BAB 8
SETELAH membuat
bayaran, kami berjalan beriringin ke arah kereta Ariq yang terparkir di bahu
jalan. Bila dia hendak membuka pintu
kereta, aku menolak. Tak biasa
begitu. Rasa mengada terlebih nanti.
Sesambil dia
memandu, aku menilik dengan ekor mata penampilan Ariq. Sangat-sangat kemas dan tak pernah selekeh
biarpun dalam kebasahan. Tetap macho dan bergaya. Bila aku teringatkan akan cerita ketam pokok,
aku cuba
mencari juga apa yang dimaksudkan itu tapi
tak jumpa. Agaknya tak bawa produk ketam pokoknya itu hari ni.
Melihatkan pada oran g, aku tak rasa dia kerja biasa-biasa dan aku juga tak
rasa dia anak oran g
biasa dan tinggal di tempat biasa.
“Aba ng kerja apa,
ya?” Hendak tahu, aku menyoal.
Dia mengerling
seketika dan tersenyum. “Teka?”
“Tak nak teka,
sebab tu saya tanya. Mudah untuk
kita. Tak buang masa nak main
teka-teki,” ujarku.
“Kenapa give-up awal-awal? Tak syok la,” balas Ariq pula.
“Bukan give-up tapi benda senang. Saya tanya abang jawab. Kalau nak main teka-teki, awal-awal saya mention kita main teka-teki,” selar aku
padanya.
Dia senyum
lagi. Senyum dan terus senyum.
“Apa nama Naqi,
ya?”
Haih… aku tanya
dia dia pula menyoal aku.
“Answer me fisrt…”
“In return?” cantas Ariq.
“Tak nak jawab
tak apa. Tiada paksaan,” ujarku mengalah. L
Langsung aku
zipkan mulut sendiri. Memeluk tubuh yang
terasa sedikit dingin dek penghawa dingin kereta Ariq ni. Dia hanya tenang memandu dan aku rasa,
biarlah begini hingga sampai ke rumah dalam sepuluh minit lagi. Dalam kepala sibuk duduk merangka rancangan
untuk esok tapi tak lama bila mana kereta Ariq hendak membelok ke kiri,
telefonku menjerit nyaring.
“Uiks… Ala n? Apa hal?”
soalku teruja.
Ariq menjeling
tapi dia tetap diam. Aku perasan tapi
aku buat tak tahu. Waktu kerja esok dan
perbincangan juga tamat.
“Makan jom. My
treat. Kat mana ni?”
“Kau kat
mana?” tanyaku kembali.
“Isi minyak
dekat Petronas,” jawab dia.
“Sorang?”
“Izue dan
Fendy,” jawab Ala n
padaku.
“Aiseh… aku
tunggu dekat bus-stand dekat depan
tasik. Aku keluar tadi. Jemput aku kat situ, ya?”
“Eh, dengan
siapa? Erm… tunggu. Lagi dua minit aku sampai,” beritahu Ala n dan setelah talian mati, aku berpaling pada Ariq.
“Bang…
berhentikan saya depan tu. Bus-stand tu. Nak keluar dengan kawan kejap,” pintaku
lembut meminta.
“Siapa? Kan
dah tengah malam,” tegur dia bagai berat hati hendak dia hentikan keretanya ini.
“Ala … kawan lama
saya. Tak ada apa. Dah biasa dengan dia. Berhenti, bang. depan sikit.
Oh.. okey.”
Kereta Ariq
tepat berhenti di perhentian bas yang sepi.
Sedang elok pula, Satria GTi milik Ala n
berhenti juga di sebelah sana . Hon dibunyikan. Aku terus menutup pintu kereta dan melambai
pada Ala n.
“Terima kasih,
bang. Esok saya call,” ucapku pada Ariq bila dia juga turut keluar dari
keretanya.
“Siapa tu?”
“Ala n dan Izue. Diorang ajak lepak kejap. Jaga diri, bang. Assalamualaikum,” hulurku sopan dan terus
mahu melangkah melintas jalan raya tanpa aku sedar, ada sebuah motorsikal yang
sedang laju.
“Naqi!!!” tempik Ariq tiba-tiba.
Langkahku
terhenti dan langsung tanganku disambar oleh Ariq lalu tubuhku terdampar dalam
pelukannya yang kemas.
“Ya Allah…
cuainya,” marahku pada diri.
Bila aku menolak
dada Ariq, dia masih kaku memelukku.
“Mana letak
mata? Excited sangat nak jumpa kawan lelaki Naqi tu, kan ?
Mari sini, abang hantar pergi sebelah sana ,” marahnya sambil mencengkam bahuku kemas.
Aku
berkalih. Izue dan Ala n
keluar dari peru t
kereta dengan wajah cuak. Aku juga
rasanya sedang melalui fasa pucat tak berdarah.
Bukan terkejut dengan motorsikal tadi tapi terkejut dengan tindakan Ariq
yang diluar dugaan.
“Jom…” Dia heret tanganku melintas jalan dan bila
tiba tepat di hadapan kereta Ala n,
Ariq bersuara.
“Take care of her. Make sure dia selamat balik rumah. Aku balik dulu,” ucap Ariq pada Ala n dan Izue. Keras.
Aku
terdiam. Dalam kepala masih lagi cuba
mentafsirkan yang baik-baik saja akan perbuatan Ariq tadi. Sudahlah lepas ni pasti dihujani
soalan-soalan dari Izue dan Ala n. Parah.
Ariq berpaling
setelah menyalami Izue dan Ala n
tapi tak jadi melangkah bila Fendy pula muncul.
Sekali, aku terlupa akan mamat Fendy ni.
“Nak ke mana, bro?
Aku dah agak, kau mesti ke sini bila tak nak lepak dengan aku malam ni, kan ?”
Langkah Ariq
pegun. Dia berpaling dan mengerutkan
dahi. “What are you doing here?” soalnya
pada Fendy. Kening hitam itu hampir
bertaut menahan kerutan.
“Jumpa band boy…ops… she’s a girl. Remix band,” jawab Fendy.
Aku menjulingkan
mata ke langit yang kelam tak berbintang.
Terasa bosan pula. Tak teruja seperti tadi lagi kerana aku tahu
apa yang bakal terbit dari bibir Fendy ,
Ala n dan Izue.
“Lepak dengan
kitoranglah, Riq,” ajak Ala n
ramah.
“Yeah… join kitorang happening
sikit,” tokok Izue pula. Ramah terlebih.
“Takut ada yang
tak sudi je?” Ariq menjeling
padaku. Boleh jadi dia perasan akan
diriku yang kehilangan kata setelah dia menjerkah tadi.
“Tak ada siapa
nak larang,” balas Ala n
yakin.
Dia tak tengok
rupa aku yang dah merah dibaham amarah. Sekali
aku mengamuk, pecah GTi kesayangan dia ni.
“Okeylah… kereta
korang? Okey?” tanya Ariq menjeling lagi padaku.
“Tunggu aku pergi
park dekat Petronas kejap. Ambil aku kat sana ,” suruh Ariq dan dia terus berlari ke
arah keretanya dan terus menderum laju.
Aku bulatkan
mata pada Ala n
dan Izue. “Guys… ini tak betul. Ajak
dia lepak dan nak sumbat dia dalam kereta yang dah cukup penumpang, macam
tu?”
Fendy gela k. “You dok depan. Biar I, Izue dan Ariq berhimpit kat
belakang.”
Huh… aku
mengeluh dan masuk dalam kereta. Duduk
di bahagian depan bersama Ala n
dan Fendy dan Izue di belakang. Kenapa
tak naik kereta dia je? Kan mudah. Luas sikit.
Bebel hatiku gera m dan Ala n terus membuat pusingan U untuk
mengambil Ariq.
Bila Ariq
menghampiri, aku keluar dari peru t
kereta. Hendak memberi laluan dia masuk
ke belakang. Biar berhimpit lebih teruk
dari sardin. Janji aku selesa kat depan.
Tapi, sangkaanku
meleset bila Ariq memaksa Izue keluar dan duduk di depan bersama Ala n memandangkan Fendy
agak kecil susuk tubuhnya. Lama
bertekak, aku akhirnya masuk juga ke dalam peru t kereta di bahagian
belakang.
Duduk di sisi
Ariq yang ada di tengah. Hancur… dan
hati kecil berbicara lagi. Rasa malu
pada diri sendiri. Rasa seperti ada yang
tidak kena dalam diri aku.
“Aku tak boleh
terus macam ni,” gumamku di luar sedar telah memancing perhatian Ariq.
“What did you just say, girl?” soal dia tenang dan aku pantas
menggeleng.
Dalam hati aku
berbicara… manusia perlu berhijrah dan aku juga perlu.
AKU diam bila
Izue, Alan dan Fendy gelak. Ariq juga
sama. Hanya tersengih sana, tersenyum
sini. Chicken chop di depan mata aku
pandang sepi. Biasanya aku kalau makan,
dua kali makan malam pun tak apa.
Sampaikan Alan dan Izue juga pelik bila perut kempis aku mampu mengisi
banyak makanan.
Tapi hari ini,
hilang selera. Bagai ada yang tak
kena. Ya, memang tak kena dan hal ini
tidak berkaitan dengan sesiapa melainkan urusan aku dan Tuhan. Aku gigit bibir dan menongkat dagu.
“Kenapa tak
makan?” soal Izue padaku sambil menyikut
aku sedikit.
Dengan malas,
aku kalih padanya. “Bungkus boleh
tak? Boleh makan esok. Lagipun, budak-budak tu ada peti ais.”
Selamba aku
menyatakan hasrat yang datang
tiba-tiba. Dari dulu aku begitu. Alan dan Izue tahu sikap aku yang satu tu.
Jarang membazir. Selagi mampu
menjaga rezeki yang ada, aku akan nikmatinya.
Mata Fendy dan
Ariq dan bulat. Tak percaya barangkali
dengan sikapku yang selamba di depan mereka.
Izue menepuk bahu Ariq dan Alan menepuk bahu Fendy.
“Relaks… adik
kami ni memang macam ni. Dia sangat
menghargai makanan,” ucap Izue mengusikku yang sudah tersengih menahan malu.
“Makanlah dulu. Nanti kita bungkus lain buat balik. Tak pun kejap lagi kita pergi Tesco ke, Giant
ke… barang makanan kering tak ada, kan?”
cadang Alan prihatin.
Fuh… dia memang
abang yang baik. Aku sengih dan
mengangguk lagi tapi lesu kemudiannya bila aku teringat yang Ariq tak bayar
lagi duit gaji aku yang dia janjikan.
Punah harapan. Lupa atau
buat-buat lupa aku tak pasti.
“Kenapa tak
cakap dekat abang yang tak ada makanan kat rumah?” Tiba-tiba saja Ariq mencelah.
Tak jadi aku
hendak suakan sudu ke mulut. Aku pandang
Izue, Izue pandang Alan dan akhirnya mereka semua merenung aku. Rasa kerdil dan kecilnya diri ini bersama
empat lelaki gagah yang menjadi pahlawan kepada seorang puteri terbuang seperti
aku.
“Tak ada kena
mengena dengan abang sebab tu tak cakap,”
jawabku di luar sedar. Tak sengaja
keluar dari mulut.
Tapi sungguh…
tak ada kaitan dengan dia. Dia bagi duit aku, aku akan pergi beli barang
sendiri nanti. Atau pun dengan Alan dan
Izue sebab dah terbiasa dengan mereka.
Tak ada yang payah.
Bibirnya
diketap. Ariq meredupkan matanya dan
membuang straw lalu diteguknya Nescafe ais itu hingga separuh gelas. Mata aku dan Alan berbicara. Mata Izue juga menokok bicara. Fendy ternganga. Ariq buat tidak kisah. Parah…
“Guys… aku balik dulu,” ucap Ariq
tiba-tiba.
Dia bangkit
tanpa berkalih lagi. Fendy juga bangun
dengan wajah bingung. Kami lebih-lebih
lagi.
“Riq!!! Fendy menjerit kuat. Tak dihiraukan dah pandangan masyarakat
sekeliling.
“Nak balik naik
apa?” jerit Fendy lagi dan Ariq yang menggoyangkan
tangannya pada kami lantas menghilang dalam kepekatan malam. Naik teksi gamaknya. Parah.
“Kenapa mamat
tu? Sentap terlebih pulak malam-malam
ni. Lagipun, makin pelik dia
lately. Biasa tak macam ni,” komen Fendy
dan aku terus buat tak tahu.
Makanan di depan
mata aku telan perlahan-lahan biarpun aku tahu, Izue dan Alan sedang merenungku
dengan beribu persoalan.
Setelah selesai
menikmati makan malam yang tak seceria
biasa, Fendy mengajak aku masuk bandnya
dan aku masih lagi bertegas hendak menolak.
Nak freelance sendiri tanpa
terikat dengan mana-mana. Sedang untuk
aku.
“Dah, jom…” Alan mengajak kami setelah dia kembali dari
kaunter bayaran.
Dia meminta aku
berjalan di belakang bersamanya, membiarkan Izue dan Fendy di depan.
“Apa jadi?”
“Jadi apa?” soalku kembali. Pelik.
“Kau dan
Ariq?”
“Tak ada apa
pun…” Aku menggeleng.
“Kalau tak ada
apa, kenapa dia merajuk?” Alan dah mula
naikkan suaranya satu oktaf. Runut bunyi
yang sudah mula tak sedap didengar.
“Merajuk ke macam
tu? Manalah aku tahu. Aku jawab betul apa tadi. Tak ada kena mengena dengan dia hal makanan
dalam rumah aku. Ini, duit gaji pun tak
bagi. Haih…” tak sedar, aku merungut pasal duit gaji. Haru bila Alan dah tahu.
Langkah kami
terhenti. Alan bercekak pinggang.
“Kau kata kau
kerja dengan dia, kan? Kerja apa?” Keningnya diangkat berkali-kali.
Aku ketap
bibir. “Kerja biasa je janji duit
halal.”
“Kerja apa
sampai keluar malam-malam dengan dia.
Berdua pulak tu?” tegur Alan
lagi.
Aku memandang ke
langit seketika. “Dia datang nak bayar
duit gaji akulah. Bukan apa pun.”
“Tapi, cara aku
tengok dia pandang kau lain macam je?”
Aku sengih. Gelisah sebenarnya bila Alan berkata demikian
tapi dalam masa yang sama timbul rasa nak usik dia.
“Kau cemburu,
ya?” Jari telunjukku terangkat.
Alan
mencemik. “Lebih dari tu tau tak… jangan
nak macam-macam. Lain kali kalau nak
keluar dengan dia, telefon aku dulu.
Takut aku tengok dia teguk air tadi.
Fuh… gerun-gerun.” Tangan Alan
lekap ke dadanya. Mengurut lembut dengan
wajah takut. Lucu.
Aku ketawa sikit
dan terus melangkah.
“Abaikan
Ariq. Selesai kerja aku dengan dia, dia
bayar upah aku, aku tak jumpa dia lagi.
Yang kau ni sungguh ke nak bawa aku beli barang. Duit aku tengah kering ni.”
Alan
sengih. “Sungguhlah, Naqi. Pakai jelah duit aku,” cadang Alan dan
langkahku terhenti seketika.
“Aku dah banyak
susahkan korang, kan?” tanyaku. Mood bertukar lirih tiba-tiba.
Wajah Alan yang
nampak samar-samar aku pandang. Dia
jatuh bahu memandangku.
“Ada masalah
dengan family, kan? Gaduh dengan
Nadiah?” soal Alan dapat menangkap
masalahku.
Aku menggeleng,
mengelak lagi dari bidikan Alan yang sememangnya tepat itu. Rasa malu hendak kuluahkan masalah pada
mereka.
“Tak adalah…
okey je. Nak hidup sendiri tanpa bantuan
keluarga,” jawabku dalam anak tekak.
Alan
mengeluh. “Korang anak orang kaya. Dua beradik je. Pelik tapi agaknya setiap orang berbeza. Kalau kau cakap nak hidup berdikari, aku tak
paksa kau mengaku hal sebenar. Apa-apa
pun, mari kita pergi beli barang. Nanti
lewat pulak. Esok kerja, kan?” tanya Alan.
Aku angguk.
“Jomlah. Jangan buat muka macam tu. Tak sesuai langsung dengan kau,” usik Alan
dan aku mengerutkan wajah.
Hampagas punya
kawan. “Kalau payah sangat, kau tolong
jualkan gitar ak utu jelah. Nanti kita
bagi tida duit jualan tu.”
Mata Alan
membulat. “Penat kami buat keluar duit
top-up kan kau nak beli gitar tu.
Alih-alih nak jual?” soalnya tak
puas hati.
“Ya, aku tahu…
tapi tengah darurat lagipun aku rasa…”
Aku berjeda. Menelan liur dan
memandang Alan.
“… dah sampai
masanya aku berhenti buat semua ni kot, Lan.
Aku rasa macam ada yang tak kena dengan aku. Mungkin dah tiba masanya aku berhijrah,”
sambungku cukup perlahan.
“Tak nak main
muzik lagi?” tanya dia.
Aku
mengangguk. “Lepas aku selesaikan kerja
aku dengan Ariq ni… aku nak berhijrah.
Jauh…”
Wajah Alan
sugul. “Nekad ke?”
“Aku rasa tak
boleh selamanya aku macam ni. Ada
masanya aku lalai. Macam ada yang pincang sana-sini. Keliru jugak sikit,” aduku pada dia. Semuanya setelah kami membuat persembahan di
Lake Garden dulu tu.
“Ya, betul tu…
tapi nak lepaskan semua macam sayang, kan?”
“Sangat sayang
tapi macam tak ada pilihan lain,” tukasku pula bersama langkah yang agak
longlai.
Teringat pula
pada Ariq. Agaknya dah sampai ke kereta
dia. Susah payah berhimpit, dia balik
sudahnya. Dan kamilah yang susah nak
fikir masalah dia. Buang karan.
“Kalau itu yang
terbaik, tak mungkin aku dan Izue nak
halang, Naqi. Aku tahu, hari ni
akan tiba cuma tak sangka malam ni. Aku
tahu kau akan jadi seorang anak gadis
yang sebenarnya. Cuma, jangan
lupa kau ada aku dan Izue kalau susah,
ya?”
Alan sengih
terpaksa. Bait kata-katanya buatku
terharu. Tak mudah hendak aku temui dua
orang teman berlainan jantina yang memahami aku biarpun tak pernah mereka tahu
apa yang terjadi dalam rumah banglo mewah milik mak dan ayah.
“Terima kasih,
Lan… doakan aku.”
Matanya
dikedipkan sekali dan kami ledakkan tawa.
Tawa sedih sebenarnya.
~~> bersambung
semoga penghijrahan Naqi akan membuatkan family dia lebih menghargai... kesian Naqi
ReplyDeletenice....RM...
ReplyDeletetak faham plak aku dengan si ariq ni...lof dia nk , naqi dia mahu...hidup kena ade pendirian bro... ~liyahuma~
ReplyDeletelof c ariq ni blh jd jg kak c naqi...or....c naqi sdiri kott....huhuhuhuhuhuh...can't wait la en3 strus nya.......*umie*
Deletenak lg la RM.............plzzz...
ReplyDeletebestnya kalau ada 'abang2' yg caring n loving mcm tu..
ReplyDeleteTQ RM
cian nyer Naqi...
ReplyDeletekonfius Ariq suka naqi kn...
nk lg2
Alahai....kesiannya Naqi, kurang kasih sayang keluarga. Eh, bukan lagi kurang ni...tapi langsung tak dapat. But she must be strong lah, dan buktikan speacially pada mak & kakak dia yang dia tetap boleh berjaya di luar sana.
ReplyDeleteWah sebenarnya Ariq tu dah kenapa? Takkan ada hati kat Naqi gak kot?
ReplyDeleteAriq suka Naqi, yeah2.... next entry please...
ReplyDeletepeghhh,dasat 2....main minum cm2 jek nscfe 2,sib sjuk....klu pns mau lecur hbs.
ReplyDeletejeles eik bang...rilex r,cool....
~ZQ~
ariq nie suke nqi laaaa...dy sje je kata lof kan love..heshhh teruk nye laki.. kang naqi blik2 dy tunggu dpn umah -_-...huhuuhu hrap2 cm tuh arr.then naqi brubh yesss ! kak rehan nak lagi nak lagi ! hehe :D bisakah akan dibukukan kew ?
ReplyDeletehmmm :( touching.... ariq merajuk???? :o ???? jeng jeng jeng ... sape awek yg dia suruh stalk ni sebenarnya .. macam lbh pada naqi je kan3?
ReplyDeletenak lagi RM...ketagih la
ReplyDeletehehehe..berhijrah sebelum terlambat..
ReplyDeleteAllah sentiasa membuka pintu rahmatnya utk hamba-hamba Nya
RM.. mu menggoda jiwa sengsara.. lalalalala terbaik
ReplyDeleteeh, klu mcm suka kt diah. nape tetiba jealouse kt naqi lak? suka sape senarnya? naqi nk tggalkan dia org ke cz dia nk hijrah jauh? nk tggal fmily dia kot. mgkin bru mak dia akn sdarkan diri kot bhwa ank adalah anugerah Allah yg x terhingga hrganya. sian Naqi. nk lgi.
ReplyDeleteXsabar nk bc next n3
ReplyDeletewwannur.......
ReplyDeleterase2nya si ariq ni nakkan naqi kut,,, merajuk konon
Mesti ariq nie keliru gan perasaan die kan.....
ReplyDeleteMesti ariq nie keliru gan perasaan die kan.....
ReplyDeleteNK LG BLH X?
ReplyDeleteXPUAS LA PLAK...
HUHU ;P.........
kenapa la kaka rasa si LOF ni sebenarnya naqi...sbb nengokkan body language si ariq ni mcm menuju ke naqif jep...nmpak mcm jeles bila naqi jumpa geng2 jantan dia tuh n nampak sgt 'care' dgn naqi...
ReplyDeleteAnn baca bab 6,7 & 8.. kenapa rasa sayu je ek..mungkin sbb duk sendiri kot.. menyewa sorang2... dah terasa cam Naqi pulak.. hehehhe..
ReplyDeletetapi serius... sangat sayu rasanya hati..
:(
all the best...
dik...nape suka bagi mengundah gelanakan perasaan kami ni...RH cepat sgt yeh...sayang RH..
ReplyDeletehoho..ada bau2 jealousy tue...hehe...sian naqi..
ReplyDeleteprtama kali rasa trsentuh baca enovel..bkn kisah sedih tp myntuh prasaan...
ReplyDeleteMALAM NI ADA LG N3 KAN?? KAN? ADA KAN?
ReplyDeletesian dia,
ReplyDeletelof? lof tu kan cinta? nama naqi Cinta kan? kan ?
ReplyDeleteIyew.. Tpi kakak naqi pun nama cinta jgk.. HKL pulak tu.. Pernah rasa kena stalk lg aritu..
DeleteBagus naqi ni..dh tekad nk berhijrah pd yg lbh baik...sgt suke dgn persahabatan diaorg ni...
ReplyDeletehmm,,, suka sgt dgn abg2 naqi ni,, izue & alan.. kak rehan,, nk lg plss..
ReplyDelete-athirah-
Lof Dan Naqi Orang Yang Sama????? hehehe
ReplyDeletebestnya kalo ada 'abg2' mcam ni...sangat memahami. dan tak berkira. saya sokong naqi. berhijrah untuk diri sendiri.
ReplyDelete..marathon CBSA..
>>k<<
yes! naqi nk berhijrah...good naqi...
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletecerita2 akak tak pernah mengecewakan..thumbs up for u :D
bergenang mata time baca part naqi nak makan spaghetti tu..huhu
citer ni habis kat blog or akan diterbitkan as novel?~anis
Marathon baca dr bab 4. Sedih giler dgn Naqi. Saspen plak n dok terfikir2 bila Naqi nk bgtau nama penuh dia kt Ariq. Saya suka Naqi nk berubah utk menjadi lebih baik. Saya harap kan perjalanan penghijrahan dan hidup Naqi nnt dpt RM lakarkan dgn cantik n menarik sehingga dpt menyentuh hati kami, inshaAllah. Good luck RM!!
ReplyDeletecite ni super menarik =D
ReplyDeleteCorfim lof tu nadiah..smua ni akan menuntut pengorbanan dr naqi bila ariq menyedari naqi yg sebenarnya dia cinta..dan pengorbanan dh tentu dipinta oleh ibu naqi utk anak kesayangannya nadiah..anak dato amri rasanya ariq la kan..
ReplyDeleteceyh... da nmpk mcm ariq da suka dkt naqi tpi yg dia nk siasat sngat nadiah tu knapa? kesian naqi.... knapa family dia jdi mcm tu eh?? nnti naqi nk pergi jauh.. bru family diorg tau.... tpi kesian ariq plak... hehhe anyway thanks kak rehan
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
rasanya ariq sukakn naqi tp........dgn gadis misteri dia......konfius brtul nk buat conclusion....x sabar nk baca next episod
ReplyDelete