TIDURKU
terganggu. Entah bila aku terlena dan
entah bila pula aku memanjat katil, aku juga tidak sedar. Tangan ini terasa pedih. Mata pula terasa agak berat. Kepala punya menyengat.
Lampu
di meja sisi samar-samar saja. Ada yang ke kalut persis lipas kudung di depan alma ri solek yang telah pecah berderai cerminnya. Aku angkat kelopak mata dan dalam kesamaran,
mataku terbias dengan susuk tubuh lelaki yang aku kenal.
Bunyi
kaca yang berlaga sesama sendiri menerjah telinga. Dalam kesamaran lampu tidur, aku kecilkan
pandangan memandang dia dan benar, Budriz sedang mengutip dan menyapu kaca-kaca
yang berselerakan. Setelah seketika, dia
berlalu ke bilik air dan membawa kain buruk.
Lantai itu dilap penuh cermat.
Matanya tiba-tiba beralih padaku dan aku pantas merapatkan kelopak
mata.
Tidak
berkudrat lagi hendak bertekak waktu ini.
Aku perlukan rehat kerana esok, masih terlalu banyak dugaan dan cabaran
yang perlu aku hadapi lantas aku kembali pejamkan mata kerana aku yakin, Budriz
tak akan berani bertindak lebih dari tadi.
Cukuplah
sekali dia menyentuh bibirku dan aku haramkan hak dia ke atas diriku. Benar itu satu dosa namun, hati ini tidak
rela. Memandang dia saja membuatkan
hatiku mati apatah lagi membenarkan dia menghampiri.
Aku
sedar, hak dia ke atasku adalah mutlak.
Seperti mana katanya namun tak mudah untuk hati ini cair dalam sehari
setelah bertahun dibalut salju. Tak
mudah untuk aku lemah hanya dengan pengakuan cintanya. Segala palsu pada pendengaranku. Palsu kerana kerasukan nafsu dan kehendaknya
kerana aku tidaklah senaif mana hendak menilai renungan dan ungkapan cinta
seorang lelaki yang mendambakan sayang.
Ayah
juga pernah menyayangi ibu tapi akhirnya, hanya kedukaan yang tinggal buat ibu
dan aku. Budriz juga sama. Tiada
yang berbeza. Perlahan-lahan, aku
terlelap lagi. Namun tidak lama bila aku
rasanya, ada yang mengelus belakang tanganku lembut dan sekelipan dia
mengucupnya tipis.
Aku
angkat kelopak mata sekali lagi dan aku lihat Budriz sedang duduk di atas
bangku kecil di sisi katil. Kala dia
menarik tanganku ke atas ribaannya, aku biarkan saja. Tangan itu penuh dengan luka dan serpihan
kaca yang mungkin terbenam di dalam kulit belakang tanganku itu.
“Sayang
marah abang, kenapa mesti nak sakitkan diri sendiri?” Budriz bersuara sendiri tanpa tahu aku yang
telah tersedar dari lena.
Tangan
ini dilap perlahan dan lembut. Kemudian,
jari kasar itu menguis sedikit di tempat-tempat yang luka. Kemudian, dilap pula dengan kain basah
membersihkan darah yang sudah membeku.
“Tahan
sikit sayang… abang letak ubat dekat luka ni,” pujuk dia padaku bagaikan aku
ini terbuntang matanya.
Kala
ini, ada rasa pilu hadir. Ada rasa rindu yang
menderu-deru. Rindu pada ibu. Dulu ibu sentiasa membersihkan lukaku. Sentiasa bersikap begini juga. Bertutur sendiri dalam pada aku hampir
terlelap sendiri. Membuai lenaku bersama
senyuman dan kucupan hangat di dahi.
Tapi
hari ini, aku sedang melalui perkara yang sama.
Cuma, berbeza segalanya. Dia
adalah lelaki yang aku benci namun dialah yang paling dekat denganku kini.
Setelah
seketika, dia letakkan kembali tanganku di sisi katil. Tidak terasa pedih ubat yang disapunya. Kemudian, aku dapat rasakan Budriz beralih
tempat. Dia kini sedang melutut dekat dengan
kepalaku yang sedang berbaring mengiring.
Pipiku
disentuh halus dengan hujung jarinya.
Kepalanya menyenget sedikit.
Barangkali hendak menatap wajahku tanpa dia tahu, aku sedang melihat
segala tindakannya.
“Aba ng tak akan buat macam
tadi lagi, Syai. Abang tak nak Syai
sakitkan tubuh sendiri sebab terlalu marahkan abang,” ucapnya berbisik.
“Mujur
terdetik di hati abang nak jenguk Syai di bilik bila Syai tak turun-turun ke
bawah dan kata hati abang betul biarpun abang risau Syai mengamuk. Jantung abang hampir terhenti degupannya
tengok kaca bersepah, darah menitis di atas lantai dan tangan Syai luka. Kenapa macam ni, sayang? Apa lagi yang harus abang katakan untuk buat
Syai tak bertindak macam ni?” Dia terus
bertanya sendiri.
Sesekali
ada keluhan yang dia lepaskan. Kemudian, tangannya naik menyentuh anak
rambutku dan menguak rambutku ke belakang.
“Atau
Syai menderita lagi sebab pengakuan cinta abang pada, Syai?”
Aku
telan liur mendengar pertanyaannya. Rasa
hendak saja kujawab dan kuherdik dia dengan ungkapan cinta basi itu namun aku
tahan hati. Bukan waktu ini yang
sepatutnya aku menjerit lantang.
“Jangan
macam ni lagi. Hati abang berdarah
tengok Syai terluka. Syai tak pernah
tahu tapi abang lalui. Syai hanyut
dengan dendam dan kebencian tapi abang tenggelam dalam cinta Syai sejak
dulu. Cinta yang tak pernah Syai rasa,
sayang. Syai isteri abang dan abang
adalah suami biarpun Syai tak pernah nak hadap.
Abang janji, sayang… janji dengan diri sendiri. Hari ni, Syai abang bukanlah suami yang tak
pernah Syai hadap dan satu hari nanti, Syai akan hadap abang dengan kerelaan
hati Syai. Tidurlah sayang. Tidurlah.
Abang tak usik Syai tanpa izin.
Abang nak Syai rela,” sambungnya panjang lebar terus berbisik di depan
wajahku.
Dekat
dan terlalu dekat hinggakan hembusan nafasnya hangat menyapa wajah. Tanpa kuduga, Budriz menjatuhkan bibirnya
lama pada ubun-ubunku lama membawa rasa
syahdu yang tak pernah aku rasakan. Ada keikhlasan yang
bercampur baur dengan kejelekan tanpa sedar, ada air hangat mengalir di juring
mataku.
Aku
buka mata setelah yakin yang Budriz sedang bangkit menjauh dariku. Benar yang dia sedang melangkah keluar dari
bilik. Bila dia rapatkan daun pintu, aku
telek tanganku yang berbalut sedikit.
Baru terasa pedih. Tidak sedar
yang fizikal ini tercedera kerana luka di hati terlalu dalam gurisannya.
Suis
lampu di meja sisi katil aku petik.
Tubuh ini aku angkat dan menyandarkan belakang tubuhku pada katil. Kepala ini terdongak sedikit dan mata ini aku
pejam serapat-rapatnya. Berharap agar
ini hanya mimpi. Berharap agar segalanya
dusta belaka. Berharap yang ikatan ini
adalah palsu.
Namun
sayang beribu kali sayang kerana bila aku buka mata, luka ini benar. Hangatnya kucupan Budriz masih terasa pada
ubun-ubunku. Kali pertama kerana kala
kami diakad nikahkan siang tadi, aku langsung tidak menyambut salamnya dan
tidak sekali pun aku membenarkan dia menyentuh kulitku.
“Mampu
ke Syai nak hadap semua ni, bu? Tanpa
ibu dan tanpa sesiapa. Syai ada keluarga
pada hakikatnya namun Syai sendiri, bu,” keluhku sambil memandang ke arah
kipas yang ligat berputar. Menahan dari gugurnya airmata ini lagi.
Wajah
ini aku raup lama. Perlahan-lahan aku
tarik lutut rapat ke dada dan aku sembamkan wajahku di atas lutut. Memel uk
lututku erat. Mengimbau kembali kejadian
paling malang
dalam hidupku.
Bila
tersedar dari pitam beberapa hari sudah, Budriz setia di sisi. Nenda, Aunty Sarimah, ayah dan bonda ada
bersama juga.
“Berapa
bulan, Syai?” tanya ayah kala itu.
Aku
mengerutkan wajah dan menggeleng berkali-kali menidakkannya. Tubuh Budriz yang duduk di birai katil, aku
tolak sekuat hati menghalau dia jauh dariku.
“Syai
tak mengandung, yah! Syai tak pernah
buat perkara terkutuk tu!” tekanku gera m.
Ayah
menggeleng. “Sampai pitam kamu nak cakap
kamu tak berisi lagi? Kalau Budriz
sendiri mengaku yang kamu berdua dah terlanjur, apa lagi yang kami tak nak
percaya, Syai?” soal ayah lagi. Jelas yang dia tidak mempercayaiku.
“Budriz!” Aku menyeru dengan suara yang masih mampu
kubendung kelantangannya.
Dia
panggung kepala dan memandangku.
“Kenapa
kau buat aku macam ni, Budriz? Apa yang
kau nak buktikan pada keluarga kau?”
soalku.
Dia
tetap diam. Soalanku tidak
bersambut. Kali ini, ayah pula mendekat
padaku. Bila Aunty Sarimah bangkit ayah
pula mengambil tempat di birai katil.
“Ayah
tak kata ayah percayakan Budriz, Syai.
Tapi, bila Syai dan dia tertangkap dalam keadaan macam tu, apa lagi yang
kami nak fikir, kecuali nikahkan kamu berdua?”
ulang ayah sekali lagi.
Tangan
yang cuba
membelai rambutku, aku tepis kuat. Tak
sudi andai dia mahu memanjakanku kini.
Kala ini, aku tak perlukan perhatiannya, aku hanya mahukan secebis
kepercayaan buatku.
“Syai
tak akan kahwin ayah. Dia perangkap Syai
dan Syai tak mengandung. Syai pitam
sebab Syai tak sihat. Sebab Syai kurang
makan. Sebab Syai terkejut dengan jantan
jahat ni!” tekanku sambil menjeling ke
arah Budriz tajam.
“Jaga
sikit kata-kata Syai tu, nak!” Ayah
memberi amaran bersama mata yang dia lirikkan sedikit ke arah Aunty Sarimah dan
nenda.
“Jangan
terlalu lantang bersuara macam ni. Syai
tu perempuan. Syai tu anak ayah. Bukan ke arwah ibu mengajar Syai dah cukup? Kenapa nak jadi kurang ajar? Terima je kehendak Budriz. Dia nak bertanggungjawab pun dah cukup
baik!” tekan ayah lagi.
“Syai
tetap tak nak ayah!” tekanku lalu cuba
untuk bangkit namun pantas di halang oleh Aunty Sarimah yang entah bila berada
di sisiku.
“Syai…
cakap terus terang dengan kami.” Aunty Sarimah
menyoal lembut.
Telapak
tangan itu sudah menyapa bahuku.
Suaranya lembut memujuk.
Renungannya tidaklah setajam ayah dan nenda.
Mata
ini membalas pandangan Aunty Sarimah dan menggeleng perlahan. Bibirku terkatup rapat. Sering kalah kala melihatkan renungan Aunty
Sarimah. Persis redupnya renungan arwah
ibu.
“Syai
cakap betul-betul? Kenapa sampai
pitam? Betul ke Syai dengan
Budriz…” Kata-katanya terhenti di situ.
Nampaknya,
Aunty Sarimah juga lebih percayakan anak saudaranya berbanding aku yang bukan
sesiapa di kalangan mereka. Aku pandang
wajah ayah yang muram, wajah Mak Usu yang mengalirkan airmata dan wajah nenda
yang masam mencuka dan akhirnya wajah Budriz yang tunduk bagaikan pesalah.
“Syai
dah cakap… Syai tak sihat. Kenapa susah
sangat semua orang nak percaya? Kalau macam
ni, Syai akan tinggalkan rumah ni.
Budriz tak perlu bertanggungjawab apa-apa atas Syai dan semua orang tak
perlu risau lagi!” ujarku agak keras
biarpun separa berbisik.
“Aunty
percaya Syai dan Budriz sebab Budriz dan Syai dan akan buat perkara terkutuk tu
tapi aunty percaya, bila Budriz bertindak lebih cepat daripada akalnya,
pastilah dia sedang merencanakan sesuatu yang baik untuk Syai. Cinta mungkin,” tebak Aunty Sarimah waktu
itu.
Semua
orang tak akan mengerti. Semua orang tak
akan faham. Di hati Budriz hanyalah
dendam semata-mata. Cinta adalah
mustahil untuk kami. Segalanya tidak
mungkin antara kami. Tak pernah ada
rindu melainkan benci yang membuak-buak dan hari ini, kebencian itu semakin
utuh bertapak di hati.
Aku
renung Budriz tajam. Dia juga
memandangku dan Aunty Sarimah kala itu dan dia mendekat pada nenda dan bondanya
lalu dibisikkan sesuatu pada kedua-duanya.
“Kenapa
kamu tak sudah-sudah nak bantah cakap nenda, Budriz!” marah nenda tiba-tiba.
“Berapa
kali nenda dah pesan pada kamu… cukuplah arwah abah kamu kahwin dengan orang
bukan dari darah keturunan kita. Ini kamu
pun sama. Malah kamu sanggup buat macam
ni semata-mata nak suruh nenda setuju dengan pilihan kamu!” tekan nenda lagi.
Aku
telan liur. Wajah Aunty Sarimah aku
pandang dan dia mengedipkan matanya sekali lalu tapak tangan itu mengusap bahuku
lembut.
“Bonda…
dah Riz nak, kita izinkan saja,” pujuk Aunty Sarimah.
“Masalahnya
perempuan tu tak nak!” bantah nenda
dengan jari telunjuk yang tajam dituju padaku.
Memang
aku tak pernah ingin hendak bersuamikan dia malah sesiapa saja. Aku sudah biasa mendidik diriku tegar
bersendiri. Namun, apakah permainan
Budriz kala ini? Aku tidak tahu. Sungguh aku tidak mengerti.
“Nenda…
restui kami. Dia tak setuju sebab dia
takutkan nenda. Tapi, Riz tahu…” Budriz berhenti berkata-kata dan dia berpaling merenungku.
Bila
mata kami beradu, dia bagaikan berbicara.
Berbicara bahasa yang tidak mudah untuk aku ertikan lantas kubiarkan
saja lidah itu terus ringan berbicara.
“…
dia cintakan Riz. Dia cinta
sangat-sangat sampai tak tahu bezakan sayang dan benci.”
Setelah
beberapa ketika dia memaut tangan nendanya, Budriz melangkah ke arahku dan
Aunty Sarimah. Lalu dia duduk
mencangkung di depan kami. Belakang tanganku
disapa sedikit dan belum sempat aku menepis, dia pantas menggenggamnya
erat.
“Andai
Syai tak cintakan abang pun, abang akan buat Syai sampai cintakan abang!” tukasnya tegas bersaksikan Auntry Sarimah.
Dan
aku, kelu sendiri tidak mampu berkata-kata lagi bila nenda juga sudah
menjatuhkan kepala memberi izin. Akhirnya malam ini, aku temui jawapan pada
paksaan Budriz. Pada perangkap yang dia
pasang untukku. Cinta! Cinta yang tak pernah ada dan cinta yang
telah aku haramkan buat selamanya.
Pintu
bilik ditolak tiba-tiba membuatkan ingatan beberapa hari sudah yang membawa aku
kepada sebuah pernikahan segera ini terbang menjauh dan membawa wajah Budriz
semakin mendekat.
“Eh,
sayang dah bangkit.” Dia senyum dan
terus melangkah lantas duduk di birai bersama semangkuk makanan dan segelas air
masak.
“Makan
sikit sayang. Abang ingat nak kejut Syai
bangkit, tapi alang-alang dah bangkit ni, kita makan sikit. Abang suapkan,” ujarnya ceria.
Bila
sudu itu disuakan ke bibirku, aku berdiam diri.
Tidak pernah berselera sejak bersua dengannya.
“Makan
sikit, sayang,” pujuk dia lagi.
Aku
menggeleng. “Aku dah lama hilang selera
sejak aku bertemu dengan kau Budriz!”
Dia
mengeluh. Mangku itu diletakkan di meja
sisi katil dan dengan selamba, dia mendaratkan tangannya ke lututnya dan
diurutnya lembut. Pelik bila aku pula
tidak mahu membentak seperti selalu. Hanya
membiarkan saja. Barangkali, kudrat yang
hanya sedikit tersisa ini menghalang aku menepisnya.
“Apa
yang abang perlu buat untuk buat Syai makan sikit? Syai tak ada tenaga. Sebab tu pitam, kan?” soalnya polos.
“Dan
kau pulak ambil kesempatan mengatakan yang aku pitam sebab mengandung anak kau!” pangkasku.
“Abang
tak kata tapi bila nenda, bonda, ayah dan aunty fikir macam tu abang sendiri…” Bicaranya mati. Dia merenungku kembali.
“Abang
tak tahu nak menidakkan macam mana bila abang dah mulakan semua ni. Yang abang tahu, abang perlukan Syai dalam
hidup abang. Untuk lengkapkan hidup
abang sebagai seorang lelaki,” sambung dia tidak lama setelah itu.
Terdiam
aku dibuatnya. Lantaran itu, pengakuan
cintanya hadir berdengung di dalam kepala.
Mata aku pejam seketika mencari kata hendak bersuara. Apa lagi yang harus aku katakana. Kepala ini sibuk mencerna dan merangka
perkara esok. Bila aku buka mata, Budriz
setia merenungku tidak berkelip-kelip.
“Makan
sikit sayang.” Budriz terus memujuk tapi
aku tetap membatu.
“Syai
tak makan tak ada kudrat nak bergerak nanti.
Esok abang kerja, yang. Bonda dengan
ayah pun nak balik dah. Nanti tinggal
Syai sorang-sorang kat rumah. Makan sikit,
sayang. Abang risau ni,” luah dia
bersungguh-sungguh.
Kata-kata
Budriz langsung tidak kuhiraukan. Aku memandang
ke arah beg pakaian yang ada di depan almari.
Beberapa helai baju juga berselerak di situ. Budriz mengikut arah anak mataku sebelum dia
memaut pipiku memandang wajahnya.
“Syai
jangan sesekali fikir nak tinggalkan rumah ni.
Abang tak benarkan!” pesan dia
mengerti akan apa yang berlegar di dalam benakku kini.
Aku
senyum sinis. “Kalau kau ikat aku,
mungkin aku tak keluar,” selaku tenang.
“Abang
tak nikahi Syai untuk Syai tinggalkan abang.
Abang nak Syai ada dekat dengan abang.
Please, sayang. Jangan seksa
abang macam ni,” rayu dia.
“Kau
yang seksa aku, Budriz. Dari dulu, kau
tak pernah puas nak seksa aku. Sampai saat
ini kau terus nak seksa hati dan jiwa aku, kan?” Matanya aku renung dalam-dalam.
Budriz
mengesotkan tubuhnya semakin dekat denganku dan perlahan-lahan tangannya turun
melurut pada hujung jariku yang ada dipeha.
“Sayang
dah tahu jawapannya. Abang cintakan
Syai. Abang nak bantu Syai. Abang nak pulihkan Syai. Abang tak nak Syai terus sakit…”
“Aku
tak sakit, Budriz. Kenapa? Kau rasa aku gila?” tukasku keras.
Dia
menggeleng pantas. “Abang tak maksudkan
itu, sayang. Dah berkali abang katakan,
abang tak nak Syai terus tenggelam dalam dunia Syai sedangkan kita mampu bina
dunia kita yang lebih indah. Sekali je
abang mohon, Syai redha. Syai terima
segalanya dengan ikhlas,” nasihat dia lagi.
Tangannya
aku tepis kasar. “Kau jangan bercakap
soal redha dengan aku Budriz bila kau sendiri tak redha dengan hidup kau!” tekanku.
“Apa
yang abang tak redha?” soalnya.
“Kau
tak redha bila aku katakan benci kau…”
“Sebab
kebencian tu satu penyakit, Syai. Kebencian
tu satu penyakit hati yang boleh membunuh jiwa.
Menjadikan Syai manusia yang semakin jauh dari dunia bahagia. Membawa Syai menderita diburu bayangan derita
Syai sendiri sedangkan ada yang sudi mengubati,” cantasnya berbisik.
“Aku
tak sudi kau ubati untuk aku, Budriz! Aku
lebih sanggup mati dari jadi isteri kau!”
Budriz
berpaling menghadap dinding dan melepaskan keluhan yang panjang. Kemudiannya, dia berpaling semula
kepadaku. Lututnya diangkat sebelah dan
menindah pehaku sedikit.
“Nur
Syaima… awak tu sekarang isteri saya. Isteri
Syed Ahmad Budriz. Abang ni suami Syai
walau apa pun Syai kata. Benci, meluat,
tak hadap… yang penting hubungan kita ni Allah pandang, Syai. Izinkan abang jaga Syai. Zahir dan batin. Hati dan nurani. Sampai bila Syai nak hidup macam ni, sayang?” tanya dia dengan wajah yang semakin dekat dan
terus mendekat padaku.
“Abang
cintakan Syai. Percaya pada abang,
sayang,” rayu dia bersama hembusan nafas yang hangat menyapa wajahku membuatkan
aku memejamkan mata seketika.
Wajah
Budriz yang hanya beberapa inci dari
wajahku, tidak kutolak. Tidak rasa
hendak kutampar seperti sebelumnya. Malah,
aku renung pula dia dengan mata yang semakin redup dan berair. Aku rindu ibu. Terlalu rindu dan Budriz tidak mampu merubah
apa-apa di dalam hati ini.
“Syai
nak kan, hidup dengan abang?” tanya dia
resah.
Lambat-lambat,
aku menggeleng. “Tunggu aku mati hidup
balik dulu, Budriz. Dan waktu itu baru
aku pertimbangkan untuk terima kau jadi suami aku!” sinisku.
Serta-merta,
wajah Budriz menjauh. Dia mengetap
giginya hebat lalu dia bangkit pantas.
“Jangan
jadi orang tak beriman, Nur Syaima! Mati
hidup balik pun, abang tak akan lepaskan Syai dari hidup abang. Apa pun jadi, abang akan buat Syai jatuh
cinta dekat abang. Abang akan buat Syai
merayu-rayu kasih sayang abang. Abang akan
buat sampai Syai tak mampu tanpa abang!”
tekan dia agak keras.
“Abang
ke bawah kejap. Syai makan bubur
tu. Abang nak tengok bubur tu habis bila
abang naik nanti!” arah dia tegas dan
mula menapak ke arah pintu.
“Aku
akan makan… tapi bukan bubur ni,” ucapku tenang menghalang langkah Budriz.
Dia
berpaling dan tersenyum. Kemudian dia
berpatah balik padaku lantas mencangkung di sisi katil menyoroti mataku.
“Sayang
nak makan apa? Abang minta bonda
masakkan.”
Aku
melebarkan sengihanku. “Aku nak makan
kau. Boleh kau suruh bonda kau masakkan
kau untuk aku makan?” tanyaku sinis dan
Budriz terkedu lama.
~~> bersambung
Cik Penulis : Maaf.. cuti je mesti lost in the light..huhu..maaf2 atas kekurangan.
huhuhu...kerasnya hati syai ni...best2
ReplyDeletesyai x habis2 sakitkan hati Budriz. kesia dia. harap2 dyorang berbaik.
ReplyDelete-yana-
syai-syai... geleng kepala eden dibuatnya.. hmm, luas betul selera.. budriz pun nak dimakannya..adehh
ReplyDeletekak rm,..baru 12 bab,..tp rasa mcm dah lama sgt kak rm tulis psl kekerasan hati syai...nak bace pun xsanggup. heheh. nak jugak tgk mcm mana bila hati syai lembut...heeeeeee
ReplyDeletebestla.... tak sabar nak baca lagi...
ReplyDeleteSelera syai tinggi .. Ade nk makan budriz .. Huhuhu ..
ReplyDeleteAkhirnya Ada n3 baru....alahai syai sian kat abg budriz, lembut2 kan lah hati yg keras mcm batu tu..kak nak lagi...
ReplyDeleteSyai x berfikir dgn logik akal, ini semua qada' & qadar yg tlh ditetapkan...bukan salh budriz...akibat dendam kesumat, walau solat sebyk mana tetap rasa x bahagia dan tenang. Tidak sempuna iman seorg islam kalau salah satu rukunnya masih tidak kita percaya. Syai x percaya qada' & qadar, suratan yg ditetapkan ke atasnya..rasanya roh ibunya juga x tenang di sana akibat sikap syai yg sgt biadap dan menderhaka kpd ayahnya. Sampai bila agaknya syai nak insaf dgn kesilapan maha besar dia ni....
ReplyDeleteIngat dh tak ada n3 baru lagi rupanya masih ada
ReplyDeletesuka sgt dpt baca n3 baru tak menghampakan langsung... tk RM, jgn lupa cpt sambung ye...
bahagia ny bila tiap kli bukak blog ni de en3 bru keke
ReplyDeleteBudriz nk jwb pe eh bila Syai ckp nk kn dia,.keke
tpi mmg ati batu btol si Syai tu,.
adeh la...keras2 kerak ns rendam air lembut jua..hehehe SAB sabo jek la..dah tu keputsan anda nk beristerikan syai tu,mmg makn hati ulam jantung la..syai tu degil tp dlm hati ade taman..
ReplyDeletetakut juga kan bila baca cerita ni... takut jadi isteri yang terlalu banyak berdosa pada suami.... kesabaran suami yang kuhadap ....hehehe
ReplyDeleteermm....dah x lama dah tu budriz...hehe...keep it up!
ReplyDeleterasanya kita perlu ltakkan diri di tempat Syai.
ReplyDeleteBukan mudah dia menjaga ibunya ketika sakit n menguruskan semunya sorg diri bagi gadis seusianya..
mmg sukar nk maafkan org bila dh bencikan diorg..
ksian budriz....
ReplyDeleteCiter ni makin best .Saya lebih suka Syai bersikap keras hati daripada berlembut dengan budriz ..... biar Budriz rasa bersalah .
ReplyDeletenice...
ReplyDeletesmbung lg RM..
si budriz bg btl2 br tau..
geramnya kat syaima tp bilala mereka nk bahagia..
ReplyDeletemcm mnala budriz nak lembutkan hati syai yg lebih keras dripada batu?
srnk nov nie ada sdikit kelainan drpd biasa..
pleazzz cpt update x sbr nk bca lg...
Wah..... puas rasa hati ada entry terbaru hari ni..... Mmg best dan jiwang jer.... Hahahaha....
ReplyDeletebest tu dia nak makan Budriz...tak sabar nak baca n3....sambungannya.........Kak Sari
ReplyDeletetak sabar nak tunggu syai lembut :)
ReplyDeleteMacam2 dugaan yang Syaima lalui...kasihan dekat Syaima...
ReplyDeleteFuuh~ aku pun nak makanlah..lapar ni ;p
ReplyDeleteKak Rehan, STK makin mengancamlah! :D
mmg dsyat tol la gram smpai klo budriz 2 klo ley dimakan dye nk mkn..mmg kras r ati syai nie so budriz pn kne la byk kn usaha ag ye
ReplyDeletePergh... pelbagai komen yang meruntun lagi menyesak jiwa. You're superblah my dearest RM.... Played very well with your loyal fans'/readers' feelings. Dekat sini RM nak bisik sikit.. my special request ni... Please.... kasi kaw-kaw romantik punya Budriz tu sampai Syai cair meleleh-leleh.. Kih.. Kih...
ReplyDeletehisshh bila le nk insaf si syaima ni.... cam le dulu2 masa ibunye de dia tu baik sngt, asyik ponteng skola je...nxt n3 pls
ReplyDeletebrutal giler syai ni sampai nak mkn org
ReplyDeletemcm mane la budriz blh tahan kan
heee best2...lagi keras hati syai..lgi lembut+romantik budriz balas...mesty masyukkk..smpi syai cair..
ReplyDeletehaish kesian syai...dh la dpt bapak mcm ape ntah...pastu kne kawin dgn budriz yg psycho tu...klau btul syg budriz xkn malukan syai mcm tu...ckp mngndung la ape la...
ReplyDeletekekawan! senarnya kta hnya memandang wtk dlm STK tpi adakah kta melihat msj yg nk RM smpaikan? ada msj bsr dlm story ni senarnya. cuba kaji! membaca dan menilai adalah lbh baik kan? truskn chapter strusnya ya RM. nice sgt story ni. Terpedaya gak bila bc kt fb smalam ingtkn takat tu jek.
ReplyDeletebest2...anyway, sian kat kedua2..masing nk pertahankan apa yg di rasa betul... ni yg wat tak sabar nk bc lg ni...
ReplyDeletehuda1002
Saya pun terkedu sekali!
ReplyDeleteAah akak.dh lame akak xp update. Hari2 tngk blog da update je x. Pasni rajin rajinkan update k..hihiii
ReplyDeletesyaima...syaima...
ReplyDeletebuka la pntu ati skit....
bljr la memaafkan...
selera btol si syai neyh...Budriz pown die nak "ngap"..hehehehe..wat eve pown..Kak RM>.gud job..cepat smbung ok..
ReplyDelete:)
haha best best . tapi dah lama sangat ni syaima ni berdemdam dgn budriz .
ReplyDeletesaya phm watak syai sebab syai adlh diri saya.........kdg2 bila hati dilukai dan luka itu dalamm,,,,,,,luka luaran hanya kan menjadi secebis luka dihati
ReplyDeletewalauweh, memg superb keras aah hati si syaima nih.u got a lot of work 2 do budriz
ReplyDeleteciannye kat abg budriz <~ ABG ?? =)
ReplyDeletenote : sis rehan, kim salam kat abg budriz ehh..ngeee
lap u ~ fea humaira
Terlalu keras hati...
ReplyDeletekepala batu btoi syai tu ek...hahahaha
ReplyDeletetpi bes.. =)
best best,,mcm kita ada dalam dunia tu....rasa geram je,,,:D NICE JOB!! <3
ReplyDeleteNk makan budriz...uikkkkkk
ReplyDelete