BAB 17
“SAYANG….”
Aku
merengus sedikit kala ada jari yang menari di pipiku. Semakin liar dan terus meliar menyentuh anak
rambutku pula.
“Sayang,
bangun sayang….” Kejut suara itu lagi.
Bila
aku buka mata, wajah Budriz dekat denganku.
Tersenyum mesra dengan rambut yang masih basah. Aku menggeliat sedikit sebelum membuntangkan
mataku menatap wajah Budriz yang masih begitu. Sungguh, aku sendiri tidak
sedar, bilakah aku berada di atas katil ini dan yang pastinya, Budriz ada
bersamaku.
“Emm…
kenapa?” soalku lemah.
Terasa
penat tubuhku kala ini. Tidak larat
hendak kubangkit. Perut semakin
menyengat. Serangan biasa tiap-tiap
bulan yang perlu aku hadapi. Kesakitan milik perempuan kala diri tidak
bersih yang perlu aku kurangkan dengan ubat penahan sakit.
“Bangun,
sayang. Siapkan pakaian abang
kejap. Siapkan pakaian Syai sekali,”
arah Budriz padaku.
Aku
mengerutkan wajah. Bukanlah tanda protes
kali ini tapi tanda diri ini sedang menahan sakit yang amat dan semaki
menyengat. Tangan ini aku bawa ke peru t. Meraba bahagian ari-ari yang terasa sakit dan
pedih dengan peluh kecil yang mula merenik di dahi.
Budriz
menjauh. Dia berlalu ke alma ri
dan dikeluarkan sehelai kain pelikat dan juga baju T miliknya.
“Aba ng solat dulu. Dah pukul 6.45 pagi ni. Sayang bangkit, ya? Tolong siapkan pakaian kerja abang,” ujarnya
lagi.
Dalam
menahan sakit, aku mengangguk di luar sedar membuatkan Budriz tersenyum. Mungkin terasa menang akan kejinakanku pagi
ini sedangkan hatiku masih membara akan peristiwa malam tadi.
Bila
aku bangkit dan duduk menekan peru t
di birai katil, Budriz mengangkat takbir.
Aku hanya memerhatikan saja susuk tubuh itu, tunduk ruku’ dan
kemudiaannya sujud lantas bangkit dan qiam kembali.
Alunan
ayat-ayat suci Al-Quran yang dia bisikkan sedikit sebanyak menerobos ke dalam
hatiku. Berdiam lama di situ membisikkan
satu rasa asing yang tak pernah aku rasa.
Ada
sesal, ada marah, ada malu dan ada sebu yang bercampur menjadi satu. Ada
bisikan yang menyatakan aku salah dalam pertimbangan selama ini.
Tidak
sedar berapa lama aku memerhatikan Budriz, dia akhirnya usa i memberi
salam dan berpaling padaku bersama sekuntum senyum bersama bibir yang terkumat
kamit mengalunkan zikrullah. Mata itu
tetap padaku memerhatikanku yang kembali menjulurkan kaki ke dalam gebar.
Kemudian,
dia terus merapatkan kedua belah tangannya dan mengaminkan doa dengan penuh
kusyuk lalu dia bangkit padaku. Duduk di
birai katil, dekat dengan pehaku.
“Sayang
tak sihat ke?” Budriz menyentuh dahiku
dan aku pantas menepis dalam pada cuba menghalau rasa pelik ini. Tak mahu ianya bersanggah lama di dalam
hati.
Dalam
pada itu aku pantas menggeleng bila dia sekali lagi hendak menyentuh pipiku
pula.
“Jangan
sentuh aku!” tekanku melarangnya.
Budriz
senyum. Kopiah di atas kepalanya,
ditanggalkan. Rambut yang agak basah itu
dia lurut ke belakang menampakkan dia adalah lelaki yang tampa n di mataku. Pantas aku pejamkan mata ini rapat-rapat bila
Budriz bagaikan tahu akan mataku yang tidak lepas memandangnya.
“Kalau
tak sentuh sayang, abang nak sentuh siapa?”
soal dia manja.
Aku
buka mata dan menjeling tajam pada
Budriz. Muak aku menden gar dia berbicara demikian sedang
sekelipan tadi, aku terpijak akan kesyahduan alunan ayat-ayat suci itu dari
bibirnya sebentar tadi.
“Ikut
suka kaulah nak sentuh siapa pun! Aku
tak pernah nak ambil tahu!” cebikku
dalam pada tangan ini terus menekan peru t yang semakin pedih.
“Eh,
mana boleh macam tu, sayang. Abang
ada yang halal, tak kan nak pergi cari yang haram pulak. Berdosa macam tu.” Dia menjawab tenang dan
tangannya merayap lagi ke bahuku dan meramasnya perlahan.
“Sayang
tak sihat, ya?” soalnya lagi.
Aku
diam dan mengetap bibir. Hati ini
dijentik lagi. Sudah berpuluh tahun aku
merindui soalan begitu. Soalan yang
menggambarkan yang diri ini disayangi dan amat diperlukan. Namun, mengapa harus dia yang mengajukan
soalan itu padaku kini?
Mata
Budriz aku renung dengan pandangan yang agak kabur. Lama kure nung
dia dan dia hanya berlagak biasa saja dengan tangan yang masih meramas sekitar
lenganku pula.
“Aba ng minta maaf pasal
malam tadi. Nanti abang suruh Norman baiki kereta tu,
ya? Pakaian nanti kita minta Najwa
kemaskan dan suruh Norman
hantar. Abang tahu, sayang rindu abang,”
tebak Budriz sewenangnya.
Tapi,
kali ini. Aku memilih hendak menden gar. Tidak mahu membentak. Tiada berkudrat sebenarnya hendak melawannya
dalam pada aku menahan sakit.
“Aba ng kadang-kadang
hilang punca nak pujuk Syai.
Kadang-kadang bertindak macam oran g
bodoh. Tak fikir panjang. Tapi, abang lagi hilang punca. Macam oran g
gila bila balik dan tengok Syai tak ada kat rumah. Abang dah agak yang sayang akan keluar tapi
macam abang cakap, Syai isteri abang dan abang percayakan isteri abang ni
sepenuh hati. Jangan lari lagi. Syai tak mampu berlalu dari abang. Cukuplah dulu Syai hilang. Lepas ni abang akan pasang peranti pada tubuh
isteri abang ni. Mana pergi pun, biar
abang dapat kesan,” sambung dia panjang
lebar.
Aku
telan liur berkali-kali dengan mata yang terkebil-kebil menden gar bicara Budriz dan juga bertahan
akan kesakitan ini. Mungkin benar kata Najwa, Budriz mengamuk di pejabat tapi
aku tiada berminat untuk tahu itu semua.
“Sayang
nak bangkit tak nak ni?” soalnya. Aku menggeleng pantas.
“Bangkit
dulu. Siapkan pakaian abang,” rayu
Budriz.
Aku
menggeleng lagi. “Tak nak!” tegasku membantah.
“Bangkitlah
dulu,” pujuk dia lagi sambil cuba
menarik tanganku.
Aku
merentap kasar. “Aku tak nak. Kau tak reti bahasa ke?” bentakku agak kuat.
Benar
aku marah dan sangat marah. Kesakitan
ini berkurang angkara amarah yang membakar namun Budriz tetap begitu. Tenang bagaikan air di kali. Tiada langsung tanda hendak memarahiku.
“Aba ng reti. Tak apalah, sayang. Kalau Syai tak sihat, bari nglah dulu. Tapi ni…”
Dia mendekatkan jarinya ke dahiku.
“…berpeluh
ni kenapa?” tanya dia prihatin.
Aku
menolak tangannya yang sedang menyeka
peluh kecil di dahiku pantas.
Tapi dia tetap begitu kemudian dia menyelak gebar tebal itu dan
menyentuh hujung kakiku sebelum berpaling dengan wajah yang pelik.
“Sejuknya! Syai sakit ke?” Wajahnya nampa k cemas.
Aku
tahan hati. Lidah ini berat hendak
bersuara dan kepala juga tak mampu aku jatuhkan mengiyakan segalanya sedangkan
dalam hati, aku menangis memanggil ibu.
Jarang aku hadapi kesakitan sebegini tapi mengapa pula hari ini? Dan bersama lelaki ini?
“Eh,
yang…” Budriz membetulkan duduk.
Lututnya
di angkat dan sebelah tangannya menongkat tubuh. Tangan sebelah lagi dilekapkan ke dahiku yang
ternyata sedang merenik dengan peluh kecil.
“Sayang
tak sihat ni!” tukasnya tegas lalu dia
bangkit dan mencapai telefon bimbitnya
di atas meja almari solek.
Dia
kulihat sedang menekan nombor dan setelah seketika, dia bersuara cemas dan mata
itu sesekali menjeling ke arahku.
setelah bibir itu terhenti berkata-kata, dia kembali mendekatiku lalu
duduk lagi dekat daripada tadi.
Aku
menjeling ke atas memandang Budriz dengan sebelah tangan menutup mulutku yang
bergetar hebat bertahan dari sendu.
“Abang
cuti,” beritahu dia tanpa sempat aku bertanya.
“Kenapa
nak cuti pulak?” tanyaku agak keras
dalam suara yang separuh berbisik.
“Sayang
sakit… abang temankan,” bisik dia lalu jemari itu menjalar di dahiku. Menolak rambut yang terjuntai ke dahi.
Aku
menggeleng pantas. “Aku dah biasa sakit
demam sendiri. Kau boleh pergi kerja.
Jangan kisah tentang aku sangatlah.
Aku tak hadap belas ihsan kau tu!”
tekanku lagi.
“Tak
nak hadap, silalah pejam mata, yang.
Anggap jelah abang tak ada depan sayang.” Budriz ketawa halus.
“Aku
tak ada masa nak berguraulah!”
“Abang
pun sama,” sahutnya pantas.
Aku
merengus dan menarik sebiji bantal dan menutup wajahnya. Menyorok wajah dan mata yang sedang
berair. Tapi Budriz lagi kuat menariknya
dan mencampakkan bantal itu ke bawah.
Mata
ini hanya memandang bantal yang
terdampar di atas permaidani berwarna ungu muda itu sebelum aku kembali
memandang dia.
“Kenapa
campak bantal tu?” soalku agak perlahan.
“Sayang
pernah campak sekali, kali ni abang pulak campak. Adil dan saksama la. Tapi, sayang sakit apa ni? Cuba cakap. Dari tadi berpeluh dalam air-cond ni?” Budriz sekali lagi menyeka renik peluh di
dahiku sebelum aku pantas memegang tangannya menghalang dia berbuat begitu.
Tapi
kali ini, kala kesakitan menyerang, aku genggam tangan Budriz erat dengan wajah
yang menyeringai.
“Ya
Allah, sayang kenapa ni?” Dia bersuara
cemas dan terus memangku kepalaku.
“Sa…
kitnya perut …ni.” Aku menjawab dalam
nafas yang tertahan-tahan.
“Sayang
sakit apa? Nak kata abang tolak ke
dinding malam tadi, abang tolak perlahan je.
Atau memang sebab abang ni?” tanya dia lirih dengan wajah yang semakin
kalut dan berkerut sana
sini.
Aku
menggeleng dan mengetap bibir.
Perlahan-lahan aku cuba
bangkit dan menolak tangan Budriz. Bila
aku duduk di birai katil dan cuba
bangun hendak ke bilik air, lutut ini terasa longgar sendinya. Dengan mudah hampir saja tubuhku terkulai ke
lantai andai tidak disambut oleh Budriz.
“Syai…”
Dia menyeru resah.
Kala
tubuh ini dipapah lembut olehnya, aku kembali duduk di birai katil. Serta-merta aku pegang kepala yang terasa
menyengat.
“Sayang
teruk ni. Risaunya abang,” luah dia
sambil menyapa bahuku sedikit dank u pantas mengelak.
“Kau
nak pergi kerja, pergilah. Jangan
hiraukan aku. Aku nak ke bilik air,”
beritahuku lemah.
“Abang
cuti sayang. Tak boleh nak tinggal Syai
macam ni je. Tunggu siang sikit kita
pergi klinik, ya?” Dia sengih lagi
memujukku.
“Cuma
abang nak tahu, sayang sakit apa? Sebab
abang berkasar ke sampai pucat lesi macam ni.
Tolong, yang… jangan buat abang takut.”
Aku
menggeleng lagi. Tak tahu hendak berkata
apa pada dia. Malu sebenarnya hendak
menyatatakan rasa sakit ini. Wajah ini
terus menekur ke lantai. Memandang
bantal yang Budriz campakkan tadi.
“Kau
keluar Budriz. Aku nak tidur
kejap!” Aku menuturkannya penuh
ketegasan tapi Budriz tetap tidak berganjak seinci pun malah semakin rapat pula
dia menarik bahu ini rapat padanya.
“Nope. Apa-apa je Syai cakap kali ni, abang tak nak
layan dah. Syai degil abang lagi
degil. Mari sini. Baring sini.”
Serta merta dia menarik kepalaku rapat pada dadanya.
Aku
diam tidak menolak. Kala ini, airmataku
hampir menitis. Cepat-cepat aku seka
dengan hujung jari. Rindu pada arwah ibu
menggamit sanubari. Rindu belaian wanita
itu menggunung tiba-tiba lalu aku bawa tanganku melilit leher Budriz tanpa
sedar.
“Syai
rindu ibu. Rindu ibu sangat,” luahku di
luar sedar dan airmataku menitis tiba-tiba.
Aku
pejamkan mata rapat-rapat dan terus mengeratkan pelukan pada leher Budriz dan
benar. Dapat aku rasakan dia juga
semakin erat memeluk pinggangku.
“Abang
tahu tapi abang ada, kan ? Abang akan ada dan sentiasa ada untuk
sayang. Dengan syarat, sayang kekallah
di sisi abang. Sampai sakit macam
ni. Mujur abang tekad nak heret Syai
balik macam tadi. Kalau Syai
sorang-sorang kat rumah sewa Najwa tu macam mana?” Dia menyoal lembut.
Kepalaku
ditolak sedikit memaksa aku memandang wajahnya yang tenang dan bersahaja. Telapak tangannya naik menyapa pipiku dan
mengusapnya perlahan.
“Syai
sakit apa ni? Cerita pada abang,” rayunya bersama mata yang redup
memandang.
Aku
terus menunduk dan menekan perut.
“Baring
sini,” paksa Budriz lalu menarik aku rebah di ribaannya. Rambutku dibelai lembut.
“Tolong
sayang. Sepatah je jawab. Syai sakit apa. Kalau tak cakap abang tak tahu,”
keluhnya.
Bibirku
terkatup rapat. Lidah ini memberat dan
hanya airmata yang mengalir semakin
lebat hingga akhirnya ada esakan yang terbit dari suaraku.
“Syai
rindu ibu…” luahku untuk ke sekian kalinya.
“Abang
tahu, sayang sebab tu abang nak Syai sentiasa dengan abang. Budak menolak dan terus menolak abang macam
ni. Abang tak senang andai Syai tak ada
depan mata,” ucapnya bersama belaian
yang tidak putus.
“Syai
sakit bu. Syai sakit ni,” rintihku tanpa
mempedulikan kata-kata Budriz.
“Sayang…,”
Budriz menyeru lagi kali ini lebih lembut dan lebih syahdu. Kepalanya direndahkan hingga rapat ke
dahiku.
Aku angkat
mata yang basah merenung dia. “Syai
sakit!” ucapku lagi.
“Abang
tahu.” Dia mengangguk lemah. Jemari suam
itu pantas menyeka airmata yang sedari
tadi mengalir.
“Syhhh…
tidur kejap. Abang ada. Abang ada akan sentiasa ada,” pujuk dia
memelukku erat.
Membuatkan
aku berasa selamat dan kerinduan pada arwah ibu berkurangan dengan
sendirinya. Kesakitan juga berlalu pergi
tanpa kujawab sakitku pada dia. Rasa
disayangi, rasa diselamatkan dari sejarah lalu biarpun dia adalah penyebabnya.
**
MATAKU
tajam merenung Budriz yang sedang melangkah kemas ke arahku yang sedang
berbaring di dalam bilik rawatan.
“Kenapa
kau boleh masuk sini pulak?” soalku
marah.
Dia
senyum. “Abangkan headboy kat sekolah ni. Tak
boleh ke abang melawat adik abang.
Diorang cakap Syai sakit. Sakit
apa?”
“Sakit
hati!” tekanku sambil menahan perit di
dalam peru t.
Dia
senyum lagi. “Sakit hati sampai masuk
bilik rawatan, ya?” usiknya tiba-tiba.
Aku
mencemik. “Kenapa? Kau suka aku masuk hospital gila, kan ?”
“Syai
suka fikir buruk-buruk pada abang tapi abang rasa abang tahu kenapa Syai
sakit. Tarikh macam ni je Syai
sakit. Tak apalah. Abang kejap je. Jenguk adik.
Amanah ayah kena buat. Nanti
orang tangkap kita, jenuh pulak kena kahwin paksa. Kahwin paksa abang suka je dengan Syai tapi
tak syok tak boleh buat apa la kot masa ni,” luah Budriz selamba lalu dia
bangkit menuju ke pintu meninggalkan aku
yang terkulat-kulat sendiri.
Andai
tidak difikirkan senggugut yang menyerang, mahu saja aku hamburkan sumpah
seranahku pada dia tapi kepala yang berat memaksa aku pejamkan mata menghalau
rasa sakit di perut yang sedang kutuam dengan air panas.
“Sayang.”
Aku
buka mata bila bila terasa ada tangan yang menyentuh wajahku. Senyuman Budriz jelas di depan mata. Rasanya baru sebentar tadi aku kembali ke
zaman remaja kami. Menyingkap kembali
dendam dan duka yang telah Budriz coretkan dalam hidupku.
“Kat
mana ni?”
“Kat
rumah kita. Syai tak sihat. Abang tak kerja. Dah tengah
hari ni. Bangun mandi, sayang,”
ujarnya.
Aku
mengerutkan wajah melihat ke arah pintu luncur yang terbuka lebar. Terang benderang.
“Kenapa
tak kejut?” soalku.
“Sayang
sakit. Meracau-racau marah abang dalam mimpi. Ingat kenangan lama ke apa tu?” usik dia tersengih.
Aku
merengus. Benar aku teringat akan
beberapa peristiwa lalu namun tak kusangka hingga terbawa di dalam
mimpiku.
“Kenapa
tak cakap syai period pain?”
“Perlu
ke?” sinisku geram.
Dia
menggeleng lembut. “Tak perlu sebab
abang dah agak. Cuma bila Syai menangis,
abang ingatkan Syai sakit lain. Kalau
pasal hal ni, abang dah lama tahu
keadaan Syai akan jadi juga sesekali.
Tak apalah. Abang harap dah lega
sekarang atau Syai nak pergi klinik?”
tanya dia.
“Kalau
dah lega, nak pergi klinik buat apa?”
soalku keras lalu aku tolak gebar
yang menutup tubuh. Waktu ini
benar-benar terasa selesa dan hangat.
Sakit pun berkurang.
Bila
aku tolak seluruh gebar itu, aku terkejut bila bajuku sedikit tersingkap ke
atas.
“Kau
buat apa ni, Budriz?” soalku nyaring.
“Abang
buat apa yang selalu Syai buat. Dulu
Syai letak botol air panas kat perut, kan ? Ni kita dah maju, ada tungku elektrik. Mudah.
Caj kejap, terus letak masa Syai tidur tadi. Lega sikit abang tengok Syai lena. Kalau tak mengerang sana sini.
Resah tahan sakit. Okey tak
ni?” Dia tayang wajah tak bersalah padaku membuatkan aku hampir hilang kawalan. Wajah serius.
Wajah bersungguh-sungguh.
Hendakku
marah, ada sesuatu yang semakin
menghalang apatah lagi, setiap kekasaranku, dia hanya balas dengan
senyuman.
“Sayang
jangan risaulah. Abang tak buat apa
pun. Tengok pun tak. Kawasan terlarang pada waktu terlarang ni
berdosa kalau tempuh jugak. Abang harap
sayang dah okey, ya?”
Aku
terdiam dek perhatian Budriz. Kelu akan
kepekaannya pada perubahanku selama ini.
“Kenapa
kau layan aku dengan baik sedangkan aku tak pernah baik dengan aku?” tanyaku tiba-tiba.
Hendak
tahu akan isi hati seorang lelaki yang selama ini menjadi musuhku. Lelaki yang telah takdir bawa dekat di dalam
hidup. Lelaki ini yang aku benci namun
dia jugalah yang tidak puas menabur kasih, menyemai sayang padaku.
“Sayang
nak berapa jawapan?” soalku
bermadah.
Aku
diam. Tidak menjawab langsung. Sebaliknya, aku renung wajah itu
semahuku. Andai sebelum ini, renunganku
padanya bagaikan mampu membunuh, tapi
kali ini agak redup sedikit.
“Abang
tak punyai banyak sebab, sayang. Abang
ada satu sebab je. Sebab sayang amanah
Allah buat abang. Jangan persoalkan
kasih dan sayang sebab abang yakin, hati Syai masih hidup untuk menilai kasih
dan cinta abang. Syai terasa sunyi
sendiri. Syai dihambat peristiwa
lalu. Hidup dalam…”
“Kau
tak lalu. Kau tak akan tahu apa yang aku
rasakan!” tekanku mencantas suaranya.
Dia
angguk. “Abang memang tak tahu dan tak
rasa apa yang Syai lalui tapi percayalah, Syai juga tak tahu apa yang abang rasa tiap kali Syai tampar abang,
simbah abang dengan air, lari dari rumah, tengking abang sedangkan abang
suami. Mungkin Syai membenci tapi benci
itu sifat iblis yang mampu merosakkan kita.”
Dia
menghela nafas panjang buat seketika sebelum menyambung. Tangan itu ringan naik ke dadaku dan
dilekapkan agak lama bersama liur yang ditelan berkali-kali.
“Dalam
dada ni, ada hati. Di mana bermula niat
dan segalanya. Jangan biarkan hati ini rosak kerana dendam. Abang minta maaf pernah perangkap Syai. Paksa Syai nikah dengan abang tapi cara mana
lagi abang nak buat untuk ikat Syai pada abang?
Cinta abang memang gila. Gila
sebab cintakan adik tiri sendiri. Cinta
yang abang rasakan tak akan subur tapi dah tumbuh gagah bertapak dalam hati
abang. Syai salah. Derhaka pada abang sebagai suami tapi abang
sebagai suami, akan tetap maafkan isteri abang.
Kalau sebab sakit macam ni, baru Syai nak berlembut dan mesra dengan
abang, abang nak je doa moga Syai sakit macam ni selalu. Tapi, tak nak. Abang nak Syai sihat untuk melayan abang
nanti,” luah dia panjang dalam nafas yang dia hela beberapa kali.
Aku mengerutkan
wajah. Menyengat juga sesekali peru t ini. Bening mata Budriz aku pandang lama. Dia
yang sedang memicit kakiku hanya diam tidak berpaling atau sekadar
buat-buat tidak reti saja.
“Layan? Apa maksud kau layan tu?” Aku menyoal bagaikan tidak berpuas hati.
Dia berpaling
dan tersengih menampakkan bari san
giginya yang putih bersih itu dengan kening lebat yang sengaja dia jungkitkan
berkali-kali.
“Sayang
rasa?” duganya dan aku terus melarikan
kakiku daripada dia. Namun Budriz pantas
menariknya semula.
“Tak
adalah. Abang gurau je. Layan ni banyak maksud. Bukan tu je.”
Bibirnya muncung. Sengaja dia
tekankan hujung suaranya.
“Pakaian,
makan abang. Abang ada isteri. Abang harap isteri abang buatkan. Dulu bonda yang siapkan. Ni dah ada Syai, sayanglah kena siapkan untuk
abang kan ?” Budriz sekali lagi menjungkitkan keningnya
agak tinggi bertanya padaku.
Mendengarkan
perkataan bonda itu, hati terpukul lagi.
Mati terus bunga senyum pada bibirku.
Pedihnya jiwa, cemburunya hati pada dia yang masih punyai bonda.
“Mujurlah
abang cakap dekat Man pasal kita. Mujur jugaklah
abang nekad ambil sayang. Buatnya sayang
sakit sorang-sorang, macam manalah…” Dia
mengeluh kecil sambil melirik mesra ke arahku yang sudah diamuk resah lagi..
“Ikut
suka akulah kalau aku sakit, nak mati sekalipun. Aku dah biasa sakit demam sendiri
Budriz. Kau ada bonda yang mampu jaga
kau tapi aku tak ada sesiapa yang mahu jaga aku!” tekanku gera m
dan tiba-tiba saja.
Kepala
ini terasa hangat. Tangan ini terasa
ringan. Tindakan Budriz terhenti. Hilang sudah keselesaan akan kelembutan
tangan Budriz memicit kakiku. Dia berpaling
pada wajahku sepenuhnya dan memandangku tajam.
“Kenapa
tiba-tiba?” soalnya.
Aku
melarikan kakiku. “Tak ada
tiba-tiba. Aku memang macam ni. Hari ni aku ada kat rumah ni. Lepaskan aku dan jangan cari aku lagi,”
tegasku lantas aku bangkit bersama kudrat yang agak membataskan.
Baru
hendak melangkah, Budriz menarik tanganku membawa aku terduduk sekali lagi di
birai katil dekat di sisinya.
“Aba ng dah mula nampa k
sikap manja dan mesra Syai tadi. Abang akan
terus buat hati Syai hidup dan subur. Abang
akan buat Syai jatuh cinta pada abang.
Jangan keluar dari rumah ni. Abang
akan cari sampai ke lubang cacing sekalipun dan Syai kena ingat satu…” Bicaranya terhenti.
Nafasnya
mengah. Dadanya turun naik menahan
gelora yang sedang membadai. Menahan amarah
yang pastinya sedang tergambar di dalam sinar anak matanya yang tajam
menikam.
Jemari kami
bertaut erat lagi. Tak mampu aku elak
kala melihat matanya. Ada sesuatu di dalamnya. Ada
sesuatu yang sukar hendak kutafsirkan. Ada sesuatu yang sukar
untuk aku mengerti.
“Syai
seorang wanita Muslim. Ingat sayang…
jangan terlalu salahkan takdir. Berdosa. Dan ingat juga, Syai hak abang. Kat mana tempat seorang isteri andai bukan di
sisi suaminya? Syai tahu itu, kan ?” sambung Budriz lembut dan lemah dalam nafas
yang kian mendesah.
Terhenyak
aku sendiri menden garkan
kata-kata itu. Bagaikan baru sedar di
mana aku berpijak, di mana aku aku berbumbung.
Ya Allah…
Budriz
membawa telapak tanganku ke bibirnya lantas dikucup lama dengan kelopak mata
yang nampa k
basah.
“Allah
tak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,
sayang. Sayang mampu sebab tu
terduga. Abang mampu sebab tu abang
cinta,” ujarnya lagi dan kali ini terus menusuk tepat ke jantungku membuatkan
aku terpinga-pinga tidak terkata apa.
~~> bersambung
Cik Penulis :
Maaf lambat update. Jujur ada masalah kesihatan sikit. Now dapatkan terapi Dr.Bone tu. Kat opis pon bz lately. Timekasih atas kesetiaan dan kesudiaan anda semua singgah di sini. Saya hargai setiap komen yang diberikan dan akan cuba yg terbaek. Maaf ats kekurangn. Layan .. komen.
Ya Allah sedihnya. Cepat lahh cik writer bg happy moments pulak. Keep up the good work. Suka cara si husband approve si grg tu. Kita baca pun tersa cool je.
ReplyDeletebesttt. dah nampak dah perubahan syaima. tak lama dah tu.. ^__^
ReplyDeletebest sngt,
ReplyDeletebg la syai 2 lembut hati ckit.. budriz sngt penyabar..
xsbr tnggu smbungan..
Best macam selalu. Memang susah utk melupakan derita yg lepas. Saya faham apa yg dilalui oleh Syai. Sukar utk melupakan- forgive and forget.
ReplyDeleteUtk yang tak merasainya, tentu mudah utk menyalahkan sesiapa juga yg dlm keadaan Syai.
Harap RM sambung cepat ye. Jangan lama2 sgt. At the same time, jaga diri & take a good care of yourself.
Moga kebahagiaan milik kita semua.
bestlakarya akak..xpuas baca...ad kesilapan ejaan sket..wahh,xsabar nk tunggu saat shai dah terima budriz
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYeay.... seronoknya tengok bila ada entry baru..... Rasa lega yg amat sgt.....
ReplyDeleteSekarang tgh menunggu the next entry pulak.... Hihihi....
P/S Get well soon and take care....
thnks :)akhirnya dpt baca new en3.
ReplyDeletehuhu...x sabar nak baca part syai n mukhriz bahagia.
budriz la
Deletebestnyaaaa..xsbr nk tggu smbungannya ..first time bca karya akak kat penulisan2u tu..
ReplyDeletebaru je hbis bca terlerai kasih brapa hr lepas...
best sgt2 ....Semoga selalu sukses kak Rehan :)
fighting!! (^_*)v
terbaik aah. hahhahaah. cam dah nak OK jeh.hahahaha
ReplyDeletekesian budriz......kebahagiaan akan muncul juga nanti....
ReplyDelete"..sayang mampu sebab tu sayang terduga. abang mampu sebab tu abang cinta."
ReplyDeleteperghh! mantap beb!!!!!!
thumbs up RM.
ade silap ejaan ckit..harap2 bila dah dibukukan ejaan dperbetulkan..adeh lmbtnya eppy moment ni..sedih aje memanjang...oh masa gembira cptla kau dtg..
ReplyDeleteTerbaik...bkn slh Syai bla dia sering melawan n memberontak...kehidupan msa lampau dia tlh mnyebabkn dia mnjdi seorg yg pendendam...tp di sebalik hati yg keras tu ada tersembunyi jiwa yg ingin disayangi n dicintai...hope SAB dpt brsbar dgn karenah Syai..hehehe...RM awk mmg WRITER TERHEBAT saya la...suka buat kmi yg mmbca nie terbuai2 dgn pelbagai prasaan...
ReplyDeleteTerbuai² hati di pagi Jumaat ni...feeling!
ReplyDeletesyai, terimah ajela budriz tu.hehe
ReplyDeletebestnyer!!!!
ReplyDeleteKak Rehan, thanks sbb keep writing walaupun x sihat. cepat sembuh ye. ksian kt kitaorg hari2 refresh blog ni, nk baca sambungan STK...hihi
ReplyDeletehaih...mana nk cari la laki cam budriz ni? kalau ada sekarang jugak sy p masuk meminang.
sy suka olahan ayat kak rehan yg teratur,kadang2 puitis & tak lupa selitkan unsur Islamik.
best sgt2 nak lagi ^_^
ReplyDeletebest la..
ReplyDeletex sabar nk happy moment dr diorg ni..
Moga cepat sembuh....take rest yer sis....
ReplyDeletehati syai nni dh mati, ni baru nk mula idup balik hati syai ni..
ReplyDeleteteruskan usaha Budriz,.idupkan balik ati Syai tu,.bg dia kasih sayang y dia xdpt nk rse selama dia terkapai-kapai sorang2,.peace no tengking2 keke
ReplyDeletepergh... ayat Budriz tu menusuk kalbu, taktau la kalau Syai takleh terima budriz lagi... hahaha
ReplyDeletesuke-suke!!..best sangat entri nih..tak sabar nak bace sambungan :)
ReplyDeletecepat-cepat buku kan okeh..
best ada n3 baru... tq... walaupun syai garang tapi dalam hati ada taman... budriz kena rajin asah hati tu kasi lembut...ngeh ngeh... kasi budriz stress ari2...
ReplyDeletekasi budriz kena demam chikungunya... hilang akal nanti syai nak jaga....
untuk menangani org mcm syai ni perlukan bnyk doa dan kesabaran yg tinggi.betulletu ALLAH akan mnduga ikut kemampuan hamba2NYa.sampai masa yang sesuai ALLAH akan buka jln penyelesaiannye .ITU PASTI>
ReplyDeleteyaya
ReplyDeletebest....sian kt budriz tu,n dh nampak sisi lembut & manja si Syai tu....cepat2 update yerr...anyway,get well soon kak rehan...=)
Sungguh mengesankan… Thanks a lot dearest Cik Penulis memakbulkan impi akak Rozie nak SAB makin romantik dan penuh kesabaran menangani NS dalam meraih haknya. Suka sangat dengan plot yang colourful. RM ~~~~> thumbs up from me. Akak umpamakan Cik Penulis bagai pelayar layang-layang yang begitu bijak bermain dengan talinya. Kadangkala dilepaskan jauh dan adakala ditarik menyentap melawan arus anginan namun tidak terputus haluannya. Kupelajari sesuatu bermakna melalui STK ini. As usual take good care of your mind and soul which eventually would lead you to be a WRITER FULL OF SOUL.. Luv!!!
ReplyDeletebudriz dah pandai main ayat kat syai erh...=)
ReplyDeleteakhirnya ada jg n3 baru...nw tgh mgu exm..dlm dok stdy bka jg blog ni..huhu..dkt kisah hati 2 jap2 refresh...penntian satu pnyeksaan...huhu..n3 kali ni bes..hehe...
ReplyDeletetrima ksih sgt2 to cik writer..smga kmbli shat spnuhnya..
RM,harap syai.terima budriz sbb syg bukan paksaan
ReplyDeletepls Rm..tak nak ada unsur paksaan
As usual lah kan, STK memang terbaik! (Y) suka cara Budriz layan Syai yg super duper keras hati, haish. Apapun thanks kak rehan for the entry, and get well soon! :*
ReplyDeletebest3...finally ade gk n3...lame dk tunggu STK ni...good job!!
ReplyDeletebest hari ni ada n3 baru... jgn lupa cpt sambung n3
ReplyDeletebaru. RM ni memang writer yg bestlah. pandai je mengolah
cite yg menarik membuatkan pembaca terbuai-buai saje dn
tak sabar nk tunggu n3 baru lg. kalau boleh RM setiap
hari ada n3 baru tersgtlah bestnya. tk ye RM utk n3 baru ni.
... bertuahnya Syai.... kalau Kak Sue tengah marah ..dengar apa yang Budriz cakap mahu cair .... hehehe.....
ReplyDelete... Budriz ... Syai kena dilayan dengan cara yang lembut..... Insyallah..... I FOLLOW...
berlinangan air mata ku...hu hu
ReplyDelete-che`leen-
oke...saya sudah khatam entri ni dua blas kali. napa la abg bud ni lovey dovey sgt??
ReplyDeleteterbuai perasaan dgn layanan budriz...mg2 dendam syai akan terlerai sikit demi sikit melihat kesungguhan cik suami memujuk n membelainya... ;-) thanks kak rehan.
ReplyDelete-hanim-
sgt best n kelakar...
ReplyDeletereally nice...
ReplyDeletelagi RM..
semoga chat2 slalu..=)
best dapat hubby penyayang cam riz...hehhee..prihatin sungguh...tungku elektrik moden tu memang berkesan untuk period pain.saya pun pakai.siap jual gai sekarang.heheh harga murah dan berbaloi sgt.
ReplyDeletebest dapat hubby penyayang cam riz...hehhee..prihatin sungguh...tungku elektrik moden tu memang berkesan untuk period pain.saya pun pakai.siap jual gai sekarang.heheh harga murah dan berbaloi sgt.
ReplyDeletetouching.. nice n3.. thank you RM!!!
ReplyDeleteHarap cik pnlis shat dah...bleh cpat2 sbung n3 hehehe...bila yer syai nk trima budriz....
ReplyDeleteBagus ...#^_^
ReplyDeleteDah nampak dah tindak balas positif dekat Syaima ....
Harap Budriz berjaya mengubah Syaima kearah kebaikan ...#^_^
Kak rehan,,moga2 cepat sembuh! hehe,,dan moga2 cepat sambung,, :D
ReplyDeleteAkak sukew cite RM ni pandai writer bawe pembaca nmpknye akak akan jadi peminat tegar RM tak sabar nk tunggu cite ni dibukukan dan cite2 RM yg lain pun . Bagilh kegoncangan dihati syai dgn hubungan bud dgn pilihan neneknye biar syai tahu yg sebenarnye dia pun memang suke sgt2 dgn si suami dn buatkn syai mcm mana nk meraih kasih syng Bud balik alam rtumah tangga kn selalunye begitukn ade turun naik .
ReplyDeletekak, sambung cepat-cepat ye....
ReplyDeleteSalam Rehan...akak sentiasa mgikuti citer STK...ini 1st tyme akak beri komen..brmula dri awal watak2 yg d bwa leh Budriz & Syai sngt memuaskn hati akak..sifat Budriz yg tegas..pyayang...sabar...yg akak suka watak Bud yg romantika..pandai brkias...cukup dgn perisa asam garam..mbuatkn akak leka dan terbuai...hehee. Next n3 bgi lah hati Syai lembut sikit...hope lpas ni Syai dpt hadap muka Bud pelan2 slpas mdngr khutbah dri suami yg tk ingin d hadapnya.....
ReplyDelete~Ida yahya brunei..
serius sayu..huhu
ReplyDeletedapatkan tungku elektrik di SINI
ReplyDeletesmpai nanges2..
ReplyDeletelembutnyaaa budrizz nii..cepat2laaa bagi syai lembutt hati tu kak rm .x sabaa da niee!!.kesiann budrizz..kerass betol hati diaaa..ish geram pon ade ni kat syai..>,<
ReplyDeleteMampu ke kita ambik smula hati org yg dh xsyg kita..mampu ke kita lembutkan smula hati dia utk bsama kita...ya allah lembutnya hati budrizz..sabar je dia melayan kerenah isteri dia..huhuhu...nak suami mcm tu blh..hihihihi
ReplyDeleteMampu ke kita ambik smula hati org yg dh xsyg kita..mampu ke kita lembutkan smula hati dia utk bsama kita...ya allah lembutnya hati budrizz..sabar je dia melayan kerenah isteri dia..huhuhu...nak suami mcm tu blh..hihihihi
ReplyDeleteSalam buat Kak Rehan
ReplyDeleteSo the bestnya....love it!love it so much..so the feeling one.., hehe.., tak tahu berapa banyak air mata yang menitis...setiap novel Kak Rehan yang saya baca bisa bikin hati ini tak keruan ...jeep up the goid work