BAB 10
ZIYAD terus
keluar dari hospital hari tu juga.
Itupun, Mia yang khabarkan. Ikut
hati, tak sudi aku hendak bertanya tapi sebab sikap profesional, aku terus
bertanya khabar. Karang ada yang sentap
pulak. Namun, jauh disudut hati, aku
bersyukur dia tidaklah teruk mana.
Pendarahan juga dapat dihentikan.
Jika tidak, bertunggu, bertangga di hospitallah jawabnya budak Ziyad ni.
Minggu depan,
Zayed dan keluarganya akan datang membawa rombongan. Bukan calang-calang rombongan, tapi rombongan
meminang dan kami akan diakad nikahkan dalam majlis yang sama. Keluarga dia mahu menyatukan kami dengan
kadar segera atas permintaan Zayed sendiri dan akulah yang paling lega tapi
mama pula yang risau.
“Mama tak boleh
nak terima sangatlah, Rina,” keluh mama sedikit tapi tangannya masih ligat
menyiapkan persia pan
hantaran untuk aku.
Aku pandang
wajah kak long yang sedang menyusukan anaknya dan kak ngah yang turut sama ada
membantu mama. Kak ngah jongketkan bahu
tanda tidak tahu nak buat apa. Kak long
pula tersenyum mengerti.
“Kenapa mama tak
boleh nak terima?” Kak long bersuara
tanpa aku pinta.
Mama panggung
kepala. Gubahan pada dulang hantaran itu
terhenti dan dia mengeluh kecil sebelum mencuit pipi Zakhri Adha yang sedang
rakus menyusu.
“Entahlah… mama
risau takut oran g
sekeliling cakap apa pulak. Tak ada
ribut taufan, kita buat akad nikah terus.
Tak ada kenduri besar-besar…”
La… itu yang
mama risaukan rupanya. Tapi, kak long
senyum padaku dan kemudiannya dia mengesot mendekat pada mama.
“Mama… dulu Resa
pun kahwin macam tu jugak. Aba ng Zaf datang merisik
dan seminggu lepas tu kami nikah.
Alhamdulillah, tak ada apa-apa pun terjadi. Nak kata buah mulut oran g
tu, biasalah mama… oran g kampung mana boleh
tengok oran g
lain senang. Macam tak ada tamadun asyik
nak prejudis dekat oran g
tapi insya-Allah… Tuhan akan pelihara maruah kita sekali kita tak melakukan
perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah, ma,” ujar kak long dan
memang betulnya.
Begitu ringkas
dan pantas majlis pernikahan mereka dulu.
Aku masih ingat bagaimana along tak sabar-sabar hendak menikahi kak long
dulu. Sampaikan kak long tak habis
sekolah lagi dia dah ajak nikah. Dahlah
kenal baru beberapa hari. Tapi, kuasa
Tuhan tiada siapa tahu… mereka bahagia sampai hari ini.
“Betul tu, ma…
Resa dulu kenal baru beberapa hari dan dalam hal-hal macam ni, kita kena
percayakan jodoh dan ketentuan, mama.
Mie dulu pun dengan Zafrin dah kenal lama juga tapi Rin bising je bila
kami sibuk dengan belajar dan rasanya Rina dengan Zayed lagi lama kenal
daripada Mie dengan Rin dan Mie yakin inilah waktu yang sesuai untuk ikat
diorang, ma. Umur masing-masing dah
lanjut. Bila lagi nak timang anak,”
tokok kak ngah pula menyokongku dan menyedapkan hati mama.
Mama diam. Nampak macam akur dengan kata-kata kedua-dua oran g menantu
kesayangannya dan aku hanya tersengih sumbing pada kakak-kakak iparku berterima
kasih dalam diam.
“Ya tak ya
jugak,” akui mama akhirnya.
“Rina ni macam
ada dua kisah dalam hidup dia. Nak nikah
cepat-cepat macam kisah Resa dengan Zaf dulu dan dah kenal lama macam kisah Mie
dengan Zafrin. Apa nak kata, dah memang
sampai seru. Biarlah apa oran g nak kata, janji
Allah tahu apa yang kita buat, ya tak?” Kening mama naik.
Kak long dan kak
ngah mengangguk. Aku terus memeluk mama
yang masih nampa k
sebu. Sebenarnya aku tahu, dia berat
mahu melepaskan aku. kata mama, anak
perempuan akan menjadi milik suaminya.
Tak seperti anak lelaki. Sudahlah
dia hanya ada sorang anak perempuan je.
Bila aku menjadi isteri, pastilah Zayed segalanya. Zayedlah yang terutama dan Zayedlah hidupku
namun aku yakin, Zayed tak akan melarang
aku dari terus berbakti pada mama dan abah.
“Rina tahu apa
yang mama risaukan,” bisikku pada mama.
Dia memandangku
tidak berkelip dan mengangguk bagaikan mengerti apa yang sedang bermain dalam
kepala aku.
“Memang mama
risau. Rinalah satu-satunya anak
perempuan mama…”
“Kak ngah pun
sama jugak, kan
Rina?” sampuk kak ngah mengusik dan mama
ketawa.
Dia tepuk peha
kak ngah dan menyentuh sedikit peru t
kak ngah yang membulat. Tunggu masa je
hendak meletup tapi masih lagi ke universiti.
“Betul tu,
mama. Resa pun anak bongsu juga macam
Rina.” Giliran kak long pula mengusik
dan kami terus hamburkan tawa.
Airmuka mama
berubah. Tiada lagi resah yang ada
hanyalah kebahagiaan yang terpancar.
Tanpa sedar, ada suara menegur.
“Hai… meriah nampa k?”
Kami berpaling
dan wajah abah serta along dan angah muncul dengan berbaju melayu dan kain pelikat
masing-masing. Baru balik dari masjid.
Along meniarap
dekat dengan riba isterinya. Tunduk
mengucup pipi anak-anaknya yang sudah terlena.
Semua sudah rebah macam kena tembak dek tentera Jepun semuanya. Letih bermain barangkali. Angah juga duduk bertempek dengan isterinya
dan abah, duduk di atas sofa membetulkan ur at
saraf.
“Tak dengar pun
beri salam?” tegur mama.
“Nak dengar apa,
kemain meriah ketawa. Sampai jalan besar
sana lah
dengar?”
Eleh… nampa k sangat abah kelepet. Sampai jalan sana dengar.
Tak adanya. Kami baru mula gela k sebab tadi dok buat
drama swasta kejap.
“Aba ng tu…,” cemik mama
dan abah ketawa.
“Hah… Rina macam
mana? Dah sedia nak jadi isteri?” soal abah padaku.
Aku betulkan
duduk. Pautan pada bahu mama aku
lepaskan dan aku bangkit duduk di sebelah abah.
“Insya-Allah,
abah… Rina dah sedia.”
“Ermm… jangan
minta along sponsor lagi sudah. Zafrin
kahwin dulu pun along tak sempat nak reload balik duit simpanan tu,” gurau
along tersengih-sengih menyindir angah tapi angah macam dulu jugak… tetap buat
tak tahu.
“Ala a… adik lelaki along
sorang je…”
“Haa… adik
perempuan along dan angah sorang jugak,” pangkasku cepat-cepat dengan sengihan
melebar.
“Korang ni biar
betul?” Mata along membulat dan tak
sempat dia nak bersuara, kak long menyubit lengannya.
“Aba ng ni… itu pun nak
berkira?”
Along ketawa menden gar bebelan
isterinya. “Dengan diorang ni kena
berkira, yang. Tak ingat dulu… ajak Rina teman kita dating
pun upah dia sehelai t-shirt Guess. Itu
mujur sekali sebab kita nikah cepat.
Buatnya sepuluh kali, boleh bukak butik budak Rina ni,” bebel along dan
aku dan yang lain menghamburkan tawa.
“Along ni
berkira sangat.” Angah mencebikkan
bibir.
“Haa itu pun
belum kira kau punya baiki motor lagi angah masa kau accident dengan Mie
dulu. duit along sponsor jugak tu, kan ?”
Kah kah
kah!!! Angah kena tibai tak
pasal-pasal. Aku ketawa dalam hati. Serius along sejak tua ni lain macam sikit
perangai dia tapi dia tetap along yang aku sayang. Abang yang bertanggungjawab pada kami
adik-adik dan anak sulung yang menjaga kami sekeluarga dengan baik serta bapa
dan suami yang penyayang.
Kami tahu dia
bergurau dan kerana itu, kami biarkan saja dia bila akhirnya along juga ketawa.
“Along gurau
jelah dengan korang. Alhamdulillah,
rezeki cukup lagi. kalau Rina nak along
sponsor apa-apa cakap jelah. Nanti Auni,
Aina dengan Adha dah besar, minta mak su sponsor korang pulak,” ujar along pada
anak-anak dia yang lena.
Aku senyum dan
mengangguk. Rasanya duit aku lebih dari
cukup. Zayed sendiri pun tak pernah
berbicara tentang soal duit dengan aku.
katanya, segalanya biar dia yang tanggung tapi sesekali, rasa ingin
bermanja dengan along itu ada.
“Kalau Ri na
nak, Rina minta ya?” balasku pula dan
along mengangguk.
Kami sama-masa
ketawa bila melihatkan along dimarahi isterinya kerana mengusik Adha hingga
merengek. Angah juga berbahagia dan
hanya aku sedang meniti sebatang titi untuk mencari kebahagian buat diri. Zayed dan Zafrina… tak ke korang yang baca ni
rasa macam sesuai ke? Atau lebih tepat
lagi, kami memang berjodoh sejak dari azali.
Hehehe…
“BILA nak
cuti?”
Soalan Zayed
membawa aku memandangnya. Atas
permintaan Zayed, akhirnya kami berpeluang juga makan malam bersama. Itupun keuy tiow kerang bungkus dan juga
sebungkus air untuk kami kongsi bersama.
Indahnya temujanji kami ni ha… sentap hati aku.
Tapi, asalkan
bersama dia, ke gurun pun aku sanggup.
Tapi dengan syarat, bawa bekalan air yang cukuplah. Jika tidak, minum air mata jelah kami nanti. Masa tu, cinta ke mana, kami ke mana. Dalam dunia ini, tidaklah kita perlu menjadi
seseorang yang mementingkan material tapi perkara itu merupakan keperluan asas
dalam hidup serba moden ini.
“Zayed
pulak?” Matanya aku pandang dan dia
senyum sambil menyuapkan lagi kuey tiow yang aku bawa daripada rumah untuk
dia.
“Sedap Ri na
masak,” puji dia tak menjawab soalanku.
Aku sekadar
senyum dan mengangguk.
“Dah mohon. Harap-harap tak ada kes-kes berat. Kalau tak mesti kena reject cuti.”
“Rina pun… dah
mohon. Tapi, rasa macam tak lulus je,”
dugaku separuh yakin.
“Kalau tak
lulus, kita nikah dekat hospital jelah.
Apa susa h.” Zayed ketawa mengekek tapi aku langsung tak
rasa lucu.
“Awak ni…
main-main ek?”
Tawanya masih
tersisa tapi sudah agak reda. “Mana ada…
Zayed sangat serius dengan tiap-tiap ayat yang Zayed ucapkan. Rina je selalu anggap Zayed main-main.”
“Dah tu… macam
mana kalau cuti tak lulus? Tak pun, kita
buat hujung tahunlah.”
“Hujung tahun
hujan, Rina… payah nanti.”
“Eh, betul jugak
tu. Payah nak buat kerja nanti…,” sambungku
setuju.
Sekarang ni,
bukan macam dulu kala. Musim tengkujuh
sepatutnya kawasan belah pantai timur je dilanda hujan lebat dan banjir tapi
sekarang, seluruh pantai barat dan juga wilayah pun sama. Perubahan cuaca dunia.
“Tapi kan …” Zayed tersengih padaku. Nampak sangat nakal kala ini. aku angkat kening bertanya dalam diam.
“Ada satu kerja yang mudah
nak buat musim tengkujuh nanti,” ujar dia.
Keningku
berkerut tanda tidak faham. “Apa
lagi yang mudahnya kalau dah musim
hujan. Tak ke lecak sana - sini. Nak-nak banjir… oran g nak datang pun payahlah, Tuan Doktor,”
sinisku. Haih… main-main je tahu.
“Yang tu tunggu
kita sah dululah. Baru Ri na
tahu apa yang seronok dibuat musim hujan nanti,” ujar dia lalu dia ketawa
besar.
Sekali lagi, aku
hanya diam mencuka. Tak tahu apa yang
lucu dan mencuit hati Zayed.
“Ketawa banyak
mati hati nanti,” ujarku sedikit sinis dan Zayed berdeham beberapa kali
mengawal tawa yang masih nampa k
tersisa.
“Okey… okey…
pasal yang musim tengkujuh tu nanti, Zayed bagi tahu Rina kemudian.”
Eh ada lagi hal
musim tengkujuh dia. Aku mengjongketkan
bahu tanda mengalah. Ikut suka awaklah,
Zayed.
“Pasal hantaran
semua, mama dah ur uskan. Tapi, satu je Zayed tak tahu nak ur uskan macam mana
ni.”
“Uiks… oran g setenang air dikali
macam Tuan DOktor pun ada kerisauan ke?”
dugaku lucu.
Dia angguk. “Kalau bidadari syurga yang ditakdirkan untuk
Zayed dikacau oran g,
mana boleh tak risau?” jawab dia
menjeling padaku sedikit dan fahamlah aku apa yang dia risaukan.
“Itu je ke yang Zayed
risaukan?”
Dia angguk. “Yang lain tak ada nak risau sangat. Zayed percayakan Rina…”
“Habis tu?” tanyaku pantas. Apa lagi
yang dia risaukan jika dia percayakan aku.
“Tapi… I don’t trust him and myself,” jawabnya
jujur.
Okey… bila dia
kata dia tak percayakan Ziyad, aku boleh terima tapi bila dia katakan dia tak
percayakan dirinya sendiri, aku mula berasa hairan.
“Boleh pulak
macam tu, ya?” soalku melahirkan
kehairanan.
“Mestilah… takut
nanti Zayed pergi tumbuk muka Ziyad tu ha…”
luah dia gera m.
Aku ketawa
halus. “So, betullah Rina telah selama ni yang Zayed pinang Rina sebab
tercabar dengan Ziyad? Macam tu?”
Lama Zayed
pandang aku. Kunyahannya terhenti dan
dia terus menelan makanan yang berbaki dalam mulut. Air teh ais itu diteguknya sebelum dia
bersuara.
“Kalau Zayed
kata ya, Rina kecewa tak?” Kala ini,
wajah Zayed nampa k
muram dan aku yakin dia berkata benar.
Tapi aku…
tersenyum saja kerana dari awal sudah kujangka.
“Kalau macam tu,
Rina kena terima Ziyadlah. Tak bolehlah
nak terima Zayed sebab Zayed pinang Rina sebab tercabar dengan Ziyad je, kan ?”
Serta-merta,
Zayed berdiri. Mujur tupperware tu aku sempat sambut. Kalau tidak terburai bekalan yang aku bawa
untuk makan malam kami.
“NO!!!”
bantah dia sedikit kuat. Matanya
tajam menyinar merenungku.
“It won’t happen. Ya, Rina boleh berterima kasih pada dia tapi
tak boleh pilih dia,” larang Zayed.
“Kalau Ri na
pilih?” dugaku.
“Tak
boleh!” Dia kembali duduk. “Zayed tak benarkan. Dia tak sesuai dengan Rina.”
“Tapi dia
cintakan Rina apa,” dugaku lagi.
“Dan Zayed nak
lafazkan akad untuk Rina. Untuk miliki
Rina. Bukan cinta semata-mata. Bukan kerana cinta manusia tapi cinta kerana
Allah,” pangkas dia serius membuatkan aku pegun. Keras dan kejung tak mampu berkata apa.
“Err… Zayed… Rin…
Rina…” AKu gagap. Hilang kata.
“Ya, dia
cintakan Rina. Memang dia cintakan Rina
tapi belum pasti dia mahu lafazkan akad dan qabul untuk Rina. He’s
different from us,” ujar Zayed bersungguh-sungguh.
“Kenapa? Rina tengok dia biasa je. Accident
cedera jugak. Tak ada pun rupa macam alien ke, apa ke… macam kita-kita
je.” Aku menduga Zayed lagi.
“Hati dia tu
macam alien. Rina tak tahu tapi Zayed
tahu…”
“Dan Rina juga
tahu Zayed tercabar kerana Ziyad barulah kita ada di sini…”
“And
thanks to him. He woke me up, for me to
realize how much you mean to me,” akui dia
menyambung kata-kataku.
“Maafkan
Zayed. Tapi, percayalah… kasih kita ni biarlah
kasih Allah mendahuluinya kerana Dia yang menjadikan hubungan kita ini sejak
dari azali biarpun baru hari ini ianya terbukti. Zayed tak tahu nak berkata cinta. Kadang-kadang
dok termenung fikir, apa cinta tu? Macam
mana perempuan ni cair dengan cinta?
Macam mana seseorang wanita mampu cintakan Zayed sedangkan hidup Zayed
hanya hospital dan pesakit je dan yang pasti adalah seorang wanita bersama
Zafrina binti Zaini sejak dulu.” Zayed
menjeling padaku seusai berkata-kata.
Kala ini,
airmataku hampir menitis. Rasanya aku
mahu menjerit pada dia. Usah dia berkata
romantik seperti Ziyad kerana dia sememangnya romantik dengan caranya yang
tersendiri.
Aku lihat Zayed
senyum dan menggeleng bagaikan menyindir diri sendiri.
“I promise you… our marriage will be happier
and more blissful than now,” janji Zayed padaku.
Aku kehilangan
kata sudah. Langsung tak tahu nak
berkata apa melainkan hanya mengangguk saja cuba membendung airmata yang sedang meniti di tubir mata.
“Kita nikah
minggu depan,” ajakku.
“Minggu ni…”
Zayed membalas.
“Gelojoh…”
“Bukan
gelojoh…” Dia membantah bersama tawa.
“Habis tu?”
“Tak sabar nak
makan Rina…”
Mataku membulat. Tapi Zayed tekup mulut bagaikan tersasul
cakap.
“Tak sabar nak
makan masakan Rina sebenarnya. Sedap ya
Rina masak.” Cepat-cepat dia suapkan
makanan yang tersisa ke dalam mulut.
Nampak gelojoh.
“Kura ng sabar betul,” sinisku.
“Bukan kurang
sabar… Cuma takut tak mampu bertahan,”
gurau Zayed lagi dan dia terus ketawa.
~~> bersambung
hahahaha...i loike zayed ;)
ReplyDeleteoooh, zayed. nakal ya? >,<
ReplyDeletewalaupun ziyad nampak mcm macho&terlalu berterustrang++kasanovanya...tapi sya tetap suka cara zayed...simpan romantik+kata2 romantis selepas halal lebih barakah.
ReplyDeleteauuuuww.banyak manis maa ;D
ReplyDeleteWah wah wah Zayed.... skrg lak x mnyabar! Dulu... wat dono je :-)
ReplyDeletepersonaliti zayed dan ziyad berbeza so cara diaorang aproach perempuan pn berbeza.
ReplyDeletezayed nakal gak tapi nakal berhemah huhuhu tetap zayed jadi pujjjaaan hatikuuu...
ReplyDeleteSOKONG!
Deletehero citer ni zayed kan??waaaa nak zayed juga :)
ReplyDeletehmmm..me prefer ziyad...
ReplyDeletec'mon zayed...rina dah tggu lama kot...we r not talking about br kenal berbulan...bertahun key...peluang pon terbentang luas....yeah yeah yeah..understand profession as a doctor...bz gila dowh..but xkan to tell a gurl that u love her pon x sempat..
and then ziyad get in their life...wahhhh..tetiba Tuan Doctor Zayed rasa...owhh rina i actually love you...lets get married...mariiii...hmmmm (geram sket dgn tahap keslowan zayed)
i think ziyad lagi telus dan tulus....hahaha..peace to all zayed lovers :))
tp apa pon Ms author kita mesti dah ada idea yg menarik tuk IAM neh...may the best man win....
erm...betul tu,sy pom sokong ziyad dgn rina
DeleteOhhhhhh, Zayed is making me crazyyyy. Memang terjatuh bergolek hati ni kat Zayed. Good job kak Rehan! Sila update banyak banyak, hihi thanks :)
ReplyDeleteBaran ker si Zayed ni? Tiba2 jer melenting kat Ziyad... Ker ada rahsia2 tersembunyi yg belum terungkai lagi? Hmm.....
ReplyDeleteramai ja lelaki kat luar mcm zayed cthnya suamiku trsayang.sepanjang kenal dan brtunang, kering air mata kenang nasib x mcm kwn2 lain...ada je hadiah,ucapan manis, dating,mcm2 la...dgn dia kalau jumpa pun cakap pasal keja ja..kalau dlm fon ada sikt romatik.birthday kita pun tak tau..haha lepas kawin mak aii romatik habis, ringan tulang, mcm2 la...mana sangka...so kita tunggu keromatikan dr zayed,,nanti takut ada yg kencing manis..
ReplyDeleteAuch, sounds interesting. Vain alert kak Rehan!
Deletehahahaha , terbaik zayed !!
ReplyDeleteWah Rehan....sweetnya Zayed mengayat Rina, boleh kena diabetes nih....Rasanya datanglah 10 Ziyad pun, hati Rina tetap pada Zayed kan?
ReplyDeleteSikit-sikit Zayed menampakkan sikapnya yg loving kat Rina
ReplyDeletedah jadi halal baru agaknya dia tunjukkan segalanya..
ohmai!!!!! mana nak cari "dr.zayed" nie? feeling pink2 ok!
ReplyDeleteoh my....mana ziyadku ni...wake up ziyad..
ReplyDeleteziyad cpatlh btindak..memainkan prasaan btoi la RM ni..huhuhu
wlaupun zayed best,i ttap nk ziyad ok..
nakal + kasanova + cool = ZIYAD
ciss!zayed neh leh lh plak tersasul ayat 'tk sabar nk makan rina'hehe ade makna tu....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletecik writer buat sye rse mcm ade smething bkal brlaku betwen zayed, ziyad and rina... ayt zayed yg psl nikah dkt hosp buat sye sntap.. seolah-olah ziyad tu nnti akn jdi sinar bru untuk rina after zayed.. and i like ziyad most than zayed.... but if zayed sdh mnjdik plihn writer for rina.. what can i do... and bg ziyad dkt sye... hahaha(kemarok dgn ziyad)...anyway, best..
ReplyDeletecomelnya zayed. siap tekup mulut ag. mujur x wak mata besar. ish ish ish
ReplyDelete>>k<<
SO CUTE ISN'T?! Oh melting disini.
Deletedh x mnyempat ye bdk bdua ni keke,.cpt2 tampal new en3 yea cik writer keke
ReplyDelete-biena-
hero dia zayed. ingat lagi teaser kot. kak rehan ada tulis . zayed ckp lafaz cinta hanya akan dia luahkan bila dah halal
ReplyDeleteyes... yes, i like zayed. hehek. mana menghilang ziyad. kalau terselit dia dlm bab ni best jugak. hehek!
ReplyDeleteSukanya smpi dh tak tau nk komen apa..huhu
ReplyDeleteCinta dulu pada Allah s.w.t. .... Betul tu bila dah halal baru boleh sebut lafaz cinta... Bila berkawan bukan bererti kita halal untuk bercinta... UCAPAN KATA CINTA lepas halal tu lebih bahagia...
ReplyDeletetu pasai la yg pilih zayed tu hihi
Deletehahahahaha... iloike them
ReplyDeletehadoih...... jiwa kacau betol cik RM tolonglsh saya dah angau sangat2 kat dr zayed dah nih......
ReplyDeleteada masa lebih suka akan ziyad dari zayed...
ReplyDeletetu la zayed... dulu menyombong, x nak ambik pusing perasaan rina, skrg kan dah x sabar2.. gelojoh gitu.. hihihii..
ReplyDeletewah .. I loike zayed .. hrp2 takde gangguan masa nikah nnti :)
ReplyDeletedh terkena kencing manis dh nehhhh...adehhh...rina amik zayed..i amik ziyad...haaaaaa....adehhhh
ReplyDelete-royal pahang-
arghh.. kencing manis kencing manis ~~~ :D
ReplyDeleteZayed is my choice walaupun Ziyad makes more effort than Zayed. Sebab Zayed ambik masa yg lama utk terus-terang and dia sendiri mengaku yg dia tercabar with Ziyad's appearence, so somehow sy rasa Zayed tak serious with Rina. Tapi sy sangat berharap Rina will choose Zayed and I'd really hope that nothing will happen between them. Sangat conflict cerita ni, hehe.
ReplyDeleteowh dr zayedd... **fallin' in love**
ReplyDeletehihi..
Ntah npe sy prefer ziyad, mayb sbb ia akan menjadikan citer ni lebih interesting? klu rina dgn zayed, bosan la citer ni nnt.. eh.. btul ke kak RM? hehe..
ReplyDeletexsabar nak tnggu rina n zayed kawen..;)
ReplyDeletei likeeee byk2.. he
ReplyDeletebaru nmpk sifat sbnr zayed...
ReplyDeletehahaha...rina pn cam x caya
ah sad... i want ziyad with rina...
ReplyDeletebest entry....tapi sy lebih suke lagi kalau ziyad dgn rina.
ReplyDeleteauuwch....sad entry,nak ziyad.eei kacau je si zayed ni.kak rehan pleeasssse nak ziyad ngan rina.
ReplyDeletewah...nak lagi..nak lagi
ReplyDeleteso sweettttttt........
ReplyDeletehahahahah zayed u are soooo cute.... hehehe thanks kak rehan
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
undi ziyad ngan rina
ReplyDeletex nak la.. rina mesti dgn zayed...
Deleteparah dh zayed ni...hu3...
ReplyDelete