BAB 15
SEKUAT mana aku
berlari, aku tetap rasakan langkahku kian perlahan. Sejauh mana aku yakin aku sudah meninggalkan
mereka semua di belakang, aku masih terasa Ariq sedang mengejar aku.
Rasa tak larat
hendak berlari lagi. Tambahan pula hari
sudah malam. Sudahlah datang dengan Izue
dan Ala n tapi
kini aku berlari meninggalkan mereka tak ubah seperti dalam drama berharap pada
hero yang datang menyelamatkan. Mengarut.
Namun, harus aku
akui… Ariq punyai Kak Diah di sisi dan aku ini sudah terang menolak
cintanya. Takut hendak menerima cinta
Ariq setelah dia katakan dia mencintai aku.
Tak mahu lebih banyak ada hati yang terluka.
Akhirnya,
larianku perlahan dan sendi pula terasa sedikit longgar. Pandangan juga kian berbalam dek kerana
airmata yang tak henti-henti mengalir. Aku
mula menapak perlahan meninggalkan kawasan
Lake G ard e n
Club dalam kepekatan malam yang hanya diterangi oleh lampu neon jalan raya
dalam keadaan yang sunyi dan sepi.
Kepala aku picit
berkali-kali. Jaket aku zip hingga ke
leher dan mafela aku belit kemas. Topi
aku buka dan rambut aku lepaskan bebas memberi laluan kepala angin dingin ini
mengelus rambutku yang tak pernah aku
lepaskan. Sentiasa berikat.
Hingga ada
beberapa buah motorsikal yang melaluiku
dan cuba
menghampiri, aku sedikit kecut.
Bertindak bodoh tanpa memikirkan keselamatan diri. Bila mereka kian menghampiri, nafasku kian
kalut. Tak tahu hendak berlari ke mana
lagi namun aku cepatkan juga langkah kaki.
Mereka terasa
semakin dengan dan terus merapati hingga tanpa aku duga, lenganku disambar
kemas membuatkan aku terdorong ke belakang.
“Nak pergi mana
malam-malam buta ni?” sergahnya menyoal.
Aku bulatkan
mata dan mengerutkan kening melihat pada wajah yang jelas sedang memegang
lenganku erat.
“Nak kena baham
dekat jantan-jantan kat luar sana ? Lebih rela kena kekah dari serah hati tu
dekat abang?” tanya Ariq sinikal.
Aku telan
liur. Seperti aku katakan, rasanya telah
terlalu jauh aku berlari namun sayang dia terlalu dekat dan kami tak pernah
jauh. Malah saat ini terlalu rapat.
Ariq merentap
lenganku sedikit. “Answer me,” tekan dia sedangkan aku, kembali mengalirkan airmata di
pipi.
“I’m not asking you to cry, Naqi. Abang tanya lain, kenapa Naqi nak menangis
pulak? Abang tak buat bukan-bukan pada
Naqi pun. Apa yang takut sangat bila
abang dapatkan Naqi? Masa lari keluar
tadi tak sedar diri, main lari je tak tahu malam ke siang ke? Tak sedar diri tu perempuan? Anak dara?”
perlinya lagi.
Aku ketap bibir
dan menunduk. Terasa ngilu sungguh hati
ini bila diselar begitu oleh Ariq.
“Kalau abang
kejar Naqi sebab nak sindir Naqi, abang lebih baik pulang ke pangkuan Cik Lof
abang. Bukan kat sini dan biarkan Naqi ur uskan diri Naqi
sendiri!” bidas aku membalas
kata-katanya.
Ariq tersengih
sumbing. Penuh sinis seperti tiada
apa yang berlaku antara kami sebentar
tadi.
“Ur uskan diri sendiri
dengan keadaan tak tenang boleh jadi tak waras, dan abang ingat Naqi boleh
tengok abang dengan Lof… tapi sayang…”
Dia berdecit berkali-kali seraya menggeleng.
“… you’re hurt after all dan abang dah
lukakan Lof sebab Naqi. Sebab kerasnya
hati Naqi nak terima cinta abang.
Kenapa? Sebab abang lambat sedar atau sebab Naqi rasa abang tak layak
untuk Naqi?” Ariq menyoal bertubi-tubi.
Ya sungguh… aku
memang terluka melihatkan dia dan Kak Diah beriringan masuk ke dalam taman
tadi. Aku terluka parah. Sekarang ini pun masih lagi menitis
darahnya. Masih baru.
“Kalau Naqi
terluka abang nak buat apa?” soal aku
balik dalam berani-berani takut hendak menentang pandangan mata Ariq.
“Aba ng ubatkan…”
“Tak….” Aku menggeleng.
“Oran g yang perlu abang ubati adalah dia yang kat sana .” Seraya itu telunjukku lurus ke arah Lake G ard e n
di mana Kak Diah , Ala n,
Izue, Fendy dan seorang temanya masih berada di sana dan boleh jadi dalam keadaan yang
bingung.
“Oran g yang perlu ubati luka hati abang sebab cinta ditolak
ada oran g yang
ada depan abang sekarang ni. Bukan oran g kat sana . I don’t
care about anything but you, Naqi. Only you atau Naqi nak tengok kita semua
terluka? Hrmm?” pancing Ariq cuba mencairkan hatiku.
Aku menggeleng
lagi. “I just don’t know…”
“Nope…you
don’t need to know. Just say. Say it…,”
tekan Ariq geram.
“Say
what?”
“You
love me.”
“No,”
bantahku bila aku yakin keadaan ini semakin parah.
Benar hati ingin
menjawab ya tapi memikirkan keadaan Kak Diah di sana , aku rasa dia juga sedang pelik biarpun
dia masih tidak tahu siapakah wanita yang mengalunkan lagu sedih tadi.
“Say it, Naqi. Mengaku?” desak Ariq.
“Buat apa Naqi
nak mengaku sedangkan abang tak nak mengaku?
Dan abang sebenarnya tak sedar yang dalam hati abang tu ada…”
“Ada Naqi. Ada Naqi yang galas gitar, pakai skinny,
gilakan bihum tom yam pecah telur yang pedas, bawa skuter, rambut tocang kuda
dan sentiasa sinis pada abang. Ada Naqi… ada Naqi,”
pangkas Ariq menekan dadanya dengan hujung telunjuk. Menjadikan airmataku kian bertali arus.
“Dan, abang
cintakan Naqi. Abang cinta. Abang perlukan Naqi lebih dari sebagai
seorang budak posmen pada abang.”
“This is not right, abang. Ini memang satu kesilapan!” tegasku.
“Apa yang tak
kena? Apa yang silap?” Kening lebat Ariq terangkat tinggi. Wajahnya kelat menahan gera m padaku.
“Banyak yang tak
kena. Aba ng
datang dengan oran g
lain dan abang tak boleh tinggalkan dia…”
“Who cares… abang buat sebab Naqi
cabar. Naqi yang nak sangat tengok kita
semua terluka, kan ? So,
inilah harinya. Salah abang cuma satu
je… salah abang bila lambat sedar yang abang lebih kenali Naqi dari perempuan
lain termasuk Lof. Abang lagi kenal Naqi
dan buat apa abang kejar perempuan yang hanya abang minati dari jauh sedangkan
Naqi dekat dengan abang?” Ariq tetap
bertegas dengan keputusannya untuk mencintai aku dan aku juga perlu bertegas
untuk menolaknya sejauh mungkin.
Andai mampu, tak
mahu aku tahu kewujudan di atas muka bumi Allah ini. Sungguh, aku tak mampu hadapi takdir yang
sedang menduga. Rasa tak gagah biarpun
selama ini aku hanya mampu tunduk menelan semua gundah.
“Ini tak betul,
bang. Ini memang salah sama sekali. Hargai apa
yang baru abang dapat dan biarkan Naqi sendiri sebab Naqi tak cintakan
abang. Tidak sama sekali.” Aku masih bertegas bersama gelengan yang tak
sudah-sudah.
“Aba ng sedang hargai
perempuan yang abang cinta sekarang dan
percaya atau tidak, Lof tahu semua ni.
Lof tahu abang cintakan perempuan lain.
Aba ng
cintakan Naqi dan apa lagi yang buat Naqi tolak cinta abang? Kenapa?”
tekan Ariq jelas tak berpuas hati.
Aku pejamkan
mata. Terlalu banyak perkara yang
berlegar dalam kepala hinggakan otak tersimpul, akal terbelit. Tak mampu hendak aku cernakan sebaik mungkin
dan bila aku buka mata, Ariq membawa tangannya memegang kedua belah bahuku.
Mata kami
bersabung lama. Airmata terus
menitis. Pada mataku, wajah Ariq silih
berganti dengan wajah mak dan kekecewaan Kak Diah. Orang tidak tahu tapi aku merasa. Kasih mak tiada ganti tapi pergi Ariq, bukanlah
satu kerugian buatku biarpun jiwa parah melarat.
“Terima kasih
untuk pengakuan cinta abang tu tapi Naqi…”
Aku menggeleng lagi lagi lagi dan lagi.
Berharap sungguh Ariq mengerti namun sukarnya lelaki ini memahami bagaikan kami dari planet yang
berlainan.
“… tak boleh nak
terima… it’s too late. Dah terlalu lambat untuk abang sedar semua
ni.”
Bibir Ariq
bergetar. Wajahnya direndahkan sedikit
dan rambutku yang dielus angin hingga menutupi sebahagian wajah ditolaknya ke
belakang.
“Naqi pernah katakan,
tak apa tak berbalas sebab Naqi tak pernah harapkan balasan biarpun masa tu
Naqi juga berharap yang LOVE tu
adalah Naqi tapi sayang… oran g
lain. Bila abang berikan balasan, sumpah
Naqi tak mampu. Terlalu banyak yang
menghalang, antara dia yang Naqi terlalu cinta dan abang yang baru nak berikan
Naqi cinta and please… believe me. Aba ng
akan bahagia dengan Lof dan kita akan semakin rapat…”
“Nope, sayang. Abang tak nak jauh dari Naqi… abang tak nak
hilang Naqi,” bantah Ariq dengan mata kuyu yang sudah berkaca-kaca.
“Tak… percayalah
Naqi. Abang tak akan hilang Naqi…,”
pujuk aku bersungguh-sungguh dengan titisan yang tak pernah kering lagi menodai
pipi.
Sebab abang akan
jadi sebahagian keluarga Naqi. Abang
akan jadi abang ipar Naqi. Abang akan terus
dekat dengan Naqi, sambung hatiku dengan rasa sakit yang amat.
“Naqi teruja
abang panggil Naqi sayang… tapi Naqi lebih harapkan kasih dia daripada kasih
abang. Sungguh!” ujarku bersungguh-sungguh.
“Naqi… jangan …
ca…cakap ada oran g
lain di hati Naqi?” duga Ariq cuak. Salah mentafsir tentang dia yang aku
maksudkan.
Tangan Ariq yang
masih memenang bahuku, aku tolak lembut dan menjauh beberapa tapak ke
belakang.
“Cinta?” Aku sengih sedikit.
“Naqi hanya
perlukan cinta dia bila Naqi yakin, cinta abang tak ditakdir buat Naqi biarpun
abang mencintai…”
“Dan hanya
abanglah yang cintakan Naqi tapi Naqi
tak cinta, kan ? Tak pernah sayangkan abang? Macam tu?”
jerkah Ariq membuatkan langkahku semakin ke belakang dan Ariq semakin
menapak ke depan.
“Naqi tak ada
jawapan untuk soalan abang dan tolong… lepaskan Naqi. Lepaskan Naqi dari hati dan hidup abang. Cukuplah ini yang Naqi buat untuk abang. Gaji Naqi, Naqi tak harap selebihnya. Pergilah pada dia, bang. Dia sedang menanti,” suruhku dan serta-merta
aku berpaling.
Beberapa
langkah, Ariq menyambar lagi lenganku dan terus memaut tubuhku rapat ke dada
bidangnya.
“Aba ng cintakan Naqi. Abang tak perlukan perempuan ada nama Cinta
sebab cinta dalam hati Naqi lebih hebat untuk abang,” bisiknya syahdu.
Aku tersentuh,
aku terharu tapi aku lebih membenci bila Ariq semudah ini memeluk aku dan kini
ditempat begitu umum biarpun tiada kenderaan yang lalu lalang setakat ini. Aku menggelupur ganas, cuba melepaskan diri dari pautan
Ariq dan bila tangannya terlepas, aku menjauh lagi.
“Ya… abang
memang perlukan cinta tapi bukan cinta dari Cinta Nur Naqiah? Bukan!”
jeritku padanya.
Mata Ariq yang
layu merayu membulat tiba-tiba. “Apa
Naqi cakap? Cinta Nur Naqi…
Naqiah?”
“Perempuan yang
abang suruh Naqi siasat tu adalah kakak kan dung
Naqi, bang. Cinta Nur Nadiah. Anak kesayangan mak dan ayah. Bukan Cinta Nur Naqiah. Seorang anak terbuang dan tandus kasih
sayang…”
Mata Ariq lebih
lagi membulat. Tubuhnya kaku menggeletar
dan penumbuknya dicengkam kemas.
Aku kemam
bibir. Tak berani merenung Ariq tapi aku
masih mahu memandang dia buat kali terakhir.
“Kenapa Naqi tak
cakap yang Naqi…”
“Naqi tak
tahu. Naqi baru tahu je dan bila Kak
Diah cakap dia cintakan abang, abang rasa Naqi mampu ke rosa kkan
kebahagian kakak Naqi sendiri dan biarkan rasa meluat mak pada Naqi terua
menebal? Abang rasa Naqi akan seronok ke
ada dalam pelukan abang, dalam belaian abang, dikucup, dibelai, dipeluk tapi
ada yang menderita atas kebahagian kita?
Abang rasa Naqi seronok ke?”
tanyaku cuba
mengawal esakkan yang semakin kasar.
“Dia jodoh
terbaik buat abang. Bukan Naqiah tapi
Nadiah. Maaf, bang. Maaf…,” pohonku separuh berbisik.
Suasana sepi
seketika. Gumam tanpa suara. Yang ada hanyalah unggas yang menjerit memuji
keagungan Tuhan dan aku, diduga barulah hendak mencari arah menuju
pada-Nya.
“Naqi budak
jalanan dan Kak Diah…” Kata-kataku
tersekat dikerongkong. Tak sanggup
sungguh hendak menyebut Ariq dan Kak Diah dalam sebaris ayat.
“Aba ng tak sangka Naqi dan
Diah… adik beradik,” komen Naqi bagai baru saja mendapatkan suaranya kembali.
“Banyak benda
tak terduga dalam dunia, bang. Baliklah
dan Naqi janji, Naqi tak akan susa hkan
hidup abang lagi.”
Bibir Ariq
menguntum senyuman sinis. “Kalau macam
tu, abang tak akan pernah menjejaki Naqi dan abang harap, selama kita berpisah
ni… jaga hati abang baik-baik sebelum abang berjaya satukan hati kita
nanti. Ini janji abang untuk Naqi. Hadiah perpisahan,” ujar Ariq dan dia
berpaling.
Aku tahu, dia
memang terperanjat dengan kenyataan ini tapi ini hakikat yang perlu dia tahu
sekarang. Hakikat yang perit tapi tak
tahu hikmat yang tersembunyi. Wajahku menekur ke bumi dan bila Ariq
mematikan langkah, berpaling dengan wajah sinikal lagi, aku memandang dia.
“Atau Naqi nak
korbankan diri dan cinta Naqi pada abang sebab kakak dan mak Naqi? Macam tu?”
tebak Ariq tepat.
“Ini bukan
berkorban atau terkorban, bang,” bantahku lembut.
“Ini tentang
jodoh dan ya… Naqi akui, boleh jadi mak lagi membenci bila Kak Diah kecewa
sebab Naqi dan abang tak tahu Naqi macam oran g
asing pada keluarga sendiri. Kalau abang
nak tahu kenapa Naqi keluar dari rumah besar tu sebab Naqi rasa tak diperlukan
lagi. Tak ada yang menghalang. Naqi tak cantik macam Kak Diah, tak pandai,
tak sopan dan semua yang buruk ada pada Naqi.
Kalau kita bersama, entah berapa jenis keburukan lagi yang mak pandang
Naqi ni, bang? Naqi tak mampu…,” ujarku
telus dan tulus.
Mudah aku
berterus-terang keadaan sebenar biarpun Arir katakan aku mahu melakukan
pengorbanan.
Tubuh Ariq berpusing lagi 180 darjah. Dia mengusap belakang tengkuknya sebelum menadah
wajah ke langit yang kelam.
“Aba ng mampu bagi banyak
kasih sayang pada Naqi. Lupakan semuanya
dan kita hidup bahagia bersama,” ajak Ariq mudah.
Saat ini,
bibirku pula menguntum senyum. “Aba ng cinta pertama Naqi
tapi tak mustahil untuk Naqi ada cinta kedua, ketiga malah ke seribu pun dan Naqi
boleh jatuh cinta lagi berkali-kali selepas ni biarpun bukan dengan abang dan
dengan sesiapa saja. Naqi boleh terima
biarpun hati ini…” Aku bawa telapak
tangan ke dada. Mencengkam dada kuat
dengan mata tajam merenung Ariq.
“… Naqi terpaksa
akui Naqi cintakan abang tapi… kasih ibu hanya satu, bang. Kasih mak tak ada ganti. Biar macam mana pun layanan dia, dia yang
bawa Naqi ke dunia ni. Dia yang bagi
Naqi makan dan minum susu dia sampai Naqi ada di sini hari ni berdiri di depan
abang. Jika mak tak mampu nak sayang
Naqi, sekurang-kurangnya Naqi tak buat mak sakit hati sebab anak kesayangannya
terluka,” sambungku seraya menelan liur berkali-kali bagi melancarkan
kata-kata.
“Biar bagaimana
kejam seorang ibu, pun… Allah tetap mahu kita berbuat baik pada mereka,
bang. Naqi sayang abang tapi Naqi lagi
sayangkan mak. Mak tak suka Naqi tapi
tak salah mak. Dia mak. Apa saja dia buat, Naqi tak mampu nak nafikan
hak dia. Kalau betul abang cinta, pusing
belakang dan jangan kalih lagi,” ujarku lagi dan kali ini lebih perasaan
kecewa, lebih beromosi dan lebih menyayat hati.
Airmata mengalir
tak terseka. Boleh jadi ada mengatakan
aku bodoh bila mendengar aku berpenglipurlara tentang cinta tapi aku
waras. Ariq adalah lelaki yang aku cinta
tapi tanpa mak, mampukah aku ada di dunia ini atas izin-Nya. Jika bukan kerana mak bersusah-payah lahirkan
aku untuk abaikan aku pada akhirnya, tak mungkin aku dan Ariq
dipertemukan.
Menolak cinta
Ariq tak bermakna aku perlu meratap menderita.
Kerana bagi aku kehilangan kasih ibu tak mungkin berganti. Pulangnya aku pada Pencipta juga membawa nama
mak dan bagaimana harus aku nafikan dia dalam hati aku hanya kerana Ariq? Tak mungkin tak tak akan aku biarkan airmata
mak jatuh kerana aku dan penawar hati mak ada Kak Diah.
Halkum Ariq
bergerak tak henti-henti. Matanya tetap
tajam merenungku yang sudah beberapa meter berjarak dengannya. Tanpa kata, hanya tangan Ariq naik
memberi isyarat agar aku menanti buat
seketika lagi sebelum perpisahan ini benar-benar terjadi.
Telefon
bimbitnya dikeluarkan bila ada deringan yang kuat. Ariq melekapkan telefon ke telinga sebelum
menyebut nama Alan.
“Kau bawa kereta
aku balik, Lan… hantar Diah balik dengan selamat. Hal kami biar aku selesaikan nanti dan
sumpah…” Ariq berbicara dengan Alan
namun aku rasa dia lebih berbicara
denganku.
“…kalau aku
cepat sedar yang Cinta Nur Naqiah yang ada dalam hati aku dan bukan Cinta Nur
Nadiah, kita tak mungkin kat sini, Lan.
Maafkan aku sakitkan hati adik kesayangan kau dan Izue ni,” ujar Ariq
tenang.
Beberapa ketika,
dia menyentuh skrin telefonnya lagi.
Kali ini nama lain pula yang disebut.
“Sekarang. Lake Garden.”
Hanya tiga patah perkataan yang dia ucapkan sebelum dia menapak padaku
seraya meletakkan kembali telefon bimbitnya di dalam poket jeans.
“Benar kata
Naqi… kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kasih kekasih, abang mampu buat Naqi bahagia
tapi bila Naqi menolak, abang da satu permintaan,” ucapnya bila dia sudah
berada tepat di depan aku.
Berdiri tegak
dengan bahu tegap, raut yang tenang dan bibir yang nampak kering serta mata
yang kuyu merayu.
“Kata Izue dan
Alan, Naqi nak tinggalkan semua ni dan ini kali terakhir. Naqi nak berhijrah. Pergilah, abang tak larang sebab Naqi bukan
hak abang. Cuma satu abang minta, sekali
lagi kita bertemu, jangan salahkan abang untuk apa yang bakal berlaku dan
sedang abang rancangkan dalam ni…,” sambung Ariq sambil menekan kepalanya
berkali-kali. Nampak marah dan tidak
puas hati dengan keputusan aku.
Lidahku
kelu. Bibirku terkatup rapat. Wajah menekur ke jalan.
“Cuma malam ni,
abang nak minta hadiah perpisahan boleh?”
Aku ketap bibir mendengarkan permintaan Ariq yang
aku rasakan sengaja mahu menyakitkan hati aku tapi jika ini yang terbaik, yang
terjadi biar saja terjadi.
“Erm… kalau Naqi
mampu,” balasku dalam suara yang serak.
Ariq senyum
menyenget lagi. Rambutnya disentuh
sedikit sebelum dia menarik lenganku mengikuti langkahnya bila ada sebuah BMW
X7 hitam pekat berhenti tepat di depan kami.
“Hop-in.
Izinkan abang hantar Naqi balik untuk malam ni je. Biar abang hantar Naqi balik sebagai seorang
perempuan yang abang cinta…” Tubuhnya menunduk
sikit, mempersilakan aku masuk ke dalam kereta mewah tersebut.
Bila saja dia
mengambil tempat di sisiku dan pemandu menekan pedal minyak menuju ke Lebuhraya
Mahameru, Ariq menjeling sedikit.
“Terima kasih,
Naqi.”
Hanya ucapan
ringkas itu sudah cukup membuatkan airmata aku mengalir laju tak henti-henti
bila sepanjang perjalanan Ariq yang diam melayani perasaannya sendiri dan aku
hanya mampu menjeling dengan ekor mata melihat wajah tampan itu tampak sugul
buat pertama kalinya.
“Satu soalan
abang.” Ariq tiba-tiba bersuara memecahkan hening.
Aku berkalih
pada dia dan menentang jelingan ekor matanya.
Bibir Ariq Nampak bergetar hebat dan aku, hanya cuba mendamaikan hati
sendiri demi mendengarkan pertanyaan dia.
“Tak boleh ke
kita biarkan cinta itu biar saja ada? Hrmm…?”
Keningnya naik sedikit.
Aku ketap bibir
dan airmata jatuh lagi menjadi jawapanku pada soalan Ariq.
~~> bersambung
Baik nyer naqi..tp mak dia x tau pn..sian...
ReplyDeleteN3 kali ni sedih...
ala sdhnyer....sbr ekk naqi huhu...walaupn sush...
ReplyDeleteala sdhnyer....sbr ekk naqi huhu...walaupn sush...
ReplyDeleteFelt like dying right now....d obstacles r too much..sob sob sob...
ReplyDeletesedehnya.... mcmana nie naqi nak p man plak 2...
ReplyDeleteapa jadi pada nadiah
satu perkataan dpd sy..TOUCHING!
ReplyDeletewoohoooo....dh penat nangis wif Naqi lah :(
ReplyDeletetoo heart-wrenching BUT its d best episode so far...someone told me a long time ago "if u love someone..let him go...if he comes back to you, then he's yours..BUT if he doesn't then he's never yours... ALLAH Knows Best!!"
Akhirnya..ada jgk!
ReplyDeleteSian naqi..
Tp apa yg ariq plan?sape yg dye kol? Apa mksud dye,cnta biar saja ada? Apa yg dye nk wt?
Kak rm..lma ilang..okey ke?xshat ae?
sis rm...sedihnya...nak ending bahagia utk naqi n ariq....huhuuu
ReplyDeletefuhhhhh... lama dok tunggu.. akhir nya muncul gak si ariq & naqi nie.. apa lagi.. bengkak dada & hati nie... jeng jeng jeng ariq x nak lepaskan naqi... akan ku tunggu...heheheh tq rehan
ReplyDeletesyg naqi...!!!
ReplyDeletekak diah...GTH!!!
sedih ariq...sian dia...
anyway...thanks to kak rehan!!!
ermm...kesian kat naqi...harap ariq x jd dengan diah
ReplyDeletehuhuhuhuhu.... Rse trharu dgn pngorbanan Naqi. Betul apa yg Naqi kata... Cinta boleh dicari, tp kasih syg dr seorg ibu, sukar diganti... T_T
ReplyDeleteTouchingnya tapi pasti ariq akan cuba yg terbaik utk naqi kan.. To be with her and make her happy.. Kesian dia dah lama suffer layan mak sendiri yg tak tahu menghargai kasih sayang anak..
ReplyDeletebesarnya pengorbanan naqi utk kakak dia...sedih rupanya citer ni...sob sob sob.... byk chapter nk rally klu baca ni...adehhh...1-14.. love it sgt... fall in love kt ariq la plak...hehe..
ReplyDeleteowwwhhhhh......syahdunyee....
ReplyDeletehmm,, ada jgk,, knp naqi ni baik sgt.. >< mak dia x nmpk pun kebaikan dia,, >< hope ariq n naqi bahagia ,, sedih la en3 ni kak rehan,, papepon,, ttp best mcm selalu,, tahniah .. nk lg, nk lg ! ;D
ReplyDelete-athirah-
org terbuang inferiority complex tu tinggi..
Deletetiap masa bukak RM akhirnya... Kasihan Naqi bodohnya ekkk.
ReplyDeleteBiarlah bersama. Kalau buat ape pun mesti mak dia marah juga. Jangan pisahkan kasih yang hadir tu. Biarkan Diah dia dah banyak bahagia.
Sedihnya... warrggghhhh..... Dahler ku mmg sedih sbb tiada maid selama sebulan (langsung tiada berkaitan).... warrggghhh.... double kesedihan.... hihihi.....
ReplyDeletekak rehan bawak naqi jauh jauh ea.biar dia ubat hatinya yang lara.ewahh.
ReplyDeletemungkin lepas ni episod makcik pilih kasih tu mengamok anak kesayangannya terluka(lah sangat)huhu
no words can describebthe sad feelings in Naqi... :(
ReplyDeletekasih ibu kasih abadi. kasih kekasih tak kekal selagi belum ada ijab & qabul. jadi Naqi perlu beri Ariq buktikan kasihnya
ReplyDeleteakak....thank ----(@
ReplyDeleteOh my gegeretannnn.... sedeyyyy...
ReplyDeleteSian Cinta Nur Naqiah... knp perlu ada cinta jika hati melarang, knp perlu hati jika x mampu... aduhhhh
arghhh...so deeply sadness i feel because of naqi...when can she get the happiness??....Dear writers, now im who read are suffered...Up lgi RM
ReplyDeleteseharian menunggu n3 bru.. sedih nyer.. naqi terlalu baik apa pon.. nk lg2..
ReplyDeleteWah rehan eida baca bab ni penuh dgn debar!!! Tahniah. Best
ReplyDeletesigh~ i'm melt tetibe.. x sempat elak kehkeh.. kak rehan.. apa lg~~ smbung la kehkeh.. i cant wait... :P
ReplyDeletecuci mata lagi hari nie...huhuhuhuhu
ReplyDeletetak sabar nak tgk mak naqi berikan kasih sayang pada naqi dan belai naqi seperti nadiah...
ReplyDeletenak lagi...memang best
owh,,sedih tetiba...harap Naqi tabah lepas ni...:(
ReplyDeleteBaca dari awal hingga kini......air mata x henti mengalir.
ReplyDeleteWah! Sedihnya......
bila nak sambung n3 baru?
Sedihnyer..huhu..
ReplyDeletekak rehan supreb!!!!
ReplyDeletesemoge kak rehan dpermudahkan segala urusan...
bile urusan kak rehan dpermudahkan, kami akan dpt bnyk en3..yeay... ^^
suka yg ni..kasih ibu lebih utma berbnding kasih kekasih.
ReplyDeleteseteruk2 ibu pun, akhirnya kan trima jugak kita, at least prnah jugak beranakkan kita, jga dari kecil smpai besar, tpi kasih kekasih ini, x tau sampai mna thapnya. susa2...
tahniah Naqi, u make a good choice, aku sokong ko..hakhakhak
tq karehan, da jmpa balik ke pndrive tu?
>>k<<
i was hoping that one day Ariq will try his very best to win Naqi's heart.. Prove her that he really loves her
ReplyDeleteAnd to Naqi's mom, you dont deserve to be a good mom
you tak layak pegang title mak, ( huhu, sentap plak )
btw RM, thanks so much for this heartwrenching entry :)
sedih tapi betul...cinta akan datang dan pergi tapi ibu hanya satu...perginya x akan ada yg mampu ganti..
ReplyDeleteargh!!!!!!!!!!!!!!!!!! sakit hati doh........ argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! geram gila.....hwaaaaaa!! sumpah cter nie best gler.....
ReplyDeleteCBSA the best mini-novel ever :D
Let me guest...kak diah akan jatuh cinta dengan Alan.Naqi pergi jauh sambung belajar. Ariq pula masih menunggu cinta Naqi
ReplyDeletesetuju2....
DeleteLeleh ngan naqi ni..cian dia.. mudah mudahan naqi akn jd org yg lebih berjaya slps transformasi nnt..
ReplyDeletenaqi, pastikan hati ariq tu dijg elok2 tau..
walaupun mak benci naqi , tp dia still nak bahagiakan mak n kak diah... ank yg baik... terbaik la entry ni :)
ReplyDeletesgt sedih...mak hanya 1 dlm dunia ni... benci mcm mna pun mak masih sggp melahirkan kita dgn susah payah. kekasih boleh dicari tp xsmestinya sama ngan cinta pertama. ia akn kekal dlm hati smpai bla2.
ReplyDeleteCdey...hukhuk..tp xsbr nk tgok naqi b, hjrah....mgkin jd some1 yg mak dia xmrh sgt dh....
ReplyDeletego naqi go...pergi cari dirimu yg hilang itu...
ReplyDeletemay Allah bless you...
~liyahuma~
yes!!!brjya khatam sume bab stlh berusaha mnahan diri dr bca bab 1-bab 15..konon nk tggu smpi abess,sekali dh belot..hewhew..
ReplyDeletehuhu...RM mmg brjya buat sy bmain dgn brmcm2 prsaan..fuhh,brgenang air mata sehh...RM,thanks for such a very wonderful story...:)
tak mampu nak bagi komen, terlalu sedih... Next entry please...
ReplyDeletesedih...nak nangish boleh x? :(
ReplyDelete-Hana-
kenapa terlalu sedih sangat ni... hati Naqi terlalu baik.... banyak hati yang Naqi terlalu jaga sampai hati sendiri x boleh terjaga.... sedihhhhh
ReplyDeletesedih la pulak....hr ni RM buat saya menagis la....suatu hari pasti mak ngan ayah Naqi akan tersedar....Naqi pasti akan bahagia kan RM huhu
ReplyDeletealong_814
RM bt saya nangis agi..
ReplyDeleteso sad..
sian Naqi..
bab 1- bab 15... nice story n hope rm sambung lg... semua nya bercampur mjadi satu... ya... cinta biar saja ada...
ReplyDeletepenantian itu suatu penyeksaan, kak rehan cepat ler sambung next bab :D
ReplyDeleteNak ada hero baru boleh tak? buat kelainan untuk CBSA :O
RM terseksa rasa jiwa .........adakah ada bahagia utk naq.....berharap sangat agar ibu dan ayahnya menyedari akan kehadiran puterinya yg satu ini.....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekak... bwalah Cinta Nur Naqiah tu pergi jauh2. hntrlah dia ke oversea kat US ke,UK ke,British,Jepun,Korea,Paris,Rome,England,Italy atau mne2 tempt. ubatilah hati dia dan bila dia kembli ke tnh melayu ni,benarknlah Cinta Nur Naqiah bahagia di sisi Muhamad Nashriq selamanya hingga ke akhir hayt.
ReplyDeletethanks kak rehan. update lgi eh
proud of naqi. walau emak dia layan dia so badly, tapi naqi tetap anak yang baik.
ReplyDeletehope, Ariq will do something to win Naqi's heart later on.
(to RM...CBSA ni sangat best, susah nak jangka apa yang terjadi utk setiap n3). can't wait for the next chapter.
huh..ujan lebat hari ni...huwaaa....
ReplyDelete