BAB 15
LANGKAHKU
terhenti pada anak tangga terakhir pagi itu.
Suara Budriz agak kuat berbicara dengan seseorang di talian. Lalu aku pasang telinga.
“Syai
tak sihat. Riz baru nak masuk kerja hari
ni. Nanti Riz jumpa aunty,”
ujarnya. Lama Budriz diam. Aku pula hanya mengamati perbualannya. Tidak pasti siapa.
“Syai
ada kat rumah, nenda.” Dia meraup
wajahnya. Nenda dia rupanya. Getus hatiku.
“Tak
boleh lagi nenda. Rumah bonda pun Riz
tak balik lagi. Tunggu Syai sihat dulu
nanti kami jenguk nenda, ya?” Dia
memujuk lembut.
Sopan
melayani orang tua. Hormat benar dia
pada ayah namun aku, tidak pernah sekalipun dalam tuturku tidak mengherdik dan
sinis pada ayah. Sebuah keluhan tipis
aku lepaskan tanpa sedar ada yang memerhati.
“Sayang
intip abang, ya?”
Aku
memandang Budriz yang sudah berdiri tepat di depanku. Agak rendah memandangkan aku sedang berdiri
di atas anak tangga. Bibirnya menguntum
senyum sambil membetulkan butang pada lengan bajunya.
“Apa
hal aku nak intip kau pulak?” cemikku
dan hendak berlalu ke dapur sebelum Budriz menahan.
“Kotlah
sayang jealous abang sembang dengan
perempuan lain ke?” duga dia melirik
manja.
Aku
jelirkan lidah. “Ada aku hadap kalau kau dengan perempuan
lain?” sindirku.
Dia
ketap bibir seketika. “Abang tak kata
Syai hadap tapi abang kata Syai cemburu,” selanya tenang.
“Andai
sayang tak pernah ada dalam diri, macam mana cemburu tu nak ada, Budriz?” Aku menyoal agak keras mematikan langsung
tawa pada bibir Budriz.
“Sikit
pun tak ada?” duga dia.
Pantas
aku menggeleng. “Tak pernah ada, tak
akan ada dan tak mungkin!” AKu jegilkan
mata buat dia.
“Jangan
terlalu yakin, Syai. Kudrat tak ada di
tangan kita. Hati kita sekelip mata
Allah boleh terbalikkan hati Syai dan juga hati abang,” ucapnya tetap berlembut
denganku.
Suara
parau itu tidak pernah meninggi padaku.
Sejak dari dulu, sejak pertama kali dulu. Bibir itu tetap menguntum senyum kala aku
mengherdik. Hanya sesekali dia mengeluh
dan mengetap bibirnya, mungkin menahan geram akan sikapku.
“Dan
aku sentiasa berdoa moga Allah jauhkan hati aku dengan kasih sayang akan orang
seperti kau yang tak pernah aku harapkan wujud dalam diri aku!” AKu membalas
pula dengan jelingan yang tajam.
Budriz
tersenyum bagaikan tidak terkesan
langsung akan marah yang aku hamburkan padanya. Bila aku melalui dia, dia sekali lagi menahan
dan kali ini, lengan sasa itu berlabuh pada pagar anak tangga. Mengepung langkahku.
“Doa
kita terbalik, yang. Mulai saat ini,
kita kena berjemaah. Supaya doa kita
sama je sebab abang sentiasa berdoa moga hati Syai jadi milik abang satu hari
nanti. Saat ni hanya jasad yang kaku
membuatkan abang sendiri tak ada rasa nak usik jasad tanpa hati ini…” Dia mengerling aku dari hujung rambut hingga
ke hujung kaki dengan bibir yang senyum
menyenget.
“Abang
berdoa dalam sujud abang moga Allah pinjamkan sedikit kekuatan untuk beri
sedikit nafas pada hati ni,” sambung dia.
Tanpa
aku duga, hujung jari telunjuknya menyentuh dadaku seketika sebelum dia menarik
tali leher dari poket seluarnya. Tak
sempat aku hendak menepis. Sesuka hati
dia menyentuh aku. Hampir saja tanganku
terangkat lagi andai tidak memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku.
Mataku
mencerlung pada dia. “Jangan harap,
Budriz. Apa pun jadi aku akan cari jalan moga kau lepaskan aku. Sama ada kau nak atau tidak!” tekanku dan terus saja aku berlalu melanggar
bahunya agak kuat.
Budriz
ketawa. “Nak pergi mana?” tanya dia sambil melelar pergelangan tanganku
lembut.
“Aku
nak keluar dari rumah ni!” jawabku
spontan.
“Boleh
tapi…” Budriz meleretkan kata dan jongket kening lebatnya berkali-kali.
Mataku
bersinar bila Budriz mengatakan boleh.
Ini adalah berita terbaik yang aku terima dari dia bila dia sudi
melepaskan aku pergi dengan caraku.
“Ikat tie abang dulu,” sambung dia tenang.
Wajahku
berkerut. “Tie kau?”
Dia
angguk. “Yalah, Syai. Abang ada meeting
dengan aunty ni. Cepat sikit!”
tekan dia menggesa.
“Kau
main-mainkan aku lagi ke?” tanyaku
geram.
“Main-mainkan
apa? Abang suruh ikat tie je pun. Bukan main-main. Sungguh abang ada meeting ni pagi ni,” ujar dia lagi bersungguh-sungguh.
“Aku
tak reti!”
“Abang
ajarkan,” sahutnya pantas.
“Tak
naklah! Kau nak suruh aku jerut kau bagi
mati ke, Budriz?” tanyaku sambil cuba menarik
tanganku dari genggamannya.
“Syai tak
habis-habis nak suruh abang mati, kan ?”
“Siapa
suruh tempat maut?”
“Orang
suruh ikat tie, yang. Tak ada kaitan dengan mati!” ucap dia mengetap giginya.
“Dah
aku cakap, aku memang tak reti. Kau tak
faham bahasa ke?”
Dia
menggeleng lalu menarik aku rapat padanya.
“Sayang tak faham bahasa. Abang
cakap abang ajarkan. Segala sesuatu itu
kita kena belajar, sayang. Belajar
terima segalanya. Segala yang telah
ditakdirkan untuk kita. Segala yang
telah berlaku dan dengan itu, kita akan temui ketenangan.” Dia berbisik penuh makna.
Aku
tidaklah bodoh hendak mengerti kiasannya.
Menyindirku dalam diam dan penuh kelembutan. Aku telan liur berkali-kali. Bukan tidak pernah mencuba namun hati tak
mampu menerimanya. Ada yang menghalang ada yang menghasut agar
menyuburkan terus kisah lalu yang perit itu.
“Jangan
sinis aku, Budriz!”
“Abang
tak sinis. Abang cuma nak Syai ikatkan
tie je. Tak reti abang ajarkan,” jawab
dia mengubah topik.
Aku
telan liur lagi. Wajah itu nampak
semakin suci di mataku. Namun aku tahu,
sudi itu yang telah membawa jauh kebahagiaan hati ini buat selamanya. Bila melihatkan tangan Budriz bagaikan tidak
mahu melepaskan pautannya biarpun berkali-kali aku membentak, aku angguk lama.
Spontan,
Budriz menarik kedua bahuku dan memaksa aku kembali berpijak di atas anak
tangga hendak menyaingi ketinggiannya.
“Kenapa
pulak ni?”
“Syai
rendah dari abang. Ikatkan tie ni cepat
dan abang benarkan Syai keluar tapi untuk kembali,” tukasnya.
Aku
menjeling tajam. Tali leher yang sudah sedia
diikatnya itu diserahkan padaku. Bila
aku menyambutnya, dia suakan kepalanya padaku.
Lambat-lambat
aku masukkan tali leher itu ke bila dia tunduk.
Perlahan-lahan aku tarik ikatan itu untuk kemaskan. Dalam hati ini mencemik. Kalau dah ikat, ketatkan sendiri tak
boleh ke?
“Kau
telefon nenda ke?” tanyaku dingin.
Dia
angguk. “Nanti kita melawat nenda. Buat masa sekarang, abang tak sedia lagi,”
luahnya jujur.
Aku
senyum sinis. “Sebab takut nenda suruh
kau ceraikan aku?”
Budriz
diam. Matanya redup merenungku.
“Kalau
macam tu, hari ni jugak aku nak jumpa nenda kau, Budriz,” sambungku bila dia
hanya diam saja.
“Tak
adalah macam tu. Nenda baik. Bonda jugak baik…”
“Dan
arwah ibu juga baik, kan ?” Serentak itu aku tenung anak matanya. Mata ini kurasakan berair sedikit. Rindu pada arwah menggamit lagi.
“Anak
dia juga baik,” bisik dia lalu menyentuh pipiku dengan tapak tangan
hangatnya.
“Hari
ni, kalau Syai nak keluar akan benarkan,” ujar dia memberi izin bagaikan
hubungan kami ini bahagia seperti orang lain.
“Aku
akan pergi dan tak akan kembali, Budriz.”
Bibir ini terbuka tiba-tiba.
Lancar lidah menutur kata.
Saat
ini, tali leher itu sudah sedang elok aku kemaskan.
“Syai
akan pergi tak kembali tapi hanya bila Syai dipakaikan dengan kapan dan
diharumkan dengan air mawar je. Masa tu
Syai boleh pergi tak kembali tapi selain tu…”
Dia menggeleng.
“…abang
tak akan pernah izinkan,” sambung dia agak keras.
Dia
membetulkan tali lehernya sendiri dan terus berlalu ke pintu yang sudah sedia
terbuka lebar.
Sebelum
dia melepasi ambang pintu, dia berpaling dan kembali melangkah ke arahku. Semakin dekat dan terus dekat. Dia menyeluk poketnya lantas beberapa keping
not RM50 disuakan padaku.
“Abang
bagi nafkah dekat isteri abang. Tak cukup,
pakai ni.” Dia suakan pula kad kredit
berwarna perak itu padaku.
Kedua-duanya
aku pandang sepi. Barangkali, Budriz
mahu membeliku dengan wang ringgitnya.
Aku mendongak dan memandang dia.
“Kau
nak beli aku ke?” tanyaku.
“Ini
bukan beli, Syai. Ini tanggungjawab
abang. Ambillah. Syai kata nak keluarkan?” tanya dia sambil terus menyuakan wang dan kad
kredit itu padaku.
Aku
pantas menggeleng. “Aku tak nak
terima. Apatah lagi dari tangan kau!”
“Abang
suami, Syai. Ini tanggungjawab abang. Ambillah.
Abang percayakan Syai. Abang tahu
Syai akan gunakan peluang yang abang bagi ni sebaik mungkin, kan ?
Syai akan pulang, kan ?” tanya dia.
Pandangannya
penuh makna. Tersiratnya pertanyaan itu
adalah mahu aku kembali ke sini lagi.
Mata ini aku tebarkan ke seluruh rumah yang nampak kosong sana sini biarpun tetap
terhias cantik dengan perabot yang sederhana.
“Jangan
bebankan diri kau dan buat aku terus membenci kau, Budriz!” Aku memberi amaran keras.
“Bukan
abang.” Budriz menafikannya.
“Abang
tak pernah rasa terbeban tapi abang mula nampak Syai yang dah mula terbeban
dengan kehendak dan penolakan dalam diri, Syai.
Nah, ambil ni. Nanti balik, ya? Kalau tak balik, tinggal jejak. Mudah abang cari,” ujarnya ramah.
Bila
aku tetap tidak menyambut apa yang dia hulurkan, Budriz menarik tanganku dan
meletakkan duit dan kad itu di atas telapak tangan.
“Salam
abang,” pinta Budriz sambil menghulurkan
tangannya padaku dan aku hanya mampu memandang sepi tangannya.
Setelah
seketika, dia mengeluh dan menarik semula tangannya. Bila kami bersabung pandang lagi, dia ukir
senyum pahit.
“Satu
hari Syai akan suakan sendiri tangan Syai untuk abang,” bisik dia dan terus
berlalu dengan langkah yang nampak lemah.
Dan
aku, pantas mencampakkan apa yang dia berikan buatku ke lantai dan berlari ke
atas biarpun aku tahu, Budriz melihat perilaku itu dengan wajah yang
sedih. Setiap tutur katanya bagaikan
belati membelah hati. Segala apa yang
dia impikan tak mungkin tertunai. Tak
akan! Ini janjiku.
Tiba di
bilik dan setelah aku menden gar deruman enjin
kereta milik Budriz menjauh dari rumah, aku terus menuju ke alma ri.
Mengemas segala yang menjadi kepunyaanku. Kala ini, mataku bulat. Entah bila pakaian Budriz ada bersama
pakaianku. Tersusun kemas dan penuh
rapi.
Geram
dengan apa yang sedang kulihat, aku capai pakaian milik Budriz dan aku
campakkan ke permaidani. Usah katakan
dia hendak menyentuhku, menyentuh pakaiannya juga aku jijik.
Beg
pakaian itu aku pandang lama. Segalanya
telah siap kuisi. Tiada apa yang
berbaki. Hendak kembali ke rumah sewa
rasanya tiada tempat lagi di situ.
Lambat-lambat aku capai telefon bimbit dan waktu ini, hanya ada satu
nama yang terlintas di fikiran.
Setelah
beberapa kali deringan, suara halus itu menyapa telingaku. Agak sayup di hujung talian.
“Najwa,”
seruku.
Najwa
terjerit sedikit. “Syai! Mana awak hilang. Puan Sarimah kata awak cuti? Lamanya?
Awak tak sihat ke?” tanya dia
sedikit terjerit.
“Syhhh..” Aku lekapkan jari telunjukku ke bibir
bagaikan Najwa ada di depan mata.
“Perlahan
sikit. Awak dekat mana tu?” tanyaku menekan sedikit. Separuh berbisik.
“Ops…
sorry tapi awak dekat mana ni?”
“Saya
tanya awak dulu Najwa!” tegasku.
Talian
sepi seketika. Tiba-tiba rasa bersalah
pula bertegas demikian dengan Najwa sedangkan aku butuhkan pertolongannya
kini.
“Err…
saya kat pejabat ni,” jawab dia.
“Bos
kata awak cuti tapi kenapa lama sangat.
Awak tak sihat ke, Syai?” Lancar
saja Najwa bertanya padaku.
Dalam
hati ini berbicara sendiri. Entah apa yang Aunty Sarimah katakan kata Najwa
hinggakan dia masih menganggap aku sebahagiaan daripada pekerja di syarikat
keturunan Syed Syarifah itu.
“Err…
saya sihat je. Najwa, saya nak minta
tolong sikit ni.”
“Apa
dia?” tanya Najwa di hujung talian sana .
Kala
ini, terasa berat pula lidah hendak menutur kata. Bagaikan menyusahkan pula sedangkan selama
ini, aku tidak pernah menyusahkan sesiapa.
“Cakaplah,
Syai. Kalau boleh tolong, saya tolong,”
gesa Najwa lagi.
Aku
berdehem beberapa kali. “Macam ni,
Najwa. Saya kena pindah rumah tapi saya
tak dapat cari rumah sewa lagi. Boleh
tak kalau saya nak tumpang rumah awak sehari dua sebelum dapat rumah sewa
baru?” tanyaku.
Aku
dengar tawa Najwa tiba-tiba.
“Boleh
tak, Najwa?” soalku sedikit keras.
Dia
ketawa lagi. “Boleh sangat, Syai. Kita kerja satu tempat. Lagipun, kebetulan sorang budak rumah saya
keluar dah. Tinggal saya sorang. Sebelum ni kami berdua. Bolehlah awak nak tinggal dengan saya pun,”
ujarnya gembira.
“Terima
kasih, Najwa. Petang ni saya pergi sana . Nanti SMS alamat, ya?” Aku hela nafas lega. Lepas satu masalah.
“Aku
akan pergi dan kau tak mungkin temui aku lagi, Budriz!” gumamku pada diri setelah talian
dimatikan.
Bibirku
senyum menyenget. Beg pakaian itu aku
pandang lagi. Pakaian dan kelengkapan
bilik Budriz menjamah pandanganku.
Namun, seketika saja lantas aku pejamkan mata. Tidak sudi hendak melihat kepunyaan apatah
lagi wajah itu.
**
SEPANJANG
berada di dalam perut kereta Kelisaku, aku hanya diam saja. Tanpa suara dari corong radio. Terasa hening sungguh. Kepalaku sarat dengan pelbagai andaian
pula. Pelbagai prasangka burukku pada Najwa hadir. Mampukah aku mempercayainya sedangkan sebelum
ini, dia diam saja kala peristiwa di restoran dulu.
Resah
memang resah namun ke manakah harusku tuju?
Sedar tidak sedar, aku tiba di bawah rumah fla t yang Najwa sewa di Seksyen 7, aku terus
memakirkan kenderaanku cermat. Lama aku
tunduk menyentuh dahiku ke stereng.
Berharap moga Najwa mampu menyimpan rahsiaku dan berharap agar tiada
siapa tahu hubunganku dengan Budriz dan Aunty Sarimah kini.
“Yakinkan
aku, Ya Tuhan,” bisik diri ini sendiri
dan aku terus menolak pintu Kelisa dan melangkah yakin dalam goyah.
Beg
pakaian aku capai dari belakang kereta dan terus melangkah mendaki anak tangga
menuju ke rumah Najwa. Bila tiba di depan pintu, jam telah menginjak
ke jam tujuh. Sudah terlalu lewat dari
yang aku janjikan dengan Najwa.
Tanpa
lengah, aku ketuk pintu beberapa kali dan setelah salam aku hulurkan sekali, Najwa
muncul dengan tuala yang terbelit di kepalanya.
“Najwa,”
seruku.
“Syai…” Dia meleretkan suaranya dan menarik tanganku
untuk masuk ke dalam rumah.
Wajahnya
ceria saja bagaikan tidak tahu langsung akan apa yang menimpa diri ini dan
yakinlah aku yang Aunty Sarimah tidak bersuara tentang aku dan Budriz pada
Najwa.
Aku uk ir senyum
paksa. “Maaf, Najwa. Sehari dua je saya singgah sambil-sambil cari
rumah baru.”
“Laa.. kan saya dah ajak awak
tinggal dengan saya. Saya tak ada kawan
pun, Syai.”
Aku tepuk
dahi. Terlupa akan ajakannya namun aku
cepat-cepat menggeleng. Tempat ini
terlalu bahaya buatku namun bila difikirkan, tempat yang paling bahaya itu
adalah tempat yang paling selamat untukku.
“Err…
tengoklah macam mana, Najwa. Nanti saya
fikirkan. Lagipun, saya nak cari kerja
lain ni,” luahku melindungi hakikat.
“Kerja
lain apa? Puan Sarimah kata awak akan
masuk kerja sehari dua lagi?” ujar dia
berbentuk soalan.
Aku
telan liur. “Awak cakap pada Puan
Sarimah saya call awak ke?” tanyaku agak
tinggi.
Najwa
senyum dan menggeleng. “Tak adalah. Puan Sarimah tak ada tadi. Dia keluar meeting dengan Encik Syed.”
Aku
mengerutkan dahi. “Encik Syed?”
“A’ah. Anak buah Puan Sarimah. Syed Ahmad Budriz. Yang awak….”
Bicara Najwa tersekat di situ.
Aku
senyum sinis kerana tahu apa yang mahu dia sampaikan. Pastilah peristiwa di
restoran itu terimbau di mindanya.
“Yang
saya simbah dia dengan air dulu tu, kan ?” sambungku menghabiskan kata-kata Najwa.
Dia
angguk lambat-lambat. “Awak siapa dengan
dia, ya?”
“Kenapa
awak nak tahu?” tanyaku.
Mahu
saja aku hamburkan marah pada Najwa. Beg
pakaianku juga masih belum kuletakkan ke lantai dan bilik juga belum dia
tunjukkan.
“Saya
penat! Boleh saya berehat kejap,
Najwa?” tanyaku menyindir pada dia.
Wajah
Najwa berubah. Dia nampa k tergamam dengan sikapku dan aku
langsung tidak mempedulikannya.
“Saya
minta maaf,” pinta dia serba salah.
Aku
senyum. Poket jeans aku seluk dan beg duit aku keluarkan. Lantas aku hulur pada Najwa jumlah yang sepatutnya
sebagai bayarannya.
Dia
menyambutnya berat. “Bilik situ,
Syai. Selamat berehat. Esok saya kerja. Saya tidur dulu, ya?”
Dia
membawa aku ke bilik dan kala mata ini tertancap pada sebuah bilik sederhana
kecil yang lengkap dengan sebuah katil bujang dan juga sebuah alma ri yang kecil itu membuatkan aku senyum
sendiri.
Sudah
terlalu lengkap kemudahan buatku. Dulu
juga pernah merempat saja demi mencari sesuap nasi setelah aku tinggalkan rumah
itu dan kali ini juga sama. Setelah kali
kedua aku keluar dari rumah itu, tak mungkin aku benarkan kaki ini melangkah
menyentuh laman rumah itu lagi.
“Terima
kasih, Najwa,” ucapku bila aku kalih pada Najwa.
Dia
angguk. “Saya harap awak boleh tinggal
lama dengan saya.”
“Saya
harap awak tak cakap pada sesiapa saya di sini, ya?” pintaku.
Wajahnya
berkerut namun Najwa mengangguk juga. Serentak
itu, Najwa berlalu ke biliknya.
Daun
pintu tertutup rapat. Aku labuhkan duduk
di birai katil bagi melepaskan lelah mendaki anak tangga hingga ke tingkat lima . Lelah!
Kala ini, azan Maghrib berkumandang dari radio di ruang tamu.
Aku
diam menjawab azan. Setelah itu, aku
cepat-cepat ke bilik air dan membasahkan tubuhku dengan wudhuk untuk menunaikan
kewajipanku.
Telekung
dari beg aku keluarkan. Telekung yang
Budriz lipat semalam. Bila aku dekatkan
ke wajah, ada wangian lelaki itu padanya membuatkan hatiku terasa dijentik
sesuatu tapi tidak aku tahu apakah dan aku biarkan saja dan terus menghampar
sejadah dan mengangkat takbir.
Usai
doaku panjatkan pada Yang Maha Esa akan kesejahteraan arwah ibu dan juga mohon
dijauhkan daripada ayah dan juga Budriz.
Tidak kusedar bilakah aku terlena dan bila aku tersedar, jam sudah
menginjak ke angka sepuluh. Terus saja
aku bangkit dan bila aku jenguk ke luar, bilik Najwa gela p saja.
Sudah pastilah dia telah terlena.
Aku
juga terus ke bilik air. Wudhuk aku
ratakan sekali lagi dan terus saja aku tunaikan Isyak dan terlena kembali.
Esoknya,
aku terbangkit seperti biasa. Kala
hendak menunaikan Subuh, diri ini tidak bersih pula lalu aku sambung saja
lenaku. Langsung aku tidak mempedulikan
Najwa. Lena
dan terus lena tanpa bimbang akan Budriz dan sesiapa saja.
Hidup
ini perlu aku aturkan kembali. Berharap
agar tidak akan kutemui dia lagi seumur hidup ini. Biarlah aku bertemankan sejarah. Biarpun pedih namun itulah kekuatanku. Mengajar hati ni kental dan waja.
**
PETANG
itu usa i
mandi, Najwa tiba dengan wajah mengah.
Dia rapatkan daun pintu dan labuhkan duduk di sisiku di ruang tamu.
“Penatlah
hari ni, Syai? Bila awak nak masuk
kerja?” tanya dia tiba-tiba.
“Kan dah cakap, saya nak
berhenti kerja!” tekanku.
Najwa
mengeluh.
“Banyak
kerja sangat ke?”
“Encik
Syed mengamuk dalam meeting tadi,” jawab dia.
“Eh,
apa hal pulak?” Wajah Najwa aku
jeling.
“Entahlah. Saya ada tanya Puan Sarimah kenapa? Tak pernah-pernah Encik Syed mengamuk dalam meeting.
Terkejut kami!” Najwa mengulas bersama keluhan tipis. Matanya terpejam sedikit.
“Kenapa?” tanyaku ingin tahu.
“Puan
Sarimah senyum je. Tak jawab tapi nampa k sangat Encik Syed tu macam oran g mati binilah. Padahal nak kata dah nikah bujang lagi
pun. Entah apalah tak kena. Kesian semua oran g.
Norman lah
paling teruk,” beritahu Najwa.
“Norman ?”
Najwa
angguk. Dia berpaling padaku sekilas
sebelum beralih ke arah peti televisyen melihat pada rancangan kan ak-kanak yang sedang
tersiar.
“Kawan
baik dia tu. Yang ada sekali masa kes
awak simbah muka dia kat restoran dulu tu,” jawab Najwa.
Aku
diam. Mengangguk tidak, menggeleng jauh
sekali. Kepala ini mencerna apa yang
Najwa katakan. Sudah pastilah Aunty
Sarimah tahu akan kehilanganku dari rumah itu.
Sudah pastilah Budriz telah memberitahuku.
“Manja!” cemikku diluar sedar.
Najwa
berpaling sekali lagi. “Siapa yang manja?”
tanya dia.
Aku yang
baru sedar akan keterlanjuranku mengutuk Budriz, hanya mampu tersenyum saja dan
aku juihkan bibirku ke arah televisyen.
“Tu
manja. Upin dan Ipin,” selaku lantas aku
bangkit dari duduk menghala ke tingkap yang masih terbuka sedikit.
Langsir
aku selak. Serta merta aku ternampak
kereta Kelisa milikku. Sudah beberapa
hari tidak bergerak. Kereta itu perlu
aku bayar. Sudah beberapa hari di sini,
rasanya kesal pula tidak kuambil saja duit dan kad kredit pemberian
Budriz. Andai tidak, mampu kutanggung
hidupku beberapa minggu lagi tanpa berbuat apa.
Tanpa
sedar, keluhan kulepaskan. Dan tanpa
sedar juga, Najwa sudah berdiri di sisiku.
“Hari
ni Puan Sarimah tanya saya tentang awak, Syai.”
Najwa menyelak langsir juga.
“Sebab?” soalku sepatah.
“Dia
tanya sama ada awak ada call saya ke tidak?
Nampak dia macam sangat risaukan awak?
Awak ada masalah ke, Syai?” tanya
Najwa mengambil berat.
“Saya
memang ada masalah tapi tak terkait dengan mereka sikit pun, Najwa!” jawabku sedikit keras.
Dia
menghela nafas yang agak panjang dan dilepaskan perlahan-lahan.
“Saya
tak cakaplah apa-apa pasal awak tinggal kat sini pada Puan Sarimah tapi
rasanya, tak salah kot kalau awak kembali kerja kat sana .
Dia macam sayang kat awak, Syai.”
Dalam diam Najwa cuba
memujuk namun aku tetap menggeleng.
“Itu
bukan tempat saya, Najwa!”
“Kalau
macam tu, awak nak kerja dekat mana, Syai?
Kerja payah nak cari sekarang,” tukasnya pula.
Aku
diam seketika. Tingkap itu aku tutup
agak rakus hinggakan kacanya berlaga sesame sendiri agak kuat. Langsir aku tarik kasar dan berlalu ke pintu
bilikku. Najwa pula membuntuti
langkahku.
Tombol
pintu aku pegang lalu aku berpaling pada Najwa.
“Bumi Allah ni luas, Najwa. Tapi,
rezeki saya bukan di situ,” tekanku lalu aku tolak pintu dan masuk melepasi
ambang pintu.
Pintu
aku rapatkan kembali dan terus aku rebahkan tubuh ke katil. Wajah Budriz hadir lagi tapi bukan wajah yang
selalu tenang itu namun wajah yang seperti Najwa katakan. Wajah yang kalah menghadapi kedegilan dan
kekerasan hatiku.
Sejarah
bonda dan arwah abahnya juga agak kabur di fikiranku. Entah apa yang berlaku antara nenda dan
bondanya dulu. Aku tidak sedar berapa
lama aku memikirkan Budriz namun yang pasti segalanya tentang dia dan keturunan
adalah buruk padaku.
Kala
ini, aku disedarkan oleh ketukan pintu bilik yang agak kuat dan suara Najwa
menyeruku berkali-kali.
Dengan
malas, aku angkat tubuhku membuka pintu.
“Apa?” soalku dan melihat ke arah
Najwa yang sudah bersiap hendak keluar.
“Awak
nak pergi mana?” soalku.
“Keluar
kejap,” jawabnya.
Aku
kerutkan dahi. “Baru balik nak keluar
lagi?”
“Ni dah
lepas Isyak, Syai. Awak tidur ke
tadi? Terlepas solat?” Wajahnya nampa k risau.
Aku
senyum segaris dan menggeleng. “Saya
cuti tapi memang tertidur pun. Tak sedar
dah malam,” ujarku menipu lagi.
Sedangkan fikiranku tidak lepas dari memikirkan Budriz.
“Kalau
macam tu, saya keluar dulu. Nanti saya
bungkuskan nasi untuk awak, ya?”
ujarnya.
Aku
menggeleng. “Tak payahlah. Saya dah kenya ng. Awak keluar hati-hati,” pesanku.
Najwa
angguk dan terus berpaling hendak menapak ke pintu keluar tapi langkah itu
terhenti dan dia berpaling padaku.
“Awak
tak nak tanya ke saya keluar dengan siapa, Syai?”
Pantas
aku menggeleng dan Najwa angguk beberapa kali. Padaku, ur usannya
terserahlah pada dia. Tak mungkin aku
mencampuri ur usannya
itu sedangkan aku sendiri tidak suka segala susur galur sejarahku disoal itu
ini.
Setelah
pintu tertutup rapat aku kembali rebah.
Bayangan sejarah silam hadir lagi.
Rayuanku pada ayah satu ketika dulu berdengung. Bagaikan baru seketika ayah menolak rayuanku
agar kekal bersama kami. Menemani aku
dan ibu hingga ke akhir hayat ibu.
Terasa
bagaikan baru seketika pipiku disapa tampa ran
ayah angkara Budriz. Kejadian hitam
antara aku dan Budriz juga menari-nari di tubir mata dan rasa hangat yang menyapa bibirku angkara Budriz juga
membuatkan nafasku hampir sesak.
Mata
ini aku pejamkan rapat. Cuba
menghalau pergi kehangatan yang masih terasa pada bibirku dan mata ini terbuka
kala ada yang mengetuk pintu beberapa kali tanpa salam.
“Dah
siapa pulak? Najwa ni tertinggal kunci kea
pa?” Aku menggerutu sendiri dan tubuh
ini aku angkat menuju ke pintu.
Rambut yang
panjang, aku ikat tocang tinggi menampakkan leher yang agak terdedah bila aku
kenakan baju T yang agak lebar potongan lehernya. Langkah ini semakin rapat pada pintu dan
ketukan itu semakin bertalu-talu.
“Apa
lagi, Naj…” Lidahku kelu.
Mata ini
terpaku lama melihat ke arah susuk tubuh yang berdiri di depanku. Aku menggeleng berkali-kali bagaikan tidak
percaya yang aku dikhianati Najwa dengan
sebegini mudah sedangkan berkali-kali aku berpesan padanya agar merahsiakan
segalanya dan dari siapa saja.
Dengan
pantas, aku cuba
rapatkan daun pintu namun tangan sasa itu pantas menahan. Dia mengaduh sedikit dan terus menolak pintu
itu kuat melawan kudratnya. Terseret
juga kaki ini belakang angkara melawan tenaga lelaki itu hingga akhirnya, dia
berjaya juga memboloskan dirinya masuk ke dalam rumah dengan daun pintu yang
masih terbuka.
“Kau
buat apa kat sini?” tanyaku
meninggi.
“Aba ng yang patut tanya Syai. Syai buat apa kat sini?” Dia menyoalku kembali tanpa menjawab
soalanku.
“Eh,
ikut suka aku lah nak buat apa? Yang kau
kisah sangat kenapa?” tengkingku lagi.
“Kenapa
abang nak kisah, ya? Sebab Syai tu
isteri…”
Belum sempat
Budriz menyudahkan ayatnya, tanganku terangkat tiba-tiba dan kala hampir
singgah pada pipinya, Budriz menahan dan terus digenggamnya lenganku kuat.
“Berapa
kali Syai nak jadikan abang karung guni?
Tak puas lagi dulu sebelum jadi isteri dan dah jadi isteri pun nak buat
abang macam tu?” tanya dia dengan kening
yang terjungkit tinggi. Suaranya langsung
tidak menggambarkan yang marah padaku.
Nafasku
semakin bergelodak di dalam dada. Bergetar
seluruh tubuh menahan marah pada Najwa dan juga pada Budriz sendiri.
“Syai
isteri abang. Abang ni suami Syai. Apa-apa yang Syai buat baik atau buruk
kesannya pada abang. Segala dosa Syai
abang tanggung! Syai tahu itu, kan ?” tanya dia agak tegas kali ini.
“Sebab
tu aku suruh kau ceraikan aku sekarang jugak, Budriz! Supaya kau tak akan tanggung dosa aku!” bentakku semakin nyaring.
Serentak
itu Budriz menendang daun pintu membuatkan pintu itu berdentum kuat dan
tertutup rapat. Aku pandang pintu yang sudah rapat dan menelan liur berkali-kali. Resah juga bila Budriz semakin menarik aku
rapat padanya. Mata itu sesekali aku
lihat menjeling ke arah leher dan dadaku lalu dia pejamkan matanya seketika
sebelum berbicara.
Tubuh yang
masih dibaluti pakaian kerja itu nampa k
agak penat. Lengan baju yang sudah sedia
tersinsing hingga ke lengan itu nampa k sedikit como t dan kotor.
“Syai
jangan cabar abang malam ni. Abang penat
tempat kerja hari ni macam-macam hal. Penat-penat
abang berkejar ke sini bila Norman
telefon kata nampa k kereta Syai kat sini. Jangan buat abang marah!” tegasnya padaku.
“Kau
berpakat dengan Najwa, kan ?” tebakku curiga.
Budriz
menggeleng. “Najwa tak tahu. Kan
abang dah cakap, Man call abang cakap nampa k
kereta Syai kat sini. Mestilah Syai
duduk rumah Najwa!”
Lengan ini
aku tarik rakus. Berbekas merah akibat
cengkamannya. Nama Norman berlegar dalam kepala. Andai begitu ceritanya, Najwa tidaklah
bersalah dalam hal ini cumanya, untuk apa Norman
ke sini?
“Dan
kalau Syai nak tahu, Norman
tu pakwe Najwa. Najwa tak cakap ke Norman tu siapa pada
dia? Atau dia nak keluar dengan siapa?” sinis Budriz padaku.
Aku tunduk
ke lantai seketika. Najwa ada bertanya
namun aku tidak mengendahkannya. Sudahnya,
pertemuan antara aku dan Budriz. Lambat-lambat
aku menggeleng.
“Heh,”
sinis Budriz.
“Sebab
tu kalau ada apa-apa Syai kena tanya. Kena
ambil tahu hal sekeliling. Bukan macam
ni. Duit abang bagi dekat telapak tangan
ni…” Budriz menarik tanganku dan menekan telapak tanganku agak kuat.
“…tapi
tangan ni juga yang campak! Abang dah agak Syai akan lari tapi abang
tetap nak percayakan isteri abang. Kalau
Syai masih berstatus adik tiri abang dulu, memang abang tak akan pernah percaya
akan keculasan Syai. Tapi, Syai isteri
abang. Kepercayaan abang sepenuhnya pada
Syai, sayang. Kenapa Syai lari?” Dia menyambung resah.
“Syai
rosakkan kepercayaan abang,” gumamnya berbisik lirih.
Aku diam. Sebelah lagi tangan Budriz menjalar mencari
sebelah lagi tanganku dan kala jemari kami bertaut, aku pantas menolak dan
terus menapak ke belakang.
“Aba ng rindu Syai…” Budriz juga tidak kalah lalu dia juga menapak
ke depan. Mara dan terus mara.
Aku tidak
dapat menerima semua ini. Bagaikan tidak
percaya akan pertemuanku dengan Budriz. Bagaikan
takdir terus membawa dia dekat di depanku.
“Aku
benci kau!” tukasku.
“Aba ng cinta Syai…” Dia membalas.
“Aku
muak dengan kau!” cebikku dengan langkah
yang semakin mengundur.
“Aba ng cinta!” ucap dia semakin tegas.
“Aku
benci!” tegasku pula.
Budriz
gariskan senyuman pada hujung bibirnya. Nampak
jahat dan menjengkelkan bila langkah semakin hampir dan akhirnya, dia
memerangkap aku di antara kedua belah tangannya.
“Kau
nak buat apa ni?” tanyaku resah sambil
menjeling ke arah lengan Budriz yang sasa dan tegap itu.
“Apa
yang sayang rasa abang mampu buat?”
“Kau
jangan kurang ajar dengan aku!”
ugutku.
Dia senyum
lagi. Sinis pada wajahku yang semakin
cuak.
“Syai
yang selalu kurang ajar dengan abang. Abang
datang ni nak ajak Syai balik rumah kita.
Syai ikut abang balik,” pujuk dia lembut. Tangannya naik membelai pipiku
tiba-tiba.
Bila aku
menghalang, dia langsung tidak mengalah.
Romantiknya Budriz membuatkan aku rimas.
Tidak terusik malah semakin benci pula.
“Tangan
kau ni jangan merayap boleh tak?” Aku
jegilkan mata.
“Kalau
tak merayap dekat Syai, nak merayap dekat siapa?”
Aku ketap
gigi menahan hati yang semakin gera m bila dia berkata
demikian.
“Ikut
abang balik,” ajak dia lagi.
“Tak
nak!”
“Sayang…,”
seru dia. “Ikut abang balik. Abang penat ni. Tolong, yang bila abang merayu ni,” pintanya
dengan suara yang semakin mengendur dan mata yang semakin redup.
“Jangan
paksa aku, boleh tak?”
“Aba ng tak paksa ni. Abang merayu.
Kalau abang paksa, lain jadinya, sayang,” jawab Budriz sambil menelan
liurnya.
“Arghh…
kau paksa atau tidak, kau ingat aku takut dengan kau?” tanyaku mencabarnya. Segaris senyuman sinis aku uk ir buatnya.
Waktu ini,
aku tidak harus menunjukkan rasa takutku pada Budriz. Ketakutan dan gentarku hanya akan membuatkan
dia terus mara menakluki aku dan aku tidak mahu itu.
“Syai
ingat abang takut Syai senyum macam tu?”
sindir dia tiba-tiba membuatkan senyumku mati.
“Syai
nak ikut atau abang paksa?” Soalannya
kali ini agak menyeramkan.
Aku telan
liur seketika. “Kau paksa pun aku tak
akan ikutlah, Budriz!”
“Okey,
kalau macam tu!” Budriz melepaskan
tangannya dari terus memerangkapku dan dia memeluk tubuhnya.
Mata itu
dijeling ke arah seluruh rumah dan akhirnya hingga pada pintu bilikku lama dan
akhirnya dia kembali merenungku.
“Bilik
ni ada katil ke?” soal dia.
“Ada ke tak ada kau apa
kisah? Ada aku suruh kau bayar sewa?”
“Memang
tak.” Budriz menggleng.
“Sebab
kalau ada katil pun boleh, tak ada katil pun boleh. Mudah nak bergolek sana - sini. Syai nak?”
tanya dia mengjongketkan kening lebatnya itu.
Mengerti
dengan apa yang bermain di dalam fikirannya, aku cuba melepaskan diri tapi Budriz
lagi pantas meraih pinggangku dan bila aku menggelepur, dia semakin mengeratkan
pelukan.
Pintu bilikku
di tolak perlahan. Budriz terus menolak
aku masuk ke dalam bilik itu dan dia sekali lagi menolak daun pintu dengan
kakinya.
“Kau
jangan buat gilalah, Budriz. Ni rumah oran g tau tak?” bentakku setelah dia lepaskan pelukan.
“Sebab
tu abang ajak Syai balik rumah kita. Katil
besar, tilam tebal, ada aircond lagi. Selesa,
kan ?” jawab dia tenang namun dapat kulihat detak di
dadanya sudah agak mengganas.
Budriz
memang gila. Terlalu gila padaku. Bagaikan dia sengaja mencabarku. Sengaja menduga kesabaranku yang sudah hampir
rabak.
“Jangan
cabar kesabaran aku, Budriz.” Aku tegas
memberikan amaran.
“Syai
yang cabar abang,” bisik dia bila dia sekali lagi berjaya membawa tubuhnya
dekat padaku.
Rambutku
yang terikat kemas, dia tarik lembut
membiarkan rambutku lepas bebas. Budriz mengelusnya lembut dan dan menciumnya
lama membuatkan darahku menongkah arus. Geram
dan marahku sudah tak mampu kubendung lagi.
“Hari
ni berapa hari bulan?” tanya dia
membuatkan aku mengerutkan wajah.
“Kenapa? Dah fikir tarikh kematian ke?” Aku menyoal keras dan aku tolak perbuatannya
sekuat hati.
Budriz
berganjak ke belakang sedikit namun senyumnya memang mampu membuatkan kakiku
melangkah sendiri pada dia. Mahu kucalar
wajah itu. Namun, belum sempat aku
berbuat apa-apa, Budriz menolak aku terbaring di atas katil bujang itu dan dia
semakin rapat dan terus rapat membuatkan mataku terpejam rapat.
~~> bersambung
Cik Penulis : Maaf lambat. TerDEMAM sikit. Dan bab ni terpanjang...
jeng3 hehehe go budriz go..haha suke sngt dngn cter ni..
ReplyDeleteakhirnya..hehe
ReplyDeletejenuh menggodek blog RM dari semlm..
thanx 4 the entry RM..
it's okey...apa-apa pun best sangat kak rehan...cepat-cepat sambung yer....
ReplyDeletemenanti yang seterusnya.... cepat2 sambung ya cik penulis...
ReplyDeletebetul2... mmg best!!!
Deletetq akak coz terpnjang...hahaha...ala nape time ni gak syai ABC...hehehe gatai jap
ReplyDeleteABC?........hahha
Deleteallah bagi cuti....
Deleteberape hari bulan ye...
nakal..
huwaa....x tao perasaan apa skrang ni..sakit jantung kot
ReplyDelete>>k<<
kerasnya hati syai....
ReplyDeletetrima ksih sgt2 sis....trubt rndu sy dkt budriz ni..hehe
ReplyDeleteeven demam ada jg n3...smga cpt shat sis, mnum air msk byk2...
tapi frust la budriz....syai cuti...hehehe
ReplyDeletehuhuhu..nak lagi nak lagi :)
ReplyDeleteWaaah! Kali ni paling panjang ye..hihi ^^,
ReplyDeleteOMG Budriz! HAHAHA haish, sakit pulak hati dengan Syai ni, Tp Budriz ni romantik jugak! Aww ;) waiting for more kak Rehan :*
ReplyDeletewaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh , superbbbb :)
ReplyDeleteAdehhh .. Budriz ! Syai cutila .. Hihih
ReplyDeletehahah.. sian budriz kempunan nnti.. syai kan terpeot.. kihkih..
ReplyDeleteoh my!!sian budriz..syai cuti..
ReplyDeletenak lg...x puas nak baca :)
ReplyDeletesmoga kak rehan cepat sembuh... :)
Adeh sis...Budriz datang pulak dah...
ReplyDeleteSian sis demam ye...
Syai ABC ker? rasanya takkan, sebab syai tipu najwa tadi...selamatlah syai.:)
ReplyDeletesyai tipu part yg dia kate dia tidur tu.. padahal xtido, dia dok sibuk pikir psl abg bud dia.. hehe
Deletelorhhh...syai cuti ke?mlepas la abg bud...hehehehe serius cte nie best....syg RM byk2...hehehe:-)
ReplyDeletedup dap dup dap , genyeh genyeh mata baca entry nie. fuyooo ! budriz dah amek langkah dua tiga tapak ke hadapan , kasi syai cair lagi budriz , you can do it. hehehe. good job kak rehan and get well soon. jage diri baik baik ye :)
ReplyDelete#Murni Tan
Mmg cuti. Sbb syai xsolat subuh pg tu
ReplyDeletemakin menarik kak rehan..hehe..nak lagiiii:)
ReplyDeleteadoi... keras sungguh hati Syai ni,
ReplyDeletekalau perempuan lain confirm cair dah tu
dapat abang Budriz, huhu
lawak r. abang syed mengamuk kat pejabat,..nmpk cool je abangku tu. hehe
ReplyDeleteahahaha Kak Rehan Nak Nak Lagi n3 kakak memang terbaik...
ReplyDeletesemoge kak rehan cepat sembuh n dpt wat n3 yang best2....
ReplyDeletesenyum smp telinge....(^_______^)
thank you very much....
memang best.....
ReplyDeleteLa panjang lg bgs.. Best la cik writer.. Good job..
ReplyDeleteHmmm.... Tak sampai 2 hari drp rumah, Budriz dah dpt menjejaki Syai.... Adoi.... mmg takdir selalu di pihak Budriz...
ReplyDeleteTak sabar nak tau, apa Budriz nak buat kat Syai sbb Syai tgh period tu.... Suspen lagi.... Hihihi....
Sambungan seterusnya dinantikan....
heeee...bes²...=)
ReplyDeleteadoi, keras btol ati syai ni ye...kjap cam ok sket dah cair sket, kjap garang balik..hahaha...sian budriz..saba ye...kehkehkeh...
menyayat hati..oppssss tiba2,plak heheheheeh
ReplyDeleterase nk rotan je syai nie...degil sgt
ReplyDeleteNaik mnyampah dan meluat pulak dgn sikap keras hati c Syai..
ReplyDeleteerks...hahaha. biasalah. pengalaman lalu menyebabkan die jadi macam 2. kat sini abang sayang tue kene lah amik peluang tuk lembutkn hati c syai tue. hati perempuan mcm 2 lah. mcm kerak nasi. letak air banyak2 or lama2 n then faham2 sudah. abang sayang sila gunakan ayat2 yg jiwang karat tuk syai yea. be more romantic n gentlemen. saya sokong abang sayang. kehkehkehkeh
Deletelme tgu en3 ni,.abeh la Syai keke
ReplyDeletehaah panjang ler sgt...thanks for the n3 tapi nak lagi...
ReplyDeletekeras sungguh hati syaima ni tapi jangan ler sampai menderhaka pada suami.
ReplyDeletenk lagi nk lagi nk lagi.. hehehe....
ReplyDeletemanade syai cuti. dia tak cuti lah. dia tipu najwa je tu. lagipun sebelum tu diakn solat (waktu budriz suruh dia solat..)
ReplyDelete"Esoknya, aku terbangkit seperti biasa. Kala hendak menunaikan Subuh, diri ini tidak bersih pula lalu aku sambung saja lenaku"
Deletetak pe RM lagi panjang lagi best sebab semua cite karya
ReplyDeleteRM memang tak jemu baca selalu saja teruja nk tunggu
n3 baru... best sgt.
wallauweh. tuh la. jgn cabar seorg lelaki. kan dah kena
ReplyDeletenk lagi2..hehe
ReplyDeletehahaha pdn muka..larik lagi...
ReplyDeletehahaha pdn muka..larik lagi...
ReplyDelete