BAB 16
BAHUKU dipeluk
erat. Aku kerling dia yang hanya diam saja daripada tadi. Memeluk bekas bekalan yang dibawa oleh Zayed
untuk aku.
“Diam je?” Aku menegur.
Rasa tak betah
dari tadi diam saja. Macam dia marah
pula ternampak aku berbual dengan Ziyad tadi.
Tapi, rasanya tak ada apa pun. Di
tengah-tengah orang ramai pulak tu.
“Abang tengah
fikir nak cakap apa pada sayang ni,” jawab dia.
Aku ketap bibir
seketika. “Abang marah ke nampak Rina
sembang dengan Ziyad tadi?”
Zayed terus memandang aku lama. Dia menyilangkan kakinya dan menepuk bahu aku
beberapa kali.
“Abang nampak
sangat ke jealous, yang?” Dia berkali
beberapa kali ke kiri dan ke kanan persis menayang wajah macho dalam audition
modelling.
Tapi aku,
menggeleng sebab aku memang tak rasa Zayed cemburu langsung. Ziyad pula bukan nak menegur sepupu dia tapi
sibuk nak berlalu dengan Mia.
“Tak ada?” Mata Zayed membulat.
“Dah tak ada
nampak… tak kan Rina nak cakap ada pulak,” selaku.
Zayed ketawa
kecil. “Kalau tak nampak tu, tak
adalah. Tak ada makna nak cemburukan
Ziyad tu. Dia dah give-up tu haa…
lagipun, abang percayakan Rina. Tak ada
sebab abang nak cemburu tak tentu hala kalau abang percaya. Lainlah Rina dok berdua dengan dia dalam
bilik ke. Itu jangan kata cemburu, boleh
mendatangkan marah,” ujarnya.
“Hmm… dah tu
muka kelat je?”
“Eh, Rina rasa
ke wajah abang kelat?”
“Abang ni…” Mulutku muncung. Aku cubit sikit peha Zayed.
Mengada betullah. Situ je dia
ingat.
“Tak ada apalah,
sayang. Bukan sebab Ziyad ke
apalah. Tapi, kenapa Ziyad datang lepas
tu nampak keluar dengan Mia? Dah sangkut
mata kail Ziyad ke Mia tu?”
Aku angkat bahu
tanda tak tahu. “Ziyad kata T&E.”
“Apa tu?”
“Try and error,” jawabku.
“Oh my God… Ziyad buat perangai
lagi. Berapa juta wanita dia nak
T&E, kan? Kalau jumpa dia lagi abang
tumbuk dia sungguh-sungguh,” marah Zayed tiba-tiba dan pantas aku meletakkan
tanganku pada lengannya yang terdedah. Santai
saja hari ni dengan jeans demim gelap dan juga baju T berkolar warna kuning cair.
“Biarlah
dia. Katanya Mia pun setuju nak T&E.”
“Mia pun… sah
kena venom budak Ziyad dah ni,” bebel
dia lagi.
“Tapi tadi dia
ada tanya pada Teratai Nur. Lepas tu
dia maki-maki budak tu. Dia kata Rina kesian sangat dengan Teratai
Nur tu,” aduku.
Zayed sengih
sinis. “Jarang ni Ziyad sebut balik
perempuan yang dia dah tinggalkan apatah lagi perempuan yang buat dia
marah. Pada dia, yang lepas dia tak akan
sebut lagi. yang baru ramai
menanti. Waaa menarik ni. Rina tak try tanya dia apa-apa?”
“Kenapa?” Aku mula pelik.
“Abang rasa
Teratai Nur tu buat Ziyad jatuh cinta dah ke?”
Zayed
menggeleng. “Ziyad tak akan pilih budak
tu untuk jatuh cinta… apa-apa pun kita tunggu dan lihat jelah. Allah kalau Dia nak balas perbuatan seseorang
tu dalam banyak cara dan pada abang, Ziyad ni dah melampau sangat dah. Mak long hari-hari membebel. Kesian juga abang dekat mak ayah dia,” ujar
Zayed.
“Kalau macam tu,
abang nasihatkanlah dia…”
“Dah berbuih
mulut abang. Biarlah dia jatuh
tersungkur sekali dan abang yakin, masa tu dia akan cari kita masa tu,” putus
Zayed dan dia menggeleng beberapa kali dengan senyuman pelik.
“Hrmm… dahlah,
Rina. Jangan cakap pasal dia lagi. Makanlah bekal tu,” pelawa dia.
Aku menggariskan
senyuman. Ini dikira lawatan balas. Jika sebelum ini aku melawat dia tapi kali
ini dia pula melawat aku siap dengan bekal lagi biarpun mama yang masak. Bila aku buka penutupnya, bekalan yang mama
bagi aku tatap lama. Macam pelik je
masakan mama ni. Nampak hitam sungguh.
“Err… ni mama
masak ke?” soal aku kehairanan.
Zayed tidak
menjawab. Diam saja statik macam
batu. Hanya mata dia yang berkelip-kelip
dan itu pun tanpa senyum apabila haruman yang ternyata tidak wangi menerpa pada
rongga hidung.
“Mama masak ke?”
“Err… makan
jelah. Abang nak balik dah kejap
lagi. nak balik rumah mama nak bincang
pasal kenduri bertandang ni alang-alang abang cuti lagi. Rina pun nak masuk kerja dah kejap lagi,”
gesa dia.
Hai… aku dah mula
pelik. Sungguh pelik. Macam ada tak kena je tapi aku perlahan
membaca bismillah dan terus menyuapkan nasi goreng hitam itu ke mulut. Barangkali kicap sebab tu gelap tapi rupanya,
memang nasi itu rentung dan rasanya adalah… masin dan pahit. Wajah aku berkerut seribu. Apakah?
Adakah?
Aku pandang Zayed yang tersenyum padaku. “Sedap tak sayang?” tanya dia.
Aku ketap
bibir. Rasa nak muntahkah balik tapi
melihatkan wajah teruja Zayed, aku tak sampai hati nak luahkan semula. Perlahan-lahan aku jatuhkan kepala mengangguk.
“Abang masak
untuk Rina. Kesian isteri abang kena
kerja penat-penat. Dulu masa sebelum
kahwin abang selalu buli Rina suruh temankan abanglah, bawakan abang bekal
la. Dah tiba masa abang balasnya,” ucap
dia teruja dan aku sekali lagi mengangguk.
Nak muntah…
Aku tak mampu
nak kunyah dah. Cepat-cepat aku telan
dan aku telan suapan demi suapan tanpa mempedulikan rasa nasi itu. Hingga ke suapan terakhir, Zayed menahan.
“Sedap sangat
ke, yang? Sampai tak bercakap sepatah
pun. Mari abang rasa sikit.” Dia terus mengambil nasi terakhir itu dan
bila dia suakan ke mulut, wajah Zayed bertukar hadi hulk… hijau. *tipu je warna hijau*
Dia terus
muntahkan nasi tersebut dan aku pantas menadahnya untuk dia.
“Kenapa, bang?” soalku sambil menghulurkan air putih padanya
dengan wajah yang sengaja aku buat serius.
“So bad!”
jawab dia lalu dia teguk air putih itu kasar.
Aku ketawa. “Tak sedap ke?”
Dia menggeleng
dan mencemik. “Kenapa Rina makan kalau
macam ni rasa? Tak cakap dekat abang
pun?”
Aku senyum dan
menepuk belakang dia sikit. “Sebab Rina
dapat rasakan kasih sayang dan keikhlasan abang dalam setiap suapan Rina… jadi
rasa tak sedap tu hilang macam tu je…”
Dan aku lihat…
mata Zayed berkaca-kaca. Dia gariskan
senyuman dan mencuit hidung aku sedikit.
“Liar,” ujarnya tapi aku menggeleng.
“Nope… lover,” sahutku. Berdejavu.
KAMI sama-sama
berjalan ke ruang legar. Aku mahu
menghantar dia pulang terlebih dahulu memandangkan masa masih ada tersisa
beberapa minit lagi.
“Rina pergilah
masuk,” suruh dia.
Aku menggeleng. “Nak tengok abang balik dulu…”
“Rasa macam
dulu-dulu pulak…”
“Dulu-dulu?” soalku ingin tahu.
Zayed jatuhkan
kepala. “Dulu bila Rina balik abang
selalu perhatikan sampailah kereta pink Rina tu hilang dari pandangan abang,”
akui dia.
Jari telunjukku
terangkat otomatik. “Rupanya abang ni…”
“Ya, abang suka
stalk Rina dulu. Abang ingat kalau abang
tak ada perasaan pada Rina nak ke layan Rina sampai hari ni?”
Aku sengih dan
aku paut lengannya lalu melurut jatuh pada jari-jemarinya. Aku angkat tangannya dan aku kucup jemari
suam itu.
“Terima kasih…”
“Sama-sama… hari
ni kalau Rina kata nak dengar abang ucapkan cinta, tiap-tiap saat pun abang
sanggup tapi abang rasa tak perlu sebab…”
Dia berjeda.
Aku mengerutkan
dahi. “Sebab?”
“Dalam helaan
nafas abang ada nama Rina dan dalam tiap-tiap tasbih abang, abang percayakan
jodoh yang telah Allah berikan buat kita.
Hati abang milik Rina sejak dulu dan untuk apa Rina hendak berlumba
dengan perasaan sendiri? Percayakan abang…
seperti mana abang percayakan jodoh kita,” pohonnya lalu dia menggenggam kemas
jari jemariku.
Baru saja Zayed
mahu melabuhkan bibirnya ke dahiku, bahu dia ditepuk orang. Aku gamam dan Zayed lagilah gamam.
“Oh… thanks God you are here, doctor,”
ucap salah seorang doktor juga kat sini dan tak silap aku dia adalah junior Zayed.
Kami menjauh
sedikit dan sama-sama memandang wajah lelah tersebut. Aku pandang Zayed dan bertanya dalam diam.
“Kenapa, Rehan?” (nak jugak nama ni)
Aku lihat Doktor
Rehan lelah. Dia nak bercakap pun mengah
tapi dia paksa juga dirinya bersuara.
“Saya try call
doktor tapi tak dapat. Ada urgent case,” jawab doktor lelaki muda
ni.
“Jadi?”
“Kami tak boleh
buat, doktor,” jelas dia dengan rupa yang hendak menangis dah.
Aku mencuit
Zayed yang nampak cemas. Barangkali kecemasan benar.
“Rina carikan
baju. Cepat!” gesa Zayed dan aku terus berlari laju mencari
baju untuk masuk ke bilik bedah.
Sempat aku
berpesan pada jururawat bertugas yang
aku ada hal kecemasan di dalam wad bersalin.
Aku tahu… dari riak Zayed pastilah kes kecemasan. Setelah baju itu aku dapatkan, aku berlari
semula dan saat itu aku dengar seorang wanita dalam usia 30-an menangis di
koridor.
“Ya Allah, sakitnya doktor,” adu dia pada
kami bila kerusi rodanya semakin dekat ditolak oleh attendant tersebut ke arah
aku.
“Abang… ni.” Aku serahkan baju tersebut pada Zayed.
Dia mengangguk dan duduk mencangkung. “Puan, saya minta izin nak tengok, ya?” tutup Zayed pada wanita tersebut dan bila
wanita itu mengangguk memberi izin, Zayed menyingkap kainnya sedikit.
“Ya Allah… kaki bayi dah keluar ni, Rehan…
Rina,” ujar Zayed sedikit bertempik.
“Bayi songsang!”
Aku bulatkan mata. Menggigil rasanya tubuh aku kala ini. Melihatkan Doktor Rehan yang bagaikan buntu,
aku tahu pasti dia dimarahi oleh Zayed.
Attendant terus saja membantu Zayed
menolak kerusi roda itu laju masuk ke dalam wad. Aku dan beberapa orang jururawat lain berlari
mengejar tapi sayang, ada pesaki. Zayed
meraup wajahnya bila bilik yang lain juga penuh.
“Kita bawa ke HKL?” cadang Doktor Rehan tapi Zayed menggeleng.
“Tak sempat. Footling Breech. Nanti bayi lemas,” ucap Zayed sedangkan kami
kala ini tersadai di koridor depan labour room.
Tiba-tiba datang seorang housemen menolak
sebuah katil ke arah kami dan pantas kami mengangkat si ibu ke atas katil dan
airmata aku menitis kata si ibu menjerit kuat dan bila aku intai, darah sedang
membuak-buak. Kaki bayi pula membiru.
“Ya Allah… kaki bayi dah biru abang,”
beritahuku pada Zayed dan dia mengintainya juga lalu dia beristighfar
panjang.
“Kita cuba vaginal delivery jugak,” ujar Zayed cemas.
“Boleh ke doktor. Ini kes songsang. Nak-nak
kaki takdah keluar pun.” Doktor
Rehan bagai membantah keputusan Zayed.
Renungan Zayed tajam. “We
have no choice… and Rina, you go.
Sembang dengan patient,” arah
Zayed keras dan aku terus berlalu dekat pada kepala wajah wanita itu.
“Puan… sabar puan. Ingat Allah.
Kami akan cuba selamatkan puan dan bayi puan, ya?” pujukku biarpun aku tahu dia tak mampu
memberi tindak balas lagi dek rasa sakit yang pastinya tak tertanggung.
Aku pandang Zayed yang sedang
membongkok.
“Cervix dah terbuka dah ni,” ucap
dia.
Zayed kembali menumpukan perhatian di
bantu oleh Doktor Rehan dan beberapa orang attendant senior. Dalam keadaan ini, dia perlu pandai meraba
bahagian-bahagian tubuh bayi dan dia perlu keluarkan perlahan-lahan tanpa ada
tarikan pun.
“Rehan, lap kaki bayi cepat,” arah
Zayed.
Aku diam dan terus mengusap kepala ibu
yang sudah bagaikan tidak sedarkan diri.
Matanya berkelip-kelip tapi rengekan dan tangisan tiada lagi
bergema. Peluh mula merenik di dahi
Zayed. Bajunya juga habis dicemari
darah. Aku diam berdoa moga semuanya
selamat. Pertama kali berhadapan dengan
perkara ini, aku bagaikan tidak berpijak di bumi.
Tidak lama setelah itu, Zayed tegakkan
tubuh dia sedikit. Aku nampak dia
perlahan-lahan menarik bayi tersebut keluar daripada rahim ibunya dan sungguh,
separuh tubuh bayi tersebut sudah membiru.
Tangisannya juga tiada.
“Rehan… bawa bayi ke wad cepat. Saya uruskan si ibu dulu,” suruh Zayed lagi
dan dia tersenyum padaku dalam lelah.
Aku balas senyumannya dan bila aku kalih
pada wajah si ibu, pegangan tangannya padaku kian longlai. Aku tepuk pipinya.
“Puan… puan dapat anak lelaki. Alhamdulillah sihat dan selamat…”
Namun, wanita itu tetap membatu. Aku periksa nadinya dan jantung aku hampir
terhenti. Aku pandang Zayed.
“Abang,” seruku cemas.
Zayed mendekat padaku dan dia membuka
kelopak mata wanita tersebut sebelum beralih pada nadinya.
“Ya Tuhan…” Hanya itu
yang aku dengar dia sebut dan dia hampir rebah jika aku tidak
menyambutkan di dalam pelukan.
“She’s
gone. A… abang tak… mampu nak…
selamatkan di… dia, sayang,” gumam dia
dekat dengan cuping telingaku dengan suara yang terketar-ketar dan aku terus mengeratkan pelukan.
~~> bersambung
Rehan;
ReplyDelete1) okey, ada jugak nama tu.
2) Teratai Nur, suka nama klasik tu
3) Situasi doktor memang macam ni kan..
4) Next, please..ngee
doktor rehan...pun boleh la..hehehehehe
ReplyDeletesaya rasa nanti msti zayid dgn teratai kannn. pastu msti kak rehan buat citer sequel pasal zayid dgn teratai pulak kan.heee
ReplyDeletebtol..t nk tgk ziyad n atai lak..
Deleterase berdebar pulak bace n3 ni, huhu, semoga ibu2 yang nak bersalin diberi kemudahan, aamiin.
ReplyDeleteaduhaiii.. ai pon debor baca nih.. wlpon xde pengalaman lagi.. sian mak baby tu..
ReplyDeletejgn zayed down dh la pasnih.. :(
p/s: eh eh nak jugak dia jd doctor sama ngan rina ngan zayed si rehan ni *ish3*
~acu~
owh..lupa plak. i'm touched part bekal tu.. tabahnya rina.. hehehehe.. pasni zayed kna g kursus msk2 :P
Deletehehehehhe... doktor rehan nmpaknyer... hehheehhee thanks kak rehan
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
Sedih nye...
ReplyDeleteSedih nye...
ReplyDeleteTerimakaseh utk n3 ini, mmg keseluruhan kisah yg RM paparkan ada pelbagai intipati terselit yg amat2 kak kagumi..tahniah ya!!
ReplyDelete~ Kak Aminah
sangat la menarik...
ReplyDeleteNasi goreng hangit pun jadilah, asalkan tukang masaknya hensem. Lebih lagi kalau masak dengan penuh kasih sayang..
ReplyDeleteMmg kerjaya doktor mencabar minda, kalau tak kuat beginilah jadinya. Sebab itu bila tak dapat selamatkan pesakit, doktor dipersalahkan.
wa.. best
ReplyDeletecian mak baby tu tak dapat diselamatkan
harap zayed jangan down semangat pulak..
sebab tule Nabi ada menyebut ibumu3x baru bapamu....inile dianya ...berrtarung nyawa..untuk seorang anak...pengalaman sya sendiri 10jam tanggug sakit untuk delivered baby...tp alhamdulillah selepas 5 thun dah xingat dah mcm mna rsa sakit tu...subhanallah..
ReplyDeletekenapa doktor2 lain tu x ambil tindakan segera 'seacerean"kan pesakit tuje...kan masa scan dah tentnya nampak bby tu songsang..sian zayed sbb kelembapan doktor lain buat kptasan dia tnggung risikonya...
ReplyDeletesetuju ngan anda rasanya kalu songsang rasany nurse @ dr dah tau awal coz peringkat akhir kehamilan kita gi checkup setiap minggu n dr akan buat keputusan yg kita ni bersalin normal @ ceaser
DeleteSedih ibu baby xsempat pun tengok anak yg dilahirkan & baby xsempat menyusu dgn ibunya..
ReplyDeleteDr Rehan ni laki ke perempuan. he³...
ReplyDeletepengalaman saya pregnent 3x scan doktor kerajaan sahkan baby breech...tp pegi doktor swasta and bidan kmpng dua2 kta normal...doktor kerajaan dah set kli ke-4 scan breech lg buln ke_8 atau on due date terus ceaser deliverbaby..msa tu dr xde darah tinggi jd adele pulok.....itu yg pelik kes dr zayyed ni...doktor2 lain x buat ape2 ke yekkk....
ReplyDeletekadang2 dia check up tempat lain tapi pergi spital lain.. hal ni jadi kt kakak ipar saya tp takde la kuar kaki tu.. kadang2 tak ikut tarikh jangka utk bersalin. biasanya hospital akan bagi tarikh kan utk anak2 songsang ni ceaser tp kes ni dia mcm sakit pecah ketuban awal.. gitu la lebih kurang citenye
Deletekak rehan, ade typing error.. rasanya mcm nak tulis berpaling, tapi akak tulis berkali. ayt ats.
ReplyDeletePeh...doktor rehan yea...
ReplyDeleteWaa..sedihnye..
-ieja-
bkn senang nak jd doktor. pengalaman seorng kwn sya..belajar d uni kt luar negara...thn akhir praktikal 3x gagal handle kes kelahiran (berlaku kematian samada baby@ si ibu) terus gagal dan berhenti. balik malaysia akhirnya join kursus PJJ untuk jd cikgu mengajo subjek sains..
ReplyDeletekesiannye..confirm lps tu dia traumatic kan....
Deletesy tak suke pasal doktor2 ni. cam bosan je. tp bile bace cter ni plus n3 ni best la pulop..
alamak.. penulis dah jadi doktor.. cerita baru ni..layan jer la rehan..
ReplyDeleteni lah yang Ibu2 takut n Risaukan setiap kali hendak bersalin...
ReplyDeletepada doktor kite letak kepandaian dalam menguruskan dan membantu sedaya yang mungkin dan pada ALLAH kita serahkan takdir ini..
hidup dan mati sumer ketentuannye..
sedih nye...sian baby bila ibu dia dh xde...hrp2 baby tuh selamat...
ReplyDeleteSUBHANALLAH...setiap wanita yg dh bergelar ibu pasti..dpt rase detik yg pernah kite lalui walau pn cara melahirkn berbeza...yg tk dpt di tangguh biar sedetik Ajal yg tlh ALLAH janji kn pd hamba nye.Innalillah.............tabah lh Dr zayed ajal bkn di tngn para2 Dr...kekadng betapa kecewa nye hati yg bergelar Dr bile gagal menyelamat kn nyawa pesakit nye......atas ketentuan nye kite kena redha.....trime kasih dek writer kerna mengingat kn kite perih nye melahir kn n kekdg nyawa jadi galang ganti...tq to para2 Dr,ape yg akak baca neh dek ade lh hakiki...tq to u gak writer...
ReplyDeleteSiannya.....tp itulah hakikat yg sering terjadi bila Allah berkehendakkan sesuatu itu berlaku
ReplyDeletehamboi..masuk gak nama tu..Dr. Rehan lagi,.
ReplyDeleteahaks..x kisah la..tp sedih tetiba bila mood seblm tu gelak2 romantik then tetiba jd sedih..
Mia pon nk t&e ke..hmm confirm tak berubah la si zayid ni... moga dia ngan teratai la..benci sgt dia kt teratai..karang love gila plak..
ReplyDeletekesianya ibu tu..huhu..sedihnya..(teringat masa melahirkan)
ngeri bce part footling breech,. pe2 pon part Dr Rehan tu make me smile keke,.
ReplyDeleteRM mmg mantap kali ni! n3 kali ni sangat2....mm no words 4 me 2 describe, its amazing RM! u've done it superb! keep it up..
ReplyDeleteen3 kali ni betul2 buat sy insaf.serius.kuasa Allah.rindu pulak kat puan ibu di kg.
ReplyDeletefor kak Rehan..
ReplyDelete1) Serius, sy nak cari Husband macam Dr.Zayed tue.. -ala2 bercinta lepas nikah.. romantik, baik, hensome n semua lah...
2) sy terkesan n sedih dgn Ibu baby tu... --___-- ...
3) Dr.Rehan tolong Carikan org macam Dr.Zayed tue.. Ciri2 yg ada pada dia... saya dah Jatuh Cinta dgn Dr.Zayed sebenarnya..haha..
4) Tahniah! dgn penulisan anda. Hebat! Sokong kak Rehan 1001%..
Nak juga si rehan tu menyelit hehehe
ReplyDelete