BAB 9
SEPERTI biasa
bila ditugaskan di bahagian kecemasan, aku langsung tak punyai waktu untuk diri
sendiri. Nak harapkan waktu Zayed, dia
juga sama. Sudahnya kami langsung tak
bersua.
Aku pandang Mia
di sisi yang sedang sibuk mensterilkan beberapa peralatan yang sudah kami
gunakan untuk menjahit luka seorang pesakit kanak-kanak yang baru saja
pulang. Luka akibat terkena pisau. Mujur tidak teruk pendarahan pada siang hari
yang terik ini. Tanpa sedar, aku
melepaskan keluhan kecil.
“Penat ke,
doktor?”
Aku terkebil-kebil
bila terdengar suara Mia menegur.
Padanya, kugariskan sekuntum senyum dan menggeleng.
“Biasa je. Tapi, saya rasa tak sedap hati la pulak hari
ni,” beritahuku ikhlas sambil menepuk-nepuk dada sendiri.
Mia panggung
kepala dan tangannya terhenti dari terus melakukan kerja. Matanya merenungku yang masih memandang wajahnya yang nampak
sedikit letih.
“Apa yang buat doktor rasa macam tu?”
Aku sengih dan
menggeleng lalu menjongketkan bahu.
“Entah. Saya pun tak tahu.”
“Ke sebab Doktor
Zayed tak bertugas sama?” tebak dia dan
aku mengerutkan dahi.
Mia kembali
menyambung tugasnya dengan bibir yang tersenyum tipis. Nampak seperti senyum sinis.
“Err… apa kena
mengena dengan Doktor Zayed pulak?” Aku mula rasa tidak sedap hati lalu aku
bangkit mendekat pada Mia dan membuka pili air.
Mahu membersihkan tangan sedangkan tali telah kubersihkan.
Mia ketawa kecil
dan menggeleng. “Saya nampak macam
doktor dengan Doktor Zayed kawan rapat je?”
Aku angguk
sekali. “Kalau ya?” dugaku tapi dalam hati aku menjawab, kami
sudah lebih dari itu dan bakal lebih lagi.
“Kalau ya,
baguslah tapi…” Mia meleretkan
kata.
Segala peralatan
yang telah siap dibersihkan, disimpan di tempat yang telah dikhaskan. Sarung tangan getah itu dibuka dan dia
memicit sedikit sanitizer ke atas
telapak tangannya.
“Tapi apa,
Mia?” soalku tidak sabar.
Tangan yang
basah aku keringkan dan aku pandang Mia sedikit tajam. Sebenarnya rasa tidak selesa bila Mia yang
nampak lembut ini berbicara tentang aku dan Zayed dalam waktu bertugas atau
memang silap kami memilih teman di bawah satu bumbung?
“Beberapa hari
lepas ada sorang lelaki datang cari doktor?
Masa tu doktor baru tukar jadual.
Dia datang malam tapi doktor masuk pagi esoknya. Masa tu, saya masih bertugas dengan Doktor
Zayed.”
“Lelaki?” Keningku berkerut lagi menyoal Mia.
Dia angguk dan
mindaku mula ligat berputar.
Mengingatkan setiap kenalan lelaki yang rapat denganku selain daripada
Zayed. Tak mungkin dia? Tak akan, bantah
hatiku bila nama itu terlintas di fikiran.
“Siapa?” Aku sudah mula hilang sabar sedikit. Mia yang nampak terkejut memandangku pelik.
“Saya tak tahu
tapi dia kata doktor tunang dia. Sebab
tu bila saya dengar cerita doktor dengan Doktor Zayed ada hubungan istimewa,
saya jadi pelik,” ujar Mia lancar.
Gamaknya, mereka
semua jenuh dok bergosip tentang aku dan Zayed serta ‘tunang’ yang
pandai-pandai menaiktaraf dirinya menjadi tunangan aku.
Aku terus berasa
hendak pitam. Pantas aku paut kerusi dan
terduduk di atasnya. Pening kepala. Siapakah yang berbesar hati hendak mengadu
aku sebagai tunangannya sedangkan majlis aku dan Zayed masih lagi belum
berlangsung?
“Mia, awak jangan
buat cerita Mia… naya saya nanti.” Aku
mula berlembut kembali dan cuba
memujuk Mia agar mengatakan ini semua dusta.
Tapi, Mia
menggeleng dan aku kecewa.
“Mana ada buat
cerita, doktor. Saya pun terkejut bila
dia mengaku macam tu. Dia cakap nanti
dia datang balik tapi sampai hari ni tak muncul atau dia muncul tapi tak
terserempak dengan saya, itu saya tak pasti tapi dia nampak bersungguh-sungguh mahu
jumpa doktor malam tu,” tegas Mia lagi.
Aku garu kepala
yang dibaluti selendang yang entah fesyen apa dah aku pakai ni. ditambah dengan kepala yang mula menyengat,
aku rasa rambut aku mula tercacak.
“Ya Tuhan… siapa
pulak pepandai datang mengaku ni?” Aku
mengeluh sendiri. Wajah Mia aku pandang
lagi.
“Doktor Zayed
tahu tak?”
“Saya tak pasti,
doktor.” Mia jongketkan bahu tanda tidak
tahu.
Fuh… aku hela
nafas lega. Buatnya Zayed dapat tahu
perkara ni, terus tak jadi kami tunang gamaknya.
“Mia,” seruku.
“Hal ni awak je
tahu, kan ?”
Dia angguk.
“Biar
jelah. Yang penting saya pun tak kenal
siapa lelaki yang datang jumpa awak tu dan kita abaikan je, ya? Lagipun, awak tak tahu pun nama dia, kan ?” dugaku.
Mia mengangguk
pada mulanya dan baru saja aku mahu hela nafas lega, dia buat muka
terkejut.
“Dia ada
tinggalkan kad nama dia pada saya.”
Pantas Mia menyeluk poket seluarnya dan menyuakan kad itu padaku.
Baru saja kad
itu berlabuh di telapak tangan, aku dengar bunyi siren ambulan nyaring menghampiri
wad kecemasan. Kad nama itu entah ke mana
dan aku terus saja berlalu keluar bila ada jururawat mula berlari ke pintu
wad.
Mia mengikut
langkahku dan bila aku tiba, aku nampak wajah pesakit dibasahi darah. Separuh wajahnya ditutup dengan kain
kasa. Mujur kain kasa, jika kain batik
mahu hilang berliter-liter darah. Tak
usah dihisap oleh drakula, kain itu saja mampu meresap banyak darah.
“Mia, bantu
saya,” arahku pada Mia dan aku terus memasang stetoskop ke telinga.
Ya, degupan
jantungnya kian kencang. Dia diam dengan
mata yang terpejam dengan kain yang menutup hampir separuh wajahnya.
“Dia
kenapa?” soalku pada salah seorang
attendant lelaki sambil merenung mereka dengan raut wajah yang sedikit
cemas.
“Kemalangan
dengan simpang hospital sana . Kepala terhentak terkena kaca cermin depan
kereta,” jelasnya dan aku mengangguk.
Kemudian, aku
berlalu pula pada kepala lelaki ini.
Nampak segak namun tercela dengan darah yang memercik mengenai seluruh
pakaiannya.
Lampu kecil aku
pasang. Kelopak matanya aku tolak
dengan lembut dan sinar mata itu memberi tindak balas seperti biasa lalu aku
tepuk sedikit pipinya.
“Encik… encik
boleh dengar suara saya ke?” soalku
beberapa kali.
Matanya masih
nampak berat untuk diangkat dan kelopak mata itu nampak bergerak-gerak.
“Encik, boleh
dengar suara saya ke?” Pipinya aku tepuk
lagi.
Kali ini,
tangannya bergerak dan matanya terbuka perlahan-lahan. Bila kain kasa yang menutup lukanya itu mahu
dialih, aku memegang tangannya. Menahan
agar dia tidak bertindak demikian.
“Jangan,
encik. Nanti ada pendarahan lagi,”
larangku tapi dia tetap berkeras.
Matanya
memandangku dengan renungan yang kuyu.
Bibirnya bergerak-gerak mahu berbicara.
“Don’t you recognize me?” Serentak itu, kain tersebut dibuka dan mataku
membulat.
Tubuh yang
sedang terbongkok tak mampu aku tegakkan bila tangan Ziyad memaut pinggangku
membuatkan kot putih yang tersarung pada tubuh merah dicemari darah dari tangan
Ziyad dan tubuhku hampir rebah di atas tubuhnya yang nampak lesu.
“Oh god… it’s you!” tekanku sedikit
terkejut tapi cepat-cepat aku legakan rasa canggung dalam diri.
Aku pandang Mia
dan beberapa orang yang lain yang sememangnya sedang memandangku. Mia sudah nampak pelik renungannya dan mata
dia juga membulat dia dia melihat pada Ziyad.
“Encik Ziyad… can you recognize me?” soalku professional.
Dia angguk dalam
kepayahan. “Yes… you are my angel. No wonder jantung I berdegap kuat. Rupanya ada sauh sedang menarik agar kapal
besar berhenti di tengah lautan,” jawab Ziyad bermadah dalam kesukaran.
Terkejut dengan
kata-kata itu, aku terus melepaskan pautan tangannya pada pinggangku dan tapi
tak jadi nak marah dia sebab luka pada kepalanya sedang berdarah kembali.
“He’s bleeding, Mia. Cepat tolak dia ke dalam,” arahku cemas dan
mereka terus menolak Ziyad ke dalam bilik rawatan.
Mia sedang ralit
memerhatikan wajah Ziyad yang masih dicontengi darah merah. Rasanya dia tak akan bertindak dengan sikap
kasanovanya bila aku sudah menyuntiknya dengan anti-biotik.
“Kenapa,
Mia?” soalku kehairanan.
“Err… saya rasa
dialah yang cari doktor hari tu,” jawab Mia sambil terus merenung wajah Ziyad
yang sudah dibersihkan daripada kotoran sebelum dia berlalu mengambil peralatan
untuk memulakan proses jahitan.
Mataku
membulat. “Are you kidding me, Mia?”
soalku separuh berbisik bimbang didenagari oleh Ziyad.
Mia mengangguk
dan aku melepaskan keluhan. Lelah
jasadku kala ini. Hati dan jiwa juga
rasanya tak mampu bernafas. Andai bukan
kerana tugas, mahu saja aku suntik ubat bius pada Ziyad dan mencampakkan dia ke
Sungai Klang.
“Encik Ziyad, can you hear me?” soalku bila aku berada tepat di kepalanya.
Ziyad mengangguk tenang. Bibirnya
tersenyum.
“Encik Ziyad… I akan
potong baju mahal you ni,” sinisku.
“Dada you pun
ada luka terkena kaca jugak ni,” sambungku lagi dan bila Ziyad tersenyum herot
dengan mata yang terpejam, Mia terus menggunting baju T berjenama itu.
“Okey, Mia. Awak bersihkan luka kat dada dia sementara
saya nak jahit kepala pesakit dan nak betulkan otak dia sikit,” ujarku geram
dan serta-merta mata Ziyad terbuka.
“How could you?” soal dia lemah. Anak matanya nampa k berkaca-kaca bagaikan bersedih dengan
kata-kataku sebentar tadi.
“You pun
sama. Sampai hati!” tekanku
menyindir.
Kata profesor
dulu, bercakap dengan pesakit adalah cara terbaik bagi mengelakkan pesakit
tertumpu pada luka yang sedang dijahit dan mengurangkan tumpuan pesakit pada
rasa sakit. Aku mula menarik kerusi dan
lidah ini sudah sedia menyusun kata hendak bersembang dengannya.
Rasa nak ketuk
dia sebab buat spekulasi tentang hubunganku dengannya. Bayangkan jika Zayed tahu… haih.
“Encik Ziyad, I
nak jahit luka you sikit. Tak sakit
pun. Kita sembang, ya?” ajakku lalu aku mulakan jahitan pertama.
Ziyad mengaduh
juga tapi dia senyum kemudiannya.
“Apa yang buat
you senyum?” soalku.
“You,” jawab dia
dengan jawapan kasanovanya.
Aku mencemik
menahan hati. “Dan macam mana you boleh accident? You kejar apa?”
“You,” jawab dia
lagi.
Kali ini, aku
mengeluh sedikit.
“Nasib baik tak
teruk. Tapi, I nasihatkan you buat
imbasan MRI. Risau juga sebab tengkorak
terhentak kuat juga ni,” cadangku sambil membuat jahitan kedua.
“Nasib baik I accident sebab dapat merasa you yang
rawat I,” balas dia.
Kali ini, aku
rasa nak jahit mulut dia sekali. Biar
diam tak menjawab benda yang bukan-bukan.
“Kalau teruk,
tak dapatlah you jumpa I. Barangkali you
terus dihantar ke rumah mayat untuk post-mortem,”
sindirku menahan geram.
“But I’m not. I ada kat sini dengan you, kan ?”
Haih… ada je
jawapan dia. Sudahnya aku diam. Malas nak bersuara lagi. Mia aku lihat sudah tersenyum-senyum. Bila aku jeling mati terus senyumannya.
“I tahu, you dan
Zayed tak ada apa-apa, kan ?”
“Akan ada,”
pangkasku.
“Tapi tak lagi, kan ?”
Eh dia ni. Ada
saja jawapannya. Bila jahitan ke dua
siap, aku teruskan jahitan ke tiga pula.
“Jangan borak
hal ni, Encik Ziyad. You are my patient now,” tegasku dalam
kelembutan.
Ziyad ketawa
halus. “Mujur Zayed kerja malam, kan ? Huh, laju betul I rushing ke sini bila mama I nak jumpa daughter in-law dia.”
Tanpa sedar, aku
terus saja terjahit isi Ziyad. Sedikit
dalam dan membuatkan dia mengaduh panjang.
“Err… sorry, Encik Ziyad tapi apa you
cakap?” tanyaku tidak percaya.
“Zayed tak
tolong I pun. Dia tak tolong pujuk mak
long dia tu. So, I dah cakap, I dah ada
calon terbaik buat I.” Ziyad bersuara
dengan mata yang terpejam.
“And…. It’s you, Zafrina. Be mine
please.” Mata Ziyad terbuka dan kami
terus bersabung pandang seketika sebelum aku menyambung tugasku.
“Are out of your mind?” Aku dah tak mampu hendak menahan hati. Lancar lidahku bertanya dengan tangan yang
masih menjalankan tugas.
“Ini bukan
tempat untuk lamar oran g, Encik Ziyad,” tegurku
dengan hati yang membekam menahan gera m.
“Habis tu, kat
mana?” soal dia lagi dan kali ini aku
tenyeh sedikit luka dia hinggakan wajah dia menyeringai menahan pedih.
“Kat rumah mayat
dan tunggu you dok situ, I pergi doakan you!”
Saat ini,
jahitan kelima siap. Lima
jahitan dengar sikit tapi lukanya agak dalam dan aku telah meminta Mia
menghubungi bahagian neurologi bagi menghantar Ziyad menjalani pemeriksaan di sana .
“Kenapa nak I
mati?”
“I tak minta
tapi lain kali hati-hati. You masih ada parents.
Kesian diorang…”
“Tak sempat nak
merasa dapat menantu cantik macam you dan cucu
yang comel-comel,” sambung Ziyad pantas dan aku terus bangkit menghala
ke sinki.
“We are done. Tapi, you bari ng dulu.
kami akan hantar you buat imbasan MRI dulu,” arahku tanpa mempedulikan
kata-katanya.
Tapi, Ziyad
degil. Sangat degil bila dia cuba
bangkit tapi Mia pantas melarang. Aku
yang terperanjat juga terus menolak bahunya agar dia kembali terbaring.
“Encik kena bari ng dulu. Kami baru bersihkan luka ni,” ujar Mia lembut
dan dia menjeling padaku berbicara bahasa bisu yang dia juga gera m dengan Ziyad.
“Encik Ziyad, please.
Jangan jadi budak-budak sangat, okey.
Lain kali carefull. Kesian your
parents. Ingat diorang insyaAllah
kita akan selamat dunia akhirat…”
“Dan ingat you
buatkan I rasa bagaikan di syurga,” pangkas dia lagi dan aku hanya mampu
mengeluh.
“Eh, Zayed? Awalnya?”
tegurku lalu aku bersalaman dengan wanita yang ada di depanku ini.
“Oh… thank God you’re fine,” ujar Zayed
padaku dan bukan pada sepupunya.
Aku lihat wajah
Ziyad berkerut. “Woi… aku yang accident. Not
her!” tegur Ziyad sedikit
cengeng.
Aku senyum dalam
hati. Padan muka kau. Ejekku dan aku pandang semula Zayed.
“Siapa?” soalku ingin tahu dan tanpa sempat Zayed
menjawab, Ziyad terlebih dahulu menyampuk.
“Meet my parent and your P.I.L.T.B,”
beritahu Ziyad padaku penuh makna.
Pada mulanya aku
berkerut mahu ditafsirkan maksud P.I.L.T.B itu tapi setelah seketika dengan
senyuman jengkel pada raut wajah Ziyad membuatkan aku mengerti dan aku pandang
wajah mama dan ayahnya lama.
“He’s fine sir, madam… nothing serious. Cuma kita nak buat imbasan MRI dulu sebagai
pengesahan yang otaknya tak bergegar,” ujarku sopan.
Zayed senyum dan
berlalu ke sisiku. “Mia, you tolak Ziyad
ke unit sana . Biar Doktor Rina balik ke unit
kecemasan. Nanti I menyusul ke sana , ya?” ujar Zayed pada Mia dan Mia hanya mengangguk
tapi Ziyad membantah.
“She’s my doctor, Yed. Biar dia tamatkan apa yang dia mulakan,” tegas Ziyad.
“Ziyad, apa tak
kena ni?” tegur oran g tua Ziyad dan dia hanya diam.
“Macam mana nak
belajar minggu depan kalau keadaan macam ni?
mama suruh kamu bawa menantu untuk mama bukan suruh kamu langgar
pokok.” Giliran mama dia pula mengeluh.
“Ziyad nak
bawalah tapi…”
“Mia, go!”
pangkas Zayed sebelum sempat Ziyad menamatkan bicaranya.
Mia dengan
pantas menolak kerusi roda.
“Thanks a lot, doctor,” ucap oran g tua Zayed padaku
sebelum mereka juga berlalu mengikut Mia.
“What did he
mean by that?”
Aku terkebil-kebil
dengan pertanyaan Zayed.
“Apa?” Bahuku terjongket dan dahi berkerut tanda
tidak faham. Kakiku pantas melangkah
mahu kembali ke unit kecemasan dan aku tahu, Zayed sedang membontoti.
“P.I.L.T.B?”
“Parent in-law to be, perhaps?” dugaku dalam pada masa yang sama memberi
jawapan pada pertanyaan Zayed.
Matanya membulat
dan saat ini aku sudah menolak daun pintu dan terus berlalu ke katil yang menempatkan Ziyad tadi. Baju T Ziyad yang sudah rabak itu aku campak
ke dalam tong kuning. HAZARD!
Dan Ziyad sendiri adalah sejenis hazard
untukku.
“Berani dia?”
“Of course he is. He’s your cousin after all…,”
sinisku. Padahal nak cakap, Zayed tu
pengecut. Tak macam Ziyad.
Zayed
merengus. “Macam mana dia boleh
kemalangan? Punyalah terkejut bila mak
long datang rumah tadi menangis-nangis cakap Ziyad kemalangan.”
“Katanya sebab
Rina,” jawabku. Sebenarnya aku sengaja mahu mengusik Zayed
biarpun itulah jawapan yang diberikan oleh Ziyad.
Apa lagi,
semakin bulat mata Zayed. “Jangan
bergurau, Rina…”
“Rina tak
bergurau. Itu hakikat. Boleh tanya Mia kalau tak percaya…”
“Lepas tu Rina
suka?”
“Tak…” Aku menggeleng dan Zayed mula nampa k hendak sengih.
“Zayed dah tahu
Rina tak suka tapi Zayed tak sedap hati.
Nak bagi penampar sepupu sendiri.
Nak cucuk racun pesakit…”
“Kalau boleh,
Rina buat dulu sebelum Zayed…”
Dia ketawa dan
aku buat muka. “Rina memang dah berikan
racun untuk dia pun…”
“Racun?”
Zayed
angguk. “Racun cinta. Sebab tu dia sanggup datang sini dan mencari
penawarnya. Dan penawar itu adalah
Zafrina,” ujar Zayed membuatkan aku terlopong.
“Maknanya dia
tak bergurau?” tebakku ingin tahu. Sungguh, aku ingatkan dia saja mahu test
market denganku.
“Nope…”
Zayed menggeleng.
“Kalau sampai
tahap ni, dia tak bergurau. Setakat
perempuan cantik, seksi, dia boleh dapat tiap kali berlabuh kat mana-mana tapi
bila sampai accident dan bila mak
long dan pak long sudah menyebut nama Rina pada Zayed, he was
damned serious about you and I'm afraid that I can't hold this any longer.”
Rahangku terasa
jatuh dengan kata-kata Zayed. Padanlah
dia tiba je depan aku tadi terus ditanya aku okey atau tidak.
“What was that
supposed to mean?”
“Zayed tak mampu
sabar. Takut penumbuk sulung singgah ke
muka dia. Sebelum dia terus meroyan, better kita kahwin cepat-cepat,” ajak
Zayed.
Hai… aku rasa
bertuah pula dok dalam bilik di unit kecemasan ni. Bukan apa, dah ada dua lamaran untuk aku
secara langsung dan lamaran pertama tadi sangat menjengkelkan tapi lamaran
kedua membawa keindahan.
“Okey. Datang rumah.
Rina dan keluarga tunggu,” selaku dan Zayed senyum.
“Your cousin’s there… what do we do about that cousin of yours?”
“Let him be. Siapa suruh cari penyakit. Lagipun, Zayed tak on call pun,” ujar dia mudah.
~~> bersambung
RM : Thanks semua atas sokongan dan cadangan.. Nanti kakak editor siap editkan BI, RM up semula yg grammar betul ya bab2 sebelum ni. RM tak kecik ati malah bangga sangat yu all sudi tegur RM yg kurang reti ni (nak kata tak pandai langsung takut kecik hati sendiri..mieheheh) now dah ada org sudi membantu RM sudi menerima bantuan.. hehe.. sayang semua n salam maal hijrah... yg berlalu biarkan tapi jgn sesekali dilupakan kerana dari situ kita bermula hanya pastikan jalan yg berakhir nanti... isnyaAllah dengan baik.
amboiiiiiii....agak dah mesti ziyad....
ReplyDeletesukaaaa! akak sambung la. Tak nak rina dengan ziyad. Nak dia dengan zayed
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaih ziyad sakitsakit pon sempat mengayat,kalau sy jadi rina,cucuk je bg pengsan haha.
ReplyDeletethankz kak.mohon sambungan.n tolong percepatkan nikah zayed ngn rina ni.ziyad ni sungguh membahayakan:D
mcm dapat rasa, ziyad is the hero here.. why? sbb RM suka hero nakal (me like it too) dan hint 'tak sedap hati' tu sangat kuat mengatakan he's the one... damnnn.. how i wish zayed would still b e hero..he's a lil bit naughty too
ReplyDeleteHana Efryna :sy pown rse mcm tuh..
Deleteada lori dalam bas, tiba masa zayed membalas..hehehe......terima kasih daun keladi lain kali RM sambung lg ....
ReplyDeleteapakata Dr Rina bagi suntik ubt dua tiga dos kat si ziyad tu untuk komakn dia seminggu ...pastu depa bleh nikah dgan aman sentosa....
ReplyDeleteape ni ziyad??mngacau je...shuh3!!p main jauh2 nu...nk dr zayed jeeeeee...aaawwwwwwww <3
ReplyDeleteLamaran berani mati dari Ziyad utk Rina
ReplyDeleteZayed pula cepatlah bertindak
bawa tepak sirih ke rumah Rina
risau2 parents Rina tunggu
yg. lain pula menyusul
jgn mcm2 ye cik writer tukar Ziyad jdi hero keke,. tpi kdg2 rase gk yang Zayed tu bersungguh nk kawen ngan Rina just bcoz dia tercabar ngan Ziyad bkn sbb btol2 cintakan Rina,. pe2 pon I'm still craving for the next en3 keke,.
ReplyDelete-biena-
owh pleaseeee ziyad....syuhhh syuhhhh....go awayyyyy!!!!my vote are always for zayed..:)
ReplyDeleteAgreed with sweet potato....ziyad, please don't come near zayed and rina.
ReplyDeleteSyuh....syuh...senang. ....senang jer nak potong line yer...suh Mia potong
Telinga dia kang br tau
hahahha..why my hearts keep telling me that ziyad are really suitable to be the hero..ahhh falling in love with ziyad.. he's really charming..more gentlemen than zayed..hahah..so cruel me..berpaling tdah dah ni..but still want zayed as the hero... keep it up rm....i like all your story...
ReplyDeletesokong 100% hehehe
Deletejeng-jeng-jeng... May the best man wins? Soalan pokoknya adalah siapakah best man nya? Is it Zayed or Ziyad? Hanya RM jer yg tau.... Hahahaha.....
ReplyDeleteouh sesiapa tolong pegang aku...aku rasa macam nak terajang je si Ziyad tu...saya nak Rina dengan Zayed pleaseeeeee........
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletejangan jadi macam iam sudah ye kak rehan. saya ni masih kecewa sebab alai bukan dengan adan. jadi sy pinta sgt2 zayed dengan rina.
ReplyDeletexnak ziyad!!! zayed zayed zayed :)
ReplyDeleteJgn ler jdi pepe kat ziyad....
ReplyDeleteNeurologi sggh m'nakutkan.....nnti sesal xsudah rina n zayed...
RM cecepat kawen kan zayed n rina...
Akhirnyaaaaa...Thanks kak Rehan, oh Zayed cepatlah masuk meminang sebelum si penyibuk yg bernama Ziyad itu memotong line. Tak faham bahasa betullah si Ziyad ni. Haihhh anyway good job, dan sila update selalu. Terima kasih :)
ReplyDeletetiba2 hati terasa sukakan ziyad..hahaha
ReplyDeleteziyad memang superb.. berani giler... tp tak pe sekarang kita bagi can pada rina & zayed dulu, lepas nie RM buat cerita untuk ziyad pulak tau untuk budak macho yang nakal tu..mesti bestttt. tq Rehan...
ReplyDeletezayed or ziyad sape jodoh yg telah ALLAH peruntuk kn wat rina..terharu gak akn kesungguhan ziyad utk memiliki rina ,so zayed tercabar gak bab rina blm sahih hak sah wat nye...pulang kn pd yg disana pd yg esa kalau berjodoh tk kemane....
ReplyDeletehahahaha , rasa nak cucuk racun je kat ziyad tu... biar jadi mayat terus... adoii , super berani mati ziyad ni...
ReplyDeletelekas2 la khawin zayed ....
tiba2 rsa mcm ziyad lg best tp,, nk rina dgn zayed lah.. thanks! * dah habis bca BNS ,, dpt jg w'pun lewat sikit.. hehe .. best! tggu novel akak yg lain plak keluar..*
ReplyDeleteZiyad ini meroyan betul lah... dah orang x sudi belah lah...
ReplyDeletenak Zayed dengan Rina...
sementara Ziyad kt hospt ni biarlah family Zayed jumpa family Rina tetapkan tarikh kahwin terus...
takut betul dengan cara Ziyad yang x betul tu....
ziyad tu dah pro bab mengorat perempuan, x heranlah berani,macho,gentleman semacam..tapi zayed biasa doktor..nikira ok apa...like dr zayed..
ReplyDeletetahniah RM, cubaan yg bagus memaparkan kerjaya di hospital.. just 2 share, for MVA patient the first step n the best imaging is CT Scan.. MRI after that if indicated
ReplyDeletenak jugak rina dgn zayed. oh please ziyad. menyampah nyer aku.
ReplyDeletehaha kakk RM !!!!!!1 bagilah rina dengan zayed . bia lah ziyad tu dgn mia . hahaha :)
ReplyDeleteknape nampak mcm cool je eh, ziyad tu?
ReplyDeleteaww!
hahak!
nice job rm.. suka sangat dengan citer ni
ReplyDeletehopefully rina will choose someone who really likes and loves her trully and sincerely..
not someone who only started acting when realised there's a competion starting..
sometimes true love comes in different manner and method.. if our destiny has been destined with someone that was not expected, then who are we to question allah on his choice for us..
anyway rm keep up the ideas running and the story flourishing.. along
ziyad ziyad... macho x kene tempat. si zayed ni pun la hai.. bg express nikah la..
ReplyDelete-sayang rehan yg comei...hihi-
ReplyDeleteIeja
Zayed tu sweet.. Plezz buat Rina dgn Zayed.. Mesti Zayed sebenarnya nak bercinta lepas nikah.. Takpe takpe klu writter nak buat zayed heartless sgt skang yg penting pas nikah nnt buat dia overdose romantic ye... Slalu je RM bg heroin dgn watak bad hero takpelah plezzz bg hero baik kali ni.. Hehehe pasni buat plak citer utk ziyad.. RM plezzz bg Rina dgn Zayed.. Btw, gud job RM...
ReplyDelete-athia-
alahai zayed.. adorable gitu... ziyad walauponnnn.... tapi suka dia jugak kot? ahakssssss
ReplyDeleteZiyad sgt macho... vote for ziyad, sb rsa nya zayed nih lebih rasa tercabar je ngn cousin sndr..ziyad la rehan br la best..
ReplyDeleteziyad best dan sgt nakal....best nyer klu end citer nim ziyad dgn rina...lain dari yg lain....sweet couple. suke sgt ziyzd dgn rina..kak rehan tlng lah sy nk rina dgn ziyad. @_^
ReplyDeleteermmm....betul tu saya pom suke citer ni lain dari yang lain..suka sgt ziyad dgn rina
ReplyDeleteok ziyad...ur turn is coming...just go..best man win...hahaha
ReplyDeletei alwys vote 4 u ziyad..lntak la si zayed tu...biar pun org ckap u kasanova,i ttap skong u ziyad..si zayed tu tcabar je dgan adenye ziyad..sbab tu brani nk prpose rina,klaw x bzaman la die nk buat gitu..
suke zayid dgn rina..nakal + kasanova ??? i like =D
i sokong !!!!!
Deletezayid = nakal + kasanova + cool + macho = best man win
ReplyDeleteRasa mcm nk sokong Ziyad sebab kalau dgn zayed mcm tak 'trill' sgt hubungannya dgn Rina.
ReplyDeleteZiyaddd.saya suka laki nakal2 nih ahha.
ReplyDeletedh btul2 gelabah tahap cipan si zayed ni..ha, baru btul2 nk hantar rombongan pd zafrina..si ziyad ni plak..mmg dh gaya playboy abis ni
ReplyDeleteziyad nie x nk give up dkt rina ke... kesian zayed n rina.. tpi zayed tu slow la... da jdi mcm tu bru nk kawin cpat2.. (heheh sory kak rehan emo terlebih... heheh )
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
klu x silap sye lah kan... MRI tu kena de appointment, maksudnye x bleh trus wat tuk emergency kes, kecuali atas budi bicara radiologist tuk kes2 yg teruk yg memerlukan MRI... sbb MRI de byk pantang larangnye ~ tp tuk CT scan yes.. bleh wat tuk emergency kes...
ReplyDeleteklu x silap sye lah, hihihi ~ maaf klu tersalah info ~
anyway... nice story sis ~
sibuk ar ziyad ni...kaco daun jek...cepat le zayed anto rombongan...
ReplyDelete