BAB 5
HARI ni dapat
cuti sakit. Bukan sehari tapi
seminggu. Lama sungguh. Tak pernah-pernah aku cuti sakit macam ni. Selalu ponteng setengah hari je. Itupun, mesti salah seorang daripada kami bertiga
masuk kuliah kalau yang lain terpaksa ponteng.
Senang tolong turunkan tandatangan kehadiran.
Sunyi pula masa
ni. Dah dua hari terperuk dalam
rumah. Yang lain entah ke mana. Payah juga tinggal dengan kawan-kawan yang
sudah bekerja ni. Pegang duit sendiri,
kenderaan sendiri dan segalanya sendiri.
Bila berkursus, semua jauh-jauh. Yang tinggal sudahnya, aku dan Aziana
saja sekarang. Nak-nak lepas Anaresa
pindah duduk rumah suami dia. Memang
sunyi habis.
Tubuh sudah
sihat rasanya. Tiada lagi sakit-sakit
setelah doktor cucuk aku dengan dua batang jarum. Ingat peristiwa awal pagi beberapa hari sudah
benar-benar membuatkan aku menyampah dengan Zafrin. Tak sudah-sudah nak kenakan aku. Ada saja tak kena.
“Nah…” Aku suakan jaket berwarna hitam itu pada dia
bila aku turun saja dari kereta Abang Zafran.
Dia memandang
aku kosong bila kami sama-sama berdiri di sisi kereta Mazda merah ini sewaktu
itu setelah balik dari klinik.
Zafrin buat muka
tak bersalah. Dia tenang saja memeluk
tubuhnya yang nampak kedinginan.
Cepat-cepat aku sangkut jaket itu pada bahunya dan bila aku nak berlalu,
Abang Zafran bersuara.
“Mi… larat ke
tu? Tunggu, biar Rin hantar naik ke
atas. Angah naik hantar Mi kejap. Bahaya waktu ni. Sunyi sepi ni. Tu…”
Abang Zafran menjuihkan bibirnya ke arah sekumpulan budak-budak yang
masih melepak. Kutu lepak. Haih…
“…ramai lagi
budak-budak lelaki. Karang tak sempat
sampai tingkat lima pulak,’ sambung Abang Zafran prihatin.
Aku senyum pada
dia. Huh, memang mengambil berat dan
macho suami sepupu aku ni. Padanlah
Anaresa tergolek tertonggeng pun masa Abang Zafran melamar dia dulu. Tapi, senyumku tak lama bila Zafrin
bersuara.
“Eh, Angah pulak
kena. Biarlah dia panjat sendiri. Tak ada siapa nak dekat dengan dialah,
Along. Jantina pun tak dapat nak
kenalpasti. Tak ada siapa yang lalu nak
usik pun,” ucap dia.
Aku sudah naik
angin. Mahu saja kau parking tapak kaki aku ni ke perut
dia. Biar dia muntah balik ubat yang dia
telan masa di poliklinik tadi. Sakit
jiwa aku dengan suara dan ayat yang menjengkelkan itu.
“Eh… ada aku
suruh kau hantar, hah?” tekanku geram
dan terus saja aku melintas jalan.
Berjalan menonong.
Mujur ubat itu
terus terkesan pada tubuh. Andai tidak,
mahu merangkak aku naik ke rumah. Memang
ada sekumpulan budak-budak motor yang suka menyakat kami selama ni. Lepak pulak dekat laluan itu saja. Laluan untuk aku panjat anak tangga ke rumah
sewa. Waktu ni, aku baru teringat tubuh
yang agak terdedah biarpun berbalut dengan pakaian.
Takut naik
seorang diri tapi beranikan diri juga bila Anaresa tak larat nak panjat tangga
sampai tingkat lima katanya. Tak kan nak
suruh Abang Zafran pulak. Telefon Si
Aziana, mesti tidur mati dia ni. Aku
tundukkan kepala. Dagu hampir menyentuh
dada kononnya. Bila aku lalui mereka,
ternyata mereka mula mengusik.
“Eh… awek cun
pagi-pagilah. Pontianak kot, cun
kemain ni,” usik salah seorangnya lantas
yang lainnya ketawa.
Aku terus
melangkah buat tak tahu saja tapi tak sempat aku melangkah, ada yang mencuit bahuku tapi tak lama bila mereka
terdiam sudahnya. Aku rasa pula pelukan
erat pada bahuku dan Zafrin membawa tubuhku sama-sama dibaluti jaket yang juga
membalut tubuhnya. Berdua di dalam
sepasang jaket.
“Eh…”
“Jangan
melawan. Mari naik!” bisik dia tegas memangkas kata-kataku yang
hendak membentak.
Aku diam dan
terus berjalan beriringan. Tunduk
saja. Malu lagi pada Zafrin. Memang terkena je dengan dia. Tadi berlagak, sudahnya Zafrin juga yang
datang memeluk aku. Menutup tubuh dan
menemani aku naik.
Lenguh kaki bila
sampai ke tingkat lima bila jalan menyempit dengan Zafrin. Bila sampai di depan rumah sewaku, dia masih
lagi memaut bahu aku.
“Woi… tepilah!” Aku menolah tubuh dia dan dia terus
melepaskan dan tersengih sinis.
“Saja…
sejuk-sejuk ni. Syok pula ada pemanas
haba yang hidup macam kau ni,” tukas dia serius.
Aku telan
liur. “Gila!”
“Emm… yang gila
ni jugaklah kena paksa tolong kau setiap kali pun. Kalau tak ingat Along suruh, biar kau kena
kenduri je,” ucap dia selamba dan aku terus pegun dari membuka pagar
pintu.
Wajahnya aku
pandang lama. Besar kecil besar kecil je
aku nampak Zafrin waktu ni. Mulut dia
tak ada insuran langsung. Main cakap je.
“Eh, kau jangan
kurang ajar dengan aku, ya? Cakap tu
berlapik sikit. Lain kali jangan
hiraukan aku. Ikut suka akulah nak kena
apa pun. Aku boleh jaga dirilah. Kau tu, dah pergi balik sana sebelum aku
humban kau dari tingkat lima ni. Karang esok
kenduri arwah terus,” bentakku menahan geram.
Mata Zafrin
jatuh padaku. Menilik seluruh tubuhku
dari atas ke bawah dan bawah ke atas.
“Macam ni nak
humban aku ke bawah. Tubuh sekeping
macam ply-wood je ada hati nak humban aku.
Aku memang nak balik dah pun. Tak
lalu nak tolong kau lagi kalau aku tak kena paksa. Tapi, ucaplah terima kasih, bro…”
Huh, bro dia
panggil aku? Aku angkat penumbuk. “Ni, kau punya bro?”
Dia gelak sakan
dan bersandar pada pagar tangga yang hanya setakat punggung dia saja. Tinggi jugak mamat ni.
“Penumbuk kau
cute sangatlah. Tak payah nak berlagak
jantan sangatlah kalau diri tu spesis tak dikenalpasti. Nanti aku minta Zafrina buat kajian pada
kau. Wujud ramai tak spesis macam kau
ni. Apa-apa pun sama-samalah, ya dengan
cara kau ucap terima kasih tu,” ujar agak kuat.
Aku jelirkan
lidah dan dia jegilkan mata. Tak semena-mena
dia hulurkan beg plastic sederhana kecil.
“Ubat kau
tertinggal tadi. Telan ni, jangan tak
telan. Tak tahulah kalau kau tak nak
sihat dan mudah ponteng kuliah, kan?”
sinis dia.
“Woi!” marahku tanpa mampu aku tahan lagi suara aku
ni. Berdentum sudah. Sungguh aku marah ni. Main tuduh je.
“Kau ni, kan…” Belum sempat ayat aku habis, pintu rumah
sebelah terkuak.
“Abang… kakak…
kalau suami isteri nak gaduh kami tak campur, kak… bang. Tapi, bising kot pagi-pagi ni. Kami nak tidur ni, bang,” ucap penghuni rumah
sebelah.
Aku terkejut
sendiri. Kaku lidah seketika. Dalam hati berbisik. Sejak bila rumah sebelah ni ada penghuni
pulak. Setahu aku rumah ni kosong
je. Lelaki pulak tu.
“Eh… maaflah,
dik. Isteri abang ni tak bagi abang
masuk rumah pulak abang balik lambat.”
Zafrin garu kepala dan tersengih.
Budak lelaki itu
juga tersengih sama dengan mata yang
lalok. “Bagi jelah kak, suami masuk
rumah. Kami nak tidur ni,” ujar dia dan
terus saja dia rapatkan daun pintu kembali.
Aku memandang
Zafrin lagi dan dia ketawa tertahan-tahan.
“Muahahaha… aku gelak jahat. Padan
muka kau, Haqmi!” tekan dia dan terus
saja dia turun berlari dengan gelak tawanya.
“Sah dia ni
gila. Dan kenapakah aku ni? Kenapakah aku tersuka orang gila. Orang gila suka aku tak apalah. Ini orang gila tak suka aku. Adoi… malang sungguh,” keluhku sendiri dan
aku tolak daun pintu.
**
TELEFON
berdering kuat. Bingit. Terkejut aku.
Terbang pergi ingatan bersama Zafrin beberapa hari sudah. Nampak protektif macam Abang Zafran tapi
hakikatnya aku ni macam bahan gurauan dia semata-mata. Aku bersumpah sendiri, lepas ni aku tak nak
jumpa dia lagi dah. Andai terpaksa, aku
lebih rela menyamar jadi orang lain di depan dia.
Punat hijau aku
tekan bila nama Aziana muncul pada skrin.
“Ya…” Aku menyahut malas.
“Mi, kau okey
ke? Dah makan ke?” soal dia.
“Makan apa? Tak ada apa nak makan,” jawabku malas.
Memang tak ada
stok makanan setelah Anaresa pindah rumah.
Biasanya kami sama-sama menggila membeli stok makanan tapi ni sudah agak
lama tak keluar.
“Aku balik
lambat ni. Nak singgah lab kejap. Petang kot baru sampai lagipun kelas penuh
hari ni. Malam ni ada kelas lagi
kot. CPP la wei… pening kepala. Kau nak makan tak? Aku balik tapaukan,” ujar Aziana di hujung
talian.
Aku diam
seketika. Menghela nafas sebentar. Kesian pula dekat Aziana ni. Dahlah dia tak ada lesen motor. Ada lesen kereta tapi tak ada kereta. Jadi, dia tak berani nak bawa Gilera aku
tu. Entah dia pergi kuliah dengan apa,
aku pun tak tahu.
“Emm… tak
apalah. Karanglah kau tapaukan aku. Tak ada pun, aku turun je kat Mek kat bawah
ni. Kau tu pergi kelas dengan apa?” soal aku risau.
Aziana ketawa
kecil. “Jimmy datang jemput tadi. Dengan kereta dia,” jawab Aziana tulus.
Aku dah
agak. Getus hati kecilku. “Kuch-kuch
hota hai ke dengan Jimmy tu, Zi?”
“Tak la… mera mann,” jawab dia dan dia terus
ketawa kuat.
Aziana pun tak betul
dah. Aduhai… janji dia bahagia, aku pun
bahagia. Lagipun, Jimmy tu baik juga
budaknya tapi anak orang kaya yang manja.
Semua nak dia mesti dapat. Itu yang
Anaresa pun dia nak juga. Sengal.
“Tak apalah,
Zi. Aku turun jelah kat bawah ni. Lagipun, dah okey sikit ni. Kau tak payahlah nak ulang alik dan satu
lagi, jangan telefon Resa. Macam malam
tu. Sakit jiwa aku jumpa mamat tu, huh!” pesanku tegas.
Aziana ketawa
lagi. “Kami sayangkan kau…”
“Tapi aku meluat
dengan mamat tu,” tekanku pula.
“Emm…
yalah-yalah. Meluat… aku boleh nampak
tu. Dari mata kau. Okeylah, aku blah dulu. Chow!”
Talian mati. Boleh nampak?
Dari mata aku? Huh, macam-macam
Aziana ni. Sejak dua menjak bercinta
dengan Jimmy ni, ayat-ayat pun tak mudah untuk aku baca dah. Terbelit otak kau. Sudahlah jiwa terseliuh dengan sikap
Zafrin. Ini kawan baik aku pun macam
ni.
Aku campak
telefon bimbit di hujung katil. Perlahan-lahan
aku bangkit mencari pakaian yang sesuai.
Baju kecil semalam aku ganti cepat-cepat. Pakai baju besar sikit. Itu pun lengan panjang. Rambut aku sikat ala kadar dan aku letakkan
topi di atas kepala. Dockers krim itu
aku gosok sikit bagi kurang kedut dan terus aku turun ke berlalu ke pintu
setelah mengambil not RM10 dan kunci motor.
Aku buka pintu
rumah dan terus turun ke bawah. Menapak perlahan-lahan. Lenguh kepala lutut bila sampai di
bawah. Masa ni aku tengok Restoran Mek
Ayam Kampung ni ramai pulak orang masa ni.
Aku rendahkan topi menutup separuh wajah dan rambut yang agak panjang ni
aku tarik ke pipi.
Pantas aku
beratur hendak mengisi nasi di dalam polistrena. Hanya sesenduk nasi, seketul ayam goreng dan
sambal ikan bilis dah cukup untuk aku. Mudah
je makan. Setelah itu, aku berlalu ke
kaunter dan membuat bayaran setelah aku capai sebotol air mineral.
Bila nak naik,
rasa malas pula lalu aku berlalu arah motosikal dan enjin aku hidupkan. Beg plastik berisi makan tengah hari aku
sangkut pada motor. Helmet aku sarung
pada kepala dan tanpa hala tuju, aku bawa bekalan aku memecut laju. Cari kedamaian sikit.
Aku tiba di
padang di depan Masjid Shah Alam. Panas masa
ni. Aku cari tempat yang agak redup dan
aku duduk di atas rumput yang menghijau.
Ingatkan aku je datang sini waktu ni, tapi ada juga seorang dua lagi
melepak sama. Topi keledar aku
buka. Rambut aku betulkan sikit dan
terus saja aku buka polistrena.
Sudu yang aku
pijam dari restoran itu tadi, aku keluarkan.
Dah biasa macam tu. Pinjam sudah
sudu tu. Nanti aku pulang. Waktu ni rasa damai sangat. Tenang sungguh. Hijau mendamaikan. Hijau warna alam. Warna yang membuatkan mataku sejuk.
Suapan demi
suapan aku bawa ke mulut. Rasa perit. Tak sihat punya pasal, selera juga hampir
hilang tapi bila perut pedih menahan lapar, aku paksa juga diriku menelan nasi
tersebut hingga separuh.
Air mineral aku
buka dan aku teguk rakus hingga separuh botol.
Hilang dahaga dan bila aku mahu capai sudu, aku lihat ada jembalang
tanah di sisi aku. Selamba saja
menyuakan sudu itu ke mulutnya.
“Woi… nasi aku
ni!” marahku geram.
Baru aku nak
capai bekas polistrena itu, dia larikan jauh.
Aku mahu capai lagi dan dia terus bawa jauh makanan aku.
“Zafrin!” panggilku kuat.
“Mana-mana aku
lepak, mesti ada kau. Kau buat apa kat
sini? Menyakitkan hati aku jelah. Bawak sini nasi aku tu. Aku lapar ni!” pintaku merayu dalam intonasi yang kuat
amat.
Dia senyum dan
terus mengunyah nasi dalam mulutnya. “Sedap
jugak nasik kau ni, Mi? Aku pun lapar
ni. Kalau kau nak marah, kau marah
sepupu kau tu. Dia call aku minta teman
kau makan. Kan aku dah cakap, kalau
bukan sebab Kak Long, aku tak ingin pun nak pandang muka kau tu!” ujar dia mudah.
Huh, ni mesti
kerja Aziana lagi ni. Aku dah kata
jangan bagi tahu Anaresa. Kan Anaresa
dah suruh adik ipar dia yang senget ni datang jumpa aku.
“Tadi, aku
nampak kau naik motor bila aku sampai. Aku
follow. Menyampah pun sebab dah amanah, aku ikutkan
sudah. Isteri Along aku pun,” sambung
dia lagi. Sinis!
“Si Azi ni aku
dah pesan jangan bagi tahu Resa,” keluhku lalu aku tarik Nokia aku keluar dari
poket dockers.
Tak sempat nak
dail nombor Aziana, Zafrin rampas telefon aku.
Dia ketawa besar melihat pada telefon aku.
“Woi… apa punya
zaman kau pakai telefon macam ni lagi? Orang
semua dok kalut dengan tab bagai. Kau pakai
yang ni lagi?” soal dia padaku dan aku
terus bangkit.
Aku pandang nasi
aku yang ada di tangannya. Laparnya perut. Sudahlah duit biasiswa semakin berkurang
dekat-dekat hujung semester ni. Dia tak
tahu. Sepanjang belajar aku tak pernah
meminta-minta dengan mak dan ayah biarpun aku anak tunggal setelah Gilera itu
mereka hadiahkan. Hidup berjimat cermat
dengan biasiswa saja. Makan pun catu
tapi ni, makanan aku dirampas pulak dah.
Lanun daratan sungguh.
“Mari sini
telefon aku tu.” Aku rampasnya kasar
bila Zafrin menyuakannya padaku.
“Aku tak halal
kau makan nasi aku tu,” ucapku serius. Rasa
nak menangis sebab sedih itu bukan rezeki aku.
Zafrin tetap
begitu. Dengan selambanya dia terus
menelan nasi tersebut.
“Sharelah, Mi. aku lapar ni.
Pagi tadi tak makan lagi. Dan-dan
Kak Long minta aku jenguk kau. Berat hati
berat kaki tapi terpaksa sebab amanah,” ulang dia lagi.
Nak beritahu
yang dia tak pernah ikhlas membantu aku melainkan suruhan Anaresa. Aku mengerti itu dan tak payahlah nak cakap
banyak kali. Aku pandai kot. Budak kejuruteraan kimia lagi. Lulus dekan je tiap-tiap semester. Cakap sekali aku dah boleh cerna apa.
“Argh… aku
memang tak halal!” tukasku lagi dan kali
ini ada sendu sikit.
Mula-mula
perlahan dan akhirnya agak kuat hingga menarik perhatian dua orang abang yang
sedang lepak di sana sikit.
Wajah Zafrin
kalut. Dia bangkit dan cuba menarik
lengan aku tapi aku pantas menapak ke belakang.
“Eh, Mi. Kau ni berkira sungguhlah. Aku makan sesudu je pun. Itu pun nak melalak ke?” tanya dia pelik.
Aku buat muka
monyok. Ada airmata yang mengalir dan
biar dia mengalir kali ini. Aku memang
nak airmata kau mengalir biarpun hati aku tak rela.
“Memanglah aku
berkira. Aku budak sekolah. Mana ada duit banyak.”
Belum sempat
Zafrin menjawab, dua orang abang tadi menghampiri. Salah seorangnya bercekak pinggang pada
Zafrin.
“Kenapa ni, dik?” tanya dia padaku.
“Dia ni buli
saya, bang. Dia rampas nasi saya,”
jawabku dalam sendu yang tertahan-tahan.
Zafrin pegun
bila dua orang abang itu mendekati dia. “Apahal
kaki buli ni? Perempuan lembut comel
macam ni pun kau nak buli ke?” soal
abang tu pada dia.
“Saya err… err…” Zafrin gagap.
Pertama kali melihat dia gagap, aku rasa nak tergolek di atas padang
tapi aku tahan saja dengan wajah sedih ni.
“Rileks,
dik. Abang ambil balik makanan kamu ni.” Abang yang seorang lagi memujuk. Tapi aku menggeleng.
“Saya dah tak
nak nasi bekas dia. Saya nak sudu je
sebab sudu tu saya pinjam,” ujarku luhur dan masing-masing berwajah terkejut.
Aku masih
selamba dan bila Zafrin menyuakan sudu itu, aku sambut. Kemudian, aku lihat abang itu mencekak kolar
baju Zafrin. Aku menapak ke belakang
membelaki dua orang abang itu dan bertatapan dengan Zafrin yang berwajah
pucat.
“Padan muka kau!” ucapku tanpa suara dan dengan tawa yang aku
tahan.
Mata Zafrin
bulat bila dia tahu aku mengenakan dia dengan airmata palsu aku ni. Tapi dia tak tahu, dia sebalik kepalsuan
airmata ini, hati aku berbunga bila bersua dengan dia tapi bila setiap kali dia
luahkan perkataan ‘terpaksa’ itu, aku jauhkan hati sikit.
Airmata kering. Lakonan menjadi dan dia terkena sekali. Wajah cuaknya toksah nak cakap. Memang pucat habis dan aku terus saja berlari
ke arah motorsikal meninggalkan Zafrin yang mungkin kena debik dek abang-abang
tadi. Puas hati!
~~> bersambung
Lajunya idea hari nih :)
ReplyDeletesyg RM ketat2....heheheh
ReplyDeletehahahaha kesian zafrin...
ReplyDeleteish ish nakal tu haqmi ni, cian kat zafrin.mana dia tau ikhlas ker x ntah2 zafrin ckp jer pdhal dlm ati ada taman kan hehehe. jgn kena debik udahlah zafrin, tp mesti lps ni dia akan plan baikkk punya nk kenakan haqmi blik hahaha
ReplyDeleteala... baru nak feel, dh abis... huhuhu
ReplyDeletegmbar zafrin kt ats 2 plakon my girl versi filipin 2 kan???gerald anderson kan???
ReplyDeletefeeling la entry kali ni
ReplyDeletecik rehan makhtar.... cerita stk sudah di hentikan ke? harap2 cik rehan blh kasi clue sikit..... tq ;)
ReplyDeleteSTK sy stopkan dulu tapi manuskrip sy jalan je.. kalao tak ada apa2 masalah sy upload lagi beberapa bab dan akan sy hentikan utk manuskrip penuh..
Deleteterima kasih.... sekurang-kurangnya tak delah saya tertanya-tanya lagi... thanks
Deletewahhh.. asyik sggk zafrin bagi alasan.. kak long yang srh..amanah la sgt kan..hehehehee
ReplyDeletesuke3.......
ReplyDeletetimekasih semua layan UD yg santai dan senget ni..maaf atas penghentian (betul ke word ni). STk secara mendadak..timekasih atas sokongan semua ya..tak dan nk reply semua komen tp sy baca n hargai sangat2.. sayang semua
ReplyDeletewahh , sampai hati haqmi biarkan zafrin kene debik. kejap lagi turn haqmi plak kene nyakat ngan zafrin ye. wait haqmi wait. hehee.
ReplyDelete#Murni Tan
lajunya idea awak, rm.. dlm sehari dah boleh masuk 3 bab.. haishh.. idea tgh byk erk..??
ReplyDelete-esya-
bestlh nak lagi... cpt sambung ye. seronok sgt bila
ReplyDeletebuka blog RM ada lagi n3 UD yg baru... kalau novel
RM nk diversi cetakkan agak-agaknya lama lagi ke
kena tunggu...Lagi cpt keluar dipasaran lagi bagus
dpt baca cepatkan?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSiap yang ni akak nak oder ketiga2 ksinambungan cerita ni......koleksi RM katakan.....
ReplyDeletehehehe... kelakar la diorg ni... tp betul ke anaresa yg suh p jenguk mi?mcm xcaya jer... mmg zafran dh jth hati kot...
ReplyDeleteterpaksa sbb anaresa suruh ke...atau
ReplyDeleteterpaksa sebab hati yg suruh... he he
dalam terpaksa tapi rela sudah.... jahat gak haqmi nie yek, kesian pakwe hensem tu ... kena debik ke tidak???
ReplyDeletesebenarnya hati dh lentok kt haqmi tu.... hehehhe ...
ReplyDelete-Ika Hatika-
Rindu Budriz dengan Syai, time time tengah syok diorang dah baik sikit tu pulak berhenti, hmm, nak buat mcm mana kan~ :( looking forward utk post STK kak rehan. loveyou :)
ReplyDeletekah...kah....kah....
ReplyDeletepadanlah tu kan, mi dan rin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
followwwwwwwwwwwwwwwwwwww
terbaek lah RM...huhuu
ReplyDeletehaha lwk la kome bdua ni,.
ReplyDeletehappy je bc citer ni..pndaila RM bt citer..kalo sdh mmg nangis abis, kalo kelakar mmg blh gelak sakan..tjuk citer RM yg 3 sequel ni sume de kaitan ngan tjuk lagu kn..ku ingin milikmu-romance, kerana sekali cint-pasha& rossa, untuk dia-najwa&sleeq...sweet sgt..
ReplyDeleteRM...Seriously said UD ni lebih mengancam, serasa ada rama-rama dalam perut....
ReplyDeletelove it sooooooooooooooo much. Jalan cerita yang menarik.
RM, mmg suka UD ni..cute je dema berdua nikh! waiting for nxt n3..T.Kaseh.
ReplyDeleteSalam RM,
ReplyDeleteJust wondering whether the three of these mini novels could be combined, and produced as one complete novel? InsyaAllah ada publisher yang akan publish for you :)
niat tu mcm tu jugak tapi entahlah..haha.. tgk pada rezeki..sy berniat nk hantar ke publisher jgk..doa2 ek..
Deletehantar RM...nti boleh beli...bca dlam cik net x puas....silau........hantar jgn x hntar...x sbr nk beli kalu terbit...heheh
Deletekali ni c haqmi plak yg jd jin notti....ske3!
ReplyDeleteklakar lak...
ReplyDeletekcian zafrin...
mmg best... sume cite tak mengecewakan:)
ReplyDeletesuke2 suke2 suke2 n x penah x suke..... <3
ReplyDeletebest nk agy ..
ReplyDeletehuhu lucu r kak.zafrin 2 gna alasan yg same utk dekt ngan haqmi. pdahal hati dh jatuh cinta.kak cepat2lah sambg best citer ni kelakar pn ade.huhu.kak mmg novelis yg terbaik.huhu
ReplyDeletelawak gak........padan muka zafrin hihihiiiii, best..
ReplyDeletesweet la budk2 ni.masing2 tnjuk keras.
ReplyDeletePadan muka zafrin.....
ReplyDelete