BAB 7
DARI tadi aku
dengar Anaresa memanggil aku.
Alang-alang kelas batal lagi untuk sesi kedua pagi ni, kami sepakat nak
ke lab saja. Aziana sibuk menjelajah blog-blog
kegemarannya dan pastilah yang berkaitan fotografi. Diam tak berkutik.
Sesambil tu sibuk dok membelek kamera Canon
DSLR milik dia tu dan jangan persoalkan kenapa dia mampu memiliki kamera itu
kerana dia adalah anak bongsu dari keluarga
yang agak berada.
Anaresa tak
sudah-sudah mencuit bahu aku. Saja aku tahan
telinga dan rabunkan mata dari memandang dia.
Baik aku cakap rabun je nanti kalau betul-betul rabun boleh pakai cermin
mata. Kalau kata buta dah macam
mendoakan diri sendiri hilang penglihatan pula.
“Mi…” Anaresa menyeru sedikit berbisik tapi aku
tetap membatu.
Memberi hukuman
pada sepupu yang aku sayang ni sebab permainkan aku sampaikan aku dicap tak
betul oleh oran g
lain. Malunya, memang tak payah nak
cerita. Semua oran g bayangkan jelah.
“Mi…
Haqmi…”
Aku tetap
diam.
“Haqimah!” tegur dia sedikit kuat sampaikan Aziana
berpaling.
“Wei… jangan
bisinglah. Lab ni,” tegur Aziana agak skema.
Aku mencemik dan berpaling pada Anaresa.
“Apa?” soal aku malas.
Tetikus aku
larikan lagi. Entah blog siapa aku masuk
dan akhirnya, aku terhenti pada blog berwarna hijau. Mendamaikan mata sebab aku memang suka hijau. Motor je warna merah garang.
Bila aku belek,
ternyata sebuah blog seorang penulis.
Aku klik lagi pada satu tajuk cerita dan ayat pertama yang aku baca
adalah… Anaresa! Pantas aku berpaling
pada dia yang sedang tayang wajah monyok.
“Nam a kau,
Resa,” beritahuku sambil menunjukkan skrin HP leper itu pada dia.
Dia bulatkan
mata. “Eh… yalah. Glamournya
aku,” puji dia pada diri sendiri.
Kerusi dia tolak
sedikit dan mata itu galak memerhati. Di
kliknya sesuka hati dan akhirnya, singgah pada laman yang memaparkan peribadi
penulis.
“Kau kenal tak
siapa ni?” tanya dia pada aku.
Aku menggeleng
tanda tak tahu. Dah memang aku tak tahu,
aku nafikan saja.
Anaresa
melebarkan senyum dan dia memeluk bahu aku agak erat. Dagunya disangkut pada bahu aku dan mata itu
galak memerhatikan skrin yang berwarna hijau itu.
“Dia adalah
penulis dengan nama pena Ann Rahana. Atau
nama betul dia Anahara Rahman.”
“Siapa dia pada
kau?” soal aku masih tidak tahu,
“Kalau kau nak
tahu, dia adalah cinta pertama Abang Zafran,” jawab Anaresa sedikit berbisik.
“Yang kau cerita
kau pernah jealouskan diorang tu, kan?”
Aziana menyampuk tiba-tiba. Dalam
pada dok belek kamera dia tu, telinga dia hidup dan sihat.
“Betul tak,
Resa?” tekan Aziana sekali lagi.
Anaresa
mengangguk. “Azi pun ingat, Mi. Padahal dulu tu aku memang cerita pada kau
sekali, kan? Nampak sangatlah kau ni tak peka tapi leka.” Dia membebel tak tentu pasal.
Aku terus
larikan tetikus itu dan aku tutup blog berwarna hijau itu. Elok-elok mata aku sejuk tapi hati aku tetap
terbakar.
“Kenapa tutup?” tanya Anaresa tak puas hati.
Aku ukir senyum
jahat. Senyuman jahat yang pernah aku
nampak pada bibir Zafrin beberapa kali sebelum ni sewaktu dia kenakan aku.
“Kenapa tutup,
ya?” soal aku dan dia angguk.
“Nak sambung
balik pasal semalam la tu, Resa,” sampuk Aziana tiba-tiba. Aku sengih pada Aziana dan dia jongket
kening.
Dia memang bijak
dan peka. Tahu saja apa yang terlintas di dalam kepala aku kala
ini. Tahu saja yang aku memang tunggu
nak bantai Anaresa cukup-cukup. Beberapa
hari aku tahan dan hari ni sudah perlu aku keluarkan.
Anaresa
sengih. “Kalau pasal kes Rin tu, aku
memang tak tahu. Aku yang menurut
perintah je,” jawab Anaresa cepat-cepat.
Membela diri yang tak mampu dibela itu.
“Emm… tak sempat
aku tanya lagi sekali kau dah mengaku dulu dah.
Tapi, aku tetap tak puas hati. Kenapa
kau boleh cakap macam tu, ya? Kenapa kau
boleh kelepet sepupu kesayangan ka uni?”
Nada suaraku jelas yang aku tak
puas hati langsung.
Anaresa betulkan
selendang dia sedikit sebelum menjawab. “Aku
memang minta maaf, Mi. Kan aku dah
cakap, aku menurut perintah je.”
“Perintah siapa?”
“Err… yang tu
kau kena tanya Rin sendiri. Aku memang
tak tahu,” dalih Anaresa lagi.
Aku jegilkan
mata. “Baik kau bagitahu aku. Siapa yang perintahkan kau ni?”
Aku mula nak angin
dengan dia ni tapi tak boleh lama sebab aku mula lihat nafas Anaresa
tercungap-cungap.
“Kau kenapa,
Resa?” tanyaku risau. Aku bangkit.
Aziana juga.
“Aku rasa nak
muntahlah, Mi… Azi…,” jawab dia sambil membuka sedikit mulutnya.
Risau melanda
hati. Aziana pantas menyapa belakang
Anaresa dan terus saja kami berlalu dari lab. Bimbang andai Anaresa termuntah dalam makmal
komputer ni. Jenuh kami.
“Kau kenapakah?” soal Aziana agak skema.
“Tetiba rasa nak
muntahlah,” jawab Anaresa.
Aku merengus. “Kau ni… berisi dah ke?”
Dia sengih. “Taklah.
Tapi boleh jadi kot,” jawab dia nakal.
Aku tepuk
dahi. Aziana menggeleng.
“Marilah kami
hantar kau balik alang-alang tak ada kuliah ni,” ajak Aziana dan aku angguk
saja.
“Tapi… nak
hantar dengan apa?” soal aku pula.
Aziana
melebarkan sengih. “Jimmy kan ada…” Keningnya terangkat berkali-kali dan dia
angkat ibu jari tanda ‘LIKE’.
**
TIBA di rumah
keluarga mertua Anaresa, Abang Zafran haruslah tak ada sebab dia kerja. Zafrina pun tak ada sebab dia ke kuliah. Abah mertua Anaresa juga tiada. Yang ada hanyalah mama mertua Anaresa
saja.
Fuh, syukur bila
tak ada orang di dalam rumah ni. Nak-nak
ada pula Si Zafrin tu memang aku akan buka langkah seribu. Sudahlah penyiasatan tak berjalan lancar
sebab suspek tiba-tiba pening kepalalah, nak muntahlah. Haih…
“Kenapa ni?” tanya aunty pada kami.
Aku sengih
saja. Saja biarkan Anaresa menjawab
soalan daripada mertua dia.
“Resa pening
sikit mama,” jawab dia sopan.
Sesekali aku
rasa nak jadi macam sepupu aku ni. Sungguh
sopan biarpun dia juga agak ganas macam aku dulu. Tapi ganas bertempat. Garang dengan lelaki yang sepatutnya
sedangkan aku tahu dia manja dengan suaminya.
“Mi senyum
kenapa?”
Aku terngadah
bila aunty menegur. Bila kami bertaut
pandang, aku hanya mampu tersenyum lagi.
Tak tahu nak jawab apa.
“Resa tak
apa-apa ke? Dahlah Zafran suruh kamu
masak. Kalau tak larat, biar mama jelah
masak. Nanti-nanti Zaf tanya, pandailah
mama jawab yang kamu tak sihat.” Aunty
terus memapah menantunya masuk diikuti
oleh Aziana tapi tidak aku.
Aku malas nak
buka kasut dan stoking. Jimmy hanya
menanti dalam kereta saja. Tak nak
keluar katanya. Macam nak cepat je mamat
tu. Bila aku pandang ke dalam kereta
Picanto itu, dia sedang mengetuk stereng keretanya.
“Eh, Mi… kenapa
tak masuk?” Aunty bersuara lantang
memanggil aku.
“Er… tak
apalah. Kami nak cepat ni. Hantar Resa je,” jawabku perlahan. Antara dengar dan tidak. Rasanya memang tak dengar sebab aunty dah
mendekat pada aku yang ada di depan muka pintu.
“Eh… kenapa tak
masuk?” tanya aunty lagi sekali.
Aku menggeleng. “Kami singgah kejap je. Nak balik dah. Hantar Resa je ni. Nak call Abang Zaf macam kesian pulak,”
jawabku panjang sikit dari tadi.
Dia senyum dan
menarik tanganku memaksa aku masuk. Tidak
dapat tidak, aku buka kasut cepat-cepat dan tak sempat nak buka stoking
pun. Apalah aunty ni.
Masa ni Anaresa
sudah tiada di ruang tamu. Mungkin sudah
ke bilik. Yang ada hanyalah Aziana yang sudah
berdiri tegak.
“Resa ajak kau
teman dia, Mi,” ujar Aziana tersengih.
“Kau?”
“Aku nak keluar
dengan Jimmy. Dia ajak aku teman jumpa
kakak dia kejap,” jawab Aziana dengan riak tak bersalah.
Aduhai…
kesilapan la pulak aku ikut budak berdua ni nak pergi dating. Kalau aku tahu Aziana dan Najmi nak dating
lepas ni, sumpah aku tak ikut. Sudahnya,
memang nampak aku kena tinggal ni.
“Eh… karang aku
nak balik macam mana?” Suara aku
meninggi sikit.
“Ala… Rina ada,
Zafran ada… nanti diorang boleh hantarkan kamu balik,” jawab aunty pantas.
Pelik! Kenapa nama Zafrin tidak disebut. Mahu mencurigai rasanya tidak patut sebab
orang tua ni. Sebaya mak aku dan
haruslah aku percayai dia.
Aku pandang
Aziana pula. “Aku balik dululah,” ujar
dia tanpa suara dan terus saja dia bersalam dengan aunty dan berlalu ke
pintu.
Aku membotonti
dia. “Karang ambil aku dekat KTM Padang
Jawa weh,” pintaku.
“Nak ambil pakai
apa? Gendong?”
“Pinjamlah
kereta Jimmy kejap,” desakku dan dia hanya tersenyum kecil lantas berlalu.
“Tengoklah,”
jawabnya dan terus saja dia masuk ke dalam perut kereta. Meninggalkan aku sendiri terkulat-kulat di
sini.
“Aunty nak minta
maaf dengan Mi.”
Aku pantas
berpaling bila aunty menyeru nama aku. Siap
minta maaf tapi kenapa? Aku angkat
kening bertanya dalam diam tapi aunty lebih pantas menarik aku duduk di
sofa.
“Yalah sebab Rin
tu selalu usik Mi,” jawab aunty seraya melabuhkan duduk.
Aku sengih. “Mi tak ambil hati pun, aunty,” selaku.
Aunty sengih
lagi. “Baguslah macam tu tapi
kadang-kadang aunty nampak sesuatu dalam diri Rin tu. Dia tak macam Zaf. Dia suka buat hal sendiri sikit. Aunty risau hati dia kata lain, mulut dia
kata lain je…”
Aku kerutkan
dahi tanda tidak faham. “Maknanya?”
Aunty ketawa
besar. “Maknanya itulah. Emm… jomlah tolong aunty masak. Nanti kita makan sama-sama. Kejap lagi Abang Zafran, uncle, Rina
balik. Lepas makan, minta Rina hantarkan
ke Shah Alam je.”
Aunty bangkit
dan terus saja dia berlalu ke dapur. Aku
tilik belakang wanita separuh usia yang masih nampak bergaya ni. Rambut yang sudah dihiasi sedikit warna putih
itu langsung tak mencacatkan penampilan dia.
Padanlah Anaresa mampu jadi bergaya dan sopan macam tu. Aku rasa mama mertua dia memang groom dia baik punya.
“Mi… cepat Mi…,”
ajak aunty dan aku cepat-cepat menapak ke dapur.
Huh, tak tahu
nak buat apa. Selama ni mak membebel,
aku diamkan saja. Nak-nak bila ayah ajak
tengok bola depan televisyen membiarkan mak sendirian di dapur. Jadi, nak salahkan siapa kalau aku kasar macam ni.
“Aunty ni bukan
apa, Mi… malam Rin kena gastrik tu risau aunty…” Aunty memulakan bicara. Dan topiknya adalah Zafrin. Apa kaitan?
“Oh…” Aku mengangguk saja.
Malas nak
bertanya lebih sebab aku tahu, bila bibir aku menyebut nama lelaki itu, nafasku
akan tak menentu. Sedangkan si dia, tak
pernah rasa apa-apa melainkan dia anggap aku badut semata-mata.
“Oh je?” tanya aunty.
Aku kalih pada
dia. Pisau di tangan aku letak. Tak jadi potong kacang panjang tu. “Err… dah tu nak jawab apa, ya?” Aku garu kepala.
“Tak ada
apalah. Memang padan kamu macam ni, dia
macam tu,” ulas aunty berdalih.
Aku sengih
lagi. Padahal dalam kepala pening. Aku macam ni dia macam tu? Siapa dia?
Anaresa barangkali. Mana tak
sama, dah namanya sepupu. Membesar sekali. Bezanya Anaresa tu masih agak lembut nak
dibandingkan dengan aku.
“Hari kenduri
Zaf dengan Resa tu, aunty tak perasan pulak Mi.
Mi tak ada ke?” soal aunty lagi
sambil menyejat sayur sawi yang baru sudah dipotongnya.
Aku sengih dan
mengangguk. “Adalah, aunty…”
“Eh, tak nampak…”
“Manalah aunty
nak cam… bila kulit lain,” jawabku lalu aku kembali memotong kacang panjang itu
cermat. Cermat la konon, padahal aku tak
reti pun.
“Kulit
lain? Maksudnya?”
“Hari kenduri tu
mestilah Mi pakai baju kurung, aunty,” jawabku sedikit tersipu-sipu.
Mata aunty
memandang aku. “Mi reti ke pakai baju
kurung?” soal dia.
Aku telan air
liur. Erk… ada pulak soalan macam tu dia
tanya aku. Mana boleh tak reti cumanya
jarang pakai je. Sangat-sangat jarang
sampaikan hari raya pun aku sebat jeans
dan kemeja je. Kelu aku tak tahu nak
jawab apa.
“Tapi perempuan
ni, eloklah macam tu Mi… adab pekerti dan sikap lemah lembut kita tu perlu ada
biarpun macam mana kita bawa diri kita dan aunty yakin, dalam diri Mi ada semua
tu.” Aunty lebarkan senyuman dan dia
berlalu ke luar kejap.
Aku termangu di
sinki. Tak tahu nak buat apa. Sudahnya aku basuh kacang yang baru siap aku potong itu sambil kepala
memikirkan ayat-ayat pelik yang aunty tuturkan.
Tak lama, aku menggeleng kecil sebab aku bukan Anaresa. Lemah lembut itu tak ada dalam diri namun ada cinta
yang sedang mekar dalam hati pada jejaka yang tak sudi. Hadui…
“Masak apa?” tegur satu suara tiba-tiba.
Aku yang masih
ralit membersihkan kacang panjang itu hanya menjongketkan bahu menjawab pertanyaan
aunty. Mana aku tahu.
“Entahlah. Mi tak reti masak macam Resa. Tapi, nak menolong di dapur tu bolehlah,
aunty…”
“Aku suka makan
kat rumah!”
Bila saja ayat
itu tersapa di cuping telinga, aku terus kalih ke belakang dan elok saja tubuh
Zafrin bersandar pada dinding pintu dapur.
“Kau…”
“Ya aku dan ini
rumah aku. Ada masalah?” cemik dia.
Aku ketap
bibir. Kepala paip aku putar sedikit dan
terus aku letakkan penyejat itu di tempatnya.
Mana aunty ni? Aku memanjangkan
leher ke belakang sedikit mengintai aunty.
Cuak bila berhadapan dengan Zafrin ni.
“Tak payah cari
mama. Dia pergi rumah jiran kejap,”
jawab dia tanpa soalan.
Aku ketap bibir
lagi. “Aku nak baliklah.”
Tangan aku lap
dan terus saja aku mahu berlalu tapi tubuh kasar Zafrin menghalang laluan aku.
“Nak pergi mana?” soal dia sambil merenungku tajam.
“Baliklah. Aku ada kuliah petang ni.” Aku beralasan.
Dia menahan
lagi. “Tipulah… aku dah dengar tadi kau
tak ada kuliah. Pergi masak cepat. Aku lapar ni.
Seharian kat rumah ni. Motor tak
ada. Letih dah tidur ni,” beritahu dia
tanpa aku tanya.
Padanlah motor
tak ada. Padanlah aunty tak sebut nama
Zafrin tadi. Rupa-rupanya dia memang ada
di rumah. Haih… aunty pun nak kenakan
aku jugak gamaknya.
“Aku tak reti
masak,” jawabku laju tapi Zafrin menggeleng pula.
“Kau dah pernah
masuk kandang singa sekali tapi terlepas.
Ni dah masuk lagi sekali, jangan kata semudah tu singa lapar yang baru
terjaga dari lena ni nak lepaskan mangsa dia,” ujar Zafrin tenang. Namun rautnya kelat dan serius.
Aku telan liur
lagi. “Tepilah… singa ke harimau ke, apa
aku kisah!” tekanku dan mahu berlalu
lagi tapi Zafrin pantas menahan dan kali
ini dia berani menarik lengan baju aku.
“Kau pilih… nak
masak atau aku makan kau sampai aku kenyang?”
Dia angkat kening lebatnya tinggi.
Aku gamam. Tak membentak langsung pautan tangan Zafrin
pada lengan baju aku. Mata ini hanya
memandang dia saja tak berkelip-kelip. Tak
percaya dengan apa yang sedang aku hadapi kini.
Tubuh yang agak kasar dan dibaluti oleh dockers dan t-shirt putih nipis
itu aku pandang saja.
“Aku tak nak
masak!” tekan aku yakin dan telus.
“Kalau tak nak masak… aku makan kau jelah
sampai aku kenyang tapi tempatnya bukan di sini tapi di atas…,” ujar dia
separuh berbisik.
Zafrin
menyeringai lagi dengan senyuman menakutkan dia tu. Langsung hilang detak indah dalam diri
diganti pula dengan debar yang menakutkan bila Zafrin menarik tangan aku
memaksa aku melangkah bersama dia.
~~> bersambung
Ish ish.. nakalnya si ZAfrin tu.
ReplyDeletememang jin notti betul lah Zafrin ni... kesian kat Haqmi. Tapi padanlan dia dua orang ni....click aje.
ReplyDeleteBETUL............BETUL SYE SOKONG
Deletehahah hilang rindu...terbaekkk
ReplyDeletenice...sambung lagi ye RM...
ReplyDeletethank RM...best
ReplyDeletehahahahaha memang terbaikk ;)
ReplyDeletezafrin nie gila bebeno la.. tapi suka je. gempak lebih...tq rehan
ReplyDeletebest...best..tk sesia dok refresh byk kli...dpt bca new n3 nie..
ReplyDeletenice...hehehe...auntie ni subahat skali ke??
ReplyDeletekenapa pendek saja.... x puas lah....
ReplyDeleteCik Penulis ~~~~~~> RM my dearest.. Been busy lately. Akak baru sudah marathon UD ni from 1st chapter.. Impressive, Suka sangat. Ini satu sisi lain RM yang baru muncul. Selalu tegang, penuh emosi je. Ini romantic comedylah pulak. Good job. Ini sisi kelakar RM ya? This is what I would consider versatile writer. Seperti selalu, RM memang bijak menguasai kedua-dua gender main character dia.. psst.. sekali lagi you've fulfilled my request.. Sayang kamu!!! (Rozielily)
ReplyDeleteCOMEL....:)
ReplyDeletetrbaik.......
ReplyDeletex puaslah....smbung cpt2 ckit yer cik RM...hehehheh....tq.....
ReplyDeletebest..
ReplyDelete-miss A-
Alaaa, sikit sangat, pendek. Tak puas baca. Baru nak feel sbb Zafrin dah masuk, tup tup habis dah. Apapun, well done kak rehan, as usual, memang terbaikkk, :) loveyou
ReplyDeletesye dah jtuh cinta dengan ZAFRIN lar
ReplyDeletegelenya terr si zafrin nie. ade hati nak ngap haqmi ye. kene pegang tangan tok kadi dulu ler. hehh :)
ReplyDelete#Murni Tan
Mmg best crite ni.. Tp knp tetiba da nma najmi.. Jimmy kot. ;-)
ReplyDeletepandai nyelah mak mertua Anaresa ni buat plan nak satukan Haqmi dengan Zafrin ...#^_^
ReplyDeletesambunglah cpt2...best sgt...
ReplyDeletehaila ...pandai jugak aunty tue complot..comelnyer hehehe
ReplyDeleteAlahhhh... cam pendek je, hehe
ReplyDeletex pe... x pe... yg pentg rindu dah terubati ..
best la cik RM
Haiya...jgn naughty2 Rin...cian Mi. Best cite ni...cepat sambung...
ReplyDeleteAi likeee ... tu je yg mampu di katakan..
ReplyDeleteAi likeee ... tu je yg mampu di katakan..
ReplyDeleteaduhai.. rin nie saje je bikin panas..
ReplyDeletemama pun satu.. elok2 nak masak.. boleh pulak g umah jiran...
nak suh mi & rin kena tangkap basah agak nya... hahahha..
gud cik RM.. tapi x best... tergantung... nak sambungannya...
haha.lawak zafrin .suka sangat sakat mi....kak nati sambg ag ek.haha
ReplyDeletemak aiii..nak makan orng ke zafrin? hihihi
ReplyDeletehu3!....nakalnya c zafrin tu,x abis2 nyakat haqmi,cute couple la dorg tu,FA ske ngan 'air tgn' u la RM. simple,sempoi n selambe
ReplyDeletebest la crta nie..tahniah RM...
ReplyDeletenak lagi....nak lagiii >_<
ReplyDeleteadeh...mendera jiwa betullah baca cite ak rehan. haha. rasa nak n3 tiap kali bukak laptop. erkkkk. hehe. sy tau sy over. haha.
ReplyDeleteMimi...awk x over. Sy pn cam awk...arini jer dh 5x check kt blog ni klu2 ada n3 no 8....x sabar nak tau kisah selnjutnye cute couple ni. Pleeezzzzz...RM....n3 8 tuh cpt2 sket....ppppplllllleeeeeezzzzzzzzzzz!!!!!!!
ReplyDeletesambung lagi ya.. nice.. nakal giler zafrin tu kan.. hihi, like that..
ReplyDeleteAssalam RM, timakaseh utk n3 ini. Berpadanan sungguh karakter dema berdua ni..tak sabor nxt n3..chaiyokk!!
ReplyDeletehehehe... cian mi kan asyik kena buli ngan bapak singa tu
ReplyDeleterehan,
ReplyDeletesuke nyer dan cpt sambung ye.... suke sgt ngan zafrin... nakal2 pun tp romantik...
-Ika Hatika-
Nakal gak zafrin ne...tp cute lh sngt....hmmmm zafrin ne yg benor nye dh feel in lov kt kim......ape zafrin n rin tol sweet couple.
ReplyDeletezafrin yg suka mengusik jiwa mi.huhu
ReplyDeleteGiler punya zafrin
ReplyDelete