BAB 12
MATA Alan aku
renung tajam. Geram dengan dia. Rasa nak luku je bagi botak kepala.
“Janganlah
pandang macam tu,” tegur Ala n,
takut.
“Mahu aku tak
pandang. Heh… kenapa kau cakap dekat
Ariq aku tinggal rumah nombor berapa, hah?”
Nak kata tingkat
berapa, aku ada cakap dekat Ariq tingkat paling atas tapi tak pernah bagitahu
nombor rumah. Ini semua Ala n punya pasal. Tak pasal-pasal diserang Ariq.
“Nam pa knya
dia dah sihat Lan… sebab tu dia boleh marah kita,” sampuk Izue yang seraya
menyisip jus orennya.
“Kau pun sama!” Izue juga aku jeling dan serta-merta dia
larikan pandangan. Huh, gera m aku dibuatnya.
“Sorry, Naqi. Dia datang cari aku tiba-tiba masa kami lepak
rumah Fendy. Katanya urgent.
Itu yang dia minta aku call
tapi dia yang dengar suara kau. Lepas
tak lama tu, dia bagi balik handphone
aku dan terus lari keluar. Lepas tu aku
tak tahu apa-apa lagi sampailah kau cerita yang kau kena langgar dan mujur tak
teruk sangat. Tapi, dengar kata
berjahit. Berapa jahitan?”
“Ariq tu oran g lain ke pada kau,
Naqi?” Izue kemukakan soalan
kontroversi.
“Apa jenis
soalan tu?” Hati mula berdebar.
Dia senyum
menyenget. “Pada mata kami, tak nampa k pun Ariq tu oran g
lain pada kau tapi nampa k macam oran g yang penting. Atau aku salah, kau betulkan,” tambah Izue
tenang.
Senyumnya
sinis. Ala n juga.
Mereka saling menjeling dan kembali memandangku. Apa dah jadi ni? Apa yang aku dah buat dan apa yang Ariq
lakukan sampai mereka begini? Nampak
sangat ke sikap aku melayani Ariq tapi rasanya sudah sangat-sangat biasa.
“Err… apa korang
cakap ni? Kenapa tuduh aku macam
tu? Dia tu oran g lainlah pada aku. Lainlah korang berdua,” tegasku pada mereka
berdua.
Sudah jauh dari
tajuk asal di mana mereka berdua dimarahi aku tapi kini, aku pula
dicurigai.
“Kalau betul
kata kau yang Ariq tu oran g lain, tak kan dia sanggup pecut
dari jauh semata-mata untuk kau? Tak kan dia merajuk bila kau
kata dia tak ada hak dalam hidup kau?”
soal Ala n
keras.
“Kami dah nampa k, Naqi. Sejak
dekat Lake
G a rden
hari tu lagi kami dah nampa k macam mana Ariq tu
layan kau. Mula-mula rasa nak sepak
sebab suka-suka dia je main peluk pinggang kau tapi bila Fendy cakap, Ariq tu
jenis baik, muka legend tapi hati
jambu…setia nak mati, kami abaikan saja kerana kami yakin, kau mampu jaga diri
sendiri dengan baik,” tambah Izue tenang.
Mata kami
bertiga berbalas pandangan. Aku bingung
dengan apa yang Ala n
dan Izue sampaikan kini tapi boleh jadi.
Jika tidak, tak mungkin seorang lelaki semacho dan setampan dia sanggup menanti Cik Lof untuk setengah tahun
dah tanpa berani luahkan rasa?
“Aku yakin dia
jenis setia tapi sayang… korang salah faham.
Bukan pada aku setia dia. Aku ni
kerja untuk dia. Dia bayar aku untuk
tolong dia dapatkan sorang awek ni tapi yang pasti bukan aku. Katanya, selagi aku bekerja untuk dia, dia
akan jaga kebajikan aku.
Setidak-tidaknya ada juga oran g prahatin
pada aku, kan ?” jelasku di luar sedar sambil tersengih
tawar.
Sedih sungguh
mengingatkan peristiwa beberapa hari lepas.
Rasa nak gantikan otak aku dengan otak king kong sekejap. Biar aku kuat mengagum pada semua oran g yang menyakiti
aku.
“What?”
Kedua-dua mereka menyoal serentak.
“Apa kau cakap
tadi, Naqi?” tanya Izue sendiri. Aku pandang wajahnya dan mengerutkan kening.
“Kau kata Ariq
upah kau untuk dapatkan sorang awek untuk dia?
Dan awek tu bukan kau?” soal Ala n pula bagai tidak
percaya.
Sah-sahlah bukan
aku. Ada ke lelaki upah perempuan tu suruh
perempuan tu mengorat diri sendiri?
Getus hatiku bertambahlah geramnya pada dua orang makhluk Allah ni.
Aku senyum dan
mengangguk. Sekali terlepas kata, malas
hendak tarik balik. Biarlah mereka tahu
kerjaku ini. Bukannya haram. Cuba menyatukan dua hati hingga
terbinanya masjid.
“Kau gila?”
“Gila
apanya? Dapat upah. Okay
what…”
“It’s not okay, Naqi sebab aku rasa Ariq
tu tak sedar yang dia sedang jatuh cinta pada kau. Dia tak sedar dia mencari cinta sedangkan
cinta itu ada depan dia. Cinta Nur
Naqiah!” tekan Izue yakin.
Keyakinan itu
membuatkan hatiku bagai digeletek. Rasa
nak guling-guling kalau tak ingat pada luka yang menerima tiga jahitan pakej
dengan bebelan panjang seorang doktor separuh umur kerana aku tidak terus ke
hospital.
“Korang ni
terlalu tinggi angan-angan. Dahlah
korang tolong berangan untuk aku.” Aku
ketawa lagi.
“You’re so naïve, Naqi. Aku dan Izue lelaki, kami tahu pandangan
lelaki pada oran g
perempuan tau…”
“Tak… korang
yang naïve. Korang tak tahu aku dah mulakan plan
pertama. Hantar bunga dan kad pada
perempuan tu cumanya tak sempat nak bersua empat mata lagi. Plan
ketiga ni aku nak atur diorang sampai boleh jumpa empat mata dan lepas tu
aku…phewww…” Tanganku layangkan
menggambarkan sebuah kapal terbang yang berlepas.
“… lari
jauh-jauh.”
Lari dari
kepedihan kerana tak pernah dihargai keluarga sendiri. Lari dari kenya taan yang aku sedang jatuh cinta pada Ariq. Sambung hatiku pedih namun bibir tetap
menguntum senyum.
“He will wake up himself soon… trust me,”
ujar Izue meyakinkanku.
“Kalau ya pun
masa tu, aku bukan lagi Naqi…”
“Tapi Cinta , kan ?” sambung Ala n.
Aku
terngadah. “Aku tak layak dipanggil
Cinta, guys… even it was part of my name. Iit doesn’t suite me at all. Its sound really weird. Lagipun. aku tak pernah harap oran g panggil aku Cinta…
cukuplah aku jadi Nur Naqiah kerana aku semakin rasa hidup aku sebelum ni
banyak celanya,” balasku pula dengan riak yang sedih. Kesal sebenarnya.
“Kalau macam tu
kata kau… aku tak paksa. Apa yang
terbaik pada kau, dua kali ganda baiknya pada kami, Naqi tapi aku harap… jangan
kau siat hati kau dengan tangan sendiri bila satu hari nanti kau juga tangkap
leleh dengan mamat Ariq tu,” nasihat Ala n
pula.
Aku senyum
pahit. Kelat pun ada. Entah-entah masam atau boleh jadi juga tawar
tanpa rasa. Mata kami bertatapan
lama. Izue jongket kening, Ala n angkat bahu aku
pula lebarkan bibir.
Entah apa lagi
yang harus aku katakan pada mereka.
Hendak menafikan cinta yang mula berputih di hati buat Muhamad Nashriq
rasanya tidak perlu kerana Izue dan Ala n
lebih mengerti akan hatiku ini. Kadang-kala
aku juga tersesat mengemudi hatiku mencari arah.
Kini semakin
tersesat bila hatiku ini berkeras mahu
menuju ke hati Ariq yang sudah dihuni.
Tak salah hati tapi tak salah juga aku dengan layanan Ariq, siapa pun
boleh jatuh tergolek. Mengingatkan
peristiwa malam yang dibawanya aku ke Selangor Medical Centre tu, hatiku kian
libang-libu.
PANDANGAN mata
Ariq sayu bila aku mengetap bibir bertahan kepedihan bila luka yang sudah
sedikit bengkak itu dicuci.
“Hampir kena infection. Lambat lagi sehari, memang dijangkiti teruk,”
ujar seorang jururawat muda itu sambil
menjeling aku dan Ariq.
“Dan encik
sepatutnya bawa teman wanita cik ni cepat-cepat. Tak sayang kalau teman wanita yang cantik ni
jadi cacat?” Bicaranya lebih sinis pada
aku dan Ariq.
Aku ketap
bibir. “Err… sebenarnya dia tu majikan
saya,” jelasku bila dia jelas salah faham.
Ada ke
dikata aku ni teman wanita Ariq. Huh…
“Yeah… majikan dekat rumah sebab dia ni
suri rumah sepenuh masa saya. Maaflah,
cik nurse, saya ni out-station. Balik je baru tahu puan suri rumah saya ni injurt.
Ini pun bertekak dulu nak bawa dia datang hospital. Dia buruk kaki dia nanti senang saya cari
suri rumah lain,” ujar Ariq pula sambil menarik kerusi dan duduk di depan
kami.
Aku mengerutkan
dahi. Jururawat ini juga. Terus kehilangan kata bila dibidas oleh
Ariq. Tapi, teruk punya gurauan. Pandai-pandai dia je kata aku puan suri rumah
dia. Ini sudah lebih.
“Ehem… ehem,
bang. Gurau kasar nampa k,” tegurku dengan wajah yang masih
menyeringai.
“Naqi yang buat
abang gurau kasar tapi setidak-tidaknya abang tak pernah berkasar dengan Naqi, kan ? Lembut je belai,” tambah Ariq dan pedih
lukaku semakinlah bertambah.
“Aba ng, please… behave!” tegurku keras bila
aku tengok jururawat ini sudah merah muka.
Malu. Dan aku juga malu.
Akhirnya, aku
diam dan semua diam bila dia mula menjahit luka. Malas hendak bersuara kerana aku tahu, Ariq
ada je nak kenakan aku. Bila siap,
doktor pula membebel manja. Naik bern anah telinga. Itupun jenuh bila aku berkeras katakan tak
bawak kad pengenalan untuk mendaftar.
Siapa suruh paksa dan Ariq mengeluh juga bila dia tak tahu nama penuhku.
“Naqi nak
makan?” tanya Ariq bila kami sama-sama
ada dalam keretanya. Kali ini kereta
lain. Sebuah Audi pulak.
Aku
menggeleng. “Nak balik tidur.”
“Kita tapaukan
apa-apa, ya?” cadang dia tapi aku
menggeleng juga dan tanpa memandang dia.
Bimbang hatiku terjatuh lebih dalam padanya.
“Naqi, marah
abang ke? Marah sebab abang paksa Naqi
turun tadi? Marah sebab abang suruh Ala n telefon Naqi bagi
pihak abang? Macam tu?”
Empat soalan aku
terima daripada Ariq dan semuanya salah.
Tak tepat satu pun.
“Bukan sebab
tu…”
“Dah tu?” tanya dia tak dan-dan.
“Saya tak suka
abang bergurau macam tu tadi depan oran g. You
make me sick!” tekanku sambil
menjeling padanya.
“Sick?”
soal Ariq kembali. Nada tak puas
hati.
“Yeah… I’m almost throw up, you know.”
Kali ini sengih
Ariq lain macam bila terbias dengan lampu dari kereta di sebelah sana . Dia mengjongetkan kening.
“Aba ng tak usik lagi dah
rasa nak muntah?”
“Eiii… stop it otherwise I jump out from your car!” ugutku menahan gera m dan tangan Ariq terus terangkat tanda
mengalah.
“Sorry, Naqi. Abang nak ceriakan wajah Naqi je. Tak biasa tengok mendung macam ni. Hati tak senang sebab abang rasa wajah Naqi
ni wajah menenangkan. Especially mata,” puji Ariq.
Aku sengih
sinis. “Bukan ke wajah cantik Lof yang
boleh buat abang tenang?”
Ariq diam. Lama.
Akhirnya dia tersenyum sendiri dan menongkat siku pada dinding kereta
dan membawa ibu jarinya ke bibir. Digigit-gigitnya
sedikit.
“I like your sinikal face, Naqi,” ujarnya
dan kelajuan kereta bertambah.
Tiba di rumah,
Ariq berkeras mahu menemani aku sampai ke atas.
Malas hendak bertekak di malam-malam buta ni, aku biarkan saja dia
memaut lenganku. Tiba di muka pintu,
Ariq menahan aku dari terus membukanya.
Mata kami
bersabung. Bibir Ariq bergetar dan aku
mula bimbang jika Ariq buat perangai seperti malam-malam sudah. Aku menapak ke belakang setapak dan Ariq juga
menapak sedikit ke depan hingga aku sudah terperangkap pada pintu, dia juga
berhenti.
“Where’s your parents? Siblings… perhaps?” Kening lebat Ariq naik.
“Ada tapi dah biasa hidup sendiri,” jawabku cuba
bertenang.
“Tak call diorang cakap Naqi kena
langgar?”
“Sikit je
pun. Tak ada apalah. Abang je risau terlebih,” jawabku lagi sambil
mencebirkan bibir.
Saya dah terima
penawar daripada mak, bang. Masih
terkesan pedih itu pada hati ini biarpun kesannya pada pipi dah lama hilang,
sambung hatiku lirih.
“Aba ng baliklah,
bang. Terima kasih, ya bang. Sudi bawa saya ke hospital hari ni. Kalau tak kurang harga hantaran saya,” usikku tak mahu suasana
ini terus tegang.
Ariq senyum
menyenget ke kiri. “Kalau dengan abang,
tak ada kurangnya hantaran Naqi tu…”
“Eleh… macamlah
abang nak?” soaku dengan hati yang
semakin resah.
Ariq berpeluk
tubuh dan kolar bajunya dibetulkan sedikit.
“Jangan fikir sangat pasal kerja dan Lof, ya? Rehat dulu.
Dah siap nanti, baru mula balik.
Abang tak nak susa hkan
Naqi. Good night, girl… sleep tight, dream of me.” Ariq kenyitkan mata.
Dia menapak ke
menuruni anak tangga tapi terhenti seketika dan berpaling padaku.
“Kalau abang
suruh Naqi berhenti kerja dengan abang, macam mana?”
Aku terhenyak
sendiri. “Err… apa maksud abang?”
Aku ketap bibir
dan mula hendak menangis. Rezeki pun tak
nak singgah padaku apatah lagi kasih sayang.
“Saya kan baru mula. Aba ng
sabarlah sikit masa lagi dan saya akan dapatkan dia untuk abang.”
Ariq
menggeleng. “Kalau Naqi yakin boleh
dapatkan, teruskan. Kalau tak…” Dia
menggeleng.
“Jangan paksa
diri. You make me feel so uneasy. Take
care, girl,” jawabnya dan dia terus berlari menuruni anak tangga.
Aku menapak
perlahan mengintai ke bawah dan aku nampa k
Ariq sedang bersandar pada dinding di bawah rumah aku ini saja. Mengurut dadanya dan meraup wajahnya
berkali-kali membuatkan wajahku berkerut seribu.
“KAU dah sampai
mana, Naqi?”
Aku tersedar
lagi ingatan malam itu. Dalam kepala dok berfikir, kenapa Ariq
begitu? Ada yang tak kena gamaknya dengan hasil kerja
aku yang baru bermula ni. Atau mungkin
kerana aku ini gadis gitar, pemuzik
jalanan, gaya
selenga dan tak ubah seperti gadis liar jika sekali pandang, Ariq juga
memandang aku semudah itu? Bingung…
Aku menggeleng
pada soalan Ala n
tadi. Berangan tak ingat yang dua oran g sahabat aku ni
masih ada di depan mata.
“Guys… let say aku tak jadi lagi sorang band girl… korang sudi kawan dengan aku
lagi tak?” Tiba-tiba terlintas pula
soalan itu dalam kepala. Nak juga tahu
reaksi Ala n
dan Izue.
Kerana pada aku,
merekalah yang lebih mengenali diriku selama ini. Apa
yang aku suka, cumanya masalah terpinggir dalam keluarga sendiri, mereka
tak tahu kerana aku menyimpan dengan cukup rapi. Malu sebenarnya aib keluarga hendak
kucanang. Pada pandangan mereka, aku
anak oran g kaya
dan aku miskin. Miskin dengan kasih
sayang.
“Kenapa tanya
macam tu?”
“Kan aku pernah cakap,
aku nak berhenti dari terus main muzik…” jawabku pada persoalan Ala n ajukan.
Izue menongkat
dagu. Ala n menggaru kepala. Akhirnya mereka sama-sama senyum padaku.
“Kami takut kau
yang tak nak pandang budak-budak jalanan macam kami ni lagi bila kau dah
berubah,” ujar Izue lembut.
Aku pantas
menggeleng. “Koranglah tempat aku
menangis dan ketawa tak mungkin aku lupa melainkan aku hilang ingatan…”
“Dan Ariq?” soal Ala n
pula.
Aku gariskan
senyuman pahit dan menggeleng. “Aku tak kan izinkan dia singgah
dalam hati aku. Dia amanah dan milik oran g lain. Aku ni penjaga amanah je.”
Mereka
mengeluh. Agaknya tak tahu nak kata apa
dah sebab aku sendiri dah kelu. Air
sudah kering. Perut sudah kenya ng dan
tubuhku beransur sihat. Hanya perlu ke
hospital semula untuk membuka kesan jahitan.
Tiba-tiba, aku
bangun. “Aku nak gera k ni, guys. Hari ni kerja, dah dua tiga hari cuti. Padahal Ariq dah bayar advance. Kesian dia. Nanti aku call
semula,” ucapku pada Ala n
dan Izue dan mereka juga turut sama bangkit bila mahu masuk kerja semula bila
waktu rehat telah tamat.
“Naqi,” panggil
Izue mesra setelah kami rapat pada Honda civicnya.
“Kau dan
keluarga kau okey je, kan ?”
Aku ketap bibir
dan mengangguk. “Tak pernah rasa se okey
ni, guys. Aku jalan dulu.”
Pada mereka aku
hulurkan seulas senyum dan terus menapak menuju ke arah motorsikal di seberang
jalan sana . Rancangan kedua perlu aku jalankan.
Tambahan pula aku dah berjanji hendak menemui Ariq setelah sihat dan
kerja berjalan seperti sedia kala.
Sebelum itu, aku
perlu menemui Tauke Chin untuk memohon kerja bila teringatkan yang Ariq macam
serius saja hendak menamatkan kerja aku ni.
Hampagas…
~~~> bersambung
oh yeah!!! i'm the first :D..... confirm 110% ariq mmg da tgkp cintan dgn naqi.... hewhew..... mcm mne la cil lof dia tu eh??? wondering
ReplyDeletethanks kak rehan
-Song Hyun Sun-
alaa,,knp pndek..:(
ReplyDeleteAriq is seriously falling in love with Naqi...
ReplyDeleteSay goodbye tu Lof lah nampaknye ni.
nape ariq urut dada??dah nak seda ke yg dia suka naqi...
ReplyDeletehmm emm! pndeklah RM syg... x puas baca. nk lgi leh? hahaha arik tu x sdr yg dia dh jtuh cinta kt naqi. mgkin skg ni cik lof bkn keutamaan buat dia. sian naqi, kalo benti keja dgn arik kna minta keja len utk smpung diri sndiri. tpi rsnya arik dh sdr yg dia mencintai naqi bknnya cik lof tu cz tulah dia suruh naqi stop keja dgn dia tu. cpt smbung ya, RM. sarinah abd rahim
ReplyDeleteHmmmm betul tu
DeleteSedih nyer naqi..ariq mcm memain plak
ReplyDeleteXpuas la..sian naqi,,
ReplyDeleteknapa ariq jd cm2?
Kak rm,bg la n3 byk2 huhu..:D
seksa jiwa raga nk tggu,,:p
andai betul Cik lof tu Nadia.........makin kesian le kt naqi.....ye le kakak sendiri dia Cuba satukn ngan ariq. ......sbb dia pun jatuh hati kt ariq .....Cuma ariq je x sedar. .......mb betul kita izue...ariq akak sedar soon tp mb dah terlambat sbb naqi dah pegi jauh.......sedihnya........
ReplyDeleteAriq dh luahkn secara x sengaja...
ReplyDeleteNaqi sabo ye.. pasti bahgia menanti nnti
nk lagi...nk lagi..plizz
ReplyDeletekak rehan...... cepat2 ye post yg seterusnya.. serius best!
ReplyDeletebestnyeeer
ReplyDeletekalau la kata cik lof tu nadiah, n ariq dgn lof tu dh start bercinta...lepas tu baru ariq sedar dia cuma cintakan naqi n nak berpatah balik mesti keadaan akan jadi laki sukar... dalam keadaan macam manapun mesti naqi yg akan dipersalahkan... kesian dia.... :(
ReplyDeletebetul2
Deletepegi la mengurat lof tu sendiri bro...
ReplyDeletejgn la disusahkan si naqi tu...
are you nuts mr ariq?
~liyahuma~
walaupun dipinggirkan oleh keluarga sendiri, tp naqi bertuah sbb ada alan+izue. rasa2nya alan+izue pn dah blh agak pasal konflik naqi ngan family dia. pengalaman hidup lebih membuatkan naqi matang dan tabah. buat naqi awak blh tipu pd alan+izue tentang perasaan awak terhadap ariq tp tak pada diri sendiri, tlglah jng tambah lg sakit dihati
ReplyDeletesian je kat naqi..
ReplyDeletenadiah tu terlalu dimanjakan mak dia... x sesuai dengan mana2 lelaki pun... elok duduk bawah ketiak mak dia je sampai tua hahaha.... kalau kawin dengan ariq pun confirm x leh bawak diri punya. harap2 ariq tu bukan anak dato' yg mak naqi nak jodohkan dgn nadiah... statement jahat ni hahaha...
ReplyDeletetak pe.. tak pe statement jahat ko amatlah disokong.. tapi Nadiah spoiled sbb mak dia.. dah kerna asuhan.. guana la RM ya???
Deleteboleh tak kalau nak like smua komen diatas...haha:)
ReplyDeletesetujuuuuuu...
Deletelike gak ! :D
Delete-HANA-
Sedih....
ReplyDeletethe story is getting nicer & hotter.. tp cian kat naqi.. rahsia hati ku simpan sendiri, huhuhu.. tp kan rm.. next time boleh tak minimisekan grammatical error.. tang sedap2 baca terstop kejap.. anyway keep up the good work.. Along
ReplyDeleteInjured not injurt
ReplyDelete