan anak mata tajam Qaiser daripada dalam cermin.  Benar begitu.  Dia sedang mengamatiku tidak lepas.  Lama-lama, dia bangkit dan menghampiri aku. 
“Nah.”  Qaiser menghulurkan beberapa keping not RM50.
“Apa ni?” 
Dia tersengih sinis.  “Kau ingat aku suruh kau layan aku free ke malam tadi?  Ni bayaran malam tadi!”  tekan dia.
Aku terpempan.  Tanganku pantas mencengkam dada yang kian mencucuk sakitnya.  Hingga ke tahap ini dia memaknakan status perempuan simpanan ini. 
“Kenapa buat Aira macam ni?  Aira layan abang ikhlas.  Aira tak nak abang bayar Aira macam ni,” bantah aku.
Qaiser ketawa sikit.  “Kan aku dah cakap, itulah status kau dalam hidup aku.”  Serentak itu, Qaiser melemparkan wang itu tepat di atas ribaku. 
“Tarik balik kata-kata abang tu,” pohonku lalu aku cuba sapa jemarinya tapi Qaiser pantas mengelak.
“Hanya aku yang boleh sentuh kau tapi kau tak boleh sentuh aku!”  marah dia.
Aku bangkit dengan rasa marah yang membuak-buak.  Wajah Qaiser aku pandang tidak berkelip.  Jika mampu, mahu saja aku tampar wajah tampan itu.  Tidak sudah-sudah sinis padaku.
“Apa salah Aira pada abang?  Kenapa abang benci sangat pada Aira?  Aira ke sini nak cari rezeki halal je untuk keluarga Aira.  Aira tak pernah paksa abang nikahi Aira tapi abang yang nak.  Kalau kata pun abang berjaya usik Aira hari tu, Aira tetap tak akan paksa abang bertanggungjawab.  Tapi, kenapa abang layan Aira macam ni setelah abang yang beria-ia nak Aira jadi isteri abang.  Kalau benar abang benci sangat pada Aira, lepaskan Aira dan Aira boleh tinggalkan rumah ni senyap-senyap!” 
Suaraku bergetar.  Dalam berani, jelas ada ketakukan yang mula menguasai diri.  Aku menghamburkan segala persoalan.  Sungguh aku sudah tidak mampu mendiamkan diri.
“Jangan harap nak lepas daripada kau, Aira.  Sekali aku lafazkan akad, jangan harap aku lafazkan perpisahan biarpun kau menderita dengan aku!  Jangan risau pasal duit.  Kalau kau perlukan duit sangat, kau akan dapat duit mudah.  Layan aku pasti ada habuannya!”  tekan Qaiser lagi penuh keangkuhan. 
Tubuh Qaiser yang menapak ke arah pintu, aku pandang penuh rasa sebu.  Airmata yang mengalir aku seka pantas setelah aku temui sedikit kekuatan demi Azad. 
“Abang Qaiser,” seruku.
Dia berpaling setelah menghentikan langkahnya. 
“Memandangkan Aira ni perempuan simpanan abang dan abang akan bayar Aira tiap  kali pun, izinkan Aira letakkan harga setiap  kalinya.  Mahal ke murah, Aira yakin abang mampu bayar.”
Wajah Qaiser nampak terkedu.  Dia menelan liurnya berkali-kali dan aku hanya mampu tersenyum dalam sendu.  Mendung hidupku selama ini mula merintik hujannya. 

**

WAJAH Azad aku pandang.  Tubuhnya aku peluk penuh kasih.  Beg pakaian yang digalasnya aku letak ke tepi dan wajah tua Mak cik Senah aku pandang. 
“Ni saya bagi sebagai tanpa terima kasih saya sebab sudi tengokkan Azad selama ni, mak cik,” pintaku ikhlas.  Aku gariskan sedikit senyuman tapi Mak cik Senah mencemik. 
Sampul yang aku hulurkan padanya bertukar tangan.  Mak cik Senah, sepupu arwah mak yang memang tidak pernah suka dengan aku dan Azad.  Baginya, aku menyusahkan dia dan aku sedar itu. 
“Berapa banyak dalam ni?”  tanya dia.
“Dalam seribu je, mak cik,” terangku. 
“Mana kau dapat duit banyak ni?  Kau lacur tubuh kau ke apa?” sindir dia.
Aku memandang bibir herot Mak cik Senah yang sedang mengejek aku.  Luluhnya hati ini dengan kata-katanya biarpun kata-kata itu ada kebenarannya. 
“Saya buat kerja halal, mak cik,” jawabku menafikan. 
Ya, memang kerja itu halal.  Kerja melayani suami sendiri adalah halal di sisi Allah.  Malah pahala pula yang aku dapat.  Benar aku ikhlas biarpun setiap kali, Qaiser pasti menaburkan wang padaku. 
Bezanya, Qaiser tidak perlukan kasih dan cinta yang sememangnya tercipta untuk dia ini.  Dia tidak pernah nampak malah jauh untuk dia rasainya. 
“Aku tak nak tengok muka kau dua beradik lagi!”  cemik Mak cik Senah lantas dia berlalu ke dalam rumah.
Aku senyum dan mengangguk.  Kemudian aku pandang Azad.
“Kakak pergi mana lama?”  tanya dia.
Kan kakak kerja.  Maaflah sebab lama sikit tinggal Jad kat sini tapi kakak dah uruskan Jad kemasukan ke asrama.  Buat sementara, Jad tinggal di asrama.  Senang nak belajar.  Nanti kakak datang melawat.  Pasal duit tu, Jad jangan bimbang.  Tugas Jad adalah belajar dan tunaikan impian kakak yang tak kesampaian ni.  Penuhi impian mak.  Bila khidmat kakak dah tak diperlukan lagi, kita akan tinggal sama-sama, ya?”  ujarku bersama senyuman kelat. 
Dia mengangguk dan mengesat airmataku yang jatuh ke pipi.  Azad tidak tahu penderitaan aku.  Dia tidak tahu apa-apa dan biarlah kekal begitu.  Dia juga tidak tahu akan statusku kini sudah bergelar isteri.  Segalanya akan aku rahsiakan sampai bila-bila. 
Malam itu, aku tersentak daripada bacaan Yassin bila Qaiser menutup daun pintu.  Mujur juga kepulanganku petang tadi tidak dikesan oleh sesiapa.  Keluar daripada rumah tanpa keizinan daripada Qaiser menjadikan aku adalah isteri yang nusyuz. 
Dia nampak tampan dalam baju Melayu warna biru laut itu. 
“Abang kenapa?”  tanyaku.  Aku melihat surah yassin itu dan kuletakkan diatas almari solek. 
“Mamalah!  Hari tu cakap lebih baik kahwin.  Dah kahwin lebih elok ada anak cepat-cepat pulak.  Baru kahwin sebulan nak anak apanya!”  bentak dia geram. 
Aku senyum.  Perkataan anak itu benar-benar mencuit naluri wanitaku. 
“Abang… kot ya pun mama cakap macam tu, abang tetap tak boleh meninggikan suara abang pada mama.  Berdosa nanti.  Setitis airmata mama gugur, tak cium syurga abang nanti,” pujukku lalu aku labuhkan juga duduk di sisinya. 
Qaiser menjeling ke arahku.  Bibirnya nampak bergetar hendak berkata-kata tapi dia diam saja.  Aku pula, akan ambil peluang ini  untuk terus berbicara.  Tiada lagi ketakukan dalam hati bila segalanya telah diisi dengan cinta. 
“Abang minta maaf pada mama,” pujukku lembut. 
Tubuhnya aku dekati namun hendak menyentuhnya, aku masih tidak berani.  Hanya dia layak menyentuh aku tapi tidak aku.  Tidak jadi hendak berbicara lanjut, aku berpaling daripadanya dan terus melipat telekungku untuk diisi ke dalam beg galas. 
“Kenapa kau tetap berlembut dengan aku Aira?  Sedangkan aku layan kau macam ni?”  soal Qaiser padaku.
Aku berpaling dan menghadiahkan dia sekuntum senyum.  Senyum yang sudah lama tidak kuukir sejak pemergian mak. 
“Aira tak pernah dendam pada abang.  Lagipun, syurga Aira bawah telapak kaki abang biar macam mana pun abang layan Aira.  Abang  hanya menuntut hak dan Aira hanya ikhlas memberi.  Mama syurga abang dan mustahil kalau Aira nak tengok abang teurs menjauh daripada syurga abang,” balasku penuh makna.  Mengatur bicara lembut agar dia mengerti akan perasaan ini. 
Sebab abang adalah suami yang Aira cintai.  Yang Aira cinta sepenuh hati.  Entah bila hadirnya bersemi tapi memang sudah sedia berdiam di dalam hati.  Sambung hatiku sendiri.
“Kau ikhlas layan aku selama ni, Aira?”  tanya Qaiser perlahan.
Kala dia merenungku tidak berkelip, dapat kurasakan satu kelainan dalam matanya.  Pandangan pertama yang aku terima beberapa bulan sudah.  Kemesraan di sebalik mata kuyunya yang bagaikan mengharapkan kasih dan mahu memberikan sayang sedangkan hakikat itu terlalu jauh.  Tak terbias dek pandangan mata sedikitpun.
“Aira ikhlas layan abang dan rasanya tak salah permintaan mama tu.  Kalau kata itu permintaan mama dan abang sendiri, Aira rela,” jawabku. 
Qaiser bangkit mendekat aku.  Jemariku diraih dan sekelipan tubuhku pula dipaut ke dalam pelukannya.  Sesungguhnya aku sentiasa mendoakan agar dia sudi menyayangi diri ini.  Menyayangi seorang anak yatim piatu sepertiku sebagai mana sesungguh dan selayaknya aku. 
Belaian lembutnya benar-benar membuatkan hatiku sebak.  Airmata ini galak mengalir membasahi dadanya dan aku balas pelukannya sekejap mungkin.  Aira cintakan abang!  Jerit batinku.
“Kalau benar kau ikhlas, kau tak akan letakkan harga atas setiap layanan kau selama ni, Aira dan untuk penuhi permintaan mama ni, berapa pula harga yang kau nak letak?”  soal Qaiser berbisik.
Tangisku terhenti tiba-tiba.  Aku tolak dadanya dan merenung matanya tajam.  Qaiser tersenyum dan menjongketkan kening.  Kegembiraanku berusia sesaat Cuma.  Aku bersandar pada bahu yang salah. 
“Oh ya… Aira lupa yang Aira ni perempuan simpanan halal abang, kan?  Keikhlasan Aira memang terletak pada harga yang abang taburkan ke muka Aira selama ni dan Aira akan tunaikan kehendak mama dan abang.  Harganya, biarlah usai Aira melahirkan nanti!”  tekan aku geram.  Sengaja aku sakitkan hati dia.
Daguku dipaut kasar.  “Jadi memang layanan kau selama ni untuk duit semata-matalah, ya?  Tak pernah ada rasa sayang dan cinta dalam hati aku untuk aku?  Macam tu?” 
Aku ketawa tipis.  Penuh sinis.  “Untuk apa cintakan orang yang tak nak cintakan Aira, bang.  Dalam hubungan kita, tak perlu cinta.  Aira hanya perlu setia dan ikut saja kehendak abang.  Rasanya itu sudah lebih dari cukup!” 
Mata Qaiser berair.  Merah padam wajahnya.  “Dan aku tak kisah berapa harga yang kau nak.  Katakan je dan aku pasti mampu membayarnya!”  tekan Qaiser bongkak.
Aku senyum lagi dan menggeleng perlahan.  Teringat kata-katanya yang tak mungkin lafazkan perpisahan setelah dia usai menjawab lafaz akad. 
“Jangan terlalu yakin, bang.  Aira takut abang tak mampu bayar!”  sindirku. 
Kami sama-sama dia.  Qaiser membeku, aku juga membatu.  Tapi, tidak lama setelah  itu jasad kami bersatu.  Qaiser dengan kehendaknya dan aku dengan senyuman dalam tangisanku. 

**

BERITA gembira ini aku sampaikan pada Puan Izyan.  Gembira sungguh dia.  Setelah hampir tiga bulan bersama dengan Qaiser, ternyata ada benih yang hidup di dalam rahimku.  Anak tanda cintaku pada seorang suami namun anak yang telah Qaiser perhargakan. 
“Alhamdulillah,” ucap Puan Izyan.
Aku senyum  menyembunyikan pilu.  Masa semakin suntuk.  Dengan kata lain, aku dan Qaiser akan berpisah tidak lama lagi.  
“Menantu mama ni jadi ibu muda la.  Jadi  ibu usia 17 tahun ni seronok tak, yang?”  soal Qaiser mesra. 
Aku senyum dan mengangguk.  “Janji anak abang, berapa usia pun Aira seronok,” jawabku membuatkan wajah Qaiser pegun seketika sebelum dia tersenyum.
“Qaiser kena jaga Aira baik-baik.  Kerja tu kerja jugak tapi kebajikan Aira kena jaga.  Memang Aira baru berumur 17 tahun tapi Qaiser kan dah berumur 27 tahun.  Kena peka sikit.  Jangan sampai Aira rasa terabai,” pesan Puan Izyan sedangkan sudah lama Qaiser mengabaikan aku. 
Hari berganti hari, kandungan ini semakin membesar.  Tidak berani hendak ke sekolah Azad dalam keadaanku begini namun aku sudah menelefonnya.  Rasanya tiada masalah dan aku yakin Azad mampu menjaga diri. 
Pagi itu, aku bangkit dengan rasa pelik.  Qaiser memeluk aku erat bagaikan tidak mahu dilepaskan lagi.  Tubuhnya terasa lebih  hangat daripada biasa.  Panas sungguh. 
Aku leraikan pelukannya dan menyentuh dahinya.  Demam!  Bila aku mahu menyentuhnya sekali lagi, suara herdikan Qaiser jelas menerjah telinga.  Aku tidak punyai hak untuk menyentuhnya melainkan dia menyentuh aku saja. 
Pantas aku melompat turun daripada katil dan meninggalkan Qaiser yang nampak menggigil kesejukan. 
Dia membuka matanya sedikit dan memandang aku.  “Abang demam, sayang,” gumamnya padaku.  Entah dia sedar ataupun tidak, aku tidak tahu.
“Tolong, yang.  Abang demam!”  tekan dia lagi dengan jemari yang cuba menggamit aku mendekati.
Perlahan-lahan aku labuhkan kembali dudukku di atas katil.  Saat aku mahu menyentuh tubuhnya, tingkahku mati.
“Aira tak boleh sentuh abang.  Abang tak pernah izinkan Aira,” ujarku. 
Qaiser mengangkat kelopak matanya dan dia terus saja menarik jemariku ke dalam genggamannya dan membawa telapak tanganku ke dadanya.
“Abang hak Aira.  Aira berhak sentuh abang bila-bila masa dan di mana saja yang Aira nak,” ucapnya dan dia kembali memejamkan mata.
Aku menangis lagi.  Lantas aku berlalu ke bilik air hendak membasahkan tuala.  Bila aku kembali, tuala itu aku letak ke dahi.  Pada mama telah aku khabarkan dan bila aku memaksa Qaiser ke klinik, dia menggeleng.
“Abang nak Aira ada di sisi abang je.  Yang lain abang tak nak dah!”  tekannya dan dia kembali terlena. Ya Tuhan… adakah Kau sedang mendugaku lagi?
Sepanjang malam, aku hanya duduk menjaga Qaiser hingga aku terlena begitu saja.  Bila aku bangkit, Qaiser sedang merenung aku.
“Abang ke Aira yang sakit ni?”  tanya dia bersama senyuman.
Airmata aku mengalir tiba-tiba.  Aku yakin Qaiser sudah sedar.  Sedar dalam erti kata yang sebenarnya.  Tidak demam dan tidak dalam khayalan lagi. 
“Abang dah sihat?”  tanyaku.
“Kalau Aira yang jaga, mestilah abang sihat dah,” jawab dia lalu dia labuhkan telapak tangannya pada perutku yang sudah berubah bentuk.  Sudah membesar dan hanya menunggu masa saja. 
“Tapi kenapa a…”
Suaraku dimatikan dengan bibir Qaiser.  Kala dia melepaskan, dia senyum dan memandang aku. 
“Salah ke abang nak layan ibu pada anak abang ni baik-baik?” soal dia.
“Jadi, sebab anak ini abang berubah?”
Qaiser menggeleng.  Dia mengeratkan pelukannya pada bahuku.  “Sejak abang perlukan isteri lebih daripada seorang anak,” jawab dia bersungguh-sungguh. 
“Tapi kenapa?” 
“Aira adda jawapan tu.  Jawapan yang mungkin dah lama Aira tahu dari bahasa tubuh abang biarpun lidah kerap menuturkan kata-kata kesat pada Aira,” ujarnya. 
Dahiku berkerut.  Tidak mengerti akan kata-katanya.  “Maksud abang?”
“Aira tak pernah rasa ke yang abang mungkin jatuh cinta pada Aira pertama kali dulu?  Aira tak pernah rasa ke kenapa abang balik malam tu sedangkan mama dah pesan jangan balik?  Aira tak dapat rasa ke apa kata hati abang masa tu dan setiap kali abang hadir dekat menyentuh Aira?”  tanya dia.
Semakin berkerut dahiku.  “Maksudnya?”
“Haih… maksudnya tak sudah-sudah.  Tak ada maksudlah.  Abang nak mandi.  Letih tubuh.”  Dia tolak bahuku tanpa menjawab soalanku.
Saat dia mahu turun daripada katil, aku menahan.  “Aira perlukan penjelasan.”
“Tanya hati Aira sendiri.  Kerana bayarankah perut Aira berisi sekarang dan ingatkan, abang pernah kata sekali abang lafazkan akad, tak akan ada lafaz lainnya,” ujarnya lalu dia berlalu ke bilik air membiarkan aku termangu sendiri.
Apa maksud Qaiser ni.  Berbelit kepala aku mentafsirkannya.  Kalau benci lebih baik katakan benci.  Usah dipermainkan aku begini.  Semakin lelah jasadku, semakin lemas nafasku.
Aku bangkit dari pembaringan dan terus menjulurkan kaki ke bawah.  Saat aku memijak permaidani, kakiku tersadung pada gebar yang masih tidak dikemaskan membuatkan aku akhirnya tersembam ke lantai. 
“Ya Allah!!!”  AKu menjerit kuat dalam  menahan perut yang sakit.  Darah merah sudah mula mengalir dari celah peha.  Airmata aku mengalir lagi.  Apakah bakal hadir lagi mendung saat aku mula terbias akan mentari di sebalik awan yang hitam.
“Ya Tuhan.  Kenapa ni Aira?”  Qaiser menyoal kuat. 
Tubuh yang hanya dibaluti tuala itu mendekat padaku.  Wajahnya kalut dan dia menyapa jemariku.  Matanya bulat saat terpandang permaidani yang bertukar merah.
“Kenapa ni, Aira?”  soal dia dan aku menggeleng.
“Aira tak sengaja, bang.  Aira tak…se… ngaja!”  jawabku bersama bibir yang aku ketap kuat menahan sakit yang kian pedih. 
“Astaghfirullahhal’azim.  Selamatkan isteri aku, Ya Allah!”  bisik Qaiser bersama tangisan halus sebelum aku tidak sedarkan diri lagi. 

**

“MAAFKAN Aira, bang.  Sungguh maafkan Aira sebab tak jaga anak abang baik-baik,” pintaku saat aku meraba perut yang sudah kempis. 
“Aira… Aira,” seru satu suara dan aku pantas membuka mata. 
“Aira kenapa?”  soal Qaiser yang sudah jelas di depan mataku.  Dia senyum dan mengusap pipiku lembut.
“Aira bunuh anak abang.  Aira tak jaga dia dengan baik!”  tangisku lagi. 
Qaiser menggeleng.  “Tak adalah.  Anak kita sihat je.  kenapa cakap macam tu.  Aira mimpi, ya?”  usik Qaiser dan aku memandang sekeliling.  Mama terlentok di atas sofa dan atas sebuah baby cod di sisi. 
Aku pandang Qaiser kembali.  “Anak abang?”  soalku padanya dan dia menggeleng.
“Anak kita.  Anak abang dan anak Aira.  Anak kita,” tekan dia. 
“Terima kasih untuk hadiah tak ternilai ni tapi Aira dah temui jawapan akan persoalan abang semalam?”  tanya dia mengingatkan aku.
Aku menggeleng.
“Aira tak dapat rasa atau menidakkan rasa seperti mana abang menidakkan segala rasa cinta pada Aira saat pertama kali bersua dulu sampai abang sanggup nak rosakkan maruah Aira?”  tanya dia lagi.
Wajahku pegun padanya.  Sampai hari ini aku masih tidak yakin akan rasa hatiku selama ini biarpun pernah terdetik akan cinta Qaiser yang mungkin menjadi milikku sejak awal lagi namun cara dia meluahkan saja amat menyakitkan hati. 
“Aira pernah rasa yang abang cintakan Aira…”
“Dan memang itulah hakikatnya.  Abang cintakan Aira.  Cara abang zahirkan saja macam orang bodoh.  Jatuh cinta pada budak semuda Aira abang sendiri rasa pelik.  Cuba membenci tapi lain pula jadinya…”
“Dan mama minta maaf bagi pihak anak mama yang bodoh ni, Aira,” pinta Puan Izyan tiba-tiba.
Aku kalih pada Puan Izyan.  “Qaiser dah bagitahu mama segalanya saat Aira bertarung nyawa tadi.  Bila lihat Qaiser menangis buat pertama kalinya, mama percaya yang Qaiser memang cintakan Aira dari pertama kali lagi.  Naluri ibu tepat sebab itu mama nak Aira terima Qaiser.  Maafkan mama juga, Aira,” jelasnya dan aku hanya mampu memejamkan mata.  Sebaknya dada. 
“Maafkan abang sebab rendahkan martabat Aira.  Ingat abang cakap, abang tak sentuh sesuatu itu dengan sesuka hati.  Hanya Aira wanita pertama yang abang sentuh dan Aira adalah yang terakhirnya,” ujar Qaiser pula.
“Tapi, satu abang nak tanya.  Kenapa Aira tak pernah berterus terang pasal kehidupan Aira sebelum ni?  Pasal Azad?”  tanya dia membuatkan mataku bulat.
Aku pandang Puan Izyan.  “Mama tak cakap tapi dia siasat sendiri.”
“Padanlah Aira terima duit abang bagi selama ni.  Semata-mata sebab Azad.  Segalanya untuk orang lain.  Untuk Azad, untuk mama dan untuk abang.  Mana bahagia yang Aira tinggal untuk diri sendiri?  Hrmm?” 
Tidak mampu aku menjawab persoalan Qaiser saat ini.  Dalam hatiku hanya mampu menjawab sebab Aira cintakan abang.  Aira sayangkan mama dan Azad. 
“Aira dan Azad tanggungjawab abang.  Nur Airani ni adalah tanggungjawab abang sepenuhnya, begitu juga adik ipar abang, Nur Azad tu.  Jangan rahsiakan apa-apa lagi.  Keluarga Aira keluarga abang.  Selama ini abang ingat Aira terpaksa melayani abang sebab tu abang sakitkan hati Aira.  Tak sangka memang cinta Aira untuk abang.”
“Erk… bila masa Aira mengaku pulak?” 
“Dalam tak sedarkan diri tadi.  Aira cinta abang.  Aira cinta abang,” ejek Qaiser dan aku terus tertunduk malu menerima tawa halus Qaiser dan Puan Izyan.

**

MAJLIS kenduri kesyukuran sempena kehadiran Alisa Puteri ini penuh meriah.  Bersyukur amat bila Allah ternyata mahu dia terus sihat biarpun pelbagai komplikasi saat aku mahu melahirkan angkara tumpah darah. 
“Kakak!” 
Aku terkejut saat berpaling pada Azad yang sedang tersengih padaku.  Mataku bulat. 
“Siapa jemput?”  soal aku. 
“Abang Qaiser,” jawab dia pendek. 
“Selama Aira tak sempat jenguk Azad, abang ke sekolah dia.  Tanya keperluan dia.  Mula-mula dia tak caya abang ni abang ipar dia tapi bila abang yakinkan, baru dia percaya,” jelas Qaiser padaku. 
Aku pandang Qaiser yang sejak berbaju melayu sedondon sekeluarga.  Ternyata langkahnya sentiasa mendahului aku.  Azad menjauh ke luar rumah dan Qaiser mendekat pula.  Bahuku dipaut.
“TErlalu banyak rahsia yang abang terpaksa bongkar sendiri.  Mujur abang terjumpa buku bank Azad dan juga surat asrama dia.  Dapat abang lawat dia selama Aira tak sempat ni.  Maaf tak cakap terus terang pada Aira selama ni.  Nah!” 
Qaiser menghulurkan sesuatu padaku.  Bila aku tarik daripada sampul surat berwarna coklat itu, ternyata buku bank milik aku. 
“Abang buat apa dengan buku bank Aira ni?  Bukan ada duit pun.”  Aku senyum.
“Tengoklah dulu,” suruh Qaiser memaksa. 
Aku terus membelek buku tersebut dan pantas aku tekup mulut.  Terkejutnya bukan  kepalang melihatkan traksaksi pada buku bank tersebut.  Bermula setelah sebulan aku menjadi isterinya hinggalah ke hari ini.
“Apa ni, bang?”  tanyaku tidak percaya. 
“Nafkah Aira.  Abang masukkan bulan-bulan elaun untuk Aira.  Tak guna, Aira simpan jelah untuk diri sendiri.  Yang lain tu, tanggungjawab abang termasuk Aira, mama, Azad dan Alisa ni.”  Dia duit sedikit pipi bersih Alisa Puteri yang sedang lena.  Langsung tidak merengek biarpun suasana dalam rumah semakin riuh dengan tetamu.
Aku kalih pada wajah Qaiser yang tenang tersenyum.  Memang kata hati ini benar.  Cintanya milik aku daripada awal lagi.  Namun kerana mendungnya hidup, hinggakan aku tidak berani berharap pada sedikit cahaya pun.
Bahuku dipeluk kemas.  “Abang cintakan Nur Airani,” ukui dia tanpa silu.  “Aira cantik.  Cantik segalanya,” puji dia lagi.
“Selama ni, Aira berusaha mencari ketenangan diri.  Agar hidup Aira ini tidaklah sekadar mimpip,” ujarku separuh berbisik.
Qaiser membawa tubuhku menghadapnya.  Jemariku digenggam erat dan bibirnya pantas singgah di dahiku lama.  Setelah kucupan terlepas, mata kami bersabung lagi.
“Dan, abang nak Aira tahu yang cinta dan kasih sayang abang pada Aira putih, tak pernah ternoda,” balas Qaiser dalam suara yang lunak menggoda dan yang pastinya, mendung itu tidak semestinya hujan. 

TAMAT

Cik Penulis : Sebab dah lama tak buat cerpen pasti cela merata-rata.  Maaf atas kekurangan ya.  

69 comments:

  1. akak, bestnya. Tapi mana IAM dgn STK?

    ReplyDelete
  2. Best....sengal betul bdk Qaiser ni

    ReplyDelete
  3. Sweet.... 27-17..Alahai~
    Terbaik laa kak rehan

    ReplyDelete
  4. Best...beri impak betul citer ni rsa cam nk nangis je

    ReplyDelete
  5. best2..lama xbc cerpen dr RM..rasa nk menitik air mata je masa bc mula2..nasib baik hepy ending...

    ReplyDelete
  6. Cerita yang menarik, sentiasa buat saya tertarik utk membacanya.

    ReplyDelete
  7. suke je dngn jln cter ni... :)

    ReplyDelete
  8. best sgt2...terbaik kak rehan..sambung STK plk...hihihi

    ReplyDelete
  9. nice..bule mengalirkan air mata cerpen nie :)
    tahniah k.rehan :)

    [nemo]

    ReplyDelete
  10. simpati dgn khdpn aira... moga khdpn aira slps nie dpenuhi pelagi..

    utk kak rehan plk...cerpen nie mmg superb.. tbaik lah kak.. shadu jer bla bca..moga cite nie dpt jd pgajaran utk kta semua. sma2 lah kta mmbntu pd gologan yg mmlukan...

    ReplyDelete
  11. best2...tp ada few spelling mistakes =)

    ReplyDelete
  12. best ler... sgt suka ♡♥♡♥
    -Ika Hatika-

    ReplyDelete
  13. RM ni cerita izinkan aku menangis ke???

    ReplyDelete
  14. bgus la sdp....sdih...

    ReplyDelete
  15. RM ~ tak pernah menghampakan..
    Tapi.. bila nak sambung "Sini Aku Payungkan Kau" tu?

    ReplyDelete
  16. salam Ann..
    bestttttttttttttt~~~~ tak tahu nak kata apa lagi,... :D
    tapi fika rindu kat enovel "SINI AKU PAYUNGKAN KAU"......
    terbaikkkk semua hasil tangan ann memang bestttt :D

    ReplyDelete
  17. i love cerpen very much...
    Qaiser cute, n Aira x mcm umo 17 pom..

    >>k<<

    ReplyDelete
  18. bestnya cerpen kk RH yg ne ?rasanya mau mendung pulak mata ne sesuai tajuk cerpen "mendung tak beerti hujan"' tak jd pulak tertumpah....haru....hisks...hiks akhirnya HAPPY ENDING...bahagianye AIRA tlh mera cintainya...love you kk rehan.

    ReplyDelete
  19. Mula2 baca, benci..benci...benci... Kenapa kejam sgt jln hidup Aira?

    Bila dah 3/4 jln cerita, baru seronok ulu hati membacanya... Lepas tu terus kembang dan seronok... Hahahaha.....

    ReplyDelete
  20. for me xde cela2nya kak rehan, klu sy nk wat cerpen cam gini bg 1 bln pon blom tntu dpt buat.. he :)

    ReplyDelete
  21. best haih cerpen ni... .. intro sedeih tapi ending happy. itu yang nak...

    ReplyDelete
  22. best sangat...tapi geram dengan qaiser tu...rasa nak luku2 je kepala dia :D

    ReplyDelete
  23. sedeh jln crite ne terasa menusup kat ati bile qaiser wat aira cam tu!tp akak suke je bab ending die hapy dek...good job RM.puas ati lah......hehe

    ReplyDelete
  24. em,,bes nye...mcm 2 plak si qaiser ni zahirkn perasaan dye ea...

    ReplyDelete
  25. best giler................ kak rehan terbaek!!!! -Song Hyun Sun

    ReplyDelete
  26. kak ina suke.....

    ReplyDelete
  27. tq kak...best citer ni...klu jd mini novel pon best gak hehe *_*

    ReplyDelete
  28. tq kak...best citer ni...klu jd mini novel pon best gak hehe *_*

    ReplyDelete
  29. Ehhh....Rehan...best apa....leleh gak la airmata...

    ReplyDelete
  30. Tahniah... 1 cerpen yg x mnggugat jiwa... hehehehehehee

    ReplyDelete
  31. besttttt............

    ReplyDelete
  32. ..menraik tp byk sgt typo la..

    ReplyDelete
  33. Cerita yg best. Tahniah

    ReplyDelete
  34. salam rehan..satu citer yg amat menusuk kekalbu dan banyak memberi pengajaran yg hebat dalam hidup kita.. Walaupun telah kehilangan tempat bertaut ..tapi kehidupannya masih dilindungi allah kerana kegigihannya untuk mencari keredaan allah dan rezeki yg halal untuk adiknya..allah kurniakannya ngan ibu mertua dan seorg suami yg baek..walaupun pada permulaan perangainya mmg hampas..kan..

    ReplyDelete
  35. ala kak banyak typing error laa.. tp best

    ReplyDelete
  36. best sangat..tapi ada jugak skit2 typo
    kak anne citer ni macam jahit balik hati aku kan...kisah hanip and ana

    nadya

    ReplyDelete
  37. Halamak Qaiser, walaupun macamtu perangai dia, sebenarnya dia baik. Gugur jantung dgn Qaiser ni. Thanks kak Rehan. Best! Nak STK pulak :)

    ReplyDelete
  38. citer bestlh kak..tp byk salah ejaan...kadang tu jenuh nk phmkn ayt...peace...

    ReplyDelete
  39. Tajuk 'beerti' tu rasanya mcm kena eja 'bererti' kan..

    ReplyDelete
  40. best best ! memang kalau mendung belum tentu lagi hujan. setiap kejujuran dan keikhlasan itu pasti dapat dilihat orang. thumbs up kak rehan ! good as always :)

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  41. ==)
    orang gaji jadi orang jadi...
    heheh.
    tp xmencelakan jln cerita pun..
    serius best!

    ReplyDelete
  42. erkk..hai sume.. thanks sudi drop by n baca n komen jugak.. maaf amat2 pasal typo typi tu.. salah sy..biasa ada tukang baca dulu sebelum post tp tukang baca bz..itu yg jadik gini..nnt kita edit balik ek..maaf amat2..thanks atas sokongan..syg kamu..

    ReplyDelete
  43. sedihnyee.... huuuu~~

    papepn mmg best biarpn air mata mengalir... hehehe...

    ReplyDelete
  44. bestt weiiii.....tp boring jgk sbb mata nie asyik nak tumpah aje..........he he


    wardah

    ReplyDelete
  45. nice cerpen... boleh buat lg....!!!

    ReplyDelete
  46. Rehan, cerpen yang menarik. Typo error tu biasalah, masih boleh diperbaiki.

    Sy perhatikan semua cite awk kebanyakkan bermain dengan airmata sampai saya baca pun asyik 'touching' aje. Tp part yg best skali ending mesti happy, itu yg pling sy suka. Gud job dear.

    ReplyDelete
  47. best sngt.. rase nk menangis.. sngt touching time bace cerpen nie.. seorang kakak sngup bkorban untuk adiknya setelah kehilangan ibu bapa... sngt2 tbaek cerpen nie.. keep it up kak RM..

    ReplyDelete
  48. best la sis...xpnh menghampakn mmbce..paling best cte ni hapy ending...hehehe....thank you sis....:)

    ReplyDelete
  49. Best sangat2!! Tak habis2 senyum lepas habis bace cerpen ni. Hee~

    ReplyDelete
  50. best...
    rasanya cerpen yg paling best yg pernah saya baca!!!!
    smpi menangis2.... dh abis bc tersenyum2 sorang2 plak... hehhehehehe...
    nsib baik kat office... control ckit... huhu

    ReplyDelete
  51. THE BEST...SO TOUCHING...

    ReplyDelete
  52. best sgt... tq hasilkan cerpen yang so touching... sob... sob..

    ReplyDelete
  53. agak boleh jumpa tak prmpn umur 17 thn matangnya mcm nih....zmn skrang..heh...

    ReplyDelete
  54. thniah kak rehan,,,sedeh seh...

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum. saya dah baca cerpen ni dan dah komen di p2u. mohon cik rehan baca komen tu, sekadar untuk teguran. ^^, apa2 pun cerita ni best!
    *sorry malas nak taip balik komen tu. huhu. ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam.. ye2..timekasih ye..dah tahu ..tak perasan tersama.. terlupa pulak satu part tu.. maaf atas kekurangan ye.. terima kasih atas sokongan..

      Delete
  56. salam rm. cerpen ni menarik dan seronok dibaca. mungkin nak betulkan sikit fakta. Yuran SPM dan beberapa tahun mansuh. kalau anak yatim, tak ada sedara-maras nak jaga, jabatan kebajikan masyarakat akan ambil letak kat rumah anak yatim. walau apapun, namanye kan cerita.....

    ReplyDelete
  57. rasa macam cerita ni dah pernah baca je kat tempat laincuma watak dan awal cerita je lain sikit

    ReplyDelete