BAB 16
MATAKU
terbuntang bila merasakan susuk tubuh sasa Budriz semakin hampir. Sungguh.
Bila pandanganku jelas, bibir Budriz sedang menguntum senyum.
“Kau
jangan buat gila, Budriz!” marahku pada
dia.
Tapi,
Budriz tetap begitu. Malah, dia semakin
merendahkan tubuhnya dan semakin rendah hinggakan dia sudah hampir padaku.
Semakin
aku mengelak, semakin dia mendekat. Kala
tanganku berjaya dicapainya, Budriz menarik sedikit tubuhku bangkit dan membawa
telapak tangannya tepat ke belakangku. Mengangkat
tubuhku agar tinggi sedikit.
“Kau
jangan gilalah!” tekanku lagi sambil
menolak dadanya yang ternyata sudah terlalu hampir.
Jelas di
ingatanku kini peristiwa dia memerangkapku hingga membawa kepada pernikahan
kami. Aku pejam mata. Jijik rasanya bila terbias akan perkara itu. Tak mampu aku terima perbuatannya kini yang
sudah terlalu melampau.
“Kau…” Aku buka mata dan mulut serentak namun terdiam
sudahnya bila wajah Budriz sudah hampir.
“Syai
yang buat abang jadi gila,” gumamnya resah.
Wajahnya
didekatkan ke telinga lantas dia mengucupnya sekali membuatkan aku menolak
tubuh itu kuat tapi sayang bila tubuh sasa itu tetap kukuh dan teguh di
depanku.
“Dan
rasanya aku patut buat kau jadi betul-betul gila, kan ?”
tanyaku menahan amarah yang membakar kini.
Budriz
senyum lagi dan wajah itu sekali lagi di dekatkan ke telingaku. Bersama nafas hangat, dia bersuara lagi.
“Hari
ni tengah bulan, kan ? Bukan tarikh apa-apa tapi tarikh yang penting
yang abang ingat dari dulu. Tarikh Syai
tak bersih, kan ? Jadi, tak ada apa nak risau. Abang tak buat lebih-lebih,” ujarnya.
Aku
mengerutkan wajah. Kala ini, rasa malu
menebal dalam diriku. Wajahku rasa
menebal berinci-inci menden garkan
Budriz berkata begitu.
“Mana
kau tahu?” Kepalanya aku tolak agak
kasar membuatkan rambutnya agak tak terurus.
Kala
ini, tubuhku lancar berada di dalam pelukannya.
Semakin ketat dan erat.
Sebolehnya aku menolak dan akhirnya pelukan terlerai. Budriz menapak sedikit ke belakang menjauhi
bila aku kini sedang mengepal penumbuk.
Tahu takut! Marahku di dalam
hati. Dia tenang memandangku sambil
menyandarkan tubuhnya pada dinding.
“Aba ng ingat tarikh ni
masa Syai umur 13 tahun lagi, sayang.
Lepas tu masa abang pergi kursus kahwin masa abang tingkatan enam dulu,
ustaz ada cakap. Suami yang baik adalah
suami yang peka pada isterinya. Sebab
tarikh bulan mengambang tu akan buat isteri berubah emosi. Mungkin baik, boleh jadi buruk. Abang nak jadi suami yang baik dan suami yang
peka pada peru bahan
bentuk tubuh dan keadaan isteri,” beritahunya lancar lalu dia tarik aku
berdiri.
“Kau
memang jahanam, kan ?” herdikku.
Mata
ini merenung dia bagaikan hendak tembus jasad Budriz. Tapi sayang, bila dia tetap tenang dan butang
kemejanya di buka sedikit membuatkan aku terus membulatkan mataku memberi
amaran padanya.
“Aba ng panas. Tak mandi lagi. Jangan fikir bukan-bukan. Abang mandi kat sini boleh?” Dia angkat kening berkali-kali. Bertanya dalam kenakalan.
“Boleh.” Senyumku terukir mesra.
Mata
Budriz nampa k
bersinar. Pantas dia melangkah
menghampiriku dan meraih tanganku sekali lagi.
“Boleh
ya? Mandi dengan Syai ke?” Dia bertanya dengan suara yang semakin
menjengkelkan pendengaranku.
“Aku
akan mandikan. Tapi bukan dengan air…”
“Dengan
kasih sayang?” tebak Budriz pantas.
Serentak
itu, aku rentap tanganku dan menjauh dari dia.
Wajahnya aku jeling penuh marah.
Andai tidak difikirkan ini adalah rumah sewa, mahu saja aku amuk akan
sikap Budriz yang sudah terlalu melampau.
“Dengan
minyak panas. Kau nak?” tanyaku dengan gigi yang kuketap kuat.
Senyuman
Budriz mati. “Syai tak ada sayang sikit
pun kat abang, kan ?” soalnya bersama tautan jari yang mula dileraikan.
“Kau
ada jawapan tu, Budriz dan kau patut bersyukur sebab aku tak tampa r muka kau lagi. Tinggalkan aku. keluar dari rumah ni dan jangan cari aku
lagi!” tekanku lalu aku menapak ke
pintu.
Tombol
pintu aku pegang dan aku tarik daun pintu itu mengarahkan Budriz keluar dari
bilik dan langsung dari rumah ini.
“Kau
keluar dan jangan muncul lagi depan aku.
Jangan sampai aku balas apa yang telah kau buat pada aku selama
ni!” Aku memberi amaran keras sambil
menuding jariku ke pintu utama.
Budriz
menapak perlahan dengan wajah yang resah dan monyok. Rambutnya diramas tanpa henti dan bila dia
hendak melauiku, aku terdengar suara Najwa di pintu. Berbual seketika dan dia merapatkan pintu
utama.
Dengan
pantas, aku tarik semula lengan Budriz dan merapatkan daun pintu tanpa sempat
Najwa memandang ke arah kami.
“Kenapa
pulak? Tadi suruh abang balik. Ni tarik abang. Atau Syai memang rindu abang tapi tak nak
mengaku?” tanya Budriz.
Aku
tahu dia sedang salah ertikan tindakanku.
Aku yakin itu melihatkan dari pandangan matanya yang jatuh pada wajahnya
tapi aku cepat-cepat menggeleng dan meletakkan jariku rapat ke bibir.
“Syhh…” Aku mengerutkan wajah pada Budriz.
“Kenapa
ni?” tanya dia pula juga berbisik.
Tubuh
itu terkedepan sedikit mengintai ke pintu yang telah aku rapatkan. Bila tangannya hendak mencapai tombol, aku
menahan pantas.
“Eh,
kau gila ke? Aku suruh diamlah,”
larangku sambil menepis tangannya kuat.
Wajah
Budriz menyeringai. “Tadi suruh abang
keluar. Abang nak keluar halang
pulak. Tepilah, bagi abang keluar,”
tukasnya lagi.
Aku
menggeleng. “Tak boleh. Najwa baru balik tu!” jawabku.
Bertahan dari amarah dengan sikap Budriz yang mengada ini.
“Masa
aku paksa kau keluar tadi, kau tak nak keluar.
Ni dah ada oran g
kau sengaja nak suruh Najwa tahu pasal kita.
Macam tu?” tekanku perlahan. Mata ini tajam memandangnya yang agak dekat
denganku.
Budriz
ketawa sedikit. “Eleh… entah-entah Norman dah cerita tentang
kita pada Najwa.”
“Maksud
kau?” Aku menyoal tidak puas hati.
“Aba ng cerita pada Norman
apa pasal kita. Kenapa? Syai nak suruh abang keluar dan panggil
dia. Biar dia tahu yang kita ada dalam
bilik ni berdua? Atau Syai tak nak abang
mengaku dan nak biar Najwa fikir Syai buat maksiat dengan abang dan biar dia
halau Syai. Nak yang mana? Sila pilih,”
ucap Budriz menambahkan kesakitan pada hatiku. Wajahnya penuh bangga kerana mampu membiarkan
aku terperangkap dalam keadaan ini.
Aku
lelah kini. Entah apa yang perlu aku lakukan. Andai Najwa tahu, entah di mana harus aku
letakkan wajahku. Andai dia tahu,
pastilah aku dikatakan wanita bukan-bukan sedangkan aku tidak begitu.
Pilihan
apakah lagi yang aku ada. Ditelan mati
emak, hendak kuluah mati bapak. Bila
Budriz memberi pilihan, apakah lagi yang perlu aku perdagangkan untuk membuat
satu ur usniaga
agar aku tidak kerugian?
“Kau
nak apa sebenarnya ni, Budriz sampai kau sanggup ugut aku macam ni?”
“Aba ng nak sayang. Nak abang balik ikut abang atau abang buat
bising kat sini, nak? Syai pilih salah
satu.” Dia mengugut lagi.
Aku
lepaskan keluhan. Lama aku pandang
wajahnya dan bila dia jongket kening, aku terpaksa mengangguk dan serentak itu
Najwa mengetuk pintu bilikku.
“Syai…
awak ada ke tu?”
Aku
resah sendir bila Najwa bertanya dan terus mengetuk pintu. Aku tolak Budriz ke belakang pintu dan tombol
pintu aku pulas setelah aku kemaskan rambutku.
“Hai…
dah balik dating?” soalku sedikit ramah
dalam resah.
“Dah…”
Najwa angguk.
“Ingatkan
awak tak ada tapi kenapa ada kasut lelaki depan rumah kita? Ke kasut jiwa sebelah ni main campak
je?” tanya dia lagi.
Aku
jongket bahu tanda tidak tahu sedangkan dadaku kini hampir pecah angkara perbuatan Budriz.
“Boleh
jadi kot,” tukasku cuba
menenangkan hati sendiri.
“Emm…” Najwa mencebik. “Tak apalah.
Saya pergi sepak la kasut tu sampai dalam tong sampah. Suka letak merata,” ujarnya dan terus berlalu
ke pintu.
Aku
tersenyum sinis. Dalam hati aku ketawa
pada Budriz. Bila benar Najwa ke pintu
dan melemparkan kasut milik Budriz ke dalam tong sampah, aku ketawa halus.
“Saya
dah campak. Semak mata!” ujar Najwa kelihatan gera m.
Aku
angkat ibu jari padanya. “Najwa, saya
nak balik rumah keluarga saya kejap. So,
saya tak tidur rumah malam ni, ya?”
beritahuku pada dia.
“Eh,
rumah keluarga? Kat mana?” tanya dia ingin tahu.
Aku
tahu, dia juga pelik. Mungkin dia tidak
menyangka yang aku masih punyai keluarga sedangkan sepatah ayat pun tidak
pernah aku usulkan mengenai keluargaku.
“Ada tapi macam tak ada,”
jawabku mendatar dan terus aku rapatkan daun pintu.
Setelah
itu, aku terus rapat pada alma ri
dan mengambil beg galas lalu sehelai dua pakaianku aku masukkan ke dalam beg
itu. Pintu aku buka sekali lagi dan
setelah memastikan segalanya selamat, aku tarik Budriz yang sedang duduk di
birai katil, memerhatikanku sedari tadi itu keluar dari rumah.
Pintu
utama tertutup dapat dan aku menghela nafas lega. Kaki ini pantas melangkah menuruni anak
tangga namun Budriz tidak berganjak.
“Kenapa
pulak?” tanyaku gera m.
“Kasut
abang? Tak kan nak berkaki ayam?” tanya dia dengan riak yang sedang meraih simpati.
Aku
mencemik. Tidak kuhadap wajah sedihnya
itu. Tak pernah terjentik di hati hendak
memujuknya.
“Hah,
memang patut pun Najwa lempar kasut kau dalam tong sampah. Aku turun dulu. Jumpa kat rumah. Ikut suka kaulah nak pakai apa pun!” sinisku pada dia lalu aku turun dan Budriz
juga tidak menanti lama.
Dia
juga terus turun melangkah, meniti anak tangga dengan hanya berstoking. Dengan pantas, dia meraih tanganku.
“Eh, apa
hal lagi ni?” bentakku agak kuat kali ini.
Mujur
tiada penghuni melalui anak tangga waktu ini.
Andai tidak, sudah pastilah ada rasa segan terbit dari dalam diri
angkara sikap Budriz yang tidak pernah ingin membiarkanku sendiri.
“Jangan
tanya abang,” tegasnya seraya menarik beg galasku.
Zip beg
galas itu dibuka rakus. Wajahku berkerut
melihatkan tindakannya. Entah apa lagi
yang dia mahukan dariku dan bila aku merampas beg galas itu, dia menarik
sehelai selendang berwarna ungu milikku.
“Eh, kau
nak buat apa? Jangan cakap kau nak buat tutup muka kau sebab malu
berkaki ayam ya?” Aku melarang keras
sambil cuba
mengambil kain itu namun sayang, ketinggian Budriz mengatasi segalanya.
“Ni
bukan abang yang malu berkaki ayam.
Tapi, abang malu kalau isteri abang keluar rumah pakai t-shirt terdedah
dada ni. Syai suka ke oran g lain tengok Syai macam ni?” tanya dia dengan wajah yang semakin merah dan
keruh.
Kali
ini, aku sudah ketemui kelemahan Budriz. Sudah tiba untukku menyakitkan
dia. Biarpun aku tahu, tak mampu kubalas
akan kesakitan yang telah dia hadiahkan sejak akhir-akhir ini.
“Emm…
kalau nak bandingkan dengan kau, aku lebih suka oran g lain tengok aku!” tekanku lalu aku terus mahu memasang langkah
tapi Budriz pantas menariku dan mencengkam kedua belah tangan ini.
Tubuhku
dia tolak rapat ke dinding dan dada itu menghimpit dadaku. Tanpa kuduga, dia terus membenamkan wajahnya
ke leherku lama. Biarpun aku cuba
meronta dan menjerit, Budriz terus menekup mulut dan terus membiarkan wajahnya
di leherku. Setelah seketika dia
melepaskanku, dia senyum penuh makna.
“Puas
hati abang. Nah pakai ni tutup leher
tu!” suruh dia kasar.
Aku
telan liur. “Kau memang jahanam
Budriz. Aku janji, aku akan buat hidup
kau macam neraka nanti!” tekanku lalu aku
rebut selendang itu dan aku lilit ke leher yang kuyakin, ada tandanya angkara
sikap gila Budriz.
Dia
ketawa sikit dan terus menuruni anak tangga laju menyaingiku. Setibanya di bawah, aku terus maju ke
keretaku. Dia hanya mengikut. Tidak tahu pula di mana dia memarkirkan
kenderaannnya.
Pintu
aku buka dan mencampakkan beg pakaianku ke dalam kereta. Dalam hati, niat telah kupasang. Tak mungkin aku kembali ke rumah itu lagi
biar apa pun terjadi.
“Syai
nak pergi mana ni?” tanya dia setelah
dia berada tepat di belakangku. Nafasnya
mengah.
Aku
lihat kakinya. Hanya berstokin. “Aku balik dengan kereta aku, kau balik
dengan kereta kau!”
“Syai
ingat abang nak percaya Syai akan balik rumah kita?” tanya dia sinis.
Aku
ketap bibir. Rupanya Budriz tidak
terpedaya denganku namun aku akan terus meyakinkan dia yang aku akan kembali ke
rumah itu seperti yang dia mahu.
“Aku
bukan munafik macam kau!” tekanku namun
Budriz terus tersenyum penuh sindiran.
“Naik
kereta abang. Satu kereta je. Esok abang suruh Norman bawa balik kereta Syai,”
cadangnya.
“Eh,
kau balik dengan kereta kau, aku dengan kereta aku. Apa masalahnya?” bentakku agak kuat.
Mujur
juga kami berada agak jauh dari oran g. Jika tidak, pastilah kami menjadi tontotan
umum nanti.
“Masalahnya,
Syai tak akan balik rumah. Abang tahu
tu. Ikut abang!” tegasnya.
Dia
sudah mula menarik tanganku tapi aku pantas meleraikannya. Budriz merengus kasar.
“Naik
kereta abang!” tegasnya sekali
lagi.
“Aku
tak nak! Kau jalan dulu,” suruhku.
“Baik kalau
tak nak...” Budriz bagaikan mengalah
pada asalnya namun aku tersilap kala dia kembali mendekatiku.
“…
kalau tak nak ikut abang, Syai jangan menyesal,” sambung dia penuh makna.
Aku
hanya diam memerhatikan dia yang sedang rapat ke arah bahagian hadapan
keretaku. Tubuh itu tunduk di dalam
kereta dan terus saja dia capai stereng-lock
besi yang aku sediakan untuk mengunci stereng
kereta.
Mata
ini langsung memandang dia pelik. “Kau
nak buat apa tu?”
“Apa
yang akan buat Syai balik dengan abang!”
jawab dia.
Budriz
terus ke depan kereta dan tanpa aku duga, jauh sekali hendakku jangka, dia
menghayunkan besi itu tepat ke arah lampu keretaku.
Aku
gamam melihatkan perbuatannya itu.
Hampir terduduk aku kala ini apatah lagi bila dia beralih pada sebelah
lagi dan terus dihayunkan besi itu memecahkan kedua-duanya. Airmataku hampir menitis. Sayangnya aku pada kereta ini, dia tidak
pernah tahu. Ini adalah rezeki yang
telah aku dapatkan dengan usaha sendiri.
Bila
Budriz mendekat, aku merenung dia tajam.
Namun dia tetap tenang bagaikan tidak bersalah langsung kala dia
memecahkan lampu kereta itu.
“Kau
memang gila. Sudahlah tadi kau buat aku
pakai selendang ni. Kau tinggalkan kesan kat leher aku dan kali ini kau pecahkan
lampu kereta aku pulak?” tanyaku bersama
gigi yang aku kacip kemas.
Budriz
senyum tipis. Kunci di tanganku, dia
capai. Stereng-lock itu diletakkan semula di dalam kereta dan dia
mengambil beg pakaianku lalu pintu dikunci selamat kemudian dia berpaling
padaku.
“Ini je
cara nak suruh Syai balik dengan abang.
Adil, kan? Abang berkaki ayam,
Syai tak boleh balik sendiri sebab lampu kereta tak ada. Malam-malam gelap, bahaya. Ikut abang,” ucapnya lantas dia menarik
pinggangku yang masih gamam dengan tindakannya.
“Kau…” Bicaraku mati bila Budriz meletakkan jari
telunjuknya pada bibirku.
“Kesan
ni, abang tak nak minta maaf. Hak abang
dan tanggungjawab abang pada Syai yang akan abang lunaskan sikit-sikit,” akui
Budriz bersama jari yang diluruskan ke leherku yang telah aku tutup dengan
sehelai selendang. Menutup juga leher
yang agak terdedah.
“Pasal
lampu kereta tu, esok abang suruh Norman hantar bengkel. Kita ganti baru alang-alang tapi buat malam
ni, Syai balik dengan abang. Jom. Bila abang memujuk, please… sayang. Abang tak
nak paksa. Jom!” ajak dia lagi.
Aku
tidak dapat tidak, terus saja menapak bila Budriz tidak putus asa menarik. Bila kami sama-sama berada di dalam perut
Subaru Impreza miliknya, dia terus menekan pedal minyak.
Waktu
ini, ada airmata yang meleleh di pipiku.
Sakitnya hanya Tuhan yang tahu
akan kedegilan Budriz padaku. Tanpa
sedar, dia menggenggam jemariku dan dibawa ke bibirnya lalu dikucup
hangat.
“Abang
tahu, abang mampu ganti kereta Syai yang rosak tu sebab abang ada duit tapi
macam mana abang nak beli kasih sayang Syai?
Boleh abang tahu caranya?” pujuk
dia lembut.
“Jangan
ganggu aku!” ucapku mendatar.
“Kalau
tak nak abang ganggu, mengandungkan anak abang.
Berani?” cabarnya membuatkan aku
seratus peratus berpaling pada wajah yang tenang itu.
“Kau
memang gila!” tempikku lalu aku bentak
genggamannya.
Budriz
mengukir senyuman lembut padaku. Nampak tenang
dan langsung tiada riak marah biarpun aku berkali-kali memarahi dan membentak
dia.
“Kalau
Syai mengandung pun, abang tetap akan ganggu sebab masa tu, Syai sendiri nak
abang ganggu Syai. Tapi jangan
risau. Bukan sekarang sebab bulan tengah
mengambang,” ucap dia tenang tanpa menghiraukan amarahku.
“Kau jangan
haraplah!” cebirku benci.
“Abang
memang harap dan abang akan jadikan itu kenyataan. Masa tu, Syai yang akan berharap penuh pada
abang, sayang…” bisik dia.
“… dan
terima kasih sudi balik dengan abang ke rumah kita,” sambungnya lagi membuatkan
aku terkedu sendiri.
Ya
Tuhan… keluh hatiku bertahan akan kesakitan.
Aku dengar dia hanya ketawa halus lalu matanya terus terarah pada jalan
raya membelah jalan yang kelam.
Apakah
lagi yang harus aku lalui, Ya Tuhan? Semakin
jauh kutolak dia, kenapa terlalu mudah takdir menolak dia padaku? Harus bagaimana lagi hendak kutolak lelaki
ini dari hidupku?
“Sayang
fikir apa?” soal Budriz mencantas apa
yang bermain di mindaku.
Aku merengus
tidak menjawab sebaliknya aku hanya pejamkan mata dan menyandarkan kepalaku
pada tempat duduk kereta. Berharap agar
ini adalah mimpi lagi.
Syai menderita
tanpa ibu. Ayah tak pernah percayakan
Syai. Dia tak pernah sayangkan Syai, bu. Sampaikah ayah sanggup tolak Syai ke mulut
buaya. Hatiku merintih sendiri. Pedih dan terlalu lirih.
“Abang
minta maaf. Tapi, yakinlah dengan
abang. Takdir kita bukan kita yang
tentukan. Kita hanya perlu menerima. Sayang bantu abang. Bantu abang raih kasih sayang isteri abang
sendiri,” pintanya separuh merayu namun aku tetap membisu.
Membiarkan
saja kata-kata Budriz ditelan keheningan malam yang kian merangkak kelam.
~~> bersambung
padam muka syai tuu,,kan dah dapat habuan,,mengada je lebih,,hehe,,apa lagi RM,sambunglaa~ macam tak biasa pulak kan? btw,cerita ni sangat best!
ReplyDeletependeknya! baru nak lyn perasaan, tup, tup da abes baca! nak laggggggggggggii sis! hehe :)
ReplyDeleteYey 1st reader.bila ati syai nk lembut ni...lelah akak ...apapun keep writing rehan..
ReplyDeletebest2 , tp ada salah ejaan... :)
ReplyDeletetak sabar nk tgu bila syai betol2 boleh terima suami dia...
RM mmg best , n wish you all the best...:)
xtahu la nk kta ap pasal Syai ni..
ReplyDeleteTapi mgkin lbh bai biarkan dia sendir cr ketenangan diri
sebelum berhadapan dgn keluarga.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteu smash her? huhu
DeleteHihihi .. Kerasnya ati syai ... Budriz bkn main pndai lagi ugut .. Huhuh ..
ReplyDeleteyes!!!!dah ada n3. nak lagi RM, always support your great writing style.
ReplyDeleteBila lhaa dorg nak berbaik . lama tunggu entri nih
ReplyDeletemenunngu saat hati syai lembut dan dpt terima suami die.~~
ReplyDeleteSo cool. She is melting bit by bit.... Suka sangat RM... pelan-pelan... psst... ada ke lagi di dunia nyata kini, lelaki seperti SAB ni... sabar meraih hak sendiri? Cik writer, you take good rest and easy.. coz I want more... ~~~~> Rozie..
ReplyDeleteSedih nya~
ReplyDeleteohhh....
ReplyDeletexpe lah pendek pon pendek lah...
thanks kak rehan....
saya nk budriz boleh???.....huhuhu
Kesian Syai...π_π
ReplyDeletesyed ahmad budriz!!!!!!!!!!!!!!!!!saya suka anda....waaaa....dh jatuh cinta sgt ni....tlg la...huhu...rehan makhtar mmg terbaik!!!!!
ReplyDeleteaishhh...nakal la abg bud nie hehehe...wat lovebite kt syai plak...2 la syai x nk ikut ckp budriz sgt..kn dh kena.alaa..bila la syai nk lmbut ati kt budriz nie...i'm waiting....ape2 pn tumbs up RM.best sgt2.
ReplyDeleteala....sweetnya Budriz,Buang ego demi cinta dan sayang....Caya lah Cik Rehan....
ReplyDeletealamak! pendek tul entry kali ni. wow! greatlah budriz. smua bnda psl syai dia tau kan? tpi syai x nk bukakan skit pn ke ati utk budriz? jgn krn dndm dia akn merasa khilangan kali ni budriz plk kn? jgn sombong sgt cz smua allah yg tentukn. the great writing, RM! congrats!
ReplyDeletesuke..suke..suke!!..
ReplyDeletekeras tol la ati syai nie mmg dndam x abis2 kn,cbe la trima tkdir dye dgn budriz..maakn ayh dye
ReplyDeletesukanya kat budriz...suka suka suka kat rehan jgk..
ReplyDeletetq rehan.
sy sgt ke kn hasil tangan kak rehan
ReplyDeletekeep it up....
tahniah...
sy mmg x sabar utk tggu sambungan nya
sgt sweet je cara budriz tegur syaima dgn cara dia yg tersendiri..hehehe..mmg dia bleh jd suami yg terbaik tuk syai...thanks RM 4 ur great writing..
ReplyDeleteassalammualaikum.
ReplyDeleteKak Rehan sayangggg!!!
Kak, cepat sambung. cerita akak mmg mantop ar.
sampaikan minggu final exam ni pun saya duk sibuk nk on9 semata-mata nk baca cerita akak ni. :)
best best ar akak ni!
love it!! go Budriz.. :D bagi syai cair ckit..hehe
ReplyDeletebudriz ni mmg byk akal betul..
ReplyDeletesyai, bila nk mengalah ni..
sambung RM..terbaik!
Oh kak rehan, sila sambung cepat, apa kata sehari dua entry ;) hahaha *justkidding* apa pun, saya suka Budriz! hahahaha annoying pulak Syai ni, mengada lebih :p
ReplyDeletebest22
ReplyDeletethank you for your new entry
bile la syai nak terima budriz??
ReplyDeletetiada kata dpat terluah....kcuali BEST N SUPERB la kak rehan....hehe
ReplyDeleteboring la syai tu. mengada2 je.
ReplyDeletedgr jela ckp budriz tuh.
sepak je syai tu =)
ReplyDeletehayyo, kan dah sakit maah. cecepat smbg ek cik penulis. makasih
ReplyDeletebila syai nak lembut hati....cian budriz,sbr nya suami cmni
ReplyDeletegud good RM...
ReplyDeletekeras sgt hati syai tu...xbaik tuh! huhu
ReplyDeleteterlalu keras hati syai.. takut budriz jemu dalam meraih kasih syai. i'm still waiting for the scene bila syai boleh terima kasih budriz, tak banyak.. cukup la setakat boleh buat saya tersenyum.. sekarang ni, saya baca dengan kening hampir bertaut.., takut dengan kemungkinan yang boleh buat saya frust.. cepat sikit keluarkan novel ni.. saya dah nak dpt heart attack rasanya.. hehe..
ReplyDeletesgt2 best..tahniah rm..luv u forever and ever..cepat smbung entry baru tw..i;m always support u..;)
ReplyDeletekerasnya hati syai..
ReplyDeleteSy sokong syai :D
ReplyDeleteNk budriz blh???
ReplyDeleteSweet la pakcik nie...
Cara Budriz ni memang terbaikkkk... banyak bersabar.... rasanya baru kali ni dia berkasar.... itu pun untuk kebaikan Syai juga.... kalau separuh suami mahu mati dikerjakan bila isteri x dengar cakap.....
ReplyDeleteapa-apa pun Kak Sue sokong Budriz.....
citer neyh best.. but bile hati syai nuck lembut.. lmbt sgt..
ReplyDeleteSyai nih mmg keras kepala kan? but as husband, sure Budriz boleh lembutkan hati sang isteri. X sabar nk tggu mereka berduia berbaik, masa itu baru Syai tahu betapa tulusnya kasih dan sayang Budriz terhadapnya..
ReplyDeletesyai ni sangat menakutkan. hati dia sangat keras..uhuhuhu.. she is lucky to have budriz as her husband
ReplyDeleteRM...thumbs up walaupun demam2 boleh siapkan n3. best walaupun mcm horror skit bila budriz naik gila.siap pecahkan lampu kereta, tendang pintu rumah...
ReplyDeletehm dah degil n keras hati sgt kan..dptla habuan nya kan..bgus2..mkin menarik...serius bc ni kan mcm dr sndrik plak..terasa seolah2 betul2 berlaku..terasa dr sndrik SYAI ekekeke...tp serius RM pndai la memainkan watak..mengolah ayat smpai sy rs nk hempuk je syai..n terasa romantik SAB ekeke
ReplyDeletehehe suker syai... bagus jgn mudah cair ngan lelaki tau... tp suatu hari nanti syai akan jatuh cinta ngan budriz... sampai budriz kelemasan dgn ksh syg dan tak tau nak lari mana dah... chaiyok3 syai...
ReplyDeleteLetih aku baca kerenah Syai nih..
ReplyDeleteAiisshh... Rasa nak peluk je Budriz... kekeke (tiba-tiba jer)
hehe..nk peluk budriz jugak... hihi
Deletehmm...
ReplyDeletenk ke syaima terima
kandungkan ank budriz baru x kena ganggu
hm...mcm menarik je bunyi
RM...cpatla terbitkan novel ni..hehehe.. best sgt cternye.. blh tambah koleksi RM yg sterusnya..:)
ReplyDeleteteruskan berkarya ye..
best...x sbr nak tggu smbungan...
ReplyDeleteakak...bila nak sambung ni, tak sabar dah nak bace
ReplyDeletegila la budriz...sabo je la...bila la syai ni nak lentur ati tu???
ReplyDeleteyeay.... seronok baca jln cerita...
ReplyDeletekesian kat syai, dpt lari utk 2 hari jer....
wah....eheheh komennye tak terluah oleh kata2 ehehe
ReplyDeleteciter ni mmg best. tapi satu je yg kak dang takut. pembaca selalunya ada tendency utk ikut watak2 dalam novel. akak takut perangai kurang ajar syai ni jadi ikutan orang lain. tambahan pula, kesudahannya nnt mesti happy ending, kan? fantasy! mungkin org tak kesah pun jadi kurang ajar mcm syai sebab sape kesah? kan happy ending nnt? tapi reality tidak begitu. harap RM berpada-pada dalam mencoretkan watak syai. jgn smpai syai jadi anak derhaka, hamba yg menolak takdir. atter all, watak romantik budriz digambarkan dengan baik sekali. tahniah. good job.
ReplyDeleteDear RM,
ReplyDeleteTahniah utk TK! best citernya..kak suka bangat! yg Koleksi cerpen RM pun kak dh beli. n utk citer yg ada kat sini..semua suka..mmg kak salute cara RM olah watak2 yg ada ( n hope pembaca tau membezakan baek buruknya)...teruskan menulis dan moga senantiasa dicurahkan idea2 terbaekk...~
pergh..giler dasyat...dua2 main psikologi...
ReplyDeleteMemang best citer nie, geram dengan sikap syai, yg keras kepala tu hihihi
ReplyDelete