BAB 13
LAMA aku menanti
Tauke Chin keluar bila mana dia sangat sibuk menguruskan hal pekerjanya yang
lain. Lama setelah itu, dia keluar dan
tersenyum padaku. Tangannya digamit dan
aku bangkit mendekati.
“What brings you here, amoi?” tanya dia tersengih dan duduk di atas di
mejanya.
Aku juga
sama. Melabuhkan duduk bila Tauke Chin
mengarahkan demikian. Jari-jemariku
menggendang meja kacanya. Kening Tauke
Chin terangkat.
“I nak kerja
untuk you, tauke? Boleh ke?” tanyaku.
Dia membulatkan
matanya. “Tak perlu pergi sekolah,
ka? Your
parents nanti tak marah ka?” soal
dia dalam pelatnya sendiri.
Aku menggeleng. “Sekolah dah habis, my parents pun tak kisah. So, I tak nampa k
kerja lain buat masa ni selain jadi budak beli surat khabar lama dengan you.” Sengih lagi.
Menampakkan bari san
gigi yang putih kerana aku menjaganya dengan sangat baik.
“Ayo, Naqiah…
you anak oran g
kaya raya juga mahu buat ini kerja ka?
Parents you tak rasa jatuh pride ka you kerja ini macam sama saya?”
Huh, Tauke Chin
ni masih tak puas hati nampa knya. “I need
moneylah, Tauke Chin. Tapi I tak nak
susa hkan parents I. Besides,
you already know me since I was a kid, tauke,” ujarku cuba mengajaknya berkompromi.
Tauke Chin
ketawa. Entah apa yang lucu. “Ya, that’s
why la… I risau your parents
marah saya hire you buat ini
kerja. Kurang elok untuk perempuan,
Naqiah,” ujarnya lagi.
Aku mula
bosan. Kalau tak nak upah aku kerja tak
ada masalah. Ini dok risau jatuh pride mak dan ayah lah… tak
sesuailah. Habis tu nak tunggu dapat
kerja dalam air-cond dan sign surat saja ke? Jaga jari runcing dan muluslah konon? Tak nak bagi rosa k
kukulah agaknya. Hati aku mula membebel
sendiri. Geram.
“Kalau macam tu,
I assume you tak mahu upah sayalah,
tauke. Tak ada hal punya. Saya cuba je. Kalau ada luck okey tapi sayang… there’s no luck for me here,” ujarku dan
mula memasang langkah hendak berlalu tapi Tauke Chin menahan.
Seperti yang aku
rancangkan.
“Naqiah, wait la… itu pun mahu merajuk ka? Bila mahu mula? Esok, lusa… hari ni?” tanya dia.
Aku berpaling
dan sengih. Ikatan tocang satu ini aku
ketatkan. “Esok boleh?” Keningku naik dan Tauke Chin mengangguk.
“Kalau itu macam
haaa… esok sajalah.”
“Orait… cantik. Saya pulang dulu, tauke… esok jumpa.” Aku kenyitkan mata dan menaikkan ibu jari
tangan sebelah kan an
padanya.
Tauke Chin
ketawa lagi. “You ni memang boleh buat oran g ketawalah,
Naqiah. Tengok you hati boleh senang woo… muka you ada feng-shui baik punya. Bawak ong…”
Aku kerutkan
kening sambil jari telunjuk menala ke muka sendiri. Ariq juga mengatakan begitu. Wajahku membawa ketenangan tapi apa yang aku
lalui dari sehari ke sehari sedang menghisap tenangku sedikit demi
sedikit.
“Baik punya
kipas tauke…” tegurku.
Dia ketawa
lagi. “Mana ada… your parents berjaya lepas you lahir woo… Saya tahulah saya kenal diorang ma… ini you mahu gaji dulu sikit atau tunggu besok?” soal Tauke Chin sambil tangan sudah menarik
laci mejanya.
“Esoklah,
tauke. Saya balik dululah. Ada
kerja ni…” Aku menggawangkan
tangan.
Kerja tak mula
lagi dah nak bayar. Ini dah kira baik
tapi tak nak ambil kesempatan. Tak
baik. Memang tak berbaki seringgit pun
dalam poket sekarang tapi tak apa.
Jalankan kerja Ariq dulu untuk hari ni.
Tangan kulambai
pada Tauke Chin yang masih tersengih.
Setelah memakai topi keledar, tak ada kekuatan pula hendak memulas
minyak mengingatkan kata-kata Tauke Chin tadi.
Aku tahu, Tauke Chin kawan lama ayah.
Sebab tu bila aku kata aku nak kerja dengan Tauke Chin, ayah tak
halang.
Cumanya, bila
dikatakan aku ini membawa tuah, rasa tidak benar pula. Boleh jadi memang mak dan ayah berjaya
setelah adanya aku kerana kala mak mengandungkan aku pastilah usa hanya
sedikit terbatas. Bila aku keluar, dia
mampu menumpu sepenuh perhatian pada pelajaran dan kerjaya dan aku… gersang
dengan kasih sayang. Sadis…
Sudahnya, malas
nak sakitkan hati sendiri, aku abaikan saja.
Yang penting kerja dan dapat dan aku akan bahagi masa dengan sebaiknya
untuk Tauke Chin dan Ariq. Ariq tak tahu
dan dia memang tak pernah berhak untuk tahu.
Putusku dan aku pulas minyak menuju ke Kuala Lumpur .
Gila jauh.
DUA oran g perempuan hari tu,
aku temui lagi. Mereka sudah mengecam
aku bila beberapa kali tercongok berada di depan HKL.
“Hai,”
sapaku.
Mereka sengih
dan mengangkat kening. “Cari Kak Lof
ke?”
Aku sengih dan
mengangguk. “Dia ada hari ni?”
“Ada - ada. Tapi kami nampa k dia.
Err… nak tunggu dia ke apa? Ke
nak minta tolong dan pesanan hari tu dah sampai pada dia tau…” jelas salah
seorangnya.
Aku mula
teruja. “Apa kata dia?”
Dia senyum dan
dia hidu haruman bunga tu.”
“Kad dia baca
tak?” Aku semakin tidak sabar sebab Ariq
pun tak ada apa makluman pun tentang Cik Lof.
“Baca lepas tu
dia senyum jugak.”
“No words?” Bahuku terangkat. Mereka menggeleng.
“Entah tapi hari
ni dia ada hal kot. Dengan senior yang
lain. Kalau ada apa nak minta tolong,
kami sudi bantu awak.”
Aku garu
kepala. Huh, tak sempat nak jumpa lagi
Cik Lof hari ni. Penat je tunggang motor
sejauh ni.
“Kalau macam
tu…” Aku keluarkan pen dan juga sebuah
buku nota.
“Siapa nama
penuh dia, ya?”
“Kami panggil
dia Love…”
Aku kerutkan
kening. Dada rasa hangat tiba-tiba. Adui… aku dah tahu nama dia Lof tapi
abaikan. Soalan seterusnya.
“Korang tahu dia
selalu makan apa? Apa dia suka? Tinggal dekat mana? Sebab saya tahu dia tinggal Shah
Ala m, kan ? Bukan apa…”
Aku mula berbahasa bila aku lihat mata dua oran g ni dah lain macam merenung aku.
“… bos saya nak
atur satu dinner special untuk
dia. Bos saya siap nak propose dia tau tak?” sambungku lagi.
Mata mereka
membulat. “Waa… siapa bos awak tu? Untung Kak Lof… ada lelaki after her.” Wajah masing-masing teruja dan aku suka untuk
buat dia teruja lagi.
Aku gela k. Mula timbul rasa nakal lagi. “Anak Dato’ kalau you all nak tahu. Pakai kereta mewah, kerja bagus dan for surelah kacak dan bergaya…” Waktu ini aku bayangkan wajah Ariq biarpun
aku tak tahu sama ada dia anak Dato’ atau cucu kepada datuk.
Sengihku melebar
bila kedua-duanya membulatkan mata.
“Serius?”
“Dua rius saya
bagi korang,” usikku. “Cepatlah bagi
maklumat. Bos saya tak sabar nak masuk
pinang Cik Lof ni. Saya pun senang. Dah dekat dua minggu ulang-alik ni tapi tak
jumpa jugak Cik Lof ni. Letih tau
tak. Dah lah saya ada kerja lain,”
bebelku pula.
Mereka berpeluk
tubuh. “Apa ganjarannya?”
“Err… by the way boleh saya tahu dulu nama
awak berdua?” Huh, baru nak tanya nama
setelah berkali-kali meminta tolong mereka.
“Saya Ayuni… dia
Naina,” jawab Si Ayu. Huh, tahu jugak
nama mereka berdua.
“Ganjaran ek?”
Keningku naik dan waktu ni pula aku nampa k wajah
Ala n dan Izue
tersengih padaku. Rancangan seterusnya
untuk memiliki kakak ipar secantik dan sebijak mereka.
“Ganjaran tu
nantilah, janji awak berdua single and
available lagi.”
Mereka
mengerutkan kening tapi tersenyum akhirnya bila bagaikan mengerti akan apa yang
bermain dalam fikiranku.
“Make sure, they’re hot and spicy,” ujar
mereka hampir serentak.
Aku luahkan
tawa. Lawak sungguh. “Yeah…
they are always hot and spicy. Takut
you all je tak tahan pedas karang,”
sinis aku pula dan kami terus meledakkan tawa.
“So, berbalik pada cerita kita tadi. Saya nak tahu pasal Cik Lof tu. Apa dia suka dan semua-semualah.”
“Kejap… kami pun
kena tanya kawan-kawan rapat dia.” Naina
bersuara. Dia dan Ayuni berpaling ke
belakang dan aku juga memanjangkan leher sama.
Mencari wajah yang aku tak kenal lagi.
Setelah itu,
Naina dan Ayuni memandang aku semula.
“Boleh tunggu?” tanya dia.
“Yeah… ini pun dah lama bertunggu
bertangga kat sini. Pergilah untuk
setengah jam lagi pun… saya boleh tunggu,” ujarku sedikit kecewa. Banyak masa terbuang.
Naina dan Ayuni
berpaling dan hendak melangkah. Aku
memandang ke sekeliling sambil menconteng pada buku nota. Note
lagu untuk runut bunyi yang aku sendiri
tidak sedar bila tangan ini menari.
Bibirku senyum tapi tidak lama bila aku dengar namaku diseru.
“Cinta Nur
Na…”
Aku pandang
Ayuni dan Naina yang masih berada di separuh jalan tapi sayang bila bukan
namaku yang diseru tapi… akhirnya, segalanya tentang Cik Lof berlegar dalam
otakku dengan begitu jelas.
Kalau dialah
yang kamu maksudkan Ariq, tak perlu aku siasat sebegini rupanya. Segalanya jelas di dalam mindaku yang semakin
kelabu ini. Aku cengkam dada menahan
nafas yang semput. Ya Allah…
TANGANKU
melambai pada Ariq yang setia menantiku di restoran A&W Petronas, Seksyen
7. Motorsikal aku tongkat. Topi keledar aku buka dan aku kelek di bawah
ketiak.
Dia yang hanya santai duduk di meja di bahagian
luar, mengangkat wajah padaku. Aku terus
melabuhkan duduk di depannya dengan nafas yang lelah bila waktu lepas Asar
barulah aku tiba di Shah Ala m.
“Naqi dah sihat?” tanya Ariq dengan wajah suram.
Nampak penat
dalam pakaian kerjanya lagi. biarpun
begitu, wajahnya tetap bersih dan penampilannya tetap kemas dan rapi.
“Sihat dah,”
jawabku.
“Maaf tak sempat
nak call Naqi lepas malam tu. Abang busy sikit. Banyak kerja.
So…”
“Beres…” Ibu jariku naik. Tersengih pada Ariq bila mencantas
kata-katanya.
“Apa yang
beres?”
“Cik Lof?” ujarku.
Wajah Ariq hanya
tersenyum tipis. Dia menyumbat lagi
kentang kerinting tu ke dalam mulutnya dan floatnya
disedut lagi.
“Menarik.” Sepatah Ariq memberi reaksi.
“Itu je? Tak teruja?”
Keningku naik tinggi.
“Teruja tapi
abang lagi teruja kalau Naqi cakap Naqi sihat ke,” jelasnya tenang.
Aku ketap
bibir. Dalam kepala pantas berkata yang
Ariq menyukai aku tapi ini semua tidak betul kerana aku yakin, dia hanya
bersimpati padaku. Cik Lofnya sedang
menanti dan aku berjanji pada diri, boleh jadi inilah penghargaan terakhir yang
mampu aku berikan buat dia dan Cik Lof.
“Saya sihat je,
bang. Luka pun dah beransur baik dah. Terima kasih pada abang sebab sudi bawak
pergi hospital dan sebagai balasannya…”
Aku keluarkan sehelai kertas A4 yang bertinta tanganku. Aku hamparkan di depan Ariq.
“… ta-daa…”
Aku sengih lagi biarpun jiwa kian melarat.
“Apa ni?” soal Ariq tanpa nada.
“Aba ng bacalah sendiri,”
suruhku pula tapi Ariq menolaknya semula padaku.
Dia menyandarkan
tubuh ke belakang dan mata kami bersatu dalam renungan yang meresahkan.
“Semalam Cik Lof
call abang?”
Aku menelan liur
tiba-tiba bila Ariq memberitahu begitu?
Dalam hatiku hendak mengucapkan syukur dan beristighfar sama
banyak. Sudahnya aku diam saja memujuk
hati sendiri.
“Habis tu, apa
katanya?” Aku buat muka teruja dengan
mata yang terkebil-kebil.
“Dia nak jumpa
abang.”
“Wow… that’s a very great news to me. Mudah kerja saya, bang. tapi, buat penat saya siasat tentang
dia. Apapun, tahniah in advance dan dinner macam mana abang nak untuk propose dia? Saya boleh
aturkan,” tanyaku mula merangka
rancangan makan malam untuk Ariq melamar Cik Lof.
“Kalau abang
cakap jenis dinner macam mana yang
abang nak untuk lamar Cik Lof, lepas tu abang ada Naqi di sisi lagi tak?”
Hatiku terkujat
dengan soalan Ariq. Tak semena-mena dia
lontarkan soalan demikian. Hampir
terbelit lidahku hendak menjawabnya tapi aku tetap senyum dan terus
senyum.
“Itu tak
bolehlah, bang. Kebetulan saya dah dapat
kerja lain. Ala ng-alang
Cik Lof dah setuju dengan jumpa abang, biarlah saya aturkan makan malam korang
yang paling ind ah. Indah untuk dikenang dan sayang untuk dibuang,”
ujarku bermadah.
Ariq
menggeleng. “Rasa dah biasa ada Naqi
pulak.” Dia sengih, aku terngadah.
“Tak apa, lepas
ni ada Cik Lof , kan ? Okay what?”
Lama Ariq
memandang aku dan aku juga sudah tak tahu hendak pakukan pandangan mata di mana
dan sudahnya aku juga membalas renungan dia.
“Naqi okey tanpa
abang?”
Aku ketap bibir
bila Ariq menyoal lagi. Jika boleh, aku
nak jawab… Naqi tak mampu, bang. Naqi
tak biasa abang kacau Naqi. Naqi macam
dah terbiasa dengan arahan abang dan Naqi dah terbiasa dengan keprihatinan
abang. Tapi, abang bukan untuk
Naqi. Tapi, tak mampu hendak aku luahkan
secara lisan.
“Yeah… It should be fine. So far, ada Izue dan Ala n lagi.
Lagipun, saya dah lama tak join diorang jamming. Busy dengan kerja abang bagi ni,” jawabku
dengan tawa mengekek. Kononya saja nak
kenakan Ariq.
Wajah Ariq
mencuka tiba-tiba. Dia menongkat tangan
di atas meja dan berterusan memandang
aku. Bila akhirnya aku juga mula tidak selesa, aku telek kertas A4 tadi.
“Okey,
abang. Saya telefon abang suruh datang
hari ni sebab nak bagi tahu tentang Cik Lof abang tu. Moga mudah abang nak tawan hati dia. Ikat
kemas-kemas.” Aku kenyitkan mata biarpun
Ariq masih tak lepas merenungku.
“Dia suka
makan…”
“Naqi suka makan
bihun tom yam pecah telur, kan ? Pedas, kan ?” pangkas Ariq.
Aku tidak
memberi sebarang reaksi sebaliknya kembali fokus pada kertas di depan
mata.
“Dia suka
warna…”
“Aba ng rasa Naqi suka warna hitam, kan ? Ala - ala
gothic gitu. Sebab boleh dikatakan semua pakaian Naqi
warna gela p tapi
nanti kita pergi shopping sikit kita beli yang colourful. Bagi ceria hidup” cantasnya lagi. Kali ini bersama senyuman manis yang
menghiasi bibir yang cukup sensasi tu hingga aku terpaksa larikan
pandangan.
Aku hela nafas
berat. Semakin tak selesa aku dibuatnya
dengan Ariq ni bila aku sudah dapat segala maklumat tentang Cik Lof.
“Cik Lof abang
tu biasanya pakai gaun je kalau abang rasa nak hadiahkan dia dengan pakaian…”
“Tapi, abang
suka tengok Naqi pakai skinny.
Nampak sangat funky…”
Aku ketap
gigi. Menahan gera m dengan Ariq yang semakin menggiat
tenangku.
“Cik Lof tu dia
bawa kereta Honda Jazz kalau abang nak tahu?”
Ariq angkat
bahu. “Aba ng
tahu Naqi bawa skuter Yahama Ego ,
kan ?”
Aku akhirnya
tepuk dahi tapi Ariq tetap tenang dan terus tenang. Sedikitpun tiada ada tanda dia hendak
melatah.
“Dan yang Naqi
tahu lagi, dua suka makan dekat restoran yang ada suasana romantik...”
“Naqi suka makan
dekat Seksyen 2, kan ? Sebab mak cik tu kenal dah Naqi dan dah tahu
kesukakan Naqi, ya tak?”
Aku tepuk meja
kali ni bila Ariq bertanya begitu. Sudah
tak tahu nak kata apa lagi. Gera m dah sampai
kemuncaknya.
“This is not about me, abang. This is
about your love. Buah hati yang
abang dah kejar hampir enam bulan lepas, and her
name is Cinta, that’s why her friend call her Lof. Stand for L.O.V.E.” Aku tekan keras ejaan LOVE tu pada Ariq.
Mata Ariq
terkebil-kebil memandangku. “And she is a doctor to be, isn’t she?” teka Ariq.
“How do you know?”
“She told me last night when I call her,”
jawab Ariq tenang. Tapi, aku nampa k sendu dalam
dadanya.
Aku lepaskan
nafas yang semakin resah dan terus resah.
Jika mampu, aku mahu katakan pada Ariq, aku cintakan dia tapi aku bukan
Cintanya. Bukan aku.
“Mudah kerja
saya, bang kalau macam tu. Bagi tahu
saya tema apa abang nak, saya aturkan siap dengan band-boy sekali. Khas untuk
abang dan Cinta abang tu.”
“Dia doktor, kan ?”
“Ya!” jawabku gera m
bila Ariq mengabaikan soalanku tadi.
“Dan dia boleh
rawat hati abang kalau abang terasa sakit nanti,” sindirku menahan gera m.
Ariq tiba-tiba
menarik kertas A4 tersebut dan menggumpalkannya sebelum dicampak ke dalam tong
sampah.
“Aba ng?”
“Dia dah
bagitahu semua tentang dia pada abang dan Naqi juga dah tahu semua pasal dia…
buat apa kertas tu lagi, kan ? Tapi…”
Ariq berjeda.
Wajahnya
didekatkan padaku sedikit dan bila aku mahu menarik kembali wajahku, tangan
kasar Ariq pantas menahan belakang kepalaku dari menjauh daripadanya.
“… kenapa abang
rasa cinta dan doktor tak sesuai dan abang lebih rasa cinta dan muzik itu
adalah lebih sinonim untuk bersama?
Hrmm? Naqi ada jawapan?” soal Ariq dengan nafas yang hangat menyapa
wajahku hinggakan ada beberapa pengunjung lain sudah menala pandangan pada
kami.
“Errr… saya…
saya…”
“Tak boleh nak
jawab?” soal dia.
Aku diam. Langsung gumam.
“Abang bagi masa
pada Naqi untuk fikirkan jawapannya dan nanti bagi tahu abang dan…” Ariq mengangkat tubuhnya.
“…pasal tema
semua tu, abang serahkan pada Naqi dan band-boy jelah tapi janji satu dengan
abang, nyanyikan abang sebuah lagu seperti mana Naqi pernah nyanyi masa
mula-mula kita jumpa dulu sebab abang rasa lagu tu khas untuk abang biarpun
kita tak kenal lagi masa tu. Take care, girl,” pesan Ariq dan dia
terus menapak menuju ke arah keretanya pula iaitu sebuah SLK pulak. Gila kaya.
~~> bersambug
Best .. like sgt ... thanks RM :-)
ReplyDeleteerk..rasa pendek je entry kali nih.hihi
ReplyDeletea.puteri
TQ RM,Ariq ni dah keliru ke?KH
ReplyDeleteeeiii...apeda bengong sgt si ariq ni!
ReplyDeleterasa nk sepak terajang je... ~liyahuma~
:)..nk senyum je hari niii..yess ariq da sdar dia da jtuh cinta ngan Cinta Nur Naqiah..not CINTA Nur Nadiah...:)
ReplyDeleteAaaaaaaa!!! naper naqi tak mengaku yg dia suka kat ariq???? Ariq tu sebenarnya confius mcm alan ngan izue ckp... next entry please....
ReplyDeletewow....nice....next2x hehe
ReplyDeleteariq dah seda...bgus2...
ReplyDeletebile la mak ngn ayah naqi nak seda ape yg dorg wat kt naqi tu salah....sian kt naqi... :'(
silalah sambung....timakaseh RM
ReplyDeletemmg best !
ReplyDeletewahhhh..best 3x...:)
ReplyDeleteyes..cinta nur naqiah..
ReplyDeleteariq n naqi mmg ada chemistry..
hummmmm... condifen Nadiah kan doc tu
ReplyDeleteape lah nasib naqiah...
nk lagi..nk lagi...huhu..
ReplyDeletesangat best entry kali nie buat dada rasa berdegup kencang je hehe
next entry plizz..
BEST SGT2... NK LG2
ReplyDeletewah, ariq dh suka kat naqi la...
ReplyDeletesuka2...
tp...mesti naqi akan mengalah dgn akak dia...
huhu..
tau xpe..mesti Naqi mengalah lagi....huhuhuhu...
Deletetapi nak Naqi jd tegas sket...tau ape yg die nak...
sgt sedeyh jd seorang yg bernama naqi,,,,,,,tp dia cekal,,,,go naqi go,,,,,,
ReplyDeletepls... arap2 si naqi bg respon yg baek punya... ceriakan mood i yg monday blues ni..
ReplyDeleteMemang terbuai akak baca entry kali ni Rehan.. Romantik tahap tak boleh nak hengat! Cepat2 la Ariq tu confess direcly..jgn asyik bg hint2 aja..cian Naqi..
ReplyDeleteRASA NAK JERIT KAT SINI BOLEH TAK?.... Adoiii sakit jiwa dan raga laaa kalau depa ni tak mau mengaku masing masing mencintai huhu waaaaaa!!!!
ReplyDeletewalaweh!.. mmg layan abis citer nie... listen,listen,listen nak next n3 lg
ReplyDelete... please...
cepatlah tamat. nak tahu kesudahannya. tak sabarlah.
ReplyDeletehmm..sedihnye hidup Naqi nie..
ReplyDeleteOrg yg dier siasat rupenye kakak sendiri..
mane x sedih bile bnde ni berkait dgn org yg dier suke dlm diam..
ah my RM..slalu bt jiwa kitorg mcm roller coaster..
best sis...
Nmpknya Ariq dh sedar dia suka Naqi.Hmm...mesti naqi mengalah dgn kakak dia.Mesti naqi pergi jauh n berubah m'jadi seorg Muslimah.Wktu tu mesti ariq tercari2 naqi....haha suka2 hati ja wat cerita sendiri.
ReplyDelete-Ana-
mcm naik roller coaster baca cbsa ni..sgt best.dlm hati berharap sgt yg sbnrny ariq da lama kenal dgn lof a.k.a nadiah..ntah2 sbnrnya ariq yg berpakat dgn nadiah utk tackle naqi kot..hoho
ReplyDeleteDouble thump up utk RM.teruskan bekarya,kerana semua karya2 RM sangat bagus.
ReplyDeletealalalala...sweet nya.....cpt la ending nya...xsabar rasanya...huhuhuhuhu...nk naqi + ariq = hepi....
ReplyDelete~ umie ~
Cinta Nur Naqiah...tabahlah...
ReplyDeletewow.. meletop n3 yg ni.. suka sangat2.. sambil baca sambil sengih sendiri until my colleagues pun teguq.. suka cara ariq indirectly menggoda naqi.. minta2 parents naqi akan berubah and accept dia.. kalau tak memang tak sedar diri lansung expecially her mom.. pity naqi being treated unequally by her her mom.. tp kan kalau lah ariq pilih naqi.. mahu meroyan tahap langit ke lapan mom naqi tu.. Along
ReplyDeletelof da kontek2 dgn ariq...
ReplyDeletenanti mesti makin konflik klu naqi & ariq...
naqi dgn alan je la...
saye suka alan...hahaa~
peace.no.war.
wa.....tk sabar blk rmh, sgup online d sek, ha ha ha, u r SUPERB RM!
ReplyDeleteHehe..ariq nk kt naqiah rupanya...
ReplyDeletegila kaya..
ReplyDeletehahha best..
nk naqi dgn ariq...
alan n nadiah.
:D
thn kak. :D
alaa...ariq ni dh jatuh hati dh lme kat naqi tp knp xnak bgtau..sbbkan cik lof tu..eeiii...nk naqi n ariq..naqi dh lme terluka sbb family dy jd hilang ariq sme mcm dy hilang parents dy..sedih nye..tabahkan hati naqi..:((
ReplyDeleteadoyaiiii..nape si ariq nihhh..kalu suka katakan suka je ler kt naqi tu...susah tul le..
ReplyDeleteAriq dah sedar. tapi nanti mak naqi mesti salahkan naqi ni
ReplyDeleteakhirnya ariq realize yg dia suka/syg naqi..tp nnti klau kak diah dia tau.gaduh lg...sian naqi
ReplyDeleteEmmm...pndek skt n3 ni. Apapun thanks RM. Moga naqi mgaku cinta dia pd ariq. Xkan scepat tu kan. Hehe...
ReplyDeleteheh! rasa cam nak sepak je si ariq tu. kalau hati dah suka pada naqi, cakap ajelah. tak payah nak sibuk2 pasal si Lof tu lagi. buat sakit hati je...
ReplyDeletedijamin yg nadiah akan suke kat ariq...lepas ni, msti naqi undur diri punye la...naqi2...pity girl...
ReplyDeletekak RM, nak lagiiii...
Ariq ni bikin orang confius le? Rasanya memang dia tau pasal Cik Lof dan Naqi tapi tak tau pun hubungan dia orang berdua. Rasanya Ariq nilah calon suami yang mama diaorang carikan untuk Nadiah. Sebab tu Ariq teruja nak tau. Rasanya Ariq kenal dengan mama diaorang ni. Bagaimanalah keadaannya bila masa Nadiah dan Ariq berjumpa Naqi kena nyanyikan lagu... Nadiah tak pernah lagi tengok persembahan Naqi. Ooo RM apakah yang akan berlaku. Ariq ni confius dengan dua orang Cik Lof ni.
ReplyDeletekecian naqi nt kena marah lg mak dye sbb kak diah... rupe2nye lof 2 kak diah
ReplyDeleterasa2nya naqi mengalah lagi...
ReplyDeletesah2 la naqi mengalah ni...tp klu x mengalah pun n naqi n ariq jd kawin mesti byk jg halangan terutamanya dari family naqi n nadiah mesti dendam giler ngan naqi sbb rampas ariq dr dia. rasanya ariq pun dah tahu naqi tu adik nadiah maybe dia tanya ms nadiah call dia ajak kluar tu...bermulala episod air mata naqi hehehe....lebih2 la plak x gtu RM? -hanim_
ReplyDeleteWAAA....
ReplyDeleteSERIUS ADDITECTED NGN CBSA NIE....
KAK RM, CPT2 LA UPLOAD N3 BARU....
janganla jadi baik sangat naqi... sekali sekali kena jadi tamak utk kebahagiaan diri sendiri.. kalu dah family tak boleh bagi bahagia tu, kena la usaha cari bahagia sendiri.. jgn asyik kalah je dgn nadiah tu.. makin besar pulak nnt kepala nadiah tu... hai nadiah.. baru first time call ariq dh bagi tau semuanya pasal diri sendiri... mmg x berbakat langsung nak bercinta ni... x ada thrill la bercinta dgn org cenggini... hahaha...
ReplyDeletedia bg tau bersebab kot.. lalalalala..
Deletesetuju!!
ReplyDeletehai dah tak sabar nak tunggu....
ReplyDeleteBestnya!x sbr nk tnggu nxt n3...keep it up cik writer :)
ReplyDeletebest2! nk lg,, *suka la dgn izue n alan,, sgt2 caring psl naqi*
ReplyDelete-athirah-
Alahai.... x sabar nk tggu nxt n3. Sure malam ni trmimpi-mimpikan Ariq & Naqi termasuk ler RM sekali..
ReplyDeleteLambatnyer nak tggu esok...
xpuas bace...nk lg...adakh Naqi & Ariq dinner nnt? emmm, xsbr nk tau...btl ke LoF ada cll Ariq, nk tau jgk diaorg bual ape...
ReplyDeleteara
pengghsaaaaannnn...
ReplyDeleteyeay!!!!!!!!!!!!!!!!! ariq dgn naqi.... hahahahhaahha happy thanks kak rehan ^^
ReplyDelete-Song Hyun Sun-