BAB 15
AKU tebarkan
pandangan ke seluruh laman kala melepak di balkoni. Riuh dengan suara along bertempik melarang
Auni dan Aina berlari di seluruh laman.
“Auni… Aina…
boleh tak jangan berlari tengah-tengah malam ni? Papa bagi keluar ambil angin je. Bukan berlari. Karang nak tidur kena mandi balik dah
tergolek-golek atas rumput,” bebek along.
Dah macam datuk pun ada.
Aku ketawa kecil
apatah lagi melihatkan kak long perlahan-lahan menapak menuju ke arah suaminya
tapi tak sempat nak duduk lagi along bercekak pinggang.
“Hah… yang Resa
ni nak pergi mana malam-malam buta ni?
Awak tu baru je habis pantang. Masuk
angin nanti. Dah pergi masuk sana. Biar abang
heret budak-budak ni masuk. Geram
sungguh papa,” sambung along lagi dengan bebelan manja dia. Sejak akhir-akhir ni suka sangat
membebel.
“Resa nak duduk
kat luar juga dengan diorang.” Aku
nampak kak long menjuihkan bibirnya ke arah abah, mama, angah dan isterinya
yang ada di tengah laman tapi along menggeleng.
“Kalau Resa tak
nak masuk biar abang bawa masuk. Kurung terus
dalam bilik alang-alang dah habis pantang ni…”
Suara along mati
dan dia terus mencempung tubuh isterinya membawa kak long masuk ke dalam. Aku tekup mulut menahan tawa. Biarpun bukan kali pertama aku tengok layanan
along pada isterinya, tapi bagaikan kali pertama dulu dan aku berharap Zayed
juga sehebat itu dengan caya yang tersendiri.
Malam kian
pekat, tapi hati aku bersinar terang.
Sambil-sambil menikmati angin malam yang mendamaikan. Membiarkan rambut yang basah lepas begitu
saja tanpa ada niat hendak mengeringkannya.
Resah hati dibawa pergi. Yang ada hanyalah cinta yang semakin kukuh bersemi.
“Nanti rambut ni
tak cantik kalau dibiarkan kering sendiri.”
Aku terkejut sedikit bila ada tangan yang memegang rambut aku.
Aku berpaling
tapi Zayed melarang. “Abang nak
keringkan rambut Rina ni,” ujarnya lalu aku rasa dia mengelap rambutku dengan
sehelai tuala.
“Tak apalah…
nanti Rina pakai hair-dryer.”
“Owh… tak
boleh. Mama abang dari dulu sampai
sekarang tak pernah pakai pengering rambut.
Abang rasa rambut mama dan cantik biarpun beruban dah sekarang dan bila
pertama kali abang tengok rambut Rina semalam, abang rasa…” Tingkahnya terhenti.
Zayed
mendekatkan bibirnya ke telingaku. “…
rambut Rina adalah tercantik buat abang.
Rambut yang selama ini tersorok dan juga dari hujung rambut sampai
hujung kaki Rina semuanya indah memukau mata abang,” sambung dia romantis.
Aku ketawa halus
menyembunyikan rasa malu. Bila
teringatkan segalanya rasa tak nak ingat dah.
Biar hilang ingatan sekejap dan cipta kenangan baru pula.
Zayed kembali
mengelap rambut aku penuh tertib. Aku
rasa sehelai demi sehelai dia selak rambut aku ni. Bila aku mahu berpaling, dia menghalang
lagi.
“Abang dah
tengok gambar nikah kita,” beritahu dia.
“Owh… cantik
tak?” soalku teruja.
Tak sabar
rasanya nak tengok gambar-gambar tu.
kenangan yang kami abadikan di dalam gambar-gambar tersebut sebenarnya
sudah tersemat kemas di hati.
Dia ketawa halus.
“Sangat cantik dengan make-up
Rina comot,” jawab dia.
Aku terjerit
kecil. “Siapa suruh buat gimik?”
Geram sungguh
aku mengingatkan hari itu. Angah pun
boleh tahan. Kemain tangkap gambar waktu
tu.
“Abang tak buat
gimik tapi spontan je tu Ziyad masuk dulu sebab abang mama tahan kemaskan
sampinlah, songkoklah. Lagipun, abang
gugup masa tu. Sangat-sangat gugup.”
Aku sengih dan
terus berpaling pada dia dan Zayed mengeluh.
“Kan abang tengah keringkan rambut ni.”
“Abang cakap
lagi sekali,” suruhku tanpa menghiraukan wajah dia yang berkerut dan tangannya
yang masih mahu mencapai rambut aku.
“Cakap
apa?” Terpinga-pinga wajah Zayed.
“Yang abang
cakap lepas kita nikah tu…”
Aku sengih. Teringin sungguh nak dengar lagi sekali
ungkapan cinta darinya. Nak tahu
siapa yang akan kalah antara kami dalam
hal-hal romantik ni.
Zayed angkat
kening. “Nak test keromantikan abang ke?
Tak nak mengaku kalah lagi tentang semalam?” tanya dia.
Aku ketawa lepas
dan menutup mulut kemudiannya bila terperasaan ahli keluarga lain yang ada kat
bawah tu dah memandang ke arah kami.
“Itu lain, ini
lain.”
“Tak ada yang
lain, sayang. Sama je.”
“Tak…” Aku menangkis dengan wajah tak puas hati.
“Okey… kalau
kali ini Rina kalah abang ada hukuman,” bisik Zayed lagi. Sengihnya nampak nakal.
Tapi aku tak
kalah. Terus mengangguk. Zayed menggapai jemariku. Dipegangnya lembut sebelum berbicara.
“Dulu Rina
panggil abang sayang tapi terhenti seketika.
Masa tu, tak ada abang dalam keluarga Rina dan hari ini, abang akan jadi
satu-satunya lelaki yang akan Rina
panggil abang seumur hidup Rina dan rambut ini serta perhiasan lain milik Rina
untuk pandangan mata abang je. Hanya
abang layak menatap apa yang ada pada Rina seperti mana abang nak persembahkan
segalanya yang ada pada abang untuk Rina,” ujar Zayed.
“Usah Rina
katakan cinta, malah nyawa juga abang sanggup pertaruhkan demi Rina. Jika dulu abang tak mampu tapi hari ini,
Allah merestui. Jika tidak, tak mungkin
kita di sini berkat kekuatan hati Rina pertahankan cinta Rina buat abang
biarpun ada yang menggoda.” Zayed telan liur lagi.
Jari-jemariku
semakin kuat digenggamnya. Matanya
semakin redup menikam wajahku dan sesekali dia menggapai rambutku dan mengucupnya lembut.
“Dan rambut
basah ni buatkan Rina nampak sejuta kali lebih menggoda,” sambung dia menutup
bicara.
“Itu je?” Aku angkat kening mencabarnya lagi.
“Tak mengaku
kalah?”
Aku menggeleng.
“Okey. Your
turn,” suruh Zayed dan aku tanpa bicara sekadar diam membisu dan kubiarkan
bahasa tubuh bersuara.
TINGKAHKU tak
ubah bagaikan lipas kudung. Terkejar ke
sana-sini. Sesudah kenduri kahwin aku, sampai
hari ni mama sakit pinggang. Mujur tak
demam. Abah hanya ketawa bila mama
mengadu. Kata abah, nak pakai wedding planner, mama nak buat sendiri
semuanya.
Puas hati…
memang puas hati. Tapi, tubuh tua mama
jadi mangsa. Jadi hari ini, aku ambil
alih tugas mama dari Subuh tadi lagi.
Memandangkan dua orang kakak iparku tak mampu membantu setakat ini.
Abah, along,
angah dan Zayed ke masjid menunaikan Subuh
berjemaah. Aku pula hanya di bilik dan
bila aku tolak pintu bilik mama, dia duduk bersandar pada katil dengan telekung
yang masih ada pada tubuh. Nampak penat
sungguh wajah ayu itu.
Bila aku berlalu
ke bilik angah pula, kak ngah sedang menunaikan solat duduk. Perut yang besar amat tu pasti membataskan
pergerakannya dan akhir sekali bila aku mengetuk daun pintu bilik kak long, dia
sedang menyusukan Zakhri Adha.
Tak sedar waktu
berlalu. Terlalu sibuk di dapur. Bila aku tersedar, ada tangan sejuk yang
memeluk pinggang aku.
“Eh, bila
balik? Tak dengar bunyi pintu pun?” Aku panjangkan leher ke ruang tamu. Mengintai dari dinding dapur. Aku nampak abah dan abang-abang aku memanjat
tangga menuju ke bilik masing-masing.
“Mana nak dengar
kalau sayang mengelamun,” sela Zayed dan dia terus perkemaskan pelukan.
“Abang…”
“Ya, sayang,”
sahut Zayed tak sempat aku habiskan ayat.
Romantis dah syahdu saja sahutan itu.
“Rina kan tengah
nak sediakan sarapan ni,” tegurku berharap agar dia mengerti bahasa berlapik
aku ni meminta dia meleraikan pelukan.
“Jadi?”
Boleh pulak dia
buat tak tahu. “Lepaslah. Nanti lambat ke hospital pulak.”
“Kenapa cuti
Rina lulus sikit je sedangkan abang cecah seminggu lebih?”
Bila dia masih
tak nak leraikan pelukan, aku terpaksa merelakan saja. Kepala pili aku putar. Tangan aku basuh lama dan sebilah pisau aku
capai hendak memotong timun untuk menjadi pelengkap hidangan nasi lemak kami
pagi ini.
“Itu abang kena
tanya orang atasanlah. Abang siapa Rina
siapa.” Sengaja aku berbicara
demikian. Bajet berjauh hatilah. Tapi sungguh.
Tak sempat berbuat apa. Dah kena
masuk kerja.
“Rina isteri
abang dan abang suami Rina. Betul tak
jawapan abang, sayang?” Zayed menjawab
soalanku polos dan sengaja mempermainkan aku.
“Abang ni main-mainkan
Rina, ya?”
Zayed
ketawa. “Mana ada mainkan. Abang bagi jawapan tu dan sekarang giliran
Rina pula bagi jawapan dekat abang.”
Aku berusaha
berpaling menghadap Zayed. Pisau aku
lepaskan dari pegangan dan aku sandarkan
belakangku pada kabinet dapur. Merenung
dia yang masih setia melilit pinggang aku.
Nampak segak sungguh dia berbaju Melayu dan berkain pelikat ni. Siap berkopiah lagi.
“Abang nak tanya
apa?”
“Sarapan abang
mana?” Keningnya terangkat beberapa kali.
Aku menjuihkan
bibir pada hidangan yang sedang aku siapkan di atas meja. Tinggal kan angkut ke meja di ruang makan kat
depan je lagi.
“Kan Rina tengah
siapkan. Tinggal nak potong timun ni je. Abang kacau terus terbantut kerja,” keluhku
sedikit.
Zayed
menggeleng. “Abang tahu isteri abang ni
pandai masak… kan abang pernah cakap satu perkara dulu… masa Rina bawa makanan
untuk abang. Abang tak sabar nak
makan…” Zayed menghentikan bicaranya dan
membawa bibirnya dekat ke telingaku.
“… Rina,” bisik
dia.
Aku jegilkan
mata. “What? Maksudkan abang bukan
tersasullah masa tu, ya?”
“Abang sengajalah. So, bila boleh ni?” Dia angguk dan ketawa
halus.
“Stop it, doctor.” Aku dah mula bercekak pinggang tapi Zayed
tetap tenang.
“I can’t stop my self,” gumam dia dan
semakin hampir kembali padaku.
“Ini dapurlah…”
“Betullah tu… bukan
bilik air dalam tab mandi ke apa ke?” Dia menjawab balik.
“Haih… abang ni,
kan?” tegurku dan Zayed ketawa
lepas.
“Abang usik
jelah.” Dia menjauh sedikit dan melompat
duduk di atas kabinet memerhatikan aku yang sedang memotong timun.
“Kenapa pakai tudung?” Tiba-tiba Zayed menyoal dan aku berhenti dari
memotong timun.
“Apa jenis
soalan tu, ya?” dugaku. Geram sungguh. Bukan dia tak tahu tapi sengaja nak menduga
sabar pagi-pagi yang semakin hangat ni.
Dia sengetkan
kepala sedikit sambil mencebirkan bibir sebelum diambil sekeping timun yang aku
potong dan disuapkan ke mulut dia.
“Oh…” Mata dia membulat. “Abang tahu kenapa. Jangan jawab.” Dia ketawa seketika dan disuapkan sekeping
lagi timun itu.
“Abang jangan
tanya soalan bukan-bukan lagi tau…
sajalah tu nak kenakan orang. Tak
sayangkan oranglah tu, kan?” Sambil
potong timun, sambil aku membebel manja.
Tanpa aku
sangka, Zayed memegang pergelangan tangan aku dan menarik pisau yang tajam
berkilat itu dari tanganku dan diletakkan di atas tapak tangannya.
“Siapa cakap
abang usik sebab abang tak sayang? Kalau
Rina tak percaya, nak…” Dia suakan pisau
itu padaku membuatkan dahiku berkerut.
“Nak buat
apa?”
“Scalpel tak ada, pisau ni pun
boleh. Rina belah dada abang. Simpan hati abang dengan Rina moga Rina tahu
setiap saat abang rindukan Rina. Cintakan
Rina sangat-sangat,” ucap dia separuh berbisik membuatkan aku terlopong
sendiri.
“Apa abang
ni? Rina gurau jelah.” Pisau itu aku tarik dan aku letak cermat di
dalam sinki dan membawa tubuhku berada di tengah-tengah antara dua belah
lututnya.
“Ya ke?”
Aku angguk
pantas.
“Kalau sayang…
nah makan sikit timun ni…” Didekatkan
mukanya dengan muka aku.
Aku jegilkan
mata. “Ini kan abang tengah makan?”
“Sebab tu abang
suruh Rina makan sama. Sama-sama
merasa,” jawab dia dan aku tiada pilihan bila dia ajak berkongsi kasih. Eleh… ada batu-bata di sebalik plaster rupanya.
HARI ni rasa
luar biasa. Tersangatlah ramai pesakit
apatah lagi aku ditugaskan menjaga bahagian pesakit luar. Pagi tadi sempat juga diusik
teman-teman. Biasalah pengantin baru
yang dah masuk kerja seminggu dah pun sedangkan suami masih lagi
bersenang-senang cuti.
Dari jauh, aku
nampak Mia yang sedang berjalan keluar melalui kantin sedang aku berjalan
menjauh daripada kantin.
“Mia,” panggilku
agak kuat dan dia terus melambai aku.
Aku menggamit
dia mendekat. Mia berpisah dengan
beberapa orang lagi teman-temannya dan terus menghampiri aku.
“Rindu nak kerja
dengan awaklah, Mia,” ujarku jujur.
Dia ketawa. “Saya pun,” selanya.
Aku sengih dan
melabuhkan duduk di atas bangku kayu dekat dengan kantin. Mia juga sama.
“Baru rehat ke,
doktor?”
Aku angguk. “Letih sikit dok pesakit luar. Nak-nak cuaca sekarang, ramai betul yang kurang
sihat. Kalau yang baby tu sedih saya tengok batuk-batuk, kan? Nak bagi ubat lebih-lebih tak sesuai dengan
umur diorang,” beritahuku pada Mia.
“Doktor nak saya
bantu ke?”
“Jadual awak kat
wad lelaki, kan?”
Dia angguk. “Saya boleh mohon kalau doktor nak.”
“Toksahlah,
Mia.” Aku menggeleng. “Nanti apa pulak orang cakap pasal saya.”
Kami sama-sama
diam seketika. Tapi, aku tiba-tiba
teringatkan seseorang. Rasanya ingatan
ini makin hari makin tebal cuma tak berkesempatan nak melawat je. Apa-apa pun, aku tetap mendoakan dia moga
semakin sembuh di sana.
“Awak ada dengar
khabar pasal Teratai tak?”
Wajah Mia
berkerut. “Teratai?”
“Ya… Teratai Nur
binti Nordin tu…”
“Owh… pesakit
yang ketagihan tu, ya?”
Aku angguk.
“Ada juga doktor
saya risik-risik. Sembang-sembang kosong
dengan kawan-kawan. Katanya, teruk juga
dia kat dalam pusat tu. Mengamuk
jugaklah nak bertahan daripada benda kotor tu,” beritahu Mia.
“Teringin nak
melawat dia tapi masa tak mengizinkanlah Mia,” aduku.
“Tak apa,
doktor. Lain kali boleh pergi.”
Aku angguk.
“Nama dia unik
kan, doktor?”
Aku kalih pada
Mia dan mengangguk lagi. “Sangat unik,
kan? Tapi sayang… macam tu pulak
jadinya.”
Sungguh aku
kesal. Tak tahu kenapa, aku rasa dekat
dengan dia. Rasa kasihanku pada dia
menggunung. Sungguh aku mahu selamatkan
dia selagi termampu. Biar dia lepas
bebas dari belenggu dadah.
“Adalah tu
kesudahan yang baik buat dia, doktor,” ujar Mia dan aku sekali lagi
mengiyakan.
“Okeylah, Mia…
saya nak ke surau kejap. Nak ikut?” ajakku seraya bangkit tapi Mia menggeleng.
“Saya nak jumpa
orang kejap,” jawab Mia.
“Siapa?” Eh tiba-tiba pulak aku menyibuk nak tahu tapi
sudah kutelah. Pastilah kekasih hati.
“Saya.”
Aku mengerutkan
dahi dan berpaling. Aku tahu pasti
seseorang yang istimewa pada hati Mia tapi ini kan…
“Encik Ziyad?”
Dia angguk. “Bertemu lagi lepas seminggu lebih dah you
jadi isteri Zayed,” ujar dia.
Aku mengangguk
beberapa kali. “You dengan Mia…” Aku pandang keduanya.
Ziyad
ketawa. “Kawan-kawan… try and error,” jawab dia tanpa
mempedulikan perasaan Mia yang barangkali terluka.
“You ni tak
berubahlah…”
“Tapi you
berubah,” tegur Ziyad.
“Apa yang
berubahnya?”
Ziyad memandang
aku dari atas ke bawah dan begitulah sebaliknya. Ikut suka dia je renung orang.
“Makin cantik
lepas jadi isteri orang,” puji dia entahkan ikhlas entahkan tidak.
Aku ketawa
kecil. “Kalau macam tu, I tinggalkan you all berdua jelah, ya?”
Baru aku nak
berlalu, Ziyad memanggil dan meminta izin hendak berbicara. Tentang apa aku pun tak pasti tapi kami
berdua je dan Mia dia suruh jadi tunggul kat situ.
“Apa?”
“I ada satu
soalan nak tanya you.” Ziyad memulakan
bicara.
“Tentang?”
“Kita.”
Aku menggeleng
dan mengucap panjang. “Mana ada hal
antara kita, Encik Ziyad. I hormat you
sebagai sepupu suami I,” jelasku.
“You tak rasa I
ikhlas ke dengan you selama ni?” duga
dia lagi dan aku menggeleng kecil.
“Ikhlas tu
antara you dengan Tuhan, Encik Ziyad.
Pada I, nak merasa keikhlasan orang tu boleh tapi pada masa yang sama,
you kena juga ikhlaskan diri you. Kalau
kata you benar-benar ikhlas dengan I tapi I rasa sebaliknya, itu tak membawa
apa-apa makna. Lagipun, I dah jadi
isteri orang. Terima kasih sudi datang
majlis kami biarpun you buat I hampir pitam,” jawabku.
Dahi Ziyad
berkerut. “Kenapa you cakap macam tu?”
“Sebab pada I,
you belum benar-benar jatuh cinta, Encik Ziyad.
Kalau kita boleh jadi kawan, I akan cakap pada you nanti bila yang you
akan benar-benar jatuh cinta. Atau masa
tu boleh jadi you akan sedar bila airmata you yang jatuh ke pipi dulu,” jawabku
sedikit melankoli.
Wajah Ziyad
nampak terpempan. Barangkali pening
hendak mencernakan kata-kata aku. Aku
pun bukan faham sangat tapi aku tahu.
Aku yakin dengan kata-kata Zayed tentang Ziyad.
“You sorang je
buat I rasa macam…” Dia menggeleng tak
mampu luahkan rasa.
“Nope, Encik Ziyad… someone is coming for you.
Yakinlah kata-kata I ni,” pujuk aku dan Ziyad mencemik seperti
biasa.
“Erm… lantaklah
apa pun. I dah tak boleh nak cerna
kata-kata you ni, Zafrina. Ingatkan
doktor ni main fakta je…”
“Itu hukum hati…
fitrah yang Allah beri pada setiap insan yang bergelar manusia. Ada hati dan perasaan. Sains tetap sains tapi kejadian dunia tetap
begitu.”
Ziyad sengih
tapi kejap saja. “Tiba-tiba I teringat
penagih dadah tu. How’s she?”
“Berminat
nampak?”Keningku terangkat.
“Berminat apa
pulak? Saja tanya sebab you beria-ia nak
tolong dia,” cemik Ziyad.
Aku mengerti
Ziyad sangat membenci Teratai dan itu bukan salah Ziyad bila Ziyad melemparkan
pandangan serong pada Teratai.
“Dengar kata struggle juga dia kat sana…”
“Memang harus
macam tu pun… dasar penagih. I ingat
yang dia langgar I dan kotorkan uniform
I tu rasa nak carik ke muka dia,” cemuh Ziyad.
“Sabar sikit. Benda dah berlaku. Lupakan jelah dia, ya.”
Pada aku lebih
baik Ziyad melupakan Teratai jika apa yang dia ingati hanyalah kebencian
semata-mata.
“And you dengan
Mia ni, serius ke?”
Ziyad jongket
bahu. “Kan I dah cakap, try and error. Dekat dia pun I cakap dah.”
“Dah tu kalau error?”
“I cari
lain. Ni I nak bawa dia jumpa parents I je sebelum I belayar dalam
hujung ni.”
Aku rasa nak
sepak pun ada budak Ziyad ni. Sesenang
dia je melayani perempuan macam tu.
“Jangan
permainkan orang sangat, Encik Ziyad. I
risau you akan menangis tergolek-golek nanti bila perempuan you betul-betul
suka satu hari nanti, tak mampu you miliki dan ingat I pesan, masa tu you
kembali pada takdir Allah… I jalan dulu,” titipku pada Ziyad.
Biar buruk mana
pun dia, dia tetap sepupu suami aku.
Jadi, urusan dia biarlah dia sendiri yang tentukan. Kami hanya mampu mendoakan dan menasihati dan
aku tersenyum bila wajah kesayangan muncul dari jauh memerhatikan aku entah
dari bila.
~~> bersambung
RM : Hit blog skrg dah cecah 16K lebih setiap hari... terima kasih atas sokongan ye dan juga lawatan anda semua ke blog ijo...
Tahniah..Ziiyad..teori try and error..
ReplyDeletezayid nie... mmg cakap besar sggh la
ReplyDeletewow!
ReplyDeleteOwhhhh...jgnlah zayed jeles..-along eza jumel-
ReplyDeletehisshhh! ziyad ni la.. tak tobat2 lagi..haha. blh plak men try n error.
ReplyDeleteromantik betul pasangan ini..
ReplyDeleteyey.....luv it!!
ReplyDeleteBanyak le try n error ziyad...kang menangis tak berlagu...
ReplyDelete-ieja-
Salam, siapalah jodoh si Ziyad yang sebenarnya...
ReplyDeleteSyabas Rina dgn tazkirah yg padat kpd Ziyad.
ReplyDeleteApa lagi konflik yg akan cik RM post dlm kisah ni ye. . .
Syabas Rina dgn tazkirah yg padat kpd Ziyad.
ReplyDeleteApa lagi konflik yg akan cik RM post dlm kisah ni ye. . .
Syabas Rina dgn tazkirah yg padat kpd Ziyad.
ReplyDeleteApa lagi konflik yg akan cik RM post dlm kisah ni ye. . .
Adoi la ziyad... Still nk ngayat rina tu.. bini org lah...
ReplyDeletehmm..mcm ada ura2 ziyad ngan teratai je nih..hmmm ok gak. dgn mia tu mcm kurang chemistry je..
Sekarang mencemuh.. Jgn nanti kau melalak kerana Teratai Nur pulak, Ziyad.
ReplyDeleteTahniah RM, awk mmg ramai pembaca dan peminat setia.
ReplyDeleteRomantik juga si Zayed ni kan? Si Ziyad ni tak habis-2 nak permainkan hati wanita, geram betul.
nanti mesti ada mini novel bout ziyad pulak.. jatuh tergoleklah hati saya nanti...
ReplyDeleteTry and error yerr Ziyad? Kang menangis tak berlagu nanti. :)
ReplyDeletePergh! !! Ko nak trial and error ngan perempuan, Ziyad? mintak2 makbul la kata2 Zayed n Rina...ada la hendaknye perempuan yg buat playboy ni nangis golek2 kuar airmata berdarah...br ko tau langit tu tinggi rendahnye...( emo la plak)
ReplyDeleteamboi!! bukan main bencinye ziyad kat teratai.dia lupa kot kalu ALLAH nak blikkn hti manusia tu dlm sedetik benci bleh bertkar jd sgt3 syng...haaa ko msa tu melutut kt teratai tuu bru padan muka....
ReplyDeletenk tgk ziyad plak nangis
ReplyDeletecan't wait kak zehan buat kisah ziyad n teratai. konfirm meletop la..
ReplyDeletesoal hati sape leh tahu!!!tapi bile hati dh terjatuh cinta ape lak persoalan nyer?tp ALLAH maha adil setiap kejadian ade musabab nyer...andai kata yg kite hina bak tk punyai harga diri tetiba ALLAH tiup kn roh cinta kite kat die so leh tk kite ngelak????mase tu ziyad nangis air mata darah pun sape yg leh persoal!tu lh mr ziyed,tanya akal tanya hati than persoal diri leh jawab tk?hehe.. ziyed jaga jaga 'soal hati'sape2 tk leh tahu.......caye lh.....
ReplyDeletesuka baca bait-bait ayat dr cik writer,.soooo impressive!! wonderful sgt keke,. btw tahniah coz hit blog ijo tinggi melangit hehe,.
ReplyDelete-biena-
ish ade pulak try and error, kalau aku memang dah kena reject dah lelaki macam ni, hei, geram, hehe
ReplyDeletetry n error.... kesian mia...... huhhuhu wow... romantika de amour btol la zayed n rina nie... heheheh :D Thanks kak rehan
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
best bangat
ReplyDeletetp kan kak rehan, nty bila cerita ni tamat, boleh je kan sambung cite antara ziyad dgn atai pulak? heheh! xnak r dgn mia! hakhak!
ReplyDeleteKasanova!! Mmg le try & error.. :D
ReplyDeletehmmm...sekali ziyad ngan teratai daaaa... knp x ziyad n fida (saya ler tu). Hahahaha... suke2.
ReplyDeletepompuan xleh try & error..nnti tergadai body..hukhuk..
ReplyDeletex abis2 lg ziyad ni duk kcau zafrina..
ReplyDeletelaaa..ingatkan rina mimpi kawen dengan zayed >.<
ReplyDeletenanti ade kesinambungan ziyad dengan teratai ke??
lps ni bleh smbung citer ziyad plak.. smua berkait,, buat citer mcm pnulis susan elzbeth philips..:)
ReplyDeleterisau nya dgn teori try n error. =='
ReplyDeleteMesti lps ni citer psl ziyad dgn mia plak hihi
ReplyDelete