BAB 2
LEWAT malam aku
tersedar. Sungguh terkejut dengan vibrate telefon yang telah aku letak
pada mode senyap tapi lupa buang mode getar. Tak pasal-pasal kepala aku bergetar sama
memandangkan telefon tersebut telah kuletak di bawah bantal.
Tanganku
meraba-raba telefon bimbit tersebut setelah mengangkat kepala sedikit di dalam
kepekatan bilik. Sakit kepala punya
pasal. Tak boleh nak lelapkan mata
biarpun ada sedikit cahaya, lalu aku gelapkan seluruh bilik.
“Rina!”
Tak sempat aku
mengucapkan hello atau memberi salam, namaku diseru penuh cemas dihujung
talian. Siapa pulak tapi mendengarkan
pada suara itu sudah cukup membuatkan bulu romaku meremang. Jadi, tahulah aku siapa yang ada di hujung
talian.
“Err…
Zayed?” soalku. Hilang gelaran abang pada pangkal
namanya.
Setelah jenuh
mencerna, menilai dan menelan segala apa
yang abah katakan padaku, biarlah aku simpan panggilan keramat itu buat
yang halal. Yang pasti jika tidak Zayed
pun, pasti ada yang lain.
“Zayed?” soal dia pelik tapi aku biarkan saja biarpun
aku mengerti.
“Pukul berapa
ni? Kenapa Zayed call?” Cepat-cepat aku ubah topik dan mengalihkan telefon sedikit
menjauh daripada telinga.
Aku pandang
skrin yang terang. Samsung Galaxy Note
yang aku dapat daripada along beberapa minggu sudah. Detik waktu semakin menghampiri sepertiga
malam. Setelah itu, aku kembali lekapkan
telefon ke telinga.
“Err…
ya..ya. Zayed… Zayed…,” sahut dia
sedikit kalut.
“Rina tahu
Zayed. Kenapa? Zayed bertugas ke?”
“Erm… Zayed
bertugas tapi kami tak cukup doktorlah malam ni, Rina. Rasa tak menang tangan dalam labour room
ni. Kebetulan ada patient yang nak kena
ceaser jadi Zayed nak minta tolong Rina datang tolong,” beritahu dia.
Mata yang layu
terbuntang luas tiba-tiba. Aku
mengerutkan wajah. Memang benar, aku
bertugas di wad post-natal dan ante-natal sekarang tapi aku tidak on-call sekarang. Masih ada beberapa jam berbaki sebelum aku
melapor diri ke hospital.
“Rina tak
on-call…”
“Ya…” Dia mencatas laju.
“I know you are not on duty. I am
asking for your help, Rina… please,”
rayu Zayed lagi. Suaranya agak lelah di
hujung talian sana.
Aku diam tak
terkata apa. Buat pertama kalinya Zayed
meminta tolong dan yang sedihnya saat aku menikmati saki-baki cuti yang tersisa
beberapa jam saja lagi.
“Nurse
semua?”
“Ada but I need you here!” tekan Zayed
membuatkan jantungku hampir terlompat keluar.
Itulah dia. kadang-kadang kata-katanya saja sudah mampu
membuatkan aku tersalah kira. Jadi, usah
salahkan aku jika aku persembahkan cinta ini buat dia.
“Ehem…
ehem…” Pantas aku menenangkan perasaan
sendiri. Tidak mahu terus tersalah
sangka dengan sikap dan layanan Zayed.
“Okay then. I’ll be
there less than an hour,” jawabku bersetuju lalu aku matikan talian tanpa
memanti Zayed bersuara.
Cepat-cepat aku
bangkit dari katil dan terus memetik suis
lampu memberi cahaya pada seluruh bilik.
kaki ini pantas menapak ke bilik air.
Rambut yang panjang aku ikat tocang satu. Setelah mencuci muka dan menggosok gigi, aku
terus keluar dari bilik air dan berlalu ke almari pakaian.
Sehelai blouse
putih dan sepasang jeans biru gelap aku capai dan aku gantikan pakaian tidur
yang sedia tersarung pada tubuh. Setelah
anak tudung aku kemaskan di kepala, sehelai selendang aku belit ala kadar dan
beg tangan aku capai.
Buat kali
terakhir aku melihat penampilan ringkasku di dalam cermin, aku kaku tanpa
senyuman. Mati bersama perasaan yang
kupaksa berlalu bersama Zayed. Aku hela
nafas dan terus berlalu keluar daripada bilik.
Buat pertama kalinya aku akan berdepan dengan lelaki yang aku cinta,
dengan rasa hendak menolak dia menjauh.
Baru saja kaki
ini hendak memijak anak tangga pertama, suara along menegur. Bila aku berpaling, dia sedang mememang kotak
tertulis perkataan Avent.
“Rina nak pergi
mana masa ni?” tanya along.
Wajahnya
berkerut di dalam penampilannya yang nampak sedikit serabut. Berkain pelikat dan berbaju T warna hijau
muda dengan rambut yang sedikit kusut.
“Rina ada urgent
call dari hospital. Zayed needs help,” jawabku. Terlaju saja lidah menyebut nama Zayed.
Semakin berkerut
wajah along. “Hai… kata cuti, kan? Bukan on-call pun,” protes along.
Aku angguk. “He
needs my help,” jawabku sekali lagi lantas aku berlalu membiarkan along
masuk ke biliknya semula membawa alat pengepam susu badan.
Barangkali,
tubuh kak long sudah tidak boleh menampung susu yang ada. Daripada terus menitis, aku nasihatkan dia
pam saja dan simpan susu tersebut.
Khasiatnya tak mungkin hilang malah akan memberikan penghasilan
susu yang lebih lagi.
“Hati-hati
memandu,” laung along sedikit kuat saat aku sedang memegang tombol pintu.
Tanpa berpaling
aku mengangkat tangan dan bila daun pintu aku rapatkan, aku terus berlalu ke
arah Honda Jazz milikku.
Dalam kepala
terasa ralat juga. Kenapa ini abah berkata demikian? Tak mudah hendak aku tukar rasa hati ini
daripada cinta menjadi sahabat tapi Zayed tak memberikan aku ruang membuatkan
aku terhimpit dan kini, aku harus menolak dinding yang semakin menyempit itu.
TIBA di Hospital
Besar Selayang, aku terus saja berlari ke dalam bilik bersalin. Ramai benar bakal-bakal ibu malam ni. Serun aku dibuatnya bila melihat ada yang
terjerit terlolong. Rasa imuninasi yang
aku pelajari dulu dan aku lihat setiap hari tidak berbekas di dalam diri. Melihatkan keajaiban kejadian manusia yang
lahir dari saluran sesempit itu membuatkan aku mengucap nama Allah
berkali-kali. Maha suci Allah yang maha
menjadikan umat manusia.
“Eh, Doktor
Zafrina dah sampai?”
Aku senyum pada
Mia, seorang jururawat muda. Rasanya
sebaya denganku dan antara yang paling rapat dengan Zayed.
“Maaf, terlambat
sikit. Lampu jalan padam. Tak boleh bawa laju-laju.” Aku sengih bila menyedari alasan bodoh itu.
“Lampu kereta rosak ke, doktor?” tanya dia bersama senyuman mengusik.
Aku sengih dan
mengangguk. “Saya pakai torchlight. Tu lambat sikit,” jawabku sedikit loyar buruk
lalu aku berlalu ke dalam.
Benar lampu
jalan padam tapi macamlah lampu kereta pun padam. Ingat aku pakai lampu suluh ke bawa kereta
tapi biarlah. Aku malas hendak memandu
laju-laju memandangkan jalan agak licin setelah hujan. Tak sedar bila masa hujan menyimbah bumi.
Kakiku terus
melangkah mendekati Zayed dalam keadaan diri yang masih begini. Siap beg tangan dan juga wedges setebal dua
inci lagi. Apa nak kisah. Bukan aku bertugas. Aku hanya berdiri di sisi Zayed tanpa
menyapanya memandangkan dia sedang memasang tiub saluran kencing pada seorang
pesakit.
Aku pejamkan
mata seketika. Mujur aku ini seorang
doktor lalu aku mengerti akan prinsip kedoktoran dan juga sumpah hipocrates
yang perlu aku taati. Zayed tekun
melakukan tugasnya. Sumpah, sebagai
seorang wanita jika dia adalah suami, aku pasti cemburu tapi inilah kami. Berdepan dengan segala macam hal. Tapi, dia adalah Doktor Zayed. Seorang doktor pakar di hospital ini. Yang terlalu komited dengan kerjaya dan tekun
merawat pesakit.
Aku pandang
Zayed yang berhati-hati memasang tiub pada saluran kencing. Urinary catheter yang diperbuat daripada getah yang dimasukan ke dalam pundi kencing pesakit melalui uretra yang menjadi saluran bagi pesakit ceaserian
membuang air kecil tanpa perlu bangkit setelah menjalani pembedahan.
“Okey, done!
Dalam sepuluh minit lagi kita masuk bilik bedah. Mia, you dah cakap dengan Zul, kan?” tanya
Zayed bila dia tegakkan tubuh yang
tinggi sasa itu. Zul, adalah seorang
pakar bius.
Mia berlalu dan Zayed
berpaling padaku dan menarik sedikit hujung lengan bajuku agar aku mengikut
dia.
“Sorry… baru sampai tak sempat nak tukar uniform,” ujarku bila kami ada di depan
pintu bilik bersalin.
“Since when?” Zayed senyum. Dia berpeluk tubuh yang nampak
kepenatan.
“Hah?” Aku terlopong. Apa yang dia maksudkan?
“Sejak bila?”
ulangnya dalam bahasa pula.
Aku mendengus
kecil. “Since when, sejak bila… kan sama tu!” tegurku sedikit keras lalu aku letakkan lipat
lengan blouse. Mahu bersedia untuk ke bilik bedah bersamanya
sebentar lagi.
Zayed tidak
menjawab sebaliknya dia tersenyum lagi.
kali ini senyuman yang nampak kelat.
Barangkali sudah 24 jam dia tidak lelapkan mata. Dia membuka sarung memegang stetoskop
miliknya dan kembali berpeluk tubuh.
“Betullah tu. Rina memang pandai,” puji dia.
Aku mencemik. Eleh, budak sekolah rendah sekarang pun dah
tahu maksud semua itu. Bukankah ada Oh
My English.
“Sejak bila
pandai panggil abang tanpa Abang Zayed? Sejak
bila pandai panggil Zayed je?”
Seperti yang
kutelah, Zayed menyoal juga perkata ini.
Aku hanya senyum padanya. Senyuman
yang kumahu menjadi milik dia selamanya tapi biarlah tidak pada Zayed pun, aku
akan ukir senyuman ini pada semua pesakit berharap agar mereka lekas
sembuh.
“Panggilan abang
tu hanya untuk yang halal di sisi Rina. Dalam
keluarga Rina pun, tak ada abang. Ada along,
angah dan abah. Abang tu, insyaAllah
sikit masa lagi kalau Allah hantar jodoh yang baik buat Rina,” selaku lantas
aku berlalu biarpun nampak Zayed bagaikan mahu menahan.
Sengaja aku mahu
duga hatinya. Biar dia tahu yang aku ini
tidaklah menanti dia semata-mata tapi sayang, Zayed terlalu tenang
orangnya.
Sebelum aku
melewati ambang pintu dan berlalu ke bilik persalinan, aku sempat menangkap
senyuman yang tersungging pada hujung bibir Zayed. Senyuman yang tak mampu kupastikan maksud di
sebaliknya.
Baru saja aku
letak beg tangan dan mahu mengenakan kot putih itu, Zayed muncul membuatkan
jantung aku hampir terlompat.
“Zayed…” marahku sedikit.
“Sorry.
Abang tak sengaja.” Dia ketawa
dan mengangkat tangannya tanda meminta maaf.
“Kenapa? Rina nak ready
dah ni,” tekanku tapi dia menggeleng.
“Nope… abang tak suruh Rina datang untuk
bantu abang buat operation tapi abang nak minta Rina temankan abang je,” ujar
Zayed membuatkan aku tak jadi menukar pakaian.
“Apa pulak
ni? Kemain call orang jam 3.00 pagi. Awak
nak apa sebenarnya Zayed?” Aku mula
melahirkan rasa geram. Sungguh tak puas
hati.
“Zayed nak Rina,” beritahu dia lalu dia menutup daun pintu
rapat dan aku terdorong ke belakang beberapa langkah hingga akhirnya
terperangkap pada locker lalu kaku di
situ.
~~> bersambung
saje je zayed ni. rindula tu baru sehari cuti.
ReplyDeletegood gurlz.. jual mahal skit kt mamat tu..
ReplyDeletehaha.. xthu.. OMG.. zayed nk goda rina k..?
haaaa abg zayed...nk lg RM... :)
ReplyDeletekak rehan..sebelum ni sya bca semua crita yang kak rehan tulis malah dah ada koleksi nvel yang keluar..tapi sya baca di blog juz sbgai silent reader..tapi ari ni tergerak ati nak komen kat sni..semua crita ka rehan mmg best dan mantap..dan SAM kli ni pun x menghampakan..best sngat2..x sbar nk tggu entry seterusnya...:)
ReplyDelete"zayed nak rina"...sweet je ayat nie..hihi
ReplyDeleteEceh...zayed main2 pulak yea...jual mahal skit rina...
ReplyDelete-ieja-
Abang Zayed nak Rina... sukerrr
ReplyDeletetp Rehan , awat sitit jer.. lagi lah..
terase mcm pendek aje...ahahahahah tamak kan.... terbaekkkk la
ReplyDeleteNAK LG
ReplyDeleteWalawei....Zayed kalu lmbt mmg gigit jari la...hahahhhahahahahhahahha
ReplyDeletehamboi dr zayed, kejutkan anak dara org suh teman ppg buta ya... thanks rehan
ReplyDeleteHairiah
Jangan cair, rina. jual mahal sikit, baru tahu zayed bersungguh ke tidak.
ReplyDeleteHahahahaha...
ReplyDeleteZayed...zayed...
Adehhh...
Rina salah mentafsir zayed...
Hahahahaha...
ReplyDeleteZayed...zayed...
Adehhh...
Rina salah mentafsir zayed...
waaa......sadis sungguh.....hehehe
ReplyDeleteerrrrkk..Zayed pun suka Rina ke?
ReplyDeleteerk....Zafrina, pls jual mahal sikit ya. biar Dr Zayed tu kena kerja keras sikit untuk dapat hati Dr Zafrina ni ...
ReplyDeletebetul betul betul saya setuju
Deleteesok sambung lg rehan..
ReplyDeletejual mhl ckit,,bgus rina... nk lg RM,,sume citer RM best :)
ReplyDeleteOMG!
ReplyDeletejuz f0r info..urine cath tu nma dye Foley's Catheter,n0t only use f0r caeser pt but als0 f0r normal vaginal delivery :)
ReplyDeleteYes, Putri. You are right! Besides that, the procedure can be done by GP or nurses. But normally if we go to private hospital or for special cases, the gyne will do it.
DeleteHa satu lagi, normal delivery is called SVD or spontaneous vaginal delivery which means without the use of forceps, vacuum, etc.
Ayooo, RM don't be mad at me this is just 0.001% of medical terms. :D
masa akak bersalin anak yg 1st ( SVD) Dr lelaki yg wat,
Deleteaduh malu gila... sajalah nak kongsi pengalaman
Hairiah
Zayed nak Rina... tp Zayed saya nak kat awak!!!
ReplyDeletehehehe pingsan saya klu dulu2 bakal suami (sekarang dah jadi suami hehehe)cakap lagu ni kat saya!!!!!
i need you here........ zayed nak rina...
ReplyDeletewuuu...nick pn cair kna ayt ni. rina ag la yg sah2 ada feelink kat abg doc tu....
zayed nak rina.... but i more N more pls
ReplyDeletethumb up for the good job keep it up
all your stories make my day full of joy :)
sambung lagi.... nak tengok zayed next move and how zafrina reacts pulak... kalau zayed selow sgt, bye-bye zayed.... hihihi....
ReplyDeleteI need u here..i pun need u k.rehan..k.rehan buat sy cepat2 nk blik keje n buka page ni...hihi..thanks k.rehan...
ReplyDeleteheeee... suke la bile zayed kate i need u ..
ReplyDeletethanks sbb update.. kalau rajin update la selalu.. :D
eh salah bukan i need u la..
ReplyDeletezayed nak rina.. hehehe pepandai je pi translate
Serius x sweet bile ckp mcm tu kul 3 pg. off day pulak tu... Zayed is quite selfish!
ReplyDeleteOMG! Baru dua bab, but I've already in love with Abang Zayed! Goshhh. Rina jual mahal sikit centu, bagus bagus. Perli perli sikit baru best! Anyway, keep it up kak Rehan! Waiting for more! Goodluck! :)
ReplyDeletejual mahai kit rina..uji hati abg zayed tu diaaaa..lau nak rina, cepat2 a kawen..hehehe
ReplyDeletezayed nak Rina.. kami nak rehan sambung lagi.. cepat2 RM
ReplyDeletewaaaaaaaaa :)
ReplyDeleteUiks cpt aja bsambungnya haishhhh br nk feeling kih kih. Amboi zayed dh praktis nmpk, mcm compom dh status tu hihi
ReplyDeleteRehan. . .as always. . best!!!!!!
ReplyDeletehaish...slalu hati xtentu hala bila baca citer2 kak rehan ni...tp awat sket sgt arini kak??xpuas bace...cpt2 up n3 bru ye...double thumbs up kak rehan...
ReplyDeleteOMG! sengih tak sudah saya...
ReplyDeleteDear rehan, i think this is going to be my favorite RM's novel :) tahniah!
ReplyDeleteakak!! hahaha..serius laaa.. nak terkeluar jugak jantung ni! - nrl
ReplyDeleteoh my abg zayed...kenapa abg zayed ssh sgt nk luahkn perasaan pd rina...kata nak rina..
ReplyDeleteBle x kalau nk ckp TAKPUASLA.NKLAGI. AGak RM marah x..hehe..hati ni dh rasa walang dh ngan zayed+rina..sweet tul zayed. sggp duh rina dtg awal pg sbb rindu..olololo..tu blum ckp 1 hari off..buatnya rina cuti semgg..hmmpikir sendiri la
ReplyDeleteAla2, Grey's Anatomy. Reminds me to Derek Shephard n Meredith Grey. Cara mengayat Zayed nmpk matang!
ReplyDeleteYezaaaa one of my feveret drama tu hihihi
DeleteBila gugurkan panggilan abang, baru Zayed tertanya2
ReplyDeletegood job Rina, ingat pesan abah;
n Zayed, kalau nak panggilan abang dikembalikan
cepat2 next move!!!
RM nak lagi, tengok apa reaksi Zayed bila Rina lari-lari anak
- Maya -
up g rina...biar main tarik tali...tarik2 than kasik lepas!but jangan sentap terus dek,putus sat g dua2 nganga..ikut cakap baba dek n jual mahal tau dek,tahap gaban nye mahal...
ReplyDeletesetuju ngan rina. xyah pgl Zayed abang keke. bagi Zayed buka mata buka hati luas2 siapa rina di hati dia cewwahhh,.ayat cam penulis novel xbertauliah keke,. teruskan mengarang ye cik writer^^,.sy tgu next en3 hehe
ReplyDelete0_o..... hahhahhahahahha speechless!!!!!! XD next ntri.... hehehehe..... best gless!!!!!!
ReplyDeletego kak rehan go.... love u so much hahahha :D
-Song Hyun Sun-
for sure, cerita ni sangat best... harap2 dapat buat printed version mcm KIM tu plus hero n heroinnya malu2 kucing :)
ReplyDeletebtw "imunisasi" yang akak refer tu adakah subjek dalam kedoktoran or sistem imunisasi? sebab kalau subjek, biasanya dikenali Immunologi..
fuh berdebar baca last2 tu, zayed nak melamar ke? dah lama x baca cerita pasal doktor, teruja :)
ReplyDeleteZayed rindu kt Rina sehari x jumpa dah angau.... kalau 1 minggu mahu jadi bangau pulak.... hehehe....
ReplyDeleteBiar Rina jual mahal but not RM. Today ada n3 lagi yer, tqvm. KH
ReplyDeleteala saya dah kompius dah. dulu dok tergila2kan abang budriz tp sekarang ni hati dah berpaling arah kat abang doktor la pulak.... ha ni sapa yg nak bertanggungjawab..... jawab RM jawab.... hehehe
ReplyDeletealololooo...tergamam gak ngan ayat jiwang karat tu..heheh..jual mahal sket rina..bior zayed plak terkejar2..chaiyokk..
ReplyDeleteHailahhh...baru sehari rina cuti dh rindu......nice kak.....
ReplyDeleteKasi "up skit" rina jg jual murah... tp jgn jual mahal sgt nanti zayed tak nak plak.. hehehe.. Next entry please...
ReplyDeletewah...ada citer dokter2 plak...
ReplyDeletebest3x.... nak lg...
sweet je si rina & zayed.. but lau dua2 bz bila masa nye nak ada baby kan rina kan... nak n3 lagi ye RM
ReplyDeleterehan cepat la... dah sasau kami menunggu ni...
ReplyDeletelari 2 anak ja tau rina..jgn lari pecut kang dr zayed x sempat kejar...sat ni dr zayed kejar nurse mia pulak...tak mo..tak mo....kan haru kami semua
ReplyDeleteheee..sukaaaaaaaaaa
ReplyDeletezayed nie senget lah. main2 lak. haish. dr zafrina, sila tinggalkan zayed tue. bagus pun takde abg dah. patutny aku ko je. haish
ReplyDeleteei...zayed ni bila rina dh x panggil abg br nk sedar yg dia suke rina ke?
ReplyDeletex panggil abg pown nk tanye sbb ke?? ksian pkul 3 pg kene g hospital smate2 nk temankan dye je?? hoho.. tp best cite nie..
ReplyDeleteZayed nak rina.dah tahu nak,ckpla.klu xsmpt nak kawen pun lagi at least hadap family rina.bukn susah pun.ur choice la zayed.adui.rina,akk suka sikap kamu. ^^
ReplyDeleteadoi la hai...zayed ni bikin panas jek tau...
ReplyDeleteini hot sis
ReplyDelete