BAB 17
TUBUH aku
kaku. Sedikit pun tak dapat aku
gerakkan. Terasa lumpuh dan lemah segala
sendiri. Terasa terpenggal segala
anggota bila mak dan ayah menapak ke arah aku yang sedang berdiri di sisi Ariq,
berdepan dengan mummy dan papanya.
Wajah mak
menyinga. Kening ayah berkerut. Rahangnya sudah turun naik menggambarkan
perasaan mak yang sedang dilanda ribut.
Ribut angkara aku dan Ariq. Bila
mak dan ayah menghampiri, aku menggeleng cepat-cepat. Tak usah mak dan ayah bertanya, aku sudah
tahu jawapan yang bakal terbit dan aku sudah memberi jawapan dalam gelangan aku
itu. Tapi, mahu ke mak dan ayah
percaya?
“Kamu buat apa
kat sini, Naqi?” tanya mak padaku.
Aku ketap bibir
dan menggeleng lagi. “Ke… ke…be… betulan
je, mak… ayah.” AKu pandang
kedua-duanya.
Ayah nampak lebih tenang dan bersalaman dengan papa
Ariq. Mummy Ariq pula menapak mendekati
mama dan memaut tangan mama kemas.
“Sabar,
Nun. Kita selesai baik-baik. Lagipun dah malam ni. Budak-budak ni pun penat ni,” pujuk mummy
Ariq pada mama.
Aku
menunduk. Langsung tak berani memandang
mak yang sedang membendung nafas yang semakin kasar berhembus.
“Naqi balik
dengan Ariq ke?” soal ayah
prihatin.
Jawapan sepi aku
berikan lagi. Sekadar anggukan. Biarpun nada ayah juga lembut seperti
kebiasaannya.
“Uncle, auntie…
semua ni salah saya. Naqi tak tahu
apa-apa,” ujar Ariq membela aku tapi rasanya pembelaan Ariq tanpa hakim yang
adil tetap akan menjadi aku adalah pesalah.
“Nashriq, cuba
diam dulu. Pandai-pandai ributkan keadaan,
jangan suka hati nak cakap ikut sedap mulut je,” tegur papanya pula.
Ariq diam
seketika. Hujung bajuku ditarik dan
digenggamnya kemas bagaikan tak mahu aku berlari keluar dari rumah besar
ini. Ayah dan mak mengambil tempat duduk
di depan mummy dan papa Ariq. Ariq duduk
di atas clipan dan dia menepuk clipan tersebut, meminta aku turut sama
melabuhkan duduk.
“Duduk,
sayang. Abang tahu Naqi penat. Mari duduk sini,” ajak Ariq bila aku tidak
berganjak.
Mendengarkan
panggilan sayang itu aku terus mengangkat wajah dan tepat mata mak memanah mata
aku. Mata dia terjegil. Dia terkejut dengan panggilan Naqi pada aku
tapi aku tidak meminta.
“Duduk,
Naqi. Ariq pelawa tu,” suruh ayah pula
dan barulah aku duduk hanya sipi-sipi.
Ariq melepaskan
lelah. Dia bersuara sesudahnya.
“Kalau mummy,
papa, uncle dan auntie nak tahu apa yang jadi, Ariq boleh terangkan.”
Dia berlagak
tenang. Macho dan penuh kejantanan.
Berani menghadapi salah sendiri.
Tanpa sedar, rasa kagum itu menyelinap dalam hati aku tapi bila
mengingatkan tiga hati yang bakal remuk, aku perlu bertegas.
“Erm… itulah
yang kami nak dengar Ariq dan Naqi terangkan tentang apa yang jadi malam
ni. Sebab tu juga mummy telefon Ariq
biarpun dah lewat malam. Ini soal hati
anak dara orang and this is not good for
you, son. For you both,” ucap papa
Ariq bersama keluhan kecil.
“Ariq, you tell us.
What happened?” soal mummy
dia pula.
Ariq diam. Dia menjeling aku. Seperti mengharap kekuatan daripada aku tanpa
dia sedar, aku juga sudah hampir tak berkudrat bila dipertemukan dengan mak dan
keluarga dia dalam keadaan sebegini.
“Tak payah you
suruh Ariq terangkan Arya… I tahu sangat budak Naqiah ni. Memang tak boleh nak tengok kakak dia
senang,” sampuk mak menyindir.
Pedih dan
terhiris. Mak tak tahu tapi aku sedang
menanggung sakit yang maha hebat bila sekali lagi mak memandang rendah pada
aku. Membandingkan aku dengan Kak Diah
di depan orang luar.
Aku ketap bibir
dalam senyuman. Senyum menahan
tangis. Ariq ketap gigi kuat. Dia panggung kepala dan memandang mak.
“Tak baik auntie
cakap dia macam ni. Saya yang salah,
auntie. Bukan Naqi. Saya yang pada mulanya tak sedar jatuh cinta
pada dia tapi saya dok sibuk suruh dia pikat orang lain untuk saya. Kalau auntie nak maki, makilah saya. Saya sanggup terima kesan perbuatan gila saya
ni. Tapi, jangan kata Naqiah,
auntie. Sakit hati saya,” ujar Ariq
dengan suara yang sedikit lirih dan merayu.
Mak nampak
terpenpam. Ayah tersenyum senang dan
mengangguk berkali-kali.
“Erm… macam
nilah anak jantan, Amri. Aku suka anak
jantan kau ni dan awak pun Nun… Naqiah ke Nadiah ke, anak kita. Dua-dua istimewa. Dua-dua ada lebih dan kurang. Kenapalah awak tak nak sayang dia macam awak
sayang Diah. Buruk sangat ke Naqiah nak
dibandingkan dengan anak manja awak tu, Nun?”
perli ayah pedas.
Mak menjeling
ayah. Bibirnya herot.
“Kan kita dah
janji dengan Amri dengan Arya nak tunangkan Ariq dan Diah. Yang datangnya si Naqiah ni dari mana
pulak? Saya tak buruk-burukkan dia tapi
perangai dia ni selalu buat saya berbulu mata.
Sekarang Diah pulak menangis. Apa
kita nak buat?” tanya mama agak
perlahan.
Aku memandang ke
siling. Berharap benar moga airmata tak
gugur saat ini. Tak mahu menambahkan
kebingungan semua orang dengan titisan airmata aku.
“Sabar
dulu. Jangan salahkan Naqiah
sorang. Ini Si Nashriq ni… kerja gila
apa dia buat pun aku tak tahu, Din. Biar
dia selesaikan sendiri. Kita sekarang ni
perlukan penjelasan je. Jangan sampai
aku pun pening, kau pun lingkup,” ujar papa Ariq.
Ayah mengangguk. “Dengar tu, Nun. Jangan nak salahkan Naqiah je dari dulu kalau
sebab Diah tu. Itu Diah, ini Diah. Ingat Nun… rezeki anak-anak ni berbeza. Hah, Ariq… uncle nak tanya ni, apa masalah
sebenarnya? Rasanya kamu keluar dengan
anak sulung uncle, tapi kenapa tiba-tiba balik dengan anak bongsu uncle
pulak?” soal ayah tegas.
Ariq menelan
liur. Jari jemarinya yang nampak kasar
itu sudah bersulam sesama sendiri.
Duduknya tidak betah, tapi aku lagilah gelisah bila mak tak sudah-sudah
menjeling.
“Maafkan saya,
uncle… auntie. Ini silap saya pada
mulanya dan saya akan betulkan semuanya.
Saya akan terangkan pada Diah nanti.”
Ariq mula
bercerita tentang kisah mereka enam bulan lalu dan sebulan lebih kebelakangan
ini setelah pertemuan kami. Masing-masing
kusyuk mendengar dan aku yakin, apa yang bakal Ariq katakan setelah ini pasti
mengundang api dalam hati mak.
“Lepas tu berapa
upah yang Ariq bayar pada Naqi untuk stalk Diah?” soal mummy Ariq sinis.
“Ariq baru bagi
dua ratus…”
“Bakinya bila
kamu nak jelaskan? Nak buat naya kat
orang? Pakai kudrat orang tapi tak
bayar?” pangkas papanya pula melahirkan
rasa geram.
Dia menggeleng
kasar dan mengeluh berat sebelum bangki menuju ke pintu luncur dan dibuka
sedikit kasar.
“Kamu tu dah
umur berapa Ariq untuk kamu buat kerja tak betul ni? Papa tak salahkan Naqiah sebab dia belajar
dan perlukan duit. Tapi kamu tu… satu
hal dah intip anak dara orang. Tak
berani nak intip sendiri atau memang dari mula kamu tak adalah cintakan Diah
tapi sebab teruja tengok dia cantik?”
tokok papanya lagi.
Ariq meraup
wajah dan meramas rambutnya yang sedikit tidak kemas. Jaketnya dibuka zip dan kolar kemejanya
ditarik sedikit bagai mahu melancarkan nafas yang semput.
“Ariq mengaku ni
kebodohan Ariq, papa… mummy. Ariq minta
maaf dan Ariq nak bayar semua upah Naqiah.
Tapi bukan dengan cara upah macam tu je…” Bicaranya mati seketika sebelum dia
menjatuhkan lututnya di depan mak dan ayah.
Dahi mummy Ariq
berkerut seribu. Papanya yang baru saja
berpaling juga sedikit pegun memandang.
“Uncle… auntie,
izinkan saya nikahi Naqiah. Saya janji,
saya jaga dia dengan baik. Saya
langsaikan semua upah dia dengan duit hantaran dan mas kahwin. Saya hujani dia dengan kasih sayang
saya. Saya janji, kalau dia nak sambung
belajar sampai Master, saya akan tanggung semuanya. Saya cintakan dia uncle… auntie dan saya
yakin, Diah mengerti,” ujar Ariq berani di depan mak dan ayah.
Tangan mak dan
ayah dipaut. Dia tunduk dan dikucup lama
sebelum mengangkat wajah dan kembali memandang mata mak dan ayah. Ayah memandang mak dan begitulah sebaliknya
hingga semua mata memandang aku.
“Soal Diah tu…”
Ayah berhenti bersuara seketika. Dia
merenung aku kembali dan tersenyum.
“Naqiah
setuju?” tanya ayah padaku.
Aku memandang
sepasang demi sepasang mata. Mata tenang
mummy dan papa Ariq. Mata penuh berharap
milik Ariq dan akhirnya jatuh pada sepasang mata mak. Lama.
“Maafkan Naqi,
mak,” ucapku dengan mata yang mula berair.
Mak
mencebik. “Kamu pergi minta maaf dengan
Diah,” tegas mak.
“Sampai hati
kamu sakitkan hati kakak kamu, ya? Mak
tak tahu nak cakap apa dah Naqiah. Bila
Ariq sendiri lebih pilih kamu daripada Diah?
Mak tak tahu apa yang dah kamu
buat?” soal mak cukup perlahan tapi
sungguh tajam.
“Naqi memang
salah dari mulanya. Salah sebab lahir
sebagai anak mak, mungkin? Lahir tanpa
rela mak, mungkin. Lahir menjadi anak
yang kasar pada mak dan memalukan mak depan Dato’ Seri dan Datin Seri.”
Perlahan-lahan,
aku angkat tubuh. Mereka melangut
memandang aku. Ariq juga turut berdiri
bila papanya kembali duduk.
“Sejujurnya,
saya tak pernah harapkan ini semua terjadi.
Cinta antara saya dan Ariq tak pernah ada, Dato’ Seri dan Datin
Seri. Kalau mak dan ayah nak tahu, cinta
Ariq memang untuk Kak Diah tapi satu je Naqi nak tanya mak… sudi tak mak
sayangkan Naqi macam mak sayangkan Kak Diah kalau Ariq pilih Kak Diah?” Aku mengukir senyum.
“Apa kamu cakap
ni, Naqiah?” Ayah mengucap panjang. Mak gigit bibir.
“Apa yang Naqi
perlu cakap sekarang lepas semua orang berbicara. Naqi tak akan kurang ajar sebab mak dan ayah
dah ajar Naqi untuk bersopan dan menjaga maruah biarpun Naqi macam ni…”
Aku tilik tubuh
aku. Kontra dan terlalu berbeza dengan
Kak Diah. Kepandaian juga berbeza.
“Naqi jangan
buat abang macam ni?” ujar Ariq.
“Tak… Naqi tak
akan lukakan hati mak dan Kak Diah.
Lagipun…” Kata-kataku terhenti
seketika. Wajah Ariq aku pandang.
“… Naqi tak
cintakan abang. Seperti yang dah Naqi
katakan, kita jangan jumpa lagi sebab semuanya salah Naqi. Dari dulu, setiap kali Kak Diah terluka, Naqi
yang kena. Sama juga hari tu, Naqi yang
luka berjahit kena langgar dan Kak Diah hanya calar sikit dekat tapak tangan,
Naqi yang kena tampar. Dalam hubungan,
perlukan restu. Kedua-dua orang
tua. Dengan Naqi, abang pasti menderita
dan Naqi yang akan lebih sengsara. Kak
Diah ada segalanya tapi Naqi kurang semuanya.
Cuma satu yang Naqi nak tanya…”
Aku berpaling semula pada mak.
“… mak akan
peluk Naqi sekali, kan? Mak akan kucup
dahi Naqi dan usap kepala Naqi, kan?”
soalku pada mak dengan airmata yang mengalir bisu bersama senyuman kaku.
Mak nampak
pegun. Bibirnya nampak bergetar tapi
tiada suara yang keluar dan tahulah aku akan jawapan mak yang memang tak pernah
harapkan kewujudan aku.
Sebentar
kemudian, aku pandang semula wajah kedua-dua orang tua Ariq. Pada mereka aku senyum dan mereka juga
tersenyum dengan wajah yang sebak.
“Dato’ Seri…
Datin Seri… saya ke sini sebab Ariq yang
paksa. Saya suruh dia cari Kak Diah dan
saya tak tahu macam mana mak dan ayah saya boleh ada kat sini. Jangan salahkan Ariq atau Kak Diah sebab nanti
banyak hati yang menderita. Cukuplah
Dato’ Seri dan Datin Seri salahkan saya je dan saya akan berlalu dengan
tenang.”
Bicara aku tanpa
henti. Langsung aku tak beri mereka
ruang untuk bersuara kerana aku telah letih berdiam diri demi menelan semua
kepedihan dan sebelum aku berlalu, biarlah mereka tahu akan rahsia di hati
ini. Menderita demi kasih sayang dan
cinta.
“Maafkan Naqi
sekali lagi, mak… ayah…” Kaki aku
menapak pada mereka tanpa aku paksa.
Dimalukan di
depan keluarga Ariq bagaikan tiada apa lagi yang tinggal namun aku yakin yang
maruah aku di depan Tuhan yang satu masih mampu aku pertahankan. Cukuplah sampai di sini.
“… halalkan
makan minum Naqi. Terima kasih lahirkan
dan besarkan Naqi. Beri Naqi pelajaran
dan kini Naqi dah yakin untuk hidup sendiri.
Naqi doakan Kak Diah dan Ariq disatukan.”
Tangan mereka
aku kucup lama masih tidak putus asa berharap moga mak mengusap kepala aku tapi
sayang, bila mak hanya kaku dan aku terus mengangkat wajah. Berpaling tepat pada Ariq.
“Abang,
maaf. Cinta antara kita memang tak
ada. Assalamualaikum semua,” hulurku
mesra dan terus saja berlalu.
Begitu pantas
aku hayunkan langkah kaki tapi Ariq sempat juga melelar pergelangan tangan aku. Menghentikan langkah aku serta-merta biarpun
empat pasang mata masih memandang resah.
“It’s over,” ucap aku separuh berbisik.
Ariq sengih dan
menggeleng. “Nope… this is just a beginning.
You can run but you can’t hide.
Naqi tolak lamaran abang dengan parents kita dan abang tak rasa sesal
sebab pasa asalnya salah abang letakkan Naqi dalam situasi serba salah and bear in your mind, I will pursuing you,
wherever you are. Kali ni tanpa upah
spy tapi abang sendiri akan jejaki
Naqi.”
Aku ketap bibir
dan menelan liur. Bukanlah tidak
merasakan keikhlasan dan keberanian dia tapi seperti katanya, aku
serba-salah. Memilih salah, terpilih
lagilah sukar.
“I
will hide and you can keep on tracking me but please… do not hope…”
“I’m
not hoping. I believe in fate. You and me, we’re meant together. Mummy, papa… uncle dan auntie, jadi saksi
kami…” Kata-kata Ariq membuatkan wajahku
berkerut seribu bila dia memanggil ibu dan bapa kami.
“…satu hari
bilik Ariq yang besar tu akan dihuni oleh kami berdua. Katil Ariq yang besar tu, akan ada tubuh
Naqiah je terbaring di atasnya dan tidur malam Ariq serta jaga siang Ariq hanya
ditemani dia. Anak-anak Ariq hanya akan
lahir dari perut dia dan anak-anak dia hanya akan dibinti dan binkan Muhamad
Nashriq,” ucap Ariq tegas.
Mata aku
mencerlung tajam pada dia. Tak sangka
dia sememangnya berani tapi kenapa selama ini takut berhadapan dengan Kak Diah
tapi dengan aku, segalanya dia luahkan malah tak dihiraukan depan ibubapa kami.
“Behave,
abang. Malu dekat parents kita…”
“Abang lagi malu
sebab kalah dalam permainan sendiri, Naqi,” selanya bergumam.
Aku gigit
bibir. Lama aku kemam bibir dengan
airmata yang tak nak kering. Tanpa kata,
tanpa aku duga tangan Ariq ringan menyentuh selendang yang masih setia terbelit
pada leher.
Perlahan-lahan
dia letakkan di atas kepala aku dan membawa tubuhnya ketepi sedikit setelah
selendang sudah menutup semuanya di atas kepala. Ariq gigit bibir bila kami dipandang semua
orang.
“Anak dara uncle
dan auntie sorang ni, cantik kan macam ni?
Tapi…” Ariq berpaling pada aku.
“… hati dia
lebih-lebih lagi cantik,” putusnya menutup kata dan tak aku sangka, airmatanya
menitik setitik menghantar pemergian aku.
~~~> bersambung
RM : Feel like to cry? Please cry because, RM pon leleh yu :'(
next entry..
ReplyDeleteplezzzzz....
bestnyer kak...huhu...nk cbsa18 leh x..
ReplyDeleteAlahai.......dh nangis sorang2 dh:( tabahnye seorang naqiah!! hmmmm.......sayang Naqi sejuta kali!!!!
ReplyDeletesdihnya..
ReplyDeleteyg psti ariq utk naqi.. :D
sob sob...ayt naqi sgt sadis..kalo nak dia x insaf2 x tau nk ckap apa daaa...
ReplyDelete>>k<<
wa sedehnya,sebak giler.kak RM tq so much 4 this.
ReplyDeletelaju je air mata mengalir, kenapa mak Naqi keras sangat eh... huhu
ReplyDeletesemoga Naqi lebih tabah dan mulakan hidup baru dengan lebih tenang :)
akak....its awesome...xsia2 tgu lma..hehhehe----(@
ReplyDeletesob sob sob :'(
ReplyDeletemaslina aini mat saad
bukan takat nangis kuar air mata...hidung pun menangis nie RM
ReplyDeleteaznati
huwaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewarrrgghhhh..... sedih-medih, pilu, sendu..... why....oh...why....?
ReplyDeletesedih masa nasriq kata yang " anak dara uncle dan auntie yang sorang ni cantikkan macam ni...Tapi hati dia lebih-lebih lagi cantik... "
ReplyDeletewaaa!!! serius sedih masa tu..
sedihhh sngttt !!waaaaa
ReplyDeleteyes!! pertama!!! hahaha... best lah kak rehan!! nak lagi :)
ReplyDeletetinggi impian ariq smpai berangan nk ade anak ngn naqi. sian dorangg..huhu.. rm bg la pic naqi pakai tdungg. saje nk imagine lebihh. hhehe.. love rm kuahhh
ReplyDeleteTerbaikkk...best la RM... Tak sabau nak baca next one
ReplyDeleteMemang dh leleh.best cite ni.sdh jd ank tebuang nsb ada yg syg.
ReplyDeleteterbaik la kak rehan!!tahniah!!
ReplyDeletesedih :'(
ReplyDeleteit' kind of miracle ash menangis beria ia bcoz of novel haha.
ReplyDeletekak rehan berjaya buat ash menangis bce novel for the first time in my life :P
oh my......
ReplyDeletehishhh. meleleh pulak pagi2 nie.... awat nye lagu nie rehan ooiii.. tq rehan...
ReplyDeletesedihnya..bila la mak naqi nk sedar...
ReplyDeleteala sdhnyer...bila la mak naqi nk sdr ni...sob sob..
ReplyDeleteBgenang air mata..cian nye naqi..
ReplyDeleteFor ariq..FIGHTING ARIQ..never gve up..kita org spport dari jauh..haha
kak rm tebaek! Nt up lg ae..huhu
memang akan cry je bila baca n3 cerita ni. sedihnya bila seorg anak terpaksa mengemis kasih sayang daripada seorang ibu yang mengandungkannya 9 bulan dan bersusah payah melahirkannya. mcm x ada perasaan langsung
ReplyDeletex saje2 air mata tumpah d pagi hari....
ReplyDeletenasib baik kat bilik..
kalau x saje2 kena gelak...
next please...
bukan feel lg dah.. mmg dah nangis terus... uwaaaaaaaaaaa.........
ReplyDeletenak nagissss....
ReplyDeleteits really touching....naqi semoga tabah...
ReplyDeletesetiap pagi terus buka untuk mengikuti sambungan selanjutnya... airmata tak usah cakap...
ReplyDeletekeep it up.... the best...
sob..sob....ujan lg arini...uh..uh...
ReplyDeletearghhhh....mmg nk nangis bc entry nie...cian kt Naqi
ReplyDeleteNk lg plz....
ayakkk saya nangis... tolong... tolong...
ReplyDeletesayu hati ... kesian naqi
ReplyDeletemak naqi ni ati batu ke? adeh...emo btul..
ReplyDeleteTak tahu nak kata apa....tapi hatiku sungguh pilu menyaksikan kata-kata Ariq pada Naqi dan dengan linangan air mata membacanya...Rehan sampai hati mama si Naqi tu...
ReplyDeletebest..tahniaah n have a good rest to kak rehan..
ReplyDeletesedihnya........tak diakui anak oleh mak sendiri.....
ReplyDeleteSekurang-kurangnya Naqi dah berterus terang dengan Ibu dan ayah tentang perasaan hati dia selama ini.... kasihan Naqi .....
ReplyDeleteMak Naqi dah orang x anak awak yang bernama Kak Diah nak buat apa paksa.... bolehkah kak Diah bahagia dengan Ariq ....
tisu..... mana tisu.... hukhukhuk....baru sampai opis tapi dah leleh la.... nice n3 RM
ReplyDeletesedihnya RM. Akhirnya dpt juga Naqi luahkan perasaan dia.
ReplyDeleteKlu mak dia masih tak dpt terima juga tak tahulah.
KMas
mmg menangis la RM..pepagi lagi dh basah pipi.. tp tersangatlah melting ngan ikrar si ariq tu..
ReplyDeleteMemang leleh....sedih..huhuhu...tq.
ReplyDeleteNangis jgak!!! Kesian nye Naqi...Ariq, make sure u keep ur words, nk jaga Naqi bagai sumer...
ReplyDeletehuwaaaa...sdihnye..kalo mak naqi x seda2 jgak xtau la....haisyyy...keras ati maknye pun...
ReplyDeletebercucuran airmata membaca entry kali, sedih bila seorang ibu menolak permintaan seorang anak yg menagih kasih, sedih bila cinta ditolak, sedih apabila diri berada di persimpangan dan memerlukan utk memilih.. Next entry please...
ReplyDeleteMADE ME CRY........
ReplyDeletewaa..semuanya Naqi dh luahkan..klu mak dia x phm2 gak xtau la..manusia pelik tuh..
ReplyDeleteadoi..air mata x blh nk stop nie..
RM punya pasal la ni..hehehe
thx RM..
love u..
kak! meleleh sy pagi2 ni..
ReplyDeletealaaa n3 kali ni wat sebak..tgh cover sdih ni.dh la kt opis.sob sob sob ....RM nk n3 lagi...
ReplyDeletesedih woooo...sob sob...pagi2 lg kene cari kotak tisu...gud job RM...
ReplyDeleteishhh, syedihnya..betul2 buat meleleh..cepat2 sambung ya..x sabar
ReplyDeletekesiannya naqi. semoga mak naqi dapat rasa betapa siksanya anaknya tu. harap2 cinta ariq dapat menyembuhkan hati naqi
ReplyDeleteCepatlh n3 baru, ptg ni exam....curi masa baca coz nk tahu kisahnya.
ReplyDeletePLz yer rm, n3 baru segera
aduhaiiii...........sambungan plzz..
ReplyDeleteAiyork RM.... nak nangis tapi terpaksa tahan, sebab kat ofis ni dik non oooiii! Thumbs up dear.
ReplyDeleteWaaaa...mmg nk menangs..huhuhu
ReplyDeletesedihnya.....airmata laju aje mengalir....kesiannya naqi sanggup lupakn perasan sendiri demi menagih kasi seorg ibu....
ReplyDeletenk entry seterusnya... bestnya
ReplyDeleteaduhai sedihnye....nak sambung lagi RM
ReplyDeleteyes i'm crying now.... sampainya hati mak dia...mak yg jenis macam apakah itu???? taniah unt Ayah Naqi yg berani bersuara, that my man...
ReplyDeleteAyahhhhh!!!! tolong nikahkan mereka ....
Nasib baca masa orang x. Meleleh air mata & air hidung. sedihnya. Bijak RM bermain kata. X sabar nya tahu akhirnya...
ReplyDeletebetul, rezeki anak-anak ni berbeza. penerimaan anak-anak kepada org tua mereka juga berbeza. x mustahil nanti anak yang ibu/bapa agungkan, sayang lebih2 akan pinggirkan ibu dan ayah mereka. dan anak yang dinafikan kewujudannya yang akan menjaga mereka dihari tua. rasanya diah pun begitukan RM?
ReplyDelete~nor..
sedihnya......airmata menitis....gentlemannya ariq dan parents dia open minded..tapi mak naqi hati batu
ReplyDeletenak lg please.
ReplyDeletekak rehan, next entry please.asap.boleh ketagihan ni :) _lyn
ReplyDeleteTerbaekkkk!!!!!
ReplyDeleteuwaaaaaa memang meleleh air mata ni RM, sedihnyer..syahdu sangat... ibu membezakan anak2 nyer, sangat sedih...macam dapat rasa perasaan Naqi :((
ReplyDeletecry cry cry cry...RM...awak dah menyebabkan saya habiskan satu tisu plastik kecil...
ReplyDeletewaaaaaaaaaaaaaaaa.....TABIK la kat Ariq......gentleman...Naqi terimalah Ariq ( sambil taip sambil lap air mata )
HH_814
i'm crying too...
ReplyDeletewaaa...bravo ariq...bravo ariq..touching giler..
ReplyDeletesedeynya!!! ada ke kisah mcm ni kat luar tu?? tlg la jgn ada... RM mmg terbaik!!
ReplyDeletehuarghhhhhhhhh....... tangkap leleh
ReplyDeleteoh my Allah. besarnye pengorbanan naqi. at least dia dah luahkan segala dekat mak dia, x tahulah kalau dengar camtu still x faham2, memang keras betul hati mak dia.
ReplyDeletewwannurr.........
ReplyDeleteRm meleleh ayaq idung ..........cedihhhhhhh bebenor
wwannurrr..........
ReplyDeletebaru lah mak naqi ternganga dengar apa yang naqi luah dia ingat anak2 ni boleh dibuat main..tak nak luah pa yang dia dah buat...siang naqi
kak rehan,, huwaaa,, meleleh air mata .. tabahnya naqi,, n,, ariq sgt3 berani,, suka dia..! best,, nk next n3 pleaseeee... ><
ReplyDelete-athirah-
huhuhu...sedih
ReplyDeletewarghhh...sedihnyer kak RM...tp still nak lg..
ReplyDeleteRM lau nk di buku kan , sy nk tmpah awal2 ...
ReplyDeletebest cgt ...
tak thu nak komen apa dah . nangis dibuatnya
ReplyDeletewaa.. sedeynye.. and yes i`m cried..
ReplyDeletesobsob...sedeynye.....
ReplyDeleteplzzzzzz......new n3
ReplyDeleteSedihnyerrr...next entry please kak rehan..jiwa tgh kacau ni..lyan cter kak rehan blh ngis2..huhu.. :(
ReplyDeletesedinyer... tk henti2 air mata ni mengalir, x sabar nak thu entry seterusnye
ReplyDeleteHuwaaaaaaaaa.... sedey..
ReplyDeleteSalam RM
ReplyDeletesaya suka entry kali ini, akhirnya Naqi berjaya juga
luah perasaan yang terbuku.
s for Ariq,, bravo sebab berani meluahkan rasa cintanya
di hadapan kedua2 parents.
baca tulisan RM ni mmg tak membosankan. excitednya
sama seperti ketika membaca kisah Lit n Usop.
sedihnya...kasih ibu tiada galang gantinya..rela lepaskan cinta demi utk secebis kasih sayang.... -along eza jumel-
ReplyDeletecik writer, next entry plezzzzz..
ReplyDeletekagum dengan ketabahan cinta nur naqiah.watak dy sangat hidup!tapi kagum lagi dengan idea kak rehan yang superb amat!
ReplyDeletekak rehan da buat saya nges berliter2..... hwaaa!!!!!!
ReplyDeletekagum dgn ketabahan ariq n naqi....... u're my beloved, favourite and the most superb writer tht i've seen..... serious!!!!!! u're the best kak rehan
-Song Hyun Sun-
sambung please...aduh, nangis dah aku...pedih giler rasa jadi anak terbuang...sakitkan rasa tu...sambung cepat tak sabar nak tau kesudahan citer ni...
ReplyDeleteCry like crazy... Huhuhuuu.. HuhuaaaaaAaaaa.... T_T
ReplyDeleteT_T
ya... ya. rasa nak leleh. huu.
ReplyDeletealahai... nangis lagi! huhuhu!! Kak RM,nak lagi kak! terima kasih!
ReplyDeletegigih menanti CBSA 18...
ReplyDeleteHehehe seyes sedey gila citer ni sy br berkesempatan buat marathon bc citer ni dr bab satu sampai 17 memang betul2 terbaekla... Huhuhuhu
ReplyDeleteTahniah Rehan kerana pandai bermain kata hingga membuai perasaan.Semoga terus berkarya
ReplyDeleteRM cerita ni pun akan diterbitkan ker??? alahaiiii rindu menunggu next entry ni....ada sambungan tak????
ReplyDeleteSedih betul citer ni... Sampai menangis jgk la... Huhu... Owh, Naqiah sungguh luhur hati mu... RM Tahniah, btl2 menyentuh hati...
ReplyDeleteSedih giler cita ni . Meleleh air mata saya RM . Betul2 menyentuh sanubari ni ... sob sob sob
ReplyDelete