BAB 4
DALAM perut
kereta, aku dan Zayed diam. Dia tidak
bersuara, aku lagi tidak mampu berkata-kata.
Ringan saja lidah hendak bertanya, tapi rasa malu menebal dalam
diri. Tapi, jika tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya. Jika aku
tidak bertanya, mana mungkin aku dapatkan jawapannya.
Aduhai… macam
mana nak tanya ni? Teringat pula soalan
yang mama utarakan tadi. Kalau kata
tanya macam soalan mama tu, memang aku adalah perigi yang berjalan-jalan mencari timba. Bagai hidung tak mancung pipi
tersorong-sorong.
“Resah je? Nak cakap apa-apa ke?” soal Zayed tiba-tiba memecahkan hening.
Aku menggeleng
pantas. Gugup sebenarnya. Dalam pada sedang mencerna ceritera, dia pula
bersuara. Langsung hilang barisan ayat
yang aku karang di dalam kepala.
“Kalau tak ada,
kenapa wajah kerut sana-sini? Wajah bidadari
mana boleh berkerut sana-sini. Nanti tak
cantik. Abang navy yang tegap tu tak pandang nanti. He is crazy for damn beautiful ladies,” sindir Zayed
bersama senyuman yang tersungging pada hujung bibirnya.
Mataku membulat. Amboi dia.
Main sinis-sinis pulak. Kalau kata
Ziyad terlalu gilakan perempuan cantik, kenapa nak beritahu aku. Apa kaitan?
Sejak bila pandai sinis aku? Ini boleh
mendatangkan marah ni.
“Sejak bila
pandai sinis orang?”
Zayed
menggeleng. “Orang lain tak but you, yes,” jawab dia tanpa
memandangku.
Tenang saja
memandu BMW dia menuju ke… Erk… jalan yang bengkok dan penuh lampu isyarat iaitu
jalan ke rumahku.
“Stop kidding me and stop the car!” arahku tegas.
Sungguh aku
terkejut. Tak boleh biarkan dia menemui
mama. Menyesal juga mengikut dia
tadi. Katanya hendak bersarapan tapi ini
mahu hantar aku pulang. Tak pasal-pasal
Cik Jazz tertinggal dekat parkir hospital.
Jadi apa-apa nanti, siapa nak bertanggungjawab.
“Kenapa pulak?”
“Tadi Zayed ajak
Rina temankan Zayed sarapan. Bukan kata
nak hantar Rina balik, kan? Kereta Rina
ada kat hospital lagi!” ujarku sedikit
marah.
Zayed
memandangku sekilas sebelum dia menghentikan keretanya bila lampu isyarat
bertukar merah berhampiran dengan Kompleks Renang Sri Siantan. Dia menukar gear pada kedudukan N dan
memandang aku sepenuhnya.
“Memang kita nak
pergi sarapan pun. Then Zayed nak balik tidur,” ujarnya juga tegas. Nampak macam abang senior semula.
“Ya, tapi
kawasan ni dekat dengan rumah Rina. Nanti
mama cakap apa pulak Rina tak…”
“Tak sudi nak
sampaikan berita yang your mum jemput Zayed sarapan dekat
rumah?” tanya dia mencantas lalu menjeling tajam penuh rahsia.
“Hah?”
Sekali lagi
lidahku terpaku. Siapa punya kerja jadi
telefon karat pada Zayed ni?
“Toksah buat
muka terkejut macam tu. Tak ada cacat
celanya wajah awak biarpun awak buat muka buruk macam tu. You are just like angel an in either way.”
Huh, Zayed
menyindir lagi. Ini Ziyad punya
pasal. Sesuka hati dia saja menggelarkan
aku bagai bidadari. Tak lekang perkataan
itu dari bibir Zayed kini. Dia ingat
mudah ke nak jumpa bidadari. Menuntut banyak
amalan untuk menjejakkan kaki ke syurga Allah yang maha indah.
“Tak ada
maknanya angel la… bidadari la. Ingat mudah ke nak dapat bidadari?” tanyaku merengus.
Zayed senyum dan
menukar gear. Pedal minyak ditekan dan
kereta meluncur perlahan bila jalan raya sudah agak sibuk.
“Zayed ada
bidadari apa di sebelah Zayed ni,” tukas dia.
“I am not yours okay. I am another man’s angel!” ucapku sambil mengetap bibir. Berharap agar lidah Zayed terpasung tidak
bersuara.
“Try la jadi angel orang lain kalau berani,” ugut Zayed. Huh, masih ada suara rupanya.
“I am not trying but I am hoping,”
selaku.
Tak boleh nak
kata apa dah. Stereng di tangan Zayed,
minyak di kakinya. Kereta pula milik
dia. Yang pasti dia memang sedang menuju
ke rumah keluargaku dan yang pelik, siapa
yang sudi jadi telefon karat pada Zayed.
“So, let’s hope,” bisik dia bersama
senyuman.
Nak berharap apa
lagi? Aku sudah tidak sudi hendak
menanti bersma harapan. Buang waktu dan tenaga
je. Hilang semua pertanyaan, menjauh semua
jawapan yang aku mahukan. Sudahnya aku
mendiamkan diri bila Zayed senang hati menyanyi lagu Mandarin. Biar benar dia ni.
MAMA bulatkan
mata bagaikan tak percaya bila aku dan Zayed terpacak di depan pintu. Bibirnya menguntum senyum lambat-lambat dan
menarik aku ke sisinya.
“Kata tak nak
ajak?” tanya mama berbisik.
Zayed senyum dan
aku mencemik. Aku dekatkan bibir pada
telinga mama yang bertudung.
“Dia ajak diri
sendiri. Bukan Rina ajak,” selaku lantas
aku berlalu ke dalam.
Mujur hari ni
masuk malam. Kalau pagi, aku rasa aku
mahu saja pindahkan semua kelengkapanku
ke hospital.
“Ajak juga
Rina. Ingatkan Rina tak ajak dah.” Bicara mama sempat menujah gegendang
telingaku yang baru hendak menapak ke atas.
Bila masalah
Rina ajak dia, ma. Kan Rina dah cakap
dia ajak diri sendiri. Mama pun. Berkenan sungguh dia pada Zayed tapi aku rasa
kalau mama tengok Ziyad boleh jadi mama lagi berkenan kot.
“Eh, Rina nak ke
mana tu? Pergilah dapur, mama tengah
siapkan sarapan tunggu abah balik bersenam kejap lagi,” ujar mama sedikit kuat.
Aku berpaling
dan aku lihat, Zayed sudah duduk di atas sofa di tengah-tengah ruang. Tak jadi aku melangkah apatah lagi bila
melihatkan Kak Anaresa hendak turun ke bawah.
“Eh, Rina dah
balik? Sorang ke berdua?” tebak dia dan aku mengecilkan pandangan.
“Ini kak long
punya kerja, ya?” tuduhku.
Wajah kak long
berkerut. “Kerja? Bila masa kak long kerja. Kerja kak long dok rumah, teman mama, tolong
mama dan jaga suami je,” jawab dia lembut.
Kami sama-sama
menapak ke bawah. Tapi, langkah kak long
terpaku bila dia memandang Zayed.
“Eh,
doktor. Lama tak jumpa,” sapa kak
long.
Zayed bangkit
tanda hormat. Dia senyum dan
mengangguk. “Busy sikit. Nak uruskan
hidup sendiri pun tak sempat,” jawab dia.
Memang tak
sempat. Atau dia buat-buat tak
sempat. Hanya dia dan Allah saja tahu.
“Kesian dia,
Rina. Nak uruskan diri sendiri pun tak
sempat,” gumam kak long padaku.
“Kalau macam tu,
elok dah cari seseorang uruskan hidup doktor tu,” ucap kak long lagi dan kami
sama-sama melangkah turun.
“Insya-Allah,
tak lama lagi,” balas Zayed dan tersengih pada kami penuh makna sebelum kami ke
dapur dan mama sudah ada di situ sedang mengacau air milo.
“Siapa telefon
Zayed cakap mama suruh datang?” tanyaku pada mama sewaktu sedang menyusun cawan
di atas dulang.
Mama menggeleng
dan mengerutkan wajah. “Entah. Mana mama tahu. Cuba tanya angah ke kak ngah ke?”
“Diorang dah
keluar pergi kerja, ma,” sampuk kak long pantas.
“Eh, yalah. Lupa pulak.”
Mama ketawa. Geli hati
nampak. Aku juga yang keruh pekat.
Malas hendak
bertanya lagi, aku memilih untuk diam dan terus menatang dulang air tersebut ke
meja makan bersebelahan dengan ruang tamu.
Masa itu, aku nampak abah sudah pulang dan sedang bersalaman dengan Zayed.
“Assalamualaikum,
bah,” sapaku sambil menyusun gelas.
Abah berpaling
dan tersenyum. “Ingatkan Rina tukar
kereta BMW tadi. Kalau tukar abang ingat
nak jual Jazz tu buat top-up beli
Bently ke,” seloroh abah dan aku tahu, dia sedang mengusikku.
“Abah ni… jom
makan,” ajakku mematikan gurauan abah.
“Zayed silakan,”
pelawa abah pada Zayed dan Zayed bangkit saja mengikut abah duduk di meja
makan.
Sementelah pula
kak long dan mama sedang membawa hidangan nasi lemak yang sangat wangi.
“Dah hantar Aina
dengan Auni ke, Resa?” soal abah pada
kak long.
“Erm… Abang
Zafran nak pergi site tadi, dia kata dia hantarkan terus,” jawab kak long
sambil menghulurkan senduk buatku untuk aku menyendukkan nasi ke dalam pinggan
abah dan Zayed.
“Adha?”
“Tidur, bah.” Kak long tersenyum dan menghilang di balik
dapur sekali lagi.
“Haa… wangi
sungguh. Kalau Zayed nak rasa masakan
sedap-sedap dalam rumah ni, datang-datanglah selalu kalau ada masa,” ujar abah
lalu dia membaca doa.
Aku duduk
berdepan dengan Zayed bersebelahan mama.
Terasa kenyang melihatkan Zayed yang berselera menyuapkan nasi ke
mulutnya. Lama aku menatapnya dan tanpa
sedar, bila Zayed mengangkat pandangan, aku tersedak nasi yang ada di dalam
mulut. Pedihnya terasa sampai ke
otak.
Tanganku menggagau
cawan tapi sayang air yang kuminum masih hangat dan sekali lagi mataku
terkebil-kebil menahan suhu yang
panas. Zayed pantas bangkit dan mendekatiku.
Sapu tangan
dikeluarkan dari dalam poket seluarnya dan dilap ke bibirku bila dia sudah
mencangkung.
“Are you okay?” Wajahnya cemas.
“Yeah… yeah… I am fine. Thanks,” balasku tapi Zayed masih terpaku
begitu. Memanggung kepala menyoroti
mataku yang melihat padanya.
“Macam mana nak
jaga orang lain kalau tak mampu jaga diri sendiri ni? Hrmm…?”
Keningnya terangkat.
“Erk…” Aku
terkedu. Hilang kata-kata.
“Tak
apalah. Makan pelan-pelan,” suruh dia
dan bingkas bangkit menuju ke tempat duduknya semula.
Aku sudah
terkebil-kebil memandang dia. baru aku
teringat ada mama dan abah sama tapi bila aku berpaling, mama dan abah sudah
ada di depan televisyen berdua. Bila masa
mama dan abah bangkit dan menikmati sarapan di meja kopi dan menonton
televisyen ni?
“Huh, romantik sungguh
rancangan ni, kan mamanya?” soal abah.
“Sungguhlah,
bang. Senang hati Ton ni, bang,” balas
mama pula.
Aku panjangkan
leher. Apa pula kisah romantik tu? Runway Bride ke? Maid in Manhattan ke? Ayat-ayat Cinta ke? Tapi, mataku sekali lagi hampir terjojol bila
aku lihat mama dan abah sedang menonton berita.
Habis tu apa yang romantik? Pembaca
berita yang tanpa perasaan tu ke?
“You better
behave sikit lain kali. Nanti mama dan
abah rina nampak macam mana?”
“Memang Zayed
sengaja nak bagi diorang nampak drama romantik live macam tadi. Not just
today, but tomorrow, day after dan always we will even more romantic,”
tegas Zayed lalu dia meneguk airnya dan membiarkan aku termangu sendiri.
Kalau cinta, katakana
sekali padaku Zayed dan aku sudi menantimu hingga ke akhir waktu. Usah begini, kerana aku terseksa
merindu. Bisik hatiku lalu aku tunduk
menguis-nguis nasi yang masih tak luak di dalam pinggan.
Usai segalanya,
aku menemani Zayed ke pintu. Hendak menghantar
dia pulang. Kala ini, mama ada di
dapur. Kak long Anaresa pastilah
melayani Zakhri Adha dan abah bergegas hendak menjemput cucu-cucu kembar
tahunnya itu. Bagai tak berjumpa setahun
sedangkan tiap-tiap hari dok bermain dengan Zara Aina dan Zara Auni.
Zayed menarik
pintu keretanya. “Rina kerja malam, kan?”
Aku mengangguk.
“Nak pergi kerja
dengan apa?”
“Abah boleh
hantarkan nanti,” jawabku. Dalam hati
mencemik. Sengaja susahkan aku.
“Jangan susahkan
abah. Biar dia rehat main dengan
cucu-cucu. Zayed jemput Rina nanti. Jangan risau.”
“Eh, tak payah
susah-sudah.” Aku menggawang tangan dan
menggeleng tanda tidak mahu tapi dia tetap bertegas.
“Zayed takut
Rina diburu werewolf kalau Zayed tak
ada,” selanya.
Aku mengerutkan
dahi. Aku tahu dia juga sepertiku. Suka melihat cerita-cerita puntianak,
serigala jadian. Memang semuanya mitos tapi
itu sekadar cerita.
“Itulah… banyak
sangat tengok cerita vampire. Bulan
depan ni nak keluar dah sekuel terakhir Twilight. Bolehlah belanja Rina tengok wayang,” ujarku
sekadar bersenda.
Tapi, Zayed
mengangguk. “Nanti Zayed tengok tarikh realeased kat Malaysia, kita mohon cuti
sekarang. Tapi, yang Zayed risaukan
adalah werewolf yang bernama Ahmad Ziyad tu.
sekali dia terhidu bau yang buat dia tak tenang, he will after you. Dia akan
jadi hunter” beritahu Zayed.
Eh, apahal pulak
mamat ni. Tak habis-habis lagi dengan
nama sepupu dia tu. Tapi, inilah waktu
yang sesuai hendak menduga rasa dalam hati Zayed biarpun aku mungkin tak temui
jawapan.
“Kalau kata
Ziyad nak buru Rina pun, apa salahnya. I
am single what. Tak ada komitmen dengan
sesiapa pun,” selaku menyindir.
Zayed ketap
bibir. Pintu keretanya dihempas sedikit. “Banyak cantik… err tapi Rina memang cantik
pun.” Dia sengih garu kepala sebelum
kembali serius.
“Jangan harap
nak sebut nama Ziyad dalam hati tu. Zayed
ajak kahwin tadi, sudi tak?”
Rahangku jatuh. Bila masa pula Zayed mengajakku kahwin? Dia ni biar benar. Usah dibawa main-main
perkara macam ni. ada yang masuk
hospital jiwa karang.
“Kan Rina dah
cakap, stop kidding me arround. I don’t like it,” tegasku.
“Who says I am joking?”
“Tiba-tiba je?” Keningku berkerut.
“Dah sampai
masanya,” sela dia mudah.
“Macam tu je?”
“Dah tu Rina nak
macam mana? Zayed akan masuk meminang
nanti, tetapkan tarikh, siapkan kad, kenduri, hantaran semua. Apa lagi yang Rina, nak? Kereta?
Nah…” Pertama kalinya Zayed menarik tanganku dan meletakkan kunci BMW
dia di telapak tanganku.
“I don’t need all this materials,
Zayed. Sejak dulu, I need your words!” ujarku mengembalikan semula kunci keretanya.
Suasana pagi
yang ceria hari ni rasa macam suram tiba-tiba bila Zayed ni tak sudah-sudah nak
mempermainkan aku.
“But don’t worry. Hari ni, Rina tak berharap apa-apa dah. We are
friend, right,” sambungku sambil mengukir senyum.
“Nope… you are my fate!” tegas Zayed
penuh syahdu dalam suara serak basahnya.
~~> bersambung
ALAAA.......... cair ~~~~~~~ muahahaahaha...
ReplyDeletecamne nie.. terasa kat awangan plak... sat2 nak tgk kaki.. cecah tanah x.. hahaha
seriously i lioke!!!
betul betul betul... dah melayang rasa ni.. ermmmm...
DeleteKejar Zayed jgn x kejar..hahhahhahaah..
ReplyDeletebest bha :D
ReplyDeleteAyoo, I like Zayed so much... he is very objective, direct and romantic in his own way... Ayoo2... mcm mana ni?
ReplyDeletenice2
ReplyDeleteOmagashhh! Meltinggg, ni makin jatuh cinta sama Zayed. Oh Doktor Zayed kusayang. Rina juai mahai sikit noo, biaq pi ke Zayed. Usaha keras sikit. Main-main pulak dia, hish kita yg tidak keruan disini tahuuuu. Good job kak Rehan yg telah berjaya mengocak perasaan saya disini.
ReplyDeletejgn lelama zayed..nti gigit jari
ReplyDeleteBestnya kak!
ReplyDeletehahahaha....hambek ko Zayed!!!
ReplyDelete"We are friend,rite..."
cmne la sesi pujuk-kejar-mendapatkn cik Rina kte ni kang...
Zayed,chaiyok2..!!!!
RM,ksi dera sket Zayed ni leh x...?
wuahahahaha....jht sgguh idea sy ni eik...
besstttttt...nk lg kak rehan....
ReplyDeletebest2..seyes, waiting for next entry..asyik2 bkk blog rm ni..huhu, xsbr2..
ReplyDeleteHah cepat sikit pinang anak dara orang tu. Lambat kang melepas.
ReplyDeleteehh..mane satu hero ni...ziyad pun mcam best je..haha
ReplyDeleteGo zayed! Try ur best~
ReplyDeletealalala...suweet pulak zayed ni...tp cakap cam main2 je...pinang la cpt...senang ati abah...hehe
ReplyDeletetakkn x fhm kot...zayed dah bg klu tu......cepat pinang nnt si ziyad masuk jarum lak.....
Deletecomel! hehe
ReplyDeleteAdoyaiiiii...tersentap jea hati ni membaca, terasa-rasa mcm diri sndiri plak yg alami cerita ni... Love it so muchhhhh...
ReplyDeleteOk... No matter how hard I resist it, I just can't stop falling for Zayed. Hehe :)
ReplyDeletesiyes cair ngn zayed..u go tuan doc...huhuh.. 》ayriezain《
ReplyDeletesiyes cair ngn zayed..u go tuan doc...huhuh.. 》ayriezain《
ReplyDeleteoh zayed ku... best best best.. nak lagi RM. hihihii..
ReplyDeleteCepat tul buka lngkh. Tkut girl dia dkebas dek sepupu sendiri kihkih
ReplyDeletewahhh... macho jdk la zayed nie... apasal rase mcm rina nie lembab je ..huhuhu ke ai salah tafsir...
ReplyDeleteKAK REHAN CEPATLA UPDATE SAM 5....RASA NAK GILA BACA CERITA NI...UWAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!I LOVE IT..MUCH..
ReplyDeletehahaha...
Deletesuker...
ReplyDeleteyou are my fate...
Rm oh RM nape ler ko suka mendera rasa pembaca.. akan ku report kepada polis kauleh pendera rasa pembaca terhebat.. ehheheee good job!
ReplyDeletetak tahu dah nak pilih hero mana yg lg saya suke..zafran,usop,khail,yang ni zayed plk...huhuhu...nak semua lah ;p
ReplyDeleteDah macam Usop pulak si Zayed ni..... ada telefon karat di dalam rumah Rina tu ..... terbaikkkk.... so sweet Zayed macam Usop.....
ReplyDeleteJangan harap ya Ziyad nak ambil Bidadari Zayed .... semua nak Rina dan Zayed ok....
yallahhh gile cair ngan zayed ni....hehehe
ReplyDeletesusah betui rina ni...nak gak kata2 cinta dr zayed...heheh
Sweetnya lah Doktor Zayed ni....terus pergi sarapan dengan bakal in-laws ya. Straight forward, kan senang. Rina....tak perlu pening2 kepala nak fikir lagi, accept aje BMW tu...he he he...
ReplyDeletersa kenyang baca ayat zayed....haiii...terbuai perasaan nih..hahhaha
ReplyDeleteaduh..melting melting..oh zayed yg sweet bla bersama rina..
ReplyDeleteZayed, Zayed, kenapa susah sgt nak ckp 'I Love You'. Kalau tak, takdelah si Rina tu main tarik tali. Kena cepat-2 Zayed, kalau tak kempunan nanti sbb ditebas oleh sepupu sendiri..hehe....
ReplyDeleteah zayed!! cair saya membaca
ReplyDeletemelting2 bc ayat zayed ni...hehe
ReplyDeleteakk!!! pls bge rina n zayed.. don't wif ziyad.. pls..
ReplyDeletemuehheheeeee....go zayeddd...leh geng ngan zafran nih..versi2 romantik terlajak...
ReplyDeleteRM tolong saya!!!! tolong saya ikatkan zayed untuk saya hati saya dah ada dekat dia!!!!! oh my zayed!
ReplyDeletePatut la berkias sgt Dr Zayed tu...tagline cite ni "ku akan lafazkan akad sebelum ku ucapkan cinta"...so sweet Dr Zayed ;)
ReplyDeleteermmmm.....dr.zayed dah mulakan langkah pertama utk memiliki dr.rina..... tapi nampaknya dr.rina duk main tarik tali pulak...... macam mana pulak dgn kapten ziyad... nak tackle dr.rina....
ReplyDeletesubhanallah....saya suke cerita nie...^^
ReplyDeleteAlahaiiii Zayed ni,.klu cinta ckp je lah cinta,.jgn dup seksa ati ank dara org keke
ReplyDeletealala...cute.
ReplyDeletex sabar nak tau siapa jd radio karat...
cograt kak rehan...nice story
akak
ReplyDeletejadikan novel la
baru best
hehe
hahahah..cayaqq dh nihhh...ske jgk watk si ziyad..giler romantic punya kasanova...weee
ReplyDeletebest :)
ReplyDeleteyang iye nye aura cemburu zayed dah terang bendrang terserlah n takut kena rembat ngan ziyad playboy malaya...hahaha gelak tuju khas wat dr zayed...cepat2 sat melepas kempunan u dr zayed!
ReplyDeleteaduhhhh2...awat le hero2 ciptaan RM watkn hati mokcik2 cair.
ReplyDeletetibe2 mcam nk tgok Rina ngan Ziyad instead of zayed.. hahahhaha.. kejam x?
ReplyDeletecepat2 masuk meminang, nanti melepas meleleh air mata :P
ReplyDeleteyeah i do LIKE this kak Rehan! ;D waiting for the NEXT ! ;p
ReplyDeletesukanya n3 ni... hmmmm... best.
ReplyDeletewah!!!!!!!!!!! da bleh kne kencing manis nie kak rehan....esok kne g check dkt hospital hahahhaha romantika de amour btol la... hahahhahaha Zayid....Zayid...........Zayid.........Zayid..........Zayid........Zayid...............Zayid............Zayid........Zayid..........Zayid............Zayid............Zayid......Zayid
ReplyDeleteda angau dgn Zayid da nie... hehhehehe sequel terbaik.... terhebat...terbest... hahahah
-Song Hyun Sun-
wah2...finally..
ReplyDeletedh kna provoke baru la nk bertindak...
geram plak dgn si zayed ni
rasa macam encik zaini tu yang jadi radio karat.. huhu..
ReplyDeletemungkin sedikit terlambat nak komen,tapi,wow..zayed romantik sangat..suke sngt2...
ReplyDeleteOk Rehan....pembetulan on your english.....you're like an angel either way......he will be after you.....
ReplyDeletesuke....tq for the entry=)
ReplyDeletelelaki oh lelaki....zayed jgn ingt semua prmpuan boleh fhm ayt kamu mcmtu.bg llki cukup ayt simple.bg prmpuan,kena proper way.kalau betul nak,tegaskan nak.Rina pulak,sikap kamu mmg matang.sngt2 matang.dah sesuai sngt ngn zayed tu.sweet la abah n mama.
ReplyDelete^^
sebak le plak...cian rina ek...
ReplyDeleteLemau lah zayed ni
ReplyDelete