Salam alaik... Suprise! ^_^
Sebenarnya tak surprise sangatlah, kan? Dah tahu perangai RM macam mana. Maaflah bukan LURUH. Tapi, CHECKMATE dulu. Edisi khas Disember 2019 ni. Terlambat sikit.
Sedikit pesanan penaja. Hero cerita ni menyakitkan hati. Tak tenang macam Qadr, tak manis macam Nel, tak cool macam Kuca atau Mustaqim. Pendek kata tak macam hero-hero sebelum ni. Ada la sikit macam Ilham Fitri. Ehhhh semualah menyakitkan hati.
So, tak nak cerita panjang. Terimalah... CHECKMATE.
----
CHECKMATE
HIDUP Arissara sempurna dalam keluarga yang saling menyayangi. Indahnya tak ubah seperti menari di atas garisan pelangi. Keindahan itu lengkap bila Han muncul.
“Saya tak ada bukti untuk buat awak percaya tentang cinta pandang pertama, Arissara. Satu-satunya cara adalah dengan cara ni…” - Han
“Cara ni?” - Arissara
“Dengan jaga awak baik-baik …” - Han
Arissara lupa. Indahnya pelangi hanya seketika bila dia akhirnya tiba di hujung cahaya. Dunianya menjadi kelam. Kepolosannya memamah hati sendiri bila dia dikhianati oleh mereka yang dia percayai. Han menjadikan cintanya sekadar jenaka yang kejam. Han mencintai kakaknya, Anashuha.
“Boleh Ris tahu biarpun satu sebab? Atau mungkin hanya satu alasan. Ris akan terima…” - Arissara.
“Orang… kalau dah tak nak… dia tak perlukan sebab atau alasan…” – Han
Han membuatkan dia sedar, hidup ini tak indah bagai yang disangka. Cuma, dia tak duga seteruk ini. Segala hinaan daripada mereka yang disayangi, membunuh jiwa sucinya. Arissara berlalu bila diusir dengan penuh hina tapi Han tak akan melepaskan dia pergi lantas mengikatnya dengan ikatan suci yang dia benci.
“Ris adalah cinta mati abang…”– Han
“Bukan cinta mati, abang. Tapi, cinta yang dah mati!” – Arissara
Hati lembut itu menjadi sekeras tugu. Tapi, cara Han mencintai berbeza dengan yang lain. Dia telah hadapi banyak kehilangan, melepaskan Arissara adalah mustahil. Biarpun Arissara menderita, gadis itu harus ada bersamanya.
“Ris dah sedia tak suka abang, jangan buat sampai Ris benci abang…” - Arissara
“Jika dengan perasaan benci tu akan buat Ris ingat abang, abang pilih kebencian Ris andai itu yang buat Ris simpan abang dalam hati…” - Han
Han korbankan segalanya demi wanita yang dia cinta. Tapi, Arissara terus menderita. Kerana itu Han pergi. Dengan syarat, Arissara perlu bahagia tanpanya biarpun mereka tahu, masa itu pantas berlalu. Mengikut aturan alam, melihat manusia melepaskan segala yang berharga. Kerana takdir telah berkata ‘checkmate’ dalam perjalanan hidup mereka, Arissara sekali lagi berdepan dengan Han untuk buat mereka saling sedar, ketetapan itu tak dapat mereka elak jauh sekali menolak.
Sekali lagi, Han menghulurkan tangan. Kuatkah Arissara menyambutnya?
.........................
Terbitan : Penulisan2u (Edisi Disember 2019)
Harga : RM26 (SM) / RM29 (SS)
Cekmek kuih Kelantan tu memang sedap. CHECKMATE hasil karya penulis daripada penulis Kelantan ni tak tahulah sedap ke tak. Jadi, kena baca.
Pada yang masih ingat, saya pernah upload cerita Autopay dulu. 2bab aje kot lepas tu saya delete. Adalah tu yang tak kena. Lepas ditimbangtara, maka Checkmate lah yang sesuai.
Kenapa Checkmate? Rasanya, semua orang mesti dah boleh tahu apa yang saya maksudkan dengan Checkmate. Malah, copywriting juga dah jelas lagi nyata.
Katanya ni Edisi Disember 2019, tapi sebab penerbit saya diam, saya pun lupa saya nak keluar Checkmate ni. Hahaha. 😅
Tapi, ini pun okey. Pembuka 2020. Insyaaallah, semuanya akan baik-baik aje.
Tentang watak-watak Checkmate... jangan risau. Han masih hero idaman Malaya. Ris masih perempuan Melayu terakhir. Rehan Makhtar masih penulis cerita sentap jiwa. Kahkahkah.
Atau, boleh order daripada saya sendiri. Malam nanti saya bukak pre-order. Tapi, order dengan saya adalah terhad untuk 70-80buah ajelah. Berita baiknya, saya akan sign dan tulis-tulis. Berita kurang enaknya, minggu depan baru saya boleh pos. Hah... lama, kan? Tapi, ni tiada paksaan.
Insyaaallah. CHECKMATE ni masih cerita biasa. Klise orang kata. Tapi, ia masih sesuatu. Percayalah. 😊 #mukaconvincing
Untuk yang nak order Maghfirah sekali, hanya perlu tambah RM25 saja lagi. Maghfirah masih ada beberapa puluh naskah aje.
Pada yang nak lagi senang dan cepat, boleh terus order melalui apps Karyaseni atau whatsapp Karyaseni di no. 0166928707. Diskaun RM3, pos free daripada Karyaseni. Hah murah dan jimat. Atau mana2 seller online.
Atau boleh dapatkan di semua kedai buku di seluruh negara.
Dengan saya pun boleh. Dengan cara di atas ya. Tutup order tak tahu bila tapi saya anggarkan buku akan di pos pada Selasa-Rabu depan. Apa2 saya akan update.
Ya ya... saya sign besar penuh 1 mukasurat. Hah.
Selamat berCHECKMATE dan pastikan alamat blogijau@gmail.com itu betul.
Akhir kata, kita berCEKMEK-CEKMEK dahulu, berLURUH-LURUH kemudian. Gittewww..
Sekian...
Salam... Harganya RM32 or RM26?
ReplyDeleteSalam..Novel objection ada lg x?
ReplyDeleteSalam alaik. Stock untuk novel objection masih ada lagi ke ye?
ReplyDeleteSaya baru tengok di popular...Tak nampak pun keluaran baru Rehan maktar
ReplyDeletesaya dh tamat baca .. good joob RM..thanks ..now x sabar nk luruh..hehe
ReplyDeletep
ReplyDeleteNak luruhhh hihihi
ReplyDeleteRehan.. x nk blnja citer baru ke
ReplyDeleteAlahamduliah dah baca dan baca ulang lg baca. Puashati dgn bengkak mata. Terlalu byk yg dpt pengajaran dgn Checkmate. Doakan sy menjadi ibu yg adil pd amanah sy. Terima kasih dgn isu ini, hakikatnya ada biarpun tanpa sedar ianya tetap ada dan nyata kesannya sgt mahal utk dibayar andai ianya benar2 terjadi pd jiwa ank2..
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny