MAK keluar
mendapatkan kami bila Kak Diah menjerit memanggilnya di depan pagar. Pintu pagar automatic itu terbuka lebar.
Aku sengih tak sabar. Dalam beg
galas sudah tersedia hadiah buat mak.
Bila kak Diah
membuka helmet, disuakan padaku. Waktu
ini, hanya BMW mak saja ada diperkarangan dan juga Honda Jazz yang katanya,
dibeli buat Kak Diah. Cumanya kakak aku
tu takut nak memandu. Kereta ayah pula
tiada. Boleh jadi keluar.
“Assalamualaikum,
mak,” laungku sedikit terjerit.
Motor aku
tongkat cermat. Helmet aku buka. Zip beg
galas juga aku buka dan tanganku sudah memegang bungkusan kecil itu untuk
dihadiahkan pada mak.
“Naqi dengar
kata mak naik pangkat? Waaa… tahniah,
mak,” ucapku seraya menyalami mak.
Dia senyum dan
mengangguk. Sejuk mataku saat ini. tapi, bila Kak Diah menyalami mak, dia
mengaduh sedikit. Pantas mak memaut
tangan Kak Diah dan melihat tapak tangannya yang sedikit melecet.
“Diah
kenapa?” soal mak cemas sambil mengelus
rambut Kak Diah.
Kak Diah
memandangku. “Jatuh, mak… Naqi tertolak
masa kami nak kena langgar tadi,” jelas Kak Diah.
Mata mak tajam
memandangku dan tiba-tiba saja langit gela p
biarpun tadi rasanya masih cerah di sini biarpun KL sudah dilanda hujan
lebat.
“Betul kamu
tolak Diah?” soal mak keras.
Aku
mengangguk. “Naqi nak selamatkan…”
Pang… aku pegang
pipi yang pedih. Kak Diah
terpempam. Aku juga. Kami terus berpandangan sesama sendiri.
“Mak,” seruku
apatah lagi bungkusan di tangan terlepas dari genggaman dan dengar kacanya
bagai berderai begitu saja.
Aku menahan
diri. Tidak bergerak biarpun
setapak. Takut mak bertambah marah lagi
bila aku melarikan diri.
“Kenapa tolak
Diah?”
“Err… Naqi nak
selamatkan Diah, mak,” jawab Kak Diah pantas.
Membelaku buat pertama kalinya.
Aku senyum
sendiri. Akhirnya, ada juga oran g nak back-up
aku biarpun nampa k
tidak meyakinkan.
“Selamatkan apa
sampai Diah yang luka dan dia elok je.
Sihat waafiat je mak tengok,” marah mak pada Kak Diah.
Aku tunduk. Melihat pada kaki yang luka tapi darahnya
tenggelam dengan warna hitam seluar.
Siku yang melecet juga terlindung dengan lengan baju yang panjang
mencecah jari.
“Err… maaf,
mak. Tindakan spontan tadi…”
“Dan mak tampa r kau pun spontan sebab
cuai. Tak boleh harap langsung nak jaga Diah,” cemik mak dan
dia terus berpaling menarik tangan Kak Diah mahu masuk ke rumah.
Aku hela nafas sedalam mungkin. Dada sesak.
Tapi, aku tetap cuba
membendung airmata agar tidak gugur.
“Mak…”
Mak berpaling
seketika. “Tahniah, mak naik pangkat
lagi,” ucapku tulus.
“Ermm…
sama-sama. Dah pergi balik. Hari nak hujan ni,” ujar mak tak ubah seperti
menghalau dan terus menapak masuk.
Pintu pagar automatic itu sudah bergerak hendak
tertutup dan aku terus tunduk mengutip botol minyak wangi yang mungkin sudah
pecah dan berlalu menyelit di celah pagar sebelum pagar itu tertutup
sepenuhnya. Duit gaji pertama Naqi ni,
mak. Ucap hatiku pedih.
Guruh menggoncang
hiba di hati. Airmata mengalir bersama
air hujan. Tangisanku bergema tapi tiada
siapa yang tahu. Hanya pada Dia.. ya
Dia. Dia Allah yang satu. Aku mendongak ke langit. Memejamkan mata dan membiarkan airmataku
lebat menitis buat pertama kalinya.
Pipi yang
sedikit pedih aku raba. Pertama kali mak
menampar aku kerana kecuaian aku menjaga Kak Diah. Aku akur kecuaian sendiri dan aku harus akur
bila mak menampar diri biarpun penjelasan telah diberi. Luka Kak Diah terlalu sedikit hendak
dibandingkan lukaku tapi mak tak pernah nampa k
dan aku sebagai anak… hanya mampu beralah kerana aku yakin, mengalah tak beerti
kalah.
Helmet
aku sarung pada kepala dan terus aku hidupkan enjin motor. Bila aku melihat ke marmar yang ind ah
di depan rumah, ada warna merah cair mengalir dari kakinya. Namun, tak tewas darah yang mengalir pekat
dari hati.
Aku terus
memecut motorsikal yang dah tak berapa nak laju ni. Tapi, akhirnya terpaksa berhenti bila hujan
semakin lebat biarpun rumah sewaku sudah agak dekat. Waktu ini telefon aku berdering lagi. Amat berharap moga Ala n atau Izue pemanggilnya, aku mahu
memangis pada mereka tapi sayang bila nam Ariq muncul.
“Naqi dekat
mana?” soal dia cemas.
Aku kerutkan
kening. “Dekat bus-stop. Hujan lebat
sangat. Kenapa?” tanyaku setelah mampu mengawal oktaf
suara.
“Fuh…” Aku dengar Ariq lepaskan keluhan lega.
“Are you okay, girl?” soal dia.
Aneh.
“Kenapa tanya
macam tu?”
“Aba ng balik dari mall dengan mummy abang tadi,
terlena. Tiba-tiba jaga, mimpi Naqi accident sebab kejar Cik Lof untuk abang
dan Naqi parah. Huh… mimpi ni,
menakutkan,” komen Ariq lebih pada diri sendiri.
Aku sengih sinis
pada diriku. Ariq bermimpikan yang benar.
Aku kemalangan tapi kerana Kak Diah.
Bukan Cik Lof. Itu yang
membezakan.
“Tak ada apalah,
bang. Saya okey je. Malam ni tak jadilah, bang.”
“Eh,
kenapa?”
“Err… saya ada
hal sikit dengan kawan-kawan,” jelasku padanya.
Menipu. Tak sanggup tapi
terpaksa.
“Betul ke Naqi
okey?” tanya Ariq curiga.
“Dengar suara
lain macam je?”
Aku kesat hidung
dan menjauhkan seketika telefon dari wajahku.
Airmata aku seka lagi. Air hidung
juga.
“Macam nak kena
selsemalah, bang. Kena hujan ni. Nanti saya dah okey sikit, baru saya SMS
abang, ya? Lagipun, esok nak minta
cuti. Lusa pulak saya ke sana cari Cik Lof. Harap-harap ada berita baik sebelum tu.”
Ariq masih tak
puas hati. “Aba ng datang bawa pergi klinik, ya?”
“Err..,
jangan. Saya dah minta tolong Ala n dengan Izue
datang…”
Pap… talian mati
lagi. Ariq buat perangai lagi. Sudahlah kepala aku sakit. Minda pula letih. Jiwa merana, dia pula buat onar. Malas hendak difikir lagi, aku kembali naik
motorsikal dan terus menunggang balik bila hujan sudah agak reda tapi masih
lebat.
Abaikan… aku
sakit selama ni mak tak pernah tanya.
Satu waktu dulu pernah dikata aku ini buat-buat sakit sebab tak nak
pergi kuliah dan sejak itu, aku tak pernah mengadu lagi biarpun pada ayah. Mudah.
SEISI rumah mula
tiada. Semua dah balik kampung setelah
semester tamat. Yang tinggal beberapa
hari ni juga sudah pulang siang tadi.
Tinggallah aku sendiri di sini.
Bosan apatah lagi bila tubuh terasa sakit dan luka pada lutut masih
ternganga. Tidaklah parah… hanya belahan
dalam tiga inci saja dan siku juga hanya luka sepanjang satu inci setengah saja.
Sakit tubuh mula
menyengat. Nak pergi klinik, mana ada
duit. Ada pun RM15 berbaki. Sakitnya, hanya Allah yang tahu. Senang cerita, aku mengambil keputusan untuk
lena agar aku bangkit, sakit tubuh hilang, perit di pipi juga menjauh dan yang paling
penting, hatiku juga pulih sepenuhnya.
Tak sempat
hendak memejam mata. Telefon berbunyi
lagi. Tapi kali ini, adalah Ala n. Aku mengerutkan dahi dan menjawab tanpa ada
rasa hendak berselindung lagi.
“Ala n,” seruku tapi Ala n
tetap diam.
“Lan… kau kat
mana? Datang sini wei… aku nak pergi
kliniklah. Siang tadi aku kena langgar
dekat depan Pertama Kompleks masa jemput Kak Diah. Serius aku sakit, Lan… tak boleh nak
bangun. Budak-budak rumah semua dah
balik ke pangkal jalan, Lan… boleh ke tak?”
soalku sambil bercerita tentang peristiwa pagi tadi.
( Muhamad Nashriq a.k.a Ariq )
PINTU diketuk
bertalu-talu. Siapa pulak ni? Ada
lagi ke yang tak balik kampung? Dahlah
orang sakit ni? Nak rehat pun tak
boleh. Nak bangkit tak larat… nak makan
tak lalu. Aku terus mengiring dan menekup
telingaku dengan sebiji bantal yang di beli di IKEA dulu.
Namun, semakin
lama semakin kuat pula ketukan pada daun pintu.
Bagai hendak roboh jika aku biarkan untuk sepuluh minit saya lagi.
“Argh… siapa
ni?” tanyaku gera m.
Bantal aku campak ke dinding.
Dengan kaki yang
sudah tak mampu menampung tubuh sendiri, dengan langkah yang kian longlai dan
dengan wajah yang berkerut sana
sini menahan tubuh yang sakit, aku seret juga kakiku yang masih luka. Hanya sehelai tuala aku belitkan pada lutut
sebelah kiriku. Masih lagi berdarah tapi
aku biarkan saja.
Bila tombol
pintu utama aku capai, kupulas perlahan dan bial daun pintu terkuak, mataku
membulat. Serta-merta aku berpegang pada
dinding bila tubuhku hampir tumbang melihat susuk tubuh ini di depanku. Di depan rumah sewaku.
“Err… buat apa
kat sini?”
Matanya
tajam. Rahangnya turun naik. “Apa dah jadi?” Matanya dijeling pada lututku yang berbalut
dan juga siku yang berbalut sama.
Aku menelan
liur. “Ala n mana?”
“What
happened?” tanya dia lagi.
“Err…
jatuh. Izue?” Keningku naik sedikit berharap moga Izue dan Ala n muncul di
belakangnya.
“Jatuh ke accident?” tanya Ariq keras.
“Kena langgar,”
jawabku mudah.
“And how dou you know?”
“Ala n.” Sepatah Ariq menjawab membuatkan aku terfikir
berkali-kali akan perbualan sepi antara aku dan Ala n tadi.
“And it was you. Not Ala n? Hrmm…?”
“Yeah… abang yang pergi cari Ala n… because you didn’t answer my call. Didn’t reply my SMS and why don’t you tell me?” Mata Ariq hampir terjojol.
Aku senyum
padanya. Mengedipkan mataku sekali dan
bersandar pada dinding dengan wajah yang menyeringai lagi. Sebelah kaki sudah tak mampu untuk menampung
keberatan tubuku yang tak berapa nak berat ni.
“I told you before. Anything about me, abang tak perlu nak risau. I’m
just fine. Thanks for your concern,” ucapku lembut. Menghargai perhatiannya tapi aku tidak
perlukan itu semua. Aku mampu menjaga
diri.
“Dan abang juga
dah cakap, selagi task Naqi tak settle, Naqi tanggungjawab abang. Jadi macam ni pun Naqi nak cakap Naqi
okey? I’m just fine konon,” cebik Ariq padaku.
Hatiku
menggelegak tiba-tiba. Dahlah oran g tak sihat, dia nak
buat drama pulak kat sini. Tak fikir ke,
betapa letih aku nak melayan karenah semua oran g?
Nak menelan herdikan mak dan nak hilangkan pedih pipi kesan tampa ran mak?
“Sorry, bang. Saya tahu abang risau saya tak lakukan kerja
dengan baik, kan ? But
please… do not worry about the task. I’m
hired. Saya akan selesaikan semua
yang dah saya mulakan. Pasal keadaan
saya ni, esok okeylah. Abang baliklah
dulu. Tunggu je Cik Lof telefon…
mungkin.” Aku sengih sedikit pada Ariq
yang masam mencuka. Apa tak kena pun tak tahu.
“Buat masa ni,
bagi saya rehat dulu, ya bang?! Saya
agak letih hari ni. Lusa saya siasat
lagi siapa Cik Lof untuk abang. Bagi
saya dua minggu je… mungkin. Kalau saya
jumpa dia nanti, semuanya akan jadi seperti yang abang nak. Abang just
doakan yang baik-baik je, ya?” sambungku lagi.
Ariq masih
diam. Matanya kian tajam dan terus
menikam bola mataku membuatkan aku semakin tidak selesa. Sudahlah rumah ini kosong… sepi tanpa oran g lain. Tingkat atas sekali pulak tu. Kalau ada oran g pejabat agama datang, sia-sia je
hidup. Makin teruk kena maki dek
mak. Makin jauh aku dipulaukan
mereka.
“Bali klah, bang.
saya dah terlalu banyak perkara nak hadap hari ni.” Seraya itu, aku menapak ke belakang sedikit
mahu menutup pintu tapi tertahan seketika.
Wajah Ariq aku
pandang lagi. Masih kaku begitu. Tetap segak dengan dockers krim dan juga baju T berkolar warna hitam dan juga jaket
kelabu yang tersarung pada tubuhnya.
“… thanks for coming, bang. Saya terharu.” Sengih aku uk ir. Sengih palsu bagi menutup kesakitan.
Pintu aku
rapatkan tapi sayang bila telapak tangan Ariq menahan daun pintu dari terus tertutup. Ditolaknya kasar hingga aku terdorong ke
belakang. Aku memandang dia dengan
seribu satu persoalan. Jika akulah Lof
yang dia maksudkan, aku mahu meraih kasih sayangnya dan aku mahu berikan hati
ini untuk dia, tapi itu oran g
lain. Bukan aku. Jadi, untuk apa dia berlebih begini? Buat aku tak selesa dan kini pandai buat aku
murka.
“Saya respect abang sebab abang lagi tua dari
saya. Jangan sebab saya selenga macam
ni… macam perempuan tepi jalan… abang boleh buat saya macam ni. Saya memang tak larat hari ni dan saya
merayu, abang balik. Pasal Cik Lof tu
saya akan dapatkan untuk abang sikit masa lagi.
Berapa kali saya nak tekan yang saya memang nak rehat malam ni. tubuh saya sakit dan hati saya lagi sakit,
tau tak?!”
Tak tersangka,
aku menjerkah Ariq. Bila sudah puas
memuntahkan kata, barulah aku tersedar dan
menekup mulut kerana berani memarahi majikan sendiri.
“You better leave!” suruhku dengan suara yang kembali perlahan namun mata Ariq masih
tidak beralih untuk sesaat pun dari merenung mataku.
“Datang pencegah
maksiat, sia-sia abang dan saya hidup atas muka bumi ni.”
Ariq
sengih. Dia kembali beriak tenang tapi
kata oran g, kelia wata don’t sangka no boya… bahasa
apa aku pun tak pasti tapi maksudnya sama.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Ariq
lelaki. Berdarah panas. Aku juga Cuma aku masih sedar di mana aku
berpijak dan berbumbung. Namun, jika
Ariq menyerang, mampukah aku menghalang?
Dan jika Ariq membaham, mampukah aku mengelak? Parah…
“Dah habis
cakap?” soal dia setelah itu mencantas
fikiranku yang sedang memikirkan yang bukan-bukan.
“Errr…” Aku mengangguk. Sudah kehilangan kata.
“Macam ni je
boleh keluar?” tanya dia sambil
mengerling pada tubuhku dari atas hingga ke kaki.
Aku juga turut
menilik tubuh sendiri. Hanya sehelai
baju T berwarna hitam. Agak kecil andai
hendak dibandingkan dengan pakaian biasa bertemu dengannya. Agak menampakkan lekuk tubuh.
Aku telan liur
bila Ariq terus merenung. Serta-merta
wajah terasa pijar bila terasa ditelanjangi oleh mata Ariq yang tajam.
“Don’t stare!” tegurku.
“Dah ada depan
mata… tak kan
tak nak tengok,” selanya sinis.
“You!”
“Jom, pergi
hospital. Luka tu nampa k berdarah lagi. Nanti esok lagi teruk kalau kena jangkitan
dan nak lagi teruk, terus kena kerat kaki.
Kudung. Tak boleh jalan, tak
boleh nak buat kerja. Hilang satu nikmat
Tuhan!” bebel Ariq berbaur ugutan.
Aku mengerutkan
dahi. Takut juga. “No
need…” tolakku masih tidak mahu ke hospital.
“Yes need.
Come,” desak Ariq sedikit keras.
“Malas nak tukar
baju…”
“Perkara
mudah.” Ariq menarik tanganku hingga aku
sudah melepasi daun pintu. Dikuncinya
pintu tanpa ditanya mana kunci rumah tapi mujur kunci rumah ada dalam poket
waktu ni.
“Apa ni,
bang?”
Ariq tidak
menjawab sebaliknya dia tebarkan jaket kulitnya pada tubuhku. Setelah aku menyarungkan tangan secara
paksaan, dia terus zip hingga rapat ke bawah leher. Hampir menutup mulutku.
“It suite you well. Boleh jalan?”
Aku
menggeleng.
“Then abang
dukung.” Selamba Ariq mahu mencempung tubuhku
tapi aku mengelak.
“Do not cross the line, bang. Nanti abang basi tak sempat Cik Lof rasa tapi
saya rasa dulu,” tegurku berbaur usikan.
Tidak mahu terus berasa dalam suasana tegang dengan Ariq. Rasa tidak betah.
“Kalau Naqi nak
rasa abang dulu, masuk rumah balik tapi bukan sekarang. You’re
not fit enough. Kesihatan kena jaga. Jom abang pegang lengan. Kita turun pelan-pelan. Nanti nak tunggu esok langsung tak boleh
bangun.”
Aku terus
terdiam bila Ariq berkata demikian. Aku
yang mahu mainkan tapi aku terkena balik dengan kata-kata nakal Ariq dalam riak
wajah yang tiada bern ada. Serata saja.
Dia memaut
lenganku bila aku mahu menapak turun.
“Careful, girl…”
Dan aku,
berpaling ke kiri menyembunyikan tangisku daripada pandangan Ariq. Terharu dengan perhatiannya. Kalaulah mak sekali bertanya padaku, Naqi
okey ke? Ada luka ke?
Pasti aku tiada di sini hari ini dan bersama lelaki yang mencintai gadis
lain dan boleh jadi sikap ambil beratnya padaku hanyalah pada seorang adik…
mungkin.
~~~> bersambung
fuh! berbaloi tgu dpan laptop...why la ariq ni care sgt kat naqi smpai cam 2 skali ea..hmm,, kesiannye naqi..x abes2 dgn derita..sedih dpt mak cam 2...
ReplyDeleterehan...sedey..naper mak naqi buat mcm ni kat die..sedeynyeee
ReplyDeletesob sob...
ReplyDeleteRM,bila nk update bisakah?
ReplyDeletebisakah RM dh stopkan... tgh siapkan utk pennilaian..
Deletekak rehan...huhuhu...naper yg ni cternya touching sgt n sakit ati sgt
Deletealoh la hoh...x puas bca da abih...smkin keliru dgn thap keprihatinan Ariq terhdp Naqi ni...cpt2 la terungkai, x sbar
ReplyDelete>>k<<
Ariq ni...bikin jiwa kacau..hehehehe
ReplyDeleteSedihnya..pepagi dh mengalir air mata..tak sangka ada entru baru pagi nih..mmg terbaik
ReplyDeletewaaaa..sedehnye, ank kandung yg bagaikan ank tiri... DIAH ni mengada toll lah..
ReplyDeletebodoh nya mak mcm ni! x memasal jek naqi dpt skit di tubuh dn di pipi. arik ni naper? jap2 cl naqi? smpai sggup cri alan cz nk hp dia cl naqi yg x jwb cl n sms dia. sian naqi trus d hmpit drita akibat kebencian mak sndiri. Hope naqi boleh pergi 1 day. biar mak dia sdar akn kepergian naqi adalah suatu yang menyedihkan krn naqi adalah ank yg berharga senarnya, next RM! nk entry lgi esok ya.
ReplyDeletemalam ni sambung eh
DeleteYa Allah, termeleleh air mata baca entry ni.Mak dia sangat tak patut tau. Kadang-kadang nak salahkan anak-anak yang letak mak dieorang kat rumah orang tua-tua pun tak salah. Mungkin sebab ada jenis mak yang perangai macam ni misalnya. Hukum karma, dapatlah balasan dia nanti. Dia sayang Diah, tak semestinya mak dia susah nanti Diah akan care kat mak dia. Kompem Naqi yang akan jaga. Time tu baru nak menyesal segala bagai.
ReplyDeletesentap bca entry nehhh..sedey nye d lyn mak kandung cm 2..seb bek sy m'pnyai sorng mak y penyayang..luv u mom!!..sy ske naqi!!..tabah lah wahai naqi!..RM nk lg.......hehe ^_^
ReplyDeleteRM,sila teruskan...
ReplyDeleteSedih nyer bila mak naqi buat mcm tu..eiiii..geram...
ReplyDeleteAriq ni take care terlbih la plak...ko sukeee sape ni?
sedihnya nasib naqi.....nape mak pilih kasih...bapanya pun blh ikut je rentak mak naqi...kan ke dia imam keluarga???? gentlenya ariq...air mata meleleh juga ni naqi.
ReplyDeleteRamai mak2 kat luar sana mcm tu.. Mereka pun manusia ada buat silap tapi sb mereka rasa mereka tu yg lebih makan garam so anak2 kena telan aja even mak buat tak betul dan menyakitkan hati anak2..
ReplyDeleteNaqi deserve someone like Ariq yg terlebih care dan penyayangs. Ariq tu tgh confuse atau sebenarnya nak menguji Naqi?.
sedihnya...
ReplyDeletemenumpang sayang pada yg bukan milik kita..
;(
RM cter ni aknn abis di cni ke? ke akn diterbitkan? Harap2 hbis dicni jelah ye, tk thn menanggung rindu...ha hah hah.....
ReplyDelete-Aysa-
sedih yang amat....sampai hati mak dia
ReplyDeleteSentap.
ReplyDeleteSentap.
ReplyDeletesedih bile tgk nasib naqi..ariq amik berat psl naqi bukan sbgai adik..tp lebih..
ReplyDeletenext
cik lof tu naqi kan?
ReplyDeleteaku rasa gitu la.. RM ni bab mengoda rasa keliru org mmg mahir.. layan ja la..
DeleteTerfikir juga could be naqi = unexpected..
DeleteKlu ikut kan macam nadiah juga coz..1
1.jika naqi xkan ariq xkenal?
2. Ariq describe cik lof selalu lepas rambut or sanggul instead naqi ikat rambut kan?
3. Statement ariq about eyes...matanya xsecantik mata naqi.
4. Panggilan cik lof semua studentyg naqi approach tu kenal, so mmg bukan naqi la kan...
Hipotesis = cik lof tu absolutely bukan naqi BUT lof aka love aka org yg ariq cinta absolutelyyyyyyy NAQI aka CINTA nur nadiah..
Hipotesis 2= hipotesis 1 absolutely wrong = expect unexpected, cik lof tu naqi lah...we see how RM twist the plot....
Pjg dh komen ni...over plak...simpan hipotesis utk next komen..ngeeeee
MRSJJ
Lof tu Nadiahlah. Betul tak tapi sedihlah semua sayang nadiah. naqi tu sape sayang ek?
Deleteizue and alan sayang naqi =))
Deletediah kot
Deleterasa nye ariq nia nak usha kak diah..betul tak rehan....tapi jgn la. nak ariq dgn nagi la...tq rehan
ReplyDeletesian kat naqi..cik lof tu kakak naqi kan?cinta nur nadiah?
ReplyDeleteWaaaa Sedihnya. .... rasa mau mati pun ada. ....apa punya mak la wehhhh, gila bangang punya mak.....
ReplyDeletesedih sampai menusuk kalbu...
ReplyDeleteish sedih betul dapat mak mcm ni..bila la dia nak berubah syg kan naqi lak...jgn smpi hati naqi keras sehingga tidak kisah mak dan family ada tak ada sama shj n tidak ambil tahu langsung pasal family.... nak ckp pun dh tak guna..bak kata peribahasa sesal dulu pendapatan sesal kemudian dah tak guna..
nak lagi plese...
sentap la ngan mak si naqi nih..smpai hati mokcik..sian ank mokcik tu..wahai mokcik, ank makcik tu siapa adik siapa kakak..siapa patut jaga siapa nih..
ReplyDeleteseb baik ada ariq..so caring..
Cian kat naqi. Sampai hati mak dia wat camtu. Si diah tu pun tak sukalah. Pandai bermuka-muka. Tak ikhlas nak back up naqi. Sakit tak seberapa bising aja lebih. Tertawan dgn sikap caring ariq. Semoga naqi dan ariq yg berjodohan.. Along
ReplyDeleterehan..bila nak temukan diah ngan ariq...biar ariq rasa ..dia cinta naqi bukan diah :)...
ReplyDeletex sabar sgt nak tggu next n3 hehhe..
sian naqi..huhuhu..nk ending naqi n ariq..
ReplyDeleteSedeyyyy n sian ngan naqi....
ReplyDeletesedih sangat la cite nie..nak entry lagi..rasanya watak naqi tu sesuai ngan lagu breakaway by kelly clarkson..bile baca cite nie n dgr lagu tu rasa mcm kena je...hehe
ReplyDeleteserius sebak baca cite ni... n nadiah tu pulak, rasa nak kena lempang. nadiah ok je sebenarnya,..mak dia tu. haiseh. ntahpape.
ReplyDeleteRasa macam lof tu k.diah la
ReplyDeletemak apalah macam tu, rasa macam nak je si naqi tu keras hati merajuk dengan family dia.. takyah mengaku family pun takpe. masa tu biar mak naqi rasa macam mana perasaan naqi yang selama ni tersisih, (hehe, teremo plak)
ReplyDeletesedih2. lagi sedih bila terbayang cik lof tu kak diah. apelah akan jadi nanti?
ReplyDeleteouh makcik geramnya sy dengan makcik ni.tapi realitinya memang ada mak macam makcik ni.huhu.sedih mengenang nasib naqi.ariq tolong lah sembuhkan kesedihan naqi tu.tak payah dengan cik lof sangatlah ye :D
ReplyDeletekak rehan,
akak punya karya memang tip top.tak dapat disangkal lagi ;)
terbaik.. stiap karya memang berbeza.. saya suka beli novel kary kak rehan.. watak sangt best..Nurul88
ReplyDeleteariq hanya akan jatuh terduduk bila naqi sudah tiada disisi.. bila dia sedar bahawa hatinya ada pada naqi tapi naqi telah pergi meninggalkannya...
ReplyDeletepasal mak naqi pula, saya pun terkejut/sentap bila mak dia selamba ja kata spontan tampar naqi sbb tak jaga diah baik2.. bukankah setiap anak2 adalah amanah ALLAH buat setiap ibu bapa? semoga saya dan en. suami tidak membeza2 setiap anak2 kami. tak nak jadi mcm mak naqi amin...
argh!!!!!! ariq saya da cair..... knapa dia caring sngat!!!!!!!!!! mimpi tdo ariq la mlm nie....
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
sentapnya....
ReplyDelete