BAB 3
USAI Subuh, aku terlelap
di sofa. Letih memikirkan kata-kata Zayed tadi tapi bila dia bagai terlupa, aku pun mahu lupakannya juga. Bukan tak biasa berjaga malam,
tapi dinihari ini terasa letih semacam.
Padahal tiada apa pun yang aku lakukan.
Barangkali sudah biasa dengan kesibukan di hospital tapi hari ini,
bersantai-santai saja membuatkan aku kepenatan.
Aku hanya duduk menanti
Zayed muncul. Dah jam 8.00 pagi tapi dia
masih tidak muncul. Malas hendak
membantah sebenarnya bila dia meminta aku menanti dia selesaikan amanah itu. Bukan tidak mahu tapi biarlah ini menjadi
kali terakhir aku melayani karenah dia yang nampa k lain macam hari ini.
Mataku terbuka bila
telefon bimbit bergetar. Cepat-cepat aku
seluk poket dan nombor abah terpampang jelas.
“Ya, bah…,” sapaku.
“Eh, mamalah.”
Mataku bulat. La… suara mama rupanya. Sungguh aku mati-matian sangkakan abah.
“Ingatkan abah.”
“Mamalah,” tekan mama di
dihujung talian. Dia ketawa sikit.
Apa pulak mama
ketawa? “Kenapa, ma? Sorrylah,
Rina kat hospital. Tiba-tiba ada call kecemasan tadi,” beritahuku pada
mama biarpun aku yakin, along sudah memaklumkan pada mama.
“Apa yang
kccemasan? Zayed?” Mama mengusikku lagi dan aku mengeluh kecil.
Haih… mama ni. Ini mesti along dah cakap bukan-bukan
ni. Hatiku mendongkol geram tapi silap aku
juga menyebut nama Zayed pada along.
Mataku yang layu terbuka. Tubuh yang bengkok, aku tegakkan dan aku
sandarkan kepalaku pada belakang sofa bilik Zayed. Hah?
Bilik Zayed? Entah bila aku
tercampak di sini, aku tak pasti yang pasti, pertama kali aku terlena di dalam
bilik lelaki ini. Sebelum ini, aku lebih
memilih untuk terlentok di dalam stor atau bilik persalinan.
“Apa mama cakap
tadi? Zayed? Kenapa dengan dia?” Sengaja aku buat-buat tidak tahu.
Mama ketawa halus. “Along cakap Rina terkejar-kejar ke hospital
sebab Zayed dalam wad kecemasan, betul ke?”
Eh along ni. Penyampaian yang kurang berkesan. Dah jadi telefon karat. Baru sampaikan pada seorang, begini pula
menyimpang dari hakikat sebenar. Jika
disampaikan pada berpuluh orang, barangkali dia katakan aku dan Zayed bakal
menikah.
“Mama ni… along salah
dengar tu. Zayed minta tolong. Ada
kecemasan dekat hospital. Bukan dia
masuk wad kecemasan. Tak sempat bagi
tahu mama tadi,” ujarku memperbetulkan kenyataan mama yang silap.
“Mama tahu. Saja usik.”
Mama ketawa.
“Erm… apa khabar bakal
menantu mama tu? Dia kerja malam
ke? Ajaklah dia sarapan rumah kita pagi
ni kalau dah selesaikan tugas dia. Mama
masak nasi lemak special,” cadang
mama tapi aku diamkan diri saja.
Langsung tidak bersuara walaupun sepatah.
Ralit mencari jawapan
yang sesuai. Nampak macam abah tak
beritahu apa-apa lagi pada mama dan sampai bila aku mahu mama terus
berharap?
“Toksahlah mama. Dia sibuk.”
Mudah aku berkata-kata. Biarlah
mama kecewa hari ini. Tidak dapat Zayed
pun, akan ada jodoh yang baik buatku nanti.
“Ini pun tak keluar lagi
dari bilik operation. Letih dah Rina tunggu ni,” keluhku tanpa
sengaja lalu aku memandang ke pintu bilik Zayed. Berharap moga daun pintu itu ditolak dari
luar dan muncul wajah Zayed.
Aku benar-benar
menghantar makna yang mendalam di sebalik perkataan letih itu sendiri. Benar aku lelah. Lelah mengejar cinta Zayed. Lelah berharap dan terus menanti luahan kata
cinta daripada bibir merah sensual milik Zayed tapi segalanya bagai tidak akan
menjadi nyata.
“Kenapa pulak? Ajak dia makan sebelum dia balik rehat…,”
giat mama lagi.
Aku menggeleng biarpun
aku tahu mama tak mungkin nampak. “Dia
dah dua hari tak tidur mama. Biarlah dia
balik rumah dia lepas selesai uruskan pesakit ni. Rina malas nak jadi penyebab dia tak cukup
rehat pulak nanti,” bantahku lembut.
Mama diam. Tidak terkata apa buat seketika tapi dia
menyambung kemudiannya.
“Kalau macam tu, tak
apalah. Ada masa nanti, Rina ajaklah dia datang
rumah. Mama ada soalan yang tanya
dia. Tak banyak, satu soalan je,” ujar
mama.
Erk… satu soalan
je. Aku pun boleh tanyakan. “Satu soalan je membazir masa Zayed je,
ma. Meh sini soalan mama tu, Rina tolong
tanyakan.” Aku ketawa sedikit. Terasa lucu pula.
“Tak payahlah. Biar mama tanya je bila kami bersua empat
mata nanti.”
“Mama nak tanya, bila
Zayed nak masuk pinang anak dara kami Doktor Zafrina ni.”
Mataku membulat. Terus hilang rasa mengantuk dan terus terasa
hangat biarpun penghawa dingin bilik Zayed ni terpasang dengan suhu yang agak rendah. Suara yang menyampuk itu benar-benar
membuatkan aku hampir terlepas telefon baru ini dari tangan.
Aku cam suara itu. Suara angah.
Suara abangku, Zafrin dan setelah itu, aku dengar mama ketawa.
“Angah ni, pandai-pandai
jelah. Tapi, kalau Rina berani nak
tanya… tanyalah,” tukas mama lalu dia gelak sebelum talian dimatikan.
Aku kelu. Tak tahu nak kata apa. Semakin rumit bila mama sudah semakin
berharap. Tapi, aku yakin jika aku
katakan jodohku tidak bersama Zayed, mama pasti rela. Aku kembali mahu merebahkan tubuh ke
sofa. Lemah segala sendiri bila
terdengarkan suara angah mengusik.
Baru saja hendak
mendarat sepenuhnya, daun pintu ditolak dari luar dan muncul seorang lelaki
dengan mata yang membulat memandangku.
“Eh, siapa ya?” soal dia dan aku pantas berdiri dan
membetulkan pakaian sedikit.
“Err… saya Zafrina,”
jawabku kalut.
Lelaki itu menapak
mendekat dan merapatkan sedikit daun pintu tapi tidaklah tertutup rapat
sepenuhnya. Masih ada ruang untuk
suaraku keluar jika aku mahu menjerit andai dia mahu mengapa-apakanku.
Selendang yang terasa
sedikit senget, aku betulkan bila langkah kaki lelaki ini menghampiriku.
“I thought this room belonged to Zayed?” soal dia.
Aku angguk saja dengan
mata yang masih terpaku pada dia. Entah siapa dia mencari Zayed pagi-pagi
begini. Tubuh tegap dan sasa. Rambut kemas terpacak. Nampak santai dan kasual dalam slack hitam dan kemeja warna kuning cair
itu.
“Sorry, kalau nak cari Doktor Zayed, dia tak ada lagi. But, if
you don’t mind you can wait for him here.
I minta diri dulu,” pintaku tapi dia menahan.
“It’s okay. You nampak letih…
rehatlah. I ada hal sikit dengan dia. I tunggu dia kat luar Won’t
bother you.” Dia terus berpaling dan
hendak berlalu tapi langkahnya mati bila Zayed buka pintu.
“Oh gosh… kau ni Zayed!”
rungut lelaki tadi dan Zayed memandangku.
“Kata nak datang tengah
hari?”
“Tengah hari aku ada
hal. Kena ke Lumut. Singgah jumpa sepupu sendiri tak sangka dapat
jumpa bidadari sekali.” Dia menjeling
padaku sambil berbicara pada Zayed.
Aku bulatkan mata bila
lelaki ini menjeling mesra ke arahku sebelum memandang wajah Zayed yang sudah
nampak memerah.
“Oh, sorry aku baru lepas tengok patient.
Nak keluar makan dan nak balik tidur pulak. By the
way, she’s an angel. Yes she is. Mari aku kenalkan kau dengan bidadari ni,”
tukas Zayed separuh sindiran lalu mereka berdua menapak ke arahku yang terpacak
macam tiang lampu.
“Ini aku kenalkan Doktor
Zafrina,” beritahu Zayed pada lelaki yang dikatakan sepupunya itu.
“Dan ini…” Suara Zayed
mati. Tercantas di tengah jalan.
“Ziyad. Sepupu Zayed yang paling rapat dengan dia dan
sebaya dengan dia juga,” sampuk lelaki yang kukenali sebagai Ziyad. Memperkenalkan dirinya sendiri padaku.
Jenuh. Seorang Zayed, seorang Ziyad. Jika ada seorang lagi sepupu pastilah bernama
Zenat barangkali. Sungguh tenat! Aku ukirkan senyuman tipis dan mengangguk
tapi sayang bila Ziyad menarik tanganku lalu dia mengucup belakang tangan ini
lembut dengan renungan yang menggoda namun padaku agak menjengkelkan.
Tak sempat berbuat
apa-apa bila Ziyad penuh bergaya melayaniku bagaikan seorang puteri raja. Mata Zayed membulat dan rahangnya aku nampak
turun naik.
“Wei… behave sikit!” tegur Zayed.
Ziyad tersenyum padaku
tanpa menghiraukan kata-kata Zayed. Baru
saja dia mahu labuhkan bibirnya sekali lagi pada belakang tanganku, aku renggut
tanganku agak rakus dan air wajah Ziyad sedikit berubah. Sungguh, aku gamam. Pertama kali diperlakukan demikian.
“Sorry, angel. Doktor Zayed
ni kolot sikit, kan ?”
ujar Ziyad padaku.
Barangkali mengerti akan
wajahku yang jelas tidak selesa sebelum
dia berlalu ke arah Zayed tapi tidak sempat bersuara, telefon bimbitnya
menjerit nyaring.
“Ya, tuan. Baik tuan.
Dua jam setengah lagi saya sampai ke Lumut!” jawab Ziyad tegas.
Aku pegun. Bagaikan seorang tentera sedang menerima
arahan seorang ketua perajurit. Apa
pulak kerja Ziyad ni? Zayed memandangku
dan membuatkan muka serta menghantar bicara bisu.
“You stay!” Gerakan bibirnya
aku baca sebelum dia berlalu menyapa bahu Ziyad.
“Jom, kita sembang kat
luar,” ajak Zayed tapi Ziyad menggeleng.
“Aku tak boleh. Kena sampai ke Lumut awal sikit,” tukas Ziyad
lantas dia memeluk tubuh Zayed sedikit dengan wajah yang merenung wajahku.
“See you nextime, Zafrina.” Aku dapat baca gerak bibir Ziyad dan tidak
dapat tidak, aku sekadar mengangguk dan melambainya.
“So, then. Hati-hati
memandu,” pesan Zayed bagaikan tidak sabar hendak menyuruh sepupunya berlalu.
Sedang elok daun pintu
tertutup rapat, Zayed berpaling dengan wajah yang keruh. Pertama kali juga setelah bertahun-tahun aku
menatap wajah tenang itu berkerut sana - sini. Sudah tak berapa nak kacak.
“Apa yang dia cakap pada
Rina?”
“Cakap apa?” Aku jongketkan bahu.
“He’s such a player la, Rina. Sorry to
say, even dia sepupu Zayed pun, kami berbeza. I appologised for what he did to you just now.
Dah terbiasa dengan budaya kerja dia gamaknya,” ulas Zayed nampak tidak
puas hati.
Bibirku tidak mampu
menyorok senyuman bila melihatkan Zayed berlalu ke mejanya dan meletakkan
stetoskop di atas meja dan membuka kot putih itu. Jelas terbayang di depan mataku, susuk tubuh
yang sasa juga dan nampak lesu. Lengan
kemeja berwarna biru lembut itu dilipat sampai ke siku dan satu dua butang
dibuka mendedahkan sedikit dadanya yang bidang.
“Dia kerja apa?” soalku ingin tahu. Atau lebih tepat lagi aku sekadar mahu lihat
reaksi Zayed.
“Navy. Kapten. Graduate
ATMA. Akademi Tentera Malaysia and
as known as Universiti Pertahanan Nasional Malaysia . Puas hati?!”
Zayed bersuara lembut tapi mendatar saja.
Aku sengih dan
mengangguk. “Thanks sudi bagi jawapan bonus biarpun tak ada soalan. So,
kalau Zayed dah siap, may I go home,
doktor?” sinisku. Orang tak tanya dia panadi memberi
jawapan.
Memang dingin terasa pada
kulit tapi hangatnya hati bila terkesan akan sikap Zayed yang pandai juga
hendak cemburu. Bukankah satu petanda
yang baik?
“No, you can’t. Zayed dah
terbiasa Rina temankan makan biarpun sempat teguk air mineral je. Kalau nak berubah, sila jangan berubah
mendadak. Zayed tak boleh nak adapt.
Kita makan dulu baru balik. Zayed
lapar,” ucap dia biarpun tegas tapi sedikit merayu.
Aku membatukan
diri. Mahu memancing rahsia dalam
hatinya selama ini. Jika tiada aku, dia
juga bersama Mia dan juga beberapa oran g
lain.
“Apa yang berubah?” dugaku.
Zayed ketap bibir
merahnya dan menutup laptop yang ternganga sedari tadi. Sudah bersedia hendak berlalu bila dia mencapai kunci BMW
miliknya itu. Bila dia merapatiku,
langkahnya mati dan dia tunduk merenungku.
“Of course you. Mula-mula tak
panggil Zayed abang, okay fine. Since
Rina tak cakap aku kau dengan Zayed, masih boleh diterima. Then,
mata bersinar tanyakan pada Ziyad. You don’t know him. I hope he did not put his charm on you. He always make me sick of his attitude
towards ladies. Huh…” Mengeluh berat Zayed kali ini.
Entahkan cemburukan aku
atau cemburukan Ziyad, aku tak pasti.
Payah hendak kuduga apa yang bermain dalam fikiran Zayed kala ini. Nampak tidak tetap frekuensinya.
“Okey… lagi?”
“Erghh…” Zayed merengus.
“Satu persatu kita
ubah. Buat masa sekarang, Zayed
penat. I need food and rest. Jom,
kita makan sikit,” ajak dia mengubah tajuk perbualan kami.
Zayed membuka pintu dan
aku terus berlalu tanpa menanti dia.
Bila aku hendak sampai ke pintu utama, Ziyad muncul tepat di depanku.
“Erk… you? Terkejut I?
Do you leave anything behind?” Aku pandang ke belakang dan kulihat Zayed
sedang berbicara dengan Mia.
“Yes, I do. It was you,”
jawab Ziyad dan dia ketawa.
Aku mengerutkan
wajah. Benar kata Zayed, Ziyad lain
macam oran gnya
dan aku menjarakkan kedudukan kami beberapa langkah ke belakang.
“Err… apa-apa
jelah. I nak balik. Your
cousin kat sana ,”
beritahuku pada Ziyad dan mahu berlalu tapi Ziyad menahan.
“I gurau je tadi. I nak cepat tapi tunggu you dulu sebab nak
minta namecard you. Can I
have one?” Jujur saya Ziyad ni.
Aku menggeleng tanda
tiada. Bukan sekadar lakonan tapi memang
tiada. Ziyad jongket kening padaku
dengan wajah sedikit kecewa.
“Tak apa kalau you tak
sudi nak bagi, tapi I berbesar hati nak bagi kad I pada you.”
Sekeping kad
dihulurkan. Bila aku lambat-lambat
menyambutnya Ziyad cuba
menarik tanganku tapi aku mengelak dan aku tadah telapak tangan menanti kad
nama Ziyad mendarat.
“Do call me anytime,” pesannya lantas dia terkocoh-kocoh berlalu
keluar setelah melihat pada jam di pergelangan tangannya.
“Apa kena mamat ni? Rasanya bukan aku terkena sihir dia tapi dia
kena sihir aku,” bebelku sendiri dan menyimpan saja kad tersebut di dalam poket
jeans tanpa melihatnya.
“So, shall we?” soal Zayed
tiba-tiba.
“Shall what?” Hampir saja aku
terlompat.
“Marry?”
“Hah?”
Mataku membulat. Are you
kidding me, Zayed? Tanya hatiku tapi
lidah terus kelu.
~~> bersambung
RM : Nape pendek? Sebab ni mini novel. Kalau ada salah grammar boleh tolong saya ya. Saya BI tak berapa ok sikit. tapi cubalah juga. Sudi2kan betulkan grammar ya.. (kembali menyambung STK n IAM dgn gigih biarpun kepala dh weng).. miehehee
Kak...mcm best je..rival dgn sepupu sendiri...
ReplyDeleteWaa! K.rehan beshnyer,
ReplyDeleteNmpknyer zayed ad saingn,
Best man win!
kak rehan, ATMA = UPNM, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia :)
ReplyDelete* thanks kak for this entry
Sudahhhh..datang Ziyad lah pulak. Ini kalau mama tahu, mahu pening sebulan ni. Sabar Zafrina... Akan ada jodoh yang baik buat Rina. Thanks RM, I love this story.
ReplyDeletewah!!!!.... i smell jealousy right there.... heheheh Zayid.. kne work hard sbb da ad rival .. cousin yg rapat plak tu.. bahayanye.... best kak rehan thank u
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
heheeh sambunggggggggggg cepat, makin :D
ReplyDeleteOhmygodddd! I'm in love with Zayed, like seriouslyyy! You make me crazy kak Rehan! Thanks and goodluck!Update selalu yaa :)
ReplyDeleteya Allah...sweetnye Zayed & Zafrina...congrats RM kerana berjaya membuatkan saya tersengih sorang2...dan yg paling penting b'jaya m'buatkan hati saya berdetak kencang...ngeh3...
ReplyDeleteBESHHHHHHHH.....sbung lg...hehe
ReplyDeletemakin excited*
ReplyDeleteI apologised for what he did just now.
ReplyDeleteMarry (Married tu past tense)
Suka baca story cik Rehan. Keep it up! :)
married??...cepat2 kak..zayed dh da saingan...along eza..
ReplyDeleteZayed jeles...haha...
ReplyDelete-ieja-
Kak Rehan buat cerita memang mantoplah!! tak sabae nak tunggu sambungannyer....
ReplyDeletelike it very much.tq
ReplyDelete~saza~
best lah...zayed dah ada saingan.
ReplyDeleteila danish
la hai zayed.. jgn dah terlepas baru nak bertindak... dah byk bazir masa dear... cepat2 luahkan rasa hati kat rina ye... rina tu pompuan thats y x gila sgt mcm along & angah hahaha...
ReplyDeletebest
ReplyDeleteerk, dah ada tanda2 orang nak ngorat lajuuu je ajak Rina kawin ek, hehe
ReplyDeleteziyad la pulak.......
ReplyDelete'marry'...ni mesti zayed perli rina ni. betul2 la.. cpt sikit nnt awak jgk yg sakit hati bla ziyad kaco rina
ReplyDeletemarry me pleeeease,jangan rina kena rembat kat ziyad dah...sat g ade yang bedah hati sndri biaq leh nampak,ape yang terperap kat dalam...
ReplyDeleteni la laki...suka main pull n push..kena attack skali, bru nak wak langkh mengorat...ish
ReplyDelete>>k<<
there you go the rival...cepat zayed nanti disambar ziyad pulak =.='
ReplyDeleteOMG..
ReplyDeletesemua hero kak rehan membuatkan atie saye melting...
oh...berasa di awangan....^^
terima kasih rehan, semakin menarik. walaupun cerita ini sekual tapi jalan cerita yang depersembahkan bestla...
ReplyDeleteMacam ni baru best bila Zeyed tahu yang Rina ada orang lain yang meminatinya.... baru ada rasa nak kejar-kerjar Rina sampai dapat ya Zeyad .....
ReplyDeleteKak RM, best r..cepat r smbung lg...i like..xsbr nk tgu tndakan Zayed seterusnya
ReplyDeleteZiyad lah heronya...hahahaha
ReplyDeletenak kena cantas br nak bukak mata!! hehehe
ReplyDeletebest..... semakin menarik dan tertarik.....
ReplyDeletesiapa yg dpt memiliki dr.rina..... dr.zayed or kapten ziyad.....
dr.zayed..... dah rasa tergugat.... dah ada pesaing.... sepupu sendiri pulak tu....
kalau cinta, luahkanlah... jgn duk main tarik tali... kelak merana diri...... lelaki semakin berusia... saham makin meningkat tapi wanita sebaliknya..... semakin berusia.... saham makin merundum.....
kapten ziyad tu.... nampaknya bersungguh2 nak memikat dr.rina....
RM...belajar sket2..lame2 ok ler english tu..ape2 pon..cite mmg mantop..
ReplyDeleteRM - a bit of correction, other than that it was ok
ReplyDeleteSepatutnya - did u leave anything behind? yes i did. Harap RM tak ambik ati yea - Along
alahai...blh x request jgn jd mini novel? hehehe...
ReplyDeletecite ni menarik tertarik ni
zayed ni dh ada pesaing br terngadah dia.bagus jugk ziyad muncul.at least rina boleh nilai perasaan dia pd zayed betul2. ^^
ReplyDeleteziyad oh ziyad...sangat player okeh...
ReplyDelete