Saturday, April 06, 2013

SUAMI TAK KUHADAP (DI PASARAN APRIL 2013 TERBITAN KARYASENI)

DI PASARAN APRIL 2013 






Alhamdulillah. Novel ketiga RM dah selamat mendarat di pasaran2 seluruh Malaysia. Harap mendapat sambutan dan sokongan padu. Kira novel kedualah dengan KS. Setahun dengan TK. Dulu TK terbit bulan April 2012 >___< 

Kisah2 biasa pada watak2 biasa yang tak sempurna yang akan menyempurnakan jalan cerita yang biasa2 dan berharap semoga ada kesan luar biasa setelah anda menamatkannya.

Kisah hati antara Nur Syaima dan Syed Ahmad Budriz kini boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh Malaysia atau juga boleh dapatkan di Penerbitan Karyaseni (klik utk beli online)


HARGA :

RM 28 ( SEMENANJUNG )
RM 31 ( SABAH/SARAWAK)

753 MUKA SURAT. OHMAI...


SINOPSIS:

Jiwanya mati. Hatinya ranap. Hidupnya hanya punyai satu tujuan iaitu memusnahkan segala apa yang pernah memusnahkan hidupnya. Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri bila dia tersisih dari perhatian dan tanggungjawab seorang ayah. Pemergiaan ibu tercinta membuatkan airmatanya kering dan tidak menitis lagi. Dalam hatinya, hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Usu dan juga Syed Ahmad Budriz apatah lagi setelah lelaki itu menghalau Faez dari dirinya yang sepi. 

“Aku akan jadikan hidup kau lagi teruk dari neraka, Budriz! Aku akan pastikan kau kesal dilahirkan ke dunia ini. Aku akan buat bonda kau tersungkur melihat kecundangan kau di kaki aku!” - Nur Syaima

Syed Ahmad Budriz akur bila menerima kebencian daripada Nur Syaima, adik tirinya. Cinta yang terdetik di hatinya sejak pertama kali dulu ternyata tidak sirna begitu saja. Malah dia sudah terlalu mencintai adik tiri sendiri. Namun, kerasnya hati Nur Syaima tak mampu dibendung hinggakan dia nekad menikahi adik tirinya setelah dia memerangkap Syaima. Mahu tidak mahu, Syed Ahmad Budriz sanggup menerima cercaan dan maki hamun keluarganya kerana dia tahu, nendanya yang menjaga darah keturunan pasti membantah. Tapi, hati lelakinya berkata ya, lalu dia sanggup menjadi suami yang tak pernah dihadap bagi menghidupkan kembali jiwa isterinya yang mati.

“Abang minta maaf. Tapi, yakinlah dengan abang. Takdir kita bukan kita yang tentukan. Kita hanya perlu menerima. Sayang bantu abang. Bantu abang raih kasih sayang isteri abang sendiri…” – Syed Ahmad Budriz

Ada darah yang perlu dijaga, ada hati yang perlu bernafas dengan cinta, ada jiwa yang perlu dihidupkan dan ada dendam yang perlu dipadamkan. Adakah selamanya Budriz menjadi suami yang tak dihadap? Mampukah sebuah kehilangan membawa satu kebahagian?

7 comments:

  1. Ada tak novel ni akan dijual di popular or mph?
    Hehe..

    ReplyDelete
  2. X sabar2 nk order.... Ari isnin yea...cbsa bole order skali x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dpt smlm. Baca sampai kul 12 tgh mlm, fuh mmg terbaek RM.

      Kiah Syai dan Budriz yg menyanyat hati, kisah cinta mereka yang penuh dgn dugaan dan rintangan. Macam cerita TK, tp bagi sy TK still the best sbb wat airmata sy mengalir ketika membacanya. Gud Job dear, teruskan usaha menulis. Especially sambungan utk IAM n BISAKAH... tgh tggu nih

      Delete
  3. klau nk order cbsa+stk+kim+ud+sam+ksc brape total ek??

    termsuk postage

    ReplyDelete
  4. Marathon mhabiskan satu novel. Xtergambar. Perlu baca sendiri dan selamai perasaan watak2 yg RM hikayatkan. GOOOOOOOD JOB RM! Surely will support u by buying one copy for me:) Terima kasih bt novel yang kaya dengan ilmu, kaya dgn pkongsian. Dan paling penting kaya dgn PERASAAN....

    ReplyDelete
  5. Mmg best citer ni. Beli ngan RM dan bila smpi di tgn trrus baca dan khatam. Tq.........byk pengajaran dlm kisah ni, terutama kpd mrk yg terlalu memandang kpd darjat dan keturunan

    ReplyDelete