Wednesday, November 21, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 13


BAB 13

MAMA sibuk di rumah.  Persis lipas kudung  yang nak berjalan cepat sedangkan tak cukup kaki tangan.  Lama aku perhatikan mama dan aku kalih pada abah yang duduk bersantai lepas balik dari masjid tadi.

“Kesian pulak Rina tengok mama tu, bah?” 
Abah buka cermin matanya dan melipat kitab tafsir yang dia pegang sebelum menoleh pada mama yang sedang membelek barang yang aku beli beberapa hari sudah daripada Semua House.
“Biarlah dia… bukan Rina tak tawakan nak pakai perunding je.  Dah mama ghairah nak buat sendiri untuk anak dara dia.  Tak ada apalah tu,” sela abah senang.
Aku melepaskan keluhan kecil dan bangkit menuju ke arah mama tapi tak sempat aku sampai pada dia, dua orang kakak iparku terlebih dahulu mendekat pada mama dari dapur.  Tiba-tiba je keluar. 
“Banyak nak kena buat, ma?”  soal kak long. 
“Mie dah mula cuti lusa.  Nanti Mie tolong mama, ya?”  tokok kak ngah pula. 
Baik sungguh koleksi  menantu mama ni dan tambah lagi seorang menanti yang juga baik dan comel. 
“Toksahlah, Resa.  Kamu tu  baru je habis pantang.  Mie pulak dah menghitung hari.  Terberanak nanti, macam mana?”
“Alaa… kita kan bakal ada dua orang doktor, ma,” jawab kak ngah sambil menjeling ke arahku yang sudah melabuhkan duduk di sisi mama.
Mama senyum dan aku jegilkan mata pada mereka berdua dan mereka hanya ketawa lalu menarik plastik sebesar alam tu. 
“Semua ready made ke?”  soal kak long.
Aku angguk.
“Itulah… mama suruh beli yang biasa tu je.  Nanti mama riaslah sikit.  Ini dia belinya yang dah siap.  entah berapalah harga cantik macam ni.”  Mama menggeleng dan membelek koleksi tapak hantaran yang dah siap itu.
“Berapa, Rina?”  soal kak ngah sambil melunjurkan kakinya. 
“Dalam seribu lebih jugaklah.”
“Membazir je,” cemik mama.
Aku ketawa.  “Rina pun rasa membazir tapi Doktor Zayed cakap, biarlah.  Untuk kali ini je.  Tak berhabis untuk  bakal isteri, untuk siapa lagi.”
“Waaa… romantiknya,” puji kak ngah dan kebetulan pula suaminya baru saja duduk di sisi. 
“Romantiklah sangat,” cemik angah padaku.
“Romantiklah daripada abang tu… siap minta along sponsor lagi wedding kita dulu,” ungkit kak ngah dan angah ketawa.
“Bukan semua… sikit je.  Lagipun, along dah janji masa tu.  apa salahnya dia berhabis sikit untuk adik lelaki dia ni…”
“Emm… sekarang ni berhabis untuk adik perempuan pulak.” 
Entah dari mana, suara along pula bergema.  Dia menjeling pada kami dan duduk di sisi abah yang sedang menonton televisyen.
“Abang tu… itu pun nak berkira.  Abang ada adik perempuan sorang je tau,” ujar kak long membela aku. 
Dan aku, gelak sakan.  Mama hanya senyum sambil terus membelek  barangan itu lagi.  Angah sudah mengekek dan abah juga sama. 
Aku pandang along yang sedang menonton National Geoghrapic.  Rambutnya masih kemas.  Cuma tubuhnya sedikit berisi hendak dibandingkan dengan dulu dan bila aku kalih pada isterinya, wanita ini nampak lebih tua daripadaku.  Barangkali kematangan dan pengalamannya menjadi ibu menjadi dia nampak berusia sedangkan akulah yang lebih tua dari dia. 
“Seronok tak jadi isteri?”  Tiba-tiba ringan lidahku menyoal kak long dan kak ngah. 
Mama terhenti daripada terus membelek barang tadi.  Tiga pasang mata itu sekali harung memandang aku dan aku hanya mampu tersengih.
Kak long angguk.  Kak ngah juga. 
“Kak ngah terlambat rasa sebab nak kejar cita-cita…”
“Dan kak long pulak, biarpun awal-awal dah rasa macam mana jadi seorang isteri, kak long tak pernah kesal.”  Dia menjeling suaminya dan seperti berbicara dengan hati, along juga berpaling dan mengenyit mata pada isterinya.  Waaa, dan aku… jealous.
“… biarpun hanya jadi surirumah sekarang,” sambung kak long penuh keyakinan.
Aku angguk dan mengesot mendekat pada kedua-duanya.  Perlahan-lahan aku paut bahu mereka dan memeluk erat.  Pipi kak long dan kak ngah menjadi mangsa bibirku tapi tak lama bila Zara Auni dan Zara Aina berlari-lari turun dari atas. 
“Aina sampai dulu…” jerit Aina.
“Mana ada… kena sentuh papa dulu,” jawab si Auni pula tapi lepas tu mereka diam bila along bangkit bercekak pinggang.
“Papa pesan jangan berlari turun tangga.  Tergolek karang!”  Bulat mata along dan kedua-dua kembar tahunya menikus. 
Dua-dua tunduk dan mengangguk.  Langkah mereka mula sopan dan kami hanya tersenyum senang melihatkan kemeriahan keluarga kami.  Kala ini, aku nampak Zayed duduk bersembang dengan along dan abah.  Mesra dan sangat rapat.  Waktu itu akan tiba.  Akan hadir juga dengan izin Allah yang maha Esa. 
Aku naik ke bilik dan kebetulan telefonku menjerit nyaring.  Pantas aku menjawabnya bila nama Zayed tertera.
“Macam mana?  Mama suka?”  tanya dia.
“Suka je tapi dia kata kita membazir.”
“Zayed kerja penat-penat untuk kebahagian mama dan ayah Zayed dan tak lama lagi hanya untuk Rina dan bakal anak-anak kita.”
“Kita?”  dugaku.  Malu pula bila Zayed sebutkan soal anak.
“Kitalah.  Anak yang beribukan Zafrina binti Zaini dan berbapakan Ahmad Zayed bin Zakaria,” jawab dia lembut.
“Amboi sekarang… lembut gigi dari lidah, ya?”  sindirku. 
Tapi sungguh, jika dulu haram nak berbicara seperti ini dan aku yakin, dia sedikit demi sedikit menunjukkan rasa hatinya padaku dalam cara yang aku sendiri hanya mampu tersenyum menerimanya.
“Eh, bila masa Rina rasa gigi Zayed?  Tak pun bila masa Rina sempat rasa lidah Zayed ni?”  Dia ketawa lepas setelah mengenakanku.
“Amboi… bicara bahasa kunyit, ya?”
“Belajar sikit-sikit.”
“Bukan sekarang nak belajar benda tu semua,” selaku.
Dia ketawa lagi.  “Habis tu bila?”
“Tunggu dah kahwin nantilah…”
“Owh tidak… dah kahwin nanti, orang tak belajar dah… Zayed terus praktikal je.”
Aku tahan sesak nafas.  Termalu sendiri dengan usikan Zayed ni. 
“Eh, dah malam la… Rina nak tidurlah.  You too… sweet dream,” ujarku dan tak sempat nak putuskan talian, Zayed memanggil.
“Zayed tak romantik macam Ziyad tapi untuk Rina, Zayed akan belajar jadi romantik,” beritahu dia.
Aku sengih kecil.  “Tak perlu pun.  Zayed dah sedia romantik dengan cara Zayed sendiri.  Lepas kahwin nanti boleh nak romantik lebih-lebih.”
“Kalau lepas kahwin, Zayed tak nak jadi romantik..”
“Dah tu… nak jadi apa?”
“Nak jadi papa cepat,” jawab dia dan aku mengertilah akan apa yang bermain di fikirannya kini.
“Rina rasa Zayed letih ni… itu yang meraban ni. Dah pergi tidur sana…,” suruhku tapi dia tak mahu pulak.
“Kita tunggu dan lihat.  Siapa lebih romantik dari siapa, ya?  You or me?” 
Of course me…,” jawabku yakin.
Okay then… jangan terlalu yakin.  Takut terkedu, terkelu, terkaku nanti,” pesan dia sedikit sinis. 
Eleh… macam ada senjata rahsia la pulak.  “Ada rahsia ke?”
“Yeah… tapi tak boleh bagi tahu sekarang.  Tunggu masa tu sampai,” jawab dia. 
Aku ketawa lagi.  Zayed… Zayed… kadang-kadang aku rasa dia lagi menakutkan dari Ziyad. 
Nite, sayang you…,” ucap dia spontan lalu dia matikan talian.
Dan aku… kelu.  Sayang you?  Kedai Sayang You ke apa?  Zayed ni bukan boleh ambil kira kalau bab-bab bersayang-mayang ni.  Haih…



HARI INI bermula hari baru lagi.  Seperti biasa, tugas kepada masyarakat aku galas dengan semangat baru.  Biarpun keletihan semalam belum lagi reda tapi semangat baru tetap ada. 
Kehidupan sebagai seorang doktor macam kami, beginilah.  Langsung kesuntukan masa tapi hari ini, ada satu berita yang menyenangkan hati.  Cuti diluluskan dan bukan seminggu tapi dua… bukan dua minggu tapi dua hari.  Aku mengeluh.  Tak jadi nak seronok. 
“Doktor,” tegur Mia tiba-tiba. 
Aku berpaling pada dia  yang tersenyum. 
“Ada patient,” beritahu Mia padaku. 
Urgent ke?”  Aku mula nak cemas.
Mia tersenyum dan menggeleng.  “Tapi luka hati,” beritahu Mia padaku.
“Hah?  Luka hati?  Itu serious, Mia.  Jom cepat,” ajakku tapi Mia tetap berjalan sopan santun.
Baru saja aku tolak pintu bilik kecemasan, aku nampak seorang lelaki berunifom putih dari leher sampailah ke kaki.  Bila aku berpaling pada Mia dia tersengih-sengih.
Who’s that?”  soalku bergumam. 
“Kapten Ziyad,” jawab Mia dan aku ketuk kepala sendiri sebab nak ketuk kepala Mia tak sampai hati. 
Why don’t you tell me ealier, Mia?”  Aku ketap gigi.
“Dia cedera, doktor.”
“Saya bukan pakar hati…”
“Tapi penawar hati I ada dengan you,” sampuk Ziyad yang entah bila berdiri tegak di depanku dengan tangan yang berdarah. 
Mataku membulat.  Kain kasa merah itu menunjukkan dia sedang mengalami luka teruk.  Kemudian aku pandang Ziyad.
“Kenapa ni?” 
Aku pandang Mia dan mengisyaratkan dia membantuku membersihkan luka Ziyad dengan segera. 
“Luka masa buat latihan tadi…”
“Pakai uniform putih buat latihan?”  tanyaku panas sambil membuka balutan pada tangannya.
Dia menggeleng.  “Latihan kebakaran dekat office.”
“Sampai terluka?  You navy, hero di lautan bukan abang bomba hero di daratan memadam kebakaran,” sindirku geram. 
Asal ada pesakit je, mesti wajah Ziyad.  Setelah balutan tangannya aku buka, tidaklah teruk sangat lukanya.  Tapi nampak dah kena jangkitan sikit.  Aku pandang wajah Ziyad dan melihat pada dahinya  yang ditutupi sedikit rambut dan aku selaknya sedikit. 
The stitches on your forehead is not fully recovered, Encik Ziyad.  Be more carefull next time,” nasihatku lalu aku berpaling pada Mia.
“Kenapa tak cakap dia injurt?” 
“Dia tak izinkan, doktor,” jawab Mia.  Haih… macam-macam.  Hangat tiba-tiba hati aku. 
He’s our patient.  Lain kali dia cedera kena bagitahu. Kalau dia tak cedera, sila suruh dia balik.”  Geram juga aku dengan dua orang makhluk ni. 
“Memang I bukan bomba tapi I selamatkan orang.  Pintu bilik air terkunci then I pecahkan,” jawab Ziyad macam jauh hati sikit.
Aku sengih dan berundur ke belakang sedikit.  Memberi laluan pada Mia mencuci luka Ziyad walaupun nampak dari air wajah Ziyad dia tak senang bila Mia mendekat. 
“Dengan tangan you?  Wow… amazing.  I rasa you ni macam Fantastic Four pulak…”
“Tak ada four.  I ni one an only,” jawab dia dengan wajah yang menyeringai bila Mia mula jahit luka kecil itu.
Yeah… you are the only one.  So, be more carefull.  Ingat parent kalau nak buat apa-apa yang berbahaya.  Esok I tak ada kat sini dah.  Ada tempat lain pulak.  You jangan nak luka-luka lagi,” sindirku lalu aku berlalu ke sinki hendak mencuci tangan.
Suasana sepi dan aku senang hati melihat Mia melayani Ziyad.  Nampak sesekali Mia menjeling pada Ziyad tapi Ziyad tetap keras membatu bagaikan Mia langsung tak menarik perhatian dia. 
So, macam mana persiapan?”  soal Ziyad padaku.  Tiba-tiba.
“Persiapan?” 
Your wedding,” ujar Ziyad nampak seperti kecewa.
“Insya-Allah berjalan lancar.  Buat biasa-biasa je.”
It can’t beYou both doctor.  Itulah… kalau you dengan I, boleh kahwin lalu bawah pedang dengan pancaragam sekali.  Silap-silap I boleh request kahwin atas kapal lagi.”
Huh… ingatkan dah bertaubat bila tanya tentang persiapan kahwin aku dan Zayed.  Tapi hampagas punya navy.  Melencong kapal pulak.
“Doktor pun manusia.  Biasa-biasa sudah.  Lagipun, I takut nak lalu bawah pedang.  Takut pedang tu terlucut dari pegangan dan jatuh kena kepala I.  Macam mana?  Baru nak mula hidup berumah tangga.  Dan satu lagi, I tak suka kapal kot.  Mabuk laut.  Nanti sepanjang hari kahwin tu I muntah je manjang,” sindirku geram.
Ziyad senyum herot.  “You terlalu sukar untuk I dapatkanlah, Zafrina…”
“Dan you pun tak mudah untuk I hindari,” selaku dan kala ini, Mia sudah siap menjahit luka Ziyad.
Okay, done.  You may leave.  Nak MC tak?” 
Ziyad menggeleng.  “I got a lot of things to do sebelum I belayar balik ni,” beritahu Ziyad padaku. 
Aku menyengetkan  kepala.  “Hope you ada masa wedding kami nanti.”
“Yeah… I wajib ada,” jawab Ziyad dengan senyuman macam ada tanduk dekat kepala dia. 
Aku mencemik sedikit dan Mia tersenyum simpul.  Aku mengerti apa yang bermain dalam fikiran Mia tapi biarlah.  Setidak-tidaknya Mia boleh menjadi saksi jika Ziyad ni macam-macam perangai.
“Kalau macam tu, hati-hati.  Ya, you navy.  Gagah perkasa tapi you manusia biasa.  Jangan buat perangai macam alien,” pesanku lagi dan saat ini, daun pintu terkuak. 
Wajah seorang lagi pegawai berbaju putih seperti Ziyad muncul tapi kali ini tak ada paku dan juga logo helang pada dadanya seperti mana Ziyad.
“Ya, cari siapa?”  tanya Mia sopan.
Daun pintu ditolak lebar dan seorang tentera laut tegak berdiri di depan kami.  Tiba-tiba je dia tabik dengan tubuh yang tegap pada Ziyad. 
“Tuan tak apa-apa ke, tuan?”
Erk… aku pegun.  Macam apa dah dia punya soalan.  Nak ketawa tapi aku mengerti bahasa tentera lalu aku pandang Ziyad.
My man,” jawab dia.
“Ya, saya tak apa-apa. Tunggu kat luar, kejap lagi saya keluar,” arah Ziyad dan sekali lagi tentera itu tabik pada Ziyad dan berlalu setelah menggariskan senyuman keras pada kami.
Wow… you amaze me, sir.  Ops… Kapten Ziyad,” ujarku.
Ziyad senyum.  “So, think twice about my proposal, angel,” bisik dia dan aku pantas menggeleng.
Someone, somewhere… out there is coming for you,” ujarku pada dia dan Ziyad menggeleng bersama senyuman. 
Who?”
“God knows.” 
Ziyad kenyitkan mata padaku dan dia sudah sedia hendak berlalu tapi langkahkah terhenti bila wajah Zayed muncul di depan kami.  Wajah yang penuh cemas. 
“Sayang… that girl.”  Zayed tiba-tiba panggil aku sayang dan kali ini rasanya dia memang nak panggil aku begitu bukan sebab Ziyad ada.
“Siapa?”  Kakiku serentak menapak menuju ke pintu bilik kecemasan.
I’m pretty sure… it’s her,” tekan Zayed lagi.
Who…”
Zayed tak menjawab sebaliknya dia menarik tanganku dan membawa aku melangkah pantas menuju ke luar dan bila aku tiba di lobby, beberapa orang kakitangan hospital sedang menolak pesakit masuk ke dalam bilik kecemasan.
“Who’s this?” 
Aku amati wajahnya betul-betul dan bila rambut panjang yang berserabai itu aku selak, ternyata aku cam wajahnya.  Biarpun wajah itu dibasahi darah, aku masih mampu cam dia. 
“Ya Allah… Zayed please… help,” rayuku dengan sepenuh hati. 
“Apa dah jadi?”  tanyaku kemudiannya. 
“Kena langgar.”  Jawapan Zayed membuatkan kau mengerti dan bila kami mahu memasuki bilik kecemasan, gadis yang aku temui di perhentian bas depan HKL tempoh hari pantas bangkit dengan tubuh yang lemah. 
“Tak nak… aku tak nak masuk hospital,” raung dia. 
Kami menahan tapi kudratnya luar biasa bila dia akhirnya melompat turun dari katil itu dan berlari ke arah daun pintu yang kebetulannya ada Ziyad di situ.  Gadis itu langsung melanggar Ziyad dan hanya selang beberapa saat, gadis itu terkulai di dalam pelukan Ziyad  yang ternyata sudah kotor dengan darah merah. 
Wajah Ziyad tegang.  Aku juga.  Hanya Zayed yang tenang.
Leave this to me.  And you sayang… trust me.  Kita rujuk dengan pakar  yang tahu tentang hal tu.”
I worry about her…”
“Abang tahu… abang tahu.  Kita bantu dia seperti mana Rina nak kita bantu dia sebelum ni,” pujuk Zayed dan dia berlari ke arah Ziyad  yang nampak hendak menolak tubuh yang kaku itu.

~~> bersambung

RM : Maaf kalau ada grammar salah... nnt sy betulkan ya... kakak2 editor sume busy n saya tak sabar nk bg anda baca... hehehe.. 

26 comments:

  1. uiks bomba di sebut dlm ni hahahahaha. okeyyyy adakah that girl angel utk ziyad pndai lak cr tempat landing. so p main jauh2 jgn dok kacau Dr Rina lagi ye Ziyad hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon fikir benda yang sama. Hope that they are meant for each other. Mesti menarik kisah cinta Ziyad dengan Atai. Eceh~~

      Delete
  2. wooooooowwww , macam ade feeling yg Mia ni dengan Ziyad ! yaaaayyyyy :D i want Zayed and Zafrina !

    ReplyDelete
  3. wah!!! ziyad da mcm leh terima hakikat tu...
    so sweet la zayed.. thanks kak rehan ! :)

    ReplyDelete
  4. Caya la Zayed....
    dah abang sekarang...
    kah kah kah kah...
    sweet nya dia...

    ReplyDelete
  5. tetiba perempuan tu muncul semula...
    siapakah? adakah akan wujud watak perempuan itu?

    ReplyDelete
  6. bestnya tiap kali refresh ada n3 baru...rasanya Ziyad masih mengharap Zafrina walaupun sehingga saat akhir selagi mereka belum diijabkabulkan...

    ReplyDelete
  7. wah...angel ziyad dah jatuh dalam pelukan dia. and....another mini siri will be born. tak gitu tuan tanah? *mengharap dgn mata puss in the boots*

    ReplyDelete
  8. as I said kat Kisah Hati FB, tension! selagi tak tahu apa akan jadi :)

    ReplyDelete
  9. adakah??angel ziyad that girl?sequel2 rehan..:)

    ReplyDelete
  10. OHMYGODDD! ZAYED IS KILLING ME! ROMANTICNYAAAA! Envy rina very much. Thanks kak Rehan, teruskan meng-update. Sila terus tak sabar utk bg kitaorg baca. Goodjob and nak 14 pulak, hehe demand.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Ziyad biarlah Rina dan Zayed bahagia.... Biarkan Rina dan Zayed berusaha merawat .... mungkin that girl bakal bidadari Ziyad... hehehe....
    kerana takut ayat cinta Ziyad lebih gula sanggup juga tuan Dr. belajar ayat cinta terlebih madu pulak ya...

    ReplyDelete
  13. wah!!!! dah berabang-sayang nie.... da lwan dgn Rina ker?? heheheheh Zayed si comel... heheheh... thanks kak rehan :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  14. wah.. dr zayed dah ber abang dan sayang la...
    romantik betul.. tak sabar nak tunggu wedding mereka..
    nak lagi

    terima kasih kak dah lama tunggu.. ari ni dapat baca lebih..

    ReplyDelete
  15. muehehehee...i loike lg 1000x..

    ReplyDelete
  16. Uist...suspen lak
    -ieja-

    ReplyDelete
  17. hahaha...kan betul tekaanku...zayed tetap pujaan htiku....ziyad ambik jele mia tu hehehe...

    ReplyDelete
  18. wow...interesting...ade watak br...

    ReplyDelete
  19. oppss dah baca 2 3 bab baru teringat nak komen. sori ^^ ziyad n mia or that petgirl?? hehe

    ReplyDelete
  20. zayed owh zayed.kamu mmg mencuit hati akk.trlalu simple orgnya tp bila b'kata2 mmg mmpu buat kita trsenyum mndgr.

    ReplyDelete
  21. hi, sorry just nak share info, in navy rank usually yang berpangkat Kapten adalah orang yang dah servis over 25 years age around late 40 or early 50. bagi watak ziyad ni I rasa sesuai you put as a Leftenan Komander which is around age 30 to 35 appointed as Ship Commanding Officer. >_<

    ReplyDelete