BAB 6
MINGGU penamat
resah. Aku melebarkan sengih bila kertas
akhir selamat aku duduki. Tak mudah
hendak menjadi mahasiswi apatah lagi hendak mengekalkan keputusan kita dalam
senarai penerima anugerah Dekan jika tidak berusaha keras.
Beg sudah
siap. Ada di sisi katil yang sudah aku
kemas rapi. Baju dalam almari tiada
tersisa sepertinya pergiku ini tidak kembali.
Kalau kata mak tak harap aku kembali, pasti aku tak menoleh lagi biarpun
rindu menderu. Nak kembali ikut suka,
ini rumah mak dan ayah. Bagai tak ada
tempat dalam rumah ni.
Mataku melilau
ke seluruh bilik. Agak besar juga. Tapi, bila Kak Diah lagi besar. Tak pernah aku dengki biarpun sesaat. Andai terasa hendak bergolek atas tilam empuk
berjenama Tempur milik Kak Diah, aku masuk juga dengan wajah selamba.
“Huh… tinggallah
bilik kesayangan aku ini. Tempat aku
menitiskan airmata dan melepaskan tawa,” gumamku sedikit sebak. Tak ubah bagai hendak berpisah dengan
kekasih.
Case
gitar aku gantung ke bahu. Beg galas aku
sandang di belakang dan bagasi sederhana besar tu aku genggam kemas
pemegangnya.
Aku sentuh
dahi. Sedikit panas. Kemudian jatuh pada kelopak mata yang sedikit hangat. Rasa hendak menangis tapi rasanya tak
perlulah. Membazir waktu kerana aku
perlu berlalu.
“Mak…” Sambil menolak pintu, aku memanggil mak.
Diam saja seisi
rumah. Nak kata Kak Diah ada kuliah,
rasanya tak ada. Boleh jadi keluar bawa
anak kesayangannya jalan-jalan melepaskan tekanan.
“Ayah…” Nama ayah pula aku seru. Masih tiada berjawapan.
Keluhan kecil
terbit tanpa sedar. “Tak ada… tak
apalah. Bukan diorang tak tahu aku nak
pergi hari ni,” gumamku lagi dan terus meniti anak tangga, turun ke bawah.
Sedang aku duduk
di atas sofa, hendak memakai stokin… suara Kak Diah ketawa menyapa
telinga. Dia keluar daripada dapur rumah
banglo dua tingkat yang muat lima keluarga ni dengan menjinjit sepinggan
makanan.
“Eh, Kak Diah
ada ke? Mak dengan ayah mana?” tanyaku seraya bangkit berdiri tegak
memanjangkan leher ke dapur.
“Ada… mak
masakkan spaghetti untuk kakak. Kau
nak?”
“Lor… masak
ke? Naqi panggil kemain kuat tadi. Panggil
mak kejap,” suruhku tapi Kak Diah selamba duduk di meja makan.
Mula menikmati
makanannya yang mak sediakan penuh dengan kasih sayang. Aku tahan hati. Harus buat muka tak malu lagi. Lantas, aku melangkah mendekatinya.
“Wa… wanginya
kakak… nak sikit.” Aku hidu sedikit
haruman masakan ibu yang boleh jadi tak ada peluang lagi untuk aku nikmatinya
biarpun hanya pada bau semata-mata.
“Kat dapurlah…
sibuk je dia. Ni dah siap nak keluar dah
ke ni?”
Aku menjauhkan
wajahku dari pinggannya dan mengangguk.
“Study hard tau. Nanti jangan sampai demam pulak rindu Naqi,”
selorohku menyembunyikan lara.
Kak Diah tak
pernah tahu dan biarlah kekal begitu. Di
depan mereka, sekali pun tak pernah aku tayang wajah sedih. Biarpun disinis, dikutuk… aku tetap ketawa
dan menerima semuanya sebagai guruan
penambat kasih.
“Eleh…” cemik Kak Diah.
Aku buat tidak
tahu sebaliknya terus bangkit dari duduk dan menapak ke dapur. Tubuh mak tegak berdiri di sinki. Membasuh tangannya. Ayah pula sedang membancuh segelas air.
Biasanya, jika
mereka ada di dapur, Kak Diah pasti di tengah-tengah, memeluk lengan mak dan
mak ketawa manja. Aku? Hanya menjadi pemerhati bebas sepanjang
masa. Tak berpeluang hendak bermanja
dengan mak. Bukan rezekiku lagi.
“Mak…
ayah…”
Mereka berpaling
serentak bila aku memanggil. Aku senyum
dan mak mengangkat kening. Kepala paip
ditutup dan tangan dilap. Dia menjeling
ayah dan mencebirkan bibir padaku.
“Eh, nak pergi
dah ke?” soal ayah.
Aku hanya
mengangguk. “Nak salam…” Aku menapak pada mereka. Tangan ayah aku sauk. Aku salami penuh hormat yang bukanlah
sedikit.
Bila kugapai
tangan mak… perutku lapar tiba-tiba.
Teringin hendak makan apa yang
sedang Kak Diah makan tapi bila aku jenguk, tiada kuali… tiada periuk di atas
dapur. Semuanya sudah dibasuh
bersih.
“Wangi tangan
mak. Bau kuah speghtti. Ada lagi tak mak. Naqi rasa laparlah pulak.” Aku mengusap perut dengan wajah merayu pada
mak. Wajah manja sebenarnya.
Mak menggeleng. “Mak masak untuk Diah je. Mana mak tahu kamu pun nak makan spaghetti
pagi-pagi ni.” Mudahnya jawapan mak.
Airmata hampir
mengalir tapi aku tetap tersengih dan menggaru kepala. Sesekali, tocang satu ini aku ketatkan. Rambut lurus, hitam pekat. Mengikut ayah dan Kak Diah pula sedikit ikal
mayang, mengikut genetik mak.
“Tak apalah…
Naqi makan kat luar jelah. Naqi pergi,
ayah…mak…” Setelah mengucapkan itu, ak
uterus memasang langkah.
Bila saja sudah
mampu berselindung sedikit dari dapur, kakiku terhenti bila ayah bersuara.
“Tak boleh ke
awak cakap baik sikit dengan Naqiah tu, Nun.
Kesian saya tengok budak tu. Apa
awak cakap dia sengih je. Dia nak pergi
dok sendiri pun awak tak halang…”
“Abang pun tak
sekat,” sela mak.
“Abang tak sekat
sebab abang percaya dia mampu jaga diri sendiri. Dia tahu nak didik diri dia sendiri tapi
awak… suruh lagi dia pergi.” Ayah
mengeluh.
Mak
merengus. “Kan saya dah cakap dulu, saya
tak nak lagi anak. Cukuplah Nadiah
sorang tapi abang nak juga sorang lagi.
Lepas tu, banyak buat hal sendiri, tak dengar apa yang saya cakap… mahu
saya tak baran,” bebel mak.
Aku ketap bibir
menahan nafas. Bukan sekali aku
terdengar mak hanya nak punyai sorang anak saja dan itu adalah Cinta Nur
Nadiah. Bukan Naqiah dan lahirnya aku
ini adalah satu kebetulan yang indah.
Atau boleh jadi kebetulan yang parah.
Oh nasib… sedih.
Kak Diah tiada
di meja makan. Entah ke mana tapi aku
dengar suaranya dari atas menjerit-jerit memanggil mak. Melihatkan pinggan Kak Diah yang masih
berisi, aku mendekat pada meja makan.
Case
aku letak ke tepi seketika dan tubuh ini tunduk sedikit. Tanganku memegang hujung garpu, dan spaghetti carbonara masakan mak aku suap
sedikit ke mulut tapi kali ini sedikit masin bila bercampur sedikit airmata
sendiri. Tak sedar bila aku
menangis.
“Mak!!!” Suara Kak Diah bergema di depanku.
Mak dan ayah
berlari keluar dan kulihat mata masing-masing membulat. Kak Diah terkumat-kamit memarahiku.
“Apanya, Diah?” soal ayah sedikit keras.
“Mak tengok…
Naqi makan spaghetti Diah,” adunya manja dan terus berlari pada mak.
Aku sangkut
kembali tali case gitar ke bahu. Yang lain sudah sedia ada di depan mata. Hanya menanti Alan dan Izue tiba bila-bila
masa dari sekarang dan aku akan menyusul mereka dengan motorsikal burukku itu.
“Kenapa makan
kakak punya?” soal Kak Diah lagi.
Aku berpaling
sedikit dan mengelap airmata sebelum memandang mereka.
“Huih… sedap,
mak. Tapi pedasnya. Sampai berair mata
Naqi,” beritahuku pada mereka sedangkan air mata ini adalah dari hati.
Setelah itu aku
ketawa kuat. Ayah diam tak memberi
reaksi. Mak muram dan Kak Diah
muncung.
“Naqi try sikit je pun. Apa-apapun Naqi nanti tak boleh nak berebut
dengan kakak dah. Lagipun, Naqi dah lama
tak makan mak masak. Sikit je Naqi
rasa,” jawabku mencemik padanya.
“Naqi nangis
ya? Spaghetti tu tak pedas pun,” tegur
ayah akhirnya.
Aku menelan liur
dan mengesat lagi hujung mata bersama tawa yang jengkel. Aku sendiri pun berasa jengkel apatah lagi
tiga pasang mata di depanku ini. Pastilah
tahap meluat.
“Pedaslah, yah…
huh, nyesal Naqi makan. Sorrylah Kak Diah… lepas ni tak ada dah
yang nak curi rasa makanan kakak,” gurauku pada Kak Diah yang berdiri lemah
longlai di sisi mak.
Aku menipu diri
sendiri lagi. Menipu yang aku tak sedih
tak terasa dengan layanan mereka. Jika aku
katakan ya pun, mak bukan nak memujuk. Pernah
aku menangis kerana marahkan Kak Diah, tapi mak kata aku manja terlebih dan
ayah katakana aku kena kuat. Hari ini
aku kuat tapi kekuatan seorang gadis macam aku kadang-kadang dibayangi airmata
juga.
“Eh, tak
apalah. Naqi nak gerak ni.”
“Naqi… nak pergi
tu duit belanja?”
Tak sempat ayah
habiskan ayatnya, aku dengar hon kereta di depan pagar dan tahulah aku, Izue dan Alan sudah
tiba.
“Tak
payahlah. Kakak nak pakai banyak lagi
nak tamatkan kursus dia. Naqi dah ada
kerja dan dah dapat advance pun,”
jawabku pada ayah dan terus saja aku berlari ke pintu sambil melambai pada
mereka.
“Jangan rindu
Naqi sampai tak lalu makan pulak, ya?” Aku ketawa lagi setelah memberi pesanan
sengal begitu.
Beg aku seret
laju. Izue sudah membuka pintu
buatku.
“Ini je?”
Aku angguk. “Sikit je barang aku. Yang lain barang mak dan ayah bagi. Takut nak bawak. Motor tu pun mujur ayah benarkan. Kalau tak aku jalan kaki,” gurauku tapi
senyuman Izue kaku. Wajahnya tegang.
“Hop in,” suruhnya setelah semua barangku
diangkut melainkan Cik Kapok yang masih kemas tergantung di belakang.
“Korang pergi
dulu. Jumpa kat sana. Aku bawa motor.”
Izue
mengalah. Dia masuk semula ke perut
kereta dan terus saja menderum
laju. Aku terus mendapatkan
motorsikal dan menghidupkan enjinnya.
Ayah muncul tiba-tiba tak sempat aku pasang helmet pada kepala.
“Nah.” Beberapa keping not RM50 disua tapi aku
menggeleng. Menolaknya perlahan.
“Terima kasih,
ayah. Tapi biarlah Naqi usaha sendiri
dengan tulang empat kerat ni,” ucapku lembut.
Setelah itu aku
terus memulas minyak dan berlalu dari rumah besar ini tanpa menoleh lagi. Huh… sedih dan pilu. Rasa macam drama pula tapi ini bukan sebuah
hikayat tapi sebuah realiti yang perlu aku hadap.
Yang terjadi,
biar saja terjadi, Naqi… itulah pesanku pada diri sendiri dan kelajuan Ego aku
tambah. Menggalas gitar yang bakal
menemani hari-hari yang sepi.
DUIT kering
langsung. Bila Izue dan Alan hendak
membayar harga deposit dan sebulan sewa, aku menolak. Selagi termampu, aku tak sudi hendak
membebankan mereka. Kerja dengan apek
surat khabar itu sekadar wayang. Mungkin
akan kucuba lain kali tapi buat masa ini biarlah Ariq saja menjadi majikanku
dan rasanya, tiba waktu untuk aku minta sedikit gaji pendahuluan. Andai tidak, perfect figure ni akan jadi
aneroksia.
“Ada apa call
abang?” tanya Ariq padaku bila dia
membalas panggilan rindu aku tu.
“Err… ada benda
nak minta sikit.”
“Emm… abang tengah
kerja. Kalau kata nak tanya pada Lof…
abang tak ada maklumat. Abang tunggu
maklumat dari Naqi…,” ujarnya cepat.
“Eh tak… bukan
sebab Lof abang tu… tapi sebab lain ni.
Err… nak cakap pun rasa segan, bang.
Saya tak ada apa-apa niat.
Cumanya itu satu keperluan untuk saya jalankan tugas. He he he…”
Aku ketawa segan.
“Oh… kalau demi
menjalankan misi, abang setuju je. Janji
berjaya. Naqi nak apa?” tanya Ariq berselang-seli dengan suara yang
lain. Bagai ada dalam mesyuarat tapi aku
memang kesuntukan.
Itulah… ayah nak
bagi, eksyen. Kan dah
meminta-minta.
“Boleh tak saya
dapat sikit allocation?”
“Hah?” Pertanyaan Ariq kuat berdengung.
“Allocation untuk?”
“Buat semua
ni. Ala… kerja saya ni lebih kurang
macam wedding plannerlah, bang. Bayar dulu
separuh… untuk kegunaan abang juga. Nak
beli bunga ke apa ke? Saya dah tak ada
biasiswa yang masuk. Elaun pun ayah tak bagi dah. Tak ada modal, bang?” ucapku cuba mengayatnya.
“Pulak dah? Berapa yang Naqi nak?”
“Berapa gaji
saya?”
“Tengok pada
pencapaian? Kalau tak berjaya, separuh
jelah. Kalau berjaya mungkin siap ada
bonus,” jawab Ariq. Bersenda.
Aku sengih dan
menggaru kepala. Suku jelah dulu tapi
kalau suku itu adalah sebanyak RM50, apa aku nak makan sebulan ni? Minyak motor perlu diisi. Sudahlah awek dia tu jauh di KL dan aku perlu
menunggang motorsikal lebih sejam untuk ke sana. Letih tu.
“Bayarlah berapa
pun, bang. Kira duit belanja saya RM100
sebulan. Yang lain tu abang bayar untuk
saya guna buat pikat awek abang tu,” pintaku selamba. Malas hendak berkias-kias lagi.
Kalau Izue dan
Alan tahu, pasti aku terima duit mudah tapi aku tak tahu. Aku mahu hasil dari kerja mengarut aku
ni. Setidak-tidaknya ini adalah ganjaran
dari titisan keringat sendiri.
“Tapi…”
“Ala… tak ada
tapi-tapi. Jujur cakap, saya hidup
sendiri sekarang. Nak minta kerja lain
takut kerja abang ni terabai. Tapi,
kalau perlu saya minta kerja lain jugaklah.
Yang duit abang tu, saya simpan resit dan buat audit report nanti. Jangan risau… saya tak makan duit haram.” Selamba aku berucap pada Ariq.
Lama dia diamkan
diri di telefon hingga akhirnya, dia
bersuara.
“For her… anything.”
Rasa tersayat
sedikit hati mendengarkan ayat itu.
Segalanya untuk perempuan itu.
Dan perempuan itu sangat bertuah.
“Bagi nombor
akaun. Abang transfer terus,” mintanya.
Aku sengih. “Thanks. Kejap lagi saya SMS. Dah bank-in bagitahu saya,” ujarku gembira
dan talian mati.
Cepat-cepat aku
teken skrin telefon. Mahu menghantar SMS
pada Ariq. Nombor yang terdiri daripada enam belas angka itu
aku taip. Setelah menyemaknya sebanyak
dua kali, aku tekan SEND.
Money…
come to mummy.
Dan aku, terbaring lega dalam bilik yang sekakang kera ini tapi cukuplah
bila hati aku berasa lapang dan tanpa sedar, airmata mengalir melalui juring
mata sebelum aku terlena.
Tapi, tak sempat
aku hanyut setelah kemas mengemas barang, SMS masuk pulak dah. Kacau orang nak rehat.
Sorry,
syg. Xboleh nak transfer. Abg dtg jmp
Naqi mlm karang.
Skrg sgt bz.
Pesanan Ariq
dengan bahasa yang rosak itu aku pandang.
Bahasa ringkas yang memang ringkas dan mudah difahami. Bosan sungguh. Dahlah perut tengah lapar. Duit pun tiada berbaki setelah aku bayar
semua yuran-yuran yang penghuni asal rumah ni minta. Duit upah perform
tiga minggu lepas pergi macam tu
je. Mengalir macam air.
Akhirnya, aku
membalasnya juga.
Ok.
Bila nak SEND,
failed! Tengok kredit, juga
tiada tersisa. Parah. Waktu ni mula rasa nak menangis. Menangis bukan kerana tidak makan dan berada
di dalam bilik yang kecil ni tapi menangis menerima dugaan diri.
Setelah lama aku
menimbang antara nak menangis ke tidak, otak aku meminta untuk aku tidur. Menangis memenatkan. Makin membuatkan aku lapar dan jalan yang
mudah adalah tidur sementara menanti malam.
Aku akhirnya
jaga dan jujur aku katakan kepala
sangatlah boil bila aku nampak jam sudah menginjak ke angka 8.00 malam. Eh, betul ke pukul lapan? Aku memisatkan mata lagi dan sungguh.
Aku bangkit
menyelak langsir. Ya Allah… tidur apa
sampai setengah hari, Naqiah? Memang gila. Aku merungut-rungut sendiri. Mujur juga tak boleh nak solat. Kalau tak, berapa waktu solat aku
tinggal. Sedih.
Baru hendak buka
baju untuk ke bilik air, membersihkan diri, telefon menjerit nyaring.
“Where have you
been, girl? Abang tunggu Naqi SMS tak
ada pun…”
“Kredit tak ada,”
jawabku kalut.
“Where are
you? Nak abang jumpa Naqi kat mana?”
“Seksyen 7.”
“Okay… I’ll be there less dan 10
minutes. Get ready or not…” Ariq berjeda.
“Abang masuk
bilik heret Naqi keluar.”
Pap… talian mati
dan aku terkebil-kebil sendiri. Huh,
mengarut ini orang. Baru hendak lilitkan
tuala ke tubuh, talian berdering lagi. Jenuh.
“Ya… saya turun
sebelum abang sampai. Nak mandi ni, tau
tak?” jerkahku tanpa melihat siapa yang
memanggil.
“Amboi, berabang
pulak? Kau maksudkan siapa abang tu,
Naqi? Setahu kakak, Alan dengan Izue tu
kau panggil nama je pun,” tegur Kak Diah di hujung talian.
“Eh… kakak
rupanya. Err… alaa, tauke Naqi. Dia nak datang kejap lagi bayar advance
gaji. Kakak telefon ni, kenapa?”
“Ya ke kau
ni? Cakap dekat mak dan ayah baru tahu
kau simpan pakwe?”
Aku tepuk
dahi. Otak cerdik Kak Diah memang ada
masanya terlampau cerdik.
“Tolonglah,
kakak. Tauke Naqi la… nanti satu hari
Naqi kenalkan dia dengan Kak Diah, okey macam tu?” sindirku geram.
Kak Diah
ketawa. “Esok temankan kakak. Kakak nak beli barang sikit lepas kuliah.”
“Erk… Naqi kerja
esok.” Aku kerutkan dahi.
“Alaa…
bolehlah. Kakak nak beli hadiah untuk
mak. Datang jumpa kakak tempat biasa,
ya? Kakak tunggu tau. Jangan tak datang pulak.”
Pap… talian mati
lagi. In I juga sama fesyen dengan
Ariq. Pitam nak melayan dua orang macam
ni. Ingatkan bila aku menjauhkan diri
dari rumah, Kak Diah seronok tapi masih lagi suka mengarah aku itu dan
ini. Apa-apa pun, kena abaikan sebab
Ariq. Eh salah… sebab kerja dengan
Ariq.
~~> bersambung
RM, u're really good mainkan emosi saya.....roller coaster la pulok emosi ini di petang hari......sigh....
ReplyDeleteSamalah kita.. bila baca cite ni teringat kisah lalu. Kak sy rapat dgn ayah, nak apa semua dapat. Sy kena pula asyik kena buli aje. Nak wat mcm mana, dh nasib..sob..sob..sobss...
ReplyDeleteNB : terusik hati saya....thanks kisah yang hebat...
ReplyDeletetergenang air mata.. oh, sedih!..
ReplyDeletemmg sentap kalu jadi naqi... pernah mersai satu mase dulu..
ReplyDeletekesian kat naqiah..mak dia tu kan..haishh
ReplyDeleteanak tu rezeki kn..terima ja la..anak sendiri jgk..
[hawa]
Rehan ko buat airmata plus idung meleleh ni...uuu emo nyer kan...sedih bila mak sendiri buat camtu...teruskan Rehan....terbaik...x sabar nk ikuti kehidupan Naqi seterusnya
ReplyDeleteapa la mak naqi ni..org lg nk anak dia ble buat camtu kat anak..kecik ati anak tu..dh dpt anak yg baik camtu lg tak bersyukur la.. sian naqi..sob sob
ReplyDeletenk kt apa dh? "where hv u been girl?" aaaaaa...... blh gila! sweetnyeee abg ariq, pndai rehan buai perasaan pmbca, nk lg ye,
ReplyDeletebest kak... suka...
ReplyDeleteSedihnyerrrrr....
ReplyDeletesedih la...cian naqi.
ReplyDeleteharap jangan sangat ariq tu suka kat akak diah..
menyampah betul sy gan kak diah tu...gada2..
harap mak dan ayah naqi...terasa sgt2 kehilangan dan ketiadaan naqi dirumah...n harap hubungan keluarga naqi akan pulih bahagia...
kak rehan buat novel ni memang best la...tersentuh hati ni bila mak dan ayah naqi buat macam tu pada naqi...
nak lagi please...
rehan....awak selalu buat akak nangis...suka mainkan emosi.....sedeynyer jadi anak yang tidak dimahukan...sob3x....
ReplyDeletehope ariq suka naqi bkn nadiah..plzzz kak RM
ReplyDeletesedihhhh...
ReplyDeleteok kak rehan...
ReplyDeleteamat sedih dah sadis family dia..
sampai menangis saya...:(
anyway, good job!
Nak novel nie ka rehannn...bce post nie pun ley wat ngs sdeyh nyeeeeee
ReplyDeletemesti LOF tu N.A.D.I.A.H..
ReplyDeletebukan N.A.Q.I.A.H..kn3x..
btul x RM?
sy stuju dgn pendapat kamu
DeleteRasanya mmg kakak dia yg lof ni.. :-)
DeleteMesti kt tmpat keje Nadiah...member dia pggil cinta kan....??cinta=lofe kan....??
ReplyDeleteKesian kat ank yg x hadap oleh mak cendiri.....
Mesti kt tmpat keje Nadiah...member dia pggil cinta kan....??cinta=lofe kan....??
ReplyDeleteKesian kat ank yg x hadap oleh mak cendiri.....
like
Deletehwaaaa!!! sedih knapa family naqi mcm tu T_T.... mak dia x patot btol.... ok now i'm confius... either ariq tu btol suka naqi n sje buat2 mcm dia ad gf tpi sbnrnya yg dia nk tackle tu naqi.... or mmg ariq nk tackel nadiah??? klau yg second tu btol...... hwaaaaa!!! meraung den -_-
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
alahai, kesiannye dekat si naqiah...meleleh air mato den..huhu
ReplyDeletewait..is it true that lof is cinta nur nadiah??warghh,,x dpt nk terime :(
T.T
ReplyDeleteadusss.....air mata x nak henti ni....
ReplyDeletetah ape2 makbapak camtu..grrr..
ReplyDeletesobsob.. air mata x nk berhenti,, hope ending cite ni nanti ariq dgn naqi.. :'( ap2 pon,, n3 ni mcm slalu jgk.. best ! ;D
ReplyDelete-athirah-
sedihnya..dan kesian kat naqi.
ReplyDeleteSampai hati mak naqi wat & ckp mcm tu kat naqi...
ReplyDeleteYang ariq nie nak kat sapa? jgn la kak naqi tu, biar la naqi yg jadi pilihan ariq.. Next entry please...
ada ke keluarga yang pincang mcm ni..parent yg mcm xde agama...daruratnya ummat islam sekarang ni especialy kurangnya bangsa melayu....apapun cerita ni memang best...
ReplyDeleteSya hrap yg dicari tu maybe adik or someone related to ariq family.Bkn Cinta Nadiah.Hope Ariq ni suka kt Naqi.
ReplyDelete-Ana-
RM ni suka wat idup akk huru hara tau,,,terbaek dari ladang......
ReplyDelete1st time sy komen kt sini.... air mata saya menitis baca bab nie...sgt2 sedih dgn nasib naqi...rehan sgt pandai bermain dengan emosi...tahniah n teruskan berkarya..
ReplyDeletesedih nyer..dian naqi...kelahiran dia x di nanti
ReplyDeletealaaa, nangis air mato den
ReplyDeletemarathon baca citer ni... sampai bab terasa sebak pulak..sedihnya menjadi seorg Naqi... uwaaa
ReplyDeleteSedihnya baca bab ni... Cian kat Naqi...
ReplyDeletemacam mane eh, nak ada feel baca novel dan memahami, karya penulisan /
ReplyDelete