Tuesday, January 15, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 3


BAB 3

BAHUKU ditepuk orang.  Aku berkalih ternyata Izue dan Alan tersengih.  Mengambil tempat duduk di depanku, di Taman Tasik Shah Alam.  Lengang dan agak panas.  Menghangatkan lagi tubuh aku.  Menaikkan lagi suhu badan.  Berdengung kepala.  Bengang. 
“Awal balik?” 
“Jumpa lecturer untuk hantar paper work je pun.  Mana ada kuliah dah.  Dah mula study week,” jawabku malas. 
Alan sengih.  Botol 200ml air 100 plus diletakkan di depanku. 
“Minum ni.  Bagi segar sikit tubuh tu.  Nampak lemau je.  Demam tak baik lagi ke?”  soalnya.
Aku mencebirkan bibir, mengangkat kening tinggi. Lepas berhujan berembun, terus aku demam.  Selama ni  jarang.  Barangkali demam terkejut dipeluk seorang lelaki. 
“Sakit kepala lagi.  Rasa terbakar je dalam kepala ni.  Ingat nak balik tidurlah,” jawabku lemah dan terus menekup muka pada meja. 
“Nah, minum ni dulu,” suruh Izue pula.
Aku mengangkat wajah dan memandang kedua-duanya.  Botol yang sudah dibuka penutupnya itu disuakan lagi.  Aku capai dan aku dekatkan ke bibir.  Separuh botol aku teguk bagi mengembalikan bendalir dalam badan. 
“Datang dengan apa hari ni?” 
“Ayah hantar.”
“Balik?” 
Bahuku terangkat.  “Teksi kot.  Nak jimat naik bas.”
Mereka berpandangan. 
“Mak kau?” 
“Dah janji nak bawa Kak Diah pergi mana entah.  Ayah ada meeting katanya.  Tak sempat.” 
“Motor?” 
“Ayah tak bagi naik motor.  Takut pening katanya.”
“Pulak dah!”  Serentak mereka mengeluh. 
Aku memandang ke atas.  Bosan.  Mula terasa punyai dua orang abang yang sangat mengambil berat.  Ada masanya, aku rasa Izue dan Alan over-react.  Tapi, merekalah teman merekalah musuh.  Tempah mengadu, tempat bertelagah.
“Kak Diah kau tu manja betul, ya?”  soal Alan padaku.
Aku mencemik.  “Tersangat manja dan bajet.  Kadang-kadang dia over-react.  Nak-nak bila mak dan ayah aku memang sayang dia lebih.  Anak gadis yang lemah lembut mendengar kata.  Bukan macam aku,” ujarku tak ubah macam berjauh hati. 
Izue ketawa halus.  Alan sengih, menggaru kepalanya. 
No comment.  Tak pernah jumpa Kak Diah kau.  By the way nama dia siapa?”  Alan menyoal penuh minat. 
Aku pandang dia lain macam.  Aneh saja soalannya.  Seperti ada udang di dalam mee udang Kuala Sepetang. 
“Cinta Nur Nadiah,” jawabku.
Mereka mengangguk.  “Dah ada yang panggil dia Cinta ke?”
Kali ini, aku tawaku terhambur.  Lucu dengan persoalan Alan.  Nampak lain benar.  Seperti menaruh minat pada Puteri Gunung Ledang itu. 
“Belum.  Dia tengah busy nak exam masuk belajar medic dekat UKM,” jelasku.
Kepala Alan terangguk-angguk.
“Minat ke?” 
Wajah Alan terngadah.  Dia tersengih tak menjawab lantas bangkit berdiri tegak. 
“Merepek je semua.  Jomlah, kami hantar balik.  Aku nak jumpa Fendy pulak.   Ada hal.  Datang ni sebab kau cakap lepak sini.  Nah…”  Alan menghulurkan sekeping sampul berwarna coklat gelap padaku.
“Apa ni?”  Lambat-lambat aku menyambut. 
“Duit persembahan tiga hari sudah.  Fendy bagi siap-siap.  Aku tak tahu pun kau punya berapa.  Kalau rasa tak cukup, biar aku dengan Izue top-up balik,” ujar Alan. 
Dia sentiasa begitu.  Kerana itu aku sentiasa berasa selamat dengan mereka berdua.  Rasa dimanjai.  Fendy?  Erm… boleh jadi kawannya hari tu.  Yang nyanyi tak cukup lagu. 
Thanks…”  Sengihku melebar.  Tubuh ini aku angkat juga. 
“Amboi, dapat duit terus sihat?”  usik Izue dan serta-merta aku buat tubuh lemau. 
“Adeii… kot ya pun janganlah ingatkan aku tentang sakit tu,” tegurku tak puas hati.
Di saat hati ini bergembira dengan rezeki kali ini, dia pula mengusik.  Hancur! 
By the way, we got one more news for you?” 
Good or bad news?” 
Izue sengih.  Alan senyum dan menarik pintu keretanya lalu menyangkut kedua-dua belah sikunya pada bumbung kereta. 
“Satu bad news and the other one is good news,” jelas Alan.    Dia memandang Izue mengisyaratkan agar Izue memberitahu aku yang selebihnya. 
“Yang bad dulu.  Nanti baru good.  Sembuh sikit hati walang dengar bad news,” suruh aku teruja. 
Okay then… berita baiknya Fendy nak jadikan kita ahli band tetap dia.  Siap ada sponsor bagai.”
Wow… impressive.”  Keningku terangkat. 
The other one is… his friend named Ariq already had your phone number,” sambung Izue teragak-agak. 
“La… itu bukan bad news la, guys.   Itu kan good…”  Tiba-tiba suara aku mati.  Terasa pelik dengan nama yang disebut oleh mereka. 
Mata Alan dan Izue aku pandang dalam-dalam. 
“Siapa?” 
“Ariq,” jawab Izue.
“Nashriq,” tokok Alan.
That guy who were by my side last two night?”  tanyaku dengan mata yang terbuntang luas. 
Bila kedua-duanya mengangguk, aku menjerit nyaring. 
This in not a bad news, guys… this is the worst news I ever heardOh God… apa yang korang buat ni.  Korang tak sayang aku ke?  I hate that guy much.  He’s a jerk!”  Aku terus saja masuk ke dalam kereta seusai berkata demikian. 
Apa dah jadi ni?  Ingatkan lelaki itu, jantung ini tak reti hendak duduk diam. Resah semacam apatah lagi mengingatkan dia adalah lelaki ‘ketam pokok’. 



ARIQ sengih biarpun hujan masih merintik kasar.  Laungan teman-teman langsung tidak diendahkan.  Bila aku mahu melangkah, dia mengeratkan rangkulan pada pinggangku. 
Err… got to go.  We are done!”  tegasku dalam berani-berani takut untuk memegang tangannya tapi aku tolak juga tangan kasarnya itu. 
Yeah…I tahu you all dah siap.  Tapi I rasa nak kenal you lebih sikit.  Boleh tak?”  soal dia, berterus-terang. 
“I rasa you kan yang dekat surau sana.  Kalau topi you tak tertanggal dan rambut you ni tak terurai, I tak tahu you perempuan.  Oh one more, your voice. Sangat merdu,” puji dia.  Pujian bermakna pada fikiranku. 
“Eh, mana ada saya kat sana.  Saya datang tadi terus ke sini,’ dalihku biarpun dalam hati sudah rasa tidak senang. 
And thanks for the compliment tapi tolong… lepaskan saya,” pintaku sedikit keras dalam bisikan.
Ariq sengih.  “Kan hujan ni.  Kita jalan sama ke sana…”
Aku mendongak ke langit.  Hujan… ya memang hujan dan masih lagi agak lebat.  Rambutku sudah berjuntai ke dahi.  Rambut Ariq juga.  Tapi, bibir itu tetap tersenyum. 
“Bawah jaket ni, berpayung berdua?” 
Dia mengangguk. 
And we’re wet after all,”  sinisku. 
Ariq melepaskan jaketnya dari atas kepala kami. 
“Alang-alang berhujan.  Biar kita basah bersama.  By the way, wha’s you name?”
Ada ke tanya nama di tengah hujan yang lebat ni.  Aku memandang ke arah ruang legar kawasan lobby.  Alan dan Izue di situ. Yang lain juga dan yang seronok, menonton drama kami.  Memori dalam hujan tapi tiada daun pisang. 
Sorry, gitar I basah.  I jalan dulu.”  Bila saja aku lihat Ariq tersengih-sengih memandangku, pantas aku meloloskan diri dan berlari laju. 
Bila tiba depan Alan dan Izue, dua-dua pegun dengan wajah tak percaya.  Silih berganti memandang antara aku dan Ariq yang juga berteduh dan berada di kelompok bersama dengan Fendy. 
“Naqi,” seru Izue dan Alan.
“Aku nak balik,” tekanku.  Mula tidak selesa bila dijadikan bahan tumpuan dan tajuk perbualan. 
“Okey… okey… tunggu hujan reda dulu,” pujuk Izue.
Nope, Izue.  Now!”  Seperti memberi arahan, aku bersuara.  Izue gugup, Alan  mengangguk.
Yes, sister.  Kita balik,” ajak Alan matang. 
Setelah mengisi gitar dalam beg, meletakkan semula topi di atas kepala dan mengenakan jaket bagi menutupi tubuh yang sudah ternampak lekuk sana sini kesan daripada hujan tadi, aku sudah bersedia hendak melangkah. 
Tak sempat memulakan  langkah pertama, aku terhenti lagi. 
What they call you?  Naqi?”  soal Ariq tiba-tiba. 
Aku menggeleng.  “Not your business,” tempelak aku geram dan bila aku melangkah lagi, aku kembali terdengar kata-kata ayah, pesanan mak dan sindiran Kak Diah. 
Ini semua tak betul.  Bukan ini yang mahu aku cari dalam mengisi waktuku menjadi ahli muzik.  Bukan seperti ini.  Bukan berharap ditemukan dengan lelaki ketam pokok seperti Ariq dan dipaut  semudah itu oleh lelaki sejengkelnya. 
Airmata aku menitis.  Malu pada diri tiba-tiba. 


“NAQI.”
Aku masih buat tidak tahu bila mana Izue memanggil.  Sakit hati sungguh mengingatkan peristiwa malam itu.  Peristiwa yang membuatkan aku jatuh demam dan juga hati ini tertoreh sakit. 
“Cinta Nur Naqiah!” 
Kali ini baru aku berpaling dengan wajah yang monyok.  Izue menyengetkan kepalanya pada Alan dan Alan pula berkalih 180 darjah padaku.
“Kita dah sampai.  Masuk rehat.  Duit tadi kalau rasa tak berbaloi, bagi tahu aku.”
Tanpa membalas kata, aku mengangguk dan menolak pintu kereta.  Melangkah malas tapi langkahku terhenti bila Alan menjerit. 
“Kirim salam dekat Cinta Nur Nadiah.  Nadiah… bukan Naqiah!”  tempik Alan. 
Tak sempat aku mengangkat penumbuk, keretanya sudah menderu laju.  Kata Alan, Fendy secara tak sengaja mendedahkan nama kami pada Ariq sewaktu Ariq dan temannya datang membuat bayaran penuh untuk persembahan kami. 
Dan mujur juga, bila Izue dan Alan hanya memberikan nama panggilanku iaitu, Naqi saja pada Fendy dan yang pasti, minat aku  untuk mengikut serta dalam band Fendy, lebur.  Entah mengapa.  Rasa berat hendak nyatakan persetujuan pada Izue dan Alan lantas aku menolak tanpa berfikir  panjang lagi.  Yang pasti, hati semakin tidak sudi. 



TUBUH aku hempas kasar ke tilam.  Rumah sepi tanpa penghuni.  Ayah dan mak sentiasa sibuk dengan kerja tapi tak pernah mengabaikan kami.  Hanya sejak akhir-akhir ini semakin nampak mereka melebihkan Kak Diah.  Boleh jadi kerana Kak Diah adalah bakal doktor tapi aku, sekadar mengambil jurusan Senibina  yang entah mendapat tempat pekerjaan atau pun tidak, aku tidak tahu. 
Baru hendak melelapkan mata bagi meringankan kepala yang sarat, telefonku menjerit nyaring.  Tanpa melihat pada skrin, aku hanya menyentuh skrin lalu melekapkan ke telinga.
“Ya, Naqi here,” beritahuku pada pemanggil yang sepi di hujung talian.  Langsung tidak menyapa. 
Yeah, I know.”
Seperti terkena renjatan elektrik, aku terus melompat dari katil.  Terkejut bukan kepalang.  Nashriq!
“You!”  tekanku dan dia ketawa.
“Dah dapat duit?” 
Aku pandang sampul coklat yang terdampar di atas katil itu lama. 
“Ya… you ke kawan pada Fendy tu?” 
“Ya... dan majlis tu kawan I punya.  Dia nak ke overseaMigran.  Itu  yang buat farewell tu and hanks to you sudi perform last song malam tu.”
Yeah… welcome.  Kawan you maksudkan tu kawan yang guna pokok ketam tu ke?”  Tawaku meletus tiba-tiba.  Dalam serius tergelak juga mengingatkan peristiwa tentang ketam pokok itu. 
“Hah?  Maknanya betullah you yang dekat surau malam tu, kan?  Yang terkalih-kalih pada I, kan?”  tanya dia tak puas hati. 
“Erm… kalau ya pun benda dah lepas.  Tak ada apa pun,”  jawabku mendatar. 
Ariq ketawa.  Jauh sedikit suaranya daripada telefon tapi tidak lama suaranya kembali bergema. 
Shall we meet?”  ajak dia spontan. 
Mataku yang terasa hampir terkatup ini kembali terjegil.  Jengkel sedikit dengan ajakan begitu.  Semudah satu tambah satu.
“Hah… tak ada pasal cari pasal nak jumpa… buat apa?”  cemuhku. 
Ariq masih dalam tawanya tapi kedengaran kian tenang. 
“Ada pasallah baru I ajak jumpa,” balasnya. 
“Kalau tak I akan terus call you sampai you sudi nak jumpa I…,” sambung dia mengugut.
Aku mengeluh.  Rasa nak sepak Si Fendy tu biarpun aku tidak pernah kenali dia.  Hanya pertama kali bersua dan kini aku yakin, pelawaan Fendy untuk aku ikut serta dalam bandnya akan kutolak mentah-mentah dan saat ini, jelas terbayang keluhan Alan dan Izue. 
Tapi, bila terlintas satu perkara di dalam kepala, aku jongket kening pada diri sendiri.  Why don’t you give a try, Naqi?
When?”  Laju saja lidahku bertanya membuatkan Ariq ketawa. 
“Bila-bila masa saja you free.”
“Dengan syarat…” 
“Siap bersyarat?” 
“Kalau tak nak, I hang-up the phone,” ugutku. 
Okay wait.  Apa syaratnya?”
Aku sengih lebar.  Niat sudah ada.  Perlu jalankan saja.  

~~> bersambung

20 comments:

  1. Wah.......bestnya....... Semakin menarik! Wonder apakah syarat yang Naqi nak kenakan pada Ariq?....

    ReplyDelete
  2. hehe..pe agaknya syarat naqi ?
    serius best!. nk lg!
    -HANA-

    ReplyDelete
  3. kak, seriously makin menarik...x sabar nk bace

    ReplyDelete
  4. arghhh....sasau dah baca ni...

    ReplyDelete
  5. biar naqi jual mahal sikit -.-'

    ReplyDelete
  6. RM...best jugak cerita remaja ni. Cepat sambung ya.

    ReplyDelete
  7. Bla dh sangkut ni konpmn tak leh benti dh..asik nk n3 br je la ni

    ReplyDelete
  8. hihihi asyik tersenyum x nk benti mcm ne ni, RM?

    ReplyDelete
  9. best sangat!!!!
    RM continue..

    ReplyDelete
  10. naqi nk buat ap nie.... adush... :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  11. Dare devil juga naqi nie yerk... apa pun thumb ups untuk cik writer....

    ReplyDelete
  12. sian naqi mcam terpinggir dgn keluarga sndiri...mujur ada kawan2 macam alan & izue yg sentiasa dengn dia..

    ReplyDelete
  13. hoho...naqi is up to something...

    ReplyDelete
  14. migrant should be migrate kan...

    ReplyDelete
  15. best sangat Kak RM .. sambung la bg de habis

    ReplyDelete