BAB 18
TIGA
hari setelah aku kembali, Najwa menelefon bertanyakanku. Suara gadis itu kedengaran risau dan tahulah
aku yang Budriz dan Norman sendiri tidak
berkata apa pada Najwa akan hubunganku dan Budriz.
Hari
ini, kaki ini tetap berat hendak melangkah.
Aku pandang pintu luncur yang terbuka lebar. Terbuka lebar setelah Budriz berlalu ke
pejabat pagi tadi dan di sini juga aku sedari tadi setelah dia mengucup dahiku
hangat bersama pesanan yang kedengaran tulus dan ikhlas.
Tidak
pernah aku berasa begini. Tidak pernah
berasa berat kaki hendak melangkah keluar.
Mata ini hanya memandang tanpa rasa.
Ada yang
menghasut untuk membawa langkahku keluar langsung dari sini dan mengingkari
pesanan suami. Ada pula yang menahan langkahku.
Apakah
yang sedang merantai kaki ini, aku sendiri tidak tahu. Andai aku punya jawapan, pastilah hati tidak
keliru. Duduk bersendiri di atas anak
tangga membawa ingatanku pada arwah ibu.
Di sinilah aku menemani dia setiap kalinya. Di sinilah aku duduk menanti kepulangan ayah
kala dulu.
Bayangan
lalu hadir namun terpadam pantas dengan bayangan wajah Budriz dan layanannya
padaku. Terbias jelas di wajahku akan
kebiadapanku padanya dan kelembutan layanan itu. Aku pejam mata seketika sebelum membukanya
kembali kala telefon di sisiku menjerit nyaring.
Aku
kalih dan memandang tanpa minat. Nama
Najwa muncul pada skrin Samsung Galaxy itu.
Lambat-lambat aku angkat dan menyentuh skrinnya.
“Ya,
Najwa.” Aku menyahut lemah.
“Syai
awak okey ke? Kenapa Norman suruh saya
kemas pakaian awak?” tanya Najwa sedikit
menjerit. Dia sedang kebimbangan.
Aku
pantas bangkit dengan mata yang membulat dan nafas yang bergelora. Akhirnya, pastilah terungkai.
“Apa
awak cakap ni, Najwa?” tanyaku pinta
kepastian.
Dia
mengeluh kecil. “Norman call saya. Dia kata petang ni Encik Syed datang ambil
barang-barang awak. Dia minta saya
kemaskan. Awak tak apa-apa, kan ? Awak kenapa dengan Encik Syed?”
Kepala
yang sakit tiba-tiba aku picit perlahan.
Rambut yang tidak diikat dengan kemas aku cekam sekuat hati. Entah apa yang perlu aku ucapkan. Entah di mana harus aku letak taraf Budriz
dalam hidupku biarpun aku tahu dia berhak segalanya. Biarpun aku tahu akan kebenaran dalam
kata-katanya beberapa hari sudah.
“Dia tu
anak tiri ayah saya, Najwa,” akuiku jujur bersama keluhan berat.
“Maknanya
betullah dia cakap dia abang awak dulu tu?”
Najwa bagaikan tidak percaya akan jawapanku namun aku sekadar dia. Menjawab saja soalan Najwa dengan helaan
nafas yang tertahan-tahan.
“Syai…
tak apalah kalau betul awak nak balik rumah keluarga awak semula. Saya takut awak kena tangkap dengan orang
jahat je. Tapi kalau Encik Syed saya
percayakan dia. Dia memang baik. Sangat baik selama saya kenal dia ni. Fuh… lega saya Syai.” Najwa mengeluh sendiri.
Menyatakan
yang dia benar-benar lega dengan kenyataan ini dan aku sendiri terhimpit pula
tapi aku tidak pula membohongi dia.
Benar Budriz itu anak tiri ayah dan juga suami yang tak mampu aku lihat
biarpun seketika tapi setelah beberapa hari berlalu, untuk apa aku masih di
sini. Menghadapi dia setiap masa.
Talian
mati begitu saja. Hanya helaan nafas
lega Najwa yang menyapa cuping telingaku.
Sukar hendak kuterima kata-kata Najwa.
Benarkah Budriz begitu? Andai
difikirkan, dia memang baik dalam melayaniku daripada dulu tapi mengapa sanggup
dia dan bondanya merampas ayah dan memerangkapku?
“Kerana
abang cintakan Syai!”
Suara
itu hadir lagi berdengan di dalam mindaku.
Alasan yang terlalu sukar hendakku terima.
“Sebab
Syai dah lama hidup dalam dunia sendiri.
Abang nak bawa Syai bersama abang kita cari cahaya!”
Semakin
jelas dan terus datang silih berganti alasannya yang membawa kami terikat di
atas surat
nikah dan sisi agama. Aku meramas rambut
dan kutarik getah rambut itu membiarkannya lepas bebas lantas aku bawa
langkahku ke atas. Setelah pintu
ditolak, aku terkaku seketika. Bayangan
Budriz hadir lagi. Mendekat dan terus
dapat menghimpitku membuatkan nafas ini sesak sendiri.
Perlahan-lahan,
aku jatuh melurut ke lantai. “Ya Allah…
apa semua ni? Kenapa jadi macam ni? Kenapa Kau ubah hala niatku?” Aku menyoal diri.
Lambat-lambat,
aku sembamkan wajah ke lutut. Airmata
semakin menujah tembok kelopak mata yang terasa suam. Jemariku bergetar hebat. Bibirku juga begitu. Bertahan dari sendu. Bertahan dari mendengar satu bisikan yang
tidak mahu kudengar.
“Kenapa
semua ni terjadi? Kenapa? Kenapa???”
tanyaku menjerit nyaring bersama airmata yang terus menodai pipi.
“Kenapa,
bu? Syai nak diorang rasa kesakitan kita
tapi kenapa Syai macam ni? Syai nak
diorang rasa perit dan jerihnya akan apa yang kita lalui dulu tapi kena macam
ni, bu? Syai tak mahu, bu. Syai nak balas penderitaan ibu selama ni,”
rintihku sambil menggeleng berkali-kali tidak mampu menerima hakikat yang hati
ini mula berdegup lagi. Terasa hidup.
“Aku
tak nak macam ni!” tukasku tegas bersama
nafas yang resah. Bangkit berdiri tegak
dan terus mundar mandir di dalam bilik.
“Aku
tak boleh macam ni. Mereka tak rasa apa
aku rasa. Mudah bercakap. Mudah segalanya sedangkan aku yang galas
segalanya selama ini!” tekanku agar diri
terus tekad dengan niat yang jelas songsang itu.
Pantas
aku hampir ke almari. Pintu almari aku
tarik rakut. Niatku hendak menukar
pakaian yang tersarung ini dengan pakaian yang agak sopan dan aku mahu terus
keluar dari rumah ni tanpa mempedulikan apa-apa lagi.
Baru
saja aku tarik pakaian dari tubuh, pintu ditolak dari luar. Aku berpaling dan mata ini terpaku pada
seraut wajah yang jelas terkejut merenungku tidak berkelip-kelip. Aku juga begitu. Kaku dari kaki hingga ke kepala. Terlupa diri yang tidak sempurna kala ini. Diri yang terdedah separuh tubuh hinggalah
Budriz rapat padaku nak merapatkan daun pintu almari.
“Sayang
nak tukar pakaian pergi mana?” soalnya
tenang. Namun gelodak di dalam dadanya
tiada siapa yang tahu.
Risau
dengan tindakannya yang seterusnya, aku keraskan diri. Budriz mengukir senyum. Butang kemejanya dibuka sedikit lalu dia
capai blouse yang masih di tanganku tadi lantas
disarungkan dan bagaikan terpukau, aku mengikut segalanya hingga akhirnya,
Budriz melepaskan rambutku keluar dari pakaian.
“Sayang
dah sihat?” soalnya. Tapi, aku tetap mendiamkan diri.
Basah
rasanya kelopak mata ini lagi. Berperang
dengan kehendak yang mahu aku pertahankan dan keinginan yang tiba-tiba
datang.
“Mari
sini,” ajak dia lalu dia menarikku ke pintu.
Kami
sama-sama menapak ke bawah dan bila tiba pada anak tangga terakhir, langkah
kami sama-sama terhenti.
“Sayang
kenapa tak tutup sliding-door
ni? Masuk penjahat karang macam
mana? Bahaya tau.” Dia merungut sedikit tapi aku tetap kaku. Sekadar membiarkan dia berbicara. Terasa indah bagaikan sebuah puisi cinta yang
tak pernah aku dengar selama ini.
“Alhamdullillah…
sayang dengar kata abang. Tak keluar
dari rumah tapi tadi tukar baju nak pergi mana?
Kebetulan abang sampai. Seksi
sayang abang ni. Gemuruh kejap,” usik
dia bersahaja lalu dia lekap tangan ke dada dan ketawa kecil.
Aku
ketap bibir dengan pandangan yang semakin kabur melihatkan layanannya yang amat
menusuk hati ini. Menggores bagaikan
tidak mahu berhenti. Mengalir darah dan
membara marah.
“Atau
sayang nak pakai cantik-cantik ni sebab nak sambut suami balik?” tebak dia
lagi.
Lama
dia memandangku yang tetap membisu.
Setelah itu dia mengeluh sendiri.
Tanganku ditarik lagi menuju ke dapur dan tiba saja di ambang pintu
dapur, langkah ku terhenti. Aku nampak
ibu menderita di situ. Aku nampak arwah
ibu yang sedang mengalir airmata derita yang amat.
Serta
merta aku rentap tanganku daripada dia.
“Aku nak keluar dari rumah ni!”
tekanku.
Budriz
kaku tapi tidak lama bila dia kembali menarikku erat ke dalam pelukannya. Semakin aku memberontak semakin dia menarik
erat aku rapat ke dada bidangnya.
Rambutku diselak ke depan lalu jemari suam itu singgah di belakang leher
menenangkanku.
“Syhh…
kenapa ni? Abang balik tengah hari ini
nak jenguk isteri abang. Sayang
kenapa?”
“Aku
tak nak kau. Aku tak nak!” bentakku dalam tangisan.
“Abang
nak sayang. Abang nak. Tapi sekarang abang nak makan. Tapi bukan
makan sayang. Makan nasi. Abang lapar.
Sayang masak tak?” tanya dia
mengubah hala emosiku.
“Masak
tak?” tekan dia sedikit. Pantas aku menggeleng di bahunya.
“La…
abang mati-mati ingat Syai masak. Tapi
tak apalah. Abang dah bungkus pun. Nanti weekend kita keluar shopping barang
dapur, ya. Jom makan dulu,” ajak dia
lembut.
Pelukan
terlerai seketika tapi aku tetap membatu membuatkan langkah Budriz terhenti
juga. Aku pandang tangan yang sedang mencengkam lenganku.
“Kenapa?”
“Kenapa
kau layan aku macam ni? Aku jahat selama
ni. Aku banyak sakitkan hati kau.
Aku benci kau.”
Dia
senyum padaku kemudian tubuh itu kembali mendekat.
“Sebab
sayang isteri abang. Abang sayang
Syai. Tak apalah yang dah lalu, abang
dah lali dari kita kecil lagi. Kalau nak
benci sekarang tak apalah. Abang
redha. Tapi, Syai patut bersyukur sebab
Syai je benci abang dan abang sayang Syai.
Buatnya kita sama-sama benci, jahanam rumah tangga kita. Haih… tak lalu abang nak fikir. Sikit-sikit nanti kita kikis benci tu jadi
sayang, ya? Kalau Syai tak larat, abang
sudi tolong,” jawabnya dengan suara yang tenang dan teratur.
“Sekali
Syai benci, sepuluh kali abang menyayangi,” sambung dia tiba-tiba dengan anak
mata yang redup merenungku tanpa senyum.
Hanya keresahan semata-mata.
**
MATAKU
terpejam rapat. Setelah Budriz kembali
ke pejabat siang tadi, aku hanya duduk sendiri di tengah ruang tamu. Skrin telefon itu aku pandang lagi. Pesanan ringkas daripada Budriz aku baca
lagi.
-
Abg
balik lambat sikit. Urgent task. Tggu abg.
Ya. Aku sedang menantinya. Menanti untuk meleraikan segalanya. Segala yang telah dia ikat dan aku mahu
berlalu sejauh mungkin. Jam berdetak. Aku sandarkan kepala pada belakang sofa
memerhati siling kapur yang ind ah
berukir.
Sungguh
aku sendiri tidak sedar. Bilakah keadaan
rumah ini diubahsuai. Televisyen juga
telah bertukar. Sudah digantikan dengan
skrin LED 42 inci yang hanya kupandang sepi.
Aku larikan mata ini ke seluruhnya.
Tidak berubah dan kenangan bersama ibu juga kekal begitu. Kepedihan ini lebih hebat mengatasi sedikit
rasa asing yang muncul itu. Terbit sedikit demi sedikit tapi sayang. Belum sempat bercambah, terbunuh sudah kerana
aku memang mahukan begitu.
Tidak sedar,
mataku mula terkebil-kebil sendiri dan kelopak mata mula memberat hingga
akhirnya, kepala ini aku lentoknya pada bahu sofa. Kala aku sedar, ada tangan yang menyentuh
pipiku.
Aku pantas
buka mata dengan rasa terkejut namun lega bila wajah Budriz muncul
kepenatan.
“Kenapa
tidur sini?” Dia meraih tanganku memaksa
aku menyalami dia. Bila aku sekadar
sekadar tidak mengerti, dia menyuakan sendiri tangan itu ke wajahku.
“Aba ng sayang dia,” bisik
dia lalu dia kucup dahiku seketika.
Beg
sandangnya, diletak di atas meja kopi dan dia juga turut melabuhkan duduk di
birai meja kopi itu. Aku angkat tubuh
dan memandang dia.
“Lambat
balik?” soalku. Menjeling ke arah jam di dinding.
“Sayang
tunggu abang?” Dia kembali bertanya
padaku bersama seulas senyuman di wajah penat itu.
Perlahan-lahan,
aku jatuhkan kepala mengiyakan dan senyuman Budriz semakin lebar.
“Thanks.
Sayang masak tak?” Dia menyoal
lagi dan kemudiannya dia tepuk dahinya sendiri.
“Aduhai…
maaf-maaf, yang. Lupa siang tadi pun
kita makan nasi bungkus. Weekend kita
keluar, ya?” janji dia sekali lagi.
Aku ketap
bibir. Wajahnya aku renung. Membalas tikaman mata itu padaku. Tikaman yang lembut dan menusuk sedangkan renunganku
adalah renungan yang mahu membunuh.
“Aku
memang tunggu kau!” tegasku.
“Aba ng tahu.”
“Sungguh
ni Budriz. Sungguh aku katakan yang aku
tak mampu nak hidup dengan kau. Jangan kata
sebumbung malah aku tak mampu terima sekalipun yang kau wujud atas dunia
ni. Lepaskan aku dengan cara baik,”
ucapku namun langsung tidak membunuh senyuman dia.
Budriz
menyulam jemarinya sesama sendiri dan tubuh itu membongkok sedikit membawa
wajahnya hampir sedikit padaku. Kening lebat
itu dijungkit lama.
“Aba ng dah agak sayang nak
cakap macam ni dan abang tak nak tanya kenapa sebab berkali-kali dah sayang
cakap sebabnya dari dulu sampai sekarang.
Cuma satu je abang nak tanya? Sayang
percaya takdir?” soal Budriz
tenang.
Terkedu
dengan soalan dan ketenangannya, bibirku terkatup rapat. Lidah tak mampu bersuara sedangkan hati
mengiyakan segalanya.
“Mesti
Syai percaya, kan ?” tanya dia kemudiannya seraya membetulkan
tubuhnya. Agak tegak dan mendabik dada
sedikit.
“Kenapa
tak sudah-sudah nak minta abang lepaskan Syai andai Syai percayakan
takdir? Sebab benci? Sebab dendam yang telah Syai hidupkan dalam
hidup Syai sepuluh tahun sudah? Sebab ayah
kahwin dengan bonda dan biarkan Syai dan arwah ibu Syai sendiri?”
Kata-kata
Budriz benar-benar mencabarku kala ini. Pantas
aku bangkit dan mencerlung pada dia yang sedang memanggung pandangannya
padaku.
“Memang
begitu dan akan kekal begitu, Budriz!”
Aku ketap gigi hebat.
Budriz
senyum lagi dan bangkit juga membawa aku pula terdongak pada dia. Dia menapak setapak dan aku langsung tidak
berganjak.
“Kita
tak tahu masalah orang tua kita masa tu, sayang. Andai takdir tu di tangan manusia, mudah
segalanya. Mudah untuk dunia ni hancur
sebab manusia ni tak pernah cukup. Tak pernah
bersyukur dengan apa ada. Tak bersyukur
dengan nikmat dan layanan baik yang
diterima,” bidas dia.
Aku
ketap bibir. Pedih hati menerima
sindiran dia.
“Kau
jangan nak sindir aku, Budriz. Ini soal
keluarga aku!”
“Dan
abang suami Syai sekarang. Syai bukan
lagi hak ayah tapi hak abang. Segala
dosa Syai, abang yang galas. Tolonglah,
sayang… cuba
pujuk hati sayang tu untuk terima takdir hidup sayang. Jodoh sayang dengan abang memang aturan
Allah. Mungkin caranya silap tapi
hubungan kita ni adalah satu anugerah, sayang.”
Semakin
lembut suara Budriz memujukku. Jemari
kasarnya itu singgah lagi di pipiku, mengelus lembut membuatkan aku terbuai
seketika. Terasa sedikit nikmat kasih
sayang.
“Sayang
belajar terima takdir yang telah Tuhan aturkan buat kita, ya?” Dia mengedipkan
matanya sekali dan aku yang bagaikan baru tersedar dari usapan lembutnya, terus
saja menepis kasar tangan itu.
“Kau
jangan nak bercakap soal takdir dengan aku, Budriz sebab kau tak pernah
laluinya,” ujarku dengan suara yang bergetar hebat dan airmata yang kembali
menitis ke pipi.
“Kau
tak akan pernah tahu betapa hebat aku menghadapi takdir aku. Kau tak pernah rasa itu semua, Budriz!”
Budriz
menggeleng kesal. Dia beristighfar
panjang. “Mengucap sikit, sayang!” tegur
dia agak keras. Mata itu sedikit
membulat.
“Sayang
sedar tak sayang sedang menyalahkan takdir.
Menolak takdir bermakna menolak percaturan Allah dan itu adalah salah
sama sekali. Berdosa besar!” tekan dia
lagi.
“Kau
memang rasa ini semua salah tapi aku yang menanggung ni terlalu perit, Budriz. Aku terpaksa hadap segalanya sendiri dan hari
ni aku terpaksa hadap kau pulak. Malah kau
dapatkan aku dengan cara tak jijik macam ni!” bentakku.
Aku
tolak tubuhnya hinggakan Budriz terdorong ke belakang sedikit namun dia pantas
mendapatkanku semula sebelum aku sempat melangkah.
Tangisanku
sudah meninggi. Aku sudah tidak mampu
menggalas bebanan ini. Mengapa Kau duga
aku seberat ini, Ya Tuhan? Apakah
khilafku selama ini? Hatiku merintih
pedih. Aku cengkam dadaku sekuat
hati. Sakit, terlalu sakit.
“Ya
Allah,” keluh Budriz lantas dia datang mendekat padaku. Dia tanpa teragak-agak memaut pinggangku ke
dalam pelukannya.
“Kenapa mesti jadi selemah ni, sayang? Sayang muslimat, kan ? Islam
yang percaya pada rukun Iman. Rukun Iman
yang ke-enam yang sedang sayang nafikan ni.
Beriman kepada Qada dan Qadar,” ujarnya sedikit berbisik.
Aku ketap bibir. Menangis
dan terus mengalirkan airmata. Pedihnya hati. Lara di jiwa kala ini bila Budriz berbisik
kata-kata itu dekat di telingaku.
“Kita manusia ni, seringkala bertanya. Mengapa dugaan sehebat ini? Dan Allah dah jawab dalam surah Surah
Al-Imran, ayat 139… yang membawa maksud, tidak Dia membebani seseorang hamba
itu kecuali sesuai dengan kesanggupannya untuk menggalas beban tersebut dan
abang yakin, sayang kuat untuk hadapi semua ni,” tegas Budriz padaku.
Tersapa di peluput telingaku akan helaan nafasnya yang
resah dan juga kesayuan kata-katanya.
Sedih barangkali dengan sikapku yang menolak aturan hidupku bulat-bulat.
“… dan manusia juga sering bertanya, mengapa aku
diuji? Dan Allah menjawab dalam Surah
Al-Ankabut, ayat 2… yang membawa maksud, tidak cukup sekadar pengucapan aku
telah beriman padahal kita semua masih belum diuji seperti mana Allah menguji
kaum-kaum sebelum kita, sayang. Bawa
mengucap, Nur Syaima binti Syakri.
Jangan terlalu diamuk oleh sifat syaitan yang dilaknat,” sambung dia
lagi.
Lidahku kelu.
Rasanya inilah pertama kali aku tertewas oleh bicara Budriz. Termangu juga aku seketika bersama airmata
yang semakin lebat titisannya. Kali ini,
aku teraba-raba tangan Budriz yang erat memeluk pinggangku. Aku sapa dengan jari terketar-ketar.
“Syai sakit…. Syai sakit dengan apa yang telah
terjadi. Syai benci ayah. Syai rindu ibu. Syai pedih bila ibu tersisih. Syai sakit bila ibu menderita,” ujarku lirih
dalam intonasi yang berubah mendayu.
Budriz membalikkan tubuhku menghadapinya dan membawa
jemari suamnya menyeka airmata di pipiku.
Rasanya inilah pertama kali aku dibisik rasa pilu dan rasa hati yang tertimpa
seberat-berat sesalan. Mudah terluncur
lancar namaku dari celah bibir ini. Aku
lihat Budriz melebarkan senyumannya pada wajah kelatnya.
“Sebab tu abang ikat Syai jadi isteri abang. Abang cintakan Syai. Abang nak ubati sakit tu. Abang nak halau jauh-jauh perit tu. Abang nak gantikan benci tu kepada sayang
yang Syai sendiri akan tersenyum kala menikmatinya,” pujuknya padaku.
Mata itu redup dan terus meredup. Aku tidak menjawab. Mengangguk tidak, menggeleng juga tidak. Hanya sekadar merenung wajah bersih di
depanku ini. Wajah lelaki yang telah sah
menjadi suamiku bila takdir membawa dekat di hati.
“Sayang harus syukur.
Orang lain lagi hebat terduga. Tapi
sayang… tak pernah terniat nak membalas kekasaran Syai pada abang. Tak pernah sekalipun, yang,” akui dia sambil
menggeleng berkali-kali.
“Syai bersyukurlah sebab abang tak memaksa malah balik
dari pejabat penat-penat, isteri lari dari rumah. Abang tetap sabar dan pohon Allah tunjukan
jalan buat abang. Syai bersyukurlah
sebab bila abang balik dari kerja penat-penat, isteri abang membentak dan minta
cerai. Tapi, abang tak marah. Malah abang pujuk. Abang peluk.
Apa Syai rasa kalau Syai sedang berhadapan dengan suami yang sikap yang
sama baran dan kerasnya macam Syai? Boleh
sayang bayang? Emm?”
Tertunduk aku seketika mendengarkan soalan yang tidak
putus dari bibir Budriz. Soalan yang
menyentakkan jiwa. Yang meruntuhkan ego
dan menarah dendam yang menggunung.
“Memang abang tak lalu semua tu tapi Syai tak tahu,
betapa sakitnya abang. Menderitanya abang
bila lihat wanita yang abang cinta menderita begini. Maafkan ayah. Maafkan bonda sebab abang akan
mandikan Syai dengan kasih sayang yang tak pernah putus melainkan Allah tarik
nyawa abang dari jasad ni,” ujar dia penuh yakin.
“Syai tak mampu
lupakan hal lalu…”
Aku takut andai aku tidak mampu dan iman yang terlalu
tipis ini cari akhirnya hingga menyebabkan aku melakukan perkara yang di luar
dugaan nanti.
“Sayang boleh. Sayang
boleh!” tekannya lalu dia menarik tubuhku rapat padanya.
Bibirku bergetar tidak mampu lagi mengungkap kata. Betapa selama ini aku menolak segala yang
berlaku sebagai kesilapan takdir dan mereka di sisiku. Sedangkan aku lupa, yang aku ini berpijak di
bumi-Nya, berbumbungkan langit Allah yang agung.
Kala ini, hanya airmata yang mampu menggambarkan
kekesalanku kerana menyalahkan takdir atas apa yang telah terjadi ke
atasku. Tanpa sedar, aku membalas
pelukan Budriz buat pertama kalinya.
Nafas berat Budriz lepaskan lalu dia membawa telapak
tangannya pada belakang kepalaku.
“Inilah abang apa adanya.
Yang ingin membuat sayang bahagia.
Maafkan bila abang tak sempurna. Sesempurna
cinta abang pada seorang isteri. Inilah abang
apa adanya, yang ingin selalu di samping
sayang. Abang tahu tiada apa yang
sempurna yang ada di bawah langit ini sebab tu abang perlukan Syai untuk
lengkapkan abang dan menjadi kesempurnaan pada Syai, ” bisiknya pada
telingaku.
Syahdu dan bersendu.
Pilu malah menusuk ke kalbu. Aku hela
nafas yang panjang dan kulepaskan perlahan-lahan bersama seluruh tubuh yang
bergetar hebat. Pelukan aku
eratkan.
“Maaf!” pintaku
antara dengar dan tidak.
~~> bersambung
Cik Penulis : Setelah ada bahagia, pasti terduga lagi....
semakin best!! nak lagi please~~~
ReplyDeletepompuan ni xtaw nk mghargai..
Deleteso dy xpatot dhrgai..
xde laki kat dunia ni sbaik itu..
xslamanya dy bleh sabar sdgkn dia lelaki biasa2...
siape cakap takde..dunia ni ade macam-macam orang..so tak mustahil ade orang sesabar itu..sb ai sendiri pernah tengok..
DeleteTQ cik RM !!! wah , entry kali ni best la ... saya harap saya orang first yang comment untuk malam ni ;D
ReplyDeletewaaaa caya la cik Rehan,.menusuk kalbu hingga ke tulang sumsum hehe
ReplyDeletesikit lagi Budriz,.tawan ati Syai ketat2,.buat Syai rase y ade org syg dia n xbiarkan dia sorg2 keke
ala....sudah2 la kisah tragis tu.... kesian sgt kat budriz....xnak...xnak...
ReplyDeletewahh,dah xlama dh tu syai terima budriz!!
ReplyDeleteBest !
ReplyDeletesedihnya....harap syai insaf n terima budriz
ReplyDeletetersentuhnya.terbaik
ReplyDeleteya allah,
ReplyDeletesweet nya!
:)
Alhamdulillah..syai dh bleh xcept husband dia.. pasni moga ade bhagia buat syai...
ReplyDeletekak rehan mmg superb la akak, sungguh hatiku tersentuh dengan kebaikn n kelembutan budriz huhu T_T
ReplyDeletewaaaaaaaaaa.......best sgt..syai dh lembut skit...bgus la..suka2..hehe
ReplyDeletecomon budriz..!!
ReplyDeletentah knp saya bca n3 ni saya rsa sedih kat karehan..mesti karehan tgh strggle gila2 nak puaskan hati semua pembca..ksian karehan
ReplyDeleteWah! dah ada perubahan nampaknya. Syai dah mula terima Budriz.
ReplyDeletetrhibur baca n3 kali ni, apatah lg dlm mood wekend...ksian budriz kena hafal makna surah2 lg nk memujuk si syai, kalau keras lg hati si syai x tau le mokcik nk nolongnye...
ReplyDeleteterharu............
ReplyDeleteThere will be a good behind the bad, no worries, good luck Budriz! (Y) btw, Budriz sangat gentleman, aduhaiii
ReplyDeletehey commenlah... kenapa mesti syai mudah lemah dengan pujukan suami? huh!
ReplyDeletebudriz kena faham!!!!!!! argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
isteri derhaka tak masuk syurga
Deletebesttttt...nak lagi dan lagi dan lagi.....
ReplyDeletewah best2.. mudah2an syai lembut hati....
ReplyDeletexsabar nie nk baca next entry..huhu
ouh abang budriz tersayang , nape sgt sweet nie , cayaq mak jemah tau. hehe. go budriz go! lama lama pasti syai akan tergoda dengan kelembutan dan kesabaran budriz cuma mungkin lambat sket kot. hee. thanks kak rehan for this entry! anyways , triple thumbs up!! :)
ReplyDelete#Murni Tan
nak lagiii..plzzz...:)
ReplyDeletebest2!!untung syai dpt hubby pnyabar...huhu...
ReplyDeleteCik Penulis ~~~~~> yr last line made my heart dup dap... dugaan apa lagi ni RM dearest? Continue please...
ReplyDeletetq RM sbab update STK 18...love u so much and all the best to the next entry...:)
ReplyDeleteterbaek... nak lg...hehe
ReplyDelete...Dg. Siti...
ohohohooh syai dah ok.. apa maksud akak pasti terduga lagi...? suspen2..
ReplyDeleteTerbaek.......
ReplyDeleteSmbg lgi.....cpt2....
syai da bleh trima skit pe yg da blaku pd dia slama nie..budriz truskn usaha utk bhgiakn syai
ReplyDeleteREAD THIS
ReplyDeleteTO WRITER,
I loveeeeee it soooo much esp the last part of it. Sedih la. Tlg la create somethg happy sikit xnak lah sedih2 SANGAT mcm ini. Pls or plsssss?
alahai rehan, menangis saya baca part ni. Biar Syai terus cuba menolak sebab tak dapat lupakan perbuatan ayah dia tapi Budriz terus sabar memujuk....dan kami semua cairrrr!
ReplyDeleteapa2 pun cik penulis, tolong sambung cepat2 ye, kami semua terlalu excited nak baca & baca sampai habis.
ReplyDeletewooo....suka sngt, yesssss abg Budriz terus pujuk dan tambahkn mukidmah kuarkn sabda hadis agar meyedarkn dan mlembutkn Hati Syai...Heheee....pas ni abg Budriz bwalah Syai pi soping bli brang dapur yea heheee...
ReplyDeleteIda....
wooh.teruja! huhu
ReplyDeletehang kan Reahan... klau dh bahagia ... msti ada duga.. pastu bahagia.. pastu duga.... hmmm.....
ReplyDeletekak rehan..kasi la die bahagia lama2 sket..hehehe
ReplyDeletesedi...harap lpas ni biarla budriz n syai bahagia.
ReplyDeletepewwit terbaik wok.gilerh kentg aah tabik supeb spring kat Budriz. Syaima dah cair dah tuh. push lagi skit jeh lagi kot. wallauweh romantik couple dah nk muncul ke? terbaik aah
ReplyDeleteBest....#^_^
ReplyDeleteakhirnya Syaima meminta kemaafan dari Budriz...
Harap Syaima x berubah fikiran lagi ....
best :) buat ku terharu..
ReplyDeleteah rs sdih n sayu dgn entri,,ayat2 al-quran kn pastikan betul terjemahannya spya pmbaca y baca pun boleh rs sama n memahaminya..
ReplyDeleteEntry kali ni plg best rehan..sggggttt2..
ReplyDeletebuat sye cair dan mcm nak cari jer budriz yg sweet dan romantik 2..ble bca entry ni sye rasa insaf dgn ayat2 quran yg rehan gunakan..rasa sedih dan terpikir2 akn takdir yg kite smua tempuh tanpa kite sedar..tahniah rm..awak mmg penulis yg berbakat..
* jgn lupa update STK 19 cepat2 yer..hari ni ke..x sabar dah nak bce.
ayat budriz yg last 2 mcm lagu je..hehe
ReplyDeleteAlhamdulillaah. Saya adalah salah satu pembaca setia blog ka Rehan ini.
ReplyDeleteSaya dari Indonesia.
Saya suka dengan cerpen2 dan novel2 ka Rehan. Alhamdulillaah, dengan membaca blog ka Rehan menambah kosakata bahasa Malaysia. Terkadang malah ingin bicara pakai bahasa Malaysia. Hhee,.
Terus berkarya ya ka Rehan.
Semoga sukses dan selalu diberi kesehatan oleh Allooh. Semoga Allooh slalu menjaga ka Rehan dan keluarga. Aamiin.
sedih..ayat budriz tu buat saya terharu..kadang2 kita mmg akn slalu tanya kenapa kita diuji sedangkan dekat luar tu ada lagi org yg diuji dgn lebih hebat..
ReplyDeleteayat budriz yg last2 tu mmg buat saya rasa sedih..huhu..napalah saya emo sangat ni..terharu sungguh dgn ayat dia..
berbahgialah syai dan budriz..:) memang tak sangka.. tp Allahuakhbar.. n3 kali ni rasanya yg terbaik..bukan sekadar kisah semata tp ada benda utk difikir..direnung..jg buat muhasabah diri..tahniah RM..syukurlah kerana anda diberi peluang olehNya utk meminjam ilhamNya yg sngt luas..hny insan bertuah yg terpilih antara terpilih..^^ tahniah.. mg mampu menghasilkan yg lebih baik..InsyaAllah..
ReplyDeletesyai dh lembut yea? suke3
ReplyDeletepndai RM gbungkn ayt ngn lirik..tersentuh jiwa kalbu..
ReplyDeletecm ada kene mngena la plak..ayt 2 ngn kite..
gud job..
Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yang sempurna
Di bawah kolong langit ini
-petikan lirik CInta Kita..
best2...tp kdg2 asa geram ngn syai ni..dh dpt suami baik n penyabar pn lg nk keras kpla..tp kn kak rehan, bla bc nvl ni ase cm sy ada dlm diri syai tu je...huhu..ape pn x sbr nk tggu next entry...gud job..
ReplyDeletetahniah rehan! teruskan usaha
ReplyDelete-chah husain-
best!!!ble syai nk lentok ngn budriz ni..alahai...x sabo dh ni..
ReplyDeletebest nak lagi
ReplyDeletebile nak keluar novel baru
mmg the bes la n3 kali ni...sweet nyer budriz...nk ag....
ReplyDeleteepisod ni best kak
ReplyDeleteakak ada selitkan dgn bab2 agama
bg sy sngt bermakna
menusuk ke pangkal jantung
best nak lagi.. tak sabar nk tunggu n3 ke 19.
ReplyDeletedulu baca cerpennya.. dah segelen air mata.. ni baca novel.. bergelen-gelen melimpah.. kalau zaman sultan mahmud tentu den kaya.. tahniah rehan... terbuai dan terikut2 perasaan Syai..
ReplyDeleteaduhhh...sdah jatuh ati ngan budriz...
ReplyDeletesgt sbar dan pnyayang...harap syaima akan sedar cinta tulus budriz trhadap dia...
cair ngan pjukan budriz kt syaima...
hope syaima x keras ati dekat budriz dh...
tq RM for this entry..syg RM..
best..mkin lame mkn best..
ReplyDeletexsbar tngu n3 strusnya...
kak Rehan ku sayang, harini ada entri baru tak? kasi semangat skit nk kerja...monday blues.
ReplyDeletejgn la duga budriz & syai lama2, sedih la.
Betul kata Budriz nasib baik Syai dapat suami yang lembut, kalau kena yang keras macam sifat Syai apa yang akan jadi pada sebuah rumahtangga... Syai ni lembut tapi kerana sifat dendam menjadikan dia seorang yang pemarah...... terharu dengan sikap Budriz....
ReplyDeleteNyebok cikit. Sebabtu lelaki dan perempuan saling melengkapi... psst. Cik Penulis kita memang pandai menggabungkan dua jasad jadi dua hati pastu buat semua pembaca terhiccup menahan 1001 rasa yang berbagai.... hee.. Sue, kita sama-sama tunggu next n3 ya.. ~~~~~> Cik Penulis, cepatan...
Deleteyeay tembok batu dah mula cair... chaiyok Syai... tp dlm memberi bahgia tu main tarik tali skit... bukan menolak takdir... org yg pernah merasai sakit tu jer yg tau...
ReplyDeleteAkhir nanti syai akan jd isteri solehah dan terbaik utk budriz... budriz plak yg penat nk hadap muka syai nanti...ngeh ngeh....
kata2 budriz sngt menyentuh perasaan...pasti ada bahagia di penghujung derita
ReplyDeleteterharu kak...sungguh dlm ayat dlm bab kali ni...
ReplyDeletecerita ni byk pengajaran mengenai kehidupan masa kini =).. terlalu ramai yg menyalahi takdir sehinggakan mereka lupa disebalik dugaan tu ada hikmahnya.. cara ayat pengolahan cerita RM memang the best la.. tertarik sgt!!
ReplyDeleteakak rehan- sy nak tanye,kenapa sy nak hntar karya ke penulisan2u tak boleh yer?
ReplyDeleteadakah sebb sy tak gune microsoft word 2010?
Rehan, thanks for the n3. Sayu dan menyayat hati. berkat kesabaran Budriz, akhirnya dilembutkan hati Syai utk menerimanya. x sabar nk tggu n3 baru.. By d way, sy nk ucapkan tahniah, buku 'Terlerai Kasih' mmg best sampai sy menangis ketika membacanya. Sedih sgt, kesian kat Wafi asyik ditimpa masalah dan geram pada abg iparnya yg jahat itu.
ReplyDelete