BAB 7
HARI yang terang dan nyaman setelah hujan
menyimbah bumi dinihari tadi. Usai
menunaikan Subuh di surau hospital tadi, aku terus pulang. Berkali-kali Zayed mempelawaku untuk keluar
bersamanya tapi aku tolak dengan sopan. Katanya,
ada hal penting tapi sungguh, tubuhku tidak mampu berdiri lagi.
Sementelah pula,
aku mahu kekalkan jarak kami seperti biasa biarpun hubungan ini sudah
menghampiri status luar biasa. Mujur
Zayed mengerti.
Pada mama dan
abah telah kukhabarkan tentang niat Zayed hendak melamarku. Rasanya tak payah tunggu lama. Bila-bila masa saja bila cuti Zayed
diluluskan dia akan datang bersama keluarganya.
“Nekad dah
ke?” Mama memecahkan hening kala aku
sedang membantu dia membasuh pinggan setelah kami bersama-sama menikmati makan
tengah hari.
Aku angguk tanpa
memandang mama.
“Dah tu kenapa
murung je?”
“Eh, mana ada
murung.” Aku menafikan. “Mengantuk, ma,” akuiku telus.
“Erm… lama lagi
ke kerja malam? Tapi, setidak-tidaknya
ada Zayed sama kerja malam, tak adalah mama risaukan Rina sangat. Alhamdulillah, Allah kabul kan doa mama siang malam nak Rina dan
Zayed bersatu cepat-cepat,” beritahu mama padaku.
Dalam hatiku
bersyukur juga. Benar janji Allah. Doa ibu adalah segalanya. Jika tiada lagi oran g tua dalam dunia ini, maka hilanglah
satu rahmat iaitu doa ibu.
Tangan yang
basah aku lap hingga kering lalu aku hampiri mama yang sedang mengelap
kabinetnya. Aku peluk tubuh mama dari
belakang dan mencium pipinya lama.
“Terima kasih,
ma,” ucapku ikhlas dari hati.
“Sama-sama.” Mama sentuh pipiku.
“Mula-mula mama
risau bila abah kata nak je carikan oran g lain
buat Rina sebab nampa k gaya macam Zayed tu tak
bersungguh-sungguh. Mama keras nafikan
sebab mama dapat rasakan Zayed memang sukakan Rina tapi mungkin sebab dia busy, Rina pun jadi korang berdua jarang
nak berbual tentang hati ni. Syukur bila
Rina katakan Zayed nak datang merisik.
Mama sungguh tak sangka,” ujar mama gembira.
Aku senyum dan
mengangguk. Setelah dia rasa tercabar
dengan sepupu dia sendiri ma, bisik hatiku.
Biarpun Zayed tidak akuinya tapi aku yakini begitu. Itulah hakikat tapi aku sangat percayakan
janji Allah.
“Tapi, kalau
lelaki tak pernah ucapkan cinta pada kita, dia serius ke, ma? Err… maksud Rina, memang tak perlu cinta ke
untuk kahwin ni?”
Mama memandangku
lama dan dia tersenyum sudahnya.
“Kenapa? Zayed tak cakap dia cintakan Rina ke?”
Aku
menggeleng. Jujur saja dengan mama. Senang cerita.
“Rina… mama dan
abah dulu kahwin tak ada cinta pun. Bila
ingat balik, rasanya sampai along lahir pun mama tak pasti mama cintakan abah
atau tidak… tapi ind ahnya
sesebuah perkahwinan tu, Allah akan titipkan rasa sayang yang mula menjadi
cinta dan bila mama kaji semula, rupanya mama dah jatuh cinta pada abah masa
pertama kali mama pandang dia masa malam perkahwinan kami. Cuba Rina tanya abah, mesti abah
jawab perkara yang sama,” akui mama padaku.
Aku mengangguk
beberapa kali. Begitu juga kata
Zayed. Love will grow itself dan aku akan pastikan cinta kami bercambah
sedikit demi sedikit.
“Tak apalah
kalau macam tu, ma. Rina percayakan
Zayed. His action already speaks louder than his words,” beritahu pada
mama dan mama hanya mengerutkan dahi tanda tidak faham.
“Rina nak naik
tidur kejap. Mengantuk sungguh,” pintaku
pada mama tapi mama menahan.
“Bila dia nak
datang?”
Aku menggeleng
tanda tidak tahu. “Tunggu jelah. Nanti
Ri na bagitahu mama bila keluarga
dia nak datang, ya?”
Mama mengangguk
dan aku berlalu. Sebaik saja aku
melepasi ambang pintu dapur, wajah kak long muncul. Tapi kali ini, abang long pun ada. Cuti katanya sebab baru balik dari luar daerah. Tersengih pada penuh makna.
“Along ada
dengar berita baik,” laung abangku itu.
Aku senyum paksa
menahan mengantuk dan cuba
menapak ke atas tapi along menggamit aku mendekatiknya.
“Along dengan
kak long doa-doakan jelah,” selaku mudah.
“Insya-Allah,
kami dah lama mendoakan. Mudah ada
seorang lagi bakal doktor dalam rumah kita, kan bang?”
tokok kak long pula.
Aku pandang
along dan isterinya. Semakin matang Kak
long Anaresa dari hari ke hari.
Kadang-kadang aku rasa dia lebih tua dariku sedangkan akulah yang lebih
tua daripada dia. Sudah beranak tiga,
tubuh genitnya sedikit kembang tapi masih lagi cantik malah semakin
cantik. Nampak sabar benar dia melayani
karenah along yang sesekali nampa k mengada
terlebih. Namun, layanan along pada
isterinya tak pernah berubah. Masih
romantik dan manja.
“Itulah.”
Aku tersentak
bila along bersuara mengiyakan kata-kata isterinya dan aku hanya mampu
tersenyum.
“Insya-Allah,
ada jodoh tak ke mana,” selaku.
“Baguslah kalau
Rina tahu perkara tu. Tak ada apa yang
nak risaukan dah. Kalau tak pun, akan
ada jodoh yang lain,” pesan along dan yakinlah aku bahawa kak long sudah
bercerita tentang luahan hati aku pada dia dan kak ngah tempoh hari.
“Tapi, kalau tak
jadi rabak juga hati ni kot,” ujarku separuh berseloroh tapi dalam hati aku
benar-benar memaksudkan.
“Apa susa h… Rina kan doktor. Kalau agak-agak rabak tu, jahitlah
sendiri. Kalau nak suruh along pun
boleh, along jahit pakai jarum guni tu haa… kuat sikit melekat,” usik along
pula dan aku buat muka.
Kak long
mencubit lengan along dan memberi amarah agar tidak mengusikku tapi along tetap
berwajah selamba.
“Suruh Zayed
cepat-cepat sikit. Kak long tak sabar
nak tengok baby korang berdua ni,”
ujar kak long teruja.
“Zayed asyik
sambut kelahiran bayi oran g lain je, bila lagi
nak sambut kelahiran baby sendiri, kan
bang?” Kening tipis kak long
terangkat.
Eh lelebih pulak
dia. Bisik hatiku namun aku sejujurnya
gembira punyai dua oran g wanita bern ama Anaresa dan Haqmi menjadi kakak
iparku.
“Kalau kata kak
long tak sabar, minta je sorang lagi dengan along, kan along?”
Giliran aku pula mengusik mereka dan mata along membulat tapi kak long
tersengih.
“Kak long tak
kisah…”
“Along
kisah. Tak lalu along nak muntah
bagai. Tak sanggup dah untuk setakat
ni. Tunggu dah hilang seriau baru kami
proses balik,” jawab along dan aku terus ketawa terbahak-bahak apatah lagi
mengingatkan keadaan along setiap kali isterinya hamil.
“Macam-macam hal
betul along ni. Rina naik dululah. Mengantuk
tak boleh nak angkat kelopak mata dah ni,” ujarku lalu aku menapak laju ke arah
anak tangga mahu naik ke bilik.
Belum sempat aku
sampai ke anak tangga paling atas abah muncul bersama dua orang cucunya. Zara Aina dan Zara Auni.
“Mak su… mak su…jom
kita jalan,” ajak kedua-duanya sambil memegang tanganku.
“Ya… lain kali
ya. Mak su penat ni. Nak rehat kejap. Petang nanti kita main, ya?” ujarku memujuk dan mereka mengangguk lalu
melepaskan tanganku dan tangan abah lalu berlari turun ke bawah bila ternampak
mama dan papa mereka bersama si adik yang masih kecil.
“Hati-hati, Aina…
Auni,” jerit abah.
Aku tengok dah
macam anak abah pula anak along berdua ni.
Biasanya pun tidur dengan abah dan mama.
Kadang-kadang bersamaku. Bila aku pandang abah dan tersenyum abah
membalas senyumanku.
“Macam mana?”
“Penat,bah,”
jawabku tanpa kuketahui maksud pertanyaan abah.
“Abah tanya
pasal Rina dengan Zayed.”
“Macam tu jelah,”
selaku mendatar.
“Macam tu… tu,
macam mana?”
Aku menapak ke
bilikku beberapa langkah sebelum menghentikan langkah mahu menjawab soalan
abah.
“Rina nekad dah.”
“Erm…” Abah mengangguk.
“Baguslah kalau
nekad. Abah pun senang hati. Jangan nanti tak jadi sudah. Abah memang terima je sesiapa datang pinang
Rina waktu tu. Jangan dok sebut nama
Zayed lagi dah masa tu.” Bicara abah
bagaikan mengugut sikit dan aku pula sedikit kecut.
Tak pernah aku
lihat abah serius begini. Tentang along
dan angah dulu pun tak begini tapi barangkali kerana aku anak daranya lantas dia
sedikit tegas memandangkan umur juga sudah hampir ke angka tiga puluh.
“Insya-Allah,
bah,” jawabku yakin dan sememangnya aku
yakin dengan Zayed.
Baru saja aku
tiba di bilik, aku terus rebahkan badan.
Suhu penghawa dingin aku rendahkan dan aku tarik sebijik bantal dan
menutup muka. Rasanya tidaklah lama aku
terlelap tapi daun pintu diketuk orang.
Malas hendak
menjawab aku diamkan saja dan pekakkan telinga hinggalah aku rasakan ada suara
yang memanggilku dan ada tangan menyentuhku lembut.
“Bangun Rina…,”
kejut dia dan bila aku buka mata, ternyata kak long ada di depan mata.
“Kenapa, kak
long?” Mata ini masih lagi berat untuk
diangkat.
“Ada orang
datang,” beritahu kak long.
“Siapa?” Aku masih malas. Sungguh malas hendak mengambil tahu.
“Rombongan
merisik.”
Mendengarkan
kata-kata kak long, aku terus tegakkan tubuh.
Bantal terpelanting entah ke mana-mana.
Kak long ketawa tapi aku berwajah cuak.
“Are you serious, my sis-in law?”
“Yes. Get
ready… they’re waiting for you,” balas kak long lantas dia berlalu bersama
tawa halus.
Aku mula panik. Tak tahu nak buat apa. Sudahlah tertidur. Muka pun sembab sana-sini. Kaku rasanya perbuatanku tapi bila wajah mama
muncul, aku terus bangkit.
“Rina kata
lambat lagi? Itu Zayed datang,” beritahu
mama.
Aku garu kepala
yang mula terasa merenyam. Tadi tak
gatal tapi ini rasa tergaru sana-sini.
“Dia sorang?”
Mama menggeleng. “Dengan mama dan ayah dia,” jawab mama. Lagilah membuatkan aku pening.
Apa Zayed ni? Orang kata nak balik berehat, dia boleh
datang rumah pulak masa ni. Agaknya pagi
tadi dia nak ajak jumpa keluarga dia ke?
Tak kanlah. Aku menggeleng
menafikan kata hatiku sendiri.
Mama hanya
memandang. “Rina ni kenapa? Zayed ada kat bawah tu dengan keluarga dia,”
tekan mama sedikit geram dan aku terus mengangguk dan berlari ke dalam bilik
air.
Usai mandi, aku
cepat-cepat bersiap. Rambut yang tidak
kubasahkan senang kuikat dan kuselit ke dalam anak tudung sebelum menyarungkan
tudung ke kepala. Bila aku mahu keluar
setelah hampir 15 minit berlalu, wajah mama muncul lagi.
“Tak siap lagi
ke?” Suaranya sedikit menggesa.
Aku
menggeleng. “Dah siap.”
Aku sekadar
mengenakan jeans dan juga blouse labuh seperti kebiasaan aku di
rumah. Sudah cukup sopan biarpun tidak berbaju
kurung.
Kami sama-sama
melangkah keluar dan sungguh, aku nampak Zayed kacak dalam pakaian
santainya. Sejujurnya aku katakan,
pertama kali aku aku lihat dia begini. Dulu,
jika tidak dalam pakaian formal seorang pelajar perubatan, pastilah dalam
pakaian sukan.
Hari ini, dia
nampak tampan dan segak mengenakan denim hitam dan juga baju T berjenama Polo
berwarna kuning hitam itu. Rambut yang
kemas terpacak itu menampakkan dia benar-benar tampan. Padanlah ramai yang tergila-gilakan dia. Cukup pakej dengan kesopanan dia melayani
orang. Siapa tak salah faham. Nak-nak yang jenis macam aku yang memang ada
hati pada dia sejak dari mula.
“Hah, dah turun
pun puteri gunung-banang ni,” tegur abah dan aku hampir tercekik.
Puteri gunung-banang
kata abah. Tak ada nama gelaran lain ke
tapi aku senyum juga dan terus bersalaman dengan mama Zayed.
Dia yang duduk
rapat dengan ayahnya hanya menjongketkan kening padaku bersama senyuman tipis
dan anak mata yang pinta pengertian. Setelah itu, aku senyum pada ayah Zayed
dan duduk di sebelah mama. Along dan
isterinya ada di sofa yang sebelah lagi tersenyum pelik padaku. Mujur tak ada angah dan kak ngah, jika tidak
makin teruk aku dibahankan.
“Cantik doktor
kita ni, ya Ton,” puji mama Zayed pada mama.
Aku hanya
tersenyum menahan segan.
“Tengoklah anak
teruna siapa pilih. Mesti cantik, kan
Yed?” Kening ayah Zayed pula terjongket
dan aku masih kelu saja. Tak tahu hendak
menyampuk apa.
“Terkejut juga
tiba-tiba Zayed bawa keluarga dia. Tapi,
elok juga… alang-alang dah datang ni, kita tetapkan tarikh terus. Kalau setuju macam yang Zayed minta tadi,
kami pun tak kisah,” ujar abah pula.
Aku pandang mama
dan bertanya dalam diam. Tapi mama
mengisyaratkan agar aku menerima saja bulat-bulat kehendak Zayed.
“Eh, kena juga
tanya empunya diri ni, Encik Zaini,” bantah ayah Zayed sedikit.
“Eh… empunya diri
dan setuju dari awal lagi, Encik Zakaria.
Kita sebagai orang tua ni, izinkan je mana-mana yang anak-anak rasa yang
terbaik. Tak gitu.”
Eh abah ni. Pandai betul berbahasa. Tapi, tak apalah. Janji bersama Zayed, esok pun aku sanggup
menjadi isteri dia.
“Tapi, saya
tetap nak dengar persetujuan Zafrina depan orang tua, pak cik.” Tiba-tiba Zayed menyampuk.
Aku hampir
melopong dan memandang semua orang yang sedang memandangku secara silih
berganti.
“Erm… macam mana
Rina?” tanya mama Zayed padaku.
Aku pandang mama
dan mama hanya tersenyum dan meminta aku menjawabnya.
“Err… Rina… Rina
ikut jelah apa kata Zayed, mama… mak cik,” jawabku.
“Abang Zayed,”
tegur Zayed lembut dan wajahku terus merona merah bila semua sedang ketawa
sakan.
Aku bulatkan
mata pada dia dan dia hanya selamba saja meneguk air yang ada di depan
mata.
“Tak sampai masa
lagi nak ber ‘abang-abang’ ni. Kalau
rasa tak sabar sangat, esok kita bagi nikah, terus boleh panggil abang,” ujar
abah dan ayah Zayed hampir serentak dan mereka ketawa lagi.
Aku juga yang
tertunduk menggumam sendiri. Setelah beberapa
ketika, aku minta diri untuk ke dapur. Bila
aku berlalu, aku tetap dengar suara mereka bergelak sakan. Berbicara tentang pelbagai topik dan aku
hanya duduk sendiri menghadap laman rumah yang menjadi tempat lepak kami
sekeluarga.
“Jauh termenung.”
Tanpa sedar, ada
yang menegur dan bila aku berpaling, Zayed dekat di sisiku. Bersandar pada bingkai pintu dan menyeluk
tangannya ke dalam poket seluar.
“Eh, Zayed,”
tukasku sedikit terkejut.
“Baru pagi tadi
jumpa ni jumpa lagi,” sambungku lagi.
Dia senyum. “Pagi tadi mama ajak Rina datang rumah
sebenarnya. Bila Zayed kata yang Rina
tak dapat nak datang, mama dan ayah ajak terus Zayed datang ke rumah Rina. Nak kata apa lagi. Alang-alang Zayed pun rindu, datang
jelah. Menziarah bakal mertua,” ujarnya
bersama senyuman manis.
Dah tahu sebut
perkataan rindu dah. Desis hatiku sinis
pad dia. Aku pandang sisi wajahnya. Hidung yang mancung, seulas bibir yang merah
sensual dan juga sepasang mata yang
redup memikat. Jarang ada doktor sekacak
ini. tapi rasanya mereka kacak cuma tidak
sempat mempersiapkan diri sendiri dan kerana itulah baru hari ini aku lihat
Zayed tampan begini setelah bertahun-tahun.
“Kenapa
pandang? Tak sabar nak peluk ke apa?” tanya dia bercanda dan aku terus bulatkan
mata.
“Mana
adalah. Pandai je dia. dia tu yang tak sabar,” cemikku.
“Laa… kan Rina
cakap Zayed dah banyak buang masa. Buat apa
nak terus buang masa?” tanya dia tenang.
Aku mengangguk. Benar juga.
Dia pun sudah melebihi angka tiga puluh dan aku juga akan menghampiri
sikit waktu lagi.
“Kalau macam tu,
kita nikah bulan depan jelah…” cadangku sedikit main-main.
“Kenapa pulak
bulan depan, minggu ni pun boleh kalau Rina nak. Besides,
I just can’t hold this…” Zayed berpaling tiba-tiba. Suaranya sengaja dia lunakkan.
Dia melekapkan
kedua belah telapak tangannya ke dinding membawa aku terperangkap di
tengah-tengah. Wajahnya kian hampir dan
terus mendekat. Bila nafasnya terasa
hangat di wajahku, aku kedipkan mata berkali-kali. Hendak menolak dadanya adalah tidak mungkin
tapi mataku tertangkap sesuatu.
“Err… Zayed…
ayah awak,” ujarku pada dia tapi Zayed tetap buat tak tau. Malah dia semakin galak cuba mengusikku.
“Jangan
tipu. Ayah kat luar. Kenapa, Rina berdebar dok macam ni dengan
Zayed? Kenapa tak pernah cakap pun
sebelum ni? Sebab tu Zayed kekalkan
jarak kita sebab tahu, kalau kita melangkah setapak lagi dalam hubungan kita,
risau Zayed tak mampu kawal diri bila dengan Rina. And now…
you are here… me too,” ucap dia
dengan suara yang lebih lembut dari tadi.
“Yes… you are here. Me too and your father too!” tekanku menggumam tapi Zayed hanya tersenyum. Aku tahu dia mahu mengusik tapi ini sudah
terlebih.
“Jangan
tipu. Diorang kat luar,” bantah dia
sekali lagi.
Aisehmen. Dia ni, kenapa tak percaya sedangkan Uncle
Zakaria sedang ralit memandang kami dengan senyuman sinis dan tangan bersilang
ke dada.
“Zayed… please… your dad is here,” bisikku tapi
dia tetap begitu.
“Jangan kata
ayah, abah, dua orang mama pun ada ni haaa…,” ujar Uncle Zakaria membuatkan
tubuh Zayed terus menjauh dariku.
Wajahnya merah
dan dia tersengih serba tidak kena.
“Eh… uncle
tertinggal. Along dengan kak long pun
ada ni,” tokok Along Zafran lalu semua ketawa.
“Ni tak boleh
jadi dah ni. Kerja satu tempat, esok juga
kita nikahkan diorang ni. Risau aku
dengan budak Zayed ni…,” Uncle Zakaria mengeluh sedikit diselangi oleh tawa
semua dan Zayed terus tersengih.
Yang malu, adalah
aku. Cepat-cepat aku berlari keluar dari
dapur dan mendaki anak tangga naik ke atas.
Sekali doktor pakar jadi romantik, aku terus statik. Macam plastik tapi dalam hati, ada
sesuatu yang berlagu secara akustik. Ya, rasa hatiku pada dia yang sentiasa
berdetik.
~~> bersambung
RM : Sejujurnya saya akui awal2... BI saya agak teruk. Tapi sebab ni cerita doktor2 saya taram jugak BI.. pada yang sudi betulkan, saya sudi belajar. Harap semuanya akan bertambah baik.
good job.thanks.
ReplyDeletex pa...mencuba, belajar dari kesilapan..lama2 nanti boleh tulis novel versi inggeris pula.. cerita doktor ni mcm real pula...sangat2 suka kisah ini wlpn dlm hati berdoa agar kekasih hati terus setia..hehe...tahniah rehan..hasil tgn rehan semakin bermutu...saya kagumi dengan bakat yang ada pada rehan. semoga terus berjaya dalam berkarya..
ReplyDeleteSyiokkkk....
ReplyDeleteOk je,...
i love you kak rehan! eheheh~ tengs utk n3 nih.. <3 zayed <3 zayed! eheh
ReplyDeletebest!!
ReplyDeletenak lagi nak lagi :D suweitttt kemain, cair dengan Zayed :D
ReplyDeleteaisehmen....dup dap dup dap...terbaek la sis!!!!!!!
ReplyDelete& as always...zayed melt my heart & day...auwwww...
best sgt... nasib bukan ziyad tp zayed....
ReplyDeleteBest! Zayed dah pandai mengayat dah. Dah maju! Hahaha
ReplyDeletealaaa...mana ziyadku ni..aduih...frust2..xpe2,ade mase lgi ziyad.. hehehe
ReplyDeletetpi,zayed skrag boleh than nkalnye..hahaha lwak plak bile kantoi..huhu
ya-a-awww..... lomantik, bombastic, fantastic, semuanya lengkap... i malu uuuu....
ReplyDeletesaya mengaku memang malas nk komen..hihi
ReplyDeletetapi citer2 awk sume best..
ley wat senyum sorang2,lelh air mata kekadang..
pleasss nex entri..huhu
demand nyer~
Oh tidakkk, Zayed makin sweet! Jealous gila dah ni dgn Rina. Anyway, good job kak Rehan! Macam ni la best, sehari dua bab. Hihihi. Sokay, practice makes perfect! Thanks :)
ReplyDeletetadi bw anak demam jumpe dr..kbetulan dr yg brtugas tu muda, tinggi,putih, hnsome and sweet je..haha..terus imagin dr zayed.haila...tergelak sorang2 dlm hati.
ReplyDeleteTerus tersenyum2 sorang2,so suweeet
ReplyDeleteHaha...xpe sama2 belajar...
ReplyDeleteZayed dah x sabar tu...
-ieja-
Warghhhh...alhamdulillah..zayed yg dtg..hihik..
ReplyDeleteRM, don't worry. B. Inggeris yg digunakan dlm novel ni not bad. Byk peningkatan dari novel2 dan cerpen yg lalu. Sbg guru B.Inggeris, sy nasihatkan RM gunakan ayat yg simple sbb lebih selamat. Jgn lupa juga rujuk dictionary utk makna2 perkataan. Apa pun, teruskan berkarya kerana saya sgt meminati cerpen2 dan novel anda.
ReplyDeleteTQ An :)
ReplyDeleteargh!!! dari syok nak tengok cite korea terus teralih mata ni bila Zayed yang datang risik Rina!
ReplyDeleteamboi Zayed..mna blh wak anak dara org mcm tu..da la kat umah sndri plak tu..ish ish. nak kena babab ni
ReplyDelete>>k<<
Lalala..dlm hati ada taman..thank to RM..ada 2 n3 ari ni..
ReplyDeleteitu lah harus nye zayed wat,cepat bertindak... tapi sabar2 dalam tindakan seterus nyer.... dapat kan sijil sah dulu,than rina is yours... romantik gak rupa nyer Dr zayed ne...
ReplyDeletearggghh...jth cinta dgn SAM....I'm melting...(amna)
ReplyDeletesalam Rehan...
ReplyDeletePergh E3 yg betui betui membuai emosi ek.. tak sangka si zayed tu mmg giler pandai mengayat..dan kelakar giler bila dia terkantoi ..terang terang depan famili dia..akak rasa mesti dia org dinikahkah lebih cepat dari masa yg telah ditetapkan ...
Teruja nak tahu ..kesinambungan citer ni..apa yg akan ziyad lakukan...bila mendapat tahu yg dia dipermainkan oleh zayed..masa tu..adakah dia akan cuba rampas Rina..
sumpah terawang-awang kat sini bila baca! dah rasa macam jadi rina dah...may i have "zayed" too?! hehehe
ReplyDeleteape pon best kak RM!=)
tak pe kak.just use simple english should be ok.sikit-sikit lama-lama advanced la english 2 ok!
like! tamo la ade pengacau2 yer.. xsanggup nak perabih ayaq mata cheq ni
ReplyDelete~mizz acu~
lahai zayed... awat buang masa lama sgt... lau dr dulu dah take action, skrg dah leh peluk2 ... hihihi.. bahagia je rasa... best.
ReplyDeletecepat zayed bertindak
ReplyDeleteBest sgt citer ni, harap menjadilah perancangan mrk tu yer......
ReplyDeletehahhaha....gler sweet la zayed...gud job :)
ReplyDeletebest tul sarapan pagi ni, TQ rm
ReplyDeleteSoooo..... sweeeeet.....
ReplyDeletesgt sweetttt...TQ kak RM ;)
ReplyDeleteSo Sweet bila En Doktor jatuh cinta ni...
ReplyDeletecerita Rehan memang x pernah menghampakan pembaca,,,,
Rindu Kak Long dan Abang Long terubat juga....
Nasib baik Zayed yang datang dulu...... so Ziyed u dah terlambat ok....
jangan sibuk nak kacau tunangan orang ok...
hahaha...ambik ko rina, nganga bila baru sebut terus kna risik..btul2 x sbr si zayed ni
ReplyDeletexpe sy pun truk jgk lam bi, asl kita ckp or tulis org faham dah.. heehe
ReplyDeletebest sgt, zayed dh tukar jd mamat romeo..
as usual,best!!! :)
ReplyDeletenak lg please
ReplyDeletebest sesangat..adoiiiii..x tdo mlm dk teringt crita ni..ish zayed..zafrina..
ReplyDeleteRM,
ReplyDeleteBI okay, but need some improvement. Maybe lepas tulis, baca semula ayat tu. baru dapat lihat kesempurnaan dlm ayat-2 tu. Apa-2 pun , god job dear. Keep your good work and always write with your heart and souls.
aduhaiii rehan tersenggih kat dpn pc bace citer ..alahai sgt sweet ok...zayed2 angau betui...kekeke
ReplyDeletekeke tersengih sorg2 bce hehe
ReplyDeletewaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!! malu la zayed nie..... hehehhehe tu la x caye rina ckp.... kn da kne tgkap kering...hehhehe comel hehheheh thanks kak rehan
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
aku suka.
ReplyDeletebagi 1juta bintang! wahahhhahaha!!
ILIKE!
wohooo....gile cairrr...gehgehgeh...
ReplyDeleteswetnyer...cpt la kawenn
ReplyDeletesambung pleaseee =)
ReplyDeleteso sweet...
ReplyDeletethis is beyond cute! HAHAHAHA comel gilaaa ;'D
ReplyDeletezayed yg tiba2 tnjuk taring eih.haha.br nk tnjuk skill dah terperangkap.comel betul.mmg kena cpt2 nikah la kalau cmni.bhya.
ReplyDeleteadoiyai...zayed oh zayed....
ReplyDeleteOh my god...ya Allah..rasa nak jerit2 je..baca...so sweettt...sweeettt sgttt....nak 1...hehe - cik hana
ReplyDelete