BAB 5
RENGUSAN Izue
panjang di hujung talian. Sesekali dia
membebel sendiri dan aku dipaksa mendengarnya.
Jenuh…
“Gila… kau punya
spontaneous ni buat aku nak vomit, tak tau? Buat aku rasa sakit jiwa!” marah Izue padaku.
Aku
mengeluh. Tubuh ini aku golek-golekkan
di atas katil yang akan aku tinggalkan tidak lama lagi. Tinggalkan segala keselesaan ini. Jika dulu, mak dan ayah menghantar aku
bersekolah di MRSM. Berasrama, biarpun sekolah asalku itulah adalah dari jenis
kluster. Pulang yang jarang-jarang
sekali tapi hari ni, mak bagai nak hantar aku lebih jauh dan aku sudah bersedia. Sudah cukup dewasa.
“Bolehlah,”
rayuku.
“Kalau kau tak
boleh tolong, aku telefon Ala n
jelah.”
Izue
mengeluh. “Ala n tak ada. Dia keluar jumpa Fendy dengan Ariq. Aku je tak ikut… malas.”
Huh, ingatkan
nama lelaki itu tak wujud lagi dalam kamus hidupku tapi bila Izue menyebut
tentang dia, barulah aku teringat kembali akan kerja yang akan aku lakukan untuk dia. Janji bergaji, dibayar… aku pasti buat jika
tidak salah di sisi agama dan undang-undang.
“Pasal kerja tu
macam mana pulak?”
“Erm… yang tu
beres. Aku dah telefon tadi. Dia kata okey. Lagipun dia kenal aku. Cumanya kenderaan sendirilah katanya. Aku tak kisah… motor aku ada. Kalau kata mak tak bagi bawa, aku jual je
Gibson ni. Senang cerita… kapok ada
lagi,” jelasku pada Izue.
“Tak kan lah macam tu sekali,
Naqi… kau tu anak bongsu, dua beradik je.
Mak bapak kaya, kenapa nak keluar?”
Izue masih tidak
puas hati selagi aku tidak memberitahu tentangnya tapi bercerita tentang apa
yang ibu katakan, tak ubah seperti memburukkan ibu sendiri jadi aku hanya
tinggal diam. Telan sendiri selagi ada
tempat kosong dalam diri yang boleh diisi dengan rasa sakit… sakit hati.
“Ala … aku kan indi. Nak lah try
hidup sendiri. Mak ayah aku dah bagi
apa… kau tolong, ya?”
“Erm… rumah
apa-apa pun?”
“Yalah…
rumah. Bukan kan dang ayam.” Serentak itu aku ketawa bila Izue sudah
membebel dengan bahasa makhluk asing.
“Area rumah aku ni jelah… sini murah sikit sewa. Bilik dalam RM250 kot. Boleh?”
“Seksyen 7? Set…”
Sengihku melebar.
Hilang walang
seketika. “Thanks, bro. Aku nak study dulu… jumpa nanti, ya?”
“Woi, nak tanya
ni…” Baru hendak matikan talian, suara
Izue menjerit kuat. Bingit.
“Apa?”
Waktu ini aku
sudah bangkit, turun dari katil dan berlalu ke meja belajar. Niat mahu membuat ulangkaji sedikit sebelum kure hatkan minda yang
berserabut, tak sempat aku tebas semak-samunnya.
“Kawan Fendy,
Ariq tu apa cerita pulak?”
Aku ketawa
kecil. Ingatkan Izue sudah lupakan
perkara itu.
“Dia offer kerja…”
“Uiks kerja
lagi? Berapa banyak kerja dalam satu
masa?”
“Berapa pun
boleh janji mendapat hasil. Tak
sia-sia,” tukasku selamba.
“Kau ni memang
gilalah, Naqi… tapi aku ingat dia nak ngorat kau dah,” ujar Izue bersama gela k yang panjang.
Aku ketap
bibir. Kalau nak ngorat aku, rasa macam
sedikit mustahil kecuali… Gambar aku dan Kak Diah semasa kami bercuti dulu, aku
pandang lama. Sedih ada kakak seperti
ini tapi bangga bila dia mampu bahagiakan hati ayah dan mak kerana aku tidak
mampu bila mak dan ayah bagai tidak sudi.
Titik… tak nak cerita sedih.
Nanti aku menangis.
“Tak adalah,
Izue. Kalau kakak aku, aku berani kerat
jari dia meleleh air liur. Itu pun kalau
dia terpandanglah. Ini Naqiah… bukan
Nadiah.”
Teringat pula
pada kata-kata Ala n
hari itu. Kirim salam pada N.A.D.I.A.H
dan bukan pada N.A.Q.I.A.H. Jauh benar
beza antara kami dua beradik. Segalanya
berbeza hinggakan layanan mak pun. Huh,
kecewa sikit di situ. Tapi, mak tetap
mak. Tanpa mak, tak ada aku di dunia ini. Tanpa mak… tak mungkin aku membesar hingga
mampu berdikari begini.
“Okeylah,
Izue. Nanti dah dapat bagi tahu, ya… cumanya mak aku dah izinkan aku tinggal
kat rumah ni hingga habis final,” beritahuku di luar sedar.
“Erk… apakah
maksud ayat ka utu, Naqi?”
“Tak ada
maksud. Ayat pernyataan je. Nanti apa-apa hal bagi tahu, ya? Aku tunggu berita baik ni dan doakan aku
boleh jawab final dengan tenang,” pesan aku lagi sebelum talian diputuskan.
Aku pantas
mendekati cermin setelah talian mati.
Melihat raut wajahku yang tumbuh sebiji jerawat di tengah-tengah
pipi. Kak Diah tak pernah tumbuh
walaupun sebutir jerawat tapi aku, silih berganti. Namun, tidaklah mencacatnya wajah. Sebagai penyeri sedikit.
Tanpa sedar, aku
mengeluh. Niat terpesong. Buku ke mana dan aku capai Cik Kapok lalu aku
petik nada sebuah lagu versi plug-in. Acapela sesekali.
“Ariq? Siapalah perempuan yang bertuah amat tu,
ya?” Aku bersoal jawab sendiri. Dalam tak sedar, hati aku mula belot. Parah…
MINGGU pertama
peperiksaan.
Selesai juga
semua kertas untuk minggu pertama.
Minggu depan hanya ada dua kertas lagi dan setelah itu, aku akan
merdeka. Merdeka dari sudut kaca mata
aku sendiri. Bebas dari sindiran Kak
Diah dan lepas dari jelingan maut mak dan juga kedinginan ayah.
“Naqi,
minum?” pelawa salah seorang teman
sekuliah tapi aku menolak pantas.
“Naqi… ada oran g cari dekat parking fakulti,” beritahu yang seorang
lagi pula.
Dahiku
berkerut. “Siapa?”
“Entah…” Dia berlalu setelah menyampaikan pesan.
Tangan semakin
ligat mengemaskan semua peralatan alatulis.
Aku masukkan ke dalam beg galas.
Topi aku betulkan sedikit sebelum berlalu keluar kerana aku yakin, itu
pastilah Izue dan Ala n.
Baru saja aku
tiba di tempat letak kenderaan, mata aku terjojol tapi pantas aku pejamkan mata
rapat-rapat. Bimbang terkeluar
sungguh. Ariq?!
“Buat apa kat
sini?” soalku bila sudah berada tepat di
depannya.
“Tengok Naqi
periksa.”
“Boleh nampa k ke?” Aku menyoal sinis.
Ariq ketawa tak
bersalah. “Dah habis periksa?”
Aku angguk. “Tinggal lagi dua paper minggu depan. Yang
abang datang awal sangat ni kenapa?
Bukan ke dah janji dua minggu?”
Bersyakwasangka
sungguh aku dengan dia. Ni.
“Saja
datang. Rindu tak tertahan,” akui dia.
Aku buat muka
hendak muntah. Perasan sendiri lagi
sedangkan Ariq pastilah sedang merujuk kepada perempuan yang dia gilai itu.
“Seminggu lagi
macam buang masa pulak. Abang datang ni
nak brief sikit tentang dia pada
Naqi. Mudah Naqi nak buat kerja…”
“Kalau mudah,
kenapa tak buat sendiri?” cantasku gera m.
Ariq ketawa
lagi. Lengan bajunya disinsing
tinggi. Jam di pergelangan tangannya
dibetulkan sedikit.
“Sebabnya, hanya
seorang perempuan yang mengerti akan
perempuan lain. apa yang wanita ni
harapkan dari seorang lelaki, bagaimana cara dia memilih lelaki yang dia mahu
hidup bersama. Naqi mesti sama, kan dan itulah yang abang nak Naqi buat persia pan,” jelas Ariq.
Barulah aku
benar-benar mengerti. Dia sekadar hendak
melepaskan kekosongan kala ini dan aku turut tidak kisah. Setidak-tidaknya, hilang fokus pada kesedihan
keluarga. Upah sedang menanti kerana aku
tahu, elaun pasti disekat setelah aku tidak lagi bergelar seorang
mahasiswi.
“Okay set… lepas je kertas akhir, saya
datang jumpa abang. Buat masa sekarang
ni, saya nak balik rehat, bang. Kepala
saya rasa dah biol je.” Sesambil itu aku menekan kepala dengan hujung
jari.
Ariq ketawa kuat
hinggakan kami sudah menjadi tumpuan beberapa orang pelajar yang lain lebih-lebih lagi yang
perempuannya. Ada yang mencemik, ada
yang berbisik dan ada yang tersengih.
Gedik.
Mana tidaknya,
dengan penampilan dan gaya serta wajah Ariq, hatiku sendiri hampir kecairan
tapi, hampir saja… masih beku sebenarnya.
Aku memandang ke
langit dengan muka muak. “Abang baliklah
dulu… nanti saya call,” suruhku mula tidak selesa.
Tapi Ariq hanya
begitu. Tersengih lalu melabuhkan duduk
di atas motorsikalku. Topi keledarku
dipegangnya.
“Abang datang
cari Naqi sebab ada hal… bukan nak dengar Naqi suruh abang balik…”
“La… bukan macam
tu. Tak selesa, ramai dok pandang
ni. Nanti sampai ke telinga keluarga
saya pulak, jenuh nak explain. Diorang ni kalau nak buat explaination dengan sekali bukti dan alibi.
Baru diorang nak percaya. Abang
baliklah dulu, ya?”
Wajahku
serius. Intonasi suara juga serius. Memberi makna
yang aku benar-benar serius dan tidak main-main akan hal ini.
Ariq
tenang. “Relaks… kalau diorang nak alibi, abang ada. So,
nak ke mana ni?”
“Balik
tidurlah,” jawabku mendatar. Berpeluk
tubuh dan bahu jatuh sedikit. Pasrah
lagi.
“Tidur tak elok
masa ni. Orang tengah cari rezeki
ni. Jom ikut abang.” Ariq mengajak
mudah.
Dia bangkit dari
duduk. Berdiri tegak dan meraup
rambutnya ke belakang. Bila aku pusing
ke belakang, ada beberapa orang perempuan mula nampak histeria. Parah.
“Belanja saya
makanlah, boleh?” cadangku. Tiba-tiba perut berasa lapar. Barangkali penat memerah otak.
“Boleh… nak
makan apa?”
“Apa-apa je…”
“Fastfood?”
“Makin gemuk
nanti,” selaku menolak.
“Makin gemuk ke
takut gemuk? Abang tengok Naqi ni…” Mata Ariq merenungku dari atas ke bawah. Tajam dan bibirnya tercebir sedikit.
“Perfect figure,” sambung dia.
Aku
tersentak. Setelah itu aku menilik tubuh
sendiri. Tubuh yang tak nampak bentuk
dan lekuk ini dikatakan perfect figure. Tubuh yang dilindungi oleh jaket Nike ni dan
juga skinny dikatakan perfect figure?
“Argh… apa-apa
jelah. Jomlah. Dekat Sesyen 2. Saya tunggu abang dekat sana, ya?”
Tanpa sedar, aku
rapati motor dan bahu Ariq aku tolak sedikit membuatkan dia tergamam. Dia menjeling dan aku membalas.
“Jumpa kat
sana,” pesanku lagi dan terus aku panjat motor.
Mengundur
sedikit dan terus aku hidupkan enjinnya, meninggalkan Ariq terkulat-kulat
sendiri. Tersengih-sengih entah kenapa.
“OKEY,
bang. Apa nak cakap ni sampai tak dan
tunggu saya tamat final?” tanyaku
menggesa. Teh o ais limau aku sisip
lagi. Kenyang menikmati makan tengah
hari yang Ariq belanja.
“Sabarlah. Kita minum dulu nanti baru cerita…”
“Time is running out, bang. Kena cepat.
Nak pikat perempuan ni kena cepat-cepat.
Mana boleh lengah-lengah. Nanti
dikebas orang, abang tinggal diam jelah. Masa tu, jangan mengeluh dekat saya pulak,”
ujarku memprovok dengan wajah yang serius.
“Yeah… time is leaving me. Hampir setengah tahun abang dah sukakan dia
tapi tak ada kekuatan untuk luah perasaan sendiri. Thanks
God I found you. So…” Tubuh Ariq tegak.
Dia menongkat
siku di atas meja. Hampir saja nafas
kami bersatu tapi cepat-cepat aku berundur ke belakang dan aku terkesan akan
senyuman sinis pada bibir Ariq.
“… nama dia
Lof.”
Aku bantai
ketawa. Hampir tersembur air yang
berbaki di dalam mulut. Mujur tidak
tersembur sungguh, jika tidak cacat wajah tampan Ariq terkena asid.
“Lof? Apa punya nama tu?”
Ariq berwajah
selamba. Dia mengangkat bahu tanda tidak
tahu.
“Abang tak
tahulah, Naqi… kawan-kawan dia panggil dia Lof.
Apa nama dia sebenarnya abang tak tahu.
Boleh jadi Neelofa kot?”
Aku jegilkan
mata. “Ada cantik dan seksi macam
Neelofa ke?”
“Lagi cun dari
Neelofa yang pasti dan Neelofa lagi seksilah,” jawab Ariq tanpa ada rasa
bersalah pun.
“Okeylah, Cik
Lof… mana dia kerja?”
Waktu ni tiba-tiba
aku rasa aku ialah seorang journalist. Beg galas aku buka zipnya. Sebuah buku nota yang terisi not lagu aku
buka di atas meja. Sebatang pen Pilot
sudah bersedia untuk menari.
“Okay then... tell me everything about her,”
pintaku pada Ariq tanpa memandang dia bila mata pena mula melukis sepatah nama…
Lof.
“Nama dia
Lof…” Aku menyebut lagi.
“Umur dia?”
“25 tahun
kot?”
Wajah Ariq aku
pandang. “Kot?”
“Yeah… betul dah gamaknya…”
“Gamaknya?” Aku mengeluh bila Ariq mengangguk.
“Abaikan. Kita letak la dalam lingkungan baya
saya. Atau tua sikit. Dia tinggal mana?”
Ariq
menggeleng.
“Dia kerja dekat
mana? Pelajar mungkin?”
“Kerja tak pasti
tapi mungkin masih student. Atau
boleh jadi kedua-duanya sekali.”
Aku tepuk dahi
dengan kata-kata Ariq. “Apa ni, bang?
Kata minat dah setengah tahun tapi apa pun tak tahu…”
“Sebab tu abang
upah Naqi ni. Kalau boleh buat sendiri
tak payah pakai orang tengah,” tukasnya sinis.
Aku merengus
sedikit. “Anggap jelah dia dah kerja
tapi masih belajar… Erm, abang tahu tempat kerja dia?”
Kali ini dia
mengangguk. “Biasa abang tengok dia
depan HKL.”
“Nurse?
Doctor”
Bahunya
terangkat lagi. Pitam. Apa yang dia tahu sebenarnya. Dia tak tahu apa-apa.
“Okeylah,
bang. Saya siasatlah nanti, ya? Tunggu berita baik dulu dan terima kasih
belanja saya makan ni. Saya balik
dulu. Apa-apa hal saya SMS…”
“Call la mudah…”
“Saya tak kerja
lagi, bang. Tunggu kerja nanti bolehlah
saya call. Dapat gaji boleh top-up. Ke abang nak
tanggung bil telefon saya? Sekali abang
sudi, Samsung saya tu saya tadahkan,” ujarku bersama tawa yang terkekek-kekek.
“Wah… kalau
macam tu, Naqi kena jadi isteri abanglah.
Abang tanggung seumur hidup.
Nak?” Giliran dia pula mengusik
membuatkan aku menelan liur.
Apakah jenis
gurauan ini bila jantungku melompat lebih pantas dari biasa. Lebih kuat degupannya. Lebih segalanya. Aku mahu mengusik dia tapi aku pula diusik.
“Eleh… nanti cik
awek abang tu ketuk saya pulak.
Bertambahlah pendek saya yang sedia pendek ni.”
Ariq gelak besar. Aduhai… merdu je tawanya itu.
“Pendek ke? Separa dada abang kira okeylah tu. Sedang
elok. Tinggi sangat bukan nak buat jadi
galah pun. Kot nanti abang tak dapat cik awek tu, dapat Naqi pun jadilah…” usiknya lagi.
Aku
merengus. Haih… berlebih-lebih pulak
dia. Rasanya naik merah wajahku. Tapi, hendak menjadi yang kedua dan itupun
setelah yang pertama menolak, rasanya tidak mungkin.
“Tukar tajuk
la. Yang pasal telefon tadi tu, saya biasa
buat panggilan rindu je dan terima panggilan balik.”
“Ha… kalau macam
tu, buatlah panggilan rindu dekat abang.
Nanti abang call.”
Aku buat muka
teruja. “Bila-bila masa je?”
“Yeah… anytime.. for her.” Ariq mengenyitkan matanya. Gatal.
“Lucky her…,” puji antara ikhlas dan
tidak. Masih lagi berharap pada nasib
yang baik moga-moga dia berharap aku mengayat diri sendiri untuk dia. Tapi, jauh langit ke tujuh dengan kerak bumi.
“Okeylah. Assalamualaikum.” Pesanan terakhir aku berikan lalu aku menapak
laju ke arah motorsikal.
Baru hendak
hidupkan enjin motorsikal, Ariq mendekat.
Dia tersengih dan menyeluk poket slacknya. Mengeluarkan sehelai sapu tangan dan peluh di
dahi yang merenik sedikit hanya disentuh
sopan.
Erk… bibirku
naik menyenget ke kiri memandang Ariq. Bila
Ariq tersenyum, aku menelan liur melihatkan gigi yang putih bersih dan kemas
tersusun. Sangat cantik giginya.
“Naqi okey ke
buat kerja ni?” Soalan itu terpacul
tiba-tiba.
“Janji ada upah,
semua kerja akan jadi okey,” jawabku
pula.
“Oh… memang
perlukan duit betul ni,” sinis dia sedikit.
Aku sengih dan
mencemik sedikit. Topi keledar aku letak
di atas kepala. Wajah Ariq aku pandang
seraya menghidupkan enjin motor.
“Money is not everything but to live, money
is need.”
Ariq mengangkat
keningnya tinggi. Hidung mancungnya
disentuh sedikit.
“Yeah… money is need and you too,” ujar
Ariq tak kusangka. Suka usik aku.
“Apa-apa pun, good luck untuk exam ye,” pesan dia mesra lalu dia memakai Ray Bannya dan menapak macho ke arah Lancer yang memang nampak
kacak seperti tuannya juga.
~~> bersambung
weyyyyyy beshhh nyeeee
ReplyDeletesian naqi..huhuhu..
ReplyDeleteTolonglah jangan si ariq ni minat kat nadiah yang kerek tu!
ReplyDeletei think it either da girl is nadiah or naqiah? most probably nadiah (naqiah's sister)..huhuhuhu
ReplyDeletetapi xmau la nadiah, cam sombong jek..hahhaha
betul ke tak si ariq nie... mcm ada smthing je... rase... sambung bace lagi heheheh
ReplyDeletebestnyaaaaa....
ReplyDeletesmbung kak. :D
naqi..apakah? apa dalam hati ariq ek...naqi or lof actually
ReplyDeleteala, ckit je...hehe..pape pon memg best...x sabar nak tau permpuan yg ariq suke tu sape...
ReplyDeletewah !!!!! rehan ... terpikat lak ni kat 2 2org insan ni hahahah mcm cute je budak berdua ni :) i like ... hmmm kene tunggu esok ye sambungannya :)
ReplyDeletealahai...mesti minat kat nadiah la tu...bengong tul la ~liyahuma~
ReplyDeleteyang terlintas....Ariq ni nk Naqiah...
ReplyDeletetapi ermmmm kita tggu next lah
besh.... ala.. Si Ariq ni minat pompuan len ker..huhu...xpe2...br bab 5... sabo2...
ReplyDeletecomelnye cter nie....jgn2 ariq minat dekt nadiah kot??kak rehan,jwb laaa... :)
ReplyDeleteAndainya Nadiah pilihan Ariq kesiannya Naqi.
ReplyDeleteAda juga ibubapa mcm tue ya.
Akak juga seorang ibu. Perasaan berbeza antara anak itu mmg ada tak dinafikan.
Tp janganlah ditunjukkan didepan anak2.
Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya.
Satu aje yg kita perlu ingat tak semesti anak yang kita harapkan akan menjadi seperti apa yg kita harapkan dan begitu juga sebaliknya.
Semuanya hanya Allah jua yg amat mengetahui.
Kmas
si lof tu nadiah kotttt...
ReplyDeleteSukenyer cara ariq nk ngorat naqi...pandai ek jual nama org len..
ReplyDeletenak Ariq n Naqi..... lof tu alasan nak dekati Naqi...boleh gitu? hehe....btw, ayat money is need tu, yg betulnya, money is needed... peace....:-)
ReplyDeleteMoney is needed or.. Money is a need.. peace! :)
Deletesiapa plak lof ni?
ReplyDeletelof = LOVE = C.I.N.T.A???
ReplyDeleteNaqiah or Nadiah...
area HKL = Naqiah...
wooishh!!! TAK SUKA OK!!!
pembetulan..
DeleteHKL means NADIAH..not NAQIAH..
comfirm TAK SUKA...
DOUBLE TAK SUKA...!!
tolong la jgn kata ariq miat kat nadiah!! huhuhh
ReplyDelete[hawa]
#minat
DeleteLof = cinta
ReplyDeleteMoney is not everything but everything needs money
ReplyDeletea'ah la.. bru prasan lof = cinta....
ReplyDeletenadiah or naqiah
dpn hkl??? nadiah la sbb medic kn?
or bleh jdi jgak naqiah... mayb naqi g jumpa kakak dia ke? << hehhehe sje nk sedapkn hati sendri sbb trillion x suka nadiah dgn ariq... nk naq n ariq jugak!!!! :D heheh
-Song Hyun Sun-
tlg la kak jgn dgn c nadiah tu..sgt x suke o_o
ReplyDeletePerlu baiki english .. money is needed to live
ReplyDelete