BAB 22
ENJIN
kereta aku hidupkan. Namun, tubuh ini
masih belum membolos ke dalam perut kereta.
Masih tegak berdiri di sisi Kelisa milikku ini. Menilik penampilan diri di dalam pantulan
cermin kereta yang nampak berkilat saja.
Aku
mengukir senyum. Senyuman yang tak
pernah aku ukirkan. Senyuman yang
berbelas tahun mati dari bibirku.
Bagaikan terlupa cara hendak tersenyum begini pada diri sendiri. Pada dunia dan pada peluang yang telah Allah
berikan sekali lagi di hari yang baru ini.
Melihat
penampilan diri yang kemas dan sopan ini, aku hanya mampu lebarkan
senyuman. Dinihari tadi, rasa berat
hendak menyentuh slack dan kemeja yang mengikut bentuk tubuh itu lantas aku
capai sepasang baju kurung dari material kapas penuh berona coklat kekuningan
untuk ke pejabat hari ini.
“Syai!!”
Aku
tersentak. Senyumku mati lalu aku
palingkan wajah ke arah pintu yang
terkuak lebar. Wajah Budriz muncul di
situ. Riaknya pelik. Dada itu nampak beralun menahan nafas
membuatkan aku pantas mendapatkan dia yang sudah berlalu semula ke dalam.
“Kenapa?” soalku kuat lalu aku bawa kakiku berlari ke
tingkat dua mengejar langkah Budriz yang sudah masuk ke dalam bilik.
“Kenapa?” Aku menyoal lagi dengan nafas yang tidak
teratur. Mengah!
Dia
sedang elok tersenyum dan duduk di birai katil menayangkan tali lehernya
padaku.
“Kenapa
ni? Sakit ke?” AKu tekan sekali lagi suaranya berharap agar
dia bersuara. Gundah melihatkan caranya
sebentar tadi. Bagaikan ada yang tidak
kena. Sakitkah?
“Sakit
jugak… sakit rindu. Mari sini, leraikan
rindu abang dulu,” jawab dia sambil menepuk-nepuk tilam.
Aku
mencemik. “Jangan main-main boleh
tak? Orang dah lambat ni!”
“Mana
ada main-mainlah. Sayang tu tadi abang
sedar lena atas karpet lagi. Haih… suka
lena merata-rata. Buat penat je abang
ganti tilam ni,” rajuk dia.
Aku
kelu seketika. Sedangkan malam tadi
kemain Budriz memberi tazkirah Maghrib buatku namun entah mengapa bagaikan ada
magnet bersamaan kutub yang menolak tubuhku melurut turun dari katil dari terus
rebah di sisi Budriz. Tiap kali dia
hampir, peluh dingin merenik biarpun penghawa dingin kuat terpasang.
“Maaflah…” AKu telan liur. Rasa bersalah pula kali ini.
“Malam
semalam tak apa. Malam ni jangan buat
lagi. Tapi sebelum tu, mari sini. Ikatkan tie
abang. Kan dah pernah buat. Jangan jerut sampai tercekik macam hari tu
pulak,” usik dia sengaja mengungkit
kembali akan peristiwa itu.
Jemari
Budriz menggamit aku mendekati dan aku melangkah malas. Mengada!
“Tak
boleh buat sendiri ke? Orang dah lambat
ni…” Aku bagaikan menolak tapi tetap melangkah pada dia.
“Abang
pun lambat jugak. Siapa suruh lambat
bangkit dan tahu aunty call semalam
suruh masuk kerja tapi termenung je manjang.
Cuba dari semalam gosok baju abang, baju sendiri. Prepare
siap-siap. Kan mudah!” rungut Budriz padaku.
“Semalam
tak sangka aunty call suruh masuk
kerja. Kan dah hantar surat letak
jawatan,” luahku jujur.
Sungguh
aku tidak sangka Aunty Sarimah menghubungiku sendiri malam tadi. Cuak juga andai suara Faiz atau mungkin juga
nenda. Atau lebih teruk lagi Syarifah
Nurina.
Aku
menarik tali leher kuning cair bercorak
abstrak itu dari tangannya. Tali leher
yang sudah siap sedia dia ikatkan. Hanya
tinggal untuk aku pakaikan dan kemaskan saja.
Aku suakan tali leher itu pada dia dan Budriz menunduk sedikit
membiarkan aku mengenakan tali leher itu cermat.
“Emm…
tak adanya aunty tu nak lepaskan
pekerja dia. Anggap jelah rezeki sayang
memang bernaung bawah Bina Jaya milik aunty tu.
Dia mana ada keluarga lain selain abang sebagai anak dia…” beritahu
Budriz.
Tanganku
terhenti. Tak jadi hendak mengetatkan
lilitan tali leher itu. Tertarik dengan
kenyataan Budriz sebentar tadi.
“…
lepas tu hadir Syai. Dia yang banyak support abang untuk cari Syai selama
ni. Yang selebihnya memang kehendak
abang sendiri nak cari Syai. Kita berdua
akan sempurnakan hidup aunty, ya
sayang?”
Pipiku
di sapa lembut dan dahiku dikucup lama.
Syahdu dan pilu. Hening tiba-tiba
melanda diri. Bila ciuman itu terlepas
dari dahiku, aku pandang dia. Tali leher
itu aku jerut perlahan.
“Aunty
tak ada anak ke?” Aku menyoal dalam
berani-berani takut. Bimbang Budriz
terkecil hati.
“Anak?” Dia gelak.
“Kahwin
pun tak, sayang. Manalah ada anak.”
“Sebab?” soalku penuh minat ingin tahu akan hal
keluarganya pula.
“Aunty
macam abang. Jatuh cinta pada orang
bukan keturunan Syed. Bercinta sakan
tapi nenda larang,” jawab Budriz tenang sambil membiarkan aku membetulkan
pakaiannya.
“Boleh
pulak macam tu? Bukan bahagia anak-anak
itu adalah kebahagiaan orang tua ke?”
Dia
menggeleng. “Salah, yang. Pada orang lain mungkin tapi pada keluarga
kami tak. Kehendak nenda harus dituruti. Aunty banyak berkorban lepas arwah abah abang
kahwin dengan bonda yang memang tak ada keturunan Syed ni. Sayang ingat bonda suka abang panggil dia
bonda tapi dia lakukan apa saja nak tarik perhatian nenda masa tu. Aunty masa tu anak perempuan dan haruslah
mengikut telunjuk nenda semata-mata.
Bila abah meninggal dan abang semakin dewasa, nenda selalu pesan… jangan
ikut cara arwah abah. Dia nak abang
betulkan kembali susur galur keluarga kami dan pastilah bukan Nur Syaima
pilihan abang tapi Nur Syaima adalah pilihan yang tepat dan padat bila Allah
memang jodohkan kita,” beritahu dia panjang lebar dalam nafas yang tidak dia
hela sekalipun.
Aku
mengetap bibir. Dalam kepalaku muncul
lagi wajah Nurina. Wajah nenda, bonda
dan ayah. Wajah Aunty Sarimah juga tidak
lepas dari kepalaku. Kesian. Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Benar kata Budriz, andai aku terduga ada yang
lagi hebat terduga.
Aku
kini sedang merasai alam perkahwinan biarpun atas keterpaksaan tapi Aunty
Sarimah, pada siapa dia mahu menumpang kasih nanti?
“Macam
tak elok buat macam tu…” Aku merungut
lebih pada diri sendiri.
Tali
leher Budriz siap aku kemaskan. Baru
hendak berpaling dan berlalu, Budriz menarik tanganku melangkah
bersamanya.
“Memang
tak berapa elok, kan? Cuma bayangkan
saja… apa perasaan aunty masa tu sedangkan abang sebagai cucu pun nenda campur
tangan, apatah lagi anaknya sendiri.
Tapi, jangan tanya aunty. Kita
akan jaga aunty dengan kita nanti. Dia
penyayang. Percayalah. Sekali dia jatuh sayang pada orang, memang
dia akan sayang. Macam dia jatuh sayang
pada Syai… dia akan terus sayang. Dah
tiba masanya, Syai buka hati terima kasih sayang orang sekeliling Syai,” ucap
dia lalu kaki itu laju meniti anak tangga menuju ke bawah.
“Yang…
stoking abang mana?”
Langkahku
mati di anak tangga terakhir dan membiarkan Budriz maju ke pintu besar.
“Tadi
tak nampak ke orang letak atas meja sisi katil tu?”
Dia
berpaling dan penuh selamba menggeleng.
“Nampak… tapi terlupa sebab tiba-tiba nampak wajah isteri depan mata
terus lupa semua benda. Ambilkan
boleh?”
Dia
kedipkan matanya berkali-kali. Eleh… tak
ada comellah buat macam tu pun. Hatiku
mengejek geram tapi aku tetap berpaling dan kembali memanjat anak tangga menuju
ke bilik.
Setelah
stoking biru gelap itu aku capai dan aku kembali mendapatkan dia yang sudah berada di luar rumah. Sedang menghidupkan enjin kereta miliknya
itu. Bila aku menjengah, aku terus
menghamburkan tawa melihatkan Budriz yang bagaikan Charlie Chaplin saja.
Seluar
yang sengaja dia lipat hingga ke betis.
Kaki yang tersarung dengan kasut
tanpa stoking membuatkan dia nampak terlalu buruk di mataku. Tawaku meletus lebih kuat membuatkan dia
berpaling padaku dan bercekak pinggang.
“Gelakkan
abang macam ni ya?” Dia menebak dengan
tepat sambil memandang ke kakinya.
“Kot
ya pun pakailah selipar dulu. Yang terus
pakai kasut kenapa? Terus tak nampak gaya
headboy yang segak dulu,” ujarku
dalam tawa yang masih tersisa.
Budriz
melangkah menghampiri dan kasut itu dibuka.
“Maknanya dari dulu memang Syai tak lepas pandang abanglah, ya?” duga dia.
Aku
telan liur dan melarikan pandangan.
Tawaku mati terus.
“Eleh,
perasan lebih. Budak-budak lain
memanglah pandang. Orang tak pandang
awaklah!” dalihku.
“Nah
stoking ni. Syai jalan dulu. Assalamualaikum.”
Terus
saja aku melangkah ke arah kereta yang sudah mati enjinnya. Apa masalah pulak ni? Bila aku tarik pintunya, terkunci rapat dan
bila aku berpaling pada Budriz dia sengih sambil menyarung kasut dan mengunci
pintu.
“Pergi
dan balik kerja sama-sama je. Kerja area
sama. Lebih praktikal macam tu. Economic. Jimat minyak, mesra alam melainkan abang kena
kerja luar Syai balik duduk rumah nenda.
Datang kerja dengan aunty.” Dia membuat aturan lagi membuatkan aku
merengus sendiri.
“Nak
pergi sendirilah…”
“Nope…” Dia menggeleng.
“Hop in.
Nanti lambat. Lepas cuti panjang
ni nak masuk lambat. Kena sound dengan bos nanti,”
selorohnya.
Aku
tetap begitu. Lantas Budriz rapat dan
memeluk bahuku.
“Sayang…
isteri yang baik mendengar kata-kata suaminya selagi tak bercanggah dengan
agama,” bisik dia dan mengucup pipiku sekali dan dengan sendirinya, aku angkat
kakiku masuk ke dalam perut kereta milik Budriz dan dia tersenyum mesra.
“Isteri
yang baik harus mendengar kata suami.
Kita bukan nak bahagia di dunia semata-mata sayang… tapi juga di akhirat
sana. Kita sama-sama bahagia,” ujarnya
penuh makna yang mendalam.
Aku
mengangguk sekali dan dia terus menukar gear lalu kereta perlahan-lahan
meninggalkan perkarangan rumah kami. Ya…
rumah kami. Rumah yang pernah menghantui
lenaku. Menghambat jagaku dengan segala
kenangan perit dan pedih tapi hari ini biarlah kami ukir segala kenangan indah
yang ada pula pada segenap sudut ruang yang ada.
**
SESAK
nafasku kala ini bila Najwa memelukku erat.
Bila pelukan terlerai, dia memandangku seketika dan kembali
memelukku.
“Ya
Allah… rindu dekat awak Syai,” akui dia ceria.
Bersungguh-sungguh.
Aku
ukirkan senyum. “Terima kasih, Najwa,”
ucapku ikhlas.
“Untuk?”
“Apa-apa
je. Tak perlu sebab untuk saya ucapkan
terima kasih,” balasku berdalih.
Najwa
mengerutkan wajah. Pandangan itu lain
macam. Nampak pelik saja dan aku terus
berlalu ke tempat dudukku yang ternyata
masih begitu sewaktu aku meninggalkan hampir berminggu sudah.
Terasa
lambat waktu merangkak berlalu. Bagaikan
semalam aku bertekak dengan Budriz dan Aunty Sarimah. Malu sungguh kala mengenangkan diri yang
terlalu kurang ajar. Arwah ibu tidak
pernah mengajar begitu. Hanya aku yang terbawa-bawa dek perasaan.
“Awak
sambung buat kerja, ya? Saya nak jumpa
bos kejap,” beritahuku pada Najwa dan dia mengangguk.
“Tengah
hari saya belanja awak makan. Kita ajak
Norman sekali.” Najwa mengenyitkan matanya padaku.
Aku
diam. Rasanya Najwa masih belum tahu
akan hubunganku dengan Budriz yang sebenarnya.
Entah bila waktu yang sesuai
untuk aku akui segalanya pada Najwa.
Atau haruskah aku meminta saja Budriz sendiri mengakuinya? Atau juga Norman?
Najwa
kembali duduk di tempatnya dan aku terus berpaling tapi mataku terus bertembung
dengan mata Aunty Sarimah yang agak pudar sedikit sinarnya. Tidak seperti kali pertama aku temui dia
dulu.
“Bos,”
panggilku sopan dan menunduk sedikit.
Dia
angguk dan menggamit aku masuk ke biliknya.
Bila daun pintu terkuak, aku panas merapati dia dan daun pintu tertutup
rapat.
“Sihat?” soalnya seraya mengisyaratkan aku duduk di
sofa di sudut biliknya yang agak besar ini.
Aku
angguk. “Alhamdulillah…”
“Aunty
ingatkan Syai tak sudi nak kerja dengan aunty dah?”
“Err…
saya minta maaf, bos pasal yang kali lepas tu.”
Jujur aku mahu mengakui silapku.
“Aunty
faham keadaan kamu. Aunty suka Syai
kembali kerja dengan aunty. Tak ada apa
yang Budriz tak ceritakan pada aunty tentang kamu. Sejak dari dulu sampai sekarang, hanya nama
Syaima yang keluar dari bibir dia dan aunty tahu… dia akan buru Syai sampai ke
sudah,” ujar Aunty Sarimah padaku.
Bibir
yang nampak kering itu mengukir senyuman yang nampak tawar sedikit. Bagaikan tidak gembira seperti yang dia
nyatakan.
“Aunty
tak sihat?”
Aku
pejamkan mata seketika. Lain hendak ku
tanya, lain pula yang keluar. Teringat
akan pesanan Budriz pagi tadi. Sudahnya,
aku telan saja soalan itu sendiri.
“Aunty
kurang sihat sikit. Cuaca kot. Lagipun, sejak akhir-akhir ni aunty banyak ke
site sendiri. Tak cukup orang. Ingat nak minta Riz kerja kat sini je dengan
aunty tapi budak tu tak nak bergantung dengan keluarga…” Aunty Sarimah mengeluh
sedikit. Kepalanya dipicit.
“Err…
kenapa pulak dia tak nak?”
“Dia
memang macam tu. Keras hati
budaknya. Dengan Syai je dia lembut
hati. Lagipun, aunty pun tak suka dia ke
sini. Bantu dari jauh sudah. Nanti payah nak lepas dari nenda…” Bibir itu terkatup rapat. Sepi tiba-tiba.
Aku
juga sama. Hati yang baru hidup ini
berdetak ganas. Menghentak dada bagaikan
mahu remuk rusuk. Betapa hebat kuasa
nenda dalam keturunan mereka.
Barangkali, ayah adalah penyelamat kepada bonda Budriz kala itu. Namun, bila mengingati hal lalu, aku tepis
sejauh mungkin. Yang berlalu biarlah
begitu. Tidak sudi hendak kugali sebab
musababnya.
Kala
ini, aku mahu hadap segalanya yang ada di depan mata. Budriz, Aunty Sarimah, Mak Usu Jalina, ayah
dan juga pastilah nenda yang sudah terang terentang membenciku.
“Nenda…
dia…” Lidahku kelu lagi. Tak sanggup hendak menamatkan apa yang lidah ini mulakan.
Aunty
Sarimah senyum. “Aunty gurau jelah. Nenda baik.
Dia sayang kita semua. Dia orang
paling tua dalam keluarga kita. Apa-apa
pun kita kena hormat dia. Aunty tak
naklah dia kerja kat sini. Sepejabat
dengan Syai… nanti tak jadi kerja. Ada
je dia heret kamu masuk bilik dia sepanjang masa. Jenuh kerja tak siap,” gurau Aunty Sarimah
ceria.
Namun
pada pendengaran dan pandangan mataku, dia sekadar hendak menutup duka. Menutup resah yang jelas terpancar pada wajah
yang penat itu. Tidak dapat tidak, aku
ukir senyum.
“Syai
faham aunty,” sahutku lembut.
Pertama
kali membiasakan dia ‘aunty’, aku mula yakin yang kata-kata Budriz tentang
Aunty Sarimah benar belaka. Aku angkat
tubuh dan duduk di sisinya. Jemarinya
aku paut.
“Syai
anak yatim. Tiada ibu menemami bila Syai
sukar. Tapi, Syai akan temani
aunty. Maafkan Syai kurang ajar sebelum
ni,” ucapku penuh rasa sesal.
Bila
aku tunduk mengucup jarinya, dia membelai rambutku yang lepas bebas. Bila aku angkat wajah, bibir itu terus mekar
dengan senyuman.
“Syai
bahagia?”
Lambat-lambat
aku angguk menjawab soalan Aunty Sarimah.
“Syai kena bahagia.
Bahagia ni subjektif. Terserah
pada diri sendiri nak lestarikan bahagia tu macam mana. Macam aunty, kebahagiaan keluarga adalah cara
aunty bahagia dan aunty harap, Budriz adalah kebahagiaan Syai.”
“Err…
nenda tu macam tak suka Syai je, aunty…”
Aku meluahkan apa yang terbuku di dalam dada ini sejak dari tadi.
Dia
menggeleng. “Nenda penyayang. Bising orang tua biasalah. Nak-nak Budriz tu buat drama macam-macam nak
nikah dengan kamu. Ni budak-budak
pejabat tak tahu lagi. Nanti
pandai-pandailah kamu nak cakap macam mana.
Tanya Budriz, tak nak buat resepsi.
Dia kata dah lepas yang wajib.
Yang lain tak penting. Budak tu
memanglah tegas. Dengan Syai je dia
cair. Haih… tak reti orang muda ni,”
rungut Aunty Sarimah mesra dan dia bangkit menuju ke meja kerjanya.
“Syai
taip surat ni sikit. Nanti aunty minta
Riz hantarkan BQ untuk ATDA yang revise untuk Syai, ya. Hari ni nak hantar ke consultant balik,”
beritahu dia padaku dan aku angguk saja.
“Syai…”
Baru
saja hendak berlalu keluar, suara Aunty Sarimah mematikan langkahku. Aku berpaling dan mengangkat wajahku sedikit
pada dia.
“Sebuah
perkahwinan tu wajib dihebahkan. Syai
faham, kan?” tanya dia menghantar makna
yang aku sudah sedia mengerti.
“InsyaAllah,
aunty…” Aku membalas mendatar saja.
Senyuman
aku hadiahkan buat dia dan terus saja aku tarik daun pintu hendak berlalu ke
tempatku. Ada tugasan yang dia
amanahkan. Bila aku melabuhkan duduk, Najwa datang
menghampiri.
“Jadi
kita date tengah hari ni. Saya nak kenalkan
awak dengan pakwe saya.”
“Norman?” soalku sedikit mencemik.
Dia
angguk. “Tahu awak dah tengok dia tapi
nak kenalkan secara rasmi ni,” beritahu dia lagi.
Aku
angguk. “Kita bertiga je, kan?”
“Err…
yang tu tak tahu. Biasa Norman mesti
ajak Encik Syed sama. Nanti saya pesan
pada dia jangan ajak Encik Syed tu, ya? Saya
faham awak tak suka dengan dia. Jap ya?” Najwa terus berlalu.
Tak
sempat aku berkata apa-apa bila dia terus berlari ke tempat duduknya. Aku melingas ke kiri dan kanan. Tidak ramai hari ni. Barangkali ramai ke tapak projek
mungkin. Meninggalkan kami yang
menjalankan kerja-kerja pentadbiran saja.
“Najwa!!” Aku memanggil Najwa agak kuat.
“Apa?”
“Awak
emelkan format memo untuk hantar ATDA pada consultant pada saya, boleh
tak? Jap lagi kalau Encik Syed awak tu
datang hantar salinan ATDA yang dah revise tu awak bagi saya, ya?” jeritku lagi.
Dia
angguk. “Okey, cik!”
Aku
menggariskan senyuman pada hujung bibir.
Cik? Sudah lama sebenarnya
statusku bertukar dari cik kepada puan. Biarlah
Budriz yang memberitahu mereka dan waktu itu, aku hanya akan akuinya dengan
bangga. Memiliki suami yang begitu sabar
melayani karenahku selama ini.
Komputer
aku hidupkan. Ada semangat baru yang meresap
dalam diri dan mengalir dalam pembuluh darahku.
Biarkan yang sakit itu berlalu. Kini,
aku menghampiri penawarnya.
Papan
kekunci aku tekan. Tetikus aku
larikan. Meliar saja pada skrin leper di
depanku ini. Bila Najwa mengisyaratkan
yang dia telah emelkan apa yang aku
pinta, aku terus saja menekan kotak emel
yang tertera.
Surat
yang Aunty Sarimah minta aku mahu sediakan secepat mungkin. Aku mahu membantu dia menjalankan
hal-hal yang lain pula. Aku mahu berbakti pada dia. Andai ibu tiada, biarlah aku bersandar pada
dia demi secubit kasih, sekelumit sayang.
Masa
berlalu dan terus berlalu. Tanpa sedar
ada sesusuk tubuh yang sedang berdiri di depan mejaku.
“ATDA tu dah dapat ke Naj…” Aku panggung kepala dan lidahku kelu
tiba-tiba. Dia ayu berbaju kurung. Sopan dan manis.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikummussalam…”
“Kerja
kat sini ke?”
Aku
angguk saja.
“Kebetulan
yang indah. Saya nak jumpa aunty. Dia ada?”
Aku
angguk juga.
“Boleh
jumpa?” tanya dia lagi.
“Err…
boleh-boleh. Dia ada tu…”
“Terima
kasih, ya Syai…,” ucap Nurina padaku.
Aku
hanya melihat saja lenggok langkah itu berlalu ke pintu yang tertera nama
Sarimah Sh. itu. Belum sempat dia
menolak daun pintu, Nurina berpaling lagi.
“Lunch
sama hari ni, boleh?” pelawa dia padaku
dan bagaikan terlupa akan janjiku pada Najwa, aku jatuhkan saja kepala
mengiyakan.
Bila
daun pintu dia rapatkan, aku mengutuk diri.
Entah apa yang bermain dalam fikiranku kala ini hinggakan aku begitu
terpaku ada wajah itu.
Aku
tekup wajah dengan telapak tangan tapi lepas akhirnya bila suara Najwa menyapa
lembut.
“Nah,
Syai… saya pergi ambil tadi. Encik Syed
busy, tak sempat nak hantar. Kebetulan Norman
pun tak ada dan dia kata dia nak ikut kita lunch. Macam mana?”
Wajah
Najwa sedikit berkerut.
“Biarlah. Pagi tadi pun tak sempat sediakan sarapan
untuk dia,” beritahuku diluar sedar. Berubah
mood tiba-tiba.
“Erkk? Sediakan sarapan? Maksud awak…”
Telefon
mejaku berdering mematikan soalan Najwa.
Dia terus memandangku yang sedang melekapkan gagang telefon di
telinga.
“Syai…”
Suara
di hujung talian membuatkan jantung hampir melompat keluar.
~~> bersambung
Cik Penulis : Sedaya upaya cuba berjalan atas landasan garapan RM...huhu..
cemburu melanda jiwa syai la 2.hehehehe
ReplyDeletesis rm ..stk 21 last semalam bukan ke syai ade dpt panggilan? tak sambung dekat sini ke ? huhu
ReplyDeleteeh,kn dh bgtau aunty sarimah yg call smlm tu srh syai msuk keje..
Deletedush dush..nampak sgt kene baca balik..my bad..agaknye bace x fokus ni..thank anon :)
Deletebest :)
ReplyDeletesiapa ituuuuuuu???? adesss RM... saspen ni....
ReplyDeletesuka2...tp dlm mood brhati2 dgn kehadiran nurina...huhu...
ReplyDeleteWahh kak rehan, tp yg bab ni macam kurang sikit lah, tak se-best STK 21. Tp apa pun, tetap terbaik! (Y) loveyou
ReplyDeleteberdebar debar pulak akak rehan.. apakah yg akan berlaku seterusnya.. tapi suka syai dah terima budriz..
ReplyDeletesyai da berubah ke sbb jeles dgn nurina.....
ReplyDeletetp sesak nafas lak baca n3 ni
Best2..
ReplyDeleteadui kak...asal la c nurin ade kat c2 gak...
ReplyDeleteish,x sbr nk tggu next entry,cpt2 ckit ye RM, dh makin best ni..
ReplyDeleteCahaya: panggilan yg Syai dapat tu dari Aunty Sarimah le.
ReplyDeleteRM: Terima kasih sebab dah rajin update balik. Saya appreciate & happy sgt.
Alhamdulillah...
ReplyDeleteAkhirnya Syai terima juga Budriz....#^_^
Kesian dekat Aunty Sarimah...:-C
Siapa yang call Syai tu???Faiz ke!!!o_O
baguslah kak rehan,update entry cepat2..xdelah saya tertunggu2 lama sgt.hehe...serius yg ending 21 tu saya ingat faiz yg call syai,rupanya aunty..ni saya rasa faiz kot atau ayah syai..pandai2 je nk teka
ReplyDeletebest.... love it...
ReplyDeletebesttt.... baguslah kak rehan.... crite yg mmg mnarik... n cerpen2 akk pon memey trbaekkk arr...
ReplyDeletehai...sgt suke ble syai dh bleh bertolak ansur dgn budriz..tp takut plak sbb cemburukn nurina, syai makin plak dr budriz..huhu.. Anyway, xsabar nk bc smbgnnyer....
ReplyDeletesyai da pndai glak yeah!
ReplyDeletekak.. cepat2 update.. sapen ni..
ReplyDeleteBESTTTTTTTTTTTTTTT... nmpaknya syai smakin mgampai bhagia bersama budriz...
ReplyDeletespe yg call agk2nya suspennya...
mesti faiz call ni....
ReplyDeleteaish kacau je dia ni..
smbg lagi RM..
Yeay.... ada entry terbaru.... thanks RM for the speedy updates... Tgh kusyuk2 baru, cerita ter"berhenti" pulok dah....
ReplyDeleteNak lagi sambungan...pls....
syai dah pandai cemburu,,,hehe...satu perkembangan yang baik akak harap budriz akan jaga syai wlau apapun aral yg mendatang...terbaekkk...next n3 please....
ReplyDelete...Dg. Siti...
best sngt2.. :)
ReplyDeletesyukurla..Syai dh mula lupakan demdamnya..
ReplyDeleten Budriz berjaya mggunakan pdekatan agama utk melembutkan Syai..
haha~kelakar la syaima n i
ReplyDeletesuka sngt...
ReplyDeletebr syai bhgia lak...
nice.
ReplyDeletei like all your story.good job.
ReplyDeleteRehan, cerita ni makin best......
ReplyDeleteAwal sgt Syai dilanda cemburu... baru beberapa detik je nak rasa bahagia dah ada watak pengacau... tak suka3
ReplyDeletebikin saspen je la cik RM..hehe
ReplyDeletesape coll???
jangn2 Faiz x??
bst2..
ReplyDeletewah wah wah..x expect pon da ada sambungan..nice! :D thanx writer~~ :D
ReplyDeleteBest..
ReplyDeletesukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sgt2
ReplyDeletespa kol..?hehe
ReplyDeleteso sweet.. syai dah jumpa jalan bahagia..
ReplyDeleteala bru syai plan nk gtw kt najwa yg dye ngn budriz suami isteri tp de plak yg kcau daun cbuk tol la..
ReplyDeletehmm.... smua org kta best kn? mcm 2 gak ngn sya. cuma adakah nnti syai akn jdi pembunuh n adakah budriz akn berlalu dri syai hny krn kehendak nenda? ikut apa yg sya bc dlm sinopsis ari tu.... cpt smbung ya, RM.
ReplyDeletemakin best. hati makin cair..haha
ReplyDeletewallauweh, dah start dah nurin's interruption maah
ReplyDeleteKak rehan ni, suka bg suspen dgn phone call.
ReplyDeletepastu kitaorg dok teka2 sapa la kt ujung talian tu.
moga Nurina tu boleh bantu Syai jd lebih baik.maybe dia boleh bantu pujuk nenda terima Syai.hmm... tgh imagine siapa yg boleh pegang watak Nurina tu...mcm siapa ek?
Haha suker syai... walaupun dia suker ngamuk tp Hati dia baik ok... nurina pun baik sopan je tp jgn sampai budriz kena paksa gak kawen ngan nurin dah la... mau syai kembali ke sikap lama... dendam ...
ReplyDeleteSyai kena cpt pakai tudung sayang... kasi lg ayu dr nurin... amek hati nenda... faiz kacau skit2 je tau... tq RM... smlm ngamuk... arini lemah lembut... esok ngamuk kembali... baru syiok...
Rasanya bab ni pendek sangatlah Rehan
ReplyDeletebest sgt........ hope RM CONTINUE CPT2 TAK SABAR RASANYA NK baca STKH
ReplyDeletenak lagi... apa pulak kali ni ye... nampaknya Syai dh
ReplyDeleteberansur mula menerima Riz... jgnlah ada halangan lain
pula... cpt sambung ye RM.
Good job penulis, nak lagi. x sabar nk tggu Syai jatuh cinta kat Budriz.
ReplyDeletegood job rehan makhtar hehehe. syok n makin bdebar tgu bab seterusnya. ntah2 yg call tu nenda. jgn si nurina tu jd pengacau hub syai ngan budriz dahla. br nak berbaik tu karang ada yg btukar jd singa betina balik hehehe...
ReplyDeleteakhirnya...dh masuk watak org lain
ReplyDeletego00d j0b!!!! syai pelan2 dah dapat terima sab... tp mcm naklah juga tengok cemburu sab, cemburu syai. konflik mesti ada sbb mana ada benda2 best datang bergolek... makin banyak dugaan makin banyaklah manisnya
ReplyDeletecik rehan makhtar moga2 mlm ni ada new n3 ye. tak sabar nak tahu sapa la yang call isteri budriz tue, dan saya pn wonder mcm sarinah adakah syai akan mengalami keguguran? dapat ke dia terima kenyataan? konflik..konflik..hmmmmm
ReplyDeletehehe nmpknya syai dh mkin lembut yee...bguslah..arap2 aman bahagia rumahtangga diaorg tu..xsbr nk tau ending diaorg ni..xsbr gak nak tau ending Lit n Usop sontorian..ahhh penantian 1 pyksaan tau
ReplyDeletebest3!!!
ReplyDeletecpt2 la uplod yek!
best sesangat!!!
ReplyDeletekak rehan,bila nk sambung lagi!! xsabar nihh!hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum.tak sambung dah ker? sbb cik rehan dah mula entry baru ' UNTUK DIA '.. bila agaknya saya dapat hadap novel SUAMI TAK KUHADAP versi cetak??.. harap cik Rehan dapat reply. Terima Kasih. Wassalam.
ReplyDeletewaalaikummussalam..STK sy hentikan seketika.. UD tu mini novel je n akan hbis di blog saja... sy sedang running 2 manuskrip sekaligus..1 dh hampir siap n STK ni baru separuh.. nnt sy update beberapa bab lg sebelum sy hentikan terus ya..maaf2.. n thanks atas sokongan
DeleteManuskrip yg hampir siap tu..tajuk apa? saya harap lepas STK stop di blog, tak lama sangat masa menunggu untuk diterbit cetakkan.. gonna miss syai & mukhriz :) Harap cik Rehan terus sukses dalam menghasilkan karya.. SAYANG KAMU <3 <3 <3
Deletecik/encik initialD..saya gelak sikit boleh tak..hehe.. yang hampir siap tu tajuk dia Bila Nak Saksi. genre santai gila..
Deletetp kan.. syai & BUDRIZ..not MUKHLIZ.. kalo MUKHLIS dalam KIM je..hehe..ye..saya sayang kamu juga... doa2 sy sentiasa..