BAB 21
“Assalamualaikum,
sayang…”
Aku
berpaling kala terdengar salam menyapa lembut.
Wajah Budriz muncul. Anak rambut
itu masih basah dengan wudhuk barangkali memandangkan Asar sedang berlalu.
Ikan di
dalam sinki aku bilas sekali lagi. Lauk
basah yang terakhir setelah aku siap menyejat udang, ayam, sotong serta
sayur-sayuran yang sudah dipotong.
Sengaja aku biarkan Budriz termangu sendiri sedangkan dalam kepalaku
berbagai soalan muncul silih berganti.
Tidak
ikhlaslah dia selama ini? Sejauh manakah
dia memaknakan kata-kata sayang yang berkali-kali dia ucapkan hinggakan aku
muak menden garnya? Sedalam manakah kasih sayang yang dia gali
untukku dan sehebat manakah pengorbanannya hingga dia sanggup menikahiku dengan
cara yang hitam begitu?
“Boleh
abang tolong?” soalnya bila dia kini
benar-benar sedang berdiri di sisiku.
Aku
berpaling dan terdongak sedikit. Dia
mengedipkan matanya sekali dan terus berpaling lantas menyandarkan belakangnya
pada kabinet kayu berwarna oak cerah itu.
“Dah
siap. Tak ada yang nak ditolong lagi,”
jawabku masih dengan nada yang begitu.
Dingin dan tiada rasa sedangkan dalam hati ini berdetak hebat. Ada
gundah menyapa secara tiba-tiba.
Budriz
senyum lagi. Dia hanya memerhatikanku
biarpun aku berpaling membelakangi dia, aku yakin dia masih merenungku. Bila aku keluarkan papan pemotong dan pisa u, dia kembali
menghampiri.
“Nak
masak apa?” Dia menyoal lagi. Lebih ramah dan lebih manja mesra dari
biasa.
“Apa-apa
jelah yang boleh makan,” jawabku.
Sotong
yang agak besar itu aku letak di atas papan pemotong dan terus saja aku
dekatkan bilah pisa u
pada tubuh sotong yang segar dan putih bersih itu.
“Aba ng rasa nak makan
tomyam campurlah, yang. Aduhai… mengidam
belum waktunya ni.” Dia tersengih
sumbing.
Jemariku
terhenti dari memotong sotong tersebut lalu aku berpaling pada Budriz. Kata-kata nenda terngiang-ngiang di dalam
kepala. Serta-merta wajah Nurina juga
hadir. Faiz juga menyapa ingatan hingga
akhirnya terbunuh segalanya bila hujung jari Budriz mencuit pipiku lembut
sebelum dia menolak tingkap dapur agar lebih luas.
“Suka
tenung abanglah. Buat abang rasa malu
je,” ujar dia tiba-tiba.
“Errr…
bila masa pulak a…” Lidahku kelu. Terhenti kata-kata di situ.
Sindiran
nenda berdengung lagi. Wanita yang degil
dan kurang ajar dengan suami tidak layak untuk menyambung keturunan Syed
Syarifah itu. Darah yang diagung-agungkan selama ni.
“Tak
tenung pun,” sambungku lebih berlapik.
Berat lidah hendak menyebut ‘aku’ kali ini.
Tangan
ini terus ligat memotong saki baki lauk yang mahu digunakan. Udang juga aku letak di dalam satu
mangkuk. Sedikit daging ayam yang telah
aku potong kecil-kecil juga sama. Begitu
juga dengan cebisan daging yang telah aku potong sedari tadi.
“Pandai
sayang masak, ya?”
“Biasa
je,” selaku.
“Aba ng tahu. Dulu arwah ibu Syai selalu cakap pada abang
bila abang ke sana . Syai rajin di dapur. Boleh diharap. Abang nak rasa pulak. Dah lama abang tunggu. Bertahun kot nak rasa masakan Syai. Hari ini tercapai jugak,” beritahunya
bersungguh-sungguh.
Benar
katanya. Aku adalah anak ibu. Anak yang mengikut segalanya milik arwah
ibu. Daripada ilmu masakan, jahitan dan
kelembutan wajah juga mengikut arwah ibu tapi satu saja yang menjauh dari ibu… iaitu ketegasan
hatiku. Tidak selembut dan setegar
ibu.
“Tak
pernah belajar pun. Tengok ibu masak
je. Tiba-tiba pandai sendiri.”
“Waa…
macam magik!” sela Budriz
bersungguh-sungguh atau sekadar mahu mengenakanku.
Aku
mencemik dan terus mengalihkan mataku pada pisa u dan papan pemotong. Baru saja hendak kucapai lobak merah yang
belum dibersihkan, lobak itu sudah berada di dalam tangan Budriz dan mudahnya
dia suakan ke mulut dan menggigit lobak merah itu penuh nikmat.
“Buat
jus sedap ni, yang. Carrot susu.
Nanti buat, ya?” pinta dia lagi dan terus dia rapat ke pintu dapur yang
ternganga luas.
Aku
hanya mampu memandang. Berat lidah
hendak berkasar dengannya. Terasa
bagaikan rebeh sudah bahuku angkara dosa yang jelas di dalam tiap-tiap sikapku
selama ini. Tidak pernah sedar angkara
hanyut dengan amarah diri. Terasa dingin
dengan kasih sayang yang Budriz taburkan.
Terbakar kala melihatkan wajah lembut Syarifah Nurina dan juga sikap
nenda padaku.
Budriz
berpaling dan tersengih. Entah apa yang
menolakku, langkah ini maju pada dia.
Dia bersandar pada bingkai pintu dan terus menikmati lobak merah yang
belum dibasuh dan dikupas itu.
“Kotorlah. Orang tak basuh lagi, pergi makan buat
apa?” marahku sambil cuba merampas lobak merah itu dari
tangannya tapi dia lagi pantas melarikan daripadaku membuatkan aku mengeluh
sendiri.
“Peru t
abang. Ikut sukalah basuh ke tidak…
kupas ke tidak…” Dia terus memandang ke
lain.
“Budriz!” seruku gera m.
“Kalau
awak tu rasa nak sakit, nanti sakit sorang-sorang. Jangan susa hkan
oran g lain, tau
tak!” tekanku gera m dan hendak berlalu tapi dia pantas
menarik bahuku memaksa langkahku terhenti.
“Sayang
cakap apa tadi?”
“Cakap
apa? Orang larang awak makan carrot tak
basuh tu. sakit nanti!” Aku mengetap gigi dan terus menguis tangannya
dari bahuku dan terus saja aku rapat ke dapur.
Kabinet
aku buka dan mengeluarkan mangkuk kaca jena ma
Vision yang sudah terlalu lama di situ.
Milik arwah ibu dan terus aku letakkan di atas dapur. Api aku nyalakan dan sedikit minyak aku
tuang.
Bawang
putih yang sudah sedia kukupas dan kubasuh, aku letak di atas papan pemotong
dan aku hempukkan dengan pisa u
besar itu agak kuat.
“Marah
abang?”
Entah
bila, Budriz sudah menghampiri dan kini tangan itu mula menjalar, meliar
melilit pinggangku.
“Nak
marah kenapa? Tak ada kepentingan nak
marah oran g. Ikut sukalah nak makan yang tak basuh ke
tidak. Kalau sakit pun, peru t
sendiri. Tanggung sendiri. Merangkak sendiri pergi hospital. Jangan susa hkan
oran g!” tekanku lagi.
Kali
ini agak kuat dan keras. Entah mengapa,
marahku meletus biarpun aku bertahan.
Dari mana puncanya, aku sendiri tidak tahu. Rasa tidak kena pula andai aku begini hanya kerana Budriz memamah lobak merah itu
saja. Pelik!
“Sayang
marah abang. Kenapa? Lain macam je sejak kita balik dari Carefour
tengah hari tadi.”
Pelukannya
di pinggangku, aku leraikan kasar dan terus saja aku rapat ke sinki menadah
air. Cili kering yang sudah sedia
dikisar bersama bawang merah dan bawang besar itu, aku tumis hingga masak. Air yang sudah sedia kutadah, aku capai dan
terus aku tuang ke dalam periuk kaca itu.
“Tepilah…
oran g nak masak
ni.” Aku melarang bila Budriz sekali
lagi memelukku dari belakang. Semakin
ketat dan erat.
“Aba ng dah lama impikan
kita berdua macam ni. Tercapai
akhirnya…,” luah dia.
Aku
telan liur. Naluri wanita ini
tersentuh. Ada perasaan indah menyelinap masuk ke dalam
pembuluh darahku kini. Keindahan yang
pernah aku lihat pada arwah ibu dan ayah.
Keindahan yang terlalu sukar hendak aku ungkapkan dengan kata-kata akan
kemesraan mereka kala itu. Aku
tahu, ibu bahagia dan ayah juga. Tapi…
“Tapi,
sayang marah abang.” Kata-kata Budriz
membuatkan ingatanku terbantut di situ saja lantas aku biarkan saja sikap manja
Budriz yang rasanya sudah mampu kuhadap sedikit.
“Tak kan sebab abang makan sayur tak basuh tu sayang macam
ni? Atau sayang cemburu dengan…”
“Jangan
sebut nama dia!” pangkasku melarang di
luar sedar dan terus aku tekup mulut kala menyedari keterlanjuran lidahku
berkata-kata.
Mataku
tertangkap akan senyuman Budriz yang menyenget.
“Sayang cemburu. Abang pun
sama. Faiz tu siap nak pegang tangan
isteri abang lagi. Mujur abang sempat
sampai. Kalau tak, Syai pun sukalah pakwe
lama pegang, kan ?” Dia menyindirku pula.
Aku
ketap gigi. Menahan gera m dengan kata-katanya. Dia tidak pernah tahu. Hati ini tidak pernah ikhlas menerima sesiapa
termasuk Faiz. Hanya kerana itu, aku
mudah melepaskan lelaki begitu pergi dari hidupku.
Benar
kata Budriz dulu, Faiz tidak layak hendak menjaga dan melayan karenahku yang aku sendiri sedar… kerap kali mencabar
sabar seorang lelaki dan memualkan ada waktu-waktu itu.
“Jangan
libatkan lelaki tu. Syai tak suka!” tekanku tegas.
Dia senyum
lagi dan kali ini, ada tawa halus yang meletus tanpa aku tahu apa yang mencuit
hati lelaki itu.
“Aba ng percaya isteri
abang. Abang berikan segala kepercayaan
abang pada Syai dan hargai. Abang beri
sayang, abang beri kasih abang beri cinta… tolong hargai juga kalau Syai tak
nak abang bagi semua ni pada Nurin.”
Mendengarkan
nama itu, sudip di tanganku jatuh ke lantai.
“Kenapa?” soalnya.
Aku
diam. Kaku kala dia berkata begitu. Pedihnya hati bagaikan tersiat-siat dengan
belati yang tumpul. Pedihnya sukar
hendak kugambarkan. Lebih pedih dengan
sisa silam yang pernah aku lalui. Apakah
rasa ini? Sungguh, aku tidak mengerti.
Pelukan
Budriz terlerai. Dia tunduk mengutip
sudip dan terus diletakkan di dalam sinki dan terus dicapainya yang baru dan
disuakan padaku.
“Kot ya
pun terkejut dengar nama Nurina tu, janganlah sampai jatuh sudip, yang. Buatnya pisa u
tadi, dah kudung jari kaki.” Senyumannya
tersungging pada hujung bibir.
“Kalau
kudung, tak naklah. Macam tu?” selarku geram.
Sungguh
tidak mengerti dengan diri sendiri.
Terlalu prejudis dengan setiap kata-kata yang Budriz luahkan padaku.
“Kudung
ke apa ke…” Dia menyentuh bahuku
lembut.
“…
sayang adalah amanah. Abang dah lafaz
janji. Bukan dengan manusia tapi dengan
Allah untuk menjaga seorang isteri ini hingga ke akhir hayat abang tapi isteri
abang pun, harap ikhlas menerima keikhlasan abang ni. Boleh macam tu?” Dia jungkit keningnya tinggi.
Aku
tidak berkata apa. Mengangguk
tidak. Menggeleng juga tidak sebaliknya
aku terus merenung mata itu dalam-dalam.
“Setuju
tak? Hmmm…?” soal dia sekali lagi.
“Tengoklah
macam mana…”
Sudahnya
begitu jawapanku kala terlintas akan wajah nenda yang membenci. Bagaikan tidak mudah untuk aku gapai bahagia
biarpun terasa dekat di hujung jari.
Rapat di sisiku kini.
“Yang…” Dia menyeru lagi. Bibir itu dimuncungkan padaku membuatkan aku
mengerutkan dahi bila menangkap apa yang mahu dia lakukan.
“Apa
ni?”
“Eh…
bukan nak cium awak. Air dah
mendidih. Sila masak cepat. Nak makan sebelum Maghrib boleh?” Dia menahan tawa setelah berjaya mengenakanku
lagi.
Pantas
aku tolak tangannya dan berpaling pada periuk kaca. Serai
yang sudah aku ketuk, aku campak cermat ke dalamnya. Lengkuas
yang juga sudah diketuk, aku letakkan juga ke dalamnya. Cili padi, daun lima u purut juga turut aku letak. Gula, garam, sedikit susu pekat dan penambah
perisa aku sebatikan. Hingga akhirnya,
aku masukkan lauk-lauk basah yang telah dipotong tadi.
“Apa
pun jadi… Syai tanggungjawab abang. Tak
mungkin ada pengganti biarpun Syai pergi,” bisik dia tiba-tiba dekat di peluput
telingaku.
“Terima
kasih masak untuk abang. Maaf atas
kata-kata nenda dan yakinlah akan kasih sayang abang. Abang ganti semula pedih yang Syai lalui itu
dengan kasih sayang abang. Abang
ubati. Abang rawat,” gumamnya lagi dan
kali ini, aku tunduk menahan bibir yang sedang mengukir senyum tanpa
kupaksa.
Indah!
**
USAI
membersihkan diri, aku lihat Budriz sudah sedia menantiku di atas sejadah. Sudah siap terhampar juga sejadah untukku dan
sepasang telekung yang rasanya bukan milikku.
“Solat
nak?” soal dia.
Aku
tersenyum sinis. Nak? Tidakkah solat itu wajib pada hamba Allah dan
umat pada Nabi Muhamad?
“Kalau
tak nak?” Rambut yang basah, aku lap
pantas. T-shirt dan track bottom itu aku
betulkan sedikit.
“Eh…
mana boleh macam tu. Solat wajib. Sayang dah boleh solat, jom. Rule baru.
Sayang akan jadi makmum abang dan abang akan jadi imam. Cepat-cepat.
Tak baik lengah-lengahkan solat,” gesa dia.
Aku
melihat ke arah jam di dinding. Sudah
menghampiri 7.45 malam. Pantas aku bawa
langkahku ke arah sejadah yang telah dia bentangkan.
“Telekung
siapa ni?” soalku sambil menyarung
telekung pada tubuh.
“Syai
punyalah. Abang beli masa kita nak nikah
hari tu. sebab kita nikah segera,
melainkan duit hantaran, telekung je abang sempat bagi. Yang lain tu tak perlu kot. Nanti apa-apa yang sayang nak tuntut, sila
buat senarai. Kalau tak nanti, abang
teraba merata-rata. Bahaya.” Dia mengenyit mata dan membetulkan songkoknya
kemudian terus berpaling dan tegak berdiri mengalunkan azan.
Aku
sekali lagi kelu dan kaku. Pertama kali
mendengarkan alunan azan itu indah menyapa gegendang telingaku. Luhurnya, syahdunya hingga tak mampu aku
luahkan dengan kata-kata melainkan airmata semata-mata yang mengalir
tiba-tiba.
Bagaikan
tersedar dari lena yang maha panjang.
Bagaikan terlepas dari belitan dendam yang terlalu utuh melilit
diri. Bagaikan terlucut segala duri yang
mencucuk hati. Kala Budriz alunkan
iqamat, aku akhirnya sedar sendiri.
Saat
ini, aku sedar mengapa aku terasa jauh dari rahmat-Nya sedangkan aku menjaga
solat. Mengapa aku tidak pernah sesaat
pun menemui ketenangan. Rupa-rupanya,
hatiku yang terpalit hitam dengan dendam itulah yang membawa aku jauh dari
rahmat Allah. Menolak takdir yang
menghimpitku dan hari ini, aku terasa lapang setelah aku pujuk hati ini melepaskan
segala dendam itu pergi.
“Allahuakhbar…”
Takbir
diangkat dan aku juga mengikut mengangkat takbir memuji keagungan Ilahi. Mengabdikan diri dan berserah segalanya
setelah penat melawan kehendak-Nya.
Setelah usai segala rukun solat tiga rakaat itu, Budriz berbisik
mengalunkan zikir memuji keagungan Ilahi.
Setelah
itu, dia mengangkat tangannya memanjatkan doa dalam doa yang terlalu
syahdu. Doa yang kurang jelas di
telingaku dan bila dia aminkan, dia berpaling padaku. Tangan itu dihulurkan tapi tidak mampu aku
sambut.
“Kenapa
Syai rasa macam ni?”
“Macam
mana? Hmm…?” tanya dia pula lantas dia tarik tanganku dan
membawa jemari kami rapat ke wajahku.
“Abang
maafkan sayang.” Dia berbisik begitu dan
menarik kepalaku sedikit lantas mencium ubun-ubunku.
“Maafkan?” soalku tidak mengerti.
Budriz
tidak terus menjawab sebaliknya dia meleraikan simpuh tahiyatnya dan memasang
sila. Kemas di depanku. Dekat hinggakan berlaga dengan lutut
ini.
“Dari
riak sayang… abang tahu sayang mula rasa bersalah, kan? Layanan buruk sayang selama ni pada abang dan
sungguh… ikhlas abang katakan yang abang
maafkan isteri abang ni. Abang
maafkan!” tekan dia sekali lagi
membuatkan aku tunduk memainkan jemariku sendiri. Malu!
“Ni
buku sayang, kan?”
Aku
panggung kepala bila Budriz bertanya demikian.
Kini di tangannya ada majalah Dara.com yang kubeli siang tadi. Aku angguk kemudiannya.
“Dah
belek?”
“Sikit-sikit
je.”
“Tengok
apa?”
“Err…
tengok model tu pakai tudung. Cantik,”
jawabku mengakui kebenaran akan apa yang terdetik di dalam hati.
“Dan
sayang juga akan lebih cantik andai segala milik sayang terpelihara hanya untuk
abang,” ucap dia.
Aku
diam lagi. Hilang kata-kata. Hanya mata ini melihat penuh minat bila
Budriz membelek sehelai demi sehelai majalah itu. Pada pendapatku, barangkali melihat
model-model remaja yang cantik bergaya penuh sopan. Hati ini dijentik rasa pilu lagi. Entah mengapa, aku hanya mahu mata Budriz
merenungku. Aku hanya mahu dia
memandangku.
‘Pandang
Syai… Syai tak sudi awak pandang orang lain setelah berbelas tahun awak hanya
pandang Syai…’ bisik hatiku sendiri. Tak
mampu aku luahkan. Ada rasa yang
menyekat.
Budriz
panggung kepala memandangku. Jemarinya
terhenti dari terus menyelak helaian itu.
“Sayang…
abang tak sempurna. Abang juga tak baik
dan tak hebat sangat dalam agama tapi insyaAllah akan ada untuk kita sama-sama
didik diri kita. Sebab tu abang terus
bersabar biarpun berbelas tahun melayani karenah Syai. Sebab… api tak mampu kita padamkan dengan
api. Sebab tu abang terus siram Syai
dengan kasih sayang,” tuturnya lembut.
“Dan
kali ini… abang ada rule baru lagi untuk rumah ni. Rumah ayah dan sekarang rumah kita bersama. Rule dia, Maghrib dan Isyak berjemaah. Andai abang ada di rumah waktu-waktu lain
juga kita kena berjemaah. Sementara
menanti Isyak, kita adakan kuliah Maghrib sikit dan sekarang, Syai buka
hati. Buka telinga akan apa yang abang
nak baca ni. Memandangkan Syai sendiri
tak belek lagi buku ni tapi abang terbelek dulu, kita kongsi hal ni. Boleh?”
Dia bersuara panjang lebar dan kali ini aku menjatuhkan kepalaku.
“Abang
suka sayang beli majalah ni. Informasi
dan banyak input yang boleh buat Syai belajar.
Abang juga. Memanglah
Dara.com. Harap nanti sayang tak pilih
dara.com lagi sebab abang perlukan seorang isteri,” pinta dia penuh makna yang
mendalam dan mata itu terkatup sekali sebelum dia kembali menatap dada majalah
itu.
“Bismillahirrahmanirrahim…” Budriz memulakan kuliah Maghrib kami penuh
tertib.
“Rasullullah
SAW bersabda yang membawa maksud… ‘Barang siapa yang diuji lalu dia bersabar,
diberi lalu dia bersyukur, dizalimi lalu dia memaafkan dan kala menzalimi maka
dia beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka akan tergolong
orang-orang yang memperoleh hidayah..’ – Hadith Riwayat Al-Baihaqi…” Budriz menutup majalah tersebut dan
diletakkan di sisinya.
“Sayang
dengar?”
Aku angguk.
Budriz
mencari jemariku yang masih dilitupi telekung putih bersih itu dan
menggenggamnya erat.
“Syai
adalah orang yang pernah hebat diuji.
Allah menguji sebab Dia sayang. Dia
nak Syai kuat dan menempuh hidup dengan berserah pada qada dan qadarnya. Syai diberi abang untuk menjadi pendamping
Syai di dunia dan insyaAllah sampai ke akhirat sana tidakkah Syai patut syukuri
nikmat-Nya?” Budriz menelan liur
seketika sebelum menyambung.
“Syai
mungkin pernah dizalimi tapi tangan yang memberi itu lebih hebat dari
menerima. Memberi maaf adalah tidak
mudah. Hanya hati yang tegar dan kuat saja mampu berikan sebuah
kemaafan penuh ikhlas dan abang percaya Syai mahu menjadi ikhlas, kan? Dan bila Syai menzalimi abang, ayah dan
bonda… cepat-cepatlah beristighfar bermohon ampun pada Allah. Nak-nak ayah dan bonda. Lebih-lebih lagi abang sebab syurga Syai
sekarang bersama abang. Syai faham, kan?” soal Budriz menutup kata.
Aku tidak
mampu menghadap mata dia lalu aku hanya mampu tunduk saja. Ada genangan hangat menari-nari di tubir
mata. Sarat dan semakin memberat.
“Abang
hanya ambil ilmu dari buku yang sayang beli ni.
Kita kongsi mana yang baik dan kita baiki mana yang buruk. Moga abang terus mampu bersabar sebab sayang
sendiri tahu, sabar itu separuh daripada iman.
Sukar sayang untuk ada sabar tu sebab separuh daripada iman tu
hebat. Abang yang hina ni, entah-entah
suku pun tak ada apatah lagi separuh…,” ucap dia lagi dan kali ini lebih
syahdu. Jemariku digenggam kemas.
“Syai
minta maaf…”
“Dan
abang maafkan. Abang maafkan,” sahutnya
pantas lantas dia menarik tubuhku ke dalam pelukannya.
Sudahnya,
aku tersedu-sedu sendiri. Pergilah pedih.
Menjauhlah dendam. Hati ini semakin
hebat berdegup bersatu dengan hati Budriz.
Bersama cinta Budriz yang telah lama kubiarkan sepi.
“Terimalah
abang sebagai seorang suami, sayang,” bisiknya merayu-rayu dan aku mengangguk
berat.
Bahuku ditolaknya
lembut. “Tapi, jangan-jangan sebab
cemburukan Nurin tak?” duga dia dan
wajahku berubah kelat tiba-tiba. Titisan
airmataku kering tiba-tiba.
“Apa
kaitan dia pulak?” tanyaku geram.
“Erk…
yang dalam telekung lagi. Atas sejadah
jangan tengking abang…” Dia memberikan amaran padaku.
“Dah tu…
kenapa tiba-tiba sebut nama dia pulak?”
“Saja
nak duga cinta di hati seorang isteri,” sela dia padaku dan songkok itu
dibuka. Telekungku juga ditarik.
“Abang
tahu Syai sayangkan abang…” Dia bergumam
lembut dan menolak tubuhku rebah dan kala wajah itu mendekat padaku, aku
menolak lembut.
“Nope. Tolong!”
rayuku tiba-tiba.
Budriz
melepaskan nafas yang berat. Wajah itu
berubah sedikit. Nampak kecewa.
“Maaf…
abang tak nak memaksa. Sampai masa,
menyerahlah, sayang,” gumamnya dan dia bangkit melipat sejadah.
Aku diam
terkaku. Rasa bersalah lagi sedangkan
baru seketika tadi hati ini ditiup keinsafan.
Setelah kurasakan hampir kehilangan dia, Allah masih mahu dia menjadi
milikku tapi aku tolaknya pula.
“Budriz…
errr… Syai…”
Dia
berpaling dan senyum setelah membuka baju Melayu yang tersarung pada tubuh
sasanya itu. “Abang maafkan…”
Nafas
lega aku hela sedikit dan turut bangkit.
Baru hendak menyangkut telekung dan sejadah, telefon bimbitku
berdering. Pantas aku gapai telefon
tersebut yang terletak elok di meja sisi katil.
“Hello…” Aku menyapa sopan setelah salam kujawab.
Budriz mendekat
bila aku hanya mendiamkan diri menantikan bicara daripada si pemanggil.
“Siapa?” soal dia tidak sabar dan aku hanya mampu menelan liur sendiri.
~~> bersambung
Cik Penulis : Terima kasih pada semua komen.. sangat2 membina dan membuka minda saya yg kadang2 terkatup tanpa sedar... Maaf atas kekurangan. sedaya upaya cuba kembali onto track.. Andai tergelincir mohon tegur... Yang sebelum ni akan saya edit2 sikit..hehe.maaf semua..layan..komen... sayang kamu...
the best!!!
ReplyDeletesedikit sebanyak apa yang Budriz cakap kat Syai tu menyentuh hati saya,
untungnya dapat suami yang penyabar dan kuat pegangan agama :')
BETOL2 bagusnya kalau dpt suami mcm budriz....
Deleteharp2 hati syai akn terbuka utk budriz
kakrehan..ksian kat shai..nsib baik ada budriz.Ya Allah..hilangkanlah kesakitan yang pernah dialamai Shai dengan kehadiran suaminya ini..
ReplyDelete>>k<<
best.smoga syai trus berubah menjadi yg lebi baik:)
ReplyDeletekronotasi yang kemas. pandai cik penulis susun plot. bukan senang nak buat watak syai yang sangat benci bertukar sayang. kebanyakan penulis lain bila sampai ke turning point utk tukar sesebuah watak benci jadi cinta, fail bilamana plot tu jadi mudah sangat dan tiba-tiba. sekaligus jadikan cerita tu tak menarik dah. tapi setakat ni memang memuaskan.
ReplyDeletekalau boleh, nak tengok watak tegas budriz. seorang lelaki macho perlu ada ego dan kena tegas. baru watak lelaki sejati itu hidup.
after all, tahniah. nice. good job.
-kak dang
100% kte sokong awak..pandai rm garap cerita.
Deleteand kalau boleh nak pulak tgk ketegasan budriz dlm mendidik shai..
salam rehan..
ReplyDeletehehehe..best lah RM..mlm2 mcm ni terasa sedap pulak hirup tomyam yg panas2..teringin nak mkn.
kesian nyer kt shai,tapi kesian lagi dekat budriz..dah lama dah budriz menunggu shai..ble la shai nak berbaik dgn budriz ni pon x tw la..hehehe..;)
* ni jus pesanan kte utk RM.kte tw ada yg komen pasal penulisan awak lately ni..tp kte tetap sokong awak, RM.For me kadang2 komen2 ni boleh mengubah kte kearah kebaikan..but, awak jgn terlalu take it serious..sebagai penulis kte x dapat nak penuhi kesemua kehendak org lain...
lastly,kte x sabar nak tw de next episod..
alamak takkan nenda yang telefon kot. spoil la ..baru nak tangkap cintan >.<
ReplyDeleteRehan...saya rasa ada sikit kurang dengan STK ni compare dengan nukilan RM yang lain. Kurang menyengat tapi masih ada manisnya. Teruskan berkarya.
ReplyDeleteAgreed. STK ni macam kurang perencah lah. tapi masih boleh diperbaiki. apa2 pun akak suka dgn watak syai.
Deletebest.. teruskan jgn pduli apa org ckp..hee
ReplyDeletebiar lah syai bahagia bersama budriz hingga ke akhirnya..jangan lah ada badai yg melanda diri syai lagi.. kesian dia dan kesian juga budriz..
ReplyDeletefaiz ke yg call?
ReplyDeleteps: kak rehan. n3 kali ni lebih segar. thnx!
thanx cter ney mkin mnarik...
ReplyDeletexsbr nk tnggu entri yg sterusnya.....
Dear RM,
ReplyDeletemenarik dgn perubahan Syai sket2 ke Budriz. Tak sabar for next n3..tahniah & terima kaseh!!!
Syahdu pula Kali ni... Alhamdulillah... Terbuka hati syai untuk mula terima budriz.. Benarlah kata org.. Sekeras-keras kerak nasi, akhirnya lebut juga.. So sweet... Tak pa budriz.. Sabar.. Bagi syai masa utk terima sepenuhnya.. Tak lari gunung dikejar... Hehehehee... Tq RM... Sweet sangat n3 Kali ni...
ReplyDeleteWah... Bestnya.... Ada entry hari ni.... Sarat dgn pengajaran....
ReplyDeleteRM....teruskan berkarya... bila nk wat novel ni..
ReplyDeletecter yg sgt menarik dan yg pasti entri baru sgt dinantikan...:)
TERBAIK....TAHNIAH RM cerita yg di masukkan dengan pengajaran agama , hadith2 dan makna2 dlm al Quran amat susah nak jumpa teruskan usaha RM berkarya sambil berdakwah memperingati antara satu sama lain berpesan2 dalam kebaikan semoga usaha RM ini diberkati Allah swt. Teruskan usaha RM ini ye ...
ReplyDeleteTAHNIAH dapat dunia dapat akhirat.....
Deleterm.. karya awak mmg terbaik.. plot cerita yang indah.. buat semua pembaca faham ceritanya. tak sabar nk tunggu syai menyerah..
ReplyDeletethx sis...syai dh blh trima budriz 2..ske2...hehe
ReplyDeletebestnya.....truskan update tiap ari yer.....heheheh....
ReplyDeletesejujurnya RM nilah karya RM yg pling sy sukai.... Penuh dgn dendam yg brsulam kasih syg...memang kadang kala dendam tu boleh mmbutakan mta hati....tetapi dendam kadang kala menjadi terapi yg terindah dalam mmperbaiki kehidupan kita... teruskan berkarya isyllah sy sntiasa ada mnyokong RM...
ReplyDeletesaya memahami apa yg syai rasa kerna sya pernah diduga sdehebat ini suatu masa dahulu.memberi kemaafan itu satu perkara yg besar pahalanya tapi untuk melaksanakan amat berat dan menyakitkan.five star untuk budriz.
ReplyDeletetrsentuh hati kala mmbca bait2 kata2 Budriz kat Syai..brtuah sgt Syai dpt Budriz...hope kasih sayng Budriz slamanya utk Syai biarpun ada Nurin yg mgkin bakal mnjdi halangan...Syai, redhakanlah hati utk trma ksih, syg n cinta Budriz sblm trlmbat...
ReplyDeletetu mesti Faiz yg call tu, saja ja nk kaco daun. nnt abg bud berukar jd rimau br tau. tak pun nenda call ajak p kenduri doa selamat sempena nurin balik m'sia. adeh nnt hati syai tergugat lg.
ReplyDeleteALHAMDULILLAH..DH NMPAK PERUBAHAN PD SYAI..N3 YG BAGUS DAN BERMANFAAT GAK PD PEMBACA.. TAHNIAH!!!
ReplyDeletesaya suka sgt dgn setiap karya RM..cpt2 post n3 bru..hrp2 habis kt blog je mcm KSC..hehe
ReplyDelete-Yannie-
akhirnya, terbuka juga pintu hati syai utk menerima budiz. cpt-2 post n3 baru, x sabar nak tahu episod seterusnya..
ReplyDeleteterbaik wok. makasih. harap2 diaorg relationship makin kuat aah.amin
ReplyDeleteakak...alhamdulillah....hahaha hati syai dh lembut...like2...
ReplyDeleteKarya yang menyentuh perasan. Garapan yang baik.Tahniah Rehan
ReplyDeleteAha camtulah syai... dalam lembut ada sopan tp ngamuk tetap ngamuk...hehe jahatnye saya... budriz pun paham sejarah hidup syai sbb tu dia byk sabar dan mengalah...
ReplyDeleteKehadiran nurina dan faiz boleh kuatkan lg kasih syg syai pd suami.. dalam hati penuh dgn cinta tp lom layak dilafazkan oleh bibir... kasi duga dgn 2 org ni plak... best2 RM... nurin cpt cucuk jarum...haha....
Terbaiklah kak rehan, suka betul dengan Budriz ni, sangat penyabar. Akhirnya, lembut jugak sikit hati Syai ni. Well done kak rehan! loveyou
ReplyDeleteRM please teruskan cerita ni jadi novel...suka sangat watak syai dan budriz...peminat RM akan sentiasa sokong dalam setiap karya awak
ReplyDeletex sabar nk tunggu episod seterusnya..pernah baca cerpen pasal cerita ni.tajuk x ingat pulak. dalam cerpen tu nanti si syai mengandung dan keguguran.ms tu baru dia sedar akan kesilapannya selama ni..tp dalam novel ni lagi bes la..semoga RM terus maju dan dicurahkan idea yg bernas dalam menyebarkan ilmu kepada pembaca..tahniah..;)
ReplyDeletenice...
ReplyDeleteterus sambung ye RM..
=)
best2...
ReplyDeleteyeah akhirnya pnntian budriz brakhir gak, syai pn da mla brubah ckit n budriz jgn wt syai jles ea kang jdi cm dlu ag plak
ReplyDeleteAlhamdulillah syai dah dapat terima budriz sikit2. its a good start. mesti faiz dan nurina ni nak try ganggu kan...ish2...nenda budriz ni mcm mana orgnya? die mg tak suke ngan syaima sbb keturunan dan sebab nurina ke?
ReplyDeletebg sy citer ni dah ok sesangat..just go on je...klu dibukukan gerenti sy dan ramai lagi y bl..so jgn susah hati..segala komen y mbina djadikan panduan..y xbp best nk ddgar ttp je tlga ekekeke
ReplyDeletewah tersentuh saya. nak sangat suami macam budriz...carikan untuk saya ye...
ReplyDeleteBunga2 cinta mula hadir di hati syai hehehe
ReplyDelete