S.E Part I
AKU
buat muka sedih menatap dia yang berwajah masam dan keruh. Tak tahu apa yang tak kena. Kelatnya wajah itu membuatkan aku rasa kecewa
pula. Dah la bukan kemain lama menanti
dia naik ke pentas menerima segulung ijazah itu. Ini nak muncung pulak?
“Sayang
ni kenapa?” Aku bertanya tenang. Kamera DLSR Nikon di tangan aku belek.
Dia
diam dan aku melepaskan lelah sikit. “Kan hari bahagia sayang
ni? Dah lama tunggu hari ni, kan ? Posing
sikit, abang nak tangkap gambar,” suruhku lembut.
Anaresa
masih lagi kaku. Sengaja dia buat wajah
keruh. Aku pandang Zara Auni yang sedang
memegang tangan kanan Anaresa dan Zara Aina yang memaut tangan kiri dia. Anak kami pun dok goyang-goyang tangan tu
minta mama dia posing tapi mama pulak buat tak tahu je.
“Yang…
anak pun nak bergambar tu. Penat tau
abang dukung Auni dengan Aina ni.” Aku
buat muka sikit. Kemudian aku pandang
wajah Aina pula. Senyum pada
keduanya.
Anak
itu tidaklah kembar tapi lahir pada tahun yang sama. Seorang awal tahun dan seorang lagi hujung
tahun sampaikan, hingga ke hari ini, aku diejek gelojoh. Tak adalah gelojoh tapi memberi kasih sayang
pada isteri.
“Tak
nak ambil gambar. Abang tangkaplah
gambar anak-anak je. Resa nak pergi cari
ibu dengan ayah,” ujar dia lalu dia suruh kedua anak kami berlari ke arah
aku. Belum sempat dia berlalu, aku
menapak ke depan.
“Kenapa?” tanyaku bila aku dekat dengan dia. Suasana bingit dan meriah langsung tidak
mencacatkan renungan aku pada mata itu.
“Aba ng tu lah…”
“Kenapa
dengan abang? Abang nak tangkap gambar
tapi Resa tak nak posing. Salah abang ke?”
“Oran g posing dengan bunga bagai. Abang ni, mana bunganya? Tak menghargai langsung!” cebik dia merajuk.
Aku
senyum. Merajuk lagi. Hari-hari merajuk sekarang. Apa masalah dia sedangkan cita-cita dia telah
tercapai.
“Nak
bunga apa lagi? Kan abang dah bagi bunga untuk sayang?” ucapku tersenyum lebar. Kamera DSLR Nikon itu aku gantung ke
leher.
“Mananya? Atau abang ada poket doremon sebab tu kejap
lagi… ta daa… abang tunjuk depan Resa, kan ?” sinis dia dengan senyum plastik.
“Kalau
oran g lain
sejambak tapi abang bagi dua.”
“Mana?” tanya dia bersama anak mata yang terjegil.
“Cuba
tengok kiri kan an Resa?”
Kami
sama-sama menjeling ke kiri kan an
Anaresa dan dia tiba-tiba senyum saja kemudian bila anak mata itu naik menatap
mata aku, dia mencemik.
“Oran g bagi bunga, boleh
layu tapi abang bagi apa yang akan kekal dalam diri kita. Dalam hidup dan hayat kita,” ujarku romantis
lalu aku sentuh pipinya dan seka sedikit peluh yang merenik di dahinya.
“Bunga
dua oran g ni,
ya?” tanya dia. Aku angguk dengan senyuman manja.
Lama-lama
Anaresa juga meledakkan tawa lantas dia duduk mencangkung. Sama rendah dengan kedua anak kami. Anak kembar tahun.
“Tak
cukup ke dua oran g
bunga ni? Nak abang tambah lagi sorang
ke? Dua oran g mungkin?” dugaku dan dia mencebirkan bibir.
“Aba ng tu… yang ini pun
tak lepas setahun dapat lagi hujung tahun tu.
Abang tahu tak malunya Resa masa kawan-kawan kuliah tegur. Dari satu semester, sampai dua semester kena extend.
Semua abang punya pasal. Sekarang
ni, umur 25 tahun baru gred. Delay setahun,” ucap dia padaku.
Aku
turut mencangkung mencuit pipi Zara Auni dan Zara Aina. Comel keduanya. Seiras aku namun kulit putih bersih itu mengikut
wajah Anaresa. Lincahnya juga sama. Kadang-kadang tak lepas lelah melayani
keduanya yang sudah menginjak ke angka 5 tahun.
Rasanya sebaya dengan anak ketiga Anahara ,
Aryan.
“Dah
tu, sayang tak lokek, abang tak kedekut, cepatlah kita proses. Apa susa hnya,
anak kita, kan ? Bila lagi.
Abang bukan muda lagi. Sementara
abang larat ni, Resa beranaklah ramai-ramai untuk abang,” tuturku lembut
bersama pandangan mata yang menyoroti mata di penuh makna.
Dia
senyum dan mengangguk akhirnya. “Tapi,
Resa nak jaga Auni dengan Aina dulu sementara ni. Tak laratlah.
Nak sambung master lagi lepas ni,” pintanya.
Aku
angguk. “Tengok keadaan dan tempat. Kalau keadaan itu menggoda jiwa dan tempat
itu sesuai… tak salahkan.” Aku tersengih
nakal.
Tanpa
sedar, Anaresa menolak wajahku dengan telapak tangannya dan terus bangkit.
“Eiii…
gatallah abang ni.” Dia merungut gera m. Giginya diketap hebat.
“Kan
berkali-kali dah abang cakap… abang gatal dengan Resa je. Dengan orang tak ada abang pandang pun,”
selaku menegakkan hujah.
Dia
ketawa kecil kemudian dia terus menarik kedua-dua anak kami dan meminta aku
menangkap gambar mereka. Kala lensa
kamera itu berjaya membawa jasad mereka pada skrin, aku pandang skrin Nikon itu
lama.
Indahnya
anugerah yang telah Engkau berikan ini, Ya Allah. Melihatkan senyuman lebar Anaresa, Zara Auni
dan Zara Aina membuatkan aku terfikir sendiri… betapa beruntungnya aku.
“Okey…
dah. Kita pergi tempat lain pulak,”
ajakku dan Anaresa terus saja bangkit menghampiri aku, memimpin anak-anak
kami.
“Abang…” Anaresa lembut menyeruku yang masih ralit
memerhatikan setiap momen yang telah aku abadikan di dalam gambar itu.
“Emm…,”
sahutku tanpa memandang dia.
“Malam
ni jadi ke nak buat kenduri kesyukuran?”
Aku
memandang dia sekilas. Tersenyum dan
mengangguk.
“Kan
mama dengan abah dah cakap berkali-kali beberapa hari sudah,” ucapku
lembut.
“Oh…” Dia angguk.
“So…
jemputlah teman wanita lama abang tu?”
Pertanyaan
Anaresa membuatkan aku mematikan langkah.
Wajah ini berkerut-kerut.
Sudahlah panas ni. Jangan dia nak
panaskan hati aku pulak.
“Teman
wanita? Sarina?” tebakku biarpun aku
tahu nama siapakah yang bermain di dalam kepala dia.
Anaresa
menggeleng. “Kak Anahara.”
Nah…
seperti yang aku telah, dia memang mahu menyebut nama itu. Entah mengapa, setelah sekian lama nama itu
kembali meniti di birai bibirnya. Apa
masalah Anaresa ni?
“Sayang
ni kenapa?” tanyaku masih berlembut.
Dia
menggeleng sekali lagi. “Tak ada
apa. Saja usik abang. Itu pun nak buat muka cuak…” ejek dia.
Aku
merengus geram. “Sayang jangan buat
macam lima tahun sudah, ya? Abang tak
suka!” Kali ini sedikit bertegas dengan
dia.
Anaresa
menjatuhkan kepala dia. “Yelah, tapi
ajak tak dia nanti?”
“Mestilah
ajak. Kan kawan lama kita tu. Abang pesan pada Sarina je. Jangan risaulah… abang tak call isteri
orang. Sarina tu pun abang SMS je,”
ujarku pantas.
“Baru
nak cemburu buta,” sela Anaresa.
Aku
tahu dia sengaja mengusik. Sesekali
memang terusik akan kenangan lalu kerana pada aku, tiada sejarah tak mungkin
aku berdiri di sini. Andai tidak kulihat
sukarnya untuk pertahankan sesebuah cinta itu, pastilah aku tidak tahu
menghargai.
Dari
Anahara aku belajar segalanya dan bila Anaresa menghampiri, dia bertuah
memiliki sekeping hati aku. Erkk… aku tepuk
dahi sendiri tiba-tiba bila terasa aku sudah mengangkat bakul sendiri.
“Kenapa? Suka tepuk dahi. Ada nur kat situ, tau?” tegur Anaresa pelik.
“Abang
terperasan tadi. Dah macam takbur
pulak. Tapi bila fikir balik… hakikat
kot.” Aku sengih tayang gigi.
Sekali
lagi aku bawa kamera itu dan menangkap gambar puteri-puteri kami yang sedang
muncung menahan panas.
“Eleh…” Dia elehkan aku. Dah lama tak dengar perkataan itu.
“Apa
yang hakikat? Nak kata Resa bertuahlah
tu dapat miliki abang. Kan?” Dia menelah dengan tepat.
“Yeah…
betul tu.” Aku mengaku bangga. Mendabik dada.
“Abang
pun untung tau dapat Resa…”
“Sebab
tulah kita ni saling melengkapi. Abang
untung, Resa untung. Budak berdua
ni…” Aku tiba-tiba mencangkung mengelap
peluh keduanya.
“…
lagilah beruntung ada mama dengan papa yang tak lokek. Tak sampai setahun dah bagi adik pada
Auni.” Aku cuit hidung Auni dan Aina
lantas menjeling pada Anaresa yang masih tegak berdiri.
“Eleh…
ada la tu nak apa-apa tu?” usik dia dan
terus berlalu.
“Mama…” Zara Auni menyeru mamanya kuat. Langkah si mama terhenti dan berpaling.
“Dahagalah
mama…,” adu keduanya hampir serentak.
Langkah
Anaresa kembali pada kami. “Pergi cari
nenek dengan atuk, ya? Mama pergi beli
air. Nanti kita jumpa dekat parking
jelah, bang. Balik teruslah. Kesian anak-anak,” cadang dia.
Aku
jungkitkan bahu. “Tapi… tak nak
bergambar dengan Mie dan Azi dulu ke?”
“Erk…
kan diorang tak ada kaitan dengan graduasi ni.
Datang menyempit je semua tu.
Lagipun, Mie dok sibuk dengan Rin.
Azi tadi pergi mana entah dengan Jimmy.
Biarlah. Kan malam karang jumpa
jugak,” ucap dia dan aku hanya mengangguk menghantar langkah Anaresa ke sebuah
gerai.
Aku
menarik kedua-dua orang anak kami.
Menuntun mereka ke arah tempat letak kereta. Rasanya, ibu dan ayah mertuaku sudah ada di
sana.
“Papa…” Aina menyeruku.
“Ya
sayang… dukung!” Aina dan Auni serentak
meminta aku mendukung mereka.
Aduhai…
masing2 dah berusia lima tahun. Jenuh
nak dukung. Bukannya ringan
kedua-duanya. Tapi, melihatkan wajah
penuh mengharap itu, aku duduk mencangkung.
Terus saja Zara Aina dan Zara Auni merangkul leher aku dan aku terus
menapak penuh hati-hari menuruni anak tangga menuju ke kawasan letak kereta
yang memang ada ayah dan ibu Anaresa di situ.
“Haih…
dah besar panjang pun masih nak dukung lagi?”
tegur ibu mertuaku bergurau dengan cucunya.
“Biarlah…
papa larat lagi, kan?” Aku sekadar
menyokong kedua anak ini dan mereka tersengih manja. Barisan itu itu cantik tersusun. Putih bersih saja.
“Resa
mana?” tanya ayah.
“Beli
air dekat anak dara ni,” jawabku dan terus saja menghidupkan enjin Mazda
ini. Masih setia menggunakan kereta ini
sementara anak dua orang. Tunggu sedozen
baru tukar bas.
“Oh…
kita nak balik terus ke?” soal ibu
mertuaku pula.
Kali
ini aku angguk. “Kesian
budak-budak. Panas. Lagipun kawan-kawan Resa dia jemput malam ni
datang ke rumah. Ibu dengan ayah pun
nampak penat je ni. Balik rehat dulu,”
ajakku dan mereka mengangguk.
Sedang
aku ralit melihat gambar-gambar yang aku tangkap tadi, namaku diseru oleh
ibu.
“Zaf…”
Aku
berpaling pada dia. “Ya, bu?” Kening ini terjungkit.
“Anak-anak
kamu ni memang ikut rupa kamu. Comel
sungguh. Bangga ibu ada cucu-cucu comel
dan lincah macam ni. Orang kata kalau
anak perempuan ikut rupa ayah, sejuk rumahtangga tapi…” Ibu matikan ‘tapi’ dia agak panjang.
Aku
tegakkan tubuh dan terus menatap Zara Auni dan Zara Aina yang sedang bertenggek
di atas peha atuknya yang sedang duduk di atas tembok.
Lama
aku perhatikan mereka namun sayang… tak juga aku jumpa apa yang ibu maksudkan
dengan ‘tapi’ itu.
“Apa
yang tapi, bu?”
“Kamu
tak perasan?” Ibu jungkit kening dan
tersenyum.
Aku
menggeleng dan juga mengjungkitkan bahu dalam masa yang sama.
“Cuba
kamu tilik pakaian anak kamu tu? Kamu
tak ingat apa-apa?”
Kala
ibu berkata demikian, aku terus saja melopong sendiri. Saat ini, waktu berputar kembali ke masa
lalu. Masa pertemuan pertama aku dan
mama mereka. Waktu gila-gila remaja
seorang gadis bernama Anaresa Abdullah.
“Ya
Allah bu… Zaf tak perasan pun semua ni.”
Sungguh
aku sendiri tak perasaan akan penampilan dua orang puteri aku ni. Dengan kasut bagai. Jeans skinny dan juga t-shirt lengan
panjang. Tidak berselendang tapi
bertopi. Saling tak tumpah dengan
mamanya satu waktu dulu.
“Ini
Resa punya kerjalah ni agaknya,” luahku tanpa sedar isteri aku ni sudah
terpacak berdiri di sisiku memegang dua beg plastik yang berisi empat cawan air
bandung cincau.
“Kata
Resa nampak,” tegur dia dengan wajah masa.
Aku terkulat-kulat sendiri. Tak
tahu nak buat apa. Aku sengih saja.
“Yeah…
mama bawa air,” jerit keduanya berlari-lari ke arah kami.
Bila
ibu mengambil air dari tangan Anaresa dan menggamit cucu-cucunya mendekati, aku
paut bahu Anaresa.
Dia
memang cantik. Terserlah keayuannya di
mata lelakiku. Malah semakin hangat
kasih sayang kami dari hari ke hari.
Tiada apa yang berubah pada dia.
Hanya kematangannya saja yang meningkat sedikit demi sedikit biarpun ada
waktunya, dia bersikap mengalahkan Zara Auni dan Zara Aina.
“Kenapa
pakaikan anak macam tu?”
“Dah
abang kata Resa boleh fesyenkan anak ikut suka Resa,” jawab dia.
Aku
senyum. “Padanlah kad kredit abang
banyak je lately. Bawa anak-anak
shopping rupanya. Tapi kan yang…
janganlah jadikan anak-anak kita macam sayang dulu.”
“Dah
pulak? Kan dulu abang suka jugak?”
Aku
mencemik. “Memanglah abang suka. Tapi, bukan apa. Takut budak tu pergi tendang orang pulak
macam mama dia tendang kereta orang dulu tu.
Macam mana tu?”
Wajah
Anaresa nampak terkedu. Lama-lama dia
sengih dan memaut pinggangku.
“Buruk
ya Resa masa tu?”
Amboi
soalan dia. Kala itu aku nampak dia
unik. Biarpun kurang sopan tapi nampak
dia tegas.
“Tak
adalah buruk. Kurang comel…,” selaku
membuatkan dia mencubit pinggangku sedikit.
“Sayang
abang…,” akui dia tiba-tiba.
Aku
merenung dia dalam-dalam. “Sayang Resa,”
balasku mesra dan aku tarik bahunya lalu aku kucup ubun-ubun itu seketika.
**
KENDURI
bermula setelah majlis tahlil dan doa selamat.
Rasanya semua sedang buat-buat sibuk, nak-nak Zafrin. Sibuk di dapur bila pemilik hati dia memang
ada di situ membantu kaum hawa buat kerja.
“Angah…” Aku memanggil dia kuat.
Tapi,
dia tak dengar atau buat-buat tak dengar bila dok berhadapan dengan Haqmi yang
memang cun melecun sekarang. Lembut ayu
biarpun sesekali aku nampak macam kayu jugak.
“Zafrin!” Kali ini barulah Zafrin berpaling dengan
wajah yang berkerut.
Dia
nampak bersuara seketika pada Haqmi dan terus angkat tubuhnya menghampiriku
yang sedang tercari-cari kelibat Zara Auni dan Zara Aina. Entah mana lesap budak berdua ni.
“Kenapa?” tanya dia sedikit merungut dengan wajah yang
berkerut.
“Kau
ni… mentang-mentanglah Haqmi ada kat situ.
Menempel je kerja dia. Pergi cari
Auni dengan Aina kejap,” suruhku.
“Erk…
hilang ke?”
“Tak
adalah hilang. Takut kacau mama dia
melayan tetamu je.”
Zafrin
mengangguk dan muncul pula Zafrina tiba-tiba.
Menatang dulang kosong. Ini lagi
sorang buat-buat sibuk.
“Rina
pergi mana? Nampak budak berdua
tu?” tanyaku lagi.
“Tadi
ada dengan abah dan ayah Kak Long dekat bawah khemah sana,” jawab dia.
“Hah,
Angah… kau pergi ambil budak tu. Kacau
ayah dengan abah nak borak je.” Aku
terus mengarah.
“Habis
tu… Along nak pergi mana?”
Aku
sengih. “Along letihlah hari ni. Nak naik landing kejap. Nanti Rina pesan dekat Kak Long kejutkan
Along kalau terlena ke apa ke. Tubuh ni
rasa lemau je,” akuiku sambil memicit pangkal leher.
Songkok
di kepala aku cabut dan kepala yang agak menyengat ni aku picit sedikit. Rambut aku ramas agak kuat. Panas sangat hari ni bertangga menanti Anaresa
di majlis graduasinya.
Zafrina
mencemik. Zafrin juga dan aku hanya
senyum tapi belum sempat aku memijak anak tangga pertama, namaku diseru oleh
Anaresa. Resah!
“Kenapa?” tanyaku bimbang melihatkan raut wajah yang
cemas itu. Zafrin dan Zafrina juga
terpaku memandang kami berdua silih berganti.
“Abang
mari tengok sendiri…” Anaresa terus
menarik tanganku agar mengikut langkah dia.
“Apa
halnya, yang… Abang sakit kepala ni,”
beritahu lagi. Zafrina dan Zafrin juga
mengikut kami.
Dekat
taman mini mama, aku nampak Anahara sekeluarga dan juga anak anak lelakinya,
Aryan yang sebaya dengan anak-anak aku.
Apa hal ni? Hati aku tak lepas
dari bertanya. Anak mata aku
kecilkan. Langkah ini semakin maju.
“Kenapa,
Ana?” soalku pada Anahara dan suaminya,
Mukhlis. Mereka berdua senyum saja.
Melihatkan
Aryan, memang segak seperti papanya
juga. Berbaju Melayu sedondon
sekeluarga. Begitu juga dengan aku. Yang berbeza hanyalah anak-anak perempuan aku
ni memakai kasut Bubble Gummy itu dengan baju kurung membuatkan aku mengeluh
sendiri. Rosak fesyen.
“Kenapa
ni, Zara Auni… Zara Aina? Kenapa muka
ketat je?” Aku mencangkung dan diorang
berdua bercekak pinggang.
“Aryan
ni lah, papa!” marah Auni. Si adik yang lahir pada bulan Disember. Langsung tidak pelat.
“Apa
pulak Aryan? Auni yang pijak mainan
Aryan ni. Dah rosak sikit,” adu Aryan
pula.
Aku
pandang Mukhlis dan Mukhlis hanya mencebirkan bibir menghantar amaran agar kami
teruskan saja drama budak-budak ni.
“Auni…
mama tak ajar kurang ajar dengan kawan-kawan.
Kan itu kawan Auni jugak. Anak
Aunty Ana tu, kan?”
“Tapi,
dia tuduh Auni…”
“Okey…” Aku menyampuk setelah pujukan Anaresa
langsung tak dipedulikan.
“Apa
yang Aryan buat pada Auni?” soalku pula.
“Adik
terpijak sikit je Transformer Aryan, pa…”
Pantas je Si Aina ni menjawab bagi pihak adiknya.
Aryan
nampak hendak merengek dan dia berlalu pada papanya dan memeluk lelaki itu kemas.
“Dia
buat Aryan. Tak kira… nak ganti jugak. Ganti Optimus Prime Aryan,” rengek dia yang
nyatanya sudah menangis.
“Auni…
minta maaf cepat,” suruh Anaresa geram.
Aku
pantas paut bahu Anaresa. Minta dia
bersabar. Aku dan Mukhlis hanya sengih
saja melihat anak-anak bertekak.
Kecil-kecil dah pandai bertekak.
“Okey…
Auni ganti!” tekan Auni keras. Dia terus menyelak sedikit kain kurungnya dan
mendekat padaku.
Poket
baju Melayuku dia seluk.
“Eh,
apa ni?” Aku pegang tangan kecil itu
tapi tak sempat bila dia sudah mencapai not RM5 yang memang ada di dalam poket
itu.
Dalam
hati aku sudah dapat kuagak apa yang
bakal terjadi dalam drama swasta kali ini.
Telahanku rasanya tepat lalu aku jeling Anaresa. Dia hanya mengerutkan wajah.
Kemudiannya,
Auni rapat kembali pada robot Transformer
yang tergolek di atas rumput dan tak semena-mena, dipijaknya tangan
Encik Robot milik Aryan itu membuatkan Anaresa, Anahara dan Mukhlis sendiri
terpaku memandang dia.
Auni
tunduk mengutip robot tersebut dan terus menuju pada Aryan yang sedang
menitiskan airmata.
“Nah…
tadi tak ada rosak tapi Aryan suruh Auni ganti.
Ni betul-betul Auni yang rosakkan.
Jadi Auni ganti. Ambillah…” Dia suakan robot dan duit RM5 itu pada Aryan
membuatkan kami sama-sama tergelak tapi tidak pada Anaresa.
“Ya
Allah… betul ke anak Resa ni?” tanya dia
berbisik. Anaresa menekup mulut tidak
percaya.
“Betullah
sayang… Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,” balasku perlahan sengaja
menyindir dia.
sweeetttt moment....
ReplyDeletealahai cumel nya fmly ni...
ReplyDeletehokaloh....anak mama betul!
ReplyDeletesambunga ke ape ni kak?
ReplyDeleteSo sweet... and you Cik Writer.. this is what I used to call Rehan Makhtar!!! You're back with your soul!!!! Leganya akak rasa.. Please.......... this spirit mesti mengalir ke dalam STK ya.. Bila ditegur bermakna I do really care and sayang.. If not, why should I care kan???? (RozieLily) ;-)
ReplyDeleterindunya dengan resa dan zaf. ada pula sicomel berdua... their little jannah!
ReplyDeleteauni sebijik macam anaresa...hahaha
ReplyDeletebest.. kelakar la budak2 dua org 2... good job..
ReplyDeleteSuka.....hihii
ReplyDeletealahai bestnya..anak2 pun ikut perangai mama dia...sweet sgt..
ReplyDeleteheeee...bes2...
ReplyDeletewow..anak kembar taun erk...hehehe...
sweet je..suke sngt :D
ReplyDeletebest betul lah..... baca boleh gelak seorang-seorang ..... selepas baca cerita yang sedih dan tegang sebelumni.... hehehe.... terima kasih cik penulis.......
ReplyDeletehahah lpas rindu...rasa mcm nk gelak je spnjang hri ni....suka sgt...RM buat lah cita pasal Haqmi ngn zafrin plak...tp msti sudahkan Syaima dgn budriz dulu....hahah
ReplyDeleteComel...
ReplyDeleteklakar lak anak2 resa i....
ReplyDeletema tmph kuah klu x knasi...
huhu.. sebelum ni baca stk.. tegang je rasa.. sekarang dihidangkan dgn citer kelakar.. terhibur sesangat.. best la rm.. sweet moment gitu!
ReplyDeletekehkehkeh...
ReplyDeletemak borek anak rintik..
comey...=)
haha... kelakar... best la RM ni... kasik berbesan ini 2 kuarga... jangan rebut cinta udah... sape plak yg nak mengalah... aduhai... sadis nanti... takmo2...
ReplyDeleteApapun Syai still best tau... sentiasa menanti...
kak nora...
Rehan...u mmg best arrr
ReplyDeletesweet betul couple ni dan u yg jadikan ianya perfect..
Hahahaha... gelak beso baca ending dia sebijik cam mama dia .. sweet sangat2
ReplyDeleteTq cik penulis..
ngeh ngeh ngeh..
ReplyDeletemmg menurun perangai mak ke anak..
:)
alahai mmg anak mama!
ReplyDeletehahaha..comelnya..tahniah lah Akak..
ReplyDeleteyeah!! Sweet sgat2..Auni n Aryan ;)
like mother like daughter, hahaha~ ;p
ReplyDeletehahhaha..anak ganas mcm mak..
ReplyDeletecomel sgt
ReplyDeletehahahaha sebiji mcm mama mengamuk sebelum kawin dulu..
ReplyDeletecomel sgt2 ank diorg...n diorg no still sweet couple ever....
ReplyDeleteTak tahu nak komen apalagi tapi Rehan Makhtar, terbaik!
ReplyDeletebijak betul budak auni ni..like mommy like daughter !
ReplyDeleteLepas rindu dekat zaf n resa ni...haihh nampaknye beberapa mlm ni tidur bermimpikan zaf jela ~~
tq sis rm ! terbaik :)
Hai.... lawak tul la ngn auni n arian tu kn? pepun.... RM terbaik.
ReplyDeletebest! bestt! :D tak menahan betul budak berdua tu! eheh! :D thank you akak! sayang banyak-banyak! <3
ReplyDeletekga bahagia..hahhaah..
ReplyDeleteauni ke aina yang adik?
ReplyDeleteakak auni n aina sama mcm org la akak..org lahir 5 jan 93 adik org 10 dec 93..
ReplyDeletemmg comel gaya auni lwn aryan.ingt senang nk buli ke?hahahaaaa.xcaya tu ank awk eih resa. ^^
ReplyDeleteAuni ikut perangai resa hihihi
ReplyDelete