Wednesday, July 04, 2012

Untuk Dia [5]


BAB 5

HARI ni dapat cuti sakit.  Bukan sehari tapi seminggu.  Lama sungguh.  Tak pernah-pernah aku cuti sakit macam ni.  Selalu ponteng setengah hari je.  Itupun, mesti salah seorang daripada kami bertiga masuk kuliah kalau yang lain terpaksa ponteng.  Senang tolong turunkan tandatangan kehadiran. 
Cuma sekarang, Anaresa memang tak pernah ponteng.  Aku juga sudah jarang.  Aziana lagilah jarang.  Budak paling baik antara kami bertiga. 
Sunyi pula masa ni.  Dah dua hari terperuk dalam rumah.  Yang lain entah ke mana.  Payah juga tinggal dengan kawan-kawan yang sudah bekerja ni.  Pegang duit sendiri, kenderaan sendiri dan segalanya sendiri.  Bila berkursus, semua jauh-jauh. Yang tinggal sudahnya, aku dan Aziana saja sekarang.  Nak-nak lepas Anaresa pindah duduk rumah suami dia.  Memang sunyi  habis. 
Tubuh sudah sihat rasanya.  Tiada lagi sakit-sakit setelah doktor cucuk aku dengan dua batang jarum.  Ingat peristiwa awal pagi beberapa hari sudah benar-benar membuatkan aku menyampah dengan Zafrin.  Tak sudah-sudah nak kenakan aku.  Ada saja tak kena. 
“Nah…”  Aku suakan jaket berwarna hitam itu pada dia bila aku turun saja dari kereta Abang Zafran. 
Dia memandang aku kosong bila kami sama-sama berdiri di sisi kereta Mazda merah ini sewaktu itu setelah balik dari klinik. 
Zafrin buat muka tak bersalah.  Dia tenang saja memeluk tubuhnya yang nampak kedinginan.  Cepat-cepat aku sangkut jaket itu pada bahunya dan bila aku nak berlalu, Abang Zafran bersuara.
“Mi… larat ke tu?  Tunggu, biar Rin hantar naik ke atas.  Angah naik hantar Mi kejap.  Bahaya waktu ni.  Sunyi sepi ni.  Tu…”  Abang Zafran menjuihkan bibirnya ke arah sekumpulan budak-budak yang masih melepak.  Kutu lepak.  Haih…
“…ramai lagi budak-budak lelaki.  Karang tak sempat sampai tingkat lima pulak,’ sambung Abang Zafran prihatin. 
Aku senyum pada dia.  Huh, memang mengambil berat dan macho suami sepupu aku ni.  Padanlah Anaresa tergolek tertonggeng pun masa Abang Zafran melamar dia dulu.  Tapi, senyumku tak lama bila Zafrin bersuara. 
“Eh, Angah pulak kena.  Biarlah dia panjat sendiri.  Tak ada siapa nak dekat dengan dialah, Along.  Jantina pun tak dapat nak kenalpasti.  Tak ada siapa yang lalu nak usik pun,” ucap dia. 
Aku sudah naik angin.  Mahu saja kau parking tapak kaki aku ni ke perut dia.  Biar dia muntah balik ubat yang dia telan masa di poliklinik tadi.  Sakit jiwa aku dengan suara dan ayat yang menjengkelkan itu. 
“Eh… ada aku suruh kau hantar, hah?”  tekanku geram dan terus saja aku melintas jalan.  Berjalan menonong. 
Mujur ubat itu terus terkesan pada tubuh.  Andai tidak, mahu merangkak aku naik ke rumah.  Memang ada sekumpulan budak-budak motor yang suka menyakat kami selama ni.  Lepak pulak dekat laluan itu saja.  Laluan untuk aku panjat anak tangga ke rumah sewa.  Waktu ni, aku baru teringat tubuh yang agak terdedah biarpun berbalut dengan pakaian. 
Takut naik seorang diri tapi beranikan diri juga bila Anaresa tak larat nak panjat tangga sampai tingkat lima katanya.  Tak kan nak suruh Abang Zafran pulak.  Telefon Si Aziana, mesti tidur mati dia ni.  Aku tundukkan kepala.  Dagu hampir menyentuh dada kononnya.  Bila aku lalui mereka, ternyata mereka mula mengusik. 
“Eh… awek cun pagi-pagilah.    Pontianak kot, cun kemain ni,” usik salah seorangnya lantas  yang lainnya ketawa. 
Aku terus melangkah buat tak tahu saja tapi tak sempat aku melangkah, ada  yang mencuit bahuku tapi tak lama bila mereka terdiam sudahnya.  Aku rasa pula pelukan erat pada bahuku dan Zafrin membawa tubuhku sama-sama dibaluti jaket yang juga membalut tubuhnya.  Berdua di dalam sepasang jaket. 
“Eh…”
“Jangan melawan.  Mari naik!”  bisik dia tegas memangkas kata-kataku yang hendak membentak. 
Aku diam dan terus berjalan beriringan.  Tunduk saja.  Malu lagi pada Zafrin.  Memang terkena je dengan dia.  Tadi berlagak, sudahnya Zafrin juga yang datang memeluk aku.  Menutup tubuh dan menemani aku naik. 
Lenguh kaki bila sampai ke tingkat lima bila jalan menyempit dengan Zafrin.  Bila sampai di depan rumah sewaku, dia masih lagi memaut bahu aku. 
“Woi… tepilah!”  Aku menolah tubuh dia dan dia terus melepaskan dan tersengih sinis. 
“Saja… sejuk-sejuk ni.  Syok pula ada pemanas haba yang hidup macam kau ni,” tukas dia serius. 
Aku telan liur.  “Gila!” 
“Emm… yang gila ni jugaklah kena paksa tolong kau setiap kali pun.  Kalau tak ingat Along suruh, biar kau kena kenduri je,” ucap dia selamba dan aku terus pegun dari membuka pagar pintu. 
Wajahnya aku pandang lama.  Besar kecil besar kecil je aku nampak Zafrin waktu ni.  Mulut dia tak ada insuran langsung.  Main cakap je.
“Eh, kau jangan kurang ajar dengan aku, ya?  Cakap tu berlapik sikit.  Lain kali jangan hiraukan aku.  Ikut suka akulah nak kena apa pun.  Aku boleh jaga dirilah.  Kau tu, dah pergi balik sana sebelum aku humban kau dari tingkat lima ni.  Karang esok kenduri arwah terus,” bentakku menahan geram. 
Mata Zafrin jatuh padaku.  Menilik seluruh tubuhku dari atas ke bawah dan bawah ke atas. 
“Macam ni nak humban aku ke bawah.  Tubuh sekeping macam ply-wood je ada hati nak humban aku.  Aku memang nak balik dah pun.  Tak lalu nak tolong kau lagi kalau aku tak kena paksa.  Tapi, ucaplah terima kasih, bro…”
Huh, bro dia panggil aku?  Aku angkat penumbuk.  “Ni, kau punya bro?” 
Dia gelak sakan dan bersandar pada pagar tangga yang hanya setakat punggung dia saja.  Tinggi jugak mamat ni. 
“Penumbuk kau cute sangatlah.  Tak payah nak berlagak jantan sangatlah kalau diri tu spesis tak dikenalpasti.  Nanti aku minta Zafrina buat kajian pada kau.  Wujud ramai tak spesis macam kau ni.  Apa-apa pun sama-samalah, ya dengan cara kau ucap terima kasih tu,” ujar agak kuat. 
Aku jelirkan lidah dan dia jegilkan mata.  Tak semena-mena dia hulurkan beg plastic sederhana kecil. 
“Ubat kau tertinggal tadi.  Telan ni, jangan tak telan.  Tak tahulah kalau kau tak nak sihat dan mudah ponteng kuliah, kan?”  sinis dia.
“Woi!”  marahku tanpa mampu aku tahan lagi suara aku ni.  Berdentum sudah.  Sungguh aku marah ni.  Main tuduh je. 
“Kau ni, kan…”  Belum sempat ayat aku habis, pintu rumah sebelah terkuak. 
“Abang… kakak… kalau suami isteri nak gaduh kami tak campur, kak… bang.  Tapi, bising kot pagi-pagi ni.  Kami nak tidur ni, bang,” ucap penghuni rumah sebelah.
Aku terkejut sendiri.  Kaku lidah seketika.  Dalam hati berbisik.  Sejak bila rumah sebelah ni ada penghuni pulak.  Setahu aku rumah ni kosong je.  Lelaki pulak tu. 
“Eh… maaflah, dik.  Isteri abang ni tak bagi abang masuk rumah pulak abang balik lambat.”  Zafrin garu kepala dan tersengih. 
Budak lelaki itu juga tersengih sama dengan mata  yang lalok.  “Bagi jelah kak, suami masuk rumah.  Kami nak tidur ni,” ujar dia dan terus saja dia rapatkan daun pintu kembali.
Aku memandang Zafrin lagi dan dia ketawa tertahan-tahan.  “Muahahaha… aku gelak jahat.  Padan muka kau, Haqmi!”  tekan dia dan terus saja dia turun berlari dengan gelak tawanya. 
“Sah dia ni gila.  Dan kenapakah aku ni?  Kenapakah aku tersuka orang gila.  Orang gila suka aku tak apalah.  Ini orang gila tak suka aku.  Adoi… malang sungguh,” keluhku sendiri dan aku tolak daun pintu. 

**

TELEFON berdering kuat.  Bingit.  Terkejut aku.  Terbang pergi ingatan bersama Zafrin beberapa hari sudah.  Nampak protektif macam Abang Zafran tapi hakikatnya aku ni macam bahan gurauan dia semata-mata.  Aku bersumpah sendiri, lepas ni aku tak nak jumpa dia lagi dah.  Andai terpaksa, aku lebih rela menyamar jadi orang lain di depan dia. 
Punat hijau aku tekan bila nama Aziana muncul pada skrin.  “Ya…”  Aku menyahut malas. 
“Mi, kau okey ke?  Dah makan ke?” soal dia. 
“Makan apa?  Tak ada apa nak makan,” jawabku malas. 
Memang tak ada stok makanan setelah Anaresa pindah rumah.  Biasanya kami sama-sama menggila membeli stok makanan tapi ni sudah agak lama tak keluar. 
“Aku balik lambat ni.  Nak singgah lab kejap.  Petang kot baru sampai lagipun kelas penuh hari ni.  Malam ni ada kelas lagi kot.  CPP la wei… pening kepala.  Kau nak makan tak?  Aku balik tapaukan,” ujar Aziana di hujung talian. 
Aku diam seketika.  Menghela nafas sebentar.  Kesian pula dekat Aziana ni.  Dahlah dia tak ada lesen motor.  Ada lesen kereta tapi tak ada kereta.  Jadi, dia tak berani nak bawa Gilera aku tu.  Entah dia pergi kuliah dengan apa, aku pun tak tahu. 
“Emm… tak apalah.  Karanglah kau tapaukan aku.  Tak ada pun, aku turun je kat Mek kat bawah ni.  Kau tu pergi kelas dengan apa?”  soal aku risau. 
Aziana ketawa kecil.  “Jimmy datang jemput tadi.  Dengan kereta dia,” jawab Aziana tulus. 
Aku dah agak.  Getus hati kecilku.  “Kuch-kuch hota hai ke dengan Jimmy tu, Zi?” 
“Tak la… mera mann,” jawab dia dan dia terus ketawa kuat. 
Aziana pun tak betul dah.  Aduhai… janji dia bahagia, aku pun bahagia.  Lagipun, Jimmy tu baik juga budaknya tapi anak orang kaya yang manja.  Semua nak dia mesti dapat.  Itu yang Anaresa pun dia nak juga.  Sengal.
“Tak apalah, Zi.  Aku turun jelah kat bawah ni.  Lagipun, dah okey sikit ni.  Kau tak payahlah nak ulang alik dan satu lagi, jangan telefon Resa.  Macam malam tu.  Sakit jiwa aku jumpa mamat tu, huh!”  pesanku tegas. 
Aziana ketawa lagi.  “Kami sayangkan kau…”
“Tapi aku meluat dengan mamat tu,” tekanku pula.
“Emm… yalah-yalah.  Meluat… aku boleh nampak tu.  Dari mata kau.  Okeylah, aku blah dulu.  Chow!” 
Talian mati.  Boleh nampak?  Dari mata aku?  Huh, macam-macam Aziana ni.  Sejak dua menjak bercinta dengan Jimmy ni, ayat-ayat pun tak mudah untuk aku baca dah.  Terbelit otak kau.  Sudahlah jiwa terseliuh dengan sikap Zafrin.  Ini kawan baik aku pun macam ni. 
Aku campak telefon bimbit di hujung katil.  Perlahan-lahan aku bangkit mencari pakaian yang sesuai.  Baju kecil semalam aku ganti cepat-cepat.  Pakai baju besar sikit.  Itu pun lengan panjang.  Rambut aku sikat ala kadar dan aku letakkan topi di atas kepala.  Dockers krim itu aku gosok sikit bagi kurang kedut dan terus aku turun ke berlalu ke pintu setelah mengambil not RM10 dan kunci motor. 
Aku buka pintu rumah dan terus turun ke bawah.  Menapak perlahan-lahan.  Lenguh kepala lutut bila sampai di bawah.  Masa ni aku tengok Restoran Mek Ayam Kampung ni ramai pulak orang masa ni.  Aku rendahkan topi menutup separuh wajah dan rambut yang agak panjang ni aku tarik ke pipi. 
Pantas aku beratur hendak mengisi nasi di dalam polistrena.  Hanya sesenduk nasi, seketul ayam goreng dan sambal ikan bilis dah cukup untuk aku.  Mudah je makan.  Setelah itu, aku berlalu ke kaunter dan membuat bayaran setelah aku capai sebotol air mineral. 
Bila nak naik, rasa malas pula lalu aku berlalu arah motosikal dan enjin aku hidupkan.  Beg plastik berisi makan tengah hari aku sangkut pada motor.  Helmet aku sarung pada kepala dan tanpa hala tuju, aku bawa bekalan aku memecut laju.  Cari kedamaian sikit. 
Aku tiba di padang di depan Masjid Shah Alam.  Panas masa ni.  Aku cari tempat yang agak redup dan aku duduk di atas rumput yang menghijau.  Ingatkan aku je datang sini waktu ni, tapi ada juga seorang dua lagi melepak sama.  Topi keledar aku buka.  Rambut aku betulkan sikit dan terus saja aku buka polistrena. 
Sudu yang aku pijam dari restoran itu tadi, aku keluarkan.  Dah biasa macam tu.  Pinjam sudah sudu tu.  Nanti aku pulang.  Waktu ni rasa damai sangat.  Tenang sungguh.  Hijau mendamaikan.  Hijau warna alam.  Warna yang membuatkan mataku sejuk. 
Suapan demi suapan aku bawa ke mulut.  Rasa perit.  Tak sihat punya pasal, selera juga hampir hilang tapi bila perut pedih menahan lapar, aku paksa juga diriku menelan nasi tersebut hingga separuh. 
Air mineral aku buka dan aku teguk rakus hingga separuh botol.  Hilang dahaga dan bila aku mahu capai sudu, aku lihat ada jembalang tanah di sisi aku.  Selamba saja menyuakan sudu itu ke mulutnya. 
“Woi… nasi aku ni!”  marahku geram. 
Baru aku nak capai bekas polistrena itu, dia larikan jauh.  Aku mahu capai lagi dan dia terus bawa jauh makanan aku. 
“Zafrin!”  panggilku kuat. 
“Mana-mana aku lepak, mesti ada kau.  Kau buat apa kat sini?  Menyakitkan hati aku jelah.  Bawak sini nasi aku tu.  Aku lapar ni!”  pintaku merayu dalam intonasi yang kuat amat. 
Dia senyum dan terus mengunyah nasi dalam mulutnya.  “Sedap jugak nasik kau ni, Mi?  Aku pun lapar ni.  Kalau kau nak marah, kau marah sepupu kau tu.  Dia call aku minta teman kau makan.  Kan aku dah cakap, kalau bukan sebab Kak Long, aku tak ingin pun nak pandang muka kau tu!”  ujar dia mudah.
Huh, ni mesti kerja Aziana lagi ni.  Aku dah kata jangan bagi tahu Anaresa.  Kan Anaresa dah suruh adik ipar dia yang senget ni datang jumpa aku. 
“Tadi, aku nampak kau naik motor bila aku sampai.  Aku follow.  Menyampah pun sebab dah amanah, aku ikutkan sudah.  Isteri Along aku pun,” sambung dia lagi.  Sinis!
“Si Azi ni aku dah pesan jangan bagi tahu Resa,” keluhku lalu aku tarik Nokia aku keluar dari poket dockers. 
Tak sempat nak dail nombor Aziana, Zafrin rampas telefon aku.  Dia ketawa besar melihat pada telefon aku. 
“Woi… apa punya zaman kau pakai telefon macam ni lagi?  Orang semua dok kalut dengan tab bagai.  Kau pakai yang ni lagi?”  soal dia padaku dan aku terus bangkit. 
Aku pandang nasi aku yang ada di tangannya.  Laparnya perut.  Sudahlah duit biasiswa semakin berkurang dekat-dekat hujung semester ni.  Dia tak tahu.  Sepanjang belajar aku tak pernah meminta-minta dengan mak dan ayah biarpun aku anak tunggal setelah Gilera itu mereka hadiahkan.  Hidup berjimat cermat dengan biasiswa saja.  Makan pun catu tapi ni, makanan aku dirampas pulak dah.  Lanun daratan sungguh. 
“Mari sini telefon aku tu.”  Aku rampasnya kasar bila Zafrin menyuakannya padaku. 
“Aku tak halal kau makan nasi aku tu,” ucapku serius.  Rasa nak menangis sebab sedih itu bukan rezeki aku. 
Zafrin tetap begitu.  Dengan selambanya dia terus menelan nasi tersebut. 
Sharelah, Mi.  aku lapar ni.  Pagi tadi tak makan lagi.  Dan-dan Kak Long minta aku jenguk kau.  Berat hati berat kaki tapi terpaksa sebab amanah,” ulang dia lagi. 
Nak beritahu yang dia tak pernah ikhlas membantu aku melainkan suruhan Anaresa.  Aku mengerti itu dan tak payahlah nak cakap banyak  kali.  Aku pandai kot.  Budak kejuruteraan kimia lagi.  Lulus dekan je tiap-tiap semester.  Cakap sekali aku dah boleh cerna apa. 
“Argh… aku memang tak halal!”  tukasku lagi dan kali ini ada sendu sikit. 
Mula-mula perlahan dan akhirnya agak kuat hingga menarik perhatian dua orang abang yang sedang lepak di sana sikit. 
Wajah Zafrin kalut.  Dia bangkit dan cuba menarik lengan aku tapi aku pantas menapak ke belakang. 
“Eh, Mi.  Kau ni berkira sungguhlah.  Aku makan sesudu je pun.  Itu pun nak melalak ke?”  tanya dia pelik. 
Aku buat muka monyok.  Ada airmata yang mengalir dan biar dia mengalir kali ini.  Aku memang nak airmata kau mengalir biarpun hati aku tak rela. 
“Memanglah aku berkira.  Aku budak sekolah.  Mana ada duit banyak.”
Belum sempat Zafrin menjawab, dua orang abang tadi menghampiri.  Salah seorangnya bercekak pinggang pada Zafrin.
“Kenapa ni, dik?”  tanya dia padaku.
“Dia ni buli saya, bang.  Dia rampas nasi saya,” jawabku dalam sendu yang tertahan-tahan. 
Zafrin pegun bila dua orang abang itu mendekati dia.  “Apahal kaki buli ni?  Perempuan lembut comel macam ni pun kau nak buli ke?”  soal abang tu pada dia.
“Saya err… err…”  Zafrin gagap.  Pertama kali melihat dia gagap, aku rasa nak tergolek di atas padang tapi aku tahan saja dengan wajah sedih ni.
“Rileks, dik.  Abang ambil balik makanan kamu ni.”  Abang yang seorang lagi memujuk.  Tapi aku menggeleng.
“Saya dah tak nak nasi bekas dia.  Saya nak sudu je sebab sudu tu saya pinjam,” ujarku luhur dan masing-masing berwajah terkejut. 
Aku masih selamba dan bila Zafrin menyuakan sudu itu, aku sambut.  Kemudian, aku lihat abang itu mencekak kolar baju Zafrin.  Aku menapak ke belakang membelaki dua orang abang itu dan bertatapan dengan Zafrin yang berwajah pucat. 
“Padan muka kau!”  ucapku tanpa suara dan dengan tawa yang aku tahan. 
Mata Zafrin bulat bila dia tahu aku mengenakan dia dengan airmata palsu aku ni.  Tapi dia tak tahu, dia sebalik kepalsuan airmata ini, hati aku berbunga bila bersua dengan dia tapi bila setiap kali dia luahkan perkataan ‘terpaksa’ itu, aku jauhkan hati sikit.
Airmata kering.  Lakonan menjadi dan dia terkena sekali.  Wajah cuaknya toksah nak cakap.  Memang pucat habis dan aku terus saja berlari ke arah motorsikal meninggalkan Zafrin yang mungkin kena debik dek abang-abang tadi.  Puas hati!

~~> bersambung

41 comments:

  1. syg RM ketat2....heheheh

    ReplyDelete
  2. ish ish nakal tu haqmi ni, cian kat zafrin.mana dia tau ikhlas ker x ntah2 zafrin ckp jer pdhal dlm ati ada taman kan hehehe. jgn kena debik udahlah zafrin, tp mesti lps ni dia akan plan baikkk punya nk kenakan haqmi blik hahaha

    ReplyDelete
  3. ala... baru nak feel, dh abis... huhuhu

    ReplyDelete
  4. gmbar zafrin kt ats 2 plakon my girl versi filipin 2 kan???gerald anderson kan???

    ReplyDelete
  5. feeling la entry kali ni

    ReplyDelete
  6. cik rehan makhtar.... cerita stk sudah di hentikan ke? harap2 cik rehan blh kasi clue sikit..... tq ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. STK sy stopkan dulu tapi manuskrip sy jalan je.. kalao tak ada apa2 masalah sy upload lagi beberapa bab dan akan sy hentikan utk manuskrip penuh..

      Delete
    2. terima kasih.... sekurang-kurangnya tak delah saya tertanya-tanya lagi... thanks

      Delete
  7. wahhh.. asyik sggk zafrin bagi alasan.. kak long yang srh..amanah la sgt kan..hehehehee

    ReplyDelete
  8. suke3.......

    ReplyDelete
  9. timekasih semua layan UD yg santai dan senget ni..maaf atas penghentian (betul ke word ni). STk secara mendadak..timekasih atas sokongan semua ya..tak dan nk reply semua komen tp sy baca n hargai sangat2.. sayang semua

    ReplyDelete
  10. wahh , sampai hati haqmi biarkan zafrin kene debik. kejap lagi turn haqmi plak kene nyakat ngan zafrin ye. wait haqmi wait. hehee.

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  11. lajunya idea awak, rm.. dlm sehari dah boleh masuk 3 bab.. haishh.. idea tgh byk erk..??
    -esya-

    ReplyDelete
  12. bestlh nak lagi... cpt sambung ye. seronok sgt bila
    buka blog RM ada lagi n3 UD yg baru... kalau novel
    RM nk diversi cetakkan agak-agaknya lama lagi ke
    kena tunggu...Lagi cpt keluar dipasaran lagi bagus
    dpt baca cepatkan?

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Siap yang ni akak nak oder ketiga2 ksinambungan cerita ni......koleksi RM katakan.....

    ReplyDelete
  15. hehehe... kelakar la diorg ni... tp betul ke anaresa yg suh p jenguk mi?mcm xcaya jer... mmg zafran dh jth hati kot...

    ReplyDelete
  16. terpaksa sbb anaresa suruh ke...atau
    terpaksa sebab hati yg suruh... he he

    ReplyDelete
  17. dalam terpaksa tapi rela sudah.... jahat gak haqmi nie yek, kesian pakwe hensem tu ... kena debik ke tidak???

    ReplyDelete
  18. sebenarnya hati dh lentok kt haqmi tu.... hehehhe ...

    -Ika Hatika-

    ReplyDelete
  19. Rindu Budriz dengan Syai, time time tengah syok diorang dah baik sikit tu pulak berhenti, hmm, nak buat mcm mana kan~ :( looking forward utk post STK kak rehan. loveyou :)

    ReplyDelete
  20. kah...kah....kah....
    padanlah tu kan, mi dan rin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    followwwwwwwwwwwwwwwwwwww

    ReplyDelete
  21. terbaek lah RM...huhuu

    ReplyDelete
  22. happy je bc citer ni..pndaila RM bt citer..kalo sdh mmg nangis abis, kalo kelakar mmg blh gelak sakan..tjuk citer RM yg 3 sequel ni sume de kaitan ngan tjuk lagu kn..ku ingin milikmu-romance, kerana sekali cint-pasha& rossa, untuk dia-najwa&sleeq...sweet sgt..

    ReplyDelete
  23. RM...Seriously said UD ni lebih mengancam, serasa ada rama-rama dalam perut....
    love it sooooooooooooooo much. Jalan cerita yang menarik.

    ReplyDelete
  24. RM, mmg suka UD ni..cute je dema berdua nikh! waiting for nxt n3..T.Kaseh.

    ReplyDelete
  25. Salam RM,

    Just wondering whether the three of these mini novels could be combined, and produced as one complete novel? InsyaAllah ada publisher yang akan publish for you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat tu mcm tu jugak tapi entahlah..haha.. tgk pada rezeki..sy berniat nk hantar ke publisher jgk..doa2 ek..

      Delete
    2. hantar RM...nti boleh beli...bca dlam cik net x puas....silau........hantar jgn x hntar...x sbr nk beli kalu terbit...heheh

      Delete
  26. kali ni c haqmi plak yg jd jin notti....ske3!

    ReplyDelete
  27. mmg best... sume cite tak mengecewakan:)

    ReplyDelete
  28. suke2 suke2 suke2 n x penah x suke..... <3

    ReplyDelete
  29. huhu lucu r kak.zafrin 2 gna alasan yg same utk dekt ngan haqmi. pdahal hati dh jatuh cinta.kak cepat2lah sambg best citer ni kelakar pn ade.huhu.kak mmg novelis yg terbaik.huhu

    ReplyDelete
  30. lawak gak........padan muka zafrin hihihiiiii, best..

    ReplyDelete
  31. sweet la budk2 ni.masing2 tnjuk keras.

    ReplyDelete