BAB 18 [akhir]
DUA BULAN berlalu setelah perkara
menakutkan itu. Dalam dua bulan ini juga
tak ada kenduri menyambut pun. Zayed sendiri tak mampu
dapatkan cuti dalam waktu itu dan aku juga masih berbeza waktu kerja dengan
dia. Sudahnya, kami hanya adakan kenduri doa selamat cukur jambul buat anak
buah ke-empat aku. Anak angah dan kak
ngah yang dia beri nama Zariq. Seorang
bayi lelaki yang comel dan sihat.
Kak ngah juga tumpah darah dan bila aku
ingat kembali saat Zayed mahu menyambut kelahiran kak ngah, tangan dia
menggigil juga namun dia tetap tenang. Telinga aku mendengar dia membisikkan
nama Allah sepanjang masa bila kak ngah mengalami pendarahan yang agak teruk
dan syukur bila Allah masih sayangkan kami.
“Jauh termenung?” Tanya dia kala aku duduk di laman rumah. Melihat pada tetamu yang beransur pulang.
“Letih sikit.” Aku senyum dan menepuk kerusi batu di sebelah
aku meminta dia duduk.
“Mama dengan ayah abang dah balik
ke?”
Dia angguk. “Rina dah jumpa diorang tadi, kan?”
“Erm… dah.
Lepas tu rasa sesak sangat duduk dalam rumah tu. Rasa panas betul.” Aku mengipas-ngipas sikit baju aku. Kurang selesa.
“La… abang ingatkan sayang sejuk
tadi. Baru ingat nak hangatkan.” Zayed gelak mengekek.
“Abang ni, hangat semalam tak hilang
lagi,” ujar aku pula lalu aku cubit peha dia dan menepuk perlahan kemudiannya.
Tawa Zayed lepas. Dia memeluk bahu aku rapat padanya dan
mengusapnya lembut. Selendang yang aku
pakai dia kemaskan sedikit sebelum dahiku menjadi mangsa bibirnya.
“Abang ada hadiah untuk sayang.”
“Oh ya?” Wajah aku teruja. “Apanya?
Porshe ke? Lamborghini?”
Mata dia membulat. “Amboi… padanlah abang bagi BMW abang tu
sayang tak nak… nak pakai lebih lagi rupanya.
Ish… ish…” Dia menggeleng tapi aku
tahu dia sekadar bercanda.
“Jazz Rina tu siapa nak pakai kalau pakai
BMW abang?”
“Keh keh keh…” Dasyat gelak Zayed malam ni.
“Tak adalah. Hadiah dia biasa-biasa je
tapi boleh buat Rina senyum mungkin.”
Zayed menghulurkan sekeping sampul surat padaku.
Bila aku pegang dan menarik isi di
dalamnya, mata aku membulat. Surat
permohonan membuka klinik sendiri yang diluluskan.
“Abang?”
AKu tekup mulut tidak percaya.
“Bila abang mohon ni?” Sungguh sukar aku nak percaya. Tak sangka langsung.
“Sejak abang sedar kita tak ada masa
bersama sangat untuk buat anak,” jawab dia tak malu.
Aku mencemik. “Eleh abang tu…”
Sekali lagi dia ketawa kuat. Langsung tidak dihiraukan orang lain.
“Abang dah mampu gerak sendiri
rasanya. Lagipun, abang dah tak lalu nak
jadi doctor sakit puan.”
“Err… lepas kes dulu tu ke?”
Dia menggeleng. “Sebab abang sayang Rina dan sayang anak
dalam perut Rina ni,” ucap dia dan sentuh perutku tak semena-mena.
“Eh, apa abang cakap ni?” Berkerut dahi aku nak cerna kata-kata
Zayed.
Aku raba perut aku. Kalau aku mengandung, macam mana dia dulu
boleh tahu. Walaupun PMS aku memang lewat tapi baru dua hari dan itu perkara
biasa.
“Sebagai seorang suami yang prihatin dan
kagum dengan kecantikan dan keindahan tubuh isterinya, abang tahu akan
perubahan tubuh sayang dan abang yakin.”
Dia keluarkan calendar berbentuk bulat itu padaku.
“Kiralah sendiri,” suruh dia.
“Abang…” Aku risau pula bila dia Nampak
berharap sangat.
“Rina baru lewat dua hari tau… bukan dua
minggu,” protes aku sedikit.
“Nak bertaruh?” Keningnya naik dengan wajah menahan geram
bila aku menolak teorinya.
“Ya tapi apa taruhannya kalau abang
kalah?”
“Okey…apa Rina nak?”
“Rumah sebiji ada kolam renang, kereta
mewah dua buah siap dengan driver dan tak nak kerja. Nak duduk rumah macam kak long,” jawabku
bergurau.
Aku gelak tapi Zayed berwajah serius. “Dan kalau Rina kalah… betul tekaan abang,
Rina perlu temani abang seumur hidup ni malah sampai ke syurga. Jika Rina pergi dulu, nanti abang di pintu
syurga dan jika abang pergi dulu, Rina hiduplah bahagia di dunia kerana abang
restuinya…”
Aku melopong. Jauhnya beza nilai pertaruhan aku dan
Zayed. Biarpun aku bergurau tapi dia
begitu serius. Terus aku rasa nak menangis dan aku apit pipinya lembut. Berapa taruhannya jauh bernilai daripada
aku.
“Kalau kata abang pergi dulu, Rina nak
mohon pada Allah biar abang saja menjadi suami dan ayah pada anak-anak Rina
kerana Rina nak jumpa abang lagi di sana,” sahutku pula.
Zayed mengucup telapak tanganku. “Wahai temanku, seorang junior aku,isteriku
dan bakal ibu pada anak-anakku, Zafrina binti Zaini… aku, Ahmad Zayed bin
Zakaria mencintai kamu. Subhanallah…
maha suci Allah yang menciptakan kasih, meminjamkan sayang lalu kita bertemu di
dalam istana cinta halal dan restu-Nya. Tanpamu hidup ini sunyi. Tanpa kamu aku bagaikan mati dan tanpamu
bagai malam tiada bintang. Tanpamu aku
kan tersesat, tanpa kamu pastilah tiada hasrat dan tanpa kamu, bagaikan nafas
ini terhenti…”
Aku gamma. Mata kami bersabung pandang dan
tanpa sedar, airmata aku menitis laju.
Bagai tak percaya akan apa yang Zayed ucapkan kala ini. Adakah aku perlu akui yang dia adalah lelaki
romantis? Perlukah aku akuinya saat ini?
“Abang,” seruku sebak.
“Ya, sayang.” Sahut dia dengan suara yang lunak menggoda.
“Rina rasa itu lirik lagu, kan?” tebakku dan wajah Zayed masam.
“Laa… kalau sayang tahu buat-buat tak tahu
sudahlah. Jenuh abang hafal tau.” Dia
mencemik dan menarik muka masam.
Pegangan tangan kami terlerai dan dia
berpeluk tubuh. Lalu aku cepat-cepat
rapatkan tubuhku pada dia. Bergesel
bagaikan seekor kucing yang manja dengan tuannya. Bila dia menepis, aku semakin kuat memeluk
dia.
“Kamu syurgaku... titianku dalam mencari
cinta abadi,” bisikku ke telinga dia dan aku kucup lama membuatkan Zayed
sedikit menggelupur.
Tidak lama setelah itu, Zayed menarik aku
rapat ke dadanya. “Dan izinkan aku
menjadi imamku selamanya,” balas dia dan dahi aku menjadi mangsanya lagi.
“So, jom kita buktikan abang ke Rina yang
kalah tadi.” Aku bangkit dan menarik
tangan dia.
“Kita keluar dulu beli…”
“No
needs… I already got it for you, baby.”
Dia sengih jahat dan menarik aku menapak masuk ikut pintu belakang.
“Kenapa cepat sangat ni?” tanyaku bila dia
terus menarik tangan aku. Tak menang
langkah dah.
“Tak sabar nak tuntut pertaruhan dengan
Rina malam ni. Keh keh keh…” Dan dia
gelak pelik lagi.
TANGAN Zayed aku salami. Biarpun perut
yang besar buatkan langkah aku tidaklah lancar tapi dia tetap menunduk mengutip
kasutnya biarpun dia melarang. Sudah
terbiasa dengan cara aku tu. Aku tahu Zayed tak suka tapi apa nak buat aku
suka.
Aku dekatkan wajah aku ke dada Zayed dan
mengucup dadanya menghidu wangian yang membuatkan jiwa aku tenang.
“Wanginya abang,” puji aku dan aku kucup
lagi.
Zayed menepis lembut. “Abang berpeluh ni, yang. Busuk dok bersesak-sesak hantar Ziyad ke
kapal tadi.”
Oh aku baru teringat, Encik Ziyad nak
belajar lagi. Dia dan Mia, ternyata ERROR atau memang budak Ziyad tu berniat
dari awal hendak ERRORkannya, aku tak
pasti tapi biarlah dia. Aku lihat Mia pun relaks je. Dah dapat arahan bertukar ke Kelana Jaya pula
dia. Zayed sudah ada klinik sendiri dan
aku pula sudah dihantar bertugas ke HKL.
Lagi sibuk tapi setidak-tidaknya, Zayed sudi menemani setiap masa.
Dengar kata, bayi itu dulu sudah ada
keluarga yang menjaganya dan Teratai Nur, tak mampu aku pastikan sejauh mana
dia mampu bertahan namun semuanya pasti Allah ada melindungi.
“Ke mana dia kali ini?” soal aku.
“Perairan timur tengah.”
“Uiks… jauhnya?”
“Lagi jauh lagi bagus. Elok orang macam Ziyad tu hantar ke Palestin
je. Ada jugak pekdahnya kalau mati kat
sana.”
Dah… dia mula membebel tentang Ziyad
lagi. Cepat-cepat aku pujuk dia dan mengucup
pipi dia sekali lagi.
“Bau abang ni mengghairahkanlah.”
“Ya Allah…” Dia tepuk dahi.
“Kalau kata sayang mengidam nak pakai
Lamborghini masa ni, abang sanggup bergolok-gadai tapi sayang mengidam bau
abang… aduhai. Masam, sayang. Tak mandi lagi.”
“Wangilah…,” selaku dan Zayed
menggeleng.
“Yang lain mana?”
“Masjid.
Ada orang mengajar.”
Zayed angguk dan menarik tanganku mengikut
langkah dia. “Kita naik mandi dulu. Abang nak solat.”
Lengannya aku paut dan haruman tubuhnya
aku sedut sepuas hatiku. Huh… hampir tergoda
jiwa.
KAMI bersabung pandang. Sesekali Zayed mengucup perut aku. Kopiahnya dia buka dan tangannya meramas
jemariku yang semakin sembab.
“Abang nak hadiahkan rumah, sayang tak
nak. Nak kita tinggal dengan mama. Abang nak tukarkan kereta sayang, pun sayang
tak nak. sayang sangat dengan Jazz
tu. Sampaikan abang tak tahu nak bagi
apa lagi,” ujarnya.
Aku senyum. Memang aku menolak segala pemberiannya dan
aku memang selesa berada di rumah mama apatah lagi keadaan aku sekarang. Mujur dia mengerti akan kehendak aku yang
satu ni. Sesekali kami bermalam di rumah
keluarganya.
“Abang bagi ini…” Aku tarik tangannya dan terus aku lekapkan ke
perut aku yang hanya menghitung hari saja
lagi. Sebab itu aku dah mula
cuti.
“Ini wajib. Kalau boleh lepas bersalin je abang nak bagi lagi.” Dia mula bersungguh-sungguh.
“Banyak mainlah abang ni…”
“Eh mana ada… abang serius tiap-tiap
perbuatan dan kata-kata abang, tau,” selanya mencebirkan bibir.
“Yalah tu…” ejek aku.
“Kalau tak serius, tak kanlah ada…” Dia tunduk dan mencium lagi perut aku.
“… ada kamu di sini,” sambung dia persis berbicara
dengan anak yang memahami. Tapi, benar…
bayi ini sedang belajar dan melihat melalui aku dan Zayed.
Moga kamu menjadi khalifah yang soleh di muka
bumi Allah ini, wahai tanda kasih ibu dan papa.
Aku usap perutku mendoakan moga bayi ini lahir sempurna. Moga sihat sejahtera dan menjadi anak yang
soleh.
“Terima kasih, sayang,” ucap Zayed
tiba-tiba.
“Untuk apa pulak?”
Rasanya sudah banyak ucapakan terima
kasihnya buatku malah kasih sayangnya melimpah malah tak pernah terkurang. Malah membuak-buak setiap hari.
“Segalanya?”
“Spesifikkan,” selaku.
“Sudi tunggu abang, sudi jadi kawan abang,
sudi jadi isteri abang, sudi segalanya sudi.”
“Itu je?”
Aku menduga.
“Dan sudi ni…” Wajah Zayed rapatkan wajahnya ke wajah aku
tapi pantas aku menahan dengan tapak tangan.
“Abang busuk!”
“Tapi… abang dah mandi.”
“Busuk jugak…”
“Habis tu, apa yang wangi?” soal Zayed tak puas hati.
Aku mengesot sedikit ke tepi katil dan aku
capai baju kemeja dia petang tadi dan menghidunya dalam-dalam.
“Ini wangi…” Bila aku suakan ke hidung
Zayed, dia hampir meloya.
“Busuknya!” Pantas Zayed melompat turun dari katil dan
aku dengan selamba merebahkan tubuhku bagi menghilangkan lenguh sendiri.
“Argh… abang baringlah kat bawah kalau tak
sudi hidu bau badan sendiri,” suruh aku dan terus saja aku menutup wajah aku
dengan kemeja Zayed.
Tapi tak lama bila aku rasakan, ada tangan
kasar melingkari tubuhku.
“Lor… kata busuk.” Seraya itu aku tarik baju dari wajah hendak
melihat Zayed dan mata aku hampir terjojol.
“Aisehmen… zorrolah.” Tawaku lepas.
“Abang bawa balik dari klinik. Tak tahan bau busuk tu tapi sebab isteri
abang kata wangi, biarlah abang pakai mask… bukan apa. Musim-musin hujan ni, kalau berdua macam ni
lagi seronok.”
Gebar ditarik hingga ke paras dada dan aku
mengucup pipinya sekali.
“Terima kasih abang,” ucap aku dan aku
pejamkan mata mahu mencipta mimpi yang indah.
“Biarlah masa itu berlalu… kerana kamu akan
sentiasa di dalam hatiku. Demi Tuhan,
aku ingin ucapkan berkali-kali… Subhanallah, aku mencintai kamu,” bisik Zayed
dan aku menahan senyum.
Dalam hatiku bersuara. Ya, Rina kalah. Abang seorang yang romantik. Abang benar-benar tewaskan Rina kali ini
malah dulu juga. Hidup Rina kerana abang
dan ingin Rina katakan… Subhanallah, aku juga mencintainya.
Mata aku pejam. Biarlah kata hati itu menjadi rahsia
hati. Terkurung di dalam kamar hati yang
hanya dihuni oleh Zayed kerana aku
yakin, dia mengerti, memahami dan mampu merasai.
*** TAMAT ***
30.10.2012 - 23.11.2012, 12:28 am
RM : Maaf atas kekurangan, salah grammar (sy sedang belajar dan akan diedit semula oleh pakar), typo itu anggun dan semuanya. Syukur satu lagi MN mampu sy siapkan... terima kasih atas sokongan dan errr tak de SE tau... Akhir kata, jangan serik singgah blog ijau lagi. Sayang kamu
Congratulations RM!,
ReplyDeletehwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! happy... hehhehehe best teramat... hehehhehehe thanks kak rehan and congrats sbb da berjaya cmplete kn cter ni... :D
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
SUPERB!!!!!
ReplyDeletehabes pon citer nih???
bestlahh
ReplyDeleteterbaiklah !!!
YEAYYY! Habis dah :( tidur lena malam ni nak mimpi Zayed. Hekhek sorry Rina and sorry ya kak Rehan! :D congrats for this mini novel yg memang romantik habis. Cair saya ni tak tinggal apa dah lepas baca cerita ni. Hehe goodjob! (y)
ReplyDeletewah, kalau RM express taip kisah hati zayed & rina, saya plop ekpress baca. hehehe keep it up RM!
ReplyDeletesyg kamu juga coz up new en3 laju2 keke,. selesaiii keke
ReplyDeleteYeay.... Akhirnya..... Sadaqallahalaziim.....
ReplyDeleteBest... Sungguh mengasyikkan....
eh2..da hbis da..xpuas lgi DR.REHAN..cite lain plak taw..i wait u =) tahniah =)
ReplyDeletebest!!! thanks RM :)
ReplyDeletekarya RM xprnah mngecewakan..! :)
ReplyDeletesaya agree dgn kmu....sssgt la x ngecewakan...
Deletetp akan ada ka kisah ziyad n teratai....x sabar tgu.........
congrat kak rehan..teramat best....
ReplyDeleteAnn, kalau terfikir nk buat novel lepas IAM & SAPK, sy rs SAM boleh dikembangkan jd novel sbb Ada nilai dlm mini novel ni. Tahniah, dh siap pun SAM! Anda x pernah mengecewakan pembaca malah makin membuatkan pembaca x keruan
ReplyDeleteauchhhhh, seronok dgn sedih. seronok sbb dah hbis! :) sedih pon sebab dah hbis!:( mcm mana ni?? hehe
ReplyDeletesuka zayed n rina..nk special n3 bleh x...hehehe
bestr sgttttttttttttttttttttttt.
ReplyDeletenk SE plak.heheehe
hehehehe, nakkkkk macam ni, hihi, best k Rehan, dan thanks dah buat cite ni. ^_^.
ReplyDeleteAmin... agar jd pasangan yg kekal hingga hujung nyawa...
ReplyDeletehahaha,,bes sgt2...ziyad mcm 2 je ea kak rehan??igtkn dye dpt kesedaran sivik...kekeke
ReplyDeletetak pernah mengecewakan karya2 RM
ReplyDeletebest2..thanks RM..hehehe buat la citer ziyad dgn teratai plak..hehehe
ReplyDeletemmg best......... :)
ReplyDeletebestt........nk2 khidupan mcm diorg....huhuhu....
ReplyDeleteTerima kasih sekali lagi kerana sudi menulis dan berkongsi kisah hati dengan pembaca2 semua...harap RM akan terus sudi menulis dan berkongsi kisah hati lagi dimasa akan datang. SAM sebuah cerita yg menghiburkan dan penuh pengajaran buat saya...personally.
ReplyDeletesuka sangat citer ni.... lpas ni arap2 buat citer yg lagi best..teruskan berkarya ek...
ReplyDeletehiyeah!! dah habis!
ReplyDeletebiar pun pendek tp best!
menanti yg terbaru dr kak rehan...
SETIA MENANTI!
lepas ni wat cerita psl ziyad la pulak ye...
ReplyDeletekekeke
tahniah kak!! nanti buat sambungan ziyad pulak ^^
ReplyDeletewow..it's really romantic couple..congrts..many2 congrts to you REHAN MAKHTAR...nak suggest,bukukan lah semua e-novel ni mesti ramai yang berbaris nak beli.one of them is me.
ReplyDeleteRM, terimakaseh! Silalah cetak mini novel RM semua ni, pasti ramai yg nk buat koleksi termasuk kak. nanti RM sambung citer Captain power rangers ya....Ziyad...tak sabar nk baca...
ReplyDelete~ Kak Aminah
Rehan Makhtar...sis sgtlah berbakat..karya yg sangat membuai2 perasan...good job sis..:)
ReplyDeletebest sangat, tak sabar nak tunggu ia dibukukan :)) tahniah RM....
ReplyDeletela.. dah habis... nak lagi rehan...@rehan dah tukar kerjaya jadi Dr kerja dgn Dr pakar Zayed??
ReplyDeleteRehan Makhtar... Saya rasa apa yang awak garapkan dalam setiap tulisan awak, cukup menggambarkan keihklasan awak dalam bidang penulisan. Apa penting, saya suka baca setiap karya awak....Bagi saya setiap karya awak mampu membuatkan saya betul2 berada di dalam situasi tersebut...rasa marah, banci, sedih, gembira..semua bercampur aduk bila saya baca setiap karya awak...all the best RM. Semoga anda terus success dalam bidang penulisan ini...
ReplyDeletetamat sudah... terbaik la
ReplyDeletethe best.... two thumb up for you Dr. Rehan
ReplyDeletebut i still want you to continueeeeee.......
more N more story..... keep up the good job
the end...sweet je...tq
ReplyDeletedh habis.....tp best sgt....byk dpt ilmu ;-) tq Rehan Makhtar...Alhamdulillah
ReplyDeleteBesttt... setiap cerita dalam keluarga ni semuanya berlainan.... itu kelebihan dalam penulisan RM.... so sweet .....
ReplyDeletebagi sambung sikit lagi lah.....
yeeee...happy ending setelah nafas ku disesakkan dlm SAM 16&17 &mr ziyad.good job cik rehan....cepat2 ambik order xsabau nak bca dlm bntuk buku pulak.
ReplyDeletetq Rehan..best sgt
ReplyDeletememang terbaik dik...syabas...
ReplyDeleteTerima kasih RM..sudi menulis unt pembaca yg double sudi membaca. mcm biasa criter tak pernah tak best..best sgtttt.. sukanya bla zayed ble tahu rina pegnant..sweet.
ReplyDeletetp si ziyad tu still mcm tu ek..tak dpt nur lagi ek..sian dia masih di jln gelap.
tepuk tgn kuat2 buat RM..sgt bes...
ReplyDeleteromantiknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee,best sgt
ReplyDeleteterbaik....
ReplyDeleteSangat sweet...tqvm rehan...sentiasa segar dgn idea2 baru..
ReplyDelete-ieja-
terima kasih bebanyak kerana menghiburkan kami semua....
ReplyDeleteCongrats and thank you for the best novel... sorry kalau tak selalu letak comment..
ReplyDeletepasni citer pasal ziyad pulak erk...dengan sapa lah si kasanova malaya tu yer....
ReplyDeletelepas ni buat cete Ziyad & Dr Rehan yer, tQ for this lovely story.
ReplyDeleteKH
typooo anggun..hhhaheeee
ReplyDeletewah!!! thanks kak rehan.. :)
ReplyDeletesmbung cite pasal ziyad ngan teratai lak.. hahaha
Tq...cerita yg sgt best& menyentuh ♡..
ReplyDeleteSesungguhnya kasih syg adlh kurniaan allah yg paling indah
Terima kasih
ending yg sgt sweet..
ReplyDeletebestnye SAM nie..
bukukan x nanti??
Cerita ni sweet lah. Tersenyum jerr dari tadi. Awhh. :')
ReplyDeletewah...cite ni best...ske layn citer medic2 ni..sbb 4thun lg bakal jd doktor jgk..hehehe(iA)..niat nk bce after study..tup2 bile bce bab1,xleh nk stop da..so kne habiskn dulu,pastu bru blh smbung study balik~~ngeee~~yana..
ReplyDeletetnkiu sis.sweet end.terbaik.
ReplyDeletecongrate..
Thanks, RM.. Best & mantop! :-)
ReplyDeletebest...
ReplyDeletetq, sis ~ :)
Sweet. Congrats kak sbb dpt habis kan. Puas hati :D
ReplyDeleteTahniah!!! Terbaik. X pernah mengecewakan saya. :) Moga entry2 akan dtg pun terbaik.
ReplyDeletebest2 sambung special edition pulak kak rehan.. waktu rina bersalin..
ReplyDeletehahahaha..best gilerlah...nnt akak bolehlh buat lg stu novel psl si si ziyad dgn si teratai,,konfom ada byk konflik....heheh
ReplyDeletedg hbs dh...ending yg best!!!!tahniah rm...
ReplyDeleteBest sangat sangat...subhanallah aku mencintainya..suka zayed n rina
ReplyDeleteTahniah rm best sgr x sbr nk tgu yg laen plak
ReplyDeleteterbaik... :D
ReplyDeletekak rehan knape xletk gmbr sbgai zayed,rina&ziyad.......................?
ReplyDeleteCongrats!!terbaik laaa :)sweet sangat haha
ReplyDeleteyay.. sngt2 best.... suke2...
ReplyDeleterehan.....
ReplyDeletecerita ni wat mini novel tak mcm KSC...
klau ada bgthu akk tau...
RM, cepatler abeskan S.A.P.K.
ReplyDeletelama bebenor KIVnya...
berakhir dgh penutup terindah....tq Rehan ats karya yg cukup indah.mendidik hati.
ReplyDeletedah lama cari buku ni..dh 3-4 kedai buku dh pergi tp xjumpa.dan akhirnya..waaa..mmg bez lah citer ni..dh jatuh citan dengan penulisan RM
ReplyDeletebestttttttttttt
ReplyDelete-ika-
kak rehan... mula dengan tiba2 dia ada... lin start baca blog akak pasal anahara - anaresa - haqmi dan now.... rina... patut la si zakri adha romantik... lahir dari baka romantik!
ReplyDeleteuhuhuhuh love it.... sume romantik ni.
Subhanallah (y)
ReplyDeleteAllahu...terlewat membaca rupanya..serius sya nak kata...tertarik,tertawan dan tergoda dengan mini novel ni...bermacam-macam rasa tika membacanya...tapi rasa tak puas la pulak...tahniah rm...anda sungguh berbakat dalam bidang penulisan
ReplyDeleteTeringin nk tau pasai ziyad n teratai nur . Hehe
ReplyDeleteHai kak rehan...saya baru baca harini...lambat yg amat
ReplyDeleteGeram sgt dgn ziyad tu...terlalu lepas kata...tapi the whole story sgt2 best dan feeling������