BAB 12
WAJAH Zayed
tidak beriak. Aku menjeling dia sisi yang nampak tenang tapi siapa tahu gelodak
di dalam dadanya yang mungkin sedang dilanda gelora menahan marah pada Ziyad
tadi.
Setelah Zayed
bersuara, Ziyad nampak menikus. Dia jongketkan kening pada kami dan berlalu
tapi sempat lagi bersuara.
“See you next time, angle. You need to know
this… I am not a quitter,” pesan Ziyad tadi sambil mengenyit mata dan
menepuk bahu Zayed.
Zayed kepal
penumpuk dan aku mengucap panjang. Takut juga bila sabar Zayed tercabar, boleh
jadi tersungkur budak Ziyad ni tapi bila aku terdengar Zayed beristighfar, aku
hela nafas lega.
“Are you okay?” soalku memecahkan hening.
Dia berpaling
sedikit dan mengangguk. “Yes, I’m okay.
How about you?”
Aku juga
menggeleng. “Me too. Just fine. Macam
mana Zayed boleh ada kat sini? Dah habis kerja ke?”
“Dah habis.
Mujur hari ni tak busy sangat. Nak kata boleh ada, Zayed tak tahu. Apa yang
pasti tadi Zayed benar-benar terpanggil nak jemput Rina. Rasa macam ada yang
tak kena dan bila dari jauh nampak Integra milik Ziyad, Zayed rasa menyesal…”
“Erk… menyesal
kenapa? Sebab tengok Rina dengan Ziyad ke? Sumpah Rina tak tahu…”
“Bukanlah. Don't get me wrong.” Dia senyum mengerti
dengan apa yang ingin aku katakan.
“Zayed rasa
menyesal je tak bawa bedozer ke, kren ke…”
“Nak buat apa
dengan jentera berat tu?”
Zayed sengih
jahat. “Nak hempuk kereta kesayangan Ziyad tu dan angkut dia campak dalam
Sungai Klang. Ada hati nak ngorat bakal bini sepupu sendiri. Haish...”
Aku senyum dan
ketawa halus. Lucu juga Zayed ni. Ada ke niat dia macam tu. Kotnya dia pandai
bawa jentera tu.
“Luculah awak
ni,” selaku.
Dia sengih.
“Rina pun lucu jugak.”
“Apa yang
melucukan dekat Rina…”
“Lucu bila nampak
air muka Rina bengang dengan Ziyad. Tak pernah Zayed tengok air muka Rina macam
tu,” ujarnya.
Aku berdehem
beberapa kali. “Nak kena juga ke?”
Dia menggeleng
pantas dan ketawa. “Cukup-cukuplah Ziyad yang kena. Zayed nak wajah manja Rina
temani hari-hari Zayed sekarang dan selamanya… insya-Allah.” Dia sengih lagi.
Aku menggariskan
senyuman pada dia dan kereta Zayed terus bergerak perlahan apabila melalui
Bulatan Pahang. Jammed teruk. Bila aku kalih ke sisi kiri dan memandang ke luar
cermin, aku ternampak gadis tadi duduk di bawah jambatan. Duduk memeluk
tubuhnya erat dan aku terus memandang Zayed.
“Perempuan
tadi,” beritahuku dan Zayed nampak terlopong.
“Perempuan
mana?” Wajah itu berkerut dan dia memanjangkan leher mengintai gadis itu juga.
“Nampak tak?
Yang bawah fly-over tu?”
Zayed mengangguk.
“Siapa? Rina kenal ke?”
“Tak..” Aku
menggeleng. “Tapi teringin nak kenal dia.”
“Looks like she’s a drug addict, isn’t she?”
duga Zayed.
Aku angguk dan
memandang Zayed dengan wajah sebu. “I
feel pity on her.
Sepatutnya Rina
bantu dia, kan? Rina nampak dia masih boleh diselamatkan.”
Zayed melepaskan keluhan tipis dan tersenyum manis sementera kereta tak bergerak langsung ni.
Zayed melepaskan keluhan tipis dan tersenyum manis sementera kereta tak bergerak langsung ni.
“Rina
betul-betul ada sekeping hati yang baik. Padanlah Ziyad tak sudah-sudah dok
kejar Rina biarpun Rina menolak. Tapi lelaki macam Ziyad tu biasalah… selagi
tak dapat, selagi tu takkan puas hati.”
Aku kerutkan
kening. Ini sudah berubah topik. Bila masa aku berbicara tentang Ziyad ni?
“You are changing the topic,” tegurku dan
Zayed tersenyum malu.
“I know. Masih rasa jengkel dengan dia.
Okey-okey, berbalik pada perempuan tu tadi.
Zayed tahu Rina ada hati yang
baik. Terbukti dah. Tinggal masa je untuk Zayed kenal Rina lebih dalam lagi
luar dan dalam…” Bicara Zayed mati di situ dan dia tersengih nakal.
“Tapi, macam
mana Rina nak tolong dia?”
“Kita pujuk dia
masuk pusat pemulihan dan berikan dia kesedaran,” jawabku yakin.
“Do you think it will be that easy,
sayang?”
Huh… meremang
seluruh tubuhku bila buat pertama kali Zayed memanggilku sayang. Rasa kepalaku
sudah mencecah bumbung keretanya. *pitam dua minit*
“Err… Rina… Rina…”
Sudah… aku dah mula gagap.
“It’s not that easy, Zafrina. Berapa
ramai penagih yang keluar masuk pusat
pemulihan? Berapa ramai yang
bertaubat masa tak dapat benda jahanam tu dan lupa dunia
bila dapat biarpun satu tiub
kecil tu je? Hrmm…?”
“Tapi, Rina
yakin dia mampu sembuh…”
“Keyakinan kita
tak cukup, sayang. Kena keyakinan penagih tu sendiri. Kita sekadar membantu
tapi sejauh mana kita nak bantu kalau mereka yang tolak bantuan kita?”
Aku kehilangan
kata. Kalah berhujah dengan Zayed. Namun dalam hatiku, aku yakin gadis itu
pasti mampu berubah. Melihatkan caranya, aku yakin dia punyai ilmu. Pasti
seorang mahasiswa yang tergelincir dari landasan dan selagi lagi aku bermohon moga
Allah temukan kami lagi pada waktu yang tepat dan tempat yang sesuai.
KAMI sama-sama
berjalan ke Semua House setelah Zayed memarkirkan keretanya di tempat letak
kereta basement Maju Junction Mall. Ramai orang sudah mula meninggalkan kota
mahu pulang ke rumah setelah seharian bekerja dan kami terpaksa menggunakan
waktu yang terluang untuk mencari segala keperluan kami.
“Apa yang Rina
nak beli kat sini?” tanya Zayed kala kami menjejakkan kaki ke dalam bangunan
Semua House.
“Kita naik
tingkat empat. Rina nak ke Sayang You. Kat sana banyak jual kelengkapan untuk
perkahwinan. Mama kata nak mudah beli tray besi yang tiga serangkai tu. Mudah
untuk isi barang hantaran,” beritahuku dan Zayed mengangguk.
Punat lif aku
tekan dan bila pintu lif ternganga, kami sama-sama masuk ke dalam lif. Bila
kami tiba di tingkat empat, langkah kaki terus menuju ke arah pintu gerbang
yang dibuat daripada bunga-bunga ros putih dan merah menandakan Sayang You
sedang menanti kehadiran kami.
“Wow… cantik,”
puji Zayed kagum.
Aku jongketkan
kening. “Kita nanti tak ada macam ni…”
“Why not? Kita
buat kalau Rina nak…”
Aku menggeleng.
“Rina tak nak. Kita buat biasa-biasa je. Yang penting…”
“Akad nikah dan
kita sah,” sambung Zayed.
Setelah itu kami
masuk ke dalam dan suasana agak lengang. Yang ada hanya beberapa orang pekerja
saja yang tersenyum menyambut kehadiran kami.
“Cik nak cari
apa?” tanya salah seorangnya.
“Emm… dulang
besi. Biasa ada berapa satu set, ya?” tanyaku.
Dia senyum
sebelum menjawab. “Tengok pada jenis jugak, cik. Biasanya customer ambil yang dalam harga kurang dari RM50. Satu set tu ada
dalam tiga tray dengan tiga saiz
berlainan. Biasanya customer ambil
dua set dah cukup,” terang dia dan aku mengangguk tanda faham.
Zayed di sebelah
kujeling seketika. Bertanya dalam diam akan persetujuan dia. Okey ke K.O?
“Rina berkenan
yang macam tu ke?”
Aku jongket
bahu. “Entah… tapi mama pesan suruh beli yang macam tu je.”
“Tak susahkan
mama ke nanti?” Zayed menyoal lagi. Nampak sedikit risau.
Barangkali
berniat baik. Tak nak susahkan mamaku.
“Susahkan
jugaklah kot. Sebab mama kata nak buat sendiri. Rina takut tak sempat nak
menolong je. Kak Anaresa dalam pantang. Kak Haqmi pun sibuk dengan kuliah.
Entah bila-bila masa boleh bersalin,” ujarku sambil melilau ke sekeliling
kedai. Besar jugak Sayang You ni.
“Kalau macam tu,
kita beli yang dah siap jelah. Macam mana?” Zayed melahirkan pendapatnya. Tapi
tak sempat aku bersuara, dia beralih pada cik jurujual tersebut.
“Ada tak cik,
yang dah siap? Kira cash and carry
la. Balik rumah terus boleh pakai je.”
Amboi… nak mudah
saja dia. Macam tak menyempat pun ada. Ejek hatiku tapi aku senyum saja. Kalau
itu yang menyenangkan mama, aku juga mahu berikan apa saja.
“Ada-ada.” Dia
mengangguk. “Tapi…”
Kami memandang
pekerja Sayang You lama menanti kata-katanya. Wajahnya nampak berkerut sedikit.
“Yang dah siap
tu mahal, encik… cik. Paling murah dalam harga RM500 lebih dan itupun untuk
lima atau tujuh dulang je. Kalau lebih harga pun lain tapi kualiti dijaminlah
dan tahap cantik tu, rasanya pasti cik puas hati,” ujar cik kecil depan kami
ni.
Aku pandang
Zayed dan Zayed senyum. Itu rupanya yang jurujual ni risaukan. Barangkali
nampak aku dan Zayed biasa saja dalam pakaian separuh formal. Dengan Zayed
melipat lengan kemejanya melepasi siku. Tie
entah ke mana. Butang kemeja terbuka dua dan aku pula hanya mengenakan baju
kurung biasa dari kain kapas dan juga selendang yang sangat-sangat biasa.
“Soal harga, tak
ada hal. Kalau awak kata dijamin cantik dan puas hati, berapa pun saya bayar,”
ucap Zayed meyakinkan jurujual tersebut.
Dia angguk dan
terus membawa kami ke sebelah kiri Sayang You. Bila sampai di situ, ada satu
ruangan khas yang sememangnya khusus untuk barang yang dicakapkan tadi. Mataku
membulat. Ada dari pelbagai jenis warna dan cara gubahan. Yang pastinya memang
memuaskan hati dan nampak sangat cantik dan sempurna bila mendapat sentuhan
pakar.
Aku kerling pada
seorang gadis berbangsa Cina yang kusyuk menyiapkan hiasan pada keliling polistrena
berbentuk bulat itu. Kemudian aku pandang pula tempat letak hantaran yang sudah
siap. Rasanya hanya dari polisterena juga tapi hasilnya sangat-sangat
mengagumkan.
“Cantik yang
ni,” pujiku seraya menuding ibu jari pada satu set yang berwarna ungu gelap dan
putih. Satu kombinasi warna yang sangat menarik. Bertingkat-tingkat susunan
polistrenanya.
Zayed angguk
menyetujui. “Sangat cantik. Tapi, cantik lagi Zafrina…”
“Eh…” Aku
pandang Zayed. “Sampai hati nak samakan Rina dengan barang?”
Muncungku keluar
satu sentimeter.
“Sebab Rina
adalah anugerah yang tercantik untuk Zayedlah Zayed rasa hal-hal lain itu dah
biasa je. Barangkali Rina rasa barang tu cantik, tapi pada Zayed Rinalah yang
paling cantik,” ujar dia lagi.
Aku ketap bibir
mahu ketawa. Tapi, bila aku memandang gadis tadi dan bila dia juga tersenyum,
aku tak jadi ketawa. Malu pula bertandang. Gadis Cina tadi bangkit.
“Yang tu dah
ditempah oleh Datin,” beritahu dia.
“La… ya ke? Tak
ada rezeki kitalah, Zayed.”
“Tak apa. Yang
lain banyak lagi. Pada Zayed kan… yang putih mutiara dengan kesan warna merah
hati tu lagi cantik.”
Dia memegang
bahuku sedikit dan memuncungkan bibir pada satu set yang lain dan bila mataku
tertancap padanya, ternyata hatiku terjatuh di situ. Benar kata Zayed. Kesan
merah terang dan putih mutiara itu memberikan satu kombinasi warna yang
mengghairahkan.
“Berkenan tak?”
Aku angguk
pantas.
“Okay then… Cik,
kami ambil warna tu. Dan satu set lagi…” Mata Zayed melilau.
Akhirnya dia
senyum.
“Ambil warna
hitam putih tu.”
Spontan aku
menepuk bahuku kuat. “Warna orang berkabung.”
Zayed gelak.
“Hitam itu menawan… seperti mana Rina yang menawan hati Zayed dan putih itu
suci seperti mana…” Kata-kata Zayed terhenti biarpun aku mahu dia meneruskan
kata.
Lama aku menanti
tapi Zayed membiarkan saja. Ditelannya kata-kata tadi sendiri dan aku hanya
mampu memandang dia dan mengerti bila wajahnya mula memerah.
“Suci seperti mana
nilai sebuah perkahwinan,” sambungku melencong ke lain biarpun aku yakin apa
yang hampir tergelincir dari bibir Zayed.
Dia ketawa
kecil. “I seronok bila I sayang you…”
“Sorry?” Aku rasa pelik pula dengan
kata-kata Zayed.
“Eh… seronok
juga beli barang kat Sayang You ni, ya? Rina tahu tak kenapa dia bagi nama
kedai ni Sayang You?” Tiba-tiba dia buat muka teruja dan aku tersenyum bahagia.
Mengerti dengan
sikapnya yang sangat berahsia akan kisah hati.
“Nak tahu sebab
dia?”
Zayed angguk.
“Sebab orang nak
kahwin ni, nak mulakan hidup berdua ni dia akan saling sayang. Saling cinta.
Saling cakap, I sayang you. Tak macam orang tu,” tukasku sinis lantas aku
berlalu ke kaunter dan bila aku menjeling dengan ekor mata, aku lihat Zayed
senyum dan menggaru kepalanya.
Nampak comel
sungguh dia. dan aku, terus tersenyum menikmati musim bunga kering dalam kedai
Sayang You ni. Setidak-tidaknya ada juga bunga. Bunga yang tak akan layu.
~~> bersambung
Ala...rasa x sedap ati la plak bila zayed pilih colour tu...tolong! !! tolong lega kan rasa hati saya yg tak sedap nih!!!
ReplyDeleteSame goes to me :/
Deleteme too... hope everything just fine..
Deleteterbaik1
ReplyDeleteAwal kak rehan post kali ni!slalu mlm skit br !dpt!gram dgn zayed!
ReplyDeletebessttttt....
ReplyDeletememang sentiasa tension je baca selagi tak tahu mcm mana kisahnya Rina dan Zayed ni. penderaan perasaan sungguh la , tapi still dok tertunggu-tunggu n3 yg baru setiap hari
ReplyDeleteaduhhhh...asl mcm btol2 rasa tk sedap ati nih sis bler baca n3 kali ni...there is sumthing gonna be wrong wth zayed kah???btol2 nnt ad mjlis len slain akad nikah kah???aduhhh...da ter swing mood nk wat keje haa...
ReplyDeleterehan...semacam je n3 kali ni...zayed accident + meninggal dan rina akan kawin dgn ziyad....
ReplyDeletechoi..
DeleteIsh, saya tak sedap hati betullah dgn Zayed ni. Kak Rehan tolonglah, janganlah apa apa jadi dekat Zayed dgn Rina. Bagilah diaorg kahwin, please jangan buat ayat ayat sentap centu. Haihh tak tidur malam lah macam ni :( anyway, goodjob kak Rehan! Thankyou and selalu update ya, malam ni bg lagi satu pun best jugak. Tak senang duduk ni. Hehe
ReplyDeleteSweet..
ReplyDeletebest2...
ReplyDeleteJangan sekali2....matikan hero.....dia...buat sakit jantung aje....hehe....
ReplyDeletealahhh tak pe...dun wory lah... abg ziyad kan ada sanggup jadi bidan terjun ke terjun payung ke demi tuk rina...ekekekeee...mampuih haku kena c4 ngan fan2 zayed neh...
ReplyDeletetau x pe... :)
DeleteSerius cakap, kalau saya kahwin nanti, insyaAllah, saya nak buat tema hitam putih. Tak semestinya warna tu utk orang berkabung and nampak lain dari yang lain :)
ReplyDeletejgn matikan Zayed cik Rehan keke,.nk en3 lg hehe
ReplyDelete-biena-
Janganlah ada apa-apa jadi kt Zayed... nak Rina dengan Zayed juga.... so sweet mereka berdua....
ReplyDeletekembang hati membaca n3 nie..hehehe.. swet swet
ReplyDeleteDup dap dup dap plak bc entry kali nih..warna berkabung..huhu jgn la.. anyway..n3 ttp best..
ReplyDeleteso sweet.tp knape zayed pilih itam putih..oh..jgn la diaorg x jd kawen...
ReplyDeleteaah lah..rse x sedap hati skrg ni..hurm
ReplyDeletehehehehe.. Zayed comel... ^_^.. haih... Zayed nie x sdap ati btol la.. jgn buat bnda gler da la nnti... thanks kak rehan
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
huhuhu hrp2 xde pape kejadian yg x elok kt zayed.
ReplyDeletealamak, but i vote for ziyad..sb rasa cm zayed nih tercabar je ngn cousin sendiri..zafrine kenapa nk rushing2 sgt kawin xnk wat ke majlis yg meriah ckit..
ReplyDeleteWah zayed dah tunjuk taring...
ReplyDelete-ieja
nice...
ReplyDeletea note though
bidadari = angel bukan angle...yang tu sudut :)
huhu...sweet....
ReplyDeletesweet sangat... klu nak dua2 blh x? Zayed n Ziyad...hehehe
ReplyDeletemakin baca makin trsenyum lebar dgn tingkah zayed.betapa matang seorg zayed dlm mengawal perasaan sbg llki.hrp2 semua ok.
ReplyDeletehitam n putih??? sgt x sesuai ngan wedding...
ReplyDelete