BAB 1
MASING-MASING menunduk. Sibuk dengan alat muzik masing-masing. Indi
band yang terdiri daripada tiga oran g
termasuk aku. Bila aku angkat kepala,
seorang demi seorang aku pandang.
“Kenapa korang
semua diam?” Aku menyoal sambil menggaru
kepala. Buat-buat bingung dengan suasana
sepi macam kena langgar garuda ni.
Izue panggung
kepala. Tunak merenung aku lama sebelum
mencebirkan bibir dan menjongketkan bahu.
“Aku rasa pelik
bila kita senyap je. Tak sembang
apa-apa,” tambah aku lagi.
Mata Izue pula
memandang. “Sesekali bertafakur…,” ucap
dia selamba dan menyengitkan matanya padaku.
Aku jelirkan
lidah. “Gila!”
Izue dan Alan
ketawa serentak. Aku geleng kepala. Sesekali melayan budak berdua ni boleh sasau
minda yang waras.
“Kita lately jarang jamming, kan ? Live
performance pun jarang,” komen Izue kecewa.
Aku mengiyakan
dengan anggukan berkali-kali dan aku tarik lagi tali gitar kapok milik aku
ini. Gitar yang aku beli dengan duit
sendiri semasa berumur 17 tahun setelah mengumpul duit belanja yang mak bagi
selama berbulan-bulan. Naik susut tubuh
aku.
“Itulah…
lama-lama macam ni, band kita tak ada
oran g ingat
pulak. Dulu, dekat dataran Shah Ala m
tu selalu je kita lepak. Kadang-kadang
teringin juga aku wei…,” tambah Ala n
dengan wajah yang teruja dalam kecewa.
Lama diam. Aku hanya membekukan lidah. Cuba membuat tuning yang terbaik untuk mendapatkan ritma bunyi yang
bersimfoni. Salah tune, petikan jadi sumbang dan lagu pasti pincang.
“Buat muka tak
syak je kau, Naqi,” tegur Izue.
“Habis tu, kau
nak aku buat muka disyaaki ke?” tanya
aku kembali tanpa memandang mereka berdua.
“Tahu,” jawab
aku ringkas dengan mata yang masih fokus pada tali gitar yang ke enam.
Tali bass.
“Itu je jawapan
kau?” tanya mereka hampir serentak.
Aku memandang
wajah mereka berdua. “Dah tu… nak expect aku jawab apa? Aku busy
lately. Dengan kuliah lagi… final year pulak tu. Mana projek akhir aku lagi. Ni nak aku buat live performance pulak dengan korang. Guys…
come on. Aku tak pernah halang
korang nak join band lain. Jangan sebab aku, korang punya minat
tersekat. Dah clear semua hal aku, aku join. Aku janji.
Ini tak akan ambil masa yang lama,”
janjiku pada Ala n
dan Izue.
“Promise?”
“I’m a woman of my words. You know that, guys.” Aku kedipkan mata sekali membuatkan mereka
berdua tersenyum lebar.
“Yeah… inilah Cinta Nur Naqiah yang aku
kenal,” jerit Izue tiba-tiba.
Aku pantas
bangkit mengangkat gitar. Kononnya
hendak aku hentak kepalanya yang lantang menjerit namaku hingga ada beberapa
pasang mata mula melihat kami.
Izue dan Ala n… keduanya pemuzik
bebas. Punyai kerja yang
tersendiri. Senior aku satu waktu dulu
dan telah berhenti setelah tamat Diploma.
Tiada minat hendak belajar kata mereka.
Lebih suka bekerja, mencari duit sendiri dan menambah skill dalam muzik sedangkan aku, kerana
janji pada keluarga… masih lagi bergelar seorang mahasiswi. Letih itu ya… lelah usa h
dikata. Jika menolak untuk belajar,
gitar ini pasti tiada di sisi. Itulah
syarat mak dan ayah.
“Naqi je dah
cukup. Karang ada yang dengar nama aku
tu boleh jatuh cinta sedangkan kalau tengok aku, boleh sakit jiwa.” Aku ketawa kuat.
Izue dan Ala n menggeleng.
“Gila punya kawan,” cemuh diorang bersenda dan turut ketawa.
“Eh, tak betul
ke aku cakap… memang korang pun tak ada perasaan dekat aku, kan ? So, panggil aku Naqi je. Tunggu jumpa lelaki yang berani panggil aku
Cinta… mungkin?” Kening aku naik. Mengusik
Ala n dan Izue.
“Gila kuasa
dua,” cemik Izue.
“One fine day… who knows…,” tokok Ala n sedikit
optimis. Matanya dikenyitkan sekali pada
kami lalu tawa kami pecah lagi.
Lucu.
SMS aku
terima. Pesanan ringkas daripada Izue
benar-benar membuatkan hati aku melonjak girang tapi ada perkara yang menghalang. Aku pandang wajah mak yang sedang menikmati
makan malam bersama. Ayah juga
tenang. Hanya Kak Nadiah yang kononnya
rajin menelaah buku biarpun di meja makan membuatkan aku menjulingkan mata ke
atas. Tunjuk bagus, cemik hatiku gera m. Kerana aku tahu, apa yang Izue katakan dan apa yang bakal mak dan
ayah bebelkan bila aku nyatakan hasrat yang Izue hantar sebentar tadi.
“Kot ya pun busy nak exam final year, boleh
tak telefon tu letak tepi? Makan
dulu.” Mak mula menegur.
Aku angkat wajah
dan tersengih sedikit. Selera sudah
hilang. Peluang jarang-jarang
datang. Sudah berkali-kali Izue dan Ala n join venture dengan beberapa band lain yang siap ada drummer untuk membuat persembahan live di mana-mana club
bila dijemput dan tak mudah untuk dijemput melainkan punyai kabel yang cukup
besar dan berkuasa.
Bayarannya
tidaklah seberapa tapi kerana minat itulah membawa kami bersetuju tiap kali
dijemput. Hanya aku sedikit terhad masa
ini. Nam un hari ini, rasa tidak betah
hendak menolak ajak Izue.
“Entah budak
Naqi ni… cuba
tengok macam kakak tu. Makan pun dengan
buku dan buku ini ayah tak bising. Tapi
Naqi… kalau tak dengan handphone,
dengan gitar. Dengan buku muzik. Tak sesuai dah untuk Naqi hang-out dengan budak-budak tu. Buat live
performance, sedangkan Naqi tu anak dara.
Bukan lagi remaja macam dulu,” tegur ayah sedikit tegas.
Uhh… tak sempat
aku nak meluahkan niat, ayah dah mencantas.
Aku pandang mak. Dia
menjongketkan bahu tanda tidak tahu.
Setelah itu, aku pandang pula Kak Nadiah. Dia menjelirkan lidah, mengatakan… padan muka
padaku. Semua pun masuk angin keluar
asap.
“Erm… Naqi dah kenya ng.” Terus saja aku angkat tubuh dan berlalu ke
dapur. Mengangkat pinggan yang masih
penuh tersisa.
“Em… ayah tegur
untuk kebaikan Naqi,” keluh ayah yang sempat masuk ke dalam telingaku.
Yalah…
yalah. Semuanya untuk kebaikan
Naqi. Tak pernah ayah dan mak buat bukan
untuk kebaikan Naqi melainkan hanya bandingkan Naqi dengan Kak Diah. Ujar hatiku sendiri.
Selesai mencuci
pinggan, aku panjat tangga ke atas.
Pintu bilik aku tutup perlahan dan terus melayangkan tubuhku ke atas
katil. Mata memandang siling kapur yang
berukir cantik. Kipas yang ligat
berputar dan langsir yang berhembus ditiup angin malam bila tingkap masih belum
aku tutup.
“Kenapa tak
jawab SMS aku?”
“Tadi tengah
makan malam dengan family,” jawab aku
lemah. Kemudian aku membalikkan tubuhku,
meniarap.
“So, macam mana?”
“Tak ada macam
mana.”
“Lor… itu je
jawapan kau?” keluh Izue tidak puas
hati.
“Tak
bolehlah. Baru je aku pandang muka mak
ayah aku, ayah terus tazkirah pasal hal ni.
Aku rasa macam sampai bila-bila dah tak boleh nak live dengan korang la,” adu aku sedikit sebu.
Sampai hati
ayah… minat aku hanya itu. Sedangkan
keputusan peperiksaan juga tak pernah jatuh.
Paling buruk pun sama seperti keputusan tahun sebelumnya tapi tetap
termasuk dalam senarai penerima anugerah dekan.
“Belum tanya dah
tahu tak dapat?” tanya Izue lagi
mematikan lamunan.
“Yeah… kau tahulah family aku macam mana. Ayah
tak nak anak-anak dia terabai dengan pelajaran.
Kak Diah aku tu… tengah study hard
nak buat medic dan dia sangatlah
bajet,” luahku gera m.
Mengingatkan Kak
Diah, tak pernah sekali bercakap sopan denganku. Tak ubah bagai aku ni adik tirinya dan aku pula
Cinderella tapi dari zaman moden, yang kuat dan kental biarpun disinis
sepanjang masa.
“Ya, aku tahu
tu. Tapi, yang ni gempak sikit,
Naqi. Bukan macam tempat-tempat biasa
yang kita perform tu. Tapi tempat lepak oran g banyak duit,” ujar Izue.
“Wow… sounds great. Kat mana?”
Mata aku membulat. Cepat-cepat
aku bangkit dan menyilang sila.
Menongkat dagu dengan siku bertahan di kepala lutut.
“Lake G a r d e n
Club,” jawab Izue teruja.
“Amacam…
teruja?”
Aku diam
menimbang kata-kata ayah tadi. Ada benarnya tapi sekadar
membuat persembahan dan jamming, yang
lain tidak pernah. Ada sesekali dua aku melepak di dataran tapi
rasanya, tak pernah aku lakukan perkara yang memalukan mereka.
“Agak teruja
tapi… my parent?”
“Pujuklah. Cakap je ini untuk kau released tension untuk hadap final
nanti,” cadangkan Izue.
“Itu tak menipu
ke?”
“Tak adalah,
Naqi… biasa pun kau buat macam tu, kan ? Bezanya kali ni dekat tempat lain dan parent kau pun tahu cara kau boleh release tension, kan ?”
Aku diam. Lama.
Hingga Izue terjerit-jerit memanggil namaku di hujung talian.
“Ya… aku ada
ni. okeylah, Zue. Aku minta izin jugak dengan mak ayah
aku. Nanti buatnya terserempak dengan
diorang, jenuh aku.”
“So…”
“Apa lagi?”
Izue
mengeluh. Nam a nak kena masuk by tomorrow tau. Dua band
seperti biasa. Diorang perlukan plug-in guitarist as good as you.”
“I’ll try,” janji aku pada Izue dan
talian mati setelah itu.
MAK memandangku
dengan renungan yang biasa. Sesekali
bagai tiada perasaan. Lain dari ayah
yang sudah mencerlung tajam bila aku nyatakan hasrat aku ini.
“Please, ayah… kali ni je sebelum final dan Naqi janji, Naqi akan dapatkan
four flat untuk semester ni,” janjiku
pada ayah.
Janji yang aku sendiri hampir terkeluar anak mata
dari soket. Janji yang menjerut hati dan
jiwaku. Mencekik nafas yang mula
tersekat-sekat di kerongkong.
“Janji dengan
mak dan ayah?” tanya ayah bertegas.
Aku pandang Kak
Diah. Dia tersengih sumbing. Penuh sinis.
“Err… Naqi..
Naqi…”
“Hah… nak tarik
baliklah tu, ayah. Nampak sangat tak
ikhlas berjanji. Saja je. Macamlah dia boleh dapat four flat,” cemik Kak Diah.
“Kakak ni,
tolonglah…” Aku merengus gera m buat pertama
kalinya pada dia. Geram sungguh dengan
sikap yang suka menangguk di air yang keruh itu.
Dia terus diam
dan membelek majalah di tangannya. Pelik
bila dia membaca majalah selain daripada buku-buku pelajaran.
“Kalau Naqi
boleh janji macam tadi, ayah benarkan.
Kalau tak dapat, say good bye to
your band… your guitar and all what not.
No more music,” tekan ayah tegas.
Aku hampir
mengeluh. Terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata, aku hanya mampu menunduk saja.
Mengiyakan dalam resah.
“Dekat
mana?” Mak menyoal aku yang menunduk
lemah.
“Lake G a r d e n
Club?”
“What?”
Bulat mata Kak Diah.
“Kenapa? Tak percaya?
Kakak ingat Naqi and the gang nak
perform tepi jalan ke apa?” sinisku lalu aku bangkit menyalami mak dan
ayah.
“Terima kasih
mak… ayah…” ucapku dan terus berpaling
memanjat tangga.
Gitar aku capai
dan terus turun.
“Nak pergi
mana?” tanya mak kuat bila aku capai
tombol pintu.
“Praktis. Izue dan Ala n datang jemput,” jawabku lalu aku
berlari pantas bila kereta Honda Civic milik Izue sudah berhenti tepat di depan
rumahku.
~~> bersambung
Wow..cite br...
ReplyDeleteGood try RM..cite psal cinta & muzik barangkali
xsmpt nk warm up la kak rehan..heee..best..
ReplyDelete...fara
knap nma saya jadi watak kakak jahat karehan...huwaaaaaaaaaa
ReplyDelete>>k<<
Interesting..so esk ble la RM upload yg seterusnya..kankankan..
ReplyDeleteweee..
ReplyDeletesaya suka!
saya suka!
new!!!
ReplyDeleteNiceeezzzz lain dari yg lain... ...
ReplyDeleteWahhhhhhh best2,,,sambung lagi
ReplyDeleteRM cerita baru ke???...... alalalalala... best tu memang best tapi kalu RM bagi n3 IAM lagi berganda2 best nyer..... (,")Tera BESTTTT..............
ReplyDeletebest !
ReplyDeleteWah....best best...suka crte mcm ni...sambung lagi..tpi Bisakah jgn lupa ye...hehehe
ReplyDeletenk lg nk lg bleh?????? haha
ReplyDeleteSuka sangat!!!!!
ReplyDeletewow..something new..emmm..i loikeee..heh..
ReplyDeleteyayy!!! baru ni dpt baca part 1..huhu...awal2 lg dh kesian ngan naqi..... its really unique name cinta nur naqiah... lovely...
ReplyDelete