BAB 9
TIBA di bawah
rumah, aku terus keluar dari kereta Alan bila aku tetap berkeras tak nak dia
belikan aku apa-apa. Tak larat nak
terhutang budi. Bukanlah risau tergadai
body tapi takut menyusahkan Alan lagi setelah sekian lama aku susahnya
dia.
Alan turunkan
cermin kereta. “Nak kami hantar sampai atas ke?”
“Toksahlah. Tapi, kau ingat apa aku pesan. Jumpa buyer dan harga pun okey, layur
je. Aku tak kisah. Jumpa lagi, guys…” Aku melambai tangan
pada Fendy dan Izue.
“Esok aku
kerja. Jangan call tau,” pesanku bajet kononnya mereka nak sangat telefon aku
selalu.
Baru hendak aku
melangkah naik ke atas, namaku diseru tiba-tiba. Ada suara di sebalik tiang yang besar ni dan
bila aku mengintai, Ariq muncul. Huh…
dia lagi. Ingatkan dah balik.
“Ingatkan dah
selamat sampai rumah?”
“Mana
barang?” soal dia tak menjawab
pertanyaanku.
“Err… barang,
ya? Tak beli.” Aku sengih.
“Saya bukan
macam zaman belajar dulu. Tak belajar
tak payah makan banyak. Otak tak perlu
guna sangat.” Pandai aku memberi dalih.
Ariq jongetkan
kening. “Jom…”
“Mana?” Aku kerling jam di pergelangan tangan.
Sudah pukul
sepuluh lebih. Biasa kalau dok rumah mak
dan ayah pun, mak ayah tak pernah kisah
aku balik lewat malam tapi aku tetap ada di rumah awal kalau tak ada hal.
“Teman abang withdraw duit. Duit Naqi tak bagi lagi,” ujar Ariq.
Aku tepuk
dahi. “Esok jelah, bang. Tunggu kerja jalan dulu satu, baru abang
bayar,” ucapku memberi makna yang aku sedang menolak ajakannya.
“You need money and I need you,” tekan
Ariq.
Aku gelak. Menggeleng kemudiannya. “Yeah…I
need money but you, need LOVE.”
Terngadah Ariq
dibuat aku.
“Dan LOVE tu perlukan bantuan Naqi,” sela
Ariq masih tak nak mengaku kalah.
Aku berpeluk
tubuh. Bersendeng pada dinding. Mengetatkan sedikit ikatan rambut. Memandang dia dan dia memandangku.
“Kat Shell sana ada ATM. Pergilah. Saya tunggu sini.”
“Rosak…”
“Petronas sana ?”
“Rosak juga…”
Aku ketawa
lagi. “Pandai pulak semua ATM rosak
malam ni. Adoi… bolehlah. Kejap je
tau.” Aku terus menyatakan persetujuan
dan Ariq tersenyum lebar. Punah.
Kami terus
mendekat ke arah kereta Ariq. Padahal
dekat je dengan tempat Alan turunkan aku tadi tapi tak perasan pulak. Haih… mata cemeng.
Sekali lagi,
kami berdua di dalam kereta. Diam
lagi. Ariq bagai kehilangan kata dan aku
tak boleh lagi nak biarkan suasana bisu membelit kami. Rasa ada tak kena. Nanti, bukan aku ayat Cik Lof tu untuk Ariq,
tapi aku ayat diri sendiri untuk Ariq.
Parah.
“Bang… masa
mula-mula saya nampak abang dulu, kan …
saya rasa abang ni cerewet sikit. Betul
tak saya teka ni?” tanyaku dalam nada
sergah sebab Ariq nampak terkejut.
“Hah… apa pulak
teka macam tu?”
“Yalah… saya
dengar abang cakap dekat kawan abang tu… dah keluar bilik air basuh tangan
pakai ketam pokok. Ei… macam perempuanlah,”
komenku buat muka geli tapi disambut oleh tawa Ariq.
“Ketam
pokok? Crab Tree?”
Aku sengih dan
menarik-narik tali pinggang keledar yang aku pakai sendiri kali ini. Tak bagi dah Ariq dekat denganku.
“Ada ke ketam pokok. Kebersihan tu kan wajib dijaga. Abang tak boleh sikit bab-bab macam tu
biarpun nampak remeh…”
Usai Ariq
berkata demikian, aku hentakkan kasut ke atas pemijak kaki beberapa kali. Berharap moga ada pasir yang
berteraburan.
“Alamak… habis
kotor karpet kereta kacak abang ni,” beritahuku pada Ariq dengan wajah
cuak. Cuak kubuat-buat.
Pantas dia mengintai dan
mengerutkan dahi tapi aku bahankan.
Lucu.
“Relaks,
bang. Tak ada pasir pun. Dekat Shah Alam ni mana ada tempat berpasir
nak saya pijak. Apalah..” Aku kutuk dia sikit sambil menayang tapak
sneaker.
Dia hela nafas
lega. “Kalau kotor pun, abang boleh
basuh tapi abang potong duit gaji Naqi.”
Senyum.
Aku sengetkan
senyuman. “Sampai hati. Dah lah saya
ni anak terbuang, bang. Tak
kasihan dekat saya ke?” soalku buat-buat
lirih tapi dalam hati aku memang lirih sebab memang aku anak yang
terbuang.
“Just kidding, girl. Tapi, tadi kenapa cakap abang tak ada kena
mengena dengan Naqi, ya?”
“Err… sebab tu
kena abang bangkit tinggalkan kitorang tadi?”
Aku cuba
bermain tarik tali dengan Ariq. Memancing
penjelasan daripada mulutnya. Adakah
benar seperti yang Ala n telah atau jauh
meleset telahan Ala n.
Dia mengangguk
sedikit.
“Tapi, kenapa
perlu merajuk? Tak penting pun, kan ?” Rasa masih tak puas hati dengan anggukan
Ariq.
Bahunya
naik. “Entahlah, Naqi. Rasa macam tu je. Rasa tercabar jugak sikit tapi macam mana
Naqi boleh fikir macam tu, ya?”
“Saya memang
maksudkan apa yang saya cakap tadi, bang.
Hal yang tak ada kaitan dengan abang saya tak nak bagi tahu. Kecuali hal kerja dan Cik Lof, okey,” ujarku
tenang.
Ariq merengus
sikit. Nampak tidak berpuas hati.
“Dan Naqi kena
ingat… abang akan care tentang Naqi
selagi Naqi kerja dengan abang. Mulai
sekarang, apa saja yang Naqi perlukan, bagi tahu abang. Kebajikan pekerja abang perlu jaga. Betul tak?”
Huh… hujah yang
logik. Kalah aku. Tapi, rasa nak mainkan dia masih ada. Tak pernah puas.
“Kalau macam tu,
baik abang bayar saya punya EPF dengan SOCSO.
Boleh macam tu?” Keningku naik
sedikit.
Ariq mengerutkan kening sebelum ketawa. Ketawa dan terus ketawa.
“Relaks… saya
gurau je,” ujarku menenangkan gundah yang jelas terpancar pada wajah tampa nnya.
Ariq
sengih. “Ada rezeki nanti, kita kerja bersama. Okey?”
“Abang ada
company sendiri ke?” Keningku naik
sedikit. Lebih tinggi sikit dari
kebiasannya.
“Tak adalah…
abang kuli je. Erm… lepas kita beli
barang nanti, abang bayar upah Naqi… then,
balik rehat, ya? Abang tunggu berita baik dari Naqi esok,”
ucap dia padaku dan saat ini kereta sudah berhenti di hadapan Tesco Shah Alam
dan nampaknya pengunjung masih lagi ramai.
“Jom beli
barang,” ajak dia senang.
Tak dapat tidak,
aku menurut. Troli Ariq tarik. Aku hanya berjalan lenggang kangkong dan bila
jumpa ATM, Ariq buat tak tahu.
“Bang… ATM?”
Dia
menggeleng. “Abang dah ada cash pun,” jawab dia tanpa ada rasa
bersalah. Tersengih dan aku merengus
panjang.
“Such a liar!” Pantas aku panjat escalator. Rasa lambat betul
escalator ni bergerak.
SEPARUH troli
penuh dengan barang makanan. Air,
biskut, megi dan macam-macam lagi.
Aku menjeling
Ariq. “Ini kira potong duit gaji ke
apa?”
Ariq mengangguk.
Kepak kepala aku. Kerja tak jalan
lagi tapi asyik kena potong gaji je. Selesai
kerja, apa hasilnya? Atau kebahagian
Ariq sudah cukup buat aku rasa berbaloi?
Macam tu? Mengarut.
“Ni sebulan saya
makan ni.” Sesambil itu aku belek semua
paket yang ada.
“Make sure habiskan dalam seminggu. Dalam pada nak siapkan tugasan. Abang kena dapatkan Cik Lof tu jugak. Kalau tak mummy
abang paksa abang kahwin dengan perempuan abang tak suka. Lagi payah masa tu sebab abang akan heret
Naqi je nanti,” ucap Ariq separuh mengugut.
Dalam hati,
menjawab… kalau macam tu saya nak lengah-lengahkan masa biar abang heret
saya. Tapi, mampu ke abang pilih saya
tanpa ada rasa cinta? Boleh ke abang
hidup dengan orang yang abang tak cinta
dan orang yang hanya cintakan abang?
Sudi ke abang
nak terima gadis seperti saya? Yang
berpelisiran, melepak tak tentu hala dengan menggalas gitar. Mengalunkan rentak merdu tapi tak sedar diri sendiri pincang. Abang sudi ke nak terima puteri terbuang
macam saya ni?
Soalan berlegar
dalam kepala tapi tak terluah. Usah kata
keberanian hendak berbicara begitu, hendak menentang matanya waktu ini juga aku
rasa kecut. Takut andai hatiku
benar-benar mengesot perlahan dan menjadi milik Ariq.
Mataku terasa
sedikit berair. Kenapalah kasih sayang
tu sukar nak hinggap padaku? Di rumah,
aku jauh ketinggalan dengan Kak Diah dan hari ni, kalah dengan Cik Lof
jugak. Mungkin benar kataku pada Alan…
selesai saja kerja dengan Ariq, aku akan pergi jauh dan akan aku pastikan
bayaran dia padaku berbaloi. Aku akan
pergi mencari erti hidup.
“Termenung
lagi?”
Aku tepuk dahi
mahu menutup mata yang berair.
“Berangan,” jawabku bila terasa
lantunan suara sudah seperti biasa.
Ariq sengih
sambil menolak anak rambutnya yang jatuh ke dahi dengan cukup bergaya. Bila
tiba masa kami buat bayaran, bahuku dicuit orang.
“Naqi?” Suaranya cukup perlahan.
Aku berpaling
dan wajah mak dan ayah terlayar pada kornea mata. Aku
pandang Ariq yang sedang memunggah semua barangan di dalam troli untuk
diletakkan di atas kaunter sebelum memandang pada mereka kembali.
“Siapa?” soal mak.
Aku tarik tangan
mak menjauh sedikit dari Ariq yang sedang leka.
Mak dan ayah hanya menurut.
“Tauke Naqi,
mak.”
“Tauke apa
keluar malam-malam ni? Ini ke kerja kamu? Sebab tu nak duduk sendiri? Macam tu?”
tempelak mak.
Aku tahan nafas
beberapa saat sebelum bersuara. Sebab
mak dan ayah tak pernah perlukan Naqi dalam rumah tu, mak. Sebab tu, Naqi keluar. Tapi, hendak aku ucapkan rasanya tak akan
pernah lalu aku paut lengan mak manja.
Biar mak menepis, aku paut jugak.
“Urusan kerja,
mak. Bukan apa pun…”
“Entah-entah
pakwe kamu tak?” tebak mak dan aku
menggawang-gawangkan tangan.
“Eh, demi Allah
bukan, mak. Sungguh…”
Mak senyum
sinis. Dia memandang Ariq lama sebelum
merenung aku kembali.
“Ikut suka
kamulah tapi kalau kamu kata tauke pun mak percaya sebab orang macam dia tak
pilih gadis liar macam kamu ni,” tuduh mak tenang tanpa mengira perasaan aku.
Aku telan liur
dan memandang ayah yang sudah merah wajahnya.
Tiba-tiba aku ketawa halus.
“Betullah,
mak. Kalau mak berkenan, kita kenen
dengan Kak Diah, nak?” cadangku memberi
pendapat sengal dengan perasaan sengal yang dilanda sedih.
Mak
mencemik. “Nadiah tu mak nak jodohkan
dengan anak Dato’ Amri. Tunggu jelah
nanti beritanya. Nanti mak telefonlah
kamu kalau diorang datang rumah. Itupun
kalau kamu nak balik dan kenal lagi jalan rumah.”
Aku
bulatkan mata dalam menahan jiwa yang
dipalu sayu. “Waaa… tak sangka mak plan
baik punya pada Kak Diah. Untuk Naqi ada
tak? Tak dapat anak Dato’… anak Tan Sri
pun bolehlah, mak,” gurauku pada mak berharap semoga mak terus senyum, tercuit
hatinya dengan usikanku tapi sayang.
Semuanya menghampakan.
“Masalahnya, ada
ke anak Dato’… Tan Sri nak kan
kamu. Kalau nak merasa jadi orang gaji
rumah mewah, kerja dengan Kak Diah lepas dia kahwin nanti. Senang lenang dia jaga kamu,” tambah
mak.
Sebenarnya mak
sedang menambah garam pada luka di hati yang sudah terlohong. Tapi aku, tetap tersengih dan menggaru kepala
tak gatal. Dada sudah sebak. Toksah aku ungkapkan rasa hati ini kerana
kalian tak mungkin mengerti.
“Aiseh, mak…
penat Naqi belajar nak suruh jadi orang gaji pulak. Kan
ayah?” Aku angkat wajah pada ayah
berharap ayah juga menyokongku.
“Tak baik cakap
anak macam tu, Nun?” tanya ayah
perlahan.
“Eh, apa mak
beli?” Aku hendap ke dalam troli bila
nampak air wajah ayah suadh mahu marah.
“Tak ada
apa. Barang Diah je. Jomlah, bang.
Diah sorang kat rumah,” ajak mak dan dia berlalu ke kaunter bayaran jauh
sikit dari Ariq sedang berdiri.
Aku pandang
ayah. Ayah senyum kelat. Lalu aku membalas dan namaku diseru
Ariq. Shah Alam sangat kecil dan rasanya
aku benar-benar perlu menjauh. Jauh
sampai tidak terbias mereka di mataku.
Atau mereka sebenarnya tak sudi hendak melihat aku lagi.
“Naqi,” seru Ariq.
Aku kesat hujung
mata dan memandang dia. “Dah siap?”
“Dah… sembang
dengan siapa?” Dia memanjangkan leher
mengintai mak dan ayah yang sudah sedia
hendak berlalu.
“Mak dengan
ayah…”
“Eh, mana?”
Aku senyum. Keningku naik. “Tak payahlah jumpa. Diorang nak balik dah. Nak cepat.
Atau abang nak jumpa mak ayah saya sebab ada niat lain ni,” usikku.
“Nak risik saya
dah berpunya ke belum, ya?” Wajah ceria
tapi hati berduka. Ariq tak tahu dan aku
semakin tak mengerti.
Dahi Ariq
berkerut. “Dapatkan Cik Lof tu dulu,”
pesan Ariq meremuk redamkan hati yang hampir lunyai.
Kenapalah aku
terima kerja sengal ni? Menyusahkan hati
sendiri.
ARIQ melajukan
kenderaannya bila jalan raya mulai lengang.
Aku masih lagi diam sendiri.
Memikirkan kata-kata mak tadi.
Mungkin pada mata mak dia nampak aku liar. Boleh jadi juga. Pandangan masyarakat juga. Pasti.
“Diam je?”
Aku kalih. “Tak ada apa nak cakap.”
“Dengar abang
cakap kalau macam tu?”
“Cakaplah, saya
dengar…”
“Sebelum tu,
ambil ni…”
Empat keping not
RM50 bertukar tangan. Aku tak mampu nak
sengih tapi aku sengih juga. Menerima
rezeki dengan penuh rasa syukur. Gaji
pertama aku. Biarpun keringat masih
belum menitis.
“Terima kasih,
bang. Apa nak cakap tadi?”
“Erm… Naqi dah
tahu ke macam mana nak kenal Lof?”
Matanya dijeling sedikit padaku.
Aku
menggeleng.
“Mudah je… dia
sangat cantik pada pandangan mata abang.
Kalau dia berdiri di tengah-tengah ramai tapi Naqi terpaku pada dia dan
dialah Lof… cari nama penuh dia siapa, anak siapa, apa dia suka then bagi tahu abang. Tapi…”
Ariq meleretkan kata.
“…dia kalah satu
je dengan Naqi.”
“Apa dia?”
tanyaku buat-buat teruja.
“Mata… dia tak
ada mata macam Naqi.”
“Kenapa? Dia pakai mata lembu, ya?” tanyaku bergurau bagi melindungi hati lara
bila tiba-tiba teringatkan perkara lalu.
Mak tak boleh terima orang puji mata aku lebih cantik dari mata Kak
Diah.
Ariq
merungut. “Ikhlas dari hatilah, Naqi…”
“Ikhlas antara
abang dengan Tuhan… tak perlu diluahkan…,” selaku.
“Dah tu buat
main-main,” tukasnya sedikit geram.
Aku senyum
saja. Malas hendak memanjangkan
bicara. Fikirkan rancangan untuk esok
lagi masyuk.
“Dan satu lagi…
abang tak harap sangat Naqi hang-out
dengan diorang tu selalu.”
“Sebab?” Terkejut punya pasal dengan permintaan Ariq
yang aku rasa sedikit pelik, suaraku meninggi sedikit.
Waktu ini kami
sudah memasuki kawasan flat tempat aku menyewa.
Terasa agak sunyi juga malam ni.
Apatah lagi semester baru berakhir.
Ariq menjeling
aku tajam bila aku bertanya begitu.
Serta-merta brek ditekan dan bila aku hampir tersembam pada dashboard, dia menahan dengan
tangannya.
“I just don’t know,” jawabnya.
“There must be a reason. Will always got a reason,” tekanku
meminta dia menjelaskan padaku akan permintaannya itu.
Renungan kami
bertaut erat dan kian erat. Lama dan
terus kemas tautan renungan kami. Tanpa
aku sedar wajah Ariq mendekat dan terus rapat.
Bibirnya bergetar dan matanya kian meredup.
“Aba ng tak tahu tapi Naqi
kena tahu, abang care pada Naqi. I do
care about you. You are my employee now.”
Sebelah
tangannya ditongkatkan pada stereng dan sebelah lagi sudah menyapa belakang
tempat dudukku. Hembusan nafasnya kian
hangat.
“Saya tak ada
sebab tak nak keluar dengan Alan dan Izue…”
Aku cuba
berbahasa berharap Ariq sedar akan perbuatannya itu.
“… not for the time being… until you finish
your task,” bantah dia cukup perlahan.
Aku gamma apatah
lagi bila wajah dia kian hampir. Nampak
hendak mencari bibirku tapi cepat-cepat dia tersedar, bila aku berpaling
mencari telefon bimbit yang berdering.
Kak Diah? Pantas aku lekapkan telefon ke telinga.
“Boleh tak
esok?” Huh, tak tanya apa-apa terus
mahukan jawapan. Tapi, bila ingatkan
permintaan Kak Diah dan juga kerja yang bakal aku lakukan, sekali harung
saja.
“Okeylah. Jumpa esok,” ujarku memberi persetujuan. Satu hala.
Mudah kerja aku.
Talian
mati. Ariq menjauh dan meraup wajahnya
berkali-kali. Nampak kesal dengan
sikapnya yang spontan tadi.
“Don’t go that far, bang. Atau tak, saya tak boleh nak tolong abang
dapatkan Cik Lof,” tegurku lalu aku turun dan terus menarik semua makanan yang
Ariq belikan.
“Sorry, Naqi. abang… abang…”
Dia gagap.
“Yeah… I know, not your intention. I forgive you. Bye,
bang.
Take care. Ingat Cik Lof…
depan abang ni Naqi…”
Biarpun pada
pangkal nama saya juga ada perkataan Cinta… LOVE… sambung hatiku dan tersenyum
lega pada Ariq.
Bila aku
memanjat tangga, aku tampar pipi sendiri sekuat hati hingga aku tak sedar, bila
aku menitiskan airmata. Pedih di pipi
tak mampu merawat pedih pada hati. Mak,
Kak Diah, ayah dan Ariq… Ya Allah…
~~~> bersambung
waaaaaaa....xcitednyaaaaaaa..tq karehan.
ReplyDeletenk ariq n naqi jugak
>>k<<
sdehnye jdi naqi. sobsobsob..
ReplyDeleteKsian btul dkt si naqi tu...ap punyer mak daa,,sggup ckp cmtu...hampeh tul
ReplyDeletekadang2 keliru dgn cara ariq melayan si naqi...nmpak mcm ade something je...hehe
ReplyDeletetetiba teringat lawak Zizan kat terengganu haritu, "mak apa lagu ni" haha.... khas untuk mak Naqi, sampai hati doakan anak jadi orang jadi, sedihnyaaa T___T
ReplyDeleteerr... typo *orang gaji
ReplyDeletexsaba nk tnggu naqi brhijrah hehehe
ReplyDeletesgt best!!
Ariq ni sbnrnye dh fall in luv dgn naqi ek...cme dy xsedar..erk..hehehe
ReplyDeleteahhh...x blh nk agak la sape cik lof tu...kejap rasa mcm naqi..kejap rasa mcm nadiah senget tu..RM mcm bg hint..tp still x blh decide..
ReplyDeleteciter ni mmg lain dr citer2 RM yg sblm ni..x blh nk agak ape akan jd..
pape pon RM TERBAEKKKK!!!!
Ohhh... Lof stand for love la.. Btul x Kak rm.. Maknanyer lof tu mmg nadiah la.. Sbb mula2 pun dh ckp lof tu either doc atau nurse.. Hehe.. Kene tggu next ep ni
ReplyDeleteOwesomw! Tak sia2 tidur lambat.
ReplyDeleteklu difikir2kn......klu yg rehan bgtw dlm bab sblm ni n skrg......siap kata Mata Cik lof tu x mcm naqi.......so Nadia le......tp 2x fikir..ngan layaway n caring. aqil. ..mcm naqi pula..kot le strategi nk Rapat ngn naqi...klu x kn tiba2 tersentap je msg mkn ramai2 tu.....siap pesan jgn selalu Kuar nganggu Alan n izue........
ReplyDeleteklu betul le Cik lof tu nadiah. ....x tau nak kata apa........yg pasti naqi LG sedih. ......sian naqi........
Cik lof = diah
ReplyDelete~cOmeL~
Ariq berkenan kt diah. Tp tanpa sedar dia dh jatuh cinta ngan naqi. Sbb tu laa ariq tak suka naqi kuar ngan alan & izue
ReplyDelete~cOmeL~
Huhuhuh Mest Ngan Diah Nie.. Bab Mata Diah x secantik Mata Naqi wHAHAHA
ReplyDeleteala cian naqi ni...ariq 2 pelikla...mmg xsbr nk tgu ni...
ReplyDeletex nak ariq suke kat Diah... Diah jahattt..... bencik...
ReplyDelete"dia kalah satu je dengan naqi...mata"
ReplyDeletewoahh!anim berani kerat jari guna cotton bud yang lof tu si nadiah.tamo kak tamooooooooooooo *sambil peluk kaki kak rehan merayu merayu
Ya Allah sampai ati mak naqi tu... pergi la jauh2 naqi..buktikan pd dorang naqi pon ble berjaya..
ReplyDeleteAdeh...mmg kesian la naqi ni...tetiba rs ayah naqi ni sgt dayus sbb just biar je mak naqi tu hina & kutuk2 naqi
ReplyDeletewell said
DeleteMmg lah lof tu diah...infatuation shj..ariq dah suka pd naqi cuma blom menyedarinya lagi...tgk plot berkembang macama mana utk smpi ariq sedar dari lena yg pjg atau sebentar cuma..di sepanjang itu pastilah naqi makin terluka...dah mmg naqi dan ariq watak utama kan kan kan?
ReplyDeleteMaybe juga anak dato' amri tu si ariq or ariq ni juga anak dato' or anak someone..masin la mulut mak dia yg tny ada ke anak dato or tan sri nak ke naqi...jawapannya ada la kan..
Hairan ngan mak ayah naqi ni...tp kat mak dia geram..nmpaknya mak dia lebih dominan dari si ayah...
Hopefully cbsa ni abis kat blog dan rm cetak sdri...
ha'ah sya pn setuju. klu cetak sendiri cepat sikit...
Deletersa yakin je yg cik lof tu diah,, sbb mata dia x secantik mata naqi,,, .. best mcm selalu,, tahniah kak rehan,,thumbs up!
ReplyDelete-athirah-
ape2 pn bro ariq ni memang bengong! i hate this gus! buek! ~liyahuma~
ReplyDeletemusti naqi ni Lof si ariq lh kort..
ReplyDeletekn nama naqi CINTA NAQIAH....
apa maksud LOF??? cuba cari...
ReplyDeletesedihhhhhhhhhhh :(
ReplyDeletepn. mal
MMMMM....
ReplyDeleteRM KNE WAT MARATHON LA RSANYER...
RSA XCUKUP PJG JER N3..
HUHUHU....
Ariq adalah anak dato yg mak naqi nk kenenkan dgn diah, dan ariq cuma tau mana depa duduk..tp tak tau details yg skrg ni plak kebetulan naqi dipilih ariq utk jd spy ngintip "love" yg dimaksudkan ariq. Mungkin mak naqi cuma bgtau die ada anak sorang saja ( coz mak die kan tak berapa ngan naqi )...jd ariq tak terpk la naqi ni sah2 beradik ngan diah...betui ke RM? aduiii...apa2 pun..kak tunggu sambungan RM...silalah cepat sambung terus ke ending...
ReplyDeleteTe
wah cik Aminah.. bagus2 . dah boleh jadi cik writer.. i likeeeeee....
DeleteAriq ni suka si lof@nadiah coz dia terpikat tgk muka cntik je..nnt bila ariq dh sedar dia sukakn naqi msti time 2 naqi dh pegi jauh tingglkn ariq n family dia yg sengal tuh!! huhu *betol x kak rehan?? hehe bt plot syok sndri plak
ReplyDeleteSedihnya jadi anak terbuang , bengong la dapat mak macam tu. . .
ReplyDeleteDh figured out
ReplyDeleteCik lof = cik love = cik cinta!!
Jgn ckp cik lof = diah!!!
Bila lah nk sampai part ada orang panggil naqi ni Cinta kan. Hehe. Next entry or next lagi should be interesting. Entah2 ariq ni terkejut tgk naqi berbual dgn ms lof dia ke kan.;p
ReplyDeleteBTW, makan hati dgn parents dia ni.
Oh. Entah2 org yg mummy ariq nk jodohkan tu Nadiah ke. Ahh.. Mcm2 lah. Mcm aku buat cerita ni.
OK. Keep on going Kak rehan. ;)
Kuang ajor arr mak die....rse cam nk kasi penampor lelaju.....
ReplyDeleteKuang ajor arr mak die....rse cam nk kasi penampor lelaju.....
ReplyDeleteSiannyer...
ReplyDeleteKak rm tlongla satukan naqi dan ariq. TaK NAK nadiah.. Please
ReplyDeleteNaqi kena berkorban nti rasenya..
ReplyDeleteklu betoilah lof tue diah makin kesian la kat naqi. nak2 bila ariq reject diah pas2 choose naqi, lg angin satu badan la mak naqi kat naqi. pas2 naqi pn membawalah dirinya yg lara tue pergi jauh. frust menonggeng la ariq, gila bayang kat naqi. pas2 naqi end up ngan org lain walaupun x sepenuh hati. fuh imagination tak ingat!!!!!
ReplyDeleteeeee...sedihya...
ReplyDeleteRM, takmo Ariq jadi cam Ziki..... Menyesal tak sudah nanti.. Tetiba teringat kat Iqa, Naim dan Ziki.......
ReplyDeleteCik Lof tue mesti Kak Diah...nama diorang kan ada Love a.k.a Cinta. so panggilnya Lof
ReplyDelete=( sedihnya..
ReplyDeletehope naqi happy forever!
kesian naqi.. :(
ReplyDeletenaqi... sedihnya..... confirm ariq suka dkt naqi... tpi still wondering knapa dia nk cri nadiah??? 0_0
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
yeah i know now who's lof.... sian naqi terpaksa ayat kakak sendiri utk ariq...minta2 naqi n ariq n no more kak diah hehehe... -hanim-
ReplyDeletemsti lof tu DIAH...hish..ariq ckap org pgil lof,msti kwan2 diah pgil dia lof @ love @ cinta... omg
ReplyDelete