BAB 4
TUBUH langsing
Kak Diah dilanggar olehku. Tak sedar
bila dia masuk ke dalam rumah. Mujur
masing-masing tidak tertonggeng depan porch. Sebuah teksi sudah menderum laju meninggalkan
perkarangan rumah kami setelah menurunkan Kak Diah.
“Kau dah sihat
ke? Dah okey? Hantar dah kertas kerja?” tanya Kak Diah
setelah puas merungut.
Aku mengangguk sambil menyarung stokin. “Baru balik ni.”
“Dah tu nak pergi
mana pulak kalau baru balik? Mak pesan
suruh kau dok rumah teman kakak,” ujar Kak Diah dalam bentuk arahan. Bukan pesanan mak.
“Naqi ada hal
sikit.” Seraya itu, aku sarungkan sneaker ke kaki. Kali ini warna merah pula. Juga dari jenama Nike.
“Mak suruh teman
kakak!” tekan dia dengan mata yang melilau ke jalan raya.
“Kakak ni
kenapa? Selalu suka dok sorang, Naqi tak
kacau. Ini lain macam je? Siap nak berteman siang-siang buta ni. Bukan suka ke Naqi tak ada?” sindirku dengan bibir yang herot.
Kak Diah
merengus. “Hari ni berkecuali. Kakak rasa ada orang stalk kakaklah, Naqi,” beritahu Kak Diah, memberi penjelasan pada
wajah cuaknya dan permintaan tak masuk akal itu.
“Kakak cantik…
haruslah ada orang stalk. Macam tak biasa?”
Ya, Cinta Nur
Nadiah memang cantik. Berbeza dengan
Cinta Nur Naqiah. Ada masanya aku merungut, kenapa mak dan ayah
letak nama kami ada Cinta pada pangkal nama?
Kan
elok nama aku Naqiah saja. Pasti tak
diejek oleh teman-teman sekolah dulu.
Tak sesuai katanya.
Aku berbeza
dengan Kak Diah. Segala ciri-ciri
perempuan Melayu terakhir ada padanya.
Duduk yang tak pernah memasang sila, melainkan menyilang simpuh saja. Kaki tak pernah terangkat tinggi, melainkan
sopan di bawah meja.
Percakapan
dengan orang lain, lembut gigi dari lidah.
Hanya sesekali dengan aku saja, lidah dia juga menjadi keras. Marah.
Mak dan ayah menyayangi dia. Aku
juga. Tapi, rasa macam tak dihargai
dalam masa yang sama. Dalam kepala
pernah terlintas, boleh jadi aku anak angkat mak dan ayah tapi bila sijil
bersalin membuktikan mak dan ayah kami sama, aku hanya terima bulat-bulat. Ini
kisah zaman kanak-kanak tapi sekarang terasa balik.
“Kali ni lain.”
“Lain macam
mana?” Aku mula tidak puas hati. Sudahlah janji dengan mamat ketam pokok
ni.
“Kakak rasa…”
“Jangan main
rasa-rasa. Kalau nak penambah perasa,
pergi dapur letak ajinomoto banyak-banyak.
Cepat botak rambut kakak yang
cantik ni,” sinis aku lagi lantas aku berlalu menuju ke arah motor Skuter Ego
yang sudah agak uzur. Ayah tak nak beli
baru hingga aku sudah bekerja sendiri.
“Naqi!!”
Jeritan Kak Diah
tidak aku peduli.
“Kakak adu dekat
mak!”
Tangan aku
angkat dan melambai tanpa memandang wajahnya dan bila aku berpaling, dia
menghempas pintu rumah kuat. Setahun
lagi, mak dan ayah dah kena tukar pintu baru kerana anak kesayangannya.
DARI JAUH mataku
sudah ternampak susuk tubuh lelaki itu.
Lelaki yang baru aku kenal dan kini perlu bertentang mata lagi untuk
sebuah syarat yang aku mahukan.
“Cantik
motor?” tegur dia bila aku hentikan
motorku tepat pada keretanya di bahu jalan.
Dia tenang
memeluk tubuh. Rambutnya diselak sedikit
dan tali lehernya dikemaskan lagi.
Sedangkan sudah sedia kemas tapi nak nampak lagi kemas. Apa
yang aku sedari, kemeja biru laut yang tersarung pada tubuh sasanya itu
langsung tidak berkedut. Tak kerja
ke? Tak duduk bersandar pada
kerusi? Renungan mata aku mula pelik.
“Renung
apa?”
“Kereta. Kacak kereta?”
puji aku mencari dalih.
Ariq
ketawa. Disentuh sedikit keretanya
sebelum memandangku kembali.
“Kereta ke orang
lagi kacak?”
“Erm… apa-apa
jelah. So, nak jumpa saya kenapa?”
Mudah, aku terus pada tujuan. Objektif yang membuatkan dia mengajak aku
keluar.
“Saja… nak minta
tolong,” jawab dia.
“What kind of help?” Sesekali aku betulkan duduk di atas
motor. Malas nak turun. Mudah hendak memecut sebentar nanti.
“What kind of term?”
Aku memandang ke
atas. Sinis. “Saya tanya dulu…” Suara dah berubah.
“Ops… sorry Naqi. By the
way, abang perlukan pertolongan.”
Erk… abang
pulak? Apa masalah dia? Suka-suka dia up-gradekan dirinya menjadi abangku.
“Abang?”
“Yeah… abang
rasa abang jauh lagi tua dari Naqi, kan ?”
Aku angkat sebelah
kening dan menilik dia dari atas ke bawah.
Nampak terlalu matang hendak dibandingkan denganku.
“Yeah… that’s right. So?
Apa masalahnya sampai ajak jumpa ni?”
“Abang nak minta
tolong?”
“Tolong yang
macam mana tu dan kenapa saya? Sedangkan
baru jumpa sekali dan baru jugak kenal?
Itupun kenal tak kenal jugak.
Jadi, kenapa saya dan bagaimanakah pertolongan yang diharapkan
itu?” soalku tenang.
Ariq menggeleng
bersama senyuman tipis. Nampak kacak
sungguh. Huh, cepat-cepat aku palingkan
wajah ke arah lain. Takut tergolek dari
atas motor ni. Payah nanti.
“I think you are capable to do that job for
me,” ujarnya membuatkan aku terus berpaling, memandang tepat ke dalam
matanya. Nampak lain macam saja.
“Apa maksud
tu?”
“Tak ada apa
maksud. Yang pasti, ada upah? Nak beli gitar baru, kan ?”
Haih… dia
ni. Tak menjawab soalan.
“Ya tau nak
minta tolong tapi pertolongan yang macam mana?”
Kali ini aku sedikit menekan bila kali kedua sudah aku bertanya.
“Adalah… nanti
abang cakap.”
“Ergh…” Aku merengus geram.
“Kalau setakat
macam ni je ajak jumpa, baik cakap dalam telefon je. SMS ke.
Tak penat orang nak datang sini,” bebelku geram.
Ariq
ketawa. “Saja nak tengok wajah comel
ni. Pertama kali pun dah buat hati
teruja, kali kedua masih sama. So, you are the right person for me.”
Aku menelan liur
menerima kata-kata Ariq. Rasa kesat saja
laluan dalam tekak.
“So, apa pulak
syaratnya untuk tolong abang ni?”
“Err… syarat
ek?” Aku baru teringatkan syarat yang
jenuh aku fikir bila Ariq bertanya.
“Emm… satu
je. Tak banyak. Buang nombor telefon saya dari name list abang.”
Huh, aku pun dah
panggil dia abang dan tak tahu kenapa.
Boleh jadi kerana aku amat yakin dengan kata-katanya yang kami sangat
berjarak. Boleh jadi dalam lima tahun agaknya.
Jari telunjuk
Ariq bergoyang ke kiri dan kanan bersama gelengan yang panjang. Tanda tidak bersetuju dengan syarat aku.
“Itu tak boleh
sebab kerja ni nanti akan membuatkan kita saling berhubung.”
Aku mula rasakan
sesuatu. Sesuatu yang aneh bila aku
yakin yang Ariq sedang mengorat aku dan ini tidak boleh. Nanti mak dan ayah bising.
“Kalau macam tu,
tak boleh tolonglah…”
“Abang kacau
Naqi seumur hidup,” cantas Ariq.
Aku
mengeluh. “Apalah salah saya pada
abang?” Sedih suaraku bertanya. Tapi, Ariq hanya tersengih.
“Salah tu tak
tapi siapa suruh buat abang jatuh hati dengan stail Naqi tu?” tanya dia mengenyitkan mata.
Aku tersedak air
liur sendiri. Rasa kelat dan payau
saja.
“Ermm… ada upah,
kan ?”
“Yeah… ini kerja. Tak ada yang free dalam dunia ni, Naqi,” ujar dia.
Aku mengangguk
sudahnya.
“Untuk berapa
lama?”
“Sampai dapat,”
jawab Ariq pantas.
“Upahnya?”
“Lepas kerja dah
selesai.”
Keluhan tipis
aku lepaskan. Helmet aku buka dan aku garu kepala dan ketatkan ikatan rambut yang
sedikit longgar. Mata Ariq aku
pandang.
“Full settlement,” giat Ariq lagi.
“After I finish my final, okay?”
“Berapa lama?”
“Two weeks…”
“Up to you tapi abang harap kita
selesaikan secepat mungkin. Naqi senang,
abang lagi senang hati,” tambah dia dan aku hanya mengangkat kening dan
bahu. Beralah.
“Kalau macam tu,
ada kontrak? Sign-sign mungkin?” Bibirku mencebir.
Ariq
ketawa. “Tunggu abang sign surat depan imam dulu, masa tu baru Naqi sign kontrak penerimaan duit gaji tu and without prejudice.”
Mata Ariq
dikedipkan sekali. Aku semakin
resah. Jujur aku katakan, kalau semua
hendak mengata aku perasan, ya memang.
Tiap ayat Ariq jelas dia mahu mengayat aku. Tapi, bila dia berpaling… rasanya
tidak. Matanya memang merenung tapi
renungan itu biasa.
Tiada yang
lain. Sama seperti Alan dan Izue
merenungku. Sama juga seperti aku
merenung ke arah Izue dan Alan. Tiada
beza langsung. Lalu aku… kecewa
sikit.
“Okay,
Naqi. Nanti abang call.” Tangan Ariq berada di
telinga. Buat gaya orang sedang bercakap telefon.
“Tapi, kerja
apa. Cuba cakap dulu…”
Ariq tak jadi
melangkah. Dia kembali menapak ke
belakang dan mendekatkan bibirnya ke telingaku sambil melipat lengan bajunya
hingga ke siku. Nafas Ariq hangat
menyentuh peluput telinga dan aku meremang bulu roma. Mataku terjojol. Sekali salah faham. Tepuk dahi sendiri. Ariq berlalu bersama tawa. Kerja gila!
PINTU bilik
diketuk kuat. Tak sempat hendakku beri
izin, wajah Kak Diah terjengul, tersengih dan terbajet pulak wajahnya.
“Mak panggil,” katanya
dengan nada yang sangat jengkel.
Aku bangkit dari
pembaringan. Baru saja hendak membalas
pesanan daripada Ariq. Pesanan yang
datang setelah aku selesai solat Maghrib tadi.
Pesanan dalam bentuk arahan.
Arahan gila untuk aku pikat perempuan yang dia cinta. Pikat perempuan untuk dia sedangkan aku juga
perempuan. Itu yang pelik.
Bila aku tanya,
Ariq punyai jawapan yang kukuh. Letih
biarpun sekadar mendengar. Tak mampu
membalas melainkan mengiyakannya saja demi gaji
yang Ariq janjikan. Tak banyak
tapi agak lumayan untukku.
“Kerana hanya
seorang perempuan mengerti apa yang perempuan nak. Senang untuk abang atur segala yang perlu
untuk pikat dia. Ala … tak susah. Naqi jadi posmen abang dan penyiasat
sekali. Selidik agak-agak dia suka bunga
apa… makan apa… nanti kita atur la. Masa tu mesti dia terharu sampai peluk
abang.”
Aku jelirkan
lidah dengan ayat Ariq. Ada niat hendak memeluk perempuan bukan
muhrimnya seperti mana dia merangkul pinggangku tempoh hari.
“Jadi, saya kena
buat semua tu lah, ya?”
“Sementara Naqi
tak buat apa. Kerja sikit dengan abang
sebab abang yakin, Naqi ada skill mengorat kaum sendiri.” Ariq gelak sakan.
Hatiku
mendongkol geram. “I’m not a lesbian!”
“I didn’t say that but I put my trust on
you. That’s all,” ujar Ariq
penuh yakin.
Aku mengeluh di
luar sedar. Pelik, kenapa dia boleh
memilihku untuk mengatur temu janji pertamanya dengan seorang perempuan yang
katanya, sudah hampir setahun disukai dalam diam.
“Mengeluh
kenapa? Tak dengar kakak cakap mak panggil,”
bebel Kak Diah bila aku diam berangan akan Ariq.
“Yalah… Naqi
turun.” Dengan langkah malas, aku
menapak.
Bila menjeling
pada Kak Diah, dia menjelirkan lidahnya.
“Padan muka kau nanti,” cemiknya dan aku hanya menelan semua
kata-katanya itu bulat-bulat kerana aku tahu apakah yang sedang menanti aku di
bawah nanti.
MATA mak
merah. Ayah yang sedang membelek akhbar
menjeling dari atas cermin matanya.
“Siang tadi
pergi mana?” soal mak bercekak pinggang.
“Balik dari
kampus, Naqi jumpa kawan kejap.”
“Naik
motor?” sampuk ayah.
Aku
mengangguk. Kecut bila dua-dua bermuka
ketat dan aku pula menayang wajah pasrah.
Kecewa dengan Kak Diah lagi.
Sampai hati dia. Bila aku jeling,
dia tenang membelek bukunya tanpa ada rasa apa-apa bila mengadu tentangku.
“Kan dah pesan, jangan
bawa motor tu. Naqi tak sihat lagi,”
nasihat ayah lembut.
“Naqi ada hal
urgent tadi…”
“Kenapa tak
pernah nak dengar kata? Kan mak pesan suruh
temankan Kak Diah. Dahlah tadi mak tak
sempat nak hantar dia balik sebab ada meeting.
Bila mak suruh dia balik naik teksi, ingatkan Naqi ada kat rumah… kalau
tahu Naqi tak ada, mak ajak dia pergi office mak!” marah mak padaku.
Dihamburkan
kata-kata tanpa memikirkan perasaan aku
yang sedang koyak rabak ni.
Mataku yang sudah sedia hangat ini mula terasa basah. Aku tunduk memandang karpet. Menguis karpet dengan ibu jari. Tangan di belakang dan tubuh sedikit
terbongkok. Menanti hukuman.
“Maaf, mak. Naqi memang ada hal… lagipun tadi siang-siang
buta. Kak Diah pun dah besar,” jawabku cuba membela
diri.
“Amboi…
memanglah dah besar tapi dia tu anak dara…,” tempelak mak pula.
Aku ketap
bibir. Kepala aku angkat memandang mak
dengan airmata yang kering begitu saja tak sempat hendak menitis ke pipi. Bila mata mak merah, tak berani aku menjawab
lagi. Sudahnya hanya hati yang
berbicara… Naqi ni anak teruna ke, mak?
Tidakkah mak ada dua orang anak dara dalam rumah ni?
Sedihnya hanya
Tuhan yang tahu. Ayah diam. Kini, semua memandang aku. Wajah Kak Diah juga cuak. Sudahlah hari ni aku lalui penuh teka-teki
dan rasa terkejut penangan Ariq.
Ditambah pula dengan kata-kata mak, rasa nak terjun longkang depan rumah
yang sedalam enam kaki tu.
“Maaf, mak… lain
kali tak buat lagi tapi Naqi nak cakap… Naqi dah dapat kerja,” beritahuku pada
mak. Lembut dan penuh dengan rasa
hormat.
“Kerja apa
pulak? Tak habis-habis dengan muzik
sampaikan malam tu balik basah kuyup, demam… ni ada kerja lain pulak?” sinis mak.
Ayah
berdeham. Dia memandang aku.
“Kerja apa dekat
nak final ni?”
“Lepas final, yah. Kerja biasa-biasa je. Kerja beli surat
khabar lama dengan apek hantar surat
khabar rumah kita tu…”
Mata
masing-masing bulat. Tak percaya
barangkali dengan kata-kataku. Yalah,
seorang anak pegawai kerajaan tapi ini jalan yang aku pilih. Pada aku, jika mak dan ayah berjaya, tak
semestinya aku warisi kejayaan mereka melainkan atas usaha sendiri.
“Dan kalau
boleh, Naqi nak duduk menyewa. Nak rasa
hidup sendiri,” tokok aku lagi dan kali
ini lagilah mata mak terkeluar.
“Tak
bolehlah. Ayah tak benarkan. Kan
rumah ni besar… tak nak duduk bilik atas tu, turun bilik bawah ni. Tak nak duduk bilik depan, pergi pilih bilik
belakang. Ayah tak benarkan…”
“Tapi,
yah…” Aku tak mampu menyambung kata bila
mak mula menjegilkan padaku.
“Hah… biarlah,
bang. Biar dia tahu peritnya hidup kat
luar sana . Senang sikit Diah nak study tanpa bunyi gitar
dia tu,” marah mama meluap-luap.
Aku ketap bibir
menahan rasa. Padanlah perancangan
spontan aku ni menjalar dalam kepala.
Mak memang sedang menunjukkan yang dia tidak senang aku di rumah. Oh sedihnya…
“Erm… nanti Naqi
baliklah rumah, mak… ayah. Naqi janji
tak buat bukan-bukan,” janjiku dengan wajah yang aku paksa menjadi ceria. Bibir yang herot dengan senyuman paksa dan
sengih yang kaku menongkah arus hati
yang menderita. Walangnya jiwa…
“Dah cari rumah
sewa?”
“Alan dan Izue
tolong carikan nanti. Cuma, sebelum
final ni, Naqi nak minta izin dengan mak dan ayah nak duduk sini dulu. Nak fokus.
Dah habis je final, dah mula
kerja, Naqi keluar, ya?”
Spontan aku
mendekat pada mak. Lengannya aku paut
erat, kononnya memujuk biarpun aku yang rasa hendak merajuk. Mak cuba mengelak tapi aku paut juga
erat. Meminta izin untuk tinggal di sini
buat seketika lagi, bukan merayu moga mak benarkan aku keluar berdikari. Terbalik.
“Nanti, Naqi tak
kacau kakak nak belajar dah. Bolehlah
mak… ya?” Dalam tak sedar, tersinis juga
pada mak. Haru…
“Erm… keluar
sekarang pun tak apa, Naqiah!” bentak
mak dengan suara yang sedikit memedihkan telinga biarpun suara itu cukup
perlahan.
Aku pandang
ayah. Dia hanya memandang aku tanpa perasan. Argh… ayah pun sama. Pilih kasih dan tidak adil… tapi dalam hidup
ni memang beginilah. Jadi aku, reda
sudah. Terima apa adanya.
“Terima kasih,
mak… ayah… yahoo… Kakak nanti jangan
rindu Naqi tau. Ayah pun dan mak jugak,”
laungku sambil menepuk tangan dan melompat kegembiraan. Buat-buat gembira sebenarnya sedangkan hati…
lara.
~~> bersambung
RM : Seems like Naqi is pretty sengal huh... LoL
Naqiah vs Nadiah = rival adik beradik
ReplyDeleteNaqiah vs Ariq = Cinta :P
pandai 'hook' org dgn your ending yer RM....
ala cianyer naqi...
ReplyDeletemesti ariq sebenarnya nak mengorat nadiah. bukan Naqi.
ReplyDeletesye rse pn cmtu...klau btol la ksian kt naqi..
Deletesiannyer kat naqi mcm bkn mak ayah sendiri...ada gak mak n ayah yg pilih kasih cam ni...
ReplyDelete-hanim-
mmg ada... sy sndiri t'kena cmni... ayah pilih kasih.. lbh sygkn adik beradik lain berbanding sy.. sy anak t'buang
Deleteakkk.. sedihh.. tak suka bila parents sanggup buat mcm tu kat anak2.. tapi itulah realiti.. ada ja kes mcm tu.. lepas tu bila anak buat hal, salahkan anak tu senidri. parents kadng2 tak refleks diri pun kenapa anak jadi mcm tu. bukan nk salhakn parents 100% but sometimes it's occur.. sedih even anak sendiri seperti anak tiri dialyannya.. hmm
ReplyDeletesedihnyerrr..T_T...ksian naqi..isyhh geram la ngan mak ngan ayah dia ni...:/
ReplyDeletekesiannnnn...sedih nyer Naqi...
ReplyDeleteape plak plan si ariq tu
Ariq bagi kerja mengorat Nadiah ke? Kenapalah masih ada emak ayah yang pilih kasih macam ni? Jangan ingat Nadiah tu perfect, kalau sebaliknya takke Naqiah juga yang akan dicari...
ReplyDeleteBlog hijau yang sentaisa menghantui saya... Keep up ur good work RM - Yang Setia Membaca -
ReplyDeletealaa...kesiannya Naqi, parents dia macam rosyam nor ya, pilih kasih! hehehe...
ReplyDeletesedihnya parents jnis plih ksih mcm ni..
ReplyDeletekesian naqi..
-HANA-
alahai...
ReplyDeletelara gak hati ni baca...
mmg sedih rasanya kalau ada family pilih kasih ni...:(
Bestla Rehan... Next please... Rasanya pun mcm ariq nak mengurat si akak tapi nanti terjatuh berdebab sampai sengal kat si adik..
ReplyDeletesian Naqi...
ReplyDeletegerak hati rasa macam Ariq tu nak mengorat Nadiah je, sedihlah si Naqi nanti... huhu
ReplyDeletekesian Naqi, T___T
RM ...cetusanmu menggarit jiwaku untuk terus baca dan setia menunggu enty seterusnya..chewah.
ReplyDeletesaya rasa ariq upah naqi nak ngorat nadiah tapi last2 naqi endup jadi bride ariq. betul ke? cheh imaginasi seorang pembaca...
lara dihati Naqi.... mesti kena tolong ngorat kakak untuk ariq....
ReplyDeleteCian naqi...
ReplyDeletenak lagi...
ala, kesian nye naqi....sedih:(
ReplyDeleteCian naqi..sampai ati mak ngan ayah dia wat cam tu..
ReplyDeletesuke ngan ariq..nk ngorat naqi tp suh naqi yg tolong..caralah..sign agreement dpn tok kadi..;-)
jgn cakap ariq nk kkk die yg senget tu..owhhh..tolong la...hope la die mmg nk ngorat naqi...tp sedih la de mak bpk mcm ni..pilih2 kasih pulak..bodoh ke pandai ke anak dorang gak...bodoh anak sbb mak ayah gak..pandai anak sbb mak ayah gak..x pk ke..aishhh..emotional dibuatnya..
ReplyDeletenext entry plssss..hehehehe
Pedih...klu la mak terckp cam tu kt saya...mau lari tak balik2 dh
ReplyDeletesetuju!!!hahahaha
DeleteSy faham apa naqi rasa... sbb sy pernah merasa situasi yg sama..... ;(
ReplyDeletebenci nadiah...!! sian la dekat naqi :(
ReplyDeletengada2 la nadiah nie..menyampah pulak ngn dia nie..
ReplyDelete[hawa]
Msti nk ngorat nadiah pnyalah.....ayooo ksian naqi nanti....
ReplyDeletecian kat nagi... tp x pe abg ariq ada, harap la kan.. jgn ariq pun nak ngorat kak diah sudahhh... tq rehan
ReplyDeletekesian naqi, tau sgt rasanya bila mak & ayah pilih kasih... banyakkan bersabar dan tabahkan hatimu..Allah akan melindungi dan memeliharamu..
ReplyDeleteRasanya cam kisah hidup aku pulak cerita ni,bezanya aku minat lukisan,,mak ngan ayah mala ja pilih kasih even aku kakak sulung,,,tapi syukurlah lah akhirnya aku berjaya . Sedih memang tersangat sedih bila teringatkan kisah dulu,...btw good job RM....
ReplyDeletesiannya..
ReplyDeleteoh, dulu saya pernah rasa apa yang naqi rasa.tambah2 akak sy ambik medic tapi akak saya tak sepoyo diah tu -_-, akak saya baik...hehehe...selalu bela sy...:D
ReplyDeletetak bole stop ni.....dah addicted ni....br jumpa blog ni dah jatuh hati......adoyai.....nyusu baby sambil baca novel ni.....
ReplyDeleteKesian naqi
ReplyDeleteariq tu nk ngorat kakak naqi kot