BAB 6
TUBUH Zayed tegak
bila dia sudah mengutip stetoskopnya itu.
Bila aku menolak sesungguh hati pelawaannya untuk minum malam dengan
Ziyad di kantin, Zayed pula berkeputusan untuk duduk di dalam biliknya
saja.
Bila aku mahu
labuhkan duduk di sisi Ziyad, Zayed menarik lengan bajuku memaksa aku duduk di
sisinya berdepan dengan Ziyad yang sedang tersenyum mesra. Baru saja aku dapat panggilan daripada dia
dan dia sudah muncul. Entah terbang ke
ghaib, aku pun tak tahu.
“Kenapa datang
masa ni?” soal Zayed memulakan bicara.
“Hal yang hari
tu lah,” tukas Ziyad pula.
“Yang mana
satu? Kau kan terlalu banyak hal. Dah lama tak jumpa pun tetap bawak ‘hal’ kau
tu datang jumpa aku!” sinis Zayed. Aku tahu dia sedang sinis pada sepupunya. Aku kenal Zayed.
Ziyad sengih dan
mengenyitkan mata padaku. “Tapi, kalau
‘hal’ itu kita libatkan Doktor Zafrina, aku tak teragak-agak dah…”
Kata-kata Ziyad
penuh makna. Apa kena-mengena dengan aku
pulak? Zayed memandangku seketika
sebelum merenung kembali sepupunya dan akulah yang menjadi penonton. Kepala tertoleh kiri, tertoleh kanan bagaikan
menonton perlawanan badminton akhir.
Jika ya, aku
mahu letakkan Ziyad sebagai Lin Dan kerana aku sukakan Lin Dan. Tidaklah bermakna aku sukakan Ziyad tapi aku
nampak kesungguhan Ziyad yang nampak sedang mengoratku.
“So, kau tak
payah tolonglah, Zayed. Aku dah ada
calon dah.” Ziyad bersuara yakin lagi sekali.
Tak semena-mena
aku rasa Zayed sedang mendekatkan dirinya padaku. Dia sedang mengesot padaku hinggalah duduk
kami benar-benar rapat lantas Zayed membawa tangannya berlabuh pada belakang kerusi
tempat menjadi sandarku.
Aku memandang
sisi wajah Zayed yang tenang atau lebih tepat lagi cuba berlagak tenang.
“Zayed ni
kenapa?” soalku berbisik dan bila aku
menjeling Ziyad, dia sedang memandang Zayed dengan begitu tajam tanpa
berkelip-kelip dan Zayed pula langsung tidak mengendahkan soalanku.
“Lain kali,
kalau kau rasa ada masalah jangan datang jumpa aku la, Yad. Pening kepala aku, tahu tak? Kalau kata kena paksa kahwin dan tengah
mencari calon pun jangan kata nak pinjam tunang akulah. Be serious
in your life, please!”
Bicara Zayed
membuatkan aku terlopong. Rasa hendak menangis mendengarkan perkataan tunang
tu. Habis tu kenapa ajak aku kahwin?
“Eh tunang? Setahu aku kau pun dok bujang je. Bukan ke mama kau pun dok bising tu haa..
sama naik dengan mama aku suruh cari calon bini. Alang-alang aku dah kenal Zafrina ni…” Ziyad memandangku.
“… I’ going to propose her.”
“And don’t you ever think to propose a woman
who belongs to me, Yad. Stop joking. Aku dah letih,” putus Zayed menggeleng kepala
dengan wajah yang keruh.
“Berdosa pinang
tunang orang!” sambung Zayed lagi
menyudahkan kata-kata.
“Oh my god.
Are you serious you both engaged?”
Mata Ziyad membulat.
Zayed angguk dan
aku jatuh rahang. Terlopong. Tidak bersuara kerana lidah bagaikan terpaku
pada lelangit.
“Ya, kami dah
tunang pun,” tekan Zayed lagi lalu dia memandangku penuh makna.
“Kan , Rina?” Keningnya terangkat.
Tak dapat tidak,
aku mengangguk bagaikan dipukau dan Zayed menggariskan senyuman penuh bermakna
padaku sebelum kami sama-sama memandang pada Ziyad.
“Are you serious, Rina?” tanya Ziyad padaku pula.
Tapi, aku sudah
mengangguk tak mungkin kali ini aku mahu menggeleng pula. Pastilah Ziyad berasa pelik.
“Err…”
“Mana cincin
tunang?” Pangkas Ziyad tak sempat aku berbicara.
“Kami
special. Tak main cincin-cincin ni. Aku bagi jam aku pada dia. Tanda aku sangat perlukan dia setiap
masa. Kau ada?” sindir Zayed dan Ziyad hanya ketawa sambil
menggeleng.
“Patutlah tak
nampak jam kesayangan kau kat tangan. Too unique but never mind I trust you this time but please,
Yed. Pujuk mama aku. Hanya kau saja boleh pujuk dia otherwise, aku grab Rina. You know me… I’m a man of my words,”
tukas Ziyad lalu dia bangkit dan sedia hendak berlalu.
Aku telan liur
mendengarkan pengakuan Ziyad. Terlalu
berterus terang. Tak malu langsung. Tak ada kias-kias langsung. Sama juga juga Zayed tapi Zayed mengambil
masa terlalu lama untuk berterus-terang.
“Eh… words tak words pun, not her. Okeylah… aku try cari jalan. Ada masalah je aku. Kalau happy
je dengan perempuan mana-mana entah,” bebel Zayed seraya bangkit juga mendekat
pada Ziyad.
“Sekarang tak
akan ada lagi perempuan mana-mana entah tu.
Yang ada hanya seorang perempuan dalam hidup aku.” Sekali lagi Ziyad menyengitkan matanya padaku
dan aku terus mengerutkan dahi.
Aku yakin Ziyad
sedang memaksudkan aku. Tapi, apa lagi yang mahu aku katakan saat ini. aku mula yakin Zayed benar-benar mahu kami
menikah dan rasanya, isthikharahku sudah cukup memberi jawapan. Tanpa cinta, aku tetap mampu hidup. Janji ada sayang dan setia. Benar kata Zayed, cinta itu subjektif.
“See you again,
my angel. Who knows… lain kali kita
jumpa dalam masjid pulak,” ujar Ziyad padaku dan dia terus berlalu namun aku
terkesan juga wajah kecewa di sebalik senyuman kasanovanya itu.
Daun pintu
perlahan-lahan tertutup rapat. Aku
kaku. Zayed menjarakkan kedudukan kami
dan dia menyeruku.
“Rina…”
Aku dengar tapi
tak mampu bersuara.
“Zafrina.”
Sekali lagi suara Zayed menyebut namaku dan aku terus memandang dia kali
ini.
Dia senyum
dan mengedipkan matanya sekali. Mengarahkan aku duduk tapi bila aku kakukan
tubuh, dia menarik lengan bajuku membawa aku melabuhkan punggung di depannya.
“Apa cerita
sebenarnya ni? Rina rasa macam patung je
tadi,” luahku sedikit tidak berpuas hati.
Zayed
senyum. “Zayed minta maaf. Masalah biasa kalau Ziyad ada masalah dengan
perempuan dan mama dia paksa dia cari calon.
Zayed kena bantu. Dia memang
macam tu. Kalau ada hal nak minta tolong
baru dia datang cari tak kira waktu dan tempat.
Lagipun, dia dah lama tak balik Malaysia . Berbulan-bulan kot. Sekali balik dia kata mama dia paksa dia
kahwin tahun ni jugak,” beritahu Zayed padaku.
Aku diam
terkaku. Kot ya pun nak cari calon
janganlah dok main-mainkan nama aku macam aku ni tak ada mak bapak.
“Kot ya pun…”
“Sebab tu Zayed
cakap kami berbeza. Dia memang macam
tu. he
will hunting you. So kalau rasa tak nak kena baham dengan werewolf…”
“Okey. Rina setuju.”
Aku mencantas. Kecut bila Zayed
gunakan perkataan ‘baham’ itu. Sungguh
aku mula rasa tidak selamat dengan kata-kata Ziyad tadi.
Dalam erti kata
yang lain, dia adalah lelaki yang tak kenal putus asa dan aku takut menghadapi
lelaki begitu. Kenapalah lelaki yang aku
kenal tak seperti abangku, Zafran dan Zafrin.
Biarpun Abang Zafrin mainkan Kak Haqmi pada mulanya, tapi mereka nampak
bahagia saat itu. Begitu juga Abang
Zafran. Biarpun waktu perkenalan singkat
tapi dia tidaklah kasanova seperti Ziyad waktu mengayat Kak Anaresa.
“Setuju?”
“Ya…” Aku angguk
penuh yakin.
Barangkali sudah
sampai waktunya. Daripada aku terlepas
ke mulut serigala jadian seperti Ziyad, lebih baik aku ajar Zayed mencintaiku
setelah kami menikah nanti.
“Datang
rumah. Nanti Rina bagitahu mama dan abah
tentang hal ni,” beritahu pada Zayed.
Sungguh, dia tak
mampu sembunyikan rasa terkejutnya.
Bibirnya mekar dengan senyuman dan dia terus ketawa.
“Bila?” Bila tawanya reda, dia menyoal.
“Lagi cepat lagi
baik dan ini…” Aku hulurkan kertas
preskripsi tu pada dia.
“I don’t need this. All I need is you and your words.”
“Nope…” Zayed menggeleng.
“Keep this. Ini surat
cinta pertama kita. Lepas ni tak akan
ada lagi so better Rina simpan sebaik
mungkin tapi…” Zayed menghentikan
bicaranya. Suaranya meleret.
“Tapi apa?”
“Tapi… kenapa
tiba-tiba say yes? Sebab takutkan Ziyad
ke apa?” tebaknya memulangkan paku buah
keras padaku.
Aku berdeham
sedikit dan menjegilkan mataku padanya.
Mengada sungguh. Tapi aku terus
tersenyum bila aku temui jawapan yang tepat buat dia.
“Nope… this is not about Ziyad. This is about me myself. Time is running out and you’re wasting your
time so much years already,” jawabku tenang.
Zayed telan
liur. “Macam kenal je ayat. Perli orang ek?”
“Rina perli
Zayed je. Tak kan nak perli Ziyad pulak,” usikku serius,
sekali lagi mengulangi ayat yang pernah dia ucapkan padaku dan wajah Zayed
keruh tiba-tiba.
“Don’t mention his name. To be frank, I don’t like it,” ujarnya
dan aku terus tersenyum. Rasa bahagia
bila dia ternyata reti cemburu.
Cemburu? Erm… satu perubahan yang baik dalam diri
Doktor Ahmad Zayed ni. Saat ini, usa h dikatakan
ucapan cinta. Bahasa tubuh Zayed lebih
banyak berkata-kata dan meluahkan rasa di hati dan satu perlu aku lakukan, aku
harus yakini.
“Cemburu?” tanyaku bersahaja.
Zayed
menggeleng. “Tak sebab Zayed percayakan
Rina tapi nama dia tak best. Nama Zayed
lagi best nak disebut,” cemiknya.
Aku ketawa
tipis. Sempat lagi tu nak kelepet
aku. Tak nak mengaku dia cemburu tapi
biarlah, anggotanya sudah berbicara lebih kuat daripada suaranya sendiri.
“There’s nothing to do with him. Only you and me bila isthikharah itu
memberat pada Zayed. Alhamdulillah dan
insya-Allah. Lagipun, jujur Rina akui,
hati Rina dah lama jadi milik Zayed, tiada apa lagi yang buatkan Zayed rasa tak
senang?” ujarku mahu mengembalikan senyuman pada raut wajahnya.
“Yes… I knew it. I just knew it.” Dia bersorak gembira dan akulah yang menjadi
wanita yang paling gembira bila
akhirnya, aku punyai hatinya.
Benar kata
Zayed, cinta akan tumbuh dengan sendirinya dan aku akan pastikan dia
mencintaiku saat lafaz keramat itu dia ucapkan di depan waliku dan saksi serta
semua tetamu.
“Kalau tahu,
kenapa sekarang?” tanyaku pinta
kepastian.
“Sebab sekarang
inilah waktu yang telah Allah tulis tentang jodoh kita tiba. Saat seperti inilah yang telah termaktub
dalam perjanjian Tuhan dengan hamba-Nya tentang jodoh dan pertemuan,” ujar
Zayed romantis dan aku hanya mengetap bibir menahan senyum yang sedang
mekar.
~~> bersambung (pendek ya mmg pendek.. kata mini.. hehehe)
rasa nak masuk dalam cerita.ganti tempat rina boleh?:D
ReplyDeletesy pon nk jgk hahaha
Deletesaya pun nk gak :)
Deletekita pun...
DeleteMe tooooo! :D
Deletebest lah kak RM..
ReplyDeleterehan,well done... cant wait to read the cont....
ReplyDeletesuka.. suka.. suka sgt. rasa bahagia jerk.
ReplyDeleteohh gosh....sweet nyer zayed ni...melting again...n again...n again....:)
ReplyDeletelike always....u r the best Rehan
ReplyDeleteerr.. agak lega dgn n3 ni... sila cmpak ziyad jauh2 ye RM..
ReplyDelete~MIZZ ACU~
pendek tp mantopp....
ReplyDeleteok jer...
tp terngiang ayat ziyad.. kita jumpa di masjid????
sama la .. terfikir juga ayat ziyad tu ..
Deletesukanyaaaa...heeee...nt nama anak dorg buh zenat ea..hehehe
ReplyDelete#nana jamil#
heheee... akhirnya Rina setuju. Takut dgn Ziyad punya pasal. Tapi xpe kan, sekurang-kurangnya Rina dah tahu sejauh mana hati Zayed buat dia.
ReplyDeleteThanks RM for this n3
Zayed ni tahu cemburu juga ya... tapi x nak mengaku... takut saham jatuh lah tu....
ReplyDeleteSuka...sangatttt... tapi pendek ja... x puas baca....
best yg amat.. nasib baik ada ziyad klu x msing2 xnak mngaku..
ReplyDeleteSian Ziyad....itulah, lambat sangat datangnya. Zayed pun bernasib baik je tu....:-)
ReplyDeletewahhhh.........( x boleh nak gmbrkan rasa bhgia ) :)
ReplyDeletenext2
Poyo le zayed nih...haha tau takut...
ReplyDelete-ieja-
rm.. nice entry.. but would be much nicer if less grammatical error.. just a sincere comment and hope u would improve in the future entry.. anyway keep up the good work and the ideas flowing and our heart flourishing.. Along
ReplyDeleteRehan, bab 7 tak mau mini, nak panjang...boleh?
ReplyDeleteKak Fieza
Nice! Tak sabar nk tunggu next.. Good luck kak Reran :)
ReplyDelete@aira
da nak tmat ke???ni da mmg btul2 mini nih
ReplyDelete>>k<<
alahai.. sweet sesangat... bahagia rasa...
ReplyDeletepergh ..ayat zayed mengayat tak boleh bla kan..akak yg dgr ni pun cair ..gilers
ReplyDeletekelakar la diorg ni...hehe..
ReplyDeletenganganganga.. cpt sambung!!!!! sakit dh dada ni..huhu
ReplyDeletegud job zayed terus grab dari terlepas n putih mata... tapi rase2 nyer selamat ker dari ganguan werewolf tu..
ReplyDeleteno no no...i want ziyad.. ziyad ziyad ziyad..ziyad, jgan pduli ap org ckap.. i vote you ok..
ReplyDeleteso sweet.....like it
ReplyDeletesuke2... :D
ReplyDeletewah!!!!! best2 zayed da nk kawen dgn rina... hehhe thanks kak rehan
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
rasa nak sangat jump zayed...hehehehe...
ReplyDeletehe will hunt you.....I'm going to propose to her.....will you please in your life, be serious (sdp wording mcm ni lg)....
ReplyDeletesuka betul la dgn zayed ni.dia llki yg mmg MAN. ^^
ReplyDeletesuka..suka...suka...finally....
ReplyDelete