AKU pandang jariku
lama. Masih kosong setelah kedatangan
Zayed menziarah keluargaku bersama dengan mama dan ayahnya. Tapi, itu sudah cukup membuatkan aku
tersenyum bila aku terpegang jam tangan berjenama dan mahal milik Zayed yang
sentiasa ada di dalam poket slack yang aku pakai. Taq Heuer.
Tak pernah aku impikan jam tangan begini dan memang tak akan
kupakai.
Sudahlah saiz yang besar
malah terang-terang design untuk
lelaki macho dan bergaya macam
Zayed. Aku menggariskan senyuman. Tak mudah untuk aku tiba ke destinasi
ini. Terlalu banyak curiga dan rasa
kecewa dalam hatiku. Tapi, akhirnya tiba
juga di depan pintu sebuah istana. Istana
di dalam hati Zayed. Hanya selangkah
saja lagi untuk aku benar-benar merasai nikmat di sebalik kesabaran ini.
Teringat pula pada
kata-kata Ziyad. Jam kesayangan Zayed
dan pengakuan Zayed sendiri hari itu setelah kami tertangkap begitu kerana
sikap keanak-anak Zayed, mama dan abah mengizinkan kami bersembang di laman dan itu pun berdua
tanpa gangguan.
“Tak malulah awak ni,
Zayed. Kan dah kan toi
dengan mak bapak. Haih…” Aku merungut-rungut tak puas hati.
Dia hanya senyum
saja. Kaki disilangkan dan jari
telunjuknya mengetuk meja batu tempat kami bersinggah. Sesekali dia menjeling pada pintu luncur yang
terkuak lebar. Boleh menampakkan ibu dan
bapa kami yang sedang rancak bersembang.
Entah apa tajuknya, langsung kami tak tahu. Barangkali sedang berbicara tentang kami,
atau boleh jadi juga tentang kisah lalu mereka.
Zayed menjelingku
lama. Bibirnya herot dengan
senyuman. “I’m so sorry. I thought you lie
to me.”
Huh, mudah je dia cakap
aku tipu dia. Bila aku pernah
menipu? Mama dan abah serta along dan
angah tak pernah ajar aku menipu biarpun sepatah.
“How dare you accuse me, Mr. Zayed?”
Sengaja aku bercekak pinggang dan menjegilkan mata tapi Zayed mencemik.
“Eleh… Zayed tak takut
setakat Rina buat muka macam tu,” selanya.
“Tapi sungguhlah
tadi. Mati-mati Zayed ingat Rina saja
nak lepaskan diri tapi memang sungguh rupanya.
Malu… malu…” Dia menggeleng dan gela k sakan.
Aku pandang wajah
dia. Pelik. Apalah yang rasa kelakar setelah dia dibahan
dan disindir oleh ayahnya sendiri.
“Kena sindir dengan ayah
sendiri pun awak boleh gela k
ya?” tanyaku mencari kepastian.
Dia angguk saja. “Ayah memang macam tu. So far
semua yang saya lalui sekarang ni saya belajar daripada ayah. Kata ayah, setakat nak berkata cinta tu…
toksahlah dok main-mainkan perasaan anak dara oran g mentang-mentang diri tu handsome…”
Uwekk… aku buat muka
dengan gaya oran g hampir muntah menden garkan
dia memuji diri sendiri. Pertama kali
aku lihat Zayed dari sisi wajah yang lain.
Nampak bagaikan budak tadika yang sedang belajar mengorat.
“Kenapa pulak uwek? Zayed tak buat apa-apa pun lagi?” tanya dia dengan wajah serius.
Dah sudah… aku pulak
yang tarik muka masam dan Zayed ketawa. Aku
mencemik setelah menenangkan hati sendiri.
“Masalahnya awak tu handsome ke?” tanyaku lagi.
Sinis namun mata terpaku juga pada dia melihatkan penampilan yang nyata
berbeza.
Dia ketawa. “Compare
to that player captain, I’m pretty sure that thing. Kalau Rina tengok Zayed dalam pakaian kerja,
memanglah. Kan Rina pun tenung Zayed
sekarang. Sah-sahlah Zayed kacak. ” Zayed ketawa lagi setelah memuji dirinya
sendiri. Aku mencemik.
Tapi pada pandanganku,
Ziyad sebenarnya lebih macho dan bergaya serta tegap hendak dibandingkan dengan
Zayed kerana kerjayanya sebagai seorang tentera laut menjanjikan semua
itu. Malah lidah Ziyad juga lebih lembut
daripada giginya. Tidak seperti
Zayed. Baru sekarang nampak hendak
melentur.
“You are so perah santanlah, Doktor,” bidasku sedikit tapi Zayed
tetap ketawa tenang.
“Tapi, betullah tu… ayah
memang pesan macam tu. Love is
nothing compared to a marriage. Bercinta
tak semestinya sampai bern ikah dan bila dah bern ikah semestinya akan akan
bercinta. You just believe that. I won’t neglect
you. Don’t worry,” ujarnya
meyakinkanku.
Biarpun tanpa cinta saat
ini, kami akan bahagia dan mencintai setelah kami dinikahkan nanti dan aku
yakin juga begitu setelah mama juga pernah melaluinya. Hanya berbeza zaman dan waktu tapi Allah
tetap satu yang mentadbir hati kami.
Terharu juga menden garkan kata-kata ind ah daripada bibir doktor ni. Jika tidak, hanya ubat-ubatan dan kaedah
rawatan yang dia bicarakan padaku. Hanya
kisah dia di bilik bedah dan kisah dia berhadapan dengan waktu-waktu kronik
dengan pesakit saja. rasa ind ah saja menden garkan
suaranya hari ini.
Aku tongkat dagu dan
memandang dia lagi. “Habis tu, yang dok kepung oran g tengah-tengah tangan awak tu, ayah awak
yang ajar jugak ke?” Aku menduga lagi
mahu menden gar
jawapannya.
Padaku, Zayed
mencintaiku dan inilah cara dia meluahkan isi hatinya dan aku sudi menerimanya
dengan hati terbuka. Tiada curiga dan
tiada lagi ragu-ragu.
Dia berdeham beberapa
kali dan meleraikan silang kakinya. Dia juga
terus mengalihkan duduknya menjadikan kami berhadapan dengan jarak yang selamat
lalu dia juga menongkat dagu dengan kedua-dua belah tangannya.
“Kalau yang tu, itu ilmu
Zayed belajar dengan sorang patient
ni dulu,” jawab dia.
Erk… aku telan liur dan
mengerutkan kening. “Sempat lagi tu?”
Dia angguk. “Ya sempat… dia kata cara dia mengorat arwah
isteri dia masa dulu. masa tu, Zayed
masih pelatih macam Rina dulu. dia
satu-satunya patient yang suka sangat bercerita. Macam-macam pengalaman yang dia
kongsikan. Katanya lagi, biar si dia
menanti. Usah diucap secara zahir kerana
hubungan batiniah yang telah Allah tetapkan untuk dua hati yang bakal berjodoh
itu terlalu kuat. Bila hari seterusnya
Zayed nak berbual dengan dia, rupanya Allah lagi sayangkan dia. Pergi bersama kesetiaan dia pada arwah
isterinya,” luah Zayed nampa k
sedikit sebu.
Aku ketap bibir. Kisah yang lucu tadi sudah bertukar
sadis. Aku tidak tahu semua tu kerana
waktu itu aku masih di alam kuliah. Dia juga
tidak pernah bercerita tapi rupanya dia juga berusaha belajar bercinta dengan
caranya yang tersendiri.
“I am so sorry to hear that…”
“Don’t be. I am so proud of
him. Even he had struggled due to cancer
stage four, he full of humor. Dan katanya, sampai masa… tiba waktu, Allah
akan tuntun hati Zayed dan Rina untuk hidup bersama.”
Matanya merenung mataku
tajam. Buat pertama kalinya Zayed
merenungku begini. Segalanya bagai
pertama kali terjadi biarpun kami sudah lama mengenali. Rupa-rupanya, aku baru saja hendak mengenali
dia. Mengenali siapa dia Ahmad Zayed
yang sebenarnya tanpa ada panggilan doktor pada pangkal namanya.
Bibirnya tersenyum dan
terkumat-kamit seketika. Aku tahu dia
sedang menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah pesakit yang dikatakannya itu. Aku diam memerhati hingga dia menghela
nafasnya.
“Are you okay?” Risau pula aku
jadinya melihat dia sedikit beremosi.
“Yeah, I’m fine. Don’t worry. I will always fine since you are here. Beside me, smile to me, care about me and
please… love me,” ucap dia sedikit merayu.
Aku kejung. Tubuhku tegak tiba-tiba. Matanya terkebil-kebil menden garkan rayuan dia.
“Will you?”
Aku angguk bagaikan
dipukau. “But you don’t…” Saja aku
mahu memancing pengakuannya secara langsung.
“So soon… so soon.” Matanya
dikedipkan sekali.
Aku hela nafas lega dan
mengangguk. Akan kunanti saat itu tiba
dalam diari hidup kami. Diari yang telah
dicatit oleh takdir Allah sejak di azali.
Diari hidup yang tak mampu sesiapa ubahnya melainkan mati
memisahkan.
Zayed diam
seketika. Aku terus memandang dia dengan
penuh rasa kasih sayang. Sungguh aku
jatuh kasih padanya. Kasih yang aku
sendiri tidak sedar sejak bila tapi kuyakin sudah lama bertapak.
“Kenapa renung Zayed?”
“Macam mana Zayed boleh
jadi doktor sakit, puan?”
“I don’t know. It just like that. Tapi, so
far Zayed bersyukur. Sebab dengan
tu, Zayed sangat-sangat hargai wanita. Diorang
bertarung hidup mati untuk memberi zuriat.
How can a man can pay for that. Semua ni buat Zayed insaf,” jawab dia.
“Kenapa tanya? Cemburu?”
Keningnya naik tinggi. Aku tahu apa yang berlegar dalam kepalanya.
Aku pula, hendak
dikatakan cemburu, adalah juga tapi tidaklah teruk. Sudah tugasnya. Apa yang hendak aku katakan. Aku mengerti dan benar-benar mengerti.
“Jangan risau… Rina
nanti Zayed sendiri sambut. Zayed tak
izinkan sesiapa melainkan doktor wanita,” beritahu dia tegas.
Aku ketawa
tiba-tiba. “Zayed yang cemburu
sebenarnya,” ejekku.
Wajahnya terus
didekatkan sedikit padaku membuatkan tawaku mati. Aku telan liur berkali-kali bila dia sengaja
menghembuskan nafasnya ke wajahku.
“As a doctor, I won’t. But as a
husband, I am not sure. But I think, yes.”
Aku tarik nafas sedikit
dan menelan liur berkali-kali. Lama kami
begitu. rasanya mama dan abah sudah
menetapkan tarikh untuk majlis pertunangan kami dan majlis akad nikah serta
kenduri kahwinnya dan aku di sini sedang belajar bercinta atau lebih tepat lagi
menerima ubat bius cinta yang mula membuatkan seluruh pergerakanku kaku. Kebas.
Zayed sengih lama-lama
tapi aku tetap begitu. Tak mampu hendak
beralih.
“Berhenti renung
Zayed. Your sis and brother are coming,” gumam dia tapi aku menggeleng.
“Jangan nak kelepet Rina.”
“I am not,” balas dia dan serta merta dia menjauhkan wajahnya dan
ketawa.
“Bila dua oran g doktor bercinta,
agak-agak cerita pada ubat atau pun buat rawatan mata sampai naik terjojol anak
mata Rina tenung Doktor Zayed?”
Aku jegilkan mata dan
Zayed terus bangkit menekan peru tnya
menahan gela k. Aku berkalih dan ternyata abangku, Zafrin dan
juga isterinya, Kak Ngah Haqmi yang sedang sarat sedang berdiri tegak di
belakangku dengan kening yang terjongket.
“Mama kata, angah pergi
jenguk Rina. Karang ditelannya Zayed tu
hidup-hidup. Mama pun takut cara Rina
tenung Zayed.” Kening angah terangkat
dan aku menggaru kepala yang tidak gatal.
“Tak lama lagi, makin
meriah keluarga kita, bang,” tokok kak ngah pula dan aku terus bangkit dan
berlari masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur.
Sempat aku menerima gela k tawa Zayed. Cis kau wahai kek. Boleh dia pulangkan paku buah keras pada
aku. Haih… ini mahu tujuh keturunan angah akan
bahankanku.
JARI manis yang masih
kosong itu terus aku pandang. Tak lama
lagi bakal terisi. Wajah Zayed
hilang. Kisah tempoh hari juga hilang. Yang ada hanya harapan dan doa. Hari ini, aku dah kerja siang.
Yang sedihnya, Zayed pula bertugas malam hari. Jadi, sudah beberapa hari tak sempat nak
jumpa dia. jika ada pun, dari kejauhan
saja.
Tiba-tiba rasa
ralat. Baru nak berkembang dengan baik
kuncup pula hubungan kami. Tapi, apa nak
kisah. Sementara kami masih belum halal
untuk diri masing-masing, biarlah dia dengan kerjayanya. Setidak-tidaknya, kami masih lagi di bawah satu
bumbung hospital yang sama. Aku terus
menggariskan senyuman. Rindu dia, bisik
hatiku.
Jam Zayed aku pandang
lagi. Masa terus berdetik tanpa menanti
kita. Berlalu begitu saja dan usa h sesekali kita persia kan. Waktu melawat wad telah tiba. Kali ini, aku jaga wad lelaki pula. Sudah menjadi kebiasaan sebagai doktor biasa
sepertiku. Jadual pasti berubah.
Pantas, aku bangkit
hendak menunaikan tanggungjawab sesama insan.
Tanggungjawab pada pesakit dengan harapa agar mereka kembali
sembuh. Setakat ini, aku tidak pernah
berhadapan dengan kematian. Setakat yang
parah itu juga, Tuhan masih mahu menyelamatkan mereka. Membantu kami memberi rawatan yang
terbaik. Jika benar, satu hari nanti
ditakdirkan aku berhadapan dengan kematian dan itu pun setelah aku tidak mampu
merawatnya, tak mampu aku kata apa-apa. Hanya
mampu berserah saja dan terus berusaha keras.
Baru saja hendak
menapak, telefon bimbitku bergetar. Aku capai
dari dalam poket seluar dan nama Zayed tertera pada skrin.
Malam ni dinner. Lewat sikit.
Kita gain weight together.
Aku ketawa halus. Asyik ajak aku makan malam je. Buatnya aku benar-benar berubah saiz, mahukah
dia menunaikan janjinya. Lelaki…
setidak-tidaknya pasti dia punyai impian yang miliki yang sempurna biarpun aku
ini banyak celanya.
I am afraid u run
away if I’m getting fat.
Tidak lama setelah itu
dia membalas.
Jgn risau. Selagi nama Rina, Zafrina… gemuk ke kurus ke,
Zayed
tetap Zayed.
Aku mencemik
sendiri. Lelaki bermulut manis. Tambahan pula lidah dia kian melentur belajar
mengayat aku lebih tepat lagi belajar bercinta biarpun tak pernah sekalipun dia
ucapkan cinta padaku.
Liar
Dia membalas ku pula.
Nope… lover. J
Aku ketawa sendiri. Pesanan ringkas terakhirnya tidak
kubalas. Tidak kunyatakan okey atau pun
tidak kerana aku yakin, Zayed sudah sedia maklum yang pelawaannya jarang aku
tolak melainkan tubuh benar-benar keletihan atau juga aku punyai hal lain.
Langkah kakiku maju dan
dalam perjalanan ke wad, aku bertembung dengan Mia. Uik… tak ikut Zayed kerja malam ke?
“Doktor,” tegur Mia
lembut.
Aku hentikan langkah dan
tersenyum mesra. “Tukar jadual jugak ke?”
Dia angguk. “Saya dengan doktor pulak kali ni.”
Aku jongketkan kening
dan bulatkan mata sedikit tanda terkejut.
“Waa… ingatkan masih dengan Doktor Zayed,” komenku.
Dia menggeleng pula kali
ini.
“Okeylah kalau macam
tu. Saya berbesar hati bertugas dengan
awak, Mia,” beritahu pada dia dan dia hanya tersengih.
Kami berjalan seiringan
ke wad. Tak sabar menanti malam. Pada mama dan abah telah kukirimkan
pesan. Jika masih ada tugas setelah
tamat waktu kerja, aku akan terus keluar dengan Zayed. Jika tidak, aku pasti kembali.
~~> bersambung
Switnyer zayed...ntah ape rintangan la pulax lps ni?
ReplyDeletemia ni akan jd 'pengganggu' ke?
ReplyDeletebesh!!!!!jtuh cnta lg..lg2 aku cnta dngn dr.zayed....
ReplyDeletewaaa mjur sempat bace entri cik writer sblm brodband expired keke,. kumpul la dulu rindu tu bnyk2 doktor berdua,.ble da jumpa bru la tau nk hargai each other keke,.
ReplyDeletemakin lama makin matang Zayed-Zafrina... Rehan, as usual, good job!
ReplyDeletekak an...smbil baca sambil senget...alahai rmantiknye...kelaut hati nie!
ReplyDeletemau lagi la!!
ayat bukan main manis ag eh..kencing manis kami dibuatnya..nsib baik pendek. kalo x lenguh pipi dok sengeh2
ReplyDelete>>k<<
ai wondering... apa peranan MIA dalam citer ni.. ? hmm..
ReplyDelete~acu~
best :D
ReplyDeleteadui..zayid da kalah da ke?wawawa sdih2..
ReplyDeletepape pon,zayed ttap best..makin nakal na..haha
nk lgi nk lgi nk lgi nk lgi..huhu tamaknya =D
akad dulu dah sah,than get on be loving couple..andai tak tahan godaan pun or terlanjur,pasti ganjaran nye pahala..suke nye ngan prinsip zayed kawin lu baru bercinta...selamat dari godaan syaitan....Amin
ReplyDeleteZayed dah mula tunjuk taring...hehe
ReplyDelete-ieja-
kenapa hero kak rehan so sweet sumenye. kalaulah boleh order hero mcm nikan best.
ReplyDeleteExactlyyy!
DeleteCinta berjarak waktu....
ReplyDeletexyah ler ada byk sgt conflict..sian kt rina-zayed..huhu..
ReplyDeleteBest.... ;)
ReplyDeleteKak Rehannn! Memang terjatuh bergolek terlentang cinta dgn Zayed. Haihh untungnya Rina :( Anyway, thanks kak Rehan, and we want more, hihihihi. Oh and yeah, I've read BNS, and it's awesome! Goodjob kak! :D
ReplyDeleteBetul tu cakap Abang Ngah bila 2 orang doktor bercinta .. bercerita tentang ubat atau buat rawatan mata.... hahaha.... so sweet Zayed ni bila bercinta ... buat Rina takut ja.... bukan rina ja takut ...kak sue yang baca pun naik seram.... takut tergodaaaa.... hehehe
ReplyDeleteLike 1000x.. sweet je dorang..
ReplyDeletesweet gila.. jgn kene diabetis udah le... tp mcm sense something x elok akan berlaku.. jgn la.. mintak2 andaian ku sahaja.. iskh3
ReplyDeletesetia menanti n3 ... :D
ReplyDeletelebih suka penulisan cik rehan fully in malay.. dlm english tak rasa romantisnya.. bkn masalah grammer atau apa cuma kalau fully in malay barula dpt "rasa".. xsemestinye doktor akan speaking jek... pls cik rehan kekalkan gaya penulisan yg dulu..
ReplyDeletei like this new style of writing from rm.. kadang2 certain words or conversation tu kalau in malay dia cam tak sampai ke hati.. the tendancy to have an english conversation between doctors is norm even to other people.. except rm has to improve the grammatical error..
Deleterm - just an honest suggestion - before posting the new entry (if the entry has some english sentences) why don't you ask someone to run thru it.. so that what ever mistakes made could be rectify immediately and in a way it is an improvement for your esteem too.. lg lah kelas baca your work of art.. anyway rm keep up the good work.. hope rm tak kecik hati yer and sorry kalau my comments made you sad.. along
Jgn mia wat problem, n zayid pulak jd hero rina.
ReplyDeleteHaishhh.. Sbb skrg mcm mudah je laluan depa.
haha ni nanti mesti mia buat kacau . hahahha
ReplyDeletejangan mia nak teaman tugas dr rina sebab nak cucuk jarum dah....jgn goyah ya rina....kena cekal dan tetap pendirian...dr zayed tu baik kan..
ReplyDeletesweett sgt cara pencintaan yg hanya bermakna jika keinginan batiniah di ikuti dan bukan keinginan nafsu...
ReplyDeleteermmm syiok...
tp adakah Mia?
mak ai "TAQ HEUER" zayed bg untk mlmar secara xrasmi ....bkan murah2 tuuuuu...puluhan ribu pnye harga tuuuu..rina klu xtrima zayed xpe....ape2 hal trima jam tu dulu hehehe....mata RMMMMMMM...
ReplyDeleteMia ni sj ke tukar jadual bertugas?
ReplyDeletewahahhahhaha!!! comel... LIAR!!
ReplyDeleteNOPE LOVER..... hehehehhe comel.... thanks kak rehan good job ^_^
-Song Hyun Sun-
dua2 kantoi.. he
ReplyDeleteA bit of correction utk bg sdp skt u'r english......
ReplyDelete1. I thought you were lying to me
2. How dare you accused me of lying to u
3. Even when he was struggling with/through stage four cancer, he was still full of humor
4. I'll always be fine as long as you are always here..... Standing beside me, smiling at me, caring about me and please,.....loving me.
5. Soon enough....soon enough
6. How can a man atone/pay for that.
prinsip zayed mmg bagus.dah th xmmpu kawal diri maka kekalkan jarak.itu yg terbaik.emm,Mia ni akn jd pengganggu ker?=='
ReplyDeletemia???siapakah???
ReplyDelete