BAB 20
BUDRIZ
angkat tubuh sasanya. Berdiri tegak di
depanku yang masih mengusi nasi yang masih banyak berbaki di dalam claypot itu. Nasi dimasakkan dengan keju dan juga
cendawan. Langsung tidak mampu
kutelan. Apatah lagi mengingatkan
kebaikan Budriz dalam setiap layanannya.
“Tak
nak makan, jomlah kita masuk beli barang,” ajak dia sambil menolak kerusi dan
mendekat ke sisiku.
Pantas aku
tolak claypot tersebut dan menyisip
saki baki ice lemon tea dan turut bangkit juga.
Bila hendak menolak kerusi, Budriz terlebih dahulu menariknya. Aku pandang dia pelik.
Eleh,
macam dekat hotel la pulak. Padahal foodcourt Carefour je pun. Desis hatiku mengejek dia. Budriz senyum tiba-tiba bagaikan mengerti
akan apa yang bermain di dalam mindaku.
“Esok-esok
kita tak busy, abang bawa makan dekat
hotel. Lebih proper dan mood pun
romantik masa tu. Privacy sikit. Dah jom…” Dia terus menarik tanganku dan menggenggam
jemariku erat agar menapak rapat di sisinya.
“Buat
senarai tak?” tanya dia saat kami
sama-sama memasuki pagar untuk ke dalam pasaraya besar.
Aku telan
liur dan menggeleng.
“La… kan abang dah cakap
banyak hari, kena buat senarai. Mudah kerja. Ni nanti teraba-raba nak cari barang!”
Budriz
mengeluh kecil dan bercekak pinggang seketika memandangku tapi lambat-lambat,
wajah seriusnya hilang. Wajah tegangnya kendur.
“Aba ng gurau je. Abang dah buat senarai tu awal-awal lagi
sebab tahu isteri abang ni tak akan buat,” ujarnya seketika kemudian lalu dia
menarik sebuah troli dan ditolak cermat memandangkan pengunjung agak ramai kala
ini.
“Eleh…
kalau tak ada pun, macamlah tak boleh beli barang. Teraba-raba apa? Raba apa-apa yang diperlukan jelah. Kenapa?
Kau tak ada mata nak raba barang-barang yang kau nak beli?” sindirku pedas.
Budriz
tetap begitu. Senyum dan terus tersenyum
malah semakin melebar pula bibir itu merekah dengan senyuman. Dia membetulkan kolar bajunya sedikit dan
tunduk kepala itu dekat pada telingaku.
“Aba ng reti raba apa yang
ada pada isteri abang je. Yang lain kena
ada senarai. Kalau tak, tak jumpa,” usik
dia dan aku terus saja menepuk bahunya kuat membuatkan wajah Budriz menyeringai
menahan pedih.
“Kau
jangan macam-macam hal, Budriz. Kau patut
bersyukur aku tak buat pasal tenagh-tengah oran g ramai ni!” larangku keras.
“Berani? Tak malu?”
“Jangan
cabar!”
Aku
mengetap gigi bila merasakan Budriz sengaja mencabarku kala ini. Dia senyum menyenget.
“Aba ng tak cabar. Abang tanya,” selanya mudah.
Troli itu
ditolak ke depan lagi. Menuju ke tempat
makanan basah. Membiarkan aku melangkah
pantas mengejarnya. Pelik dengan diri
sendiri. Mengapa harus begini? Tidakkah mudah untukku berpatah balik saja
dan terus lari dari hidup dia selamanya?
Tapi sayang, bila kakiku pantas membuntuti langkah Budriz dan bila aku
semakin hampir, dia berpaling dan melambaiku.
“Jalan
la dekat abang. Nanti oran g usik, awak pergi simbah dengan apa-apa
jenuh abang nak leraikan pergaduhan nanti,” sinis dia membuatkan aku menjeling
tajam pada dia.
“Kalau
aku nak simbah pun… kaulah oran gnya. Orang lain tak mungkin!” tekanku gera m.
Dia
senyum. “Sebab tu abang kata biar abang
je sebab kalau oran g
lain, mesti tak dapat bertahan. Abang je
mampu hadap Syai biarpun Syai tak pernah nak hadap abang!”
Dia menyindirku
lagi dengan wajah tenangnya itu membuatkan aku memakukan langkah sedangkan
Budriz terus mara menuju ke tempat makanan basah. Dia sedang membelek-belek ayam yang ada. Kemudian, berlalu mengisi ikan dan juga udang
serta sotong. Dibeli bagaikan tidak mahu
keluar rumah selama setahun membuatkan aku menggeleng sendiri..
Entah mengapa,
ada sesuatu berbisik di peluput telingaku.
ada elusan angin tenang yang mula menyapa. Rasa baju mengelus rambutku lembut kala
ini. Terasa sepi di tengah-tengah lautan
manusia yang lalu lalang membuatkan aku terus terpaku melihat pada lelaki
itu. Tanpa sedar bibirku menguntum
senyum. Buat pertama kalinya. Bukan kupaksa, jauh sekali kudesak.
Bila aku
tersedar susuk tubuh Budriz tiada lagi terbias di mataku membuatkan aku
memanjangkan leher mengintai kelibatnya tapi sayang bila ada kelibat lain yang
menyapa korneaku.
Bila kuamati
dan terus aku tunakkan renungan mataku, ada rasa lain tiba-tiba. Rasa marah dan dendam membara kembali. Senyum kumati dan bila aku mahu melangkah,
bahuku ditepuk lembut.
“Sayang!” Budriz menyeru pelik.
Aku berpaling
pada dia seketika dan bila aku kalih kembali pada apa yang aku fokuskan
sebentar tadi, jasad itu lenyap dan aku mengeluh sendiri. Menggeleng perlahan dan meraup wajahku.
“Kenapa?” soal dia lagi.
Aku menggeleng
dan terus mengikuti langkahnya bila Budriz mengajakku memilih sayur-sayuran pula.
“Banyaknya
lauk!” komenku tidak puas hati.
“Mana
ada banyak. Stok seminggu. Abang makan banyak. Nanti masak banyak-banyak sikit. Kasi suami gemuk nanti oran g kata Syai isteri yang pandai jaga suami…”
“Dah
tu, aku kering oran g
cakap kau tak pandai jaga aku lah nanti?”
Aku mencemik.
“Haaa…
sayang tak mungkin kurus sebab abang tak sempat nak sedut semua zat-zat sayang
lagi. Nanti abang dah sedut apa yang
patut, masa tu boleh kurus,” guraunya bersama sengihan nakal yang tak lekang
dari bibir yang sensual kemerahan itu.
“Kau nampa k ni?!” Aku angkat penumbuk sedikit pada dia dan dia
terus ketawa biarpun ada beberapa oran g
sedang memerhatikan ke arah kami.
“Tak
baik angkat tangan pada suami macam tu sayang…”
Dia berpesan sambil tangan itu ligat membelek helaian daun sawi yang hijau
menyegar.
“Tolong
abang ni. Cepat siap, cepat balik, cepat
boleh rehat, cepat boleh bermanja.”
Dia
menyiku lenganku sedikit dan aku hanya kaku membeku. Tiada daya hendakku layan karenah Budriz kala
ini bila kepala dan mindaku tidak lepas dari mencari wajah tadi.
“Cari
siapa?” soal dia tiba-tiba.
“Tengok
oran g.”
“Oh
selama ni Syai tak pernah tengok oran g
ke?”
“Aku
tengok kau je selama ni,” jawabku gera m
sambil tangan ini mengisi tomato di dalam plastik putih itu.
“Habis
tu, abang bukan oran g?”
“Kau oran g jugak. Orang asing.
Menyibuk dalam hidup aku tak sudah-sudah!” Aku menjawab dengan nada yang mendatar tanpa
memikirkan kesannya pada hati Budriz.
Dia diam
dan menghampiriku. Plastik di tanganku,
bertukar tangan. Sudahnya Budriz
ikatkan.
“Baguslah
juga kalau Syai rasa Syai pandang abang je sebelum ni. Setidak-tidaknya, abang tahu mata Syai tu tak
lepas dari abang, kan ?” sinis dia lantas dia berlalu ke kaunter untuk
menimbang semua barang membuatkan aku terkedu sekali lagi.
Terperangkap
dalam ayat yang aku luahkan untuk menyakiti hatinya. Sudahnya, aku yang terkedu sendiri. Kaku lagi hinggalah dia berpatah semula dan
menolak troli itu menuju ke tempat buah-buahan pula.
“Budriz…”
Aku
menyeru dia namun mata ini tepat memandang ke hadapan melihat manusia yang agak
ramai hari ini. Masih cuba mencari-cari kelibat
tadi. Bimbang juga andai itu hanyalah
permainan mata yang kabur pandangannya. Malah
hati juga turut kabur.
Dari
ekor mata, aku tahu Budriz sedang merenung sisi wajahku sambil menolak troli
dengan penuh hati-hati. Troli yang hanya
berisi beberapa jenis barang basah dan sayur-sayuran saja.
“Ya
sayang…,” sahutnya mesra membuatkan aku berpaling pada dia.
“Kenapa
suka panggil aku sayang?”
“Sebab
abang memang sayangkan Syai. Syai isteri
abang. Amanah abang. Haruslah abang sayang,” jawab dia yakin.
Bibirku
senyum menyenget. Sinis pada dia tapi
dia tetap tenang begitu. Melangkah
perlahan dan bila aku menjauh sedikit, dia tarik pinggangku agar berjalan rapat
padanya.
“Sayang
cuba
jalan dekat-dekat abang sikit. Dahlah oran g tengah ramai
ni. Kena langgar karang. Atau…”
Bicara Budriz mati.
Langkah
kami juga pegun dan dia melepaskan pegangannya pada troli lantas menarik bahuku
menghadapi dia. Selendang di leherku ditarik
lembut persis mahu membuka lilitannya.
“…
sayang suka abang tambat kita berdua dengan kain selendang ni? Macam tu?”
sambung dia menyoalku dengan penuh kenakalan.
Pantas
aku menarik kain tersebut dan merengus kecil.
“Kau jangan buat gila!” tekanku agak marah lantas melangkah juga.
Budriz
tiba di sisiku kala aku sedang memilih epal hijau yang nampa k segar dan basah. Bibirku tersenyum. Kecur air liur kala ini. Satu-satunya buah yang menjadi kegemaranku
dari dulu biarpun ibu sentiasa melarang.
Tidak elok makan buah yang masam begini.
“Sayang
ni dari dulu lagi kan
arwah ibu dah pesan. Epal hijau ni
masamlah, yang. Makruh makan
masam-masam. Tumpul otak.” Budriz melarang tiba-tiba lalu dia ambil
plastik yang aku pegang dan meletakkan kembali buah epal tersebut.
“Syai
suka makan!” tegasku. Tanpa sedar, menyebut namaku penuh mesra.
Budriz
senyum tiba-tiba. “Aba ng tahu Syai suka makan. Tapi tak elok sangatlah, yang makan
masam-masam. Apa kata ambil yang merah
ni,” cadangnya dan terus menyentuh epal
merah pekat itu lalu diisi ke dalam plastik.
Aku
hanya memandang dia seketika. Memandang
lelaki yang sedang tekun memilik buah epal merah itu untuku.
“Aku
tak suka. Lagipun bukan kau yang
makan. Aku nak makan!” tekanku lagi.
“Aku
pulak?”
Tindakan
Budriz terhenti. Dia menggeleng dan mengilas
sekeliling seketika melihat oran g
ramai yang juga ada di situ dan dia menggariskan senyuman tipis buat salah
seorang pengunjung yang juga sedang memilih buah yang sama.
“Cantik,
kan ? My wife?” tanya dia tiba-tiba pada seorang wanita
berbangsa Cina yang sudah nampa k
separuh umur.
Wanita
Cina itu senyum dan mengangguk. “Sangat
cantik woo… Itu bibir macam itu cerita Snow White saja. Lu untung ar dapat ada wife ini punya cantik,” jawab wanita itu dalam pelatnya.
Aku
telan liur dan menjegilkan mata pada Budriz tapi dia sekadar buat tidak tahu
dan terus mengisik beberapa biji lagi buah di dalam plastik itu.
“Aunty… lu rasa gua tak handsome ka?”
“Mana
boleh? Lu handsome dapat wife
cantik. Itu macam gergaji membelah
pinang. Orang Cina kata muka lu dua oran g ada feng-shui la,” jawab wanita itu lagi.
Hampir
saja aku tergelak sendiri mendengarkan peribahasa Melayu yang dirosakkan wanita
Cina itu tapi aku tahan hati dan cepat-cepat aku menghampiri Budriz.
“Apa
kau cakap ni, hah?” gumamku.
“Saja
nak tanya. Abang ni tak kacak ke sampai
sayang tak mahu tengok abang. Ternyata
abang kacak jadi sila tengok. Nanti rugi
je dapat suami handsome tapi tak tahu
nak nikmati dan tak reti nak hargai,” cebik dia padaku.
Aku
telan liur dan terus menarik dia dari situ membuatkan Budriz cepat-cepat
menarik troli. Namun belum pun sempat
dia meletakkan epal merah yang dipilihnya tadi ke dalam troli, epal tersebut
jatuh ke lantai menghalang laluan oran g
ramai dan bila aku angkat wajah, di depan kami jelas wajah yang membuatkan aku
terkedu sendiri.
“Perempuan
kalau degil dan tak dengar kata suami, memang tak layak dibuat isteri dan tak
layak untuk sambung keturunan!” tekannya
dan Budriz kaku.
Buah-buahan
tadi langsung tidak dikutip dan kami kini sedang bersabung empat pasang
mata. Ada sepasang mata yang cantik alisnya yang sedang tersenyum
mesra penuh kelembutan.
“Err…. Nenda!” Budriz bersuara akhirnya dan dia pantas
tunduk mengutip epal yang berterabur.
Aku diam
bila ada dua pasang mata merenungku. Sepasang
mata nenda dan sepasang lagi mata yang cantik dan lembut renungannya. Nampak seperti Budriz saja wajah itu. Barangkali daripada keturunan yang sama.
Bibirku
kaku dari senyuman biarpun si dia terus tersenyum mesra. Nenda tersenyum sinis padaku dan dia terus
memaut jemari gadis ini mengheret gadis itu rapat padanya.
“Tak
reti nak salam, Syaima!” Teguran nenda
membuatkan aku kembali tersedar.
Renunganku
pada gadis itu tercantas dan aku lambat-lambat menghulurkan jari dan itu pun
setelah Budriz menolak lenganku. Kala beralih
pada wanita jelita ini, dia menggenggam jemariku erat.
“Syarifah
Nurina,” ucapnya lembut dan sopan.
Benar seperti
kutelah. Mereka dari keturunan yang
sama. Aku gariskan senyuman tipis. Antara rela dan tidak bila Budriz menyalami
nendanya. Tunduk hormat mencium jemari
tua itu.
“Syaima,”
jawabku ringkas.
Dia senyum
dan mengangguk.
“Lama
tak jumpa abang,” ucap dia pada Budriz pula setelah Budriz angkat kepala dan
senyuman mesra Budriz pada wanita itu menggambarkan ada sesuatu antara mereka
berdua membuat hati terasa sedikit tersiat tiba-tiba.
“Errr…
lama jugak lepas Nurin ke oversea,”
balas Budriz pula.
“Bila
balik?” Giliran Budriz pula menyoal.
“Minggu
sudah. Tak sangka abang dah diikat,”
sela Syarifah Nurina bern ada
kesal biarpun bibir itu menguntum senyum.
“Aba ng tak diikat, tapi
abang yang ikat diri abang sendiri.”
Budriz ketawa. Tidak kutahu dia
mana lucunya.
Dia
kembali memandang nenda. “Nenda beli apa
ni. Kuat pulak nenda Riz ni berjalan ya?” usik Budriz mesra tapi nenda tetap begitu.
Sengih menyenget
padaku. Penuh sinis dan pandangan yang
menyakitkan hatiku membuatkan aku menghela nafas berat bertahan dari
menghamburkan marah.
“Saja
Nurin ajak jalan-jalan. Tak sangka
terserempak dengan Riz kat sini. Dah lama
nenda suruh balik. Dari sehari ke
sehari, ada je kerja Riz. Entah-entah
rumah bonda pun Riz tak balik, kan ?” soal nenda menebak.
Aku pandang
Budriz yang sedang menggaru kepala. “Riz
sibuk sikit, nenda. Syai tak sihat
sebelum ni!” jawab dia mudah.
“Tak
sihat kenapa? Tak nak kahwin pada
asalnya tapi dah mengandung pulak ke?”
Berdesing
telingaku menden garkan
kata-kata nenda Budriz kala ini. Andai tidak
difikirkan sisa hormatku pada yang lebih tua masih ada, sudah pastilah aku
hamburkan maki hamun pada dia.
“Eh…
nenda ni…” Mata Budriz menjeling padaku
seketika sebelum dia menarik aku rapat padanya.
“Syai
senggugut teruk. Tak adalah mengandung
dah. Tapi, kalau ada cepat-cepat Riz
syukur je,” jawab dia ramah cuba
menyembunyikan hakikat rumah tangga yang tidak pernah aku terima dengan
rela.
“Emm…
didik sikit isteri Riz. Jangan biar dia
sesuka hati bercakap aku kau dengan suami.
Keturunan kita ada ada yang macam ni.
Nenda tak nak anak-anak kamu, cicit nenda macam ni. Kamu bawa darah keturunan kita. Biar tak ada kaya raya tapi darah kita tu,
Riz kena jaga. Ingatkan Ri z
nak jaga keturunan kita lepas arwah abah Riz dulu…” Suara nenda terhenti di situ.
Dia menjeling
mesra pada Nurina dan kemudian tajam pula menikam mataku lantas beralih pada
Budriz.
“Minggu
depan balik rumah nenda. Kita buat
majlis kesyukuran sikit sempena Nurina dah balik Malaysia tapi sayang, Riz dah
kahwin pulak,” sindir nenda dan dia terus menarik tangan Nurina meninggalkan
kami.
Budriz
menelan liur memandang pemergian nenda dan Nurina. Bila aku perhatikan, Nurina masih lagi
berpaling dan tersenyum mesra pada Budriz.
“Siapa?”
Budriz
berpaling. “Nenda kan …”
“Aku
tahulah nenda kau. Yang perempuan tu
siapa?” tekanku.
“Anak
kepada kawan lama pada keluarga kami. Abang
dah lama tak jumpa dia. Makin cantik
lepas jadi doktor ni,” ucap Budriz sambil menggeleng dan tersenyum senang.
Tanpa sedar,
aku pijak kakinya agak kuat. “Baik
konon. Kau renung anak dara orang tu
baik sangat ke?”
“Abang
tak renung. Abang pandang!” balas dia tak mahu kalah.
“Yang
Syai pihak kaki abang kenapa? Cemburu?”
“Huh…
tak ada masa aku. Lebih baik kalau kau
berkenan pada dia. Mudah urusan aku
nanti!” selaku mudah.
Aku
terus berlalu menuju ke kaunter bayaran meninggalkan Budriz sendiri. Bila aku mahu lepasi kaunter, dia melelar
pergelangan tanganku lembut.
“Tak habis
beli barang lagi ni, yang…”
“Kau
beli la sendiri. Kan kau ada senarai!”
“Aba ng dah lupa letak
mana,” jawab dia dengan riak tak bersalah.
Aku berpaling
pada dia. “Ikut suka kaulah nak beli apa
pun. Aku tak lalu nak masak untuk kau!” tekanku lagi.
“Okey…
kita bayar ni. Abang tak pandai nak
teraba-raba beli barang dapur sebab tak reti.
Dah kata Syai tak nak tolong, malam nanti jangan kata apa kalau abang
raba apa yang abang nak!” Dia bersuara
tidak kalah.
“Jangan
kau terus duga aku, Budriz!” Aku memberi
amaran lagi. Entah kali ke berapa.
“Siapa
duga siapa? Tengoklah nanti kalau tak
percaya!” ujarnya agak tegas lalu dia menolak
troli ke kaunter bayaran.
Beratur
menunggu giliran dan aku terus berlalu keluar dari situ. Geram rasanya melihatkan kesungguhan Budriz
memerhatikan lenggok langkah Nurina. Sumpah
aku rasa tertipu lagi.
**
KAKIKU
melangkah sendirian membiarkan Budriz sendiri beratur membuat bayaran. Kedai runcit Magazine.com aku dekati dan
sebuah majalah Dara.com aku capai. Membelek-belek
gambar-gambar model muda menggayakan tudung dalam pelbagai fesyen. Ranggi, moden namun tetap sopan.
Aku pegang
rambutku yang Budriz ikat tadi. Lama-lama
terdetik di hati. Tidak mahukah aku
menutup segala ini. Sudah 27 tahun
rambut ini terdedah kepada semua mata yang memandang. Ibu pernah berpesan tapi hingga kini, tidak
terjentik hatiku dengan semua ini tapi hari ini, lain pula.
Bila aku
berpaling, mataku terus tertantap pada susuk tubuh Budriz yang sedang
membelakangiku.
“Jagalahlah
aurat ni untuk abang, sayang…”
Dalam
kepalaku, masih terngiang-ngiang suara itu.
Menutup aurat adalah satu kewajipan buat muslimat. Tidak sukar tapi entah bila aku mahu
bermula.
Aku
mengeluh dan terus ke kaunter bayaran. Hendak
memilik majalah itu. Mahu mencuba
sesuatu yang baru malah diwajibkan pula.
Bila sudah membuat bayaran, aku terus menapak keluar sambil mata ini
menatap penuh minat gambar-gambar yang dihidangkan di dalam majalah
tersebut.
“Cantik
dan sopan…” Aku berbicara sendiri.
Kaki ini
terus melangkah dan melangkah hingga akhirnya, langkah ini mati kala aku
terlanggar seseorang.
“Maaf…”
Aku
angkat wajah setelah mengutip majalahku dan kala mata ini terbias akan wajah
itu, yakinlah aku… bukan sekadar halusinasi lagi kala pertama kali terbias akan
wajah itu di dalam pasaraya tadi. Ternyata
benar.
“Syai…” Dia menyeruku penuh terkejut dan aku hanya
diam saja. Tiada beriak.
“Ya
Allah… rindunya,” ucap dia lagi dan kala dia mahu menyapa jemariku, Budriz
terlebih dahulu meraihnya.
“Behave yourself, Faiz!” tekan Budriz tegas. Tanpa senyum.
~~> bersambung
Cik Penulis : Terima kasih atas sokongan dan sebarang teguran membina. Mana yang baik saya olah dalam next bab. InsyaAllah.. Allhamdulillah...
wah syai dh mula cemburu! heehe
ReplyDeleteTerusan perjuangan yer cik rehan.. hehe. cerita awak tetap terbaik
ReplyDeleteawwwww . . hehe . nice...pbnyakkan lagi watak nurin tu..hehe..conferm meletup2 si syai tu nnt...hehe...good job sis ~ tsangatlah suke...hehehe . .
ReplyDeletemst cntik si syai kai tudung like jelita...hehe..si lit pon hubby tlg pkaikan..heheh . .
good luck . . hehe ..
ishhhh.. kemunculan Faiz tanpa di duga dan adakah kehadiran syarifah nurina akan terbitnya rasa cemburu sedikit demi sedikit di dalam hati syaima.. menghitung hari lah jawabnya akak nie sbb nak tunggu bab 21.. hihihi..
ReplyDeleteAlhamdulillah Syai terdetik untuk pakai tudung..
ReplyDeleteemm..nmpknya pelakon2 tambahan pun dah dah mula muncul.. apa lagi agaknya yang akan berlaku dalam hidup syai n budriz kan..keep writing kak..
wahh!!...lg konflik nnt... >,<...
ReplyDeletekian stress...hehe..nurina pulak muncul..aduhai..
ReplyDeletebagus gak, seri satu sama.... Budriz berjumpa Sy Nuraina sementara Syai bertemu Faiz... baru fair & square... hihihi....
ReplyDeletebaik hati si syaima ni, walaupun tidak didesak & dipaksa, hatinya terbuka utk berhijab...
yalah, bgslah syai nk mula pkai tudung. konflik akn lbh rumit. mcm mn syai nk berubah pas ni. we wait n see. mgkinkah akhirnya budriz berkalih arah kpd SN lps syai wt dek kt dia. n akhirnya syai yg terhenyak oleh dendam yg dia suburkn dlm ati dia.
ReplyDeleteheee bes2 part syai cemburu....hope lepas ni dia btul2 pkai tudung dan budriz tkejut dgn prubhn 2...
ReplyDeleteBanyak typolah sayang. mengusi? ada lain2 jmpa t awak btlkan ye.lain2 nnt mss awak ubahlah ye rm
ReplyDeletebudriz angkat tubuh sasanya? ni x kena ayat ni dik. tq
kak mama jia..leh tak add fb..nk pinang jadik proof reader ni..hehe..
DeleteHaha. tak apalah. saya selalu SR sahaja. Please umphh your mss ye dik. boleh bagi redakan sedikit ketegangan tu. Nak suruh proof read? haha. ni perli erk? haha
Deletetak la kak mama jia..haha.jarang jmp pembaca mcm ni.. ada masanya penulis pon lost je manjang.. main taip je tp sudahnya hancur..hahaha.sy ikhlas terima teguran..akan usahakan lg..harap mama jia terus beri komen andai tak kena ek..
Deletetak sabar nak tunggu next n3
ReplyDeletesibuk je faiz ni...hehehe... harap2 nurina tu jadi watak baik lah...asyik ada perempuan perampas je dalam cerita2... kak rehan cuba buat nurina tu watak baik.. mcm yang akan bantu Syaima berubah ke... love kak Rehan :)
ReplyDeletex hbs lg k prangai hitam syai tu...boring giler bila bdpan watak mcm syai...blagak bagus tp setiap detik wat dosa...apakh yg ingin dsampaikn dgn watak sbgitu....
ReplyDeletewah...faiz da munculll..
ReplyDeletesmbg lg RM..
nice..
Assalam RM,
ReplyDeleteMmg terbaek...tak sabar tunggu impak SN n Faiz..Moga Syai lebih "membuka" hatinya kpd Budriz...
Nampaknya Syai masih main tarik tali dgn Budriz. Sampai bila lah mereka berdua ni nak berbaik, kesian kat si suami yg x henti-2 menagih sekeping hati milik seorang isteri..
ReplyDeleteBest best best. Budriz nakal eh, nak raba2 pulak. Hahaha. Kesian lah kat syai. Nenda budriz buat gitu kat syai. Syai dah lama menderita. Kasi chance lah kat syai tuk rasa bahagia. Syai pun satu, let go lah dendam yang ada kat diri tu syai. nanti memakan diri sendir, itu yang susah.
ReplyDeleteKak rehan ku syg, tq sbb dah warna warni STK ni. tiba2 muncul sy nurina & faiz.hmm... pasni mesti Syai berperang dgn kehendak hati & realiti. kipidap the gud work!
ReplyDeletedah pandai jealous nmpk? hahahahah. cam ade somting jeh dengan watak baru syarifah ngan faiz tuh? entah2 nanti diaorg komplot sama2 nak pisahkan syaima n budriz, tambah2 naenda kan x ske syaima sgt maah
ReplyDeleteplz...sambung cepat2.x sabar nak tau setiap en3. :D
ReplyDeletesaya membaca bukan untuk terhibur semata-mata, tetapi saya nak setiap saat yang saya gunakan untuk tekun membaca dr ayat ke ayat ada nilainya...sayang sekali saya gagal ketika membaca buah tangan RM yang ini.. dari bab 1 hgga 20 saya tak jumpa RM yang sepatutnya.. kenapa ye?
ReplyDeletebest2.....shai dah pandai nak cemburu...
ReplyDeletecongrates RM.. mmg best citer ni...hope fully dpt bc full secepat yg mngkn...
ReplyDeleteheh bgus2 dah start feeling n melting gan SAB dah..dah start jeles u..bgus2..SAB sila lipat gandakan usaha anda tuk melt kan hati syai y mcm kerak ns tu ekeke
ReplyDeleteheh bgus2 dah start feeling n melting gan SAB dah..dah start jeles u..bgus2..SAB sila lipat gandakan usaha anda tuk melt kan hati syai y mcm kerak ns tu ekeke
ReplyDeleteujarnya seketika kemudian lalu dia menarik sebuah troli dan ditolak cermat memandangkan pengunjung agak ramai kala ini.
ReplyDeleteHaiyooo....RM, awak nye ayat belit2. kepala Mama Jia pening bila baca. Nasib baik Jia si baby ni tak meragam. Hehe. (Mama Jia baca sikit-sikit ya) dulu SR sahaja. sekarang dah pandai nak komen. Hehe.
Please gunakan struktur ayat lembut. bila awak nya mss dah keras sebab syai tolak dia, jgn kusutkan pembaca dengan keras2 juga,
pening ooo.
nnti pmbaca akan selak muka surat sebelah terus tutup buku. dlm ni semua kipas2 susah mati, diorang tahu best je baca. hahaha. kualiti awak kena jaga ya yang.
hehe... apapun saya suker watak syai... kalau asyik mendatar jer... romantik2 tu da biasa kat citer2 lain... ada kelainan sikit... baru adventure...
ReplyDeletenurina and faiz... cabaran utk syai untuk terima budriz, nendakan tak suker... buat kasik haru... lg best...syai da mula pakai tudung... ngamuk dalam keadaan sopan gitu... bleh.... ayat tak bape kasar tp pedas...
aduhaiii.. tak sangka sentuhan kali ini agak kecundang.. jujur sy agak lost lately.. jarang buat watak utama jahat mcm ni..sengaja cabar diri. berharap boleh buat n beri yg terbaik.. pada Aku70, mama jia dan alls... thanks sbb sudi beri komen n teguran membina.. harap sangat u all terus sudi beri komen membina buat saya..andai rasa lost..tolong tegur.. sbb sy penulis je.. perlukan pandangan pembaca.. sayang semua..
ReplyDeletemuncul sudah watak2 seperti nurina dan faiz..
ReplyDeletenice story <3
ReplyDeleteala ada spelling error..dah best tp bila baca ayat yang strukturnya tak bape betul mesti dua tiga kali kena baca balik bagi faham..apa2 pun best..
ReplyDeletesuka baca cerita RM..dah lama baca tapi first time bagi komen..nak beli novel terlerai kasih tapi masih x sempat..sibuk dengan study..apa2 pun RM teruskan usaha..semua cerita RM sya baca..peminat novel setia..^_^
Seriusly n sjujurnya inilah citer yg akak x excited bbnding yg sblm ni.dr mula tajuk spi watak syai mmg akak kureng sikit. Keterujaan tiada utk STK .Mybe sbb watak tu agak keras, kasar n sgt pndendam. Tulisan rehan kli ni pun lain sgt. Agak kureng bila asyik scene sama gaduh pujuk gaduh pujuk. Mybe rehan tlalu mnekan diri utk beri yg tbaik n pmbaca asyik minta 2 .apapun akak doakan yg tbaik buat rehan. Pnulisan dlm TK,Sapk n Bns cukup mbuai perasaan n akak hrp rehan bole bg yg tbaik gak buat STK. maaf klu teguran ini mguris perasaan rehan.
ReplyDeleteYa. RM ada bakat menulis. just mengkritik utk kebaikan. Insyaallah, perlhn2 la nak adjust balik manskrp. mana kurang tmbh, ye x rm?
Deletetang gaduh pujuk..gaduh pujuk tu I setuju. sampai dahi ni panas. bila nak habis gaduh ni daaa
oh. faiz penyibuk dah muncul...!
ReplyDeleteciter ni mmg best.just ade typing 2 error & ayt cm pening2 ckt nk phm..prsan dendm & bnci yg RM cuba smpaikan mmg tkesn kt hati sy..mybe ssh nk rs tebuai sbb skrg part tgh dendm membara, mybe dh smpi part syai menyesl dgn dendam yg dy simpan selama ni akn rs kesyahduan citer ni. tp sy mmg suke giler cter ni..laen dr yg laen, xmcm nvel melayu skrg yg jln citernye dh blh agk dr mula2 pmbacaan lg..trskn ush, sy pemint setia RM..
ReplyDeletei like!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletebr syai jeles..
ReplyDeletesmkin best..