Monday, July 09, 2012

Untuk Dia [7]


BAB 7

DARI tadi aku dengar Anaresa memanggil aku.  Alang-alang kelas batal lagi untuk sesi kedua pagi ni, kami sepakat nak ke lab saja.  Aziana sibuk menjelajah blog-blog kegemarannya dan pastilah yang berkaitan fotografi.  Diam tak berkutik. 
Sesambil tu sibuk dok membelek kamera Canon DSLR milik dia tu dan jangan persoalkan kenapa dia mampu memiliki kamera itu kerana dia adalah anak bongsu dari keluarga  yang agak berada. 
Anaresa tak sudah-sudah mencuit bahu aku.  Saja aku tahan telinga dan rabunkan mata dari memandang dia.  Baik aku cakap rabun je nanti kalau betul-betul rabun boleh pakai cermin mata.  Kalau kata buta dah macam mendoakan diri sendiri hilang penglihatan pula.
“Mi…”  Anaresa menyeru sedikit berbisik tapi aku tetap membatu. 
Memberi hukuman pada sepupu yang aku sayang ni sebab permainkan aku sampaikan aku dicap tak betul oleh orang lain.  Malunya, memang tak payah nak cerita.  Semua orang bayangkan jelah. 
“Mi… Haqmi…” 
Aku tetap diam. 
“Haqimah!”  tegur dia sedikit kuat sampaikan Aziana berpaling.
“Wei… jangan bisinglah.  Lab ni,” tegur Aziana agak skema.  Aku mencemik dan berpaling pada Anaresa. 
“Apa?”  soal aku malas. 
Tetikus aku larikan lagi.  Entah blog siapa aku masuk dan akhirnya, aku terhenti pada blog berwarna hijau.  Mendamaikan mata sebab aku memang suka hijau.  Motor je warna merah garang. 
Bila aku belek, ternyata sebuah blog seorang penulis.  Aku klik lagi pada satu tajuk cerita dan ayat pertama yang aku baca adalah… Anaresa!  Pantas aku berpaling pada dia yang sedang tayang wajah monyok. 
Nama kau, Resa,” beritahuku sambil menunjukkan skrin HP leper itu pada dia.  
Dia bulatkan mata.  “Eh… yalah.  Glamournya aku,” puji dia pada diri sendiri. 
Kerusi dia tolak sedikit dan mata itu galak memerhati.  Di kliknya sesuka hati dan akhirnya, singgah pada laman yang memaparkan peribadi penulis. 
“Kau kenal tak siapa ni?”  tanya dia pada aku. 
Aku menggeleng tanda tak tahu.  Dah memang aku tak tahu, aku nafikan saja. 
Anaresa melebarkan senyum dan dia memeluk bahu aku agak erat.  Dagunya disangkut pada bahu aku dan mata itu galak memerhatikan skrin yang berwarna hijau itu. 
“Dia adalah penulis dengan nama pena Ann Rahana.  Atau nama betul dia Anahara Rahman.”
“Siapa dia pada kau?”  soal aku masih tidak tahu,
“Kalau kau nak tahu, dia adalah cinta pertama Abang Zafran,” jawab Anaresa sedikit berbisik.
“Yang kau cerita kau pernah jealouskan diorang tu, kan?”  Aziana menyampuk tiba-tiba.  Dalam pada dok belek kamera dia tu, telinga dia hidup dan sihat. 
“Betul tak, Resa?” tekan Aziana sekali lagi. 
Anaresa mengangguk.  “Azi pun ingat, Mi.  Padahal dulu tu aku memang cerita pada kau sekali, kan?  Nampak sangatlah  kau ni tak peka tapi leka.”  Dia membebel tak tentu pasal. 
Aku terus larikan tetikus itu dan aku tutup blog berwarna hijau itu.  Elok-elok mata aku sejuk tapi hati aku tetap terbakar. 
“Kenapa tutup?”  tanya Anaresa tak puas hati. 
Aku ukir senyum jahat.  Senyuman jahat yang pernah aku nampak pada bibir Zafrin beberapa kali sebelum ni sewaktu dia kenakan aku. 
“Kenapa tutup, ya?”  soal aku dan dia angguk. 
“Nak sambung balik pasal semalam la tu, Resa,” sampuk Aziana tiba-tiba.  Aku sengih pada Aziana dan dia jongket kening. 
Dia memang bijak dan peka.  Tahu saja apa  yang terlintas di dalam kepala aku kala ini.  Tahu saja yang aku memang tunggu nak bantai Anaresa cukup-cukup.  Beberapa hari aku tahan dan hari ni sudah perlu aku keluarkan. 
Anaresa sengih.  “Kalau pasal kes Rin tu, aku memang tak tahu.  Aku yang menurut perintah je,” jawab Anaresa cepat-cepat.  Membela diri yang tak mampu dibela itu.
“Emm… tak sempat aku tanya lagi sekali kau dah mengaku dulu dah.  Tapi, aku tetap tak puas hati.  Kenapa kau boleh cakap macam tu, ya?  Kenapa kau boleh kelepet sepupu kesayangan ka uni?”  Nada suaraku jelas  yang aku tak puas hati langsung.
Anaresa betulkan selendang dia sedikit sebelum menjawab.  “Aku memang minta maaf, Mi.  Kan aku dah cakap, aku menurut perintah je.”
“Perintah siapa?” 
“Err… yang tu kau kena tanya Rin sendiri.  Aku memang tak tahu,” dalih Anaresa lagi.
Aku jegilkan mata.  “Baik kau bagitahu aku.  Siapa yang perintahkan kau ni?” 
Aku mula nak angin dengan dia ni tapi tak boleh lama sebab aku mula lihat nafas Anaresa tercungap-cungap.
“Kau kenapa, Resa?”  tanyaku risau.  Aku bangkit.  Aziana juga. 
“Aku rasa nak muntahlah, Mi… Azi…,” jawab dia sambil membuka sedikit mulutnya. 
Risau melanda hati.  Aziana pantas menyapa belakang Anaresa dan terus saja kami berlalu dari lab.  Bimbang andai Anaresa termuntah dalam makmal komputer ni.  Jenuh kami. 
“Kau kenapakah?”  soal Aziana agak skema. 
“Tetiba rasa nak muntahlah,” jawab Anaresa. 
Aku merengus.  “Kau ni… berisi dah ke?” 
Dia sengih.  “Taklah.  Tapi boleh jadi kot,” jawab dia nakal. 
Aku tepuk dahi.  Aziana menggeleng. 
“Marilah kami hantar kau balik alang-alang tak ada kuliah ni,” ajak Aziana dan aku angguk saja. 
“Tapi… nak hantar dengan apa?”  soal aku pula. 
Aziana melebarkan sengih.  “Jimmy kan ada…”  Keningnya terangkat berkali-kali dan dia angkat ibu jari tanda ‘LIKE’.

**

TIBA di rumah keluarga mertua Anaresa, Abang Zafran haruslah tak ada sebab dia kerja.  Zafrina pun tak ada sebab dia ke kuliah.  Abah mertua Anaresa juga tiada.  Yang ada hanyalah mama mertua Anaresa saja. 
Fuh, syukur bila tak ada orang di dalam rumah ni.  Nak-nak ada pula Si Zafrin tu memang aku akan buka langkah seribu.  Sudahlah penyiasatan tak berjalan lancar sebab suspek tiba-tiba pening kepalalah, nak muntahlah.  Haih…
“Kenapa ni?”  tanya aunty pada kami. 
Aku sengih saja.  Saja biarkan Anaresa menjawab soalan daripada mertua dia. 
“Resa pening sikit mama,” jawab dia sopan.
Sesekali aku rasa nak jadi macam sepupu aku ni.  Sungguh sopan biarpun dia juga agak ganas macam aku dulu.  Tapi ganas bertempat.  Garang dengan lelaki yang sepatutnya sedangkan aku tahu dia manja dengan suaminya. 
“Mi senyum kenapa?” 
Aku terngadah bila aunty menegur.  Bila kami bertaut pandang, aku hanya mampu tersenyum lagi.  Tak tahu nak jawab apa. 
“Resa tak apa-apa ke?  Dahlah Zafran suruh kamu masak.  Kalau tak larat, biar mama jelah masak.  Nanti-nanti Zaf tanya, pandailah mama jawab yang kamu tak sihat.”  Aunty terus memapah menantunya masuk  diikuti oleh Aziana tapi tidak aku. 
Aku malas nak buka kasut dan stoking.  Jimmy hanya menanti dalam kereta saja.  Tak nak keluar katanya.  Macam nak cepat je mamat tu.  Bila aku pandang ke dalam kereta Picanto itu, dia sedang mengetuk stereng keretanya. 
“Eh, Mi… kenapa tak masuk?”  Aunty bersuara lantang memanggil aku.
“Er… tak apalah.  Kami nak cepat ni.  Hantar Resa je,” jawabku perlahan.  Antara dengar dan tidak.  Rasanya memang tak dengar sebab aunty dah mendekat pada aku yang ada di depan muka pintu.
“Eh… kenapa tak masuk?”  tanya aunty lagi sekali. 
Aku menggeleng.  “Kami singgah kejap je.  Nak balik dah.  Hantar Resa je ni.  Nak call Abang Zaf macam kesian pulak,” jawabku panjang sikit dari tadi. 
Dia senyum dan menarik tanganku memaksa aku masuk.  Tidak dapat tidak, aku buka kasut cepat-cepat dan tak sempat nak buka stoking pun.  Apalah aunty ni. 
Masa ni Anaresa sudah tiada di ruang tamu.  Mungkin sudah ke bilik.  Yang ada hanyalah Aziana yang sudah berdiri tegak. 
“Resa ajak kau teman dia, Mi,” ujar Aziana tersengih.
“Kau?” 
“Aku nak keluar dengan Jimmy.  Dia ajak aku teman jumpa kakak dia kejap,” jawab Aziana dengan riak tak bersalah. 
Aduhai… kesilapan la pulak aku ikut budak berdua ni nak pergi dating.  Kalau aku tahu Aziana dan Najmi nak dating lepas ni, sumpah aku tak ikut.  Sudahnya, memang nampak aku kena tinggal ni.
“Eh… karang aku nak balik macam mana?”  Suara aku meninggi sikit. 
“Ala… Rina ada, Zafran ada… nanti diorang boleh hantarkan kamu balik,” jawab aunty pantas. 
Pelik!  Kenapa nama Zafrin tidak disebut.  Mahu mencurigai rasanya tidak patut sebab orang tua ni.  Sebaya mak aku dan haruslah aku percayai dia. 
Aku pandang Aziana pula.  “Aku balik dululah,” ujar dia tanpa suara dan terus saja dia bersalam dengan aunty dan berlalu ke pintu. 
Aku membotonti dia.  “Karang ambil aku dekat KTM Padang Jawa weh,” pintaku. 
“Nak ambil pakai apa?   Gendong?”
“Pinjamlah kereta Jimmy kejap,” desakku dan dia hanya tersenyum kecil lantas berlalu.
“Tengoklah,” jawabnya dan terus saja dia masuk ke dalam perut kereta.  Meninggalkan aku sendiri terkulat-kulat di sini.
“Aunty nak minta maaf dengan Mi.”
Aku pantas berpaling bila aunty menyeru nama aku.  Siap minta maaf tapi kenapa?  Aku angkat kening bertanya dalam diam tapi aunty lebih pantas menarik aku duduk di sofa. 
“Yalah sebab Rin tu selalu usik Mi,” jawab aunty seraya melabuhkan duduk. 
Aku sengih.  “Mi tak ambil hati pun, aunty,” selaku.
Aunty sengih lagi.  “Baguslah macam tu tapi kadang-kadang aunty nampak sesuatu dalam diri Rin tu.  Dia tak macam Zaf.  Dia suka buat hal sendiri sikit.  Aunty risau hati dia kata lain, mulut dia kata lain je…”
Aku kerutkan dahi tanda tidak faham.  “Maknanya?”
Aunty ketawa besar.  “Maknanya itulah.  Emm… jomlah tolong aunty masak.  Nanti kita makan sama-sama.  Kejap lagi Abang Zafran, uncle, Rina balik.  Lepas makan, minta Rina hantarkan ke Shah Alam je.” 
Aunty bangkit dan terus saja dia berlalu ke dapur.  Aku tilik belakang wanita separuh usia yang masih nampak bergaya ni.  Rambut yang sudah dihiasi sedikit warna putih itu langsung tak mencacatkan penampilan dia.  Padanlah Anaresa mampu jadi bergaya dan sopan macam tu.  Aku rasa mama mertua dia memang groom dia baik punya.
“Mi… cepat Mi…,” ajak aunty dan aku cepat-cepat menapak ke dapur. 
Huh, tak tahu nak buat apa.  Selama ni mak membebel, aku diamkan saja.  Nak-nak bila ayah ajak tengok bola depan televisyen membiarkan mak sendirian di dapur.  Jadi, nak salahkan siapa kalau aku kasar  macam ni. 
“Aunty ni bukan apa, Mi… malam Rin kena gastrik tu risau aunty…”  Aunty memulakan bicara.  Dan topiknya adalah Zafrin.  Apa kaitan?
“Oh…”  Aku mengangguk saja. 
Malas nak bertanya lebih sebab aku tahu, bila bibir aku menyebut nama lelaki itu, nafasku akan tak menentu.  Sedangkan si dia, tak pernah rasa apa-apa melainkan dia anggap aku badut semata-mata.
“Oh je?”  tanya aunty. 
Aku kalih pada dia.  Pisau di tangan aku letak.  Tak jadi potong kacang panjang tu.  “Err… dah tu nak jawab apa, ya?”  Aku garu kepala. 
“Tak ada apalah.  Memang padan kamu macam ni, dia macam tu,” ulas aunty berdalih.
Aku sengih lagi.  Padahal dalam kepala pening.  Aku macam ni dia macam tu?  Siapa dia?  Anaresa barangkali.  Mana tak sama, dah namanya sepupu.  Membesar sekali.  Bezanya Anaresa tu masih agak lembut nak dibandingkan dengan aku.
“Hari kenduri Zaf dengan Resa tu, aunty tak perasan pulak Mi.  Mi tak ada ke?”  soal aunty lagi sambil menyejat sayur sawi yang baru sudah dipotongnya.
Aku sengih dan mengangguk.  “Adalah, aunty…”
“Eh, tak nampak…”
“Manalah aunty nak cam… bila kulit lain,” jawabku lalu aku kembali memotong kacang panjang itu cermat.  Cermat la konon, padahal aku tak reti pun.
“Kulit lain?  Maksudnya?” 
“Hari kenduri tu mestilah Mi pakai baju kurung, aunty,” jawabku sedikit tersipu-sipu.
Mata aunty memandang aku.  “Mi reti ke pakai baju kurung?”  soal dia.
Aku telan air liur.  Erk… ada pulak soalan macam tu dia tanya aku.  Mana boleh tak reti cumanya jarang pakai je.  Sangat-sangat jarang sampaikan hari raya pun aku sebat jeans dan kemeja je.  Kelu aku tak tahu nak jawab apa. 
“Tapi perempuan ni, eloklah macam tu Mi… adab pekerti dan sikap lemah lembut kita tu perlu ada biarpun macam mana kita bawa diri kita dan aunty yakin, dalam diri Mi ada semua tu.”  Aunty lebarkan senyuman dan dia berlalu ke luar kejap. 
Aku termangu di sinki.  Tak tahu nak buat apa.  Sudahnya aku basuh kacang  yang baru siap aku potong itu sambil kepala memikirkan ayat-ayat pelik yang aunty tuturkan.  Tak lama, aku menggeleng kecil sebab aku bukan Anaresa.  Lemah  lembut itu tak ada dalam diri namun ada cinta yang sedang mekar dalam hati pada jejaka yang tak sudi.  Hadui…
“Masak apa?”  tegur satu suara tiba-tiba. 
Aku yang masih ralit membersihkan kacang panjang itu hanya menjongketkan bahu menjawab pertanyaan aunty.  Mana aku tahu.
“Entahlah.  Mi tak reti masak macam Resa.  Tapi, nak menolong di dapur tu bolehlah, aunty…”
“Aku suka makan kat rumah!” 
Bila saja ayat itu tersapa di cuping telinga, aku terus kalih ke belakang dan elok saja tubuh Zafrin bersandar pada dinding pintu dapur.  
“Kau…”
“Ya aku dan ini rumah aku.  Ada masalah?”  cemik dia. 
Aku ketap bibir.  Kepala paip aku putar sedikit dan terus aku letakkan penyejat itu di tempatnya.  Mana aunty ni?  Aku memanjangkan leher ke belakang sedikit mengintai aunty.  Cuak bila berhadapan dengan Zafrin ni.
“Tak payah cari mama.  Dia pergi rumah jiran kejap,” jawab dia tanpa soalan. 
Aku ketap bibir lagi.  “Aku nak baliklah.” 
Tangan aku lap dan terus saja aku mahu berlalu tapi tubuh kasar Zafrin  menghalang laluan aku. 
“Nak pergi mana?”  soal dia sambil merenungku tajam.
“Baliklah.  Aku ada kuliah petang ni.”  Aku beralasan.
Dia menahan lagi.  “Tipulah… aku dah dengar tadi kau tak ada kuliah.  Pergi masak cepat.  Aku lapar ni.  Seharian kat rumah ni.  Motor tak ada.  Letih dah tidur ni,” beritahu dia tanpa aku tanya. 
Padanlah motor tak ada.  Padanlah aunty tak sebut nama Zafrin tadi.  Rupa-rupanya dia memang ada di rumah.  Haih… aunty pun nak kenakan aku jugak gamaknya.
“Aku tak reti masak,” jawabku laju tapi Zafrin menggeleng pula.
“Kau dah pernah masuk kandang singa sekali tapi terlepas.  Ni dah masuk lagi sekali, jangan kata semudah tu singa lapar yang baru terjaga dari lena ni nak lepaskan mangsa dia,” ujar Zafrin tenang.  Namun rautnya kelat dan serius.
Aku telan liur lagi.  “Tepilah… singa ke harimau ke, apa aku kisah!”  tekanku dan mahu berlalu lagi tapi Zafrin  pantas menahan dan kali ini dia berani menarik lengan baju aku.
“Kau pilih… nak masak atau aku makan kau sampai aku kenyang?”  Dia angkat kening lebatnya tinggi. 
Aku gamam.  Tak membentak langsung pautan tangan Zafrin pada lengan baju aku.  Mata ini hanya memandang dia saja tak berkelip-kelip.  Tak percaya dengan apa yang sedang aku hadapi kini.  Tubuh yang agak kasar dan dibaluti oleh dockers dan t-shirt putih nipis itu aku pandang saja. 
“Aku tak nak masak!”  tekan aku yakin dan telus. 
 “Kalau tak nak masak… aku makan kau jelah sampai aku kenyang tapi tempatnya bukan di sini tapi di atas…,” ujar dia separuh berbisik.
Zafrin menyeringai lagi dengan senyuman menakutkan dia tu.  Langsung hilang detak indah dalam diri diganti pula dengan debar yang menakutkan bila Zafrin menarik tangan aku memaksa aku melangkah bersama dia. 

~~> bersambung


42 comments:

  1. Ish ish.. nakalnya si ZAfrin tu.

    ReplyDelete
  2. memang jin notti betul lah Zafrin ni... kesian kat Haqmi. Tapi padanlan dia dua orang ni....click aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL............BETUL SYE SOKONG

      Delete
  3. hahah hilang rindu...terbaekkk

    ReplyDelete
  4. zafrin nie gila bebeno la.. tapi suka je. gempak lebih...tq rehan

    ReplyDelete
  5. best...best..tk sesia dok refresh byk kli...dpt bca new n3 nie..

    ReplyDelete
  6. nice...hehehe...auntie ni subahat skali ke??

    ReplyDelete
  7. kenapa pendek saja.... x puas lah....

    ReplyDelete
  8. Cik Penulis ~~~~~~> RM my dearest.. Been busy lately. Akak baru sudah marathon UD ni from 1st chapter.. Impressive, Suka sangat. Ini satu sisi lain RM yang baru muncul. Selalu tegang, penuh emosi je. Ini romantic comedylah pulak. Good job. Ini sisi kelakar RM ya? This is what I would consider versatile writer. Seperti selalu, RM memang bijak menguasai kedua-dua gender main character dia.. psst.. sekali lagi you've fulfilled my request.. Sayang kamu!!! (Rozielily)

    ReplyDelete
  9. x puaslah....smbung cpt2 ckit yer cik RM...hehehheh....tq.....

    ReplyDelete
  10. Alaaa, sikit sangat, pendek. Tak puas baca. Baru nak feel sbb Zafrin dah masuk, tup tup habis dah. Apapun, well done kak rehan, as usual, memang terbaikkk, :) loveyou

    ReplyDelete
  11. sye dah jtuh cinta dengan ZAFRIN lar

    ReplyDelete
  12. gelenya terr si zafrin nie. ade hati nak ngap haqmi ye. kene pegang tangan tok kadi dulu ler. hehh :)

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  13. Mmg best crite ni.. Tp knp tetiba da nma najmi.. Jimmy kot. ;-)

    ReplyDelete
  14. pandai nyelah mak mertua Anaresa ni buat plan nak satukan Haqmi dengan Zafrin ...#^_^

    ReplyDelete
  15. sambunglah cpt2...best sgt...

    ReplyDelete
  16. haila ...pandai jugak aunty tue complot..comelnyer hehehe

    ReplyDelete
  17. Alahhhh... cam pendek je, hehe

    x pe... x pe... yg pentg rindu dah terubati ..

    best la cik RM

    ReplyDelete
  18. Haiya...jgn naughty2 Rin...cian Mi. Best cite ni...cepat sambung...

    ReplyDelete
  19. Ai likeee ... tu je yg mampu di katakan..

    ReplyDelete
  20. Ai likeee ... tu je yg mampu di katakan..

    ReplyDelete
  21. aduhai.. rin nie saje je bikin panas..
    mama pun satu.. elok2 nak masak.. boleh pulak g umah jiran...
    nak suh mi & rin kena tangkap basah agak nya... hahahha..
    gud cik RM.. tapi x best... tergantung... nak sambungannya...

    ReplyDelete
  22. haha.lawak zafrin .suka sangat sakat mi....kak nati sambg ag ek.haha

    ReplyDelete
  23. mak aiii..nak makan orng ke zafrin? hihihi

    ReplyDelete
  24. hu3!....nakalnya c zafrin tu,x abis2 nyakat haqmi,cute couple la dorg tu,FA ske ngan 'air tgn' u la RM. simple,sempoi n selambe

    ReplyDelete
  25. best la crta nie..tahniah RM...

    ReplyDelete
  26. nak lagi....nak lagiii >_<

    ReplyDelete
  27. adeh...mendera jiwa betullah baca cite ak rehan. haha. rasa nak n3 tiap kali bukak laptop. erkkkk. hehe. sy tau sy over. haha.

    ReplyDelete
  28. Mimi...awk x over. Sy pn cam awk...arini jer dh 5x check kt blog ni klu2 ada n3 no 8....x sabar nak tau kisah selnjutnye cute couple ni. Pleeezzzzz...RM....n3 8 tuh cpt2 sket....ppppplllllleeeeeezzzzzzzzzzz!!!!!!!

    ReplyDelete
  29. sambung lagi ya.. nice.. nakal giler zafrin tu kan.. hihi, like that..

    ReplyDelete
  30. Assalam RM, timakaseh utk n3 ini. Berpadanan sungguh karakter dema berdua ni..tak sabor nxt n3..chaiyokk!!

    ReplyDelete
  31. hehehe... cian mi kan asyik kena buli ngan bapak singa tu

    ReplyDelete
  32. rehan,
    suke nyer dan cpt sambung ye.... suke sgt ngan zafrin... nakal2 pun tp romantik...
    -Ika Hatika-

    ReplyDelete
  33. Nakal gak zafrin ne...tp cute lh sngt....hmmmm zafrin ne yg benor nye dh feel in lov kt kim......ape zafrin n rin tol sweet couple.

    ReplyDelete
  34. zafrin yg suka mengusik jiwa mi.huhu

    ReplyDelete