BAB 35
SUNGGUH aku lega bila
segalanya telah ditetapkan. Zikri juga
makin pulih. Sudah nampak kuat hendak
melangkah tanpa bantuan lagi. Hanya
tinggal waktu untuk dia kembali bekerja saja.
Nampak sudah agak aktif.
Esok, aku akan ke Kuala Lumpur . Rasanya sudah sampai masanya aku menjadi
pekerja Zaim. Berada dekat dengan dia
setelah pelbagai halangan yang datang merintangi kami.
Zaim juga telah bertolak
pulang awal pagi tadi setelah mamanya menelefonnya berkali-kali. Risau aku dan Zaim berada di bawah satu
bumbung. Biarpun berteman, mama tetap
risau dengan darah muda anak terunanya.
Bimbang Zaim tersalah bilik. Aku
ketawa sendiri bila Yuza bercerita.
“Iqa dah siap
berkemas?” tanya mak saat aku baru
keluar dari bilikku.
Aku angguk dan
senyum. “Dah mak. Bawa sikit je. Yang lain beli je kat sana .
Lagipun, Iqa tumpang rumah keluarga Zaim dulu. Nak cari rumah sewa, mama Zaim tak bagi. Katanya, dalam seminggu dua lagi dok rumah tu
jugak. Buat penat nak pindah randah,”
jawabku pada mak.
Aku bawa langkahku ke
pintu. Lalu menapak ke arah serambi dan
bersandar pada pagar serambi, mengambil angin petang yang kurasakan semakin
damai dan nyaman.
“Semalam Zaim cakap
tarikh nikah tu pada ayah, mak apa ke?”
Aku menyoal mak yang baru saya rapat di sisiku.
“Iqa bahagia?” soal mak pula.
Aku angguk tanpa
memandang mak. Mata ini aku lemparkan ke
arah rumah kampung keluarga Zikri. Entah
di mana dia. Pagi tadi juga tak sempat
Zaim hendak bertemu dengan dia.
Tergesa-gesa pulang ke Kuala
Lumpur .
“Kalau Iqa bahagia, mak
bahagia. Apa-apa je yang buat Iqa
bahagia, mak ikut. Tapi, sempat ke nak
buat persia pan
dalam dua minggu ni?” tanya mak.
Aku ketawa halus.
“Zaim kata mama dia akan ur uskan. Kita ikut jelah, mak. Apa yang terbaik buat Iqa dan Zaim, Iqa
setuju je,” jawabku lembut lalu aku paut bahu mak.
Dia angguk. “Allhamdulillah. Iqa menghampiri bahagia tapi Zikri tahu kena
siapa Zaim dengan bekas tunang dia tu?”
Pertanyaan mak
membuatkan aku terdiam sejenak. Aku
sendiri tidak tahu, harus bagaimana aku bercerita pada Zikri tentang ini. Risau akan kesihatannya malah risau lagi akan
penerimaan dia.
“Yang tu, Iqa dah cakap
dekat Zaim, biar dia cakap sendiri dengan Zikri. Iqa tak ada kekuatan nak cakap, mak. Lagipun, bukan salah Zaim dan Iqa yakin yang
Zikri mampu terima kalau kata dia tahu, Annesa tu tinggalkan dia sebab Zaim.”
Mak mengeluh
sedikit. “Mak pun harap macam tu. Dengan keadaan dia sekarang, risau makin
teruk pulak.”
“InsyaAllah, mak. Allah tahu yang terbaik buat kita semua,”
ujarku pada mak lantaran hendak memujuk hatiku sendiri.
Ya Allah, permudahkanlah
segalanya. Aku yakin dengan percaturan-Mu, lalu bawalah
kegembiraan buat kami semua, Ya Allah.
Hati ini tidak putus-putus memanjatkan doa pada Yang Esa, agar dijauhkan
segala malapetaka terhadap kami semua.
Sudah letih terduga. Bimbang aku
rebah sebelum waktunya.
“Kejap lagi Iqa nak
jumpa Zikri kejap. Esok nak bertolak
dah. Saja tanya khabar dan nak sampaikan
salam Zaim pada dia,” beritahuku pada mak.
Mak angguk
membenarkan. “Pergilah. Mak masuk dulu. Nak tengok apa ada kat dapur tu. Kejap lagi ayah balik nak minum petang
pulak.”
Aku memandang mak yang
sedang menapak ke dalam rumah dan setelah itu, muncul pula wajah Kak Shadirah
tersenyum senang. Langkahnya perlahan
maju padaku dan aku terus membalikkan tubuhku dan bersandar pada pagar serambi.
“Hai, kak. Bahagia nampa k,”
tegurku.
Dia angguk.
“Berisi lagi ke?” Aku bertanya dalam usikan lalu Kak Shadirah
menjegilkan matanya.
“Ni nampa k?”
Dia angkat penumbuk dan aku ketawa lepas.
“Kakak bahagia untuk
Iqa.”
“Dan Iqa bahagia untuk
diri sendiri jugak,” selaku.
Kak Shadirah
mencemik. “Moga Iqa terus bahagia. Moga
segalanya berjalan lancar, ya? Kakak nak
lihat Iqa senyum. Biarpun dalam
tangisan, Iqa tetap senyum nanti. Senyum
bahagia bukan senyum derita,” pinta dia tenang lalu dia sentuh pipiku
lembut.
Belakang tangannya yang
ada di pipiku, aku sapa lembut dan aku genggamnya erat. Anak matanya bergen ang.
“Doakan Iqa, kak,”
bisikku kala aku memeluk tubuh yang
sudah sedikit berisi itu.
“Untuk Iqa dan Zaim,
segalanya.” Dia membalas penuh emosi dan
bila pelukan terlerai, Kak Shadirah mengalirkan airmata.
“Aduhai… tak sabar nak
tengok Iqa pakai baju pengantin ni,” luah dia ceria biarpun ada sendu pada
hujung suaranya.
Aku ketap bibir menahan
sebak dan mengangguk. “Iqa pun tak sabar
nak ada macam Rayyan tu,” selaku nakal dan Kak Shadirah mencubit pipiku
kuat.
“Gatal!”
“Zaim mulakan
semalam.”
Pandai aku je
menyalahkan Zaim tapi sungguh, kala menatap matanya, aku tahu dia mahukan
keluarga sendiri dan aku akan lengkapkan dia dengan apa yang dia perlukan dalam
hidup ini.
“Kak dengar Iqa nak
melawat Zikri kejap lagi?”
“Emm… sebelum bertolak
esok. Nak jenguk dia dulu. Lagipun, Zaim sendiri minta Iqa melawat Zikri
bagi pihak dia.”
“Amboi… boleh pulak bagi
pihak, ya? Macamlah mata Zaim tu ada
pada Iqa nak suruh Iqa jenguk Zikri bagi pihak dia?” sinis Kak Shadirah.
“Eh, memanglah. Iqa lihat dengan mata, Zaim nampa k di hati dia. Kami ni kongsi segalanya setelah kami akui
cinta. Mata Iqa kurang jelas, hati Zaim
terang untuk segalanya. Bahu Iqa rapuh,
kudrat Zaim mampu atasi segalanya. Jiwa
Iqa lesu, cinta Zaim kuat memberi semangat buat Iqa,” jawabku pada Kak Shadirah
dan dia kali ini lebih hebat mencebirkan bibirnya.
“Payah, oran g bercinta ni. Angau!”
cemik dia lantas dia berlalu dalam tawa.
Aku menggeleng beberapa
kali melihat Kak Shadirah yang membebel-bebel padaku dan Zaim. Dengki la tu!
Tidak lama setelah itu, aku bawa langkahku menuruni anak tangga dan
menuju ke rumah keluarga Zikri.
Bila tiba di hadapan
rumahnya, dan salam diberikan, wajah Mak Nab muncul dimuka pintu.
“Ziki ada, Mak
Nah?” tanyaku.
Soalan senget sedangkan
aku tahu sememangnya Zikri ada di dalam rumah.
Tapi, aku mengerutkan wajah bila Mak Nab menggeleng.
“Dia ke mana? Kan
tak sihat lagi?”
“Zikri ke bendang. Tempat kamu berdua pernah pergi masa
kecil-kecil katanya,” jawab Mak Nab agak risau.
“Angin kuat petang
ni. Kenapa Mak Nab tak larang? Nanti makin tak sihat pulak dia?” tanyaku agak resah.
“Zikri tu, bukan Iqa tak
tahu. Degil dia Iqa je boleh lentur,”
ucap Mak Nab dan aku terima saja kata-kata itu sebagai satu pujian buatku
kerana mampu memujuk anak lelakinya yang satu itu.
Senyuman aku hadiahkan
buat dia. “Kalau macam tu, Iqa cari dia
kat sana lah,
Mak Nab, ya?”
Penuh hormat aku meminta
diri dan bila Mak Nab senyum dan mengangguk, aku melangkah pantas ke arah
tempat yang Mak Nab katakan. Kaki ini
melangkah cermat melalui batas-batas bendang yang sedang dihiasi dengan padi
yang menghijau. Masih belum muncul
buahnya. Namun, keindahan liuk lintuk
tanaman hijau itu bergerak mengikut arah tiupan angin, benar-benar membuatkan
aku tenang dan damai.
Setelah beberapa ketika,
aku mula ternampak susuk tubuh susut milik Zikri yang duduk
membelakangiku. Tepat di bawah pohon
kekabu yang pernah menjadi tempat rajuknya dulu. Tempat yang sama kala aku mengejar dia
sewaktu kami berusia 12 tahun dulu.
“Assalamualaikum.” Aku menyapa seraya itu, aku labuhkan duduk di
sisinya. Tanpa memandang dia sebaliknya,
aku tebarkan pandangan mataku ke arah padi yang menghijau.
Zikri nampak terperanjat
bila aku pandang wajahnya dengan ekor mata.
Dia tersenyum sudahnya dan menguak rambutnya yang sudah agak panjang ke
belakang. Nampak tampan seperti dahulu
juga biarpun semakin pucat dan cengkung. Wajah yang seringkali digilai oleh wanita
satu waktu dulu.
“Ziki buat apa kat
sini?” soalku.
“Ziki yang patut tanya
Iqa. Iqa buat apa kat sini?” soal dia kembali.
“Mak Nab kata Ziki kat
sini. Itu yang Iqa datang. Ziki dah betul-betul sihat ke ni? Sejuk ni.
Pakai baju nipis je.” Aku berpaling
pada dia memandang tubuh yang hanya dibaluti sehelai t-shirt nipis itu.
Dia senyum dan terbatuk
kecil sedikit. “Ziki dah sihat. Tengok Iqa bahagia, insyaAllah Ziki akan
terus sihat,” jawab dia.
“Baguslah macam tu sebab
Iqa pun akan bahagia bila Ziki sihat,” selaku pula sekadar memutarbelitkan
ayatnya tadi.
Kami sama-sama ketawa.
“Zaim dah balik,
kan?” tanya Zikri dan aku mengangguk
lagi.
“Dia kirim salam. Tak sempat jenguk Ziki. Ada hal kat syarikat dia,” jawabku
jujur. Hal yang dionarkan oleh keluarga
Annesa.
“Waalaikummussalam… Dah
tetap tarikh?” tanya dia lagi.
“Dah.” Aku lebarkan senyuman.
“Bila?”
“Dua minggu lagi.”
“Tak perlu tunang?” tanya dia pelik.
Aku bulatkan mata dan menunjukkan
jari manisku pada dia. “Kami kan dah
tunang. So, kira mudahlah. Nikah terus.
Zaim yang nak macam tu. Iqa ikut
je mana yang baik. Lagipun, Zaim dah
tua,” jawabku bersama tawa halus.
Sampai hati katakan Zaim
tua. Tapi, rasanya dia matang. Sangat-sangat matang dan dewasa.
“Alamak… Ziki lupa. Korang dah tunang.” Dia ketawa sudahnya.
“Dengar kata Iqa nak ke
KL esok pagi, kan?”
Aku angguk. “Mana Ziki tahu?”
“Mak Iqa bagitahu mak
Ziki pagi tadi kot,” jawab dia jujur.
Emm… mak. Memang tak pernah
berahsia daripada Mak Nab.
“Ziki bila nak mula
kerja? Nanti boleh jumpa dekat KL.”
“InsyaAllah sehari dua
lagi kalau dah betul-betul sihat.
Lagipun, Ziki nak hantar surat letak jawatan. Nak cari kerja tempat lain dah,” ujar dia.
Aku mengerutkan
wajah. “Kenapa nak letak jawatan? Bos marah ke Ziki cuti lama-lama? Ziki kan sakit?” Aku bersuara risau.
Dia menggariskan
senyuman tipis buatku. Rambutnya yang
dihembus angin, dikuak sekali lagi. Dia
menjeling padaku.
“Iqa mungkin tak pernah
tahu majikan Ziki siapa, kan?”
Aku diam. Memang aku tidak pernah tahu tentang sejarah
pekerjaannya. Sekembalinya aku ke
Malaysia, Zikri terlantar. Terlalu
banyak hal yang perlu aku fikirkan selain daripada tempat kerjanya.
“Ziki kan kerja dengan syarikat
keluarga Annesa. Rasanya tak lalu dah
nak dok satu bumbung dengan keluarga Annesa,” jelas dia.
“Ya Allah!” Aku tekup mulut.
“Tak payah terkejut, Iqa. Ziki tak lalu nak kerja dengan keluarga
perempuan macam tu lagi,” ujar Zikri tidak tahu apakah yang bermain di dalam
mindaku kini.
Dalam kepalaku, wajah
Zaim hadir lagi. Nama syarikat YZ muncul
lagi dalam kepala. Andainya Zikri tahu
salah sebuah syarikat usahasama dengan syarikat keluarga Annesa itu adalah kepunyaan keluarga Zaim, aku tidak tahu
apakah yang patut aku katakan.
“Tapi kan… Annesa tak
kerja dekat situ, kan?”
“Memang tak. Tapi dia suka datang menyemak kat syarikat
daddy dia tu. Ziki tak boleh nak tengok
rupa dia dan keluarga dia buat sementara ni.
Tak adalah berdendam tapi tipu andai Ziki kata Ziki tak marah. Yang sudah tu sudahlah, kan?” Dia memandangku dan aku mengangguk
sedikit.
“Cuma nak pulihkan
keadaan tu, agak susah. Dari Ziki tak
happy kerja dekat situ, nak hadap muka daddy dia sepanjang masa, baik Ziki
tarik diri. Rezeki Allah bagi,
kan?”
“Emm… baguslah kalau
Ziki fikir macam tu. Harap Ziki tabah,
ya? Apa yang berlaku adalah yang terbaik
buat kita. Percaturan takdir tu indah. Seindah nikmat yang Allah berikan. Macam sekarang, Ziki tak sakit, mungkin kita
tak kembali rapat macam dulu. Kalau Ziki
tak tolak Iqa, mesti Iqa tak jumpa Zaim sekarang,” ucapku lembut.
Dia senyum dan
mengangguk. “Betul dah tu. Ada hikmatnya. Cepat atau lambat je. Hikmat Ziki tak sihat pun sama jugak. Iqa ambil berat kembali tentang Ziki. Tapi jangan risau. Iqa akan kekal dalam hati. Sebagai kawan dan Zaim juga begitu. Apa-apa saja Ziki akan korbankan buat dua
orang teman baik Ziki nanti,” luah dia ceria.
“Terima kasih, Ziki,”
ucapku.
“Terima kasih kembali
buat Iqa dan Zaim sebab sudi ada bersama Ziki biarpun satu waktu dulu, Ziki
pernah buang Iqa jauh-jauh,” balasnya.
“Hal lama, kita
lupakan.” Mata ini aku kedipkan
sekali.
“Jomlah balik. Dah lewat petang ni. Iqa pun perlu rehat, kan? Nanti Ziki nak datang KL, Ziki call Iqa
dengan Zaim. boleh jumpa Iwan dengan
Dyla sekali. Rindu kot. Lama tak jumpa. Sebelum diorang kahwin ni, kena lepak
sama-sama dulu. Dulu, kita berempat dan
sekarang ni kita berlima.”
“Lima?” tanyaku pelik. Hilang resah seketika daripada terus
memikirkan hal antara Zaim, Annesa dan Zikri.
“Ziki, Iqa, Iwan, Dyla
dan Zaim,” jawabnya lantas dia bangkit dari duduk. Belakang seluarnya disapu sedikit dan aku
juga sama.
“Zaim ek?” tanyaku.
“Tunang Iqa…”
“Kawan baik Ziki,”
selaku dan kami ketawa lalu melangkah pulang ke rumah.
Aku hela nafas
lega. Lega benar-benar lega. Bagaikan jatuh seketul bahu dari bahuku
biarpun aku tak mampu menebak lagi apakah yang bakal terjadi jika segala hal
ini terungkai. Kala itu, aku hanya mahu
berserah seperti waktu dulu.
***
PERJALANAN yang lama itu
kurasakan sekejap saja. Kala terpejam,
aku baru saja meninggalkan kampung dan bila mata ini terbuka, wajah Zaim sudah
ada di depan mata. Tersenyum seperti
biasa.
“Penat perjalanan?” tanya dia lalu mengambil beg galasku dari
tangan.
“Tak…” Aku menggeleng.
“Tahu kenapa tak penat…”
“Kenapa?”
“Rindu abang, kan?” tanya dia.
Dengan wajah tak malu dia biasakan dirinya abang. Tak sabar sungguh.
“Abang?” tanyaku mengusik.
Dia angguk. “Boleh tak?”
“Zaim bahagia?”
“Sangat.”
“Kalau macam tu… Iqa
panggil abang. Lagipun sebagai tanda
hormat, kan? Abang dah tua dari Iqa,”
usikku membuatkan Zaim menjegilkan matanya.
“Abang yang tua inilah
Iqa dok gila bayang, kan?” sela dia pula.
“Eh, ye ke Iqa gilakan
abang? Bukan abang ke perangkap Iqa
dengan kopi abang tu? Orang tak nak pun
belanja jugak. Lepas tu orang nak bayar
balik, dia minta kopi hand-made kat
rumah pulak,” cemikku.
“Tak lama lagi, Iqa
boleh bayar hutang abang. Abang tunggu
nak rasa kopi penuh kasih sayang tu,” bisik dia sedikit sebelum kami sama-sama
melangkah menuju ke tempat letak kereta.
Setelah kami sama-sama
masuk ke dalam perut kereta, Zaim menekan pedal minyak dan kereta terus
meluncur laju menuju ke rumahnya.
“Zaim tak kerja hari
ni?” soalku setelah seketika.
“Zaim ada meeting kat
luar tadi. Itu yang tak masuk pejabat
terus. Datang jemput Iqa dan esok
pulaklah masuk office dengan pekerja baru Zaim ni,” jawab dia dan menjeling ke
arahku.
“Tak sabar nak mulakan
kerja? Harap semua masalah tu kita
hadapi sama-sama,” pujukku dalam tidak sedar.
“InsyaAllah akan selesai
sikit demi sedikit. Ada Iqa di sisi
abang. Ada mama dan Yuza, insyaAllah dah
cukup buat abang tempuh semua dugaan ni,” jawab dia positif.
Ya, dia memang optimis
orangnya. Segala apa yang terjadi, hanya
senyuman yang meniti di bibirnya. Tak
pernah aku dengar keluhan dari celah bibirnya melainkan ucapan syukur
saja.
“Iqa betul nak masuk
kerja esok ni?” tanya dia
kemudiannya.
Aku angguk. “Kenapa?”
“Tak adalah. Abang suka kalau Iqa masuk kerja
cepat-cepat. Kot-kot nak mengamuk kat
pejabat, terus tak jadi tengok wajah bakal isteri sendiri. Tapi, kot-kotlah Iqa nak buat persiapan nikah
kita nanti,” ujar dia.
“Kan abang kata mama
abang nak siapkan semuanya?”
“Memanglah yang lain tu
mama uruskan. Cumanya, hal kita ni…
persalinan, cincin… itu kena cari sendiri.
Kenduri dengan hantaran je mama uruskan nanti,” terang dia.
“Oh…” AKu angguk berkali-kali.
“Kalau tu je, sempat je
kita pergi masa rehat ke, hujung minggu ke?
Tapi, Iqa lupa kita nak nikah dua minggu lagi. Kalau macam tu, baik Iqa masuk pejabat lepas
nikah. Sekarang ni, boleh tolong mama
dulu,” ucapku lebih pada diri sendiri.
“Amboi!” tekan Zaim tiba-tiba,
“Boleh dia kata lupa nak
nikah? Habis tu Iqa ingat apa kalau tak
ingat tarikh nikah sendiri?” Dia
tersengih mesra.
“Ingat Rayyan,” jawabku
tiba-tiba bila tak tahu jawapan yang harus aku utarakan padanya.
Zaim meledakkan
tawa. Sampaikan dia menepuk-nepuk
stereng keretanya. Wajah tampan itu aku
pandang. Nampak penat namun cerianya
dia, membuatkan aku yakin dia bahagia denganku.
“Kenapa gelak kuat
pulak? Mati hati nanti baru tahu,”
ujarku sedikit geram dengannya.
“Hati abang tak akan
mati untuk Iqa biarpun abang mati dulu sebelum Iqa. Hati abang akan hidup demi cinta kita. Abang hidup selamanya menemani Iqa,” gumam
dia sedikit.
Aku senyum. “Kalau hati abang hidup, abang juga akan ada
bersama Iqa, kan?” tanyaku.
Dia senyum. “InsyaAllah tapi abang lucu bila Iqa jawab
ingat Rayyan. Bukan apa, rasanya Iqa
bukan ingat Rayyan tapi Iqa ingat anak-anak Iqa dengan abang, kan? Dok fikir bakal zuriat kita nanti, ya tak?” tanya dia mengusik.
Aku mencebirkan
bibir. “Mana ada,” dalihku sedangkan itu
juga menjadi sebab aku menyebut nama Rayyan.
Rasa bagaikan tidak sabar hendak punyai anak-anak bersamanya.
“Ada, kan?” tanya dia tidak puas hati.
“Kalau ada?”
“Kalau ada nanti abang
hadiahkan Iqa dengan anak-anak tak lama lagi,” ujarnya bertambah nakal.
“Nakal la sekarang, kan?” cemikku.
Dia senyum. “Lelaki, yang. Baik macam mana pun, rasa itu satu tu
je. Dan haruslah dengan yang halal untuk
digauli,” jawabnya tenang dan kemudiannya dia terus tenang memandu.
Aku tersenyum malu. Dalam hati ini, aku menjerit bahagia. Syukur, Ya Allah. Sebak juga mencengkam hati tiba-tiba. Begitu terduga bertahun dulu, hadirnya Zaim
membawa bahagia biarpun agak sukar pada mulanya.
Muncungku keluar tanpa
kuduga dalam pada menahan sebak di dada.
Andai dia halal buatku, benar aku mahu memeluknya. Seperti mana dia ucapkan padaku sewaktu dia
menyambutku di KLIA dulu.
“Iqa…,” seru Zaim
lembut.
“Ya…”
“Tarik muncung tu. Jangan buat bibir macam tu sekarang ni,”
tegur dia.
“Eh, kenapa pulak?”
“Buat muncung macam tu
bila kita dah sah nanti. Masa tu tahulah
abang nak bagi hilang muncung tu,” selanya lantas dia ketawa lagi.
“Amboi!” tekanku bersama gigi yang aku ketap
kuat.
Zaim terus ketawa dan
ketawa.
~~> bersambung
Cik Penulis : Lama tak bersambung, kan? Harap masih tak lupa pada SAPK.. lepas ni kena konsisten sikit update novel..maaf2..baca komen maaf atas kekurangan.
i luv u la sis.. syg sgt kat zaim n iqa.. hehe
ReplyDeletesokong zaim!! xnak zikri.. ngehngehngeh
Deletebetul2..nak zaim n iqa....apa kate biar ziki ngan yuza....ok gak.....
Deletebetul tu klu ziki ngan yuza pun ok gak sorang degil sorang gila2 ok sgt2....hehhehe...
Deleteberbaloi tunggu lama2..hihi..
ReplyDeletemmg terbaiklah citer RM..
nak lagi lagi..dan lagi..hihi
demandnye saye..
Nice one ;)
ReplyDeletehey hey hey SAPK is back. best ika n zaim. mcm mn kalo ziki tau ttg anissa n story dia yg gilakan zaim then tggalkan ziki? x sbr nk bc chapter strusnya.
ReplyDeleteRindunya SAPK!
ReplyDeletewaaa rindunya lama tak update! besttttt2!
ReplyDeleteHaha akhir sapk kuar dr persembunyian. X sbr nk ngs ngan zaim n iqa hihihi
ReplyDeleteso sweet..
ReplyDeletewaaaaaaaaa sgt teruja ble bukak je page de en3 ni,.sgt lme tgu cite ni keke,.mekaseh cik writer muahmuahmuah keke
ReplyDeletehahhaha..sweettttt ye..dah nak kawin dah.
ReplyDeletemakin nakal la zaim nie
x sbr nak zaim n iqa kawen...
ReplyDeleteMemang rindu sesangat SAPK!!!!!#^_^
ReplyDeletebaca tang zaim nakal, teringat pulak dekat abang zafran tuh.. ngeeee.. tp ziki makin positif.. kesian pulak kat mamat tuh.. =p
ReplyDeletesuke suke ..... walaupun berjanggut menunggu akhirnya! x sabar laak rasanya nak menunggu Iqa dan Zaim disatukan
ReplyDeletetak kan lupa novel ne sbb nak tahu kelanjutannya.. huhu.. keep it up..
ReplyDeleterasa mcm terharu je n3 ni..arap2 jadi lak ye cik ann diaorg kwin nti..xmau mcm TK..curiga pd isteri sndri..arap2 zaim xcam tu..jgn la iqa n zikri..xsuka tau
ReplyDeleterindunya dgn cite ni dah lm sgt x update...sweet sgt bila tgk dia org dah ok...lps ni x sbr tgu zaim n ika kawin...
ReplyDeleteAkhirnya terubat rindu....
ReplyDeletex sabar nak tunggu Zaim dengan Ika kahwin.... tentu Ika comel kan....
tlg jgn matikan watak zaim.ayat2 zaim mcm menghala ke situ.tlg eh rehan jgn bagi zaim mati.biarla iqa bahagia ngan zaim.ziki bahagia ngan yuza.haha (arneza)
ReplyDeletewah best!!!!!!!!! lma x bca nvel nie smpai tlupa ckit wtk2 2 hehe
ReplyDeletekak RM,nak SAPK 36 Boleh?
ReplyDeletekak, nak gak SAPK 36..hihik..
ReplyDeletetak sabar nak tunggu n3 seterusnya....cepat la sikit...heheheh
ReplyDeletesambung la lagu kak RM.... x sabar nak baca pengakhiran cte nihhh!!~~
ReplyDeletekak cite ni mmg dah x update ke??
ReplyDeletesambung lah lg cite nie... sangat2 menarik.. bila lah zaim nie nk nihak.... lm bebeno nk nikah.. cm2 peristiwa jd.....
ReplyDeletesambungla cepattt
ReplyDeletex sabar nk taw ending juga
hehehe.peace!!
bila nk sambung ni?? x sabar nk tau selanjutnya
ReplyDeletesambungan please!!! harap2 iqa n zaim happy.. jgn la ending nnt kawin ngan zikri jugak
ReplyDeletepenat jari mencari sambungan,,,takdak titik pun..mcm cerita bisakah...RM jangan buat diriku sasau...mintak sangat dua cerita ni ada titik penyudahnya,,,kalau diterbitkan pun akan ku cari sampai ke hujung dunia...selagi bernyawa...
ReplyDeleteRM..ape kesudahan citer ni..sambung la..rindu kt zaim n iqa..
ReplyDeleteRM..plz smbung citer ni..publish la..
ReplyDeletepliz jgn matikan watak zaim...kalo konflik2 tu xpe la..ksian iqa nnt..xnak ending ngn ziki..
ReplyDelete