BAB 14
AIRMATA aku
menitis saat melihat pada tubuh Teratai yang sedang menggigil. Zayed di sebelah hanya memerhati tak mampu
berkata apa. Aku seka airmataku apatah
lagi mengingatkan tubuh lesu itu ditepis oleh Ziyad kasar.
“Jangan macam
ni, Zafrina,” pujuk Zayed.
“Kesian Atai,”
beritahuku pada Zayed.
“Ya dan kita dah
berusaha untuk menolong dia. Pusat
pemulihan ada tempat yang terbaik buat dia.
Kita doakan dia.”
“Yalah…
sampaikan keluarga dia pun tak nak datang jenguk. Memang dia salah tapi dia berhak diberi
peluang, kan?” tanyaku beremosi.
Zayed angguk dan
sengih. “Setiap orang perlukan peluang
kedua. Rina, abang…” Kata-kata Zayed terhenti.
“Abang pun
berhak peluang kedua untuk Rina panggil abang dengan ‘abang’ macam dulu,”
sambung dia.
Eh doktor
ni. Tak kena tempat nak beromantika de
amour bagai. Aku jeling dia.
“I’m
worried about her…”
“Then
I worried about you,” cantas Zayed.
“Rina tak boleh
macam ni. Biar pihak hospital
uruskan. Kalau nanti kata nak melawat
dia kat pusat pemulihan tu nanti, kita pergi melawat dia kalau ada masa, ya?” pujuk Zayed lagi dan aku terus mengangguk.
Aku perhatikan
lagi keadaan Teratai. Pertama kali aku
ketahui namanya bila doktor yang merawatnya memberitahuku. Unik… namun sayang dia bagaikan tidak tentu
arah. Sesekali nampak bagaikan hilang
kawalan angkara najis dadah.
HARI ini, aku
bersua tiga pasang mata dengan Ziyad.
Zayed beria-ai mahu aku mengikut dia bertemu dengan Ziyad. Padahal, dia pun boleh bagi kad jemputan tu
pada Ziyad. Mujur siap juga biarpun ada
saja yang tak memuaskan hati.
“Ini je nak
bagi?” cemik Ziyad dan tetap segak dalam
pakaian seragamnya.
Nampak sangat
tak puas hati kala kami bertemu dia di Restoran Haslam belakang Hospital
Tawakal ni.
“Buat penat aku
datang je kalau takat nak bagi kad. SMS
je dah cukup,” ujar Ziyad lagi. Nampak
kecewa sungguh.
“Ini niat baik
aku, Yad. Kau kena terima. Kau ni tak sudah-sudah nak buat perangai tak
betul kau tu… tunang aku pun nak kacau. Kalau
aku ni orang lain boleh juga kira… tapi ini sepupu kau sendiri. Kesian sungguh mak long ada anak macam kau
ni, Yad,” herdik Zayed.
Ziyad merengus
dan menjeling padaku seketika. “Kalau
you yang bagi I, I baru assume ini
kad kahwin you all. Kalau tak, I tak nak terima.”
Boleh pulak
budak Ziyad ni. Macam-macam hal. Tapi, kalau itu yang buatkan dia berhenti menjadi macam papan
iklan dalam hidup aku, aku sudi lakukan berkali-kali pun.
“Okay then…” Aku tarik semula kad yang Zayed hulurkan dan
aku sua di depannya.
Ziyad tegakkan
tubuh dan tersenyum menyenget. “You ni
payah betul nak dapat, Zafrina. Itu yang
buat you special tu tapi…” Kad tersebut dia sambut.
“Am I too late?”
Aku pandang
Zayed dan kami menggeleng. “Bukan too late but she not meant for you. Takdir Allah siapa kita nak ganggu gugat? Cuba macam mana pun kalau bukan untuk kau,
terlambat atau tidak tak menjadi masalah.”
Zayed memang matang dalam bersuara.
“Kau tu, Yed…
memang bagi jawapan mati je tahu. Menyampah aku dengar.” Ziyad menyisip jus oren di depannya dan
menyapu sedikit seragam putih milik dia. Nampak baru lagi. Kain pun keras.
“Uniform baru?” tegurku mahu mengalihkan perhatian dia.
Ziyad memandang
tubuh tegapnya dan mengangguk. “She’s a…” Dia tak jadi bersuara tapi aku sudah dapat
menerka apakah yang mahu dia katakan tadi.
“Boleh pulak dia
landing atas baju I masa tu. Habis kena
darah dia. Senang cerita I campak je
baju tu ke tong sampah,” keluh Ziyad kasar.
Dia sisip lagi airnya sampai separuh gelas.
“Speaking of that girl…”
“She’s
a bitch.”
Mataku membulat
bila Ziyad mencantas kata-kata Zayed. Terluah
akhirnya apa yang dia mahu katakan tadi.
“Tak baik cakap
macam tu, Encik Ziyad…”
“Apa yang tak
baiknya, Rina? You cakap… kan dari hari
tu I cakap dia tu sampah masyarakat dan sekarang dah susahkan kita…”
“Bukan kita, Yed…
tapi kau je yang rasa susah. Itu tugas
kami tolong yang memerlukan,” pangkas Zayed tenang. Dia menepuk tangan Ziyad perlahan berharap
agar sepupunya itu bersabar.
“Betul tu, Encik
Ziyad. By the way… her name is…”
“Don’t
tell me. I’m not interested. Just forget her. She gave me nothing except for anger. That’s all,” ucap
Ziyad bertegas.
Waktu ini,
hilang sikap kasanovanya. Yang ada
hanyalah kemarahan yang meluap-luap kala aku mahu memberitahu dia nama Teratai
yang aku panggil Atai.
“By the way… boleh you adjustkan nurse you tu, tak?” Wajah
Ziyad berubah lagi. dah jadi kasanova
balik.
“Mia?” soalku.
“Yalah… tak
dapat you… nurse you pun jadilah buat
peneman I sebelum I naik kapal ni,” keluh dia.
Aku sengih dan
menggeleng. “Dia budak baik, Encik Ziyad…”
“Dan I pun tak
jahat,” sela dia dan mengenyitkan matanya padaku.
“Berubahlah,
Yad. Mama kau dah angin satu badan dah
tu. baik kau cepat-cepat cari. Aku dah tak larat nak cipta alasan dekat mak
long. Siap kau cakap Rina awek kau, itu
sangat-sangat melampau,” bidas Zayed.
“Sekali kau tak
akad nikah…”
“You sepatutnya
mendoakan kami, Encik Ziyad…”
“Ya… I sentiasa
doakan you. Doakan you berpaling tadah
dari Zayed dan datang pada I,” jawab Ziyad.
Aku mencerlung
pandang. Mulur dia ni tak ada insuran
langsung. Main bedal je apa yang dia nak
cakap.
“Huh… Rina balik
hospital dulu, ya?” pintaku seraya mahu
bangkit tapi Zayed menahan.
“Let him be… sit,” suruh Zayed.
“Don’t talk
rubbish, Yad. Sekali aku tumbuk kau
sungguh, jangan kata satu jahitan yang kau dapat… terus kena buat plastic surgery, nak?” ugut Zayed dan Ziyad ketawa.
“Kau ni dari
dulu, asyik nak tumbuk aku je. Sampai hari
ni tak tumbuk pun.”
“Sebab aku
sayangkan kau…”
Tawa Ziyad
mati. Dia pandang Zayed lama. Tapi setelah itu dia mengjongketkan bahu
langsung bangkit.
“I jalan dulu,
Rina. Petang ni ada meeting. And… congrate, Rina. I akan datang… jika tak majlis kahwin you tak
jadi nanti,” pesan Ziyad pada kami dan aku hanya mampu mengeluh melihat Ziyad
melangkah ke arah Integra miliknya.
“What’s wrong
with him?” soalku pada Zayed.
“He falls for
you,” jawab Zayed.
“It can’t be,” protesku tidak
percaya. Tak mungkin sampai tahap tu dia
punya kegilaan. Sungguh, sukar nak
percaya.
“Biarlah dia… satu
hari nanti, dia akan menitiskan airmata sebab cinta dan saat itu, itulah wanita
yang dia benar-benar cinta,” ujar Zayed.
Aku pandang dia
yang ada di sisiku. “Mana Zayed belajar
semua ni?”
“Buku cakap,”
jawab dia sambil ketawa.
“Buku?”
Dia angguk. “Buku tentang cinta. Belajar menjadi kekasih pada isteri,” jawab
dia.
Aku senyum dan
mengangguk. “Sila belajar lebih lagi,
ya?”
“I know
everything already. Hanya menanti masa
mempraktikkan saja,” sahut dia lalu dia menikmati makanan yang sedari tadi
terhidang.
Aku? Kelu.
TUBUH yang sudah
dirias dari hujung rambut hingga hujung kaki membuatkan aku segan nak tengok
diri sendiri dari pantulan cermin. Rasa bukan
aku pulak. Tapi, bila aku amati
lama-lama, haruslah aku. Yang ada di
belakang adalah kak long dan kak ngah saja.
“Cantik adik
ipar kita, kan Resa?” soal kak ngah pada
kak long.
Aku senyum malu
membalas pandangan mata mereka dari dalam cermin.
“Sangat cantik…”
Mereka merapati
aku dan memeluk aku serentak dan masing-masing merebahkan kepala pada
bahuku. Masing-masing sedondon dengan
warna merah terang. Kontra dengan
aku yang mengenakan persalinan putih
bersih.
“Kak long doakan
Rina bahagia hingga ke syurga…”
“Kak ngah doakan
Rina cepat-cepat dapat baby, ya?”
Aku senyum dan
angguk. “Terima kasih.” Terasa juring mataku basah saat ini tapi
cepat-cepat aku seka dengan hujung jari.
Hari yang penuh
bersejarah. Hari keramat kala aku sudah
diangkat menjadi seorang isteri setelah sekian lama aku menanti dia.
“Pengantin lelaki nak masuk batalkan air sembahyang ni…”
Kami berpaling
serentak dan wajah along tersembul di muka pintu. Diikut dengan mama dan abah serta angah yang
sibuk dengan kamera dia. Wajah-wajah
keluar belah kak ngah dan kak long juga ada menemani majlis kami.
Aku senyum dan
mengangguk. Kak ngah dan kak long
menarik aku duduk di birai katil yang cantik dihias. Segalanya putih dan sangat suci.
“Duduk
elok-elok,” pesan mama.
Abah senyum dan buat
muka comel. Aku mahu ketawa tapi aku
tahankan saja bila mana aku dengar derap tapak kaki dan suara semakin riuh di
depan pintu bilikku. Kala langsir di
selak, aku menunduk dan bila kedengaran salam, aku angkat wajah.
“Assalamualaikum…”
“Waa…” Jawapan salamku tidak sempurna bila mana
wajah Ziyad muncul tersengih dan aku hampir rebah.
Jika tidak kak
long dan kak ngah menyokong tubuhku, aku yakin aku pasti tersembam dan saat
ini, airmata aku sudah mula menitis. Mencelakan
solekan yang begitu rapi tadi.
“Apa semua ni?” Aku mula sesak nafas. Bunga
yang ada ditangan terlepas dan aku terus pejamkan mata bila Ziyad
menghampiri.
“Kan I dah cakap
pada you, I wajib ada hari kahwin you nanti.
Kalau tak, you tak boleh kahwin,” bisik Ziyad dekat pada telingaku.
Airmata yang
menitis aku biarkan saja. Bila kak long
mahu memujuk, aku menepis. Bila kak ngah
mahu memeluk, aku mengelak.
Tangisanku mula
kedengaran. Teresak-esak sudah. Bila mama mahu mendekat, aku tahan. Aku pandang mama dan abah tajam. Sampai hati buat aku macam ni.
“Rina...,” seru
mama dan aku pejamkan mata lagi. Tak
sanggup nak lihat mata mama dan abah.
Suasana bilik
hening. Macam tak percaya dengan apa
yang terjadi. Mana Zayed. Apa jadi pada dia. Aku terduduk dan tidak lama setelah itu, aku
rasa tanganku disapa orang. Aku yakin
itu genggaman Ziyad yang sudah bersedia mahu menyarungkan cincin pada jari
manisku. Hendakku elak apa guna lagi
bila kata-kata Ziyad ternyata makbul.
Bila genggaman
jariku yang kejap dibuka secara paksa, hulu bunga tadi diletakkan semula ke
dalam genggeman dan bila cincin itu kurasakan sejuk menyentuh kulit, hati aku
berasa kaku lantas pecah terhempas.
Saat aku rasakan
nafas hangat menyapa wajahku, aku yakin Ziyad sedang mahu mengucup dahiku. Semakin kejap aku pejamkan mata. Tak mampu nak terima hakikat ini dan saat
bibir sejuknya singgah tepat di dahiku lama, airmata aku menitis lagi dan kali
ini tidak terseka.
“Assalamualaikum,
sayang,” bisik dia dan aku pantas membuka mata.
Lidahku kelu. Liur kutelan berkali-kali. Umpama mimpi, aku lihat semua orang ketawa
halus. Termasuk Ziyad yang
tersengih-sengih di bucu dinding sana rapat.
Menempel tempat koleksi gadis-gadis cantik ada.
Aku kemudiannya
memandang pada dia di depan.
“Za…”
“Abang… abang,”
cantas dia.
Aku gariskan
senyuman lebar. Bila jari-jemari Zayed
menyentuh pipiku menyapu kesan airmata, aku terus memegang tangannya buat
pertama kali dan aku usap ke pipiku penuh syahdu.
“Abang akan
lafazkan akad, sebelum abang ucapkan cinta.
dan hari ini, abang telah selamat lafazkan ijab dan qabul dan tiba
masanya abang ucapkan…”
Mata kami
bersabung lama. Tidak kuhirau akan yang
lain. Luluh hati tadi mula bercantum
kembali menjadi seperti sedia kala saat Zayed datang merawatnya.
“Subhanallah,
aku mencintainya. Demi Allah, abang
cintakan Zafrina yang kini menjadi isteri abang. Malah sejak dulu menjadi pemilik hati abang,
kini dan selamanya. Abang cintakan,
Rina. Abang cintakan, Rina malah lebih
hebat daripada cinta Rina pada abang,” akui dia berkali-kali tanpa silu dan aku
terus merangkul leher Zayed kemas.
Langsung tak
kuhiraukan angah yang sedang sibuk menangkap gambar kami dan juga tepukan
gemuruh tetamu yang ada.
~~> bersambung
Fuh....wat kecut perut je RM ni.....
ReplyDeletehehe, kena tipu pengantin baru, suke wat suspen kak rehan ni. akak, nak bai masukan sikit. ucapan Subhanallah tu dimaksudkan untuk melihat sesuatu yang tidak baik. sedangkan ucapan MasyaAllah tu dimaksudkan ketika melihat sesuatu yang baik, macam tengok keindahan ciptaan Allah. tapi seringkali orang terbalik cakap benda ni.
ReplyDeleteyeke..alamak.. tp itu juga satu pujian pada Allah atas kebesaran-Nya kan..thanks muda sudi share ye..
DeleteEh, ucapan utk sesuatu yg tak baik itu kan astaghfirullah, bukannya subhanallah (maksudnya maha suci Allah).. Selalunya diucapkan apabila kita melihat keindahan ciptaan Ilahi..
Deletesetahu saya....Subhanallah utk sesuatu yg baik,,,,Masya Allah..perkara @ benda yg buat kita kagum n utk perkara x baik..Astaqfirullahala1zim......manakala Innnalillahi wainnailaihi rajiuun...utk musibah @ bencana..kematian ke...wallahualam...rasanya yg rehan taip tu dah betul.....
Deleteyou are so wrong la muda_13..
Deletebtol da pe yg kak rehan tulis..
SubhanaAllah 2 memuji kebesaran Allah..
bile tgk sesuatu yg cntik @ yg baik2..
kagum dgn ciptaan_Nya..
awk kena blaja psl ni.. ^^
Subhanallah ble kte tgk sesuatu yg kurang menyenangkan & Masyaallah ble kte tgk sesuatu kecntikn ngn keindhn..sya pn slu tersilap ngn mksd prktaan ni sblm ni..tp bru2 ni ade dgr ustaz bagitau psl pktaan ni..ooo bru tersedar..sm2 kongsi ilmu ye..
Deletemaaf la, andai apa yang saya nak kongsikan ni ada yang tersalah anggap, tapi setidaknya tak salah kan bila kita belajar sama2, lebih kurang maksud dari perkataan Subhanallah dan Masya Allah ni, boleh simak dalam link ni, mungkin ada betulnya, sebab yang betul tu dari Allah semata, silap tu dari saya sendiri, ^_^.
Deletehttp://moslemsunnah.wordpress.com/2012/03/25/subhanallah-atau-masya-allah-kadang-suka-terbalik/
Gila sakit dada...Ingatkan sungguhla Ziyad ni yg nikah Rina...
ReplyDeleteHuwahhhhh!!! Rehan wat jantung akak nak meloncat keluar tau!!! argggggggg
ReplyDeleteSWEETNYA.....................
ReplyDeletesweetttnyerrrr :-)hehehe tq Rehan Makhtar...byk plak entry hr ni kn...hehe
ReplyDeleteOMG kak rehan, nyaris dapat heart attack i tell you. :)
ReplyDeletethank god boss half day kalau tak kena ketuk kepala sebab tersengih2 depan monitor.
nerbuessssss.... je RM nie
ReplyDeleteRasa nak jerit satu dunia. Hai lah kak Rehan bikin hati penasaran. Akhirnya..lega rasa hati ini, thanks kak Rehan! :D
ReplyDeletefinally...hehehe...zayed n zafrina...hehehe....lega dh dowg dh kawin, lau x ziyad asyik menempel jew kt rina kn....
ReplyDeletespeechless....tak tau nak habaq lagu mana dah..memang terbaik la RM...
ReplyDeleteHehehe...kak rehan hebat buat jantungku& follower nak gugur..nasib baik Zayed....fuh
ReplyDeleteDah agak mesti si Ziyad ni buat gempak pada Rina ja.... mahu ke papa Rina nak kahwinkan anak gadis dia yang seorang ni dengan orang yang dia x cintakan.... apa-apa pun bestttt.... buat si ziyad ni terjatuh hati pada si Teratai .... jangan cakap besar ya Ziyad.... kata-kata cinta dari Zayed selepas nikah buat Rina terkedu ya.... sampai x pandang orang kiri dan kanan .... subhanallah ni baru betul-betul cinta .... bagi Zayed CINTA ALLAH S.W.T DAHULU ....seperti dunia ni Rina dan Zayed yang punya .... hehehe
ReplyDeleteterstop sekejap jantung ni... mmg terbaik la n3 kali ni.. hehehehe thumbs up kak RM... :)
ReplyDeletespeechless..i'm impressed Rehan..
ReplyDeletehwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!! nk oksigen...... kak rehan!!!!!!!!!!! x tau nk ckp ap da..... best teramat sngat...... klau buat bku nie confirm saya bli heheheh..... x sesia marathon aryni.... hehehheeh thank u very mush kak rehan :D
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
wahhhh...sian ziyad ku... cool jaa tgk zayed dgn zafrina.... hehehehehe
ReplyDeleteBestnya dpt 3 n3 sehari, wahh!! Mmg RM bg jantung kak 'terkujat" kejap td. Alhamdulillah dh selamat Zayed n Zafrina bersatu. Tetiba kak rasa mcm nk tau sgt kisah si Ziyad pula lepas Zayed kata "dia akan menitiskan airmata kerana cinta"....siapa yg mampu ubah Ziyad jd gitu...
ReplyDeletecepatlah RM rungkaikan..terima kaseh n sgt2 dihargai!!!
Aminah
Subhanallah, sakit jantung baca n3 ni, ingatkan betul Ziyad tu yang bernikah dengan Rina...usahkan Rina nak pengsan, kami pun nak pitam rasanya...akhirnya memang Zayed yang sah buat Rina...
ReplyDeleteTerima kasih RM...citer ni memang suspen...
me 2..rasa nak taw plk kisah si ziyad ni pas zayed ckp dia akan menitiskan airmata krn cinta..hohoho..sukenyer rina da kawen dgn zayed..:)
ReplyDeleteya...ampun....sakit jantung...huhu...
ReplyDeleteAdoyai...nakal la RM nih. Nakal cam watak dlm cite dia gak...anyway tq for the amazing story. Bagai nak gugur jantung baca teaser kt fb td
ReplyDeletehuhuhuhu..... dh nikah pun... tros hilg tanggapan negatif ku... huk huk huk... kak RM nak lgi n3 bru.....
ReplyDeletehussh...suspen habis,terkejung den sebentar!!rina tk pape daku plak yg nk pengsang.copot rase jantung nasib lh cikit jer g daku nk ke icu....bkn ape nk pi jejak kasih cari dr zayed....namun ALLAH maha pengasih maha penyanyang maha penentu... setiap jodoh dn ajal telah ditetap kn so pape pn kejadian nye redha kn lh hati pasti ade hikmah nyer..
ReplyDeletebest nyer mereka dapat.. bersatu....
ReplyDeletekak terbaiklah novel ni..... teruskan lagi...
terima kasih
Tetiba rasa berpusing jap bla ziyad yg masuk..sentap la kejap.. alhamdulillah segalanya berjalan lancar..hara lps nip takde la konflik yg besar2
ReplyDeletekecoh ler ziyad nih...kujat kite..heheh...
ReplyDeleteCeh!sikit lagi nk jadi filem hindustan
ReplyDelete-ieja-
teratai tu jadi mcm tu sebab frust dgn ziyad suatu ketika dulu...ziyad tak perasan tu wajah teratai yg telah berubah, kalau dia dengar nama TERATAI, rasanya byk kisah lampau ziyad yg buruk tersingkap..huhu..tunggu ye...*rasa2 hati la..
ReplyDeleteWah best x sbr plak rasanya nk tau smbgnnya....
ReplyDeleteSekejap. . . Nak ambil semangat. . .terbang Jap. . .huh....dh jumpa. Lega. . Tarik nafas Subhanallah. . ....
ReplyDeleteSekejap. . . Nak ambil semangat. . .terbang Jap. . .huh....dh jumpa. Lega. . Tarik nafas Subhanallah. . ....
ReplyDeleteKak rehan maksud 'SUbhanallah' itu Maha suci Allah :) Masya-Allah pulak "Allah maha agung". jadi penggunaan dah tepat, aasif jiddan kalau salah :)
ReplyDeleteKak Rehan, mcm penah dgr je watak atai ni.
ReplyDeletetapi di mana ya ? :)
akhirnya lepas rindu jugak. Thanks kak rehan :)
kak rehan, lpas n blh wat cite psl ziyad n atai plk......
ReplyDeleteYa Allah, rasa mcm nak nangis dah ni...ingatkan ziyad yg jadi pengantin...mujur rehan buat zayed jadi pengantin...lega yg amat. Cantik betul tajuk enovel ni...mengucapkan dan menyatakan kehebatan kuasa cinta dan kasih sayang yg hanya Allah mampu kurniakan buat semua makhluk...dgn mengucapkan Subhanallah
ReplyDeletewuaaa suspennya...tp knpa sy lbh suke ziyad ek..
ReplyDeleteuntuk my love ZIYAD :
ReplyDeletehuhuhuhuhu ='(sabar lah duhai sayangku ziyad..mungkin bkan jdoh kau dgan rina.. xpe2 mungkin kau akn dpat yg lbih baik atau jdoh kau mmg dgan rina..cuma masa yg belum tiba.. relax bro.. jdoh yg terbaik sdah dtntukan oleh RM ..hahaha
untuk zayed pula :
slmat pgntin baru lah zayed oii..
untuk rina :
slmat mjdi istri mthali
untuk RM :
cpat2 lh beri jodoh kpde ziyad sy yg sengsara sbb xdpat miliki Rina..
keke suspendo je hehe,.
ReplyDelete-biena-
phewww....! terkujat i sekejap..
ReplyDelete-che`leen-
hadoi...bleh plak mcm tu..ingt mimpi td...hahha
ReplyDeletepergh...ziyad ni muncul x kna gaya..
ReplyDeletebuat cuak je
Terbaek...
ReplyDeletePasni wat cite pasal ziyad n atai lak....k....
Terbaek...
ReplyDeletePasni wat cite pasal ziyad n atai lak....k....
mungkinkah ziyad ngan teratai..jeng..jeng..jeng ^_~
ReplyDeletedah hampir2 xmo baca dah entri nie sebab teaser petang tadi...baca dengan hati dug dag dug dag...
ReplyDeletekak reham lepas nie cite pasa ziyad dengan teratai pulak yea... sambungan...mesti best...hahahhaha
ReplyDeleteadeshh...sempat nk terpengsan la saya.haa...
ReplyDeleteZafrina dah bersatu ngan Zayed..
dlm hati saya berkata.
lepas ni Ziyad ngan Teratai kut..hihi..
besssttnyee...
adoyaiiii...kaka dah sronot dah tadi ingat ke mmg betul2 ziyad yg nikah ngan rina...ropa2nya...hmmmmm apa2 pung semoga berbahagia la rina n zayed...ziyadddd tak dapek den nak nolong ehhh...
ReplyDeleteadeh sakit dada terkejut ziyad kawen ngan rina. rupa-rupanya semuanya hanyalah mimpi
ReplyDeleteThese are commom mistakes for most of us......
ReplyDelete1. congrates......tak da congrates dlm English...congatulations and bila shortform CONGRATS...no e
2. Grade....grade ialah utk tingkatan (US) atau grade peperiksaan (gred A, gred B) kalau utk graduated, shortformnya ialah GRAD
3. Weeding....tu maksudnya cabut rumput liar pada batas bunga etc ...... WEDDING (majlis perkahwinan)
4. Ada satu lagi, kalau tgh membincangkan tentang majlis perkahwinan (wedding)....kalau membincangkan perkahwinan (marriage)....kat buku mana dah lupa....tp dah tulis pasal congrates tu, tulis sekalilah pasal yg lain-lain ni....
Just some info....Harap RM tak ambik hati
rasa macam nak A, A JE terkejut bak hang bile ingatkan rina kahwin dgan ziyad
ReplyDeleteTERATAI NUR RASANYA NAMA PENAGIH TU N HER NAME ALSO ADA DALAM NOVEL SESEORANG UTK AKU...SIS ADA X CITE KHAS UTK TERATAI NUR N HIS HUSBAND..OMG..MESTI BEST GILA...HUWAAA NK CITE TERATAI NUR..SAPE2 TAHU PLEASE TELL ME KOT2 DH ADA PASL TERATAI NUR.
ReplyDeleteAda kisah dorg. Novel takdir untuk aku. Karya seni :)
Delete