BAB 7
“YOU’RE late, girl,” tegur Ariq bila aku
sudah sampai dan berdiri tegak di depannya.
Dia berpeluk tubuh dna tersenyum menyenget. Sinis.
Waktu ini aku
hanya mampu tayang riak tak bersalah.
Tersengih sana
tersengih sini. Apatah lagi mengingatkan
permintaanku siang tadi… terasa agak melampau.
Kerja masih belum jalan tapi bayaran dulu aku minta.
“Sorry, bang. Penat sikit, kemas bilik,” jawabku jujur.
Ya, setelah
mandi aku sempat menyusun pakaianku dalam alma ri yang sudah sedia ada. Menggantikan cadar pada tilam bujang tanpa
katil. Menggantung gambar mak, ayah dan
Kak Diah pada dinding. Membuat
pengangkut untuk aku gantung Cik Kapok memandangkan gitar elektrik itu disimpan
oleh Ala n
kini.
“Kejap… wonder.
Naqi buat apa kat sini?” soal
Ariq dengan dahi berkerut.
Aku tersengih
melihatkan wajah Ariq serius. Tak ubah bagai aku ini lari dari rumah dia pulak.
“Naqi tinggal
sinilah.”
“La… Kata Fendy, Naqi tinggal dekat Seksyen 7. Memang kawasan sini ke? Kata diorang kawasan lot banglo sana . Tak kan
Ala n bagi maklumat salah pada Fendy? Dan abang pun percaya?”
“Eh… betul dah,
bang. Memang saya tinggal dekat sana tapi sampai semalam
je. Hari ni, saya berdikari. Hidup menyewa bujang. Senang sikit nak buat kerja abang ni siang ke
malam ke. Tak ada hal…,” ujarku.
Ariq
mengangguk-angguk sendiri. Tubuh sasanya
dipeluk bila aku sendiri berasa sejuk dengan angin yang menyapa.
“Erm… dah
makan?”
Aku
menggeleng. Dari pagi tak makan,
abang. Kempunan masakan mak punya
pasal. Kebetulan duit pun kering. Bukanlah tak ada langsung tapi buatnya abang
tak bagi duit pendahuluan saya, mana nak cekau waktu kecemasan? Bisik hatiku.
Sedih juga teringatkan apa yang terjadi pagi tadi. Huh… rasa nak hilang ingatan je.
“Mengeluh
kenapa?” tegur Ariq tanpa aku sedar yang
aku sedang mengeluh rupanya.
“Tak ada
apalah. Letih turun tangga. Rumah bukan rendah… tingkat lima
sana . Alan dengan Izzue pun, kalau ada dua puluh
tingkat agaknya, tingkat dua puluhlah dia carikan untuk saya,” bebelku sambil
berlalu ke arah motor.
Baru selangkah,
tangan Ariq menyambar pergelangan tanganku yang sememangnya sedikit tertutup
hingga ke jari dengan lengan baju yang aku pakai.
“Nak pergi
mana?” soal dia tenang sedangkan aku
sudah mula resah.
Kenangan
pertemuan kami hampir sebulan lalu terbayang di mata. Kacaknya dia bila rambutnya basah. Tenangnya dia memberi aku tempat berteduh
biarpun kami sama-sama basah. Seksinya
bibir merah dia bila basah terkena hujan dan hari ini, dia juga bersikap tak
ubah seperti malam tu. Malam yang
membuatkan aku perasan sendiri sedangkan niatnya lain.
“Don’t stare at me.” Ariq menegur lagi membuatkan aku berpaling ke
lain pantas. Malu. Tak boleh harap punya mata sendiri. Haih…
“Err… abang
kenapa pegang tangan saya ni?”
Bila aku menegur
demikian, barulah Ariq tersedar dari memandangku. Tangan kami terlerai dan dia tersenyum
segarit.
“Sorry.
Tapi, Naqi nak pergi mana?”
“Tadi ajak
makan?” Kening aku naik. Jangan dia cakap batal, aku melalak dekat
sini.
“Naik
motor?”
Aku angguk.
“Makan dekat
mana?”
“Seksyen dua best,” jawabku pula.
“Tempat hari
tu?”
Aku jatuhkan
kepala lagi.
“Aba ng?”
“Kenapa dengan
abang pulak?” Dahiku berkerut bila Ariq bertanya.
Seperti biasa,
dia pergilah dengan Lancer dia dan aku menunggang kuda bern ama Ego ni.
“Naik motor
jugak ke?”
Tangan aku
menggawang tiba-tiba. “Eh…
tidaklah. Abang naiklah kereta kacak
abang tu. Biar saya naik motor
saya. Kita jumpa dekat sana .
Okey?” Ibu jariku terangkat.
Tapi, Ariq juga
membalas dengan menggoyangkan jari telunjuknya dekat dengan hidungku yang tak
berapa nak mancung ni. Tak seperti
hidung Kak Diah yang terletak ind ahnya. Cuma yang lebih sikit padaku kata kawan-kawan
mak, mata aku bundar dan berkaca-kaca.
Nampak macam budak baik, nampak merayu-rayu kasih dan itu pun mak buat
muka.
“Tak boleh,
Naqi. Dah malam ni. lagipun tak silap abang kawasan ni ramai
budak-budak UiTM. Muda-muda. Darah muda… nanti diorang apa-apakan Naqi
kalau balik lambat…”
“Eleh… abang tu
masa dekat Lake G ar d e n
dulu peluk pinggang saya relaks je?”
sinisku di luar sedar.
Wajah Ariq
berubah riak. Dia menelan liurnya berkali-kali.
“Sorry, Naqi. Masa tu sangat tertarik dengan gaya Naqi. Maaf, ya?”
pinta dia akhirnya dan aku malas hendak memanjang cerita, mengangguk
sudah.
“Jom, dengan
kereta abang. Boleh kita sembang dalam
perjalanan. Lagipun, abang dapat satu
maklumat baru tentang Lof,” ujar Ariq memancing aku.
Huih… maklumat
dari dia akan menyenangkan kerjaku. Jadi, apa tunggu lagi. Rezeki depan mata. Makan dapat, gaji dapat dan maklumat juga
dapat.
“Okey,
jom!” ajak aku tak dan-dan.
Tak sempat Ariq
mempelawa, aku terus masuk ke dalam peru t kereta milik Ariq. Sungguh aku suka. Jarang-jarang dapat naik kereta mewah macam
ni. Setakat Honda milik Izzue dan Satria
GTi milik Ala n
saja dan itu sudah buat aku bersyukur.
Nak harap merasa
naik kereta BMWi5 milik mak, rasanya tak pernah sejak mak tukar kereta baru
itu. Yang pernah naik pun, Toyota Camry milik
ayah. Itulah tersangatlah jarang.
“Seronok dapat
naik kereta,” ucapku.
Bila mahu
menarik tali pinggang keledar, tersekat pulak.
Ariq tenang. Menutup pintu
kereta, menghidupkan enjin dan memasang tali pinggang keledar tapi aku masih
terkial-kial.
“Eh, bang…” Tak habis aku ucapkan ayat hendak mengadu,
tubuh dan wajah Ariq hampir padaku.
“Mari sini,
abang pasang. Sebelah sini macam rosa k sikit. Biasalah jarang ada penumpang,” beritahu Ariq
perlahan dan nafas hangatnya menyapa wajahku, menjadikan hati kian resah.
Bila dia menjauh
aku pantas membawa telapak tangan ke dada.
Aku tepuk sedikit kuat berharap hati ini tenang dan tidak terus melompat
sebab aku tak pernah ajar hati aku main lompat jauh atau lompat kijang. Lompat pagar jauh sekali.
“Ready?”
“What?”
balasku terkejut.
“Kahwin?”
Mataku
membulat. Ariq ketawa. “Kidding,
girl. Cool…,” ucap Ariq dan
keretanya meluncur laju meninggalkan kawasan fla t Seksyen 7.
MAKAN malam
sepi. Aku menikmati bihun tom yam pecah
telur kegemaran aku. Kegemaran yang mak
pun tak pernah tahu. Setidak-tidaknya,
mak cik foodcourt ni tahu kegemaran
aku. duduk saja, dia akan senyum dan
mengangguk. Datang order saja, mesti cakap ‘seperti biasa’. Jadi, tak adalah hati rawan.
“Apa maklumat
abang nak bagi tahu tadi? Kemain dia,
naik kereta boleh sembang tapi diam je.
Rindu awek la tu,” usik aku seraya mengangkat wajah memandang Ariq.
Mata Ariq terkebil-kebil. Aku tak sedar dia merenungku. Lengan panjang bajunya disinsing hingga ke
siku. Kolar baju dibetulkan sedikit dan
dia melurut belakang kepalanya.
“Kenapa, bang?”
soalku. Berharap juga jawapan
Ariq adalah kerana aku. Merenung aku
mungkin. Terpaku boleh jadi.
Ariq menongkat
dagu. “Seronok tengok Naqi makan. Sedap sangat ke?” soal dia dan hati aku berbunga tiba-tiba. Kenapa, ya?
“Nak rasa?” Spontan aku suakan sudu ke mulutnya.
Lebih terkejut
bila tak sempat aku tarik, Ariq menganga mulut.
Sekali lagi aku kejung dengan tindakannya. Tanganku masih tidak bergerak dan keadaan itu
membuatkan Ariq menarik pergelangan tanganku, memasukkan sudu ke dalam mulutnya.
Setelah itu dia
membulatkan mata. “Pedas!” Dia mengipas mulutnya dan matanya mula
berair.
“Ala mak…” Aku kalut.
Gelas air kosong aku capai dan aku suakan pada Ariq dan yang sadisnya
itu gela s
aku. Dia punya Nescafe panas berasap
itu.
“Huh…
lega.” Dia mengeluh lega setelah
menyedut separuh airku. Matanya
dipisatkan beberapa kali.
“Tak tahan
betul,” rungut Ariq seraya mengeluarkan sapu tangan dan peluh di dahi dilap
sopan.
“Maaf, bang… lupa
nak cakap tom yam ni memang pedas. Abang
tak tahan pedas, ya? Saya ni hantu
pedas… sampai hantu pun takut tengok saya makan pedas,” selorohku dengan wajah
yang ketat.
Bibir Ariq
lambat-lambat menguntum senyum. Matanya
memandang aku yang ada di sisi kirinya.
“Tak elok sangat
pedas ni. Nan ti
kena gastrik pulak,” nasihat dia tulus.
Aku angguk. “Lidah dah tak ada rasa…” Aku gela k
setelah itu. Ya, sungguh lidah bagai
sudah kehilangan satu deria.
“Kalau macam tu,
nak abang rasa? Ke Naqi nak rasa?” Kening Ariq terangkat dengan senyuman nakal
dan gatal. Lengkap pakej dengan rasa
yang mengjengkelkan.
“I am not you Lof, okay?” tegurku tegas.
“Stop kidding me around!”
Tawa Ariq pecah
berderai. Kuat hingga memancing pandang
beberapa oran g
pengunjung lain.
“Aba ng gurau je. By the
way, kalau Naqi nak rasa, abang sudi je,” sambung dia lagi. masih dengan gurauan sengal.
“Aba ng… please.
Sekali lagi abang mengarut gini gaya ,
I leave!” Mangkuk makanan aku tolak ke
depan. Sudah bersedia hendak bangkit
tapi Ariq menahan.
Mata kami
bersabung. Pandangan bertaut lama hingga
getar itu semakin lama sudah menjadi tidak asing dalam hatiku.
“Sorry, girl.
My bad. Terbiasa bergurau
macam tu. Naqi duduk. Abang nak cakap ni,” suruh dia lembut.
Huh, kadang-kala
aku rasakan dia ni split personality. Payah hendak aku duga apa yang bermain dalam fikirannya tapi yang pasti
ada waktu tindak-tanduknya buatkan aku rasa akulah yang dia mahukan.
“Pasal Lof…
abang dapat tahu dia tinggal Shah
Ala m juga. Seksyen 7.
Tapi, stroke berapa abang tak pasti.
Kena selidik lagi dan dengar kata esok dia ada dekat HKL. Ada
kuliah barangkali. Naqi boleh ke sana esok untuk tengok dia
buat pertama kali. Buatlah apa-apa yang
patut. Bunga ke, kad ke… yang pasti
abang nak dia tahu ada seorang lelaki dok gilakan dia. Boleh?”
Kepalaku mula
menerawang jauh. Kuala Lumpur ?
Menunggang skuter Ego itu untuk hampir sejam setengah demi kerja
ni? Erm… harap-harap berbaloi.
Anak mata hitam
pekat Ariq aku tenung dengan jelingan.
“Pukul berapa dia kat sana ?”
“Mungkin tengah
hari dia dah keluar kot. Esok kan hari Sabtu. Abang tak kerja esok. So, abang boleh hantarkan Naqi kalau Naqi,
nak?” pelawa Ariq tapi aku
menggeleng. Menolak lagi.
“Aba ng upah saya… tak kan nak jadi driver saya pulak. Biar saya pergi sendiri je. Takut nanti abang dekat dengan dia, lari
pulak jenuh. Tahulah saya nak buat apa esok. Abang tunggu berita baik dari saya je,
ya?” pujukku yakin bila melihatkan wajah
Ariq sedikit cuak. Bimbang terlepas Cik
Lof agaknya.
“Okey… abang
tunggu berita Naqi.” Serentak itu Ariq
mengeluarkan Samsun g
Ga laxy Tab miliknya. Diletak elok di atas meja.
Haih… Kak Diah
pun ada yang tujuh inci. Mak
hadiahkan. Mudah kata mak dan aku ayah
hadiahkan Samsun g
juga. Tapi , Ga laxy
Y. yang bezanya bagai harimau dan sang kan cil.
“Cantik tab, bang?” tegurku dan mengintai sedikit tab itu.
Ariq senyum. “Nak ke?”
“Gadjet ni bukan kegilaan saya, bang.”
“Dah tu, nak
gitar baru?” Ariq menjeling sedikit
dengan kening yang terangkat setengah inci namun tangannya masih lincah menari
pada skrin tablet.
“Gitar dah ada
dua, bang. cukup dah nak cari makan dan
mengayat awek untuk abang.” Aku ketawa
sendiri. Rasa lucu bila Ariq menawarkan
sesuatu yang tak kujangka.
“Habis tu, semua
tak nak… ambil abang jelah,” usik Ariq tenang.
Aku langsung
berpaling pada dia. Mencari anak matanya
tapi Ariq bagaikan melarikan matanya dariku.
“Kot kata abang
patung kat pasar malam, saya beli dah,” balasku pula. Tak kan
selamanya hanya dia kenakan aku? Ini
tidak adil.
“Patung tak
boleh bertindak balas, Naqi. Tak syok,”
giat Ariq pula. Terkena aku lagi. Tepat ke dahi.
“Tak boleh nak
sayang Naqi… tak boleh nak cinta Naqi,” tokok Ariq menambahkan pewarna pada
wajahku.
Namun aku, tak
perlu cepat melatah. Ada masan ya oran g seperti Ariq hanya perlu didiamkan dengan kata balas
yang pedas dan berbisa. Biar lidahnya
pincang sedikit mahu mengungkap kata berbentuk usikan.
“Tak apa. Kalau Naqi suka, biar je Naqi merindui,
mencintai. Patung pun tak apa. Tak pernah harapkan balasan,” selaku tenang
dan aku sengaja merenung pada skrin tabletnya yang jelas punyai tab warna kuning. Maybank2u.
Jari telunjuk
Ariq terhenti dari menari di atas skrin.
Dia memandangku dan aku merenung skrin tabletnya. Buat-buat teruja.
“Naqi…,” seru
Ariq.
“Erm…” balasku tanpa memandang.
“Siapa nama
penuh Naqi?” tanya dia tiba-tiba.
“Kenapa? Panggil Naqi pun dah cukup kot,” jawabku
masih lagi tenang seperti tadi.
Suka melihat
Ariq terngadah. Lain yang kami rancang, lain jadinya. Lof ke mana, yang ada hanya aku dan Ariq. Punah…
“Sebab abang…
nak tahu,” ujarnya. “Aba ng
yakin dengan wajah macam ni, nama Naqi mesti best, kan ?”
Serta-merta aku
berpaling menden gar
tebakan Ariq yang tak ubah seperti pujian tapi entah mengapa, aku tetap
terimanya sebagai satu sindiran tajam.
Wajah kami amat
dekat. Hanya dipisahkan beberapa inci
saja. Dekat hingga aku dapat rasa
hangatnya wajah Ariq menyapa wajah.
Bibirnya nampa k
bergetar. Matanya terkebil-kebil
membalas renunganku tapi tidak lama bila telefon bimbitku berbunyi dan Samsun g
Ga laxy Note II milik Ariq juga
sama.
Aku capai
telefon bimbit dan menyentuh skrinnya.
Fuh, lega. Mahu jatuh tergolek
jantung aku di kaki Ariq melihatkan renungannya. Spontan sungguh.
“Eh, siapa
masukkan top-up sampai seratus ni?” Aku
garu kepala. Ariq aku pandang. Dia kembali tenang dan menutup
tabletnya.
“Aba ng bagi top-up RM100. Senang nak call abang nanti,” akui dia bergaya.
“What?” Mataku membulat.
“Saya minta
RM100 tu, cash. Kalau abang dah masukkan untuk top-up, apa
saya nak makan, bang?” tanyaku sedih.
Matanya terjegil kembali terpejam rapat.
Aku tekup wajah
ke meja. Hampir hendak menangis.
Sedihnya hanya Tuhan yang tahu. Kenapa
tak tanya aku dulu? setakat hendak
menelefon dia, top-up RM10 pun dah jadi.
Kalau payah sangat, pakai saja telefon awam. Ini sampai RM100, nak buat apa?
“Relax, girl. Abang bagi tu sebagai peru ntukan. Itu untuk Naqi guna untuk projek ni. Duit gaji Naqi abang bagi nanti sebab tak
boleh nak transfer, nombor akaun
salah,” beritahu Ariq tentang masalahnya bila dia hendak melakukan online banking.
Aku sengih. Dalam hati mengucapkan syukur bila nombor
akaunku silap rupanya. Jika tidak,
pastilah dia telah tahu nama penuh aku.
Fuh… lega. Keluhku perlahan.
“Okeylah,
bang. Jom hantar Naqi balik. Esok nak mulakan tugas ni,” ajakku dan Ariq
jongketkan kening.
“Wow, I’m so impressed with you spirit. Wish you luck.” Dia kenyitkan mata dan aku ketawa. Tak ubah seperti pasangan kekasih
bahagia.
~~> bersambung
hai harap jangan la nadiah yang akan di gorat oleh ariq...
ReplyDeleteariq ni macam miang keladi je dengan naqi..kalo suka naqi gorat la naqi ...
warghhhh!!!! tension...nape la ade budak mcm naqi ni huhuhu ~liyahuma~
ReplyDeletelike!!!
ReplyDeletei'm waiting for the next episode~~
luv u, RM. :D
aduhai...tak berhenti-henti sengih baca n3 kali ni...cik RM mmg pandai olah ayat wat kite confius..ariq nie suka naqi or nadiah hehhe confius..confius :)
ReplyDeletemcm nadiah je yg dia nk ngorat.. parah la hati naqi... cian dia
ReplyDeletelof=love..
ReplyDeletelove=cinta..
budak medic..erm macam nadia je..
sedihnye..nak ngan naqi..
naqi+ariq=sesuai sgt..
nadiah+ariq=xsesuai langsung..
huhuhuhuhu..
saper sebenarnya Lof tu yek...
ReplyDeleteermmmmm xsabo nk tau
adoyaiii..lof = nadiah le tu..huhu..sian kt naqi..
ReplyDeleteariq ni cam nak ngorat due2 sekali jek...
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu esok sebab Naqi kena temankan Nadiah. Tentu si Ariq tu minat kat Nadiah.
ReplyDeleteRM, Lof tu kakak Naqi ke??//katakan tidakkk, KH
ReplyDeleteRM....more entry please. Thank you.
ReplyDeletesy kecewa kalo ariq nk ngorat nadiah...
ReplyDeleteaiseh..RM ni tak sempat nk reply komen semua.. bagus ek yu all punya fikiran..tajam.. tgk wane neh.. apa jadi..ariq - naqi tau ariq - diah.. waaaa kalo dengan diah sila menangis.n RM dulu nangis.. LOL
ReplyDeletethanks guys sudi drop komen.. tak jemu2 baca cerita biasa RM neh.. RM hargai.. syg semua... sila bertabah ye
ariq ada split personality...
ReplyDeletedenial stage..
surely lof tu nadiah...
oh plzzzzzzzzz kak rehan....
ReplyDeleteterbalikkanlah sayang ariq pd lof dia tu ke naqi.....
TOLOOOOOOOOOOOOOOOOONG....!!
wwannurr..
ReplyDeletesape sebanarnya si lof ni, naqi @ nadi??? kompius..kompiuss..ish..ish..
ohmaiiiiiii....rieha rasa kan lof tu macam akak si naqi je...seksyen 7,HKL...akak naqi lak amik course medik,tinggal ngan family dia kat seksyen 7.ohmaigod...it can't be...
ReplyDeletethanks kak rehan, nice entry. harap2 bole baca nex chapter pla :) _lyn
ReplyDeleteFor me your story is not 'biasa-biasa'. Bagilah apa saja cerita, situasi, RM berjaya mengolah seolah2 kita berada di situasi itu/kitalah heroinnya/heronya. Saya plg terkesan kematangan penulisan RM melalui SAM, dpt rasakan keimanan/kelembutan heroin dan keinsafan heronya. Bagaimana jalan ceritanya yg lebih islamik. Cinta...Biar saja ada juga menampakkan kelainan. Pokoknya, Cerita2 yg disampaikan RM juga bukanlah 0, tp ada 'research' yg dijalankan. Anyway, tahniah dan teruskan menghasilkan karya2 bermutu, berbaloi utk dibeli/dijadikan koleksi dan selayaknya berada di 'shelves' jualan..
ReplyDeleteyg sentiasa mengikuti;
-a.puteri-
nak naqi n arif.....xnak nadiah...
ReplyDeleteOH MY !!!
ReplyDeletesape sbenarnya LOf?? adkah itu NADIAH? ataukah LOF tu hanya rekaan Ariq untuk mndekati Naqi??
waaa...Cik RM,, suka sgt mendera jiwa kita hahaha... nak lagi nak lagi..
i luv the way ariq cl naqi, girl....... :-) ur late girl, sound so.... cute! ariq is too sweet.. caring,
ReplyDeleteto naqi:
dun miss ariq girl, ha ha ha -aysa-
Lof tu mesti nadiah..nama dia kn cinta = love..kwn2 panggil lof..
ReplyDeleteMacam dapat teka siapa Lof tuh.... NAdia kan? mampos lah konflik petala kelapan adik beradik neh kahkah
ReplyDeleteKesimpulannya...pasti ariq akan tergolek sukakan naqi dengan keunikan yang ada padanya....kan..kan..kan..
ReplyDeletethe story is getting nicer and hotter.. amboi.. nak main rasa2 lidah bagai huhuhu.. tp kan ada a few typo error kot yg terover look.. anyway keep up the good work RM..
ReplyDeleteNadiah ke orgnya
ReplyDeleteya cite RM bukan biasa2 tpi luar biasa yg psti ada msj yg tersembunyi. pasti terkesan oleh readers. siapa yg tak de air mata tu org tu ati kring. mgkin gak nadiah cz klu yg diberi menjurus ke situ. but plzzze sesekali sy rs arik sukakan naki. next entry for today even utk ari ni dh ada.
ReplyDeleteAriq ni main2 kn hati naqi plak..cair dgr ayat2 dia tu...
ReplyDeletesaya sgt suka dgn sentence nie "tak apa, kalau naqi suka, biar jer naqi merindui, mencintai. Patung pun tak apa, tak pernah harapkan balasan" - sgt menyentuh hati dan memilukan. pandai RM bermain dgn kata2.... Next entry please...
ReplyDeleteRM,,,,bg la ariq tu kat naqi,,,,,rs mcm ariq tu minat kat kakak naqi je,,,,,,???
ReplyDeleteke ariq ni suka kat naqi....
ReplyDeleteso sweet
Akak RM Memang Boleh Membunuh Perasaan Kami.. hahah... Pandai Sangat Main Emosi UHUHU LOVE you Kak RM
ReplyDeleteAdakah Lof tuh Nadiah?? Oh myyyy...
ReplyDeleteyup Lof tu mmg Nadiah kn ?..hish x suke.
ReplyDeletenak naqi n ariq..
alorh.. knapa saya rasa ariq mmg suka dkt nadiah huh??? argh!!!! hati x sedap glos....
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
Habis ler, pasti lof tu kakak naqi
ReplyDelete