BAB 17
MAMA paut bahu aku.
“Zayed tak balik lagi?” soal mama saat aku sedang berpeluk tubuh
bersandar pada bingkai pintu gelungsur pada malam yang kelam dan dingin
ini.
Aku menggeleng dengan wajah sedih. Rasa hendak menangis mengenangkan perkara
yang terjadi siang tadi. Zayed
lebih-lebih lagi. Pertama kali setelah
bertahun-tahun kami sama-sama menghadapi kematian pesakit.
Perkara itu adalah lumrah alam. Mati itu pasti hanya waktu, tempat dan sebab
saja yang menjadi persoalan. Zayed tahu
hakikat itu. Kami semua juga. Bukan tidak pernah melihat kematian namun
hanya ini pertama kali aku dan Zayed sendiri melihat si ibu meninggal
dunia. Biasanya, kami akan selamatkan
ibu jika benar-benar dalam kondisi yang berbahaya dan itu pun atas permintaan
keluarga masing-masing.
“Teruk sangat ke dia? Rina tak try call dia?” soal mama.
Aku angguk. “Tak ada jawapan, ma,” sahutku.
“Sabarlah.
Adalah tu dia nak tenangkan fikiran dulu.”
“Dia kata nak buat report petang tadi tapi
kenapa tak jawab call Rina dan suruh Rina balik dulu?” Aku mula sebak. Perlahan-lahan aku jatuhkan kepala pada bahu
mama dan airmata aku menitis setitis.
“Sabarlah, sayang. Bagi ruang sikit. Bagi dia tenangkan hati dia. Mesti dia rasa bersalah tu,” pujuk mama dan
kali ini aku terus memeluk tubuh mama yang masih sama seperti dulu.
“Rina tak boleh nak ingat, mama… ibu tu
tiba-tiba dia… dia…diam,” beritahuku pada mama.
“Dah sampai masa dia. Itu memang tugas Rina dan Zayed kan tapi
bukan kamu berdua yang tentukan semua tu.
Allah maha tahu. Mungkin Allah
nak duga kamu suami isteri dengan kejadian seperti ini. Setidak-tidaknya, si anak masih ada pewaris,”
ujar mama.
Aku menggeleng. “Bayi tu sebatang kara sekarang, ma,”
beritahu aku dengan rasa sedih yang tak luak-luak.
Mama mengusap kepala aku lembut. “Aka nada jalan yang terbaik buat bayi itu
nanti. Allah akan jadi penjaga dia.”
Lidahku kelu. Tak tahu lagi nak berkata apa. Rumah hari ni suram dan rasanya inilah
pertama kalinya rumah kami suram bagai dilanda garuda. Kehadiran kedua-dua mertuaku tadi pun bila
aku khabarkan berita tentang ini. Mereka
mahu memujuk Zayed tapi Zayed hanya diam tidak menjawab panggilan.
“Rina nak ke hospital, ma,” beritahu aku
pada mama dan aku sudah bersedia hendak berlalu tapi mama menahan.
“Rina call dia dulu. Jangan terjah macam tu je. Minta izin suami Rina nak keluar ni biarpun
Rina memang nak pergi cari dia,” pesan mama.
Aku angguk dan terus berlari ke dalam
bilik. Telefon aku capai dan nombor
Zayed aku dail.
Lama aku menanti di talian. Malah bukan sekali aku membuat panggilan
malah berkali-kali tapi Zayed tetap tak mahu menjawab. Aku mencuba lagi. Tak mahu berputus asa seperti mana aku tak
pernah berputus asa menanti dia bertahun-tahun dulu. Apatah lagi kini setelah dia bergelar
suami.
Kali ini hanya beberapa kali deringan, aku
dengar suara Zayed di hujung talian. Sedikit bising. Bagaikan angin yang bertiup kencang.
“Abang,” seruku.
“Hrm…”
Hanya itu menjadi jawapan Zayed padaku.
“Abang kat mana? Rina datang jemput abang balik, ya?”
“Toksah…”
“No,
abang. Jangan macam ni. Rina faham…”
“Abang dah on the way balik,” cantas dia.
Aku hela nafas lega. “Now
dah kat mana?”
Zayed diam.
“Abang kat mana dah ni? Dah hampir lewat malam ni.” Sekali lagi aku bersuara tapi dia masih diam.
“Subhanallah, abang… abang okey je,
kan?”
Dia tidak menjawab biarpun sepatah
perkataan pun membuatkan airmata aku menitis laju.
“Jangan macam ni, bang. Semuanya dah ditakdirkan. Abang dah usaha…”
“No,
sayang. Sepatutnya abang boleh
selamatkan kedua-duanya,” rintih dia lemah.
Tak mampu aku bayangkan riak wajah Zayed saat ini. Rasa hendak berlari dan terus memeluk dia
kala ini bagi menenangkan dia.
“Abang dah cuba. Rina nampak kesungguhan abang mencuba tapi
arwah dah tenat masa tu. Dia hilang
banyak darah dan tenaga.
Setidak-tidaknya waris dia kita mampu selamatkan,” pujuk aku biarpun aku
sendiri tidaklah kuat hendak mengingati perkara ini.
Zayed diam. “Abang salah, kan?”
“Ya Tuhanku… wahai suamiku yang aku
kagumi, kita kembali pada takdir Allah. Kita lepaskan semuanya, bang. Allah maha tahu,” pujuk aku lagi.
Suara Zayed padam. Talian dibiarkan saja begitu membawa angin
yang menderu menyapa peluput telingaku.
Sesekali aku dengar dia mengeluh dan menyebut Allah.
“Abang kat mana?” tanyaku sekali dengan kaki yang melangkah keluar bila aku dapat rasakan
dia semakin menghampiri aku.
Daun pintu aku buka dan kaki aku berlari
turun ke bawah. Mama dan abah hanya
memandang. Begitu juga yang lain. Masing-masing bagai sedang membendung rasa
sedih bersama-sama kami.
Kini, aku berdiri tegak di pintu. Bismillah meniti di bibirku dan aku tarik
pintu utama agar terkuak lebar dan ternyata, kereta Zayed berhenti tepat di
depan pagar. Talian masih tidak
diputuskan. Bila dia keluar dan membuka
pagar, aku nampak langkahnya kian longlai.
Lemah segalanya. Matanya merah
dan wajah itu langsung pucat.
Kaki aku menapak. Selangkah Zayed mendekati, dua langkah aku
menghampirinya. Kini, wajah Zayed
bagaikan kabur di mataku memaksa aku menghentikan langkah. Telefon aku letak di dalam poket seluar trek
yang aku pakai.
Melihatkan dia yang memandangku bagaikan
merayu kasih, aku mendepangkan tanganku.
Lalu Zayed menapak pantas lalu memaut tubuhku erat. Memelukku bagaikan tak mahu dilepaskan lagi
hingga kakiku sedikit terangkat.
“Tenanglah, abang. Tenanglah.
Apa yang terjadi bukan kemahuan
kita. Dia pergi kerana janjinya dengan
Allah sudah tiba. Moga syurga
tempatnya. Abang tak salah kerana abang
dah berusaha tapi kudrat tidak di tangan kita, abang,” bisikku bersama juraian
airmata lalu aku usap kepalanya lembut.
Bagaikan menepuk dan menenangkan anak kecil dari ketakukan kerana aku
yakin, Zayed sedang menahan rasa takut.
“Abang salah…”
“Syhh…”
Aku jauhkan wajah dan menutup bicaranya dengan bibirku seketika.
“Abang tak salah. Abang dah usaha,” pujuk aku.
“Tapi…”
“Jangan tapi-tapi, abang. Sepakar mana pun kita, ingatlah Allah yang
mencipta kejadian dan pada dialah segala kejadian manusia ini kembali.”
Pesan mama, aku lebih perlu bertenang
daripada dia. Zayed pasti tertekan. Zayed pasti kepedihan dan akulah yang akan
jadi penawar pedihnya dan penawar untuk jiwanya yang tertekan.
Sekali lagi aku paut tubuhnya erat dan
Zayed membenamkan wajahnya ke leherku lama.
Saat ini, dapat kurasakan titisan air mata Zayed jatuh ke leherku. Aku gariskan senyum dan terus mengusap
kepalanya.
“Subhanallah yang mencipta kehidupan. Daripada Dia kita datang dan pada Dia kita
akan kembali,” ujarku lagi berharap terus menusuk ke dada Zayed dan bila dia
mengangguk, aku hela nafas lega.
Tubuh yang menggigil itu biarlah aku
salurkan kehangatan buat dia. Biarlah
dia berasa selamat bersamaku biarpun dia adalah lelaki yang gagah dan aku
adalah wanita yang lemah kerana Allah menjodohkan kami untuk saling
melengkapi.
Dia kekuatanku dan akulah ketenangannya. Seperti mana Rasullullah yang pulang
menggigil kala didatangi Jibrail di Gua Hira’ saat pertama kali menerima wahyu,
baginda diselimut dan dipeluk kemas oleh
isteri baginda Khadijah dan aku biarpun tidak mampu menjadi sebaik Khadijah
r.a, aku sentiasa mencuba menjadi isteri yang baik buat Zayed.
“Allah telah datangkan Rina pada waktu
yang tepat menjadi isteri abang,” ujarnya dan aku mengangguk saja membiarkan
Zayed terus memeluk tubuhku kemas biarpun aku tahu, abah, mama, along, angah
dan kedua-dua kakak iparku sedang memerhatikan kami.
PERISTIWA itu berlalu biarpun tidaklah
terlalu lama. Namun, entah mengapa,
setiap kali aku melalui wad kanak-kanak dan melihatkan kanak-kanak itu, hati
aku sebu. Apatah lagi mendengarkan yang
dia akan dihantar ke pusat kebajikan.
Aku ketap bibir. Sejuta kali aku
bertuah hendak dibandingkan dengan mereka.
Itu tidak dikira lagi dengan anak-anak Palestin yang berjuang untuk
hidup setiap saat.
Kala ini, aku menginsafi diri. Sentiasa insaf dengan diri yang hina-dina
ini. Pada Allah aku panjatkan doa moga
dia selamat saja di mana pun dia dihantar kerana arwah ibunya juga seorang yang
sangat kuat kala kami berusaha
membawanya keluar.
Biarpun aku nampak Zayed masih trauma,
tapi dia tetap cuba bangkit. Dia senyum
dan dia adalah Zayed yang pernah aku kenal.
Dia suami yang penyayang dan doktor yang berbakat.
“Tengok apa?”
Aku tersentak. Tak sedar bila Zayed ada di sisi. Aku pandang jam dipergelangan tangan. Waktu kerjaku sudah lama tamat. Hari ini kami berbeza waktu kerja lagi.
Aku pandang dia. “Tengok bayi tu… siapa nama dia, ya?”
Zayed menjongketkan bahu. “Abang pun tak tahu, sayang. Apa yang abang tahu, dia akan jadi seorang
anak yang baik dan kuat sebab ibu dia kuat,” jawab Zayed.
Bibirku menguntum senyum dalam sebu. “Insya-Allah, bang.”
“Lepas apa yang jadi buat abang insaf dan
abang harap Rina tak takut untuk jadi ibu.”
Mata Zayed aku renung dan aku
menggeleng. “Tak akan Rina takut hendak
ramaikan umat Nabi Muhamad menjadi khalifah di bumi Allah ni. Ajal maut di tangan Tuhan… dugaan itu adalah
bahagia masing-masing bagi menguji keimanan, kan?” soalku dan Zayed mengangguk.
“Kadang-kadang abang rasa takut.”
“Takut itu perlu tapi jangan putus asa,”
pesan aku lagi.
Mata kami sama-sama melihat pada bayi yang
kami sendiri tidak tahu namanya. Yang
pasti, dia akan meninggalkan kami sikit waktu lagi. Apa yang aku harapkan, moga dia dijaga dengan
baik oleh keluarga angkatnya setelah mereka mengambilnya dari Jabatan Kebajikan
nanti.
“Itulah, kan… sepatutnya abang tak ikut
perasaan sangat.”
“Abang…”
Aku tarik tangan Zayed. Beberapa
jururawat yang lalu lalang tersenyum pada kami.
Jealous ke apa. *sempat lagi buruk sangka*
“… kita ni manusia. Macam mana pun, rasa bersalah tu tetap
ada. Mood rosak juga kalau ada yang tak
kena. Kerja kita ni dengan nyawa orang,
bang. Abang kena kuat. Dah ini bidang abang. Apa nak kata? Lagipun, abang dah lama dalam bidang ni cuma
Rina pelik… bukan abang tak biasa hadapi kematian, kan?”
Zayed melabuhkan duduk di atas bangku yang
ada di sebelah bilik khas yang menempatkan bayi yang kami sambut kelahirannya
dengan susah payah tempoh hati. Dia
menyandarkan kepalanya pada dinding dan meraup wajahnya beberapa kali sebelum
keluhan kecil dilepaskan.
“Abang pun tak tahu…” Dia menggeleng.
“Apa yang pasti, abang rasa salah abang
sebab abang sepatutnya boleh selamatkan keduanya. Dengan kecemasan dan paling sedih dekat
koridor dalam waktu yang begitu genting,” jawab dia kemudiannya.
Aku menyeluk poket seluar dan membalikkan
tubuhku bersandar pada kaca itu.
“Macam mana arwah tak tahu ke dia
songsang?”
Pelik juga. Pastilah doktor telah memberi tarikh untuk
melakukan pembedahan bagi ibu yang memang mengandung songsang.
“Itu abang tak tahu tapi bila abang tengok
rekod dalam buku pink dia yang HKB (Hospital Kuala Kubu) hantarkan pada abang,
sepatutnya tarikh operation dia dalam
dua minggu lagi. Tarikh yang doktor bagi
tapi tarikh yang Tuhan tetapkan tak siapa mampu halang, kan?” Dia tersenyum tawar.
“Betullah tu. Patutlah dia tak tahu apa-apa dan dengar kata
dia naik teksi je datang sini terus.
Rina harap tak ada lagi ibu-ibu yang lalu benda macam tu tapi kalau
Allah nak duga, siapa kita nak halang.
Huh…” Aku lepaskan keluhan.
“Rina nak balik dulu. Jumpa abang pagi esok, ya?”
Baru nak berlalu, Zayed menahan. “Susahkan bila kita tak sekali kerja macam
ni.” Tiba-tiba pula dia usulkan soalan macam ni. Aku sengih.
“Dah tu?”
Keningku naik.
“Nak suruh Rina dok rumah macam Kak Anaresa
macam tak kena pulak… kalau terus kerja, asyik clash masa je bila kita nak ada keluarga besar?”
Oh rupanya itu yang dia risaukan. Mengerti
dengan apa yang dia mahu katakan, aku menguntum senyum.
“Kalau macam tu, baliklah awal sikit esok
pagi. Sebelum Subuh sempat kot…” Aku
kenyitkan mata. Sengaja aku mahu bangkitkan kenakalan pada wajah Zayed berharap
agar dia lupakan perkara yang telah hampir meragut semangatnya.
Bibir Zayed herot dengan senyuman. Dia menggeleng kecil dan melepaskan tangan
aku.
“You make me hot malam-malam macam ni,
sayang,” ujarnya dan aku senyum.
“Kalau abang hot, Rina sejuk ni. Balik awal esok pagi hangatkan Rina.” AKu kenyitkan mata dan terus berpaling
setelah aku titipkan salam buatnya.
Sudah berminggu kami jarang bersama. Sekadar mencuri sedikit masa makan bersama
kala di hospital dan itupun saat aku mahu pulang dan dia pula baru mahu
bertugas. Terasa sukar hendak kami
menjaga masa yang ada tersisa.
~~> bersambung
ohh yeahhh..y d tnggu2..xsabo nk bca..hehe
ReplyDeletesyg RM!
hehehee...touching dgn rina ni.
ReplyDeleteMmg kesian kat baby tu, tp ayahnya mana? Zayed lak dah pandai beromantik skrg.... I like!
ReplyDeletebest best best best.Nak lagiiiiiiiiiiiiii......
ReplyDeletethanks rehan....untuk entry yang tak putus2 lately. suka sangat.....
ReplyDeleteSuruh rina ambik anak tu wat anak angkat.sedey lak bc n3 ni, mujur ayat2 last tu mnhangatkn blik suasana hihihi
ReplyDeleterajen nye cik Rehan up new en3 keke,. camtu lah lumrah jdi doktor,.kne kuat physically n mentally,. tgu next en3 plak keke,.
ReplyDeletehehehee.....thanks kak Ann,bru igt nk td0 alih2 sangkut...best sgt2 nk lg
ReplyDeleteain hime
thanks, rm. byk en3 hari ni. suke..tapi nak tau juga apa sambungan IAM. rindu kat alai n khail..
ReplyDeleteurm... x tau nk ckp ap.... hehehheheheh best... sedih da nk ending..... T.T
ReplyDeletethanks kak rehan for this entry... ^_^
-Song Hyun Sun-
agaknya..nti rina n zayed ambik baby tu jdi nk angkat tak? hehe... sedey di awal cite(dalm bab ni) best n d best... haha. di hujung cite..
ReplyDelete'you make me hot di malam-malam macam ni sayang.' uhuk..uhuk...
tersedak dah kita...ahahaha...romantika zayed dh dtg. ^__*
Thanks for all the n3s that u uploaded 2day. Sgt2 enjoy baca semua n3s...mcm2 feelings timbul hari ni
ReplyDeleteThanks kak Rehan! Saya speechless taktahu nak comment apa sebab saya dah terjatuh hati dgn Zayed, hehe mintak mahap Rina. Amboih Rina, nakal. Hahaha anyway, goodjob kak Rehan! Sila rajinkan diri lagi ya! :D
ReplyDeleteDR REHAN...sye nk bab 18 plak..u make me hot to..hahaha =) best sgat..syagku ziyad jgn nakal2..xtaw knpe suke dgan watak ziyad wlaupun kasanova gitu..huhuhu
ReplyDeletesian baby tu...tp zayed kesal terlebih2..mcm x blh terima takdir plak
ReplyDeleteSyukur sgt sbb rm rajin post n3 lately. before this pon rajin jgk cuma tak sekerap ni..thanks a lot..
ReplyDeleteCian zayed...rasa bersalah tp tu takdir...
ReplyDeleteZayed tu mmg doktor yg komited dgn krja.mgkin sbb tu dia rs berat bila xdpt selamatkn patient.apapun ajal si ibu dh tertulis.
ReplyDelete