BAB 11
KATA mama, nak
mudah, buat persia pan
bila ada masa terluang. Hari ini, aku
ada seminar di Hospital Besar Kuala
Lumpur . Keluar
saja dari bilik seminar, aku terus berjalan menuju ke perhentian bas hendak ke
Jalan TAR, mahu ke Semua House. Tadi,
datang dengan kenderaan hospital dan balik sendiri. Tak sampai hati nak susahkan pemandu yang
barangkali ada urusan lain memandangkan waktu kerja sudah tamat.
Bila aku sampai
di perhentian bas di depan Hotel Grand Season, ramai pulak orang. Termasuklah pelajar-pelajar. Sama seperti aku dulu. Kelek buku setebal alam dan pakai cermin mata
bagaikan kanta namun tetap bergaya.
Aku senyum. Mujur mataku masih sihat. Tak memerlukan cermin mata.
Berkat amalanku memakan lobak merah dan juga berselawat setiap kali
membasuh mata setelah bangkit dan hendak tidur.
Bila sebuah bas
UKM datang, pelajar-pelajar terus menyerbu masuk. Barangkali mahu kembali ke kampus atau boleh
jadi mereka ada rombongan lain, aku tidak pasti. Apa yang pasti, tempat duduk lengang dan aku,
boleh duduk bagi menghilangkan lenguh kaki.
Baru saja aku
mahu labuhkan duduk, tiba-tiba hon berbunyi kuat membuatkan fail putih yang ada
dalam peganganku terlepas penangan rasa terkejut. Cepat-cepat aku berpaling dan kulihat sebuah
kereta Honda Integra hitam metalik berhenti tepat di depanku.
Dengan cermin
gelapnya. Kalau kena saman dengan JPJ
saja je sedekahkan duit saja sebab tak
mengikut peraturan. Aku juga tak pasti
siapa tapi biarkan saja. Tak ada
kaitan. Tapi, fail yang ada di kaki ini
ada kaitan lantas aku tunduk mengutipnya.
Setelah itu, aku
duduk dan menyilang kaki. Fail putih
sempena seminar tadi aku belek-belek.
Seminar untuk doktor-doktor seperti kami yang masih tidak punyai hala
tuju dalam bidang pakar dan ada juga beberapa ilmu yang aku sendiri malas nak
bercerita lagi. Otak dah tepu.
Lama-lama aku
terpandang lagi Honda hitam metalik tadi.
Jujur aku tak nampak pemandunya.
Apa yang aku perasan, dia hanya memerhati ke arah stesen bas bagaikan
menanti seseorang yang ternyata tiada yang lain selain aku kala ini.
Aku kalih ke kan an. Tiada oran g. Aku kalih pula ke kiri, ada seorang wanita
menapak mendekat pada stesen bas dan dia menggariskan senyuman padaku. Bila aku membalas dia mula menunduk melarikan
wajahnya yang nampa k
pucat. Nampak selekeh dan tidak
bermaya. Sesekali dia mengusap kasar
lengannya dan terbatuk kecil.
Lama aku
perhatikan dia. Aku tahu dia tidak
selesa tapi entah mengapa, hatiku rasa terpanggil hendak menegur lantas aku
terlupa akan kereta yang ada di depanku saat ini. Perlahan-lahan aku mengesot pada dia. Bila jarak kedudukan kami kurang dari dua
meter, aku menegur dia lembut.
“Assalamualaikum,”
sapaku.
Dia berpaling
sedikit dan menunduk tapi sayang, salamku tidak bersambut malah dia menoleh ke
arah lain. Nampak sedikit cuak.
“Dari
mana?” tanyaku lagi.
Entah mengapa
Zafrina ni ramah pun aku tak tahu. Tapi
yang pasti, aku yakin dia perlukan pertolongan apatah lagi melihatkan tubuhnya
yang kian menggigil sedangkan hari masih agak hangat. Matahari masih ada biarpun waktu sudah
mengesot ke petang.
“Cik tak sihat
ke?”
Dia diam
lagi. Tapi, aku tak mahu berputus asa.
“Nam pa k
menggigil tubuh cik. Cik demam ni,” dugaku bila melihatkan simpton yang ada
padanya.
Dia menggeleng
pula kali ini. kali ini, aku beranikan
diri lagi mendekat pada dia dan bila jarak kami kurang dari semester, dia
bingkas bangun. Aku terkejut sendiri dan
memandang dia yang sedang merenungku tajam.
“Saya tak
demam. Jangan jaga tepi kain oran g!” tekan dia dan dia terus mahu berlalu tapi
sayang bila langkahnya pincang dan dia jatuh terduduk.
Cepat-cepat aku
bangkit dan membantu dia bangkit.
Pejalan kaki yang lain sekadar memandang dan bila aku memegang tangannya
yang sejuk bagaikan ketulan ais, mengertilah aku akan keadaannya bila
melihatkan hidungnya yang berair dengan rambut yang tidak berapa kemas serta
baju-T yang sedikit terlondeh di bahu kiri.
Ya Tuhan… semuda
inikah dia menjadi penagih? Getus hatiku
berbicara dengan Allah yang maha mengetahui.
Aku telan liur namun tangannya masih kemas menggenggam lengannya.
“Cik tak apa-apa
ke?” soalku dan dia menggeleng lalu
merentap tangannya agar lepas dari peganganku.
Aku membiarkan
saja. Aku tahu emosinya tidak stabil dan
hatiku memberat pada dia. Mahu membantu
dia kerana kurasakan dia masih belum terlajak jauh.
“Saya tak
apa-apa. Terima kasih,” ucap dia dan dia
terus bergegas pergi.
Aku tidak mampu
lagi menghalang namun aku yakin, gadis itu masih terlalu muda. Rasanya jauh lebih muda dariku tapi mengapa
begitu? Adakah dia mahu kembali ke Chow
Kit sana . Ke lorong-lorong gela p?
Saat ini, aku mula kembali pada ketentuan Allah. Berharap moga kami dipertemukan sekali lagi
dan saat itu, moga terbuka hatinya untuk menerima bantuan dariku yang tidak
seberapa ini.
“Astghfirullahhal’azim…” Aku beristighfar panjang sambil mengurut dada
dan bila berpaling, aku pula hampir terduduk melihatkan lelaki di depanku ini.
“Mengucap
panjang nampa k?” tegur dia dan aku menjarakkan kedudukan kami
yang rapat beberapa tapak ke belakang.
“Haih… you
ni. Itu bukan mengucap, itu
beristighfar. You ni buat I terkejut. Kalau pitam tadi, macam mana?” tegurku sedikit marah.
Dia sengih dan
menjuihkan bibirnya ke hospital. “HKL
kat sebelah ni je. Tak pun IJN sana . Dekat juga.
I dukung you pergi sana lah. Nak rawat tak reti sebab I bukan doktor. Kalau you lemas kat laut I tahulah nak buat
apa pada you.”
Kening Ziyad
terjongket tinggi. Eleh…aku
mencemik. Bukan aku tak tahu akan apa
yang bermain dalam kepalanya. Kalau
lemas pertolongan cemas yang utama ada CPR.
Ada hati
dia nak CPR dengan aku.
“Mind your own business, Encik Ziyad,”
ujarku mengingatkan dia usa h
melebihi garisan.
Seraya itu aku
menapak semula duduk di perhentian bas.
Lambat pulak teksi hari ini.
Kalau ada yang lalu pun mestilah penuh dengan penumpang dan aku malas
hendak naik bas sebab tak reti.
“And my business is you, Zafrina,” jawab
dia setelah dia juga melabuhkan duduk di sisiku.
Aku pandang dia
dan kereta Honda hitam itu silih berganti.
Lama aku amati pada cermin
depannya dan baru aku terkesan akan pelekat kenderaan tertulis Roy al Navy of Malaysia. Kemudian aku memandang dia sekilas.
“You rupanya,
Encik Ziyad dalam kereta tadi. I
ingatkan siapa.”
“Haruslah
I. I saja nak jemput you tapi tengok you
ralit sembang dengan minah pet tu tadi, risau I dibuatnya,” ujar Ziyad telus.
Aku pandang dia
tak berkelip. “Tak baik cakap dia minah
pet, Encik Ziyad.”
“Eh, memang
betul dia minah pet, kan ? Dunia sekarang ni, manusia mudah tewas dengan
nafsu…”
“You pun tak
kurang, Encik Ziyad,” sinisku dan aku ketawa sedikit.
Ziyad juga
sengih. Bagai langsung tak berkesan
dengan sindiranku. Dia bangkit dan
bersandar pada palang besi dan membuka cermin mata Ray Bannya. Matanya tunak memandang wajahku dan aku
seperti biasa, menala pandangan ke arah lain.
Tengok monorel lalu lalang kat laluan atas pun seronok juga dari pandang
wajah Ziyad.
“I tewas dengan
you je, Zafrina. Dengan perempuan lain
diorang yang tewas dengan I.” Menjawab
betul budak Ziyad ni.
Jadi, betullah
kata Zayed tentang Ziyad. Dia memang
kasanova nombor satu. Berapa lama berada
di lautan menghadap kerja-kerja, aku mengerti bila sesekali dia terlepas ke
daratan, perangai dia akan menggeletis lain macam.
“Sorry, Encik Ziyad. I tak makan kata-kata kasanova.”
Dan Ziyad,
ketawa lagi sekali. Aku pandang dia
pelik dan menggeleng lalu aku bangkit mahu berlalu. Sesekali aku pandang ke kiri dan ternyata,
gadis tadi masih menapak perlahan-lahan.
Dilanggar oran g
pun dia buat tak tahu. Ada ketika hampir jatuh dan aku sendiri
otomatik mahu terangkat tubuh.
“Don’t look at her, Rina.
Just look at me. She is nothing!” tegur Ziyad sambil menjeling ke arah gadis
yang berjalan terhuyung-hayang itu.
“Tak baik, Encik
Ziyad. She is something to me. As a
doctor, I care for those people like her.”
Aku mula rasa sedih bila Ziyad memandang dia sehina itu.
“Dia tu sampah
masyarakat…”
“Dan kitalah yang
perlu membersihkan sampah tu. Selagi
mampu kita kitar semula dan tidak mencemarkan bumi yang Allah bagi pinjam ni,”
cantasku mendatar.
Ziyad jongket
bahu dan mencebirkan bibirnya sedikit. “Whatever and…” Dia meleretkan kata.
“What are you doing here?”
“Course,” jawabku sambil mata masih
melihat pada dia yang semakin menjauh.
“What kind of course? Nak ambil speciality?”
Aku
menggeleng. “Kursus biasa-biasa
saja. Tak terfikir lagi nak ambil bidang
apa,” jawabku seraya berpaling bila teringatkan sesuatu yang meralatkan.
“And you…” Mataku terjegil pada Ziyad.
“Macam mana you
tahu I ada kat sini? You stalk I, ya?” tebakku tapi Ziyad ketawa seraya
menggeleng.
“Tak ada makna I
nak stalk. I nak tahu I tanya je. I call
hospital you then dia kata doktor
cantik manis dan tegas bern ama
Zafrina binti Zaini ada kursus dekat HKL dari jam berapa sampai jam
berapa. Sebab tu I kat sini. Nak ajak you balik.”
Huh, selamba
bomba je budak Ziyad ni siasat tentang jadual aku hari ni dan siap terpacak di
sini nak ajak aku balik.
“Toksahlah,
kejap lagi Zayed datang.” Aku membohongi
dia dan dalam hati berdoa moga Zayed punyai telepati denganku.
Dengarkanlah
suara hati ini wahai kau pemilih hatiku, Ahmad Zayed.
“Bukan Zayed
kerja malam ke?” tanya dia.
“Tak lah. Dia dah kerja siang. Sama dengan I,” jawabku.
“No wonder mama I ajak dia datang rumah
dia kata busy. Ajak datang malam penat pulak,” bebel Ziyad.
“Kenapa ajak dia
pergi rumah?” Tiba-tiba ada rasa ingin
tahu pulak.
“Sebab I nak
suruh dia confess dengan mama tentang
hubungan kita?”
“Kita?” Keningku berkerut.
“Ya kita. Us. You and me.
Ziyad and Zafrina. Doctor and
captain. Doesn’t it sounds good for us?” tanya Ziyad gatal.
Aku
mencemik. “I ada Zayed dalam hati…”
“And I ada you
dalam hati I,” cantas Ziyad tak reti bahasa.
Sudahnya aku
biarkan saja dan sudah bersedia hendak berlalu bila aku nampa k sebuah teksi dari kejauhan. Tapi, Ziyad menghalang.
“Come… let me send you home,” ajak dia
tapi aku menggeleng.
“I tak buat
apa-apa pun. Atau you nak ke mana-mana I
boleh hantar dan temankan. Siap pakej
angkut barang you sekali.” Dia menawar
diri tapi aku tetap menggeleng.
“Rina, please…,” rayu dia dan aku merengus
kasar.
“No.
You, please… don’t push me.”
Rasa nak hempuk saja kepala dia dengan fail putih ni.
“Please…”
“I tak
naklah!” Aku dah mula marah.
“Tapi, I nak,”
balas dia dan tersengih gatal.
“I mengadu
karang,” ugutku.
“Nak mengadu, I
adalah tempatnya. I kan penjaga keamanan negara. Nak-nak di perairan negara. Apa-apa hal, mengadu je dengan I,” balas
Ziyad.
Haih… kurang
reti bahasa Melayu gamaknya dia ni.
“You ni dulu
sekolah kat mana?” tanyaku lembut. Tersengih kejung.
“ATMA. Mesti Zayed dah beritahu, kan ?”
tebak dia.
Aku angguk dan
mengetuk kepala sendiri tanda terlupa.
“Latihan macam
mana yang you lalui, ya?”
“Macam-macam.”
“Ada tembak-tembak
tak?” soalku lagi.
Dia angguk
bangga. “Mestilah. Itu cabaran menjadi tentera di raja. Nak-nak kami
pernah pakai peluru hidup tau.”
Eleh… bangga
memang membanggakan. Tapi kalau perangai
kasanova macam ni, ini bukan membanggakan tapi mengjengkelkan.
“Kalau macam tu,
I rasa kepala you ni mesti ada peluru terlekat.
Sebab tu kurang sihat. Nak I operatekan, tak?” sinisku geram.
Ziyad duduk di
atas palang besi sambil ketawa lepas. Pelik
sungguh aku dengan lelaki spesis macam ni.
Kenapalah lain benar dia dengan Zayed.
“Kalau you nak operate, better you operate dada I terus.
Tengok apa hati I cakap tentang you.
Dengar apa yang hati I rasa pada
you,” ujarnya setelah tawanya reda.
Aku ketap bibir
dan bila mahu berlalu Ziyad menahan sekali lagi. Aku mengeluh berat.
“I am not for
you, Encik Ziyad. I dengan sepupu you
dah nak kahwin pun…”
“Tapi belum
lagi, kan ?”
Aku angguk. “Tapi, you mestilah doakan untuk kebahagian
kami kalau betul you sukakan I. you
mesti nak lihat Zayed bahagia, kan ?” dugaku.
Tapi, Ziyad
selamba menggeleng. “Bahagia kami
masing-masing. Siapa cepat dia
dapatlah…”
“Dah aku dah
dapat dulu dari kau, Ziyad. Aku dapatkan
dengan kasih sayang Tuhan bukan macam kau, nak menang je. Jangan sampai aku tumbuk kau kat sini, kau
koma dua tahun dalam HKL sana . Baru kau tahu siapa aku!”
Aku terkejut
bila ada suara menegur. Bila aku kalih,
mata dia merah dan aku lihat keretanya.
Entah bila ada di situ aku tak tahu.
Yang pasti telapati kami menjadi dan aku terus menapak duduk di
belakangnya. Ziyad sengih dan Zayed
herotkan senyuman.
~~> bersambung
pergh!! zayed jd hero.. ziyad ni x reti bahase ker? menyampah ngan dier..
ReplyDeletemalam ni nk mimpi zayed la. thanks kak sbb update :)
suwett...macam tu la Zayed...br nmpk manly!!
ReplyDeletemuahaha.. go Zayed go
ReplyDeleteaduh...sengal betul la ziyad ni. annoying la pulak rasanya. masa baca IAM tak la pulak rasa si Mkhail tu annoying tapi Ziyad ni...eeee.... memang x suka dgn dia la. Cik writer, jgn ada twist twist hero kat mana-mana ya...
ReplyDeletegrrrrr geramnya ngan ziyad, nak rina ngan zayed je.
ReplyDeletetumbuk la betoi2.. biaq betui sikit kepala otak Ziyad yang mereng tu...dalam islam pun cakap x boleh kacau tunang orang.. selamba badak sumbu je dia nak potong line.. hang khutbah sikit kat Ziyad ni Rehan...
ReplyDeleteZiyaddddddd. hehehehe... he's cute, romantic and handsome mybe... hehe.. kak RM, ske tgk watak ziyadddd... rse mcm jtuh cinte dgn ziyad lak.... tp kn i rse, ziyad tu bkn skadar 'iklan' but mybe dye akn mnjdik seseorg yg pnting bg Rina... hehe.. tp klo rina dh bhge dgn zayed.. hope kekal ever after...
ReplyDeleteyes!yes!yes! zayed vs ziyad ....1 - 0.....
ReplyDeletehambik ko captian america!!!! poyo baget bagus la tue!!!! nyampah.....
ReplyDeletego zayed go zayed...swettt...tggu pe jadi.....
ReplyDeletewoah!!!! mr jealousy suda mali...... hehehhehe.... mati la ziyad hehehhe... kn x pasal2 zayed da mrah... :D... thanks kak rehan
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
wargh!! jatuh cinta pada captain Ziyad!!!
ReplyDeleteLIKED
DeleteZiyad... suka watak tu...
Delete- ziyad kalo berpendirian tak perlu bertemankan zayed untuk terangkan ngan parent pasal jodoh dia... cuba berdiri atas kaki sendiri...
- zayed dah ada pesaing baru kelam kabut nak ikat rina... cian rina... terus terang tu penting dalam perhubungan...
- overall, tahniah kak Rehan, SAM sebuah cite yang menarik dan berjaya meledakan emosi pelbagai perisa terhadap watak-watak dalam SAM. tahniah.
Eii, sakit betul hati dgn Ziyad ni. Tak faham bahasa ke Rina taknak dekat kau! Ish kak Rehan, kalau kak Rehan buat Rina dgn Ziyad, sy taknak baca blog kak Rehan dah! *ayat-emo-dgn-Ziyad* bencilah Ziyad ni! :p anyway, thanks kak Rehan and tolong selalu update ya my lovely sister, please please please, thankyou and goodjob! :D
ReplyDeletewalaupun ada gaya twist antara yad & yid nie...
ReplyDeletehopefully akhirnya happy ending with yid.
even yid bertindak bila rasa tercabar dan dicabar.at least better late then never kan? =)
waitig for the next one
RM nk pilih ziyad ke zayed ke...xpe...I still akn baca SAM...and semua karya RM... Terbaekkkk....
ReplyDeleteTak berani lak nak kena samada Zafrina will ends up with whom.... Sbb RM mmg terrorist utk twistkan jln cerita.... Dgn sentuhan jari-jemari, kang alih2 jer, kasih sayang Zafrina berubah drp Zayed kpd Ziyad. Hehehe.... May the best man wins....
ReplyDeleteNak lagi.....
"kena" should be "teka" instead... What's wrong wz u, fingers?... Hahahaha.... poor eye and hand coordination... Hahahaha....
Deletehero Rina sampai tepat pd waktunya keke,.kawen la cpt2 korang weh, aman ckit idop rina x kena kaco ngan Ziyad keke,.
ReplyDelete-biena-
ahhahah best gila kot . ziyad ni mulut dia mmg takde insuran langsung . zayed , mcm tu la , baru rina suka hahahaha
ReplyDeletebest man win...ziyad nk win cam ner hati rina dh berpunye...cari lh lain tk baik tau ganggu org nyer...
ReplyDeleteRehan, I perasan u suka buat scene kat bus stop. SAM & IAM Ada scene kt bus stop. Kenapa ya? Rasanya u suka observe org lepak kt bus stop.
ReplyDeleteSpeaking of telepathy, reminds me to X-men! Haha... I love X-MEN too. But I like SAM more!
Sekali hero datang daaa....haha padan muka ziyad...
ReplyDelete-ieja-
Cepatle zayed dn zafrina nikah...x suka ziyad kacau. btahu je pd mak ziyad otak anak dia mereng.
ReplyDeleteeeiii sib baik zayed smpi..nyampah plak ngan ziyad ni..hehhe
ReplyDeleteRehan....kenapa saya rasa Ziyad punya aura lebih kuat compared to Zayed.
ReplyDeletehehehe....my man
ReplyDeleteperghhhh....hero sudah mari...next n3 plz...
ReplyDeleteLIKE1000X..
ReplyDeleteHuhuhu...mcm tue lh bru real..telepati tue..mmg best. luv zayed & rina..ziyad plz behave yourself...hehehe
ReplyDeletewahhh... ganasnya hero
ReplyDeletetakut la kalo last2 zafrina dgn ziyad, RM nie unexpected tp zayed is the best=)
ReplyDeleteZayed memang Hero Rina betul.... Tahu ja bila Rian ada masalah dengan si mamat 3suku tu.... kalau macam ni kak sue pun takut dengan Ziyad .... Baik kahwin cepat ...
ReplyDeleteYea! !! Chaiyok Zayed! !! Tumbuk jer cousin ko yg x gentleman tuh...geramnye tgk si ziyad. Nape cedera ringan jer masa xcident? Nape x bg dia koma jer sampai rina n zayed slamat nikah? Buat susah org jer
ReplyDeleteAlamak!! Zayed dah HOT!!!!
ReplyDeletenasib baik zayed dtg tepat pd ms...ssh btul ckap dgn ziyad yg x faham bahasa ni..argh...emo tetiba..
ReplyDeleteHero malaya dah mai dah. Padan muka Ziyad, kasanova konon. Sampaikan hak sepupu sendiri pun nak dicantas juga. Mmg tak berhati perut!
ReplyDeletearghhhhhh....nak zayed gakkkk......nyampah dgn ziyad...owh plsss....go away captain!!!!!!
ReplyDeletesenget nye ziyad...suke kat zayed n rina....love him damn much...hahahaha....tp klau ziyad xde sape pyer,pass kat sy k...hehehehe -mira-
ReplyDeletearghhhh menyibuk jer ziyad ni nasib baik ada zayed...hehehe suke suke suke....
ReplyDeleteAbg hero dah sampai!!!! next entry please...
ReplyDeleteahahahaaa..wow seme suka zayed ehh...kaka suka jantan kerek mcm ziyad...walaupon player mulut manis but sgt macho...
ReplyDeletekak nora,kite suke jugak dgn ziyad...gentlemen n hensem...captain lg...huahuha.... - mira-
ReplyDeleteKarya RM selalu buat kak tak senang duduk la...cemana ni..kejap Ziyad, then Zayed. Kalu Ziyad tak wujud, mcm versi Zayed agak lembap sket kan...bila timbul, udah mcm melibang libukan jiwa....
ReplyDeleteApa2 pun...terimakaseh utk n3 ini dan sila teruskan....Mikhail & Alai bila bley dpt versi cetak...
~ Kak Aminah
Oh zayed..panjang umur..mmg hbt telepati ngan rina tu..
ReplyDeleteziyad yg xfhm bhsa.ziyad yg xth adab.ziyad yg sngt2 merimaskan.Rina,dugaan time2 gini mmg makin kuat.zayed n rina kena hdpi dgn penuh kewarasan n kesabarn.
ReplyDeleteoh, my hero!!!!!!!!!!!
ReplyDelete